The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 41

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-28223616, 2021-03-22 19:19:42

SK Seri Penanti

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 41

10 APRIL 2021
SABTU

8.30 PAGI
STESEN MASING-MASING

GOOGLE MEET
LINK :

DIRASMIKAN OLEH:

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
2
BIL PERKARA 3
1. NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 41
4
BORANG PERSETUJUAN HADIR, BORANG USUL DAN 11
2. 12
16
CADANGAN 18
3. LAPORAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 40 22
4. SENARAI JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2020
5. LAPORAN AKTVITI PIBG SESI 2019/2020
6. LAPORAN KEWANGAN
7. USUL DAN CADANGAN
8. PELAJAR CEMERLANG UPSR 2019

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PENANTI
14400 KUBANG SEMANG, BKT. MERTAJAM,

SEBERANG PERAI
Tel & Fax : 04-5213245
____________________________________________________________________________________

Ruj. Kami: Bil.( ) dlm. SU/PIBG/2019-2020
Tarikh : Februari 2020

Ibubapa/waris/penjaga
Semua murid
SK Seri Penanti

Tuan/puan,
JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-41

Perkara di atas dengan hormatnya adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan, SK Seri Penanti akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali
Ke-41 seperti butiran berikut:
Tarikh : 28 Mac 2020 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Tertutup SKSP

3. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput hadir. Tuan/puan boleh mengutarakan sebarang
usul/cadangan untuk dibentang di dalam mesyuarat nanti. Usul/ cadangan terbatal sekiranya
tuan/puan tidak hadir.
4. Bersama ini disertakan borang pengesahan kehadiran/usul/cadangan untuk diisi dan
kembalikan kepada Setiausaha PIBG atau Guru Kelas murid sebelum atau pada 28 Februari 2020.

Sekian terima kasih,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

...........................................................
(EN. MOHD NOOR BIN HANAPIAH)
Yang Di Pertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Seri Penanti

BORANG PERSETUJUAN HADIR KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-41

Sukacita dimaklumkan bahawa saya,............................................................................... ibu /bapa/ waris/
penjaga kepada murid .................................................................. kelas ........................... dengan ini
BERSETUJU / TIDAK BERSETUJU untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-41 di SK Seri
Penanti tahun 2020.
USUL/ CADANGAN saya ialah :

_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________

Sekian, terima kasih.

*potong yang tidak berkenaan

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PENANTI
14400 KUBANG SEMANG, BUKIT MERTAJAM,

SEBERANG PERAI
Tel & Fax: 04-5213245
___________________________________________________________________________

LAPORAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40

TARIKH : 9 MAC 2019
HARI : SABTU
TEMPAT : DEWAN TERTUTUP SK SERI PENANTI
KEHADIRAN : 593/835

1.0 UCAPAN GURU BESAR – EN. NORHALIM BIN ITHNIN @ MAON

1.1 Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada YDP, barisan AJK PIBG, Guru-guru Penolong
Kanan, guru-guru dan para waris kerana sudi hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40 pada hari ini.

1.2 Tuan Guru Besar berharap mendapat kerjasama waris dalam memperkasa dan menaikkan nama
sekolah.

1.3 Antara kerjasama waris yang boleh membantu sekolah adalah:
1.3.1 Sokongan kepada anak-anak.
* Memastikan anak-anak menyiapkan kerja sekolah.
* Anak-anak akan rasa diperhati dan dipedulikan oleh ibu bapa.
1.3.2 Kehadiran murid
* Waris perlu mengubah sikap dan menghantar anak lebih awal ke sekolah.
* Tidak adil untuk menghukum anak yang datang lewat kerana kesalahan ibu bapa sendiri.
* Jangan hantar anak mengikut masa bekerja waris.
* Menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak menepati masa.
* Bagi murid tahun 6, Program Sinar Pagi diadakan setiap pagi bermula pukul 7.20 pagi.
* Murid tersebut akan ketinggalan jika datang lewat.
1.3.3 Beg berat
* Sekolah dalam usaha menyediakan almari tetapi ada kebaikan dan keburukan.
* Antara keburukan ialah murid tidak buat kerja sekolah @ buku hilang. Beberapa bilik darjah juga
digunakan untuk murid-murid KAFA di sebelah petang.

1.4 Tuan Guru Besar menghargai waris yang anaknya bermasalah sudi datang berjumpa Guru Besar
@ guru untuk berbincang. Walau bagaimanapun Tuan Guru Besar menegur waris yang datang
menyerang serta meninggikan suara dan menengking guru. Tuan Guru Besar berharap agar para waris
perlu ingat pengorbanan guru mendidik dan menjaga anak mereka di sekolah. Sebarang masalah boleh
diselesaikan secara baik.

1.5 Pihak sekolah juga mengadakan program menghafal surah-surah lazim sebagai pengisian masa
murid semasa pertukaran guru. Program ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

1.6 Tuan Guru Besar tidak galakkan buat group whatssapp antara waris dengan guru kerana lebih
banyak keburukan daripada kebaikan. Ini juga boleh menimbulkan masalah antara guru dengan waris.
Walau bagaimanapun, Tuan Guru Besar berharap ibu bapa ada hubungan yang rapat dengan sekolah
demi kejayaan anak-anak SKSP. Pihak ibu bapa digalakkan terus berhubung ke pejabat sekolah.

2.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG (YDP PIBG) – EN. MOHD NOOR BIN HANAPIAH

2.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir, guru-guru dan waris serta perasmi
yang hadir pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40 hari ini.

2.2 YDP PIBG melahirkan perasaan terharu kerana SKSP menjadi johan bola tampar peringkat negeri
Pulau Pinang. Semua ini kerana gembeling tenaga daripada semua guru. Begitu juga dengan lontar
peluru dan lompat jauh yang mendapat tempat terbaik dalam pertandingan. Beliau berharap para waris
terus memberi sokongan kepada guru tanpa rasa jemu. Beliau sendiri bangga kerana sekolah ini
memberi sumbangan yang besar selama 9 orang anaknya belajar di sini dan beliau sendiri pernah
memegang jawatan AJK, NYDP dan YDP PIBG.

2.3 YDP PIBG juga menegaskan supaya pihak waris perlu menjaga hati guru-guru dan waris lain
dalam menginginkan anak-anak mereka mendapat layanan dan pendidikan yang terbaik. Biar anak-anak
belajar menghadapi sendiri permasalahan mereka sebagai pengajaran masa depan mereka. Setiap apa
yang berlaku ada hikmahnya.

2.4 YDP PIBG memohon agar pihak waris memberi sokongan dari segi wang ringgit untuk dana
sekolah bagi membangun kemudahan sekolah.

3.0 UCAPAN PERASMIAN – EN. ABDUL AZIZ SHAIK AHMAD ( PENGARAH URUSAN NASI KANDAR
DINAS SDN. BHD )

3.1 En. Abdul Aziz bin Shaik Ahmad mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Besar, YDP, NYDP,
AJK PIBG, ibu bapa dan guru atas kehadiran pada hari ini. Kehadiran semua untuk memastikan anak-
anak mendapat pendidikan yang terbaik. Tugas guru dan ibu bapa sangat mencabar zaman sekarang. Ibu
bapa perlu pastikan anak-anak tidak terpesong perjuangan hidup terutamanya anak-anak Melayu
daripada anasir yang tidak baik. Tambahan pula, anak-anak sekarang sukar dikawal disebabkan
persekitaran yang agak bebas.

3.2 Para guru dan waris PIBG perlu membuat lawatan ke pusat pengajian tinggi di sekitar Permatang
Pauh seperti UiTM dan Politeknik untuk menyuntik semangat anak-anak untuk belajar ke peringkat yang
lebih tinggi.

3.3 Pastikan para waris tidak terlalu menyanyangi anak-anak sehingga mengabaikan tanggungjawab
sebenar sebagai ibu bapa. Guru-guru tidak perlu berputus asa untuk mendidik anak murid untuk
menjadi anak yang berguna pada masa hadapan. Di harap ibu bapa selalu hadir ke sekolah untuk
mengetahui perkembangan anak-anak. Di samping mencari rezeki, ibu bapa juga perlu mengambil tahu
perkembangan anak-anak di sekolah.

3.4 Ibu bapa perlu gandakan usaha di zaman yang serba canggih ini (zaman IT). Ibu bapa dan guru
mempunyai tanggungajawab masing-masing untuk memastikan kejayaan anak-anak. Minat anak-anak
perlu diambil kira untuk memastikan mereka berjaya pada masa akan datang. Bagi ibu bapa yang
mempunyai anak-anak yang tidak berminat dengan pelajaran, pupuklah minat anak-anak dalam bidang
kemahiran seperti berniaga.

3.5 En. Abdul Aziz bin Shaik Ahmad berharap para ibu bapa bekerjasama dengan guru-guru untuk
memastikan kejayaan anak-anak SK Seri Penanti. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada ibu
bapa yang hadir pada hari ini. Beliau berbesar hati memberi sumbangan RM2,000.00 kepada PIBG SK
Seri Penanti untuk program-program sekolah, seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
SKSP Kali Ke-40.

4.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-
39

4.1 Pn. Fa’izah binti Othman selaku Setiausaha PIBG membentang Minit Mesyuarat Agung Tahunan
PIBG kali ke-39 untuk diterima dan disahkan.

4.2 En. Mohd Mokhtar bin Ismail mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-
39 untuk diterima dan disahkan.

4.3 Cadangan disokong oleh En. Mohd Nazri.

5.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN SESI 2018/2019

5.1 Pn. Masyhitoh binti Abd. Halim selaku Bendahari PIBG membentang Penyata Kewangan
Tahunan berakhir 31 Disember 2018 untuk diterima dan disahkan.

5.2 En. Zainol Abidin mencadang agar Penyata Kewangan diterima dan disahkan.

5.3 En. Mohd Zahid bin Mohd Isa menyokong.

6.0 MEMBENTANG DAN MELULUSKAN USUL DAN CADANGAN

6.1 USUL : Pn. Che Asa binti. Chat (PKP)
Memohon KPM memberi bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada semua murid di
seluruh Malaysia. Hal ini disebabkan ramai keluarga menghadapai penurunan perkapita. Justeru, adalah
penting kerajaan menimbang semua syarat kelayakan bagi membolehkan semua murid mendapat RMT.

JAWAPAN
Usul ini diterima dan akan dipanjangkan ke KPM. Untuk mendapatkan bantuan daripada dana PIBG pula,
buat masa ini perbelanjaan yang ada hanya mampu untuk sarapan murid tahun 6 semasa peperiksaan
UPSR sahaja, untuk semua murid di luar kemampuan. Akan dipanjangkan kepada pihak KPM melalui
Pegawai YDP PIBG SPT (YDP PIBG SK Seri Impian).

6.2 CADANGAN : Pn. Che Asa binti. Chat (PKP)

Menyediakan paparan LED di hadapan pintu pagar sekolah sebagai medium selain surat pemberitahuan
yang dilakukan. Kaedah ini bagi menyampaikan maklumat terkini mengenai program sekolah seperti
Notis Mesyuarat PIBG, Hari Ko-Kurikulum, Tarikh Peperiksaan, Hari Sukan dan lain-lain.

JAWAPAN
Pihak sekolah telah mengusahakan telegram channel sebagai medium maklumat ibu bapa/waris tentang
aktiviti sekolah anak-anak mereka di SKSP. LED menggunakan modal yang banyak dan kurang efektif
kerana jalan raya di hadapan sekolah terlalu sibuk.

6.3 CADANGAN : Pn. Nurul Adillah binti Abu Bakar, Pn. Faradilla binti Januar, Pn. Norfuzah

binti Ghazali & En. Hishamudin bin Hassan.

Meningkatkan cara komunikasi dua hala di anatara ibu bapa dan guru-guru melalui medium

“whatsapp group” bagi mengelakkan ibu bapa ketinggalan maklumat dan maklum balas daripada guru-

guru berkaitan prestasi dan aktiviti anak-anak di sekolah.

JAWAPAN
Pihak sekolah telah mengusahakan telegram channel sebagai medium maklumat ibu bapa/waris tentang
aktiviti sekolah anak-anak mereka di SKSP. Menubuhkan “whatsapp group” lebih banyak menimbulkan
keburukan daripada kebaikan kerana ianya hanya dalam bentuk tulisan. Para waris memberi nama
kepada guru kelas untuk dimasukkan dalam telegram sekolah. Apa-apa info tentang aktiviti sekolah akan
dimasukkan dalam Telegram Channel tersebut. Para waris perlu ada aplikasi telegram dan scan QR Code
untuk SKSP Telegram Channel. Para waris digalakkan berhubung melaui telefon ke pejabat sekolah atau
datang ke sekolah jika perlu maklum balas daripada guru-guru.

6.4 CADANGAN : En. Noorman dan Pn. Siti Hajar Shaari
Mansuhkan yuran PIBG

JAWAPAN :
Tiada paksaan dari mana-mana pihak kepada ibu bapa untuk membayar yuran PIBG, ia hanya
sumbangan untuk aktiviti sekolah. Pihak sekolah akan mengalami kekangan kewangan untuk aktiviti-
aktiviti tambahan luar dan dalam sekolah. Setakat ini tiada peruntukan diturunkan ke sekolah.

6.5 CADANGAN : Pn. Noor Wahida Bini Saud & Pn. Shabibah binti Kadir

1. Adakan kelas tambahan untuk murid yang tidak mahir membaca, menulis dan sebagainya.
2. Adakan kelas tambahan Bahasa Inggeris untuk murid tahun 2.

JAWAPAN :
Aktiviti pemulihan telah dijalankan pada setiap Jumaat (waktu bacaan Yaasin) selama 30 minit di kantin
sekolah.

6.6 CADANGAN : Rohani bt Ahmad, En. Mohd Rafi & En. Mohd Nazri
Menyediakan almari simpanan buku, buku kerja tambahan dan buku cerita bagi mengurangkan beban
pelajar

JAWAPAN :
Pihak sekolah akan mengusahakan almari buku secara berperingkat dengan bantuan dana daripada PIBG
dan akan dimulai dengan kelas di tingkat 4 Blok D terlebih dahulu.

6.7 CADANGAN : En. Mohd Hasmidee
Mesyuarat PIBG diadakan pada hari Ahad bagi menggalakkan kehadiran ibu bapa/waris.

JAWAPAN :
Hari Ahad adalah hari cuti kebanyakan sektor awam dan swasta di Pulau Pinang, waktu yang sesuai
bersama keluarga. Mesyuarat pada hari Sabtu hanya setakat pukul 12.00 tengah hari sahaja dan
Mesyuarat Agung setahun sekali.

6.8 CADANGAN : Pn. Norfuzah bt Ghazali
Mewujudkan resit/bukti pembelian barang-barang dari sekolah.

JAWAPAN :
Pihak sekolah ada menyediakan resit tetapi diberi kemudian melalui anak-anak kerana kesuntukan masa
jika hendak dikeluarkan pada masa yang sama. Pengeluaran resit bagi kedai buku kurang sesuai
berdasarkan barangan yang dijual walaubagaimanapun boleh berurusan dengan pihak berkenaan.

6.9 CADANAGAN : Pn. Nor Anis Hafizza binti Januar
Mohon kerjasama pentadbir menegur percakapan makcik pengawal keselamatan tentang adab dan
etika bercakap dengan pelawat atau ibu bapa.

JAWAPAN :
Pihak sekolah akan mengambil tindakan selanjutnya. Tuan Guru Besar telah menegur berkaitan isu
lampu isyarat. Pihak sekolah tidak boleh sewenang-wenangnya memberhentikan pekerja.

6.10 CADANGAN : Pn. Noor Jannah binti Samad
Memasang pagar/jaring di belakang tiang gol (berhampiran dewan) bagi melindungi kereta guru
daripada terkena bola.

JAWAPAN :
Pihak sekolah akan mengambil tindakan selanjutnya. Kos untuk memasang pagar/jaring sangat tinggi
hampir RM10K-RM11K tetapi akan diusahakan setakat yang mampu.

6.11 CADANGAN : Pn. Noorbaizura binti Abd. Majid
Menyediakan “water cooler” untuk murid-murid.

JAWAPAN :
Kewangan PIBG tidak menggalakkan untuk membeli dan menyelia penggunaan “water cooler”.
Minuman percuma (air mineral) boleh didapati di kantin dan para waris diminta membekalkan air
kepada anak-anak untuk dibawa ke sekolah.

6.12 CADANGAN :
Anjurkan pelbagai aktiviti luar waktu persekolahan seperti kem ibadah, kem motivasi untuk murid-
murid. Tetapi perlu diingat tentang kos yang tinggi.

JAWAPAN :
Pihak sekolah ada melaksanakannya setiap tahun.

7.0 UCAPAN PENANGGUHAN

En. Mohd Noor bin Hanapiah selaku YDP PIBG sesi 2018/2019 mengucapkan terima kasih atas usul-usul
yang dicadangkan. Beliau juga memberitahu waris yang ingin memberi sumbangan kepada PIBG boleh
membuat potongan zakat dengan mengisi borang di pejabat zakat dan dimasukkan duit ke akaun
sekolah. Pembubaran AJK PIBG bagi sesi 2018/2019.

8.0 PERLANTIKAN AJK PIBG SESI 2019/2020

8.1 LANTIKAN YDP PIBG

8.1.1 En. Mohd Noor bin Hanapiah mencadangkan En. Sarifuddin bin Ismail sebagai YDP PIBG yang
baharu. Cadangan ditolak oleh En. Sarifuddin bin Ismail kerana beliau sangat sibuk.
8.1.2 En. Baharudin mencadangkan En. Ifan Zaimi bin Md. Tahar tetapi ditolak oleh beliau kerana
beliau akan berpindah.
8.1.3 En. Mohd Zahid bin Md. Isa mencadangkan dikekalkan YDP sesi 2019/2020. Cadangan disokong
oleh Pn. Hafizah binti Harun. En. Aminuddin bin Amin mencadangkan cadangan ditutup. Ahli mesyuarat
menyokong En. Mohd Noor bin Hanapiah dikekalkan sebagai YDP PIBG bagi sesi 2019/2020.

8.2 LANTIKAN NYDP PIBG

8.2.1 CADANGAN 1 : En. Aminuddin bin Amin mencadangkan En. Mohd Haniff dan disokong oleh En.
Mokhtar Azhar bin Ismail. Cadangan ditolak oleh En. Mohd Haniff kerana kediamannya jauh daripada
sekolah.
8.2.2 CADANGAN 2 : En. Baharudin mencadangkan En. Ifan Zaimi bin Md. Tahar dikekalkan sebagai
NYDP dan cadangan disokong sebulat suara.

8.3 LANTIKAN SETIAUSAHA, NAIB SETIAUSAHA, BENDAHARI DAN AJK GURU

8.3.1 Tuan Guru Besar mengumumkan lantikan Setiausaha, Naib Setiuasaha, Bendahari dan AJK Guru

seperti berikut:

1. Setiausaha : Pn. Tengku Haida binti Tengku Yusof

2. Naib Setiausaha : Pn. Sharifah binti Shaadan

3. Bendahari : Pn. Nor Adlillah binti Ahmad Nawawi

4. AJK Guru : 1. En. Mohd Nazri bin Daud

2. En. Musyadi bin Mustafa

3. En. Bun Lai A/L Ken

4. Pn. Samsiah binti Ismail

Cadangan disokong sebulat suara.

8.4 LANTIKAN AJK WARIS

8.4.1 PENANTI : Pn. Farahdila binti Januar mencadangkan Pn. Nor Anis Hafizza binti Januar sebagai
wakil Penanti. Cadangan disokong oleh Pn. Norziana
8.4.2 KUBANG SEMANG : En. Yahya Helme bin Hj. Mohamed mencadangkan En. Baharudin bin
Mahamud sebagai wakil AJK Kubang Semang. Tuan Guru Besar memaklumkan calon tiada anak di SK Seri
Penanti tetapi calon ini boleh dilantik dengan mengisi borang BPA/PIBG/1 dan semua yang hadir
bersetuju melantik beliau menjadi AJK.

8.4.3 KAMPUNG PELET : En. Shahrul Azman bin Md. Zaidi sukarela melantik dirinya dan disokong
sebulat suara
8.4.4 KAMPUNG PETANI : En. Yahya Helme bin Hj. Mohamed sukarela melantik dirinya dan disokong
sebulat suara.
8.4.5 KUBANG ULU / MENGKUANG : Pn. Maryana binti Ramli mencadangkan En. Zahid bin Mat Isa
sebagai wakil Kubang Ulu / Mengkuang. Cadangan disokong sebulat suara.

8.5 LANTIKAN JURU AUDIT DALAMAN

8.5.1 En. Baharudin bin Mahamud mencadangkan Pn. Hjh. Safrina binti Said sebagai Juru Audit
Dalaman. Cadangan disokong sebulat suara.
8.5.2 En. Baharudin bin Mahamud mencadangkan En. Sarifudin bin Ismail sebagai Juru Audit Dalaman.
Cadangan disokong sebulat suara.

9.0 UCAPAN PENUTUP OLEH YDP (EN. MOHD NOOR BIN HANAPIAH)

9.1 En. Mohd Noor bin Hanapiah mengucapkan terima kasih atas lantikannya sekali lagi sebagai YDP
PIBG SK Seri Penanti untuk sesi 2019/2020. Beliau mengucapkan tahniah kepada ahli baru yang dilantik
dan memohon kerjasama semua waris bagi membantu beliau untuk terus menjayakan program-
program dan memajukan SK Seri Penanti.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.15 tengah hari.

Pencatat minit mesyuarat :
1. Pn. Asiah binti Mohamad (K)
2. Pn. Tengku Haida binti Tengku Yusof
3. Pn. Marzaton Huda binti Omar
4. Pn. Hjh. Wan Noor Azura binti Wan Zakaria
5. Pn. Hjh. Norsafrina binti Said

Laporan Minit Mesyuarat disediakan oleh : Disemak oleh :

......................................... .........................................
(PN. TENGKU HAIDA BINTI TENGKU YUSOF) (EN. MOHD NOOR BIN HANAPIAH)
Setiausaha PIBG Yang Di-Pertua PIBG
Sek. Keb. Seri Penanti Sek. Keb. Seri Penanti
Sesi 2019/2020 Sesi 2019/2020

AHLI JAWATAN KUASA PIBG SESI 2019-2020

YANG DIPERTUA : En. Mohd Noor bin Hanapiah

NAIB YANG DIPERTUA : En. Mohd Ifan Zaimi bin Md. Tahar

SETIAUSAHA : Pn. Tengku Haida binti Tengku Yusof
NAIB SETIAUSAHA : Pn. Sharifah binti Shaadan
BENDAHARI : Pn. Nor Adlillah binti. Ahmad Nawawi

AHLI JAWATANKUASA WARIS

PENANTI : Pn. Anis Nor Hafizza binti Januar

KUBANG SEMANG : En. Baharudin bin Mahamud

KG PELET : En. Shahrul Azman bin Md. Zaidi

KG. PETANI : En. Yahya Helme bin Hj. Mohamed

KUBANG ULU/MENGKUANG : En. Zahid binMat Isa

AHLI JAWATANKUASA GURU
1 : En. Mohd. Nazri bin. Daud
2 : En. Musyadi bin Mustafa
3 : En. Bun Lai A/L Ken
4 : Pn. Samsiah binti Ismail

JURU AUDIT DALAMAN
1 : En. Mohd Sarifudin bin Ismail
2 : Pn. Hjh. Norsafrina binti Said

LAPORAN AKTVITI PIBG SESI 2019-2020

1. PENTADBIRAN

Persatuan ini ditadbir oleh sebuah jawatan kuasa yang dipilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan
PIBG SK Seri Penanti Kali Ke-40 bertarikh 9 Mac 2019, jam 8.00 pagi, bertempat di Dewan Tertutup
Sekolah Kebangsaan Seri Penanti.

2. AHLI JAWATANKUASA

2.1 Penasihat : En. Norhalim bin Ithnin @ Maon
: Pn. Hjh Che Asa binti Chat
Yang Dipertua : En. Ahmad bin Hamid
Naib Yang Dipertua : Pn. Hjh. Mahani binti Hasan
Setiausaha Kehormat
Naib Setiausaha : En. Mohd. Noor bin Hanapiah
Bendahari : En. Ifan Zaimi bin Md. Tahar
: Pn. Tengku Haida binti Tengku Yusof
: Pn. Sharifah binti Shaadan
: Pn. Nor Adlillah binti Ahmad Nawawi

2.2 WAKIL IBU BAPA/ WARIS (5 ORANG)

1. Penanti : Pn. Nor Anis Hafizza binti Januar
2. Kubang Semang : En. Baharudin bin Mahamud
3. Kg. Pelet : En. Shahrul Azman bin Md. Zaidi
4. Kg. Petani : En. Yahya Helmi bin Mohamed
5. Kubang Ulu/Mengkuang : En. Zahid bin Mat Isa

2.3 WAKIL GURU (5 ORANG)

1. En. Mohd Nazri bin Daud
2. En. Musyadi bin Mustafa
3. En. Bun Lai A/L Ken
4. Pn. Samsiah binti Ismail

2.4 Juru Audit dalaman

1. En. Mohd Sarifudin bin Ismail
2. Pn. Hjh. Norsafrina binti Said

3. MESYUARAT

3.1 Sepanjang sesi 2019/2020, pihak jawatan kuasa telah bermesyuarat sebanyak 4 kali dan 1 kali
perjumpaan khas.

BIL TARIKH PERKARA
1 16 April 2019 Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Kali Pertama
2 02 Julai 2019 Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Kali Kedua
3 24 September 2019 Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Kali Ketiga
4 07 Februari 2020 Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Kali Keempat
5 06 Mac 2020 Perjumpaan Khas Perbincangan Usul dan Cadangan

3.2 Kehadiran Mesyuarat JAWATAN JUMLAH

BIL. NAMA PERJUMPAAN
KHAS

MESYUARAT
AJK

1. EN. NORHALIM BIN ITHNIN @ MAON Penasihat 3 - 3/3
2. PN. NORIDA BINTI ISMAIL Penasihat 2 1 3/5
3. EN. AHMAD BIN HAMID Penasihat 0 - 0/3
4. PN. HJH. MAHANI BINTI HASSAN Penasihat 3 - 3/3
5. PN. HASLINA BINTI HARUN Penasihat 1 1 2/2
6. TN. HJ. MOHAMMAD SHAH BIN HARUN Penasihat 1 1 2/2
7. EN. IBRAHIM BIN HUSSIN Penasihat 1 1 2/2
8. EN. MOHD. NOOR B. HANAPIAH Yang DiPertua 4 1 5/5
9. EN. IFAN ZAIMI BIN MD.TAHAR Naib YDP 3 1 4/5
10. PN. TENGKU HAIDA BINTI TENGKU YUSOF Setiausaha 3 1 4/5
11. PN. SHARIFAH BINTI SHAADAN Setiausaha PIBK 4 1 5/5

12. PN. NOR ADLILLAH BINTI AHMAD NAWAWI Bendahari 4 0 4/5
3 - 3/4
13. PN. NOR ANIS HAFIZZA BINTI JANUAR AJK Waris 4 - 4/4
3 - 3/4
14. TN. HJ. BAHARUDIN BIN MAHAMUD AJK Waris 4 - 4/4
4 - 4/4
15. EN. SHAHRUL AZMAN BIN MD. ZAIDI AJK Waris 3 - 3/4
3 - 3/4
16. EN. YAHYA HELMI BIN MOHAMAD AJK Waris 3 - 3/4
4 - 4/4
17. EN. ZAHID BIN MAT ISA AJK Waris

18. EN. MOHD NAZRI B. DAUD AJK Guru

19. EN. MUSYADI B. MUSTAFA AJK Guru

20. EN. BUN LAI A/L KEN AJK Guru

21. PN. SAMSIAH BT. ISMAIL AJK Guru

4.0 AKTIVITI / PROGRAM PIBG SESI 2019/2020

4.1 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41
4.2 Mesyuarat AJK PIBG
4.3 Program Berbuka Puasa
4.4 Dana Mesra RM20
4.5 Hari Mesra PIBG (Gotong Royong)
4.6 Majlis Bacaan Yaasin Perdana dan Solat Sunat Hajat UPSR
4.7 Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan kali ke 41
4.8 Bowling Santai anjuran Majlis Kakitangan Sekolah (MKT)

5.0 SUMBANGAN PIBG UNTUK PROGRAM SEKOLAH

5.1 Peruntukan untuk kurikulum dan ko-kurikulum
5.2 Peruntukan untuk program UPSR, Sukan Tahunan, Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik &

Saguhati Tahap 1
5.3 Sambutan Hari Kanak-Kanak
5.4 Jamuan Pengawas
5.5 Insentif kepada pemain cemerlang dalam sukan
5.6 Keceriaan Perpustakaan

6. PROGRAM TAMBAH DANA PIBG

6.1 Laporan Dana Mesra RM20

Dalam Mesyuarat AJK PIBG kali pertama telah bersetuju membuat kutipan bagi menambah
dana PIBG. Dana Mesra telah dilancarkan sepanjang Julai 2019. Setiap keluarga menderma
sebanyak RM20 sekeluarga. Jumlah kutipan Dana Mesra sebanyak RM5520.00. Terima kasih
diucapkan kepada keluarga yang telah menyumbang Dana Mesra RM20. Semoga kalian
dimurahkan rezeki.

7. PENGHARGAAN

Pihak Jawatan kuasa PIBG sesi 2019-2020 merakam setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan
terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah, guru-guru dan semua ahli di atas sumbangan, sokongan
dan buah fikiran serta komitmen yang tidak berbelah bagi dalam menjayakan segala program anjuran
persatuan pada sesi ini. Semoga usaha ini mendapat tempat tertinggi di sisi Allah S.W.T.

Barisan jawatan kuasa sesi 2019-2020 memohon jutaan kemaafan di atas segala kelemahan
dan kesilapan sepanjang bertugas. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Maha Pencipta
dan yang kurang itu daripada kami sendiri.

Sekian, Wassalam.

Disediakan oleh,

.........................................
(PN. TENGKU HAIDA BINTI TENGKU YUSOF)
Setiausaha PIBG
Sesi 2019/2020
`

PENYATA PIBG SK SERI PENANTI 2019

TARIKH PENERIMAAN RM TARIKH PERBELANJAAN RM
JAN BUTIRAN 21,758.42 BUTIRAN

Baki 31 Disember 12,030.00 JAN Saguhati Lalulintas 100.00
2018 2 Sukan Sekolah 1,000.00
Bank :RM 21 2,820.00 14 Gril Stor Sukan 1,300.00
354.30 269.20 14 HIP
Tangan :RM 330.00 18 Jamuan makan AJK PIBG 450.00
404.12 31 102.00
2,000.00 Saguhati Lalulintas
Sumbangan PIBG FEB Fotostat, kertas A4 dan fail 100.00
240.00 1 95.80
FEB Sumbangan PIBG 210.00 11 Saguhati Lalulintas
28 Yayasan MARA 300.00 Sumbangan KOOP 100.00
19 MAC Persatuan
MAC Sumbangan PIBG 30.00 1 LDP Guru 2,000.00
13 Sumbangan KOOP Memasang Aircond 3,200.00
Persatuan 8 Buku resit PIBG 2,560.00
13 8 Mesyuarat Agong PIBG
8 Chq Processing Fee 85.30
APR 12 Yayasan MARA 2,289.30
Sumbangan PIBG 11
29 Saguhati Lalulintas 2.00
MEI 14 Kecemerlangan Atlit 269.20
Sumbangan PIBG APR Jamuan AJK PIBG
30 100.00
24 PCG Strategies 12 Majlis Berbuka Puasa 1,000.00
16 Kertas A4
JUN MEI Program Peningkatan 90.00
26 Sumbangan PIBG 10 Tahun 6
10 Duit Raya Murid 1,300.00
46.00
16 Saguhati Lalulintas
24 2,200.00
JUN 900.00
28
150.00

JUL Sumbangan PIBG 120.00 JUL Saguhati Lalulintas 100.00
30 Surcaj PIBG 5,120.00 30 Jamuan makan AJK PIBG 90.00
30 2 Hari Anugerah 2,200.00
Masjid Jamek Kubang Kecemerlangan
OGOS Semang 12 100.00
Masjid Jamek Ara OGOS Saguhati Lalulintas 1,480.50
2 Kuda
Masjid Jamek Kg. 300.00 1 Makan murid (Kinik UPSR)
7 Pelet
Surcaj PIBG 300.00 30
30
20 100.00
60.00

SEP 80.00 SEP Saguhati Lalulintas 100.00
30 Surcaj PIBG 180.00 1 Bidai D. Terbuka 5,500.00
27 Ink printer
OKT 80.00 6 Jamuan AJK PIBG 114.00
30 Surcaj PIBG 46,327.62 24 CHQ processing fee 98.00
30 1.50
NOV Saguhati Lalulintas
Surcaj PIBG OKT Gotong-royong 100.00
1 Bidai D. Terbuka 334.00
DIS 20 Processing fee 5,500.00
8 CHQ stamp duty & book
JUMLAH 8 postage 0.50
CHQ stamp duty & book
10 postage 8.75
Bidai D. Terbuka
11 Processing fee 8.75
17 2,000.00
17 Saguhati Lalulintas
NOV Hari Kanak2 & Jamuan 0.50
1 Pengawas
Ceriathon SK Jalan Baharu 100.00
13 CHQ processing fee
13 2,000.00
13 Bukut resit & baucer 20.00
DIS CHQ processing fee 3.50
28 Jumlah perbelanjaan
31 Baki h/b 100.05
JUMLAH 10.00
39,409.65
6,917.97
46,327.62

Disediakan Disemak ……………… ……………
Oleh: Oleh: Juruaudit 1 Juruaudit 2

…………….. …………..

(Nor Adlillah YDP PIBG
Ahmad Nawawi)

USUL DAN CADANGAN

BIL. USUL/CADANGAN PEMBERI NAMA MRID
NURUL HAWANIS (2J)
USUL/CADANGAN

1 Mengadakan Tuisyen PIBG berbayar untuk tahun 5 PIBG

dan 4 bagi subjek teras (Bahasa Melayu, Bahasa

Inggeris, Matematik dan Sains) selama 1 jam pada PN. ROSNIZA ABU

petang Jumaat dan pagi Sabtu. BAKAR

JAWAPAN :
Akan dibincangkan dalam mesyuarat PIBG.

2 1. Pembayaran sumbangan PIBG sebanyak PIBG

RM30.

2. Yuran dikurangkan. PN. YUSNIZA BINTI CHE MUHD SHAH ZARIF

DIN (1M)

JAWAPAN :

1. Telah dipersetujui.

2. Sumbangan PIBG telah dipersetujui. Manakala

pembayaran lain bukan yuran tetapi keperluan

persekolahan yang telah dipersetujui.

3 Pembelian buku aktiviti yang tidak digunakan. PN. NURZIYAWANI M. ALIFF ADAM (5B)
Cadangan :
Guru-guru membuat perbincangan terlebih dahulu
mengenai jenis buku yang bakal digunakan untuk
sesi persekolahan agar buku yang dibeli dapat
digunakan sepenuhnya dan tidak membebankan ibu
bapa.

JAWAPAN :
Setiap tahun para guru akan berbincang mengenai
buku aktiviti yang akan digunakan dan mendapat
persetujuan semua. Kemungkinan ada murid yang
tidak membuat kerja sekolah yang diarahkan oleh
guru.

4 Sebagai wakil tahun 1, saya usulkan guru-guru setiap PN. NORNAJWA BINTI NUR ZARAA ALYAA

matapelajaran memberitahu tentang buku-buku AZMI (1K)

yang perlu dibawa pada hari persekolahan kerana

setiap matapelajaran terdapat banyak jenis buku

seperti buku teks dan buku aktiviti, memang jadual

waktu telah diberikan tetapi untuk membawa semua EN. AZAM FADLI AHMAD SUFYAN (1J)

buku amat membebankan beg murid.

1. Penerangan tentang buku pada satu-satu

masa.
2. Wujudkan group whatssup.
3. Menyediakan locker untuk setiap murid

sebagai cadangan untuk mengurangkan
beban beg berat.

JAWAPAN :
Kebanyakkan guru mengarahkan murid-murid
menyimpan buku aktiviti dan buku tulis di kelas
kecuali dibawa balik apabila ada kerja sekolah.
Hanya buku teks sahaja dibawa balik.

Cadangan sekolah :
1. Menyediakan almari berkunci @ stronges
box bagi setiap kelas tahap 1.

Usaha awal :
1.Guru kelas Tahap 1 telah memberi jadual waktu
kepada semua murid.

5 Guru kelas mewujudkan group whatssup di antara EN. KANNAN A/L LIVISHAH DEVI (1J)

ibu bapa dan guru untuk memudahkan mengetahui MUNIADY NURUL FITRAH (2B)

perkembangan dan kegiatan anak masing-masing NUR DAMIA AISYAH
(1H)
dan boleh berkongsi maklumat apabila anak tidak PN. NURUL ADILLAH

hadir ke sekolah serta ibu bapa dapat mendekatkan

diri dengan aktiviti dan program yang dianjurkan.

Memudahkan ibu bapa bertanya terutama untuk EN. MOHD IZZUDDIN

anak tahun 1. AB. SALAM

JAWAPAN :
Pihak PIBG telah lancarkan Telegram Info pada tahun
lepas. Segala maklumat berkaitan program sekolah
dilaporkan dalam telegram tersebut.
Ibubapa boleh berjumpa terus dengan guru tersebut
untuk mendapat maklumat lanjut perihal anak
masing-masing. Namun tiada halangan membuat
group whatssup antara 21esame waris.

6 1. Mohon pihak sekolah membuat permohonan EN. AZMEE BIN YUSOFF A’FIFF NAUFAL (4K)

kepada JKR untuk membuat bonggol di hadapan

sekolah bagi mengelakkan kenderaan laju di EN. MUSTAQIM RAZIFF NUR AINA ZAHRAA

hadapan sekolah. (1B)

2. Dapatkan khidmat aggota polis trafik @ anggota

RELA untuk mengawal keadaan lalulintas di hadapan

sekolah ketika waktu puncak (pagi dan tengahari).

3. Meletakkan pengawal lalulintas di bawah

jambatan kerana banyak kenderaan waris

menggunakan laluan tersebut dan mengakibatkan

kesesakan lalulintas dan membahayakan.

JAWAPAN :
1. Bonggol tidak boleh dibuat kerana laluan
utama dan tidak diluluskan oleh JKR.
2. Perkhidmatan RELA perlu bayaran elaun.
Tambahan pula, telah ada pengawal
keselamatan sekolah.
3. Bukan di bawah kawasan sekolah

7 Memasang lampu luar @ sportlight di bawah PN. SITI RAUDZOH NUR IZZWANI BALQIS
jambatan di waktu pagi sahaja, berikutan kawasan RAZALI (6M)
tersebut agak sedikit gelap.
NUR HUSNINA DAMIA
JAWAPAN : (5B)
Bawah jambatan bawah selenggara PLUS. Pihak SITI NURFATIMAH
sekolah berusaha memohon daripada pihak PLUS. (1M)

8 Menghalang peniaga menjual makanan ringan dan EN. MUHAMMAD PUTRI QHALESYA
mainan di luar kawasan sekolah. Tambahan pula, MUHAYUDDIN IMANI (2H)
makanan ringan memudaratkan kesihatan.
MOHD SYAWAL BIN
Mengambil tindakan kepada peniaga di bawah EN. MOHAMAD BIN MARZUKI (1K)
jejantas yang menjual di pagar sekolah. Membawa OTHMAN
aduan ini kepada MBSP.
JAWAPAN :
Pihak sekolah boleh bagi nasihat kepada peniaga
sahaja kerana luar kawasan sekolah. Ibu bapa juga
perlu mengawasi anak-anak.
Pihak sekolah akan mendapat kerjasama MBSP bagi
tindakan selanjutnya kerana peniaga luar sekolah
bukan di bawah bidang kuasa sekolah.

9 Memastikan kebersihan kantin sekolah lebih bersih EN. MUHD FAIZAL
dan mempelbagaikan jenis makanan.

JAWAPAN :
Pihak sekolah telah menyediakan meja mengikut
kelas masing-masing. Sesudah makan, murid-murid
dikehendaki membersih meja masing-masing.
Pihak kantin telah menyediakan pelbagai jenis
makanan seperti nasi lemak, nasi goreng pattaya,
sup, keropok lekor, kentang, roti goreng dan buah-
buahan.

10 Makanan mahal. PN. NOOR ELIZA BINTI
JAWAPAN : ABDUL WAHAB

Harga berdasarkan kuantiti makanan. Harga paling
mahal hanya nasi goreng patayya (RM2), manakala
makanan lain dalam harga RM1.

11 Berkenaan waktu rehat tahun 1 yang terlalu singkat, PN. NORBAIZURA NUR ERYNNA
ramai murid-murid berebut ketika membeli AMANDA (1M)
makanan. Saya cadangkan waktu rehat 30 minit.
M. AFIF RAYYAN (3J)
JAWAPAN : NUR ADELYA (1B)
Pihak sekolah tidak dapat memanjangkan waktu
rehat disebabkan kekangan masa yang melibatkan
perubahan jadual waktu.

12 Kuatkan gam di tali leher. PN. NOOR WAHIDA

JAWAPAN :
Akan maklumkan kepada pengedar.

13 Mohon pihak koperasi sekolah menyediakan PN. NURUL HIDAYAH
kelengkapan sekolah seperti tali leher dan baju PJ BINTI RAMLI
dengan lebih awal. Sekarang bulan Februari tetapi
masih tidak dapat baju PJ dan tali leher. Nametag
untuk murid tahun 1 juga masih tiada. Saya terpaksa
tempah sendiri nametag anak.

JAWAPAN :
Kelewatan ini disebabkan pertukaran pentadbiran.
Tahun depan akan dipercepatkan.

TAHNIAH KEPADA
MURID YANG CEMERLANG

SEMOGA TERUS
CEMERLANG

DI DUNIA DAN AKHIRAT


Click to View FlipBook Version