UJIAN MAKANAN
Ujian makanan adalah ujikaji yang dijalankan bagi menguji
kehadiran sesuatu bahan dalam satu sampel makanan. Ada
banyak ujian makanan. Namun dalam entri ini hanya difokuskan
kepada 4 jenis ujian makanan sahaja, iaitu Ujian Iodin, Ujian
Lemak, Ujian Benedict dan Ujian Millon. Jom tonton video di
bawah untuk melihat bagaimana ujian tersebut dijalankan.
Ujian Iodin
Ujian Iodin digunakan bagi menguji kehadiran KANJI dalam
sampel makanan. Caranya adalah dengan menitiskan beberapa
titisan larutan Iodin ke dalam sampel. Sekiranya sampel berubah
menjadi biru gelap atau biru kehitaman, maka sampel tersebut
memang mengandungi kanji. Jika tiada perubahan, maka sampel
tersebut tidak mengandungi kanji. Contoh makanan yang boleh
digunakan bagi menguji kanji adalah air nasi, roti dan ubi.
Ujian Lemak
Ujian lemak mempunyai 2 kaedah. Kaedah pertama adalah
dengan menggunakan kertas turas. Titiskan beberapa sampel
makanan ke atas kertas turas dan sekiranya terdapat tompokan
lutsinar, maka sampel terbukti mengandungi lemak.
1
Kaedah kedua pula adalah dengan menggunakan etanol. Sampel
dicampurkan dengan sedikit larutan etanol. Jika sampel
makanan mengandungi lemak, maka kita akan dapat satu emulsi
lemak. Contoh makanan yang boleh digunakan bagi menguji
lemak adalah minyak masak, dan marjerin.
Ujian Benedict
Ujian Benedict digunakan bagi menguji kehadiran GLUKOSA
dalam sampel makanan. Caranya adalah dengan mencampurkan
sampel dengan larutan Benedict yang berwarna biru. Kemudian
campuran tadi dipanaskan dalam kukus air. Sekiranya sampel
mengandungi glukosa, maka larutan akan berubah menjadi
mendakan merah bata. Contoh makanan yang boleh digunakan
bagi menguji glukosa adalah air gula.
Ujian Millon
Ujian Millon digunakan bagi menguji kehadiran PROTEIN dalam
sampel makanan. Caranya adalah dengan mencampurkan
sampel dengan Reagen Millon. Campuran tadi kemudiannya
2
dipanaskan dalam kukus air. Sekiranya sampel mengandungi
protein, maka larutan akan berubah menjadi mendakan merah
bata. Contoh makanan yang boleh digunakan bagi menguji
protein adalah albumen, dan putih telur.
SUMBER: https://www.cikguhailmi.com/2014/02/ujian-makanan-video.html
3