KELAS MAKANAN DAN KHASIATNYA
Makanan yang kita makan sebenarnya dapat dikategorikan
kepada kelas makanan yang tersendiri. Setiap kelas makanan ini
mempunyai kebaikan dan fungsi yang tertentu kepada tubuh
badan kita. Ada 7 semuanya kelas makanan, iaitu Karbohidrat,
Protein, Lemak, Vitamin, Mineral, Serat dan Air. Jom kita lihat
satu persatu kelas makanan tersebut dan juga fungsi beserta
contoh makanan. Semoga bermanfaat!
KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi : Membekalkan tenaga
Contoh : nasi, roti, coklat, ubi
1
PROTEIN
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen, oksigen,
nitrogen dan kadangkala sulfur serta fosforus
Fungsi : membina sel baharu, baiki tisu rosak
Contoh : Daging, Ikan, Putih Telur, Susu dan Kacang Soya
LEMAK
2
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen, oksigen, tetapi
dalam nisbah berlainan
Fungsi : Memanaskan badan, mengekalkan suhu badan,
membekalkan tenaga, melindungi organ dalaman daripada
gegaran
Contoh : Mentega, Kuning Telur, Minyak Ikan, Lemak Daging
VITAMIN
Sebatian organik yang penting untuk badan
Terbahagi kepada Vitamin Larut Lemak (A,D,E,K) dan Vitamin
Larut Air (B,C)
Fungsi : Penting untuk kesihatan badan
Contoh : Tomato, Susu, Limau, Telur, Ikan Kod
3
GARAM MINERAL
Sebatian organik yang penting untuk memelihara kesihatan
badan
Diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja
Fungsi : Penting untuk kesihatan badan
Contoh : Ikan Bilis, Garam, Tomato, Limau, Telur, Ikan Kod
4
PELAWAS
Bahan bergentian yang tidak dapat dicernakan badan
Merangsang pengecutan otot di sepanjang salur pencernaan
Fungsi : Mencegah sembelit
Contoh : Nangka, Nenas, Betik, Jagung
AIR
67% daripada badan manusia terdiri daripada air
Fungsi : Mengangkut bahan terlarut ke seluruh badan,
mengawal suhu badan dan kepekatan darah
Contoh : Air minuman
SUMBER: https://www.cikguhailmi.com/2013/01/sains-kelas-makanan-dan-khasiatnya.html
5