The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FADILAH BINTI AHMAD, 2025-02-26 08:41:36

M01 PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KECEMASAN

M01 - HP 01.01

TAJUK : PENGURUSAN KESELAMATAN INDIVIDU DAN BENGKEL TUJUAN : Helaian penerangan ini bertujuan menerangkan pengurusan keselamatan individu, bengkel, peralatan dan mesin daripada pelbagai aspek seperti mengenalpasti alatan perlindungan, langkah keselamatan, punca kemalangan dan kebakaran , susunan bengkel dan merekod inventori serta persekitaran bengkel yang selamat dan kondusif serta mengenalpasti keadaan kebakaran dan lengkah – langkah keselamatan PENERANGAN : T1. MENGENALPASTI KEPERLUAN KESELAMATAN INDIVIDU, BENGKEL, PERALATAN DAN MESIN 1.1 Mengenalpasti Keperluan Keselamatan Individu NAMA KURSUS JAHITAN PAKAIAN DAN FESYEN TAJUK MODUL 01 – PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KECEMASAN TAJUK SUB MODUL 01.01 URUS KESELAMATAN BENGKEL TAJUK ELEMEN T1. Mengenalpasti Keselamatan Individu, Bengkel Peralatan Dan Mesin T2. Mengenalpasti Keadaan Kebakaran OBJEKTIF PENGETAHUAN Mengurus keselamatan individu, keselamatan bengkel dan peralatan serta mengenalpasti keadaan kebakaran dengan menggunakan pelbagai alat perlindungan keselamatan, kelengkapan dan bahan-bahan berkaitan serta mematuhi peraturan-peraturan keselamatan di tempat kerja supaya keselamatan diri dapat diurus dengan baik dan selamat selari dengan kehendak NIOSH. KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M01.01/HP(1/2) MUKA: 1 DRP: 28 HELAIAN PENERANGAN


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M01.01/HP(1/2) MUKA: 2 DRP: 28 Perkembangan Setiap bengkel MESTI mempunyai peraturan keselamatan sebagai panduan dan peringatan kepada pekerja. Kegagalan mematuhi peraturan keselamatan boleh mengakibatkan kehilangan jiwa, kemusnahan harta benda atau cacat anggota badan. Biasanya peraturan keselamatan akan menyatakan perkara yang DILARANG dilakukan dalam bengkel terutamanya yang melibatkan penggunaan elektrik. 1.1.1 Jenis – Jenis Alat Perlindungan Keselamatan Jadual 1 : Alat Perlindungan Keselamatan Jenis Alat Fungsi Gambarajah Sarung Tangan Kulit Sarung tangan kulit digunakan untuk melindungi tangan dari sudut yang tajam atau mengerutu, berkarat dan habuk -habuk besi terutama semasa mencanai mata alat. Sarung tangan dapat melindungi tangan daripada sebarang kecederaan seperti luka, lebam, terbakar oleh bahan kimia dan sebagainya. Sarung tangan kulit perlu dipakai terutamanya apabila membuat kerja -kerja seperti membentuk batang keluli, memindah bata dan lain-lain Sarung Tangan Getah Sarung tangan getah pulabiasanya dipakai untuk melindungi tangan dari terkena asid, miny ak pelarut, glu dan lain-lain kerja yang melibatkan penggunaan cecair.Ia juga boleh digunakan bagi melindungi tangan dari terkena habuk apabila menjalankan kerja - kerja membersih dengan menyembur angin (air blower) . Kasut keselamatan Kasut keselamata n adalah sejenis kasut yang dibuat khas dimana ianya mengandungi pelapik yang teguh di bahagian penutup jari. Ia bertujuan untuk melindungi jari-jari kaki apabila terkena alat-alat atau bahan - bahan berat yang terjatuh di atasnya.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M01.01/HP(1/2) MUKA: 3 DRP: 28 Jenis Alat Fungsi Gambarajah Boot Keselamatan Boot mempunyai pelindung pada bahagian kaki sehingga bawah lutut. Biasanya digunakan untuk melind ungi kaki dari terkena air, lumpur, minyak dan juga pelarut yang merbahaya Cermin Mata Keselamatan (Goggles) Goggles hendaklah dipakai untuk melindungi mata terutama apabila :- i. menggunakan pahat batu. ii. Menggunakan mesin pencanai apabila mencanai mata alat. iii. Menggunakan penyembur angin . iv. Membuat kerja mengimpal. Google untuk kerja biasa Google untuk kerja kimpalan Apron Apron diperbuat daripada pelbagai material samada kain atau getah. Apron daripada kain lebih sesuai digunakan dalam bengkel memasak manakala apron daripada getah pula sesuai digunakan dalam bengkel yang melibatkan kerja -kerja berat. Ia dipakai bertujuan untuk melindungi badan dan pakaian dari terkena percikan minyak, bahanbahan pengilap , peluntur dan lain - lain yang merbahaya.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M01.01/HP(1/2) MUKA: 4 DRP: 28 Jenis Alat Fungsi Gambarajah Vest Keselamatan Vest keselamatan selalunya mempunyai warna -warna yang terang dan striking. Ia bertujuan untuk mudah dilihat dan biasanya digunakan oleh pekerja –pekerja yang terlibat dalam pembinaan seperti di jalanraya terutamanya pada waktu malam. Vest ini juga boleh memantulkan cahaya apabila terkena lampu kenderaan Topi Keselamatan Topi Keselamatan digunakan oleh pekerja binaan terutamanya ketika berada dalam kawasan tapak pembinaan. Topi ini dipakai bagi melindungi bahagian kepala dan dapat mengurangkan risiko kecederaan semasa melakukan kerja. 1.1.2 Ciri – Ciri Pakaian Keselamatan Diri Untuk Sesuatu Kerja Jadual 2 : Pakaian Keselamatan Diri Alat perlindungan Keselamatan Menggunakan Power Tools Kimpalan Gas Kimpalan Arka Menggegas Pemasangan/ Servis Aircond Kasut Pelapik Getah Pelapik Getah Pelapik Getah Pelapik Getah Pelapik Getah Sarung Tangan Getah/Kulit Kulit Kulit - Kulit Google Biasa Weld google Weld google Biasa biasa Perisai - Shield/ Visor Shield/ Visor - - Apron - Kulit Kulit Plastik/ Getah Plastik/ Getah


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M01.01/HP(1/2) MUKA: 5 DRP: 28 Rajah 1 : Contoh Pakaian Keselamatan Yang Lengkap 1.1.3 Papan Tanda Keselamatan Di Tempat Kerja Dalam langkah–langkah keselamatan perlu juga diambil kira tanda – tanda khas (signage) untuk dijadikan panduan. Berikut merupakan beberapa tanda keselamatan yang perlu dipatuhi mengikut kategori. 1.1.3.1 Signage berwarna biru adalah tanda mandatori iaitu mesti dipatuhi mengikut standard ISO dan BS 5378. Jadual 3 : Papan Tanda Keselamatan Di Tempat Kerja


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M01.01/HP(1/2) MUKA: 6 DRP: 28


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M01.01/HP(1/2) MUKA: 7 DRP: 28 1.1.3.2 Tanda Amaran ini biasanya berwarna kuning dan hitam seperti yang diberikan dalam jadual di bawah : Rajah 2 : Papan Tanda Amaran


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M01.01/HP(1/2) MUKA: 8 DRP: 28 Rajah 3 : Papan Tanda Amaran 1.2. Mengamalkan Langkah Keselamatan Diri 1.2.1 Punca – Punca Berlakunya Kemalangan Jadual 4 : Punca – Punca Kemalangan Faktor Manusia Faktor Persekitaran Faktor Alat /Mesin o Cuai o Tidak tahu o Sambil lewa o Keletihan o Mengantuk o Susun atur tidak kemas o Lantai licin o Litar pintas o Pendawaian tidak selamat o Kebocoran o Rosak o Litar pintas o Kabel terluka o Tajam o Haba


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M01.01/HP(1/2) MUKA: 9 DRP: 28 1.2.2 Langkah – Langkah Mengurangkan Risiko Kemalangan a) Pelan Bertindak Kecemasan Adalah satu tatacara atau langkah dalam menghadapi suasana kecemasan. Pelan bertindak ini juga dikenali sebagai Standard Operating Procedure (SOP). Contohnya pelan bertindak untuk kebakaran, luka kecil, terseliuh dan lain –lain kemalangan yang biasa berlaku di bengkel. b) Mematuhi SOP Pengendalian Mesin Terutamanya bagi mesin yang merbahaya seperti mesin pemotong, mesin kimpal dan lain -lain. c) Mematuhi Peraturan Bengkel Peraturan bengkel mesti di paparkan dalam bengkel supaya mudah diilihat d) Menggunakan Pakaian Keselamatan Memakai pakaian keselamatan yang sesuai jika perlu terutamanya yang melibatkan kerja -kerja merbahaya. e) Berhati – Hati Sentiasa mengambil sikap berhati -hati ketika melakukan tugas 1.2.3 Kod – Kod Keselamatan Yang Berkaitan Kod-kod keselamatan biasanya telah disediakan oleh pihak yang memberikan sesuatu perkhidmatan. Contohnya nya bekalan elektrik di negara kita mematuhi peraturan -peraturan elektrik berdasarkan Institut Kejuruteraan Elektrik United Kingdom (I.E.E), Peraturan E lektrik 1951, Peraturan Keselamatan Ordinan Elektrik 1949, Peraturan Elektrik Lembaga Bekalan 1949 dan Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 277 1983, 1984 dan SIRIM. Sebuah bangunan mestilah mempunyai peraturan keselamatan yang disediakan oleh pihak bomba. Di antara lain, peraturan itu berkehendakkan perkara -perkara berikut :


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M01.01/HP(1/2) MUKA: 10 DRP: 28 a) Pintu mestilah tahan kebakaran. b) Alat pemadam kebakaran disediakan c) Menyediakan pintu masuk dan keluar dari dua arah yang berbeza. d) Bagi bangunan yang menggunakan lif, hendaklah menyediakan tangga di dua arah yang bertentangan. 1.3. Mengurus Keselamatan Bengkel 1.3.1 Susun Atur Bengkel Yang Selamat Susun atur bengkel bukan sahaja perlu kemas tetapi turut mengambil kira aspek keselesaan dan keselamatan. Biasanya bengkel kejuruteraa akan membahagikan ruangan kepada beberapa seksyen/bahagian. Dan bahagian- bahagian ini selalu ditandai dengan garisan berwarna kuning. Pembahagian ruang bertujuan untuk menunjukkan dengan jelas kawasan merbahaya atau kawasan kritikal. Selalunya di kawasan itulah mesin atau jentera elektrik diletakkan berserta dengan manual operasi. Rajah 4 : Pelan Susun Atur Bengkel Kecil 1.3.2 Pengurusan Setor Dan Pengendalian Bahan Mudah Terbakar Setor ialah tempat simpanan alat/bahan sebelum digunakan. Selalunya bahan mudah terbakar akan disimpan berasingan dengan alat/bahan lain. Ini bertujuan untuk mengurangkan risiko kerugian lebih besar sekiranya ia tersebut disimpan bersama.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M01.01/HP(1/2) MUKA: 11 DRP: 28 Bahan seperti minyak, gas, alkohol, bahan kimia dan sebagainya perlu disimpan mengikut tatacara penyimpanan yang betul, dalam bekas yang sesuai dan dilabelkan. Setor bahan ini perlu diwujudkan dan dikendalikan jauh dari sumber api/sumber utama elektrik. Selalunya individu yang bertanggungjawab menyelenggara setor perlu tahu tatacara pengurusan stor yang betul. Dan antara tugas utamanya ialah melakukan klasifikasi penyimpanan bagi bahan mudah bakar. 1.3.2.1 Tatacara Pengurusan Setor Berikut adalah antara tatacara pengurusan setor yang boleh dijadikan panduan : a) Membuat pesanan inventori b) Merekod inventori keluar dan masuk c) Membuat pengasingan inventori mengikut jenisnya seperti bahan kimia, bahan mudah bakar, kaca dan sebagainya. d) Membuat pemeriksaan berkala ke atas inventori seperti tarikh luput dan kebolehgunaan, kerosakan dan lain -lain. e) Menyediakan rekod penyelengggaraan alat/mesin f) Memastikan setor penyimpanan dalam keadaan kemas dan selamat. 1.3.2 Pengurusan Bengkel Yang Selamat Umumnya mereka yang bekerja dalam bidang teknikal akan menghabiskan banyak masa di bengkel. Oleh sebab itulah, aspek keselamatan bengkel perlu dititikberatkan setiap masa. Kaedah pengurusan bengkel: a) Menyediakan peraturan bengkel b) Membuat pembahagian kawasan/ruang c) Menyediakan pelan susun atur bengkel d) Melengkapkan bengkel dengan alat pemadam api/alat kawalan kebakaran e) Menyediakan first aid kit dalam bengkel f) Memastikan pengudaraan dalam bengkel sesuai g) Memastikan pencahayaan dalam bengkel mencukupi h) Membuat pemeriksaan berkala terhadap persekitaran dalam bengkel


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M01.01/HP(1/2) MUKA: 12 DRP: 28 1.4. Mengurus Keselamatan Peralatan Dan Mesin 1.4.1 Langkah – Langkah Menjaga Keselamatan Peralatan Dan Mesin Peralatan dan mesin hendaklah digunakan dengan kaedah dan cara yang betul bagi menghindar dari kemalangan dan memanjangkan hayat peralatan dan mesin tersebut : 1.4.1.1 Prosedur umum penjagaan peralatan/mesin: a) Membaca dan memahami manual penggunaan peralatan/mesin. b) Mengendalikan peralatan/mesin dengan kaedah yang betul. c) Mengetahui bahagian yang merbahaya pada mesin tersebut d) Memastikan tiada pendawaian yang pecah atau terbuka sebelum mengendalikan peralatan/mesin elektrik e) Memastikan peralatan/ mesin yang hendak digunakan tidak rosak. f) Pastikan bahagian yang berpusing (jika ada) pada peralatan/mesin mempunyai penghadang keselamatan g) Pastikan kawasan kerja kering sebelum mengendalikan peralatan/mesin elektrik. h) Lap tangan sehingga kering sebelum mengendalikan peralatan/mesin i) Padamkan bekalan kuasa atau palam sebelum membuat sambungan atau sebarang perubahan pada litar dan peralatan/mesin j) Mematuhi beban yang telah ditetapkan pada punca bekalan kuasa.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M01.01/HP(1/2) MUKA: 13 DRP: 28 Rajah 5 : Langkah Keselamatan Penggunaan Peralatan Dan Mesin 1.4.1.2 Penyimpanan Pealatan/Mesin : a) Bersihkan sisa yang melekat pada peralatan/mesin sebelum disimpan. b) Simpan peralatan di tempat yang betul c) Pastikan alat -alat yang tajam disimpan dengan baik untuk mengelakkan kecederaan. d) Padamkan bekalan kuasa selepas selesai menggunakan peralatan/mesin e) Pastikan peralatan/mesin dalam keadaan kering sebelum disimpan. 1.4.2 Cara – Cara Merekod Inventori Inventori merujuk kepada semua peralatan dan bahan yang terdapat dalam stok. Oleh kerana barang dan bahan ini selalunya dalam kuantiti yang besar dan diguna kan berterusan, maka ianya perlu direkodkan. 1.4.2.1 Kaedah Merekod Inventori Terdapat pelbagai kaedah untuk merekod inventori. Ada yang menggunakan kaedah manual dan ada juga secara berkomputer. a) Kaedah manual


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M01.01/HP(1/2) MUKA: 14 DRP: 28 Kaedah ini selalunya menggunakan beberapa jenis borang. Tidak ada format khusus untuk borang inventori dan bergantung kepada keperluan organisasi b) Kaedah berkomputer Kaedah ini selalunya menggunakan sistem yang telah dibangunkan. Ada sebahagian organisasi menggunakan borang dan kemudian direkod ke dalam sistem oleh individu yang diberi tanggungjawab tersebut 1.4.3 Jenis – Jenis Borang Inventori Di Giatmara Malaysia Rujuk di lampiran dibawah : Rajah 6 : Borang Pembelian Bahan


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M01.01/HP(1/2) MUKA: 15 DRP: 28 Rajah 7 : Borang Pengeluaran Pinjaman Alatan


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M01.01/HP(1/2) MUKA: 16 DRP: 28 Rajah 8 : Borang Terima Pinjaman Alatan


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M01.01/HP(1/2) MUKA: 17 DRP: 28 Rajah 9 : Borang Pengeluaran Bahan


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M01.01/HP(1/2) MUKA: 18 DRP: 28 Rajah 10 : Borang Terima


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M01.01/HP(1/2) MUKA: 19 DRP: 28 T2. MENGENALPASTI KEADAAN KEBAKARAN Kebakaran adalah salah satu kemalangan / bencana yang berpotensi berlaku di bengkel. Ia bukan sahaja memusnahkan harta benda malah menyebabkan kerugian yang besar. Kemalangan tidak diketahui bila kan berlaku tetapi kita boleh mengurangkan risiko kemalangan dengan mengambil langkah berjaga-jaga. Begitu juga dengan kebakaran, kita boleh mengurangkan risiko kemusnahan dengan mengamalkan langkah keselamatan yang sesuai. 2.1 Kebakaran Kebakaran adalah hasil tindak balas kimia yang melibatkan tiga elemen iaitu : a) Haba b) Bahan Api c) Oksigen Rajah 11 : Elemen Kebakaran 2.2 Punca - Punca kebakaran Di antara punca -punca kebakaran ialah a) Membuang punt ung rokok di merata -rata tempat b) Kecuaian mengasingkan bahan mudah terbakar dan tidak membersihkan lantai daripada tumpahan bahan api. c) Menukar kadaran arus fius dengan lebih besar. d) Sambungan pendawaian terdedah atau rosak e) Perangkap k ilat yang rosak f) Percikan bunga api di sambungan pendawaian yang terdedah.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M01.01/HP(1/2) MUKA: 20 DRP: 28 2.3 Kelas-Kelas Kebakaran Tujuan pengelasan ialah untuk mengenal pasti jenis-jenis punca api dan alat pemadam api yang sesuai. Jadual 5 : Kelas – Kelas Kebakaran 2.4 Cara - Cara Api Merebak Tujuan mengetahui cara -cara api merebak adalah untuk memudahkan langkah - langkah mencegah atau mengawal diambil. Terdapat empat cara kemerebakan api: a) Pengaliran Melalui logam. Apabila terkena bahan bakar, logam akan panas seterusnya terbakar apabila sampai ke suhu nyalaan b) Bahangan Melalui pancaran cahaya dan menjadi panas seterusnya terbakar. Kelas-kelas api Kebakaran Kelas A  Bahan organik seperti k ayu, kertas, k ain, sampah sarap , daun kering, plastik dan sebagainya. Kelas B o Pelbagai jenis gas seperti butane, propane, acetylene o Pelbagai jenis cecair mudah bakar seperti petrol, diesel, kerosin dan lain - lain. Kelas C  Berpunca daripada perkakasan elektrik seperti litar pintas dan lain -lain. Kelas D  Pelbagai jenis logam mudah bakar seperti potassium , Sodium, titanium dan lain -lain.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M01.01/HP(1/2) MUKA: 21 DRP: 28 c) Perolakan Berlaku apabila udara panas naik ke atas bahan mudah bakar. Udaratersebut akan mempengaruhi udara di sekeliling, bahan akan terbakar apabila udara jadi terlalu panas d) Terus Akan membakar keseluruhan bahan bakar (merebak terus menerus). Contohnya kebakaran rumah panjang 2.5 Langkah – langkah Keselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Yang Mudah Terbakar a) Bahan yang mudah terbakar hendaklah disimpan di tempat yang selamat. Kembalikan ke tempat asalnya selepas selesai b) Alat-alat pemadam kebakaran MESTI diletakkan di tempat yang terbuka dan mudah dicapai. Ia juga perlu diperiksa oleh pihak yang bert auliah dari semasa ke semasa . c) Jangan nyalakan api semasa bekerja di stor yang menyimpan bahan - bahan yang mudah terbakar dan meletup. Elakkan merokok di kawasan tersebut. d) Padamkan puntung rokok dengan betul sebelum di buang ke dalam tong sampah. e) Bekas-bekas tong, tin atau botol bahan yang mudah terbakar hendaklah di buang atau disimpan di tempat yang selamat (jika perlu digunakan semula). f) Lantai yang berminyak atau tapak tumpahan bahan yang mudah terbakar hendaklah dibersihkan dengan segera . g) Jika te rdapat kabel, perkakas atau pendawaian yang terbuka, hendaklah dibaiki dengan segera sebelum digunakan . h) Gunakan pakaian dan alat -alat yang mempunyai ketahanan haba kebakaran jika bekerja di kawasan yang mudah terbakar . 2.6 Latihan Kebakaran Antara perkara penting dalam latih tubi kebakaran ialah mengenali bunyi tanda amaran kebakaran, biasanya bunyi loceng berterusan. Kemudian mereka yang terlibat dikehendaki berkumpul di satu kawasan lapang yang selamat, seperti di padang


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M01.01/HP(1/2) MUKA: 22 DRP: 28 Bagi bangunan yang mempunyai lif, jika kebakaran berlaku penghuni hendaklah menggunakan tangga bagi mengelakkan dari terperangkap di dalam lif berkenaan. Oleh sebab itulah amat penting untuk menyediakan dua laluan yang berbeza bagi sesebuah bangunan. Pemilik juga perlu menyediakan pelan tindakan kecemasan sebagai panduan kepada penghuni bangunan bertindak dalam saat kecemasan 2.7 Konsep pemadaman Tujuan adalah supaya peserta tahu pelbagai cara untuk me madamkan kebakaran dengan menggunakan media tertentu 2.7.1 Melaparkan (starvation) Pemadaman kebakaran cara ini boleh dilakukan melalui tiga cara iaitu: a) Dengan memindahkan bahan api atau bahan mudah bakar yang belum terbakar ke tempat yang lain. Contohnya memindahkan tangki minyak ke dalam tangki kedua apabila tangki minyak pertama terbakar. b) Memindahkan bahan yang terbakar itu daripada bahan api yang belum terbakar seperti memindahkan sebuah tabung gas LPG yang terbakar ke tempat lapang. Dengan memecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar itu kepada bahan api yang lebih kecil supaya ia mudah dipadamkan Rajah 12 : Melaparkan (starvation)


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M01.01/HP(1/2) MUKA: 23 DRP: 28 2.7.2 Melemaskan (smothering) Jika bekalan oksigen atau udara dapat dikurangkan daripada kebakaran maka ia akan padam. Proses utama ini akan menghalang kemasukan oksigen ke dasar api itu. Caranya adalah seperti berikut: a) Menggunakan guni basah. b) Menggunakan alat pemadam yang sesuai mengikut kelas kebakaran. Ia membantu menyekat bekalan oksigen sekaligus mengurangkan potensi api untuk marak / merebak. c) Menutup pintu, bilik, tingkap dan lain -lain ruang udara bagi menyekat bekalan oksigen dalam udara daripada terus memarakkan lagi api. Rajah 13 : Melemaskan (smothering) 2.7.3 Menyejukkan (Cooling) Bahan api akan mengeluarkan wap atau gas mudah terbakar apabila suhunya mencapai takat sambaran. Teknik menyejukkan adalah dengan cara memindahkan atau menyerap keluar haba yang dihasilkan daripada kebakaran. Suhu kebakaran akan turun dan proses mengeluarkan gas atau wap mudah bakar berkurangan a) Menggunakan kaedah pemadaman menggunakan air dan CO². Ia akan menyerap haba daripada kebakaran


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M01.01/HP(1/2) MUKA: 24 DRP: 28 b) Menyekat gabungan unsur radikal bebas dengan oksigen melalui penggunaan bahan sepe rti gas halon yang dapat menukar radikal bebas menjadi gas lengai( inert gas atau tidak aktif). Rajah 14 : Menyejukkan (Cooling) 2.8 Memadam Kebakaran Sistem kebakaran yang disarankan oleh pihak Bomba untuk dipasang pada sesuatu bangunan merangkumi empat cara bertindak iaitu mengesan, memberi amaran, mengawal dan memadam kebakaran. Kaedah pengendalian adalah secara automatik atau pun manual. 2.8.1 Sistem Kawalan Kebakaran Sistem ini bertujuan untuk mengawal kebakaran jika berlaku. Dalam masa yang sama, ia juga boleh mengurangkan risiko kemusnahan teruk yang berpunca dari kebakaran. Antara kaedah kawalan kebakaran yang biasa digunakan adalah : Jadual 6 : Kawalan Kebakaran Alat Pemadam Api (fire extinguisher) Peranti Pengesan Asap (smoke detector) Loceng Kecemasan (fire alarm)


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M01.01/HP(1/2) MUKA: 25 DRP: 28 Fire Sprinkler Fire Hose Reel Pintu Kalis Api (fire resistant door) 2.8.1.1 Sistem penggera kebakaran Sistem penggera kebakaran dipasang bertujuan mengesan dan menghantar isyarat ke peti penggera kebakaran dan membunyikan loceng untuk memberitahu penghuni untuk menyelamatkan diri. Sistem penggera kebakaran merangkumi perkara - perkara seperti di bawah ini : a) Peti penggera kebakaran. b) Alat pengesan (haba, asap, flame dan gas) c) Alat penggera kebakaran kuasa elektrik/manual ( break glass/siren) . d) Contoh: fire alarm, smoke detector, heat detector 2.8.1.2 Sistem semburan automatic Sistem semburan automatik bertindak memadamkan keb akaran secara automatik seperti berikut : a) mengesan kebakaran. b) membunyikan siren. c) mengawal kemerebakan api. d) memadamkan kebakaran. Sistem ini biasanya menggunakan air untuk mengawal/memadam kebakaran . 2.8.1.3 Sistem semburan manual a) Sistem Fire Hose Reel Sistem ini dipasang bertujuan untuk :


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M01.01/HP(1/2) MUKA: 26 DRP: 28 i. digunakan oleh penghuni bangunan bagi memadam kebakaran kecil sebelum anggota bomba tiba. ii. menyalurkan air terus -menerus ke tempat kebakaran apabila digunakan. iii. mengurangkan penggunaan dan penempatan alat pemadam api jika sistem ini dipasang pada sesebuah bangunan. Rajah 15 : Fire Hose Reel b) Sistem Pili Bomba Sistem ini dipasang bertujuan untuk : i. sebagai bekalan air segera bagi memadam kebakaran. ii. digunakan oleh penghuni (yang terlatih sahaja) untuk memadam kebakaran iii. sumber air tambahan oleh pihak bomba bagi memadam kebakaran. Rajah 16 : Pili Bomba


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M01.01/HP(1/2) MUKA: 27 DRP: 28 2.8.2 Alat pemadam api Alat pemadam api pada asasnya boleh terdapat dalam 5 jenis mengikut bahan- bahan pemadam yang digunakan seperti berikut: Jadual 7 : Alat Pemadam Api Jenis Alat Pemadam Api Kelas Kebakaran Jenis Kebakaran Air A o Contoh: kayu, kain, kertas, daun kering dan sebagainya. Buih A dan B o Contoh: kayu, kain, kertas, daun kering dan sebagainya. o Contoh: gas seperti butane, propane, acetylene o Pelbagai jenis cecair mudah bakar seperti petrol, diesel, kerosin dan lain-lain Karbon Dioksida B dan C o Contoh: gas seperti butane, propane, acetylene o Pelbagai jenis cecair mudah bakar seperti petrol, diesel, kerosin dan lain-lain. o Berpunca daripada perkakasan elektrik seperti litar pintas , pendawaian terbuka dan lain -lain. Serbuk Kering A, B dan C o Contoh: kayu, kain, kertas, daun kering dan sebagainya. o Contoh: gas seperti butane, propane, acetylene o Pelbagai jenis cecair mudah bakar seperti petrol, diesel, kerosin dan lain-lain o Berpunca daripada perkakasan elektrik seperti litar pintas , pendawaian terbuka dan lain – lain. Kelas D D o Contoh: magnesium, sodium, potassiu m, so dium potassium alloys, uranium dan serbuk aluminum


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M01.01/HP(1/2) MUKA: 28 DRP: 28 RUJUKAN : 1) https://www.google.com/search 2) https://kemahiranhidupert.wordpress.com/ 3) Slide Share UTHM dan Department Of Sport & Exercise Science 2.8.3 Penyelenggaraan Alat Pemadam Api a) Pemeriksaan, Servis dan Penyelenggaraan Tahunan Alat pemadam api hendaklah di periksa oleh seseorang yang berkelayakan dalam tempoh tertentu. Ini bertujuan mengenal pasti alat pemadam api yang rosak / tidak berfungsi. b) Ujian Pengeluaran Semua alat pemadam api perlu menjalani ujian pengeluaran dalam masa 4 hingga 20 tahun bergantung kepada jenis alat pemadam api yang digunakan. c) Ujian Tekanan Sesetengah alat pemadam api seperti Karbon Dioksida (CO2) harus menjalani ujian tekanan berkala mengikut BS 5430. Ujian ini dilakukan oleh pengusaha kilang atau syarikat yang mempunyai kepakaran untuk menjalankan ujian tersebut. d) Pengisian Tabung Alat pemadam api MESTI diisi semula selepas digunakan dengan secepat mungkin. Tong alat pemadam api perlu dilabel dengan tarikh pengisian, tarikh pemeriksaan dan tarikh luput. 2.8.4 Latihan Kebakaran (fire drill) Setiap organisasi / agensi / penghuni bangunan disarankan untuk membuat latihan kebakaran sekurang-kurangnya sekali. Ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kebakaran. Semasa latihan juga, semua penghuni akan diberitahu tentang laluan-laluan kecemasan serta panduan dan larangan dalam menghadapi situasi kecemasan. Sebaiknya latihan kebakaran dikendalikan secara bersama dengan Jabatan Bomba kerana mereka lebih mahir dalam mengendali situasi serta mempunyai pengalaman sebenar dalam menghadapi kebakaran.


Click to View FlipBook Version