The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by twotriple1, 2021-11-13 23:31:46

MAKSUD SOLAT SUNAT

MAKSUD SOLAT SUNAT

MAKSUD SOLAT SUNAT

• Solat sunat disebut juga solat Nawafil atau Tatawwu’ iaitu
solat yang dilakukan secara sukarela.

• Ia dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan
meraih kasih sayangNya.

• Orang yang mengerjakannya dengan ikhlas lebih dikasihi
dan diberi lebih perhatian oleh Allah SWT berbanding orang
yang hanya mengerjakan solat fardu semata-mata.

• Pada zaman Rasulullah SAW, para sahabat sangat cemburu
dan berasa iri hati melihat baginda banyak melakukan
amalan sunat. Maka mereka turut sama berlumba-lumba
melakukannya.

• Solat sunat mempunyai fadilat yang tersendiri namun
hakikatnya disembunyikan oleh Allah SWT.

• Sememangnya digalakkan kepada golongan yang beriman
agar mengerjakan amalan sunat khususnya solat sunat.
InsyaaAllah mereka akan berjaya dalam kehidupan dunia
dan akhirat jika melakukannya dengan rasa khusyuk.

• “Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang
beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solat mereka

— Surah al-Mukminun 1-2

HUKUM SOLAT SUNAT

• Hukum mengerjakan solat sunat adalah mendapat
pahala jika dikerjakan dan tidak berdosa jika
ditinggalkan.

KELEBIHAN SOLAT SUNAT

Kelebihan mengerjakannya solat sunat adalah:
i. Menambah kesempurnaan solat fardu
ii. Meningkatkan iman
iii. Mendekatkan dirinya dengan Allah.
iv. Menampung kekurangan dalam solat fardu.
v. Memperolehi ketenangan diri dan perasaan.
vi. Sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk daripada

Allah.
vii. Mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan pada

Allah.

SENARAI SOLAT SUNAT

Kesemua sembahyang sunat terbahagi kepada 2 jenis
iaitu;
i. Solat-solat sunat Mu’akkad (digalakkan)
ii. Solat-solat sunat Ghairu Mu’akkad. (tidak

diberatkan)

Sembahyang sunat juga terbahagi kepada dua iaitu:
i. boleh dilakukan secara berjemaah
ii. secara bersendirian.

Berikut adalah senarai solat sunat yang afdhal
dilakukan berjemaah:
i. Solat Tarawih
ii. Solat Raya Aidilfitri
iii. Solat Raya Aidiadha
iv. Solat Minta Hujan (Istisqa’)
v. Solat Gerhana Matahari dan Bulan
vi. Solat Witir

Berikut adalah senarai solat sunat yang afdhal dilakukan bersendirian:
• Solat Rawatib (mengiringi solat fardu)
• Solat Tahiyyatul Masjid
• Solat Tahajjud
• Solat Dhuha
• Solat Istikharah
• Solat Isyraq
• Solat Awwabin
• Solat Wuduk
• Solat Taubat
• Solat Hajat
• Sembahyang Sunat Ihram
• Sembahyang Sunat Tawaf
• Sembahyang Sunat Musafir
• Solat Mutlak
• Solat Tasbih

WAKTU DIHARAMKAN
SOLAT SUNAT

Waktu yang diharamkan sembahyang sunat yang juga dikenali
sebagai waktu tahrim adalah seperti berikut:
i. Sesudah solat subuh
ii. Ketika matahari hampir terbit atau sedang terbit.
iii. Ketika rembang iaitu matahari tegak di atas kepala.
iv. Ketika matahari hampir terbenam.
v. Sesudah solat asar.

Solat yang diharamkan ini ialah solat yang tidak bersebab iaitu
sembahyang sunat mutlak dan solat yang sebabnya datang
terkemudian seperti solat istikharah, solat musafir dan solat Ihram.
Manakala solat yang bersebab seperti solat qada, solat wuduk, solat
Tahiyyatul Masjid, solat tawaf, sujud tilawah dan sujud syukur tidak
diharamkan.


Click to View FlipBook Version