KERTAS KERJA
PROGRAM KEPIMPINAN PELAJAR
TAJAAN:
ANJURAN:
DILAKSANAKAN OLEH:
1.0 PENDAHULUAN
Bakat kepimpinan amat diperlukan dalam membentuk peribadi pelajar yang
berkebolehan dan berwibawa .Kebolehan memimpin dapat membantu belia terus
memimpin belia lain ke arah melahirkan bakal pemimpin negara pada masa akan
datang . Seterusnya memimpin sesebuah organisasi ke arah memimpin
organisasi belia dengan lebih cemerlang.
Pemimpin merupakan unsur terpenting di sesebuah organisasi dalam
mewujudkan iklim disiplin yang baik. Oleh yang demikian, pemimpin seharusnya
diberi latihan dan input kepemimpinan selaras dengan peranan dan tugas mereka.
Kewajipan melahirkan pemimpin amat dituntut sebagai ibadah dan memerlukan
pengorbanan semua pihak.
Untuk menyambut cabaran ini dan menepati citarasa wawasan negara, pemilihan
pelajar bagi mengikuti kem kepimpinan adalah pelajar yang terdiri daripada pelajar
Sekolah Menengah Harian, Pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Pelajar
Sekolah MRSM. Diharapkan pemilihan pelajar ini dapat memberi pendedahan
kepada pelajar – pelajar yang terlibat untuk lebih terbuka minda mereka dan dapat
melahirkan pemimpin sebagai wadah pemangkin mengikut kehendak visi
organisasi tersebut. Oleh itu program kepimpinan ini patut diterapkan kepada para
belia yang bakal mewarisi kepimpinan yang akan datang.
2.0 OBJEKTIF
Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan berkesan.
Mencungkil dan mengasah kemahiran kepimpinan yang ada di
kalangan peserta.
Mendedahkan ilmu tentang peranan pemimpin dengan lebih mendalam
melalui kebersamaan di peringkat organisasi sekolah.
Membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam potensi
diri.
Menerapkan rasa tanggungjawab, suka terhadap persekitaran dan
dapat melaksanakan tugas dengan jujur, amanah dan dedikasi.
Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang berkesan.
Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan `role model` oleh orang lain.
Membentuk semangat bekerjasama di dalam sesuatu organisasi bagi
merealisasikan misi dan visi organisasi.
3.0 SASARAN
50 orang pelajar – 25 pelajar SMK Puteri Ampang dan 25 pelajar SMK
Seri Ampang
4.0 ANJURAN
Yayasan Pelajaran MARA
5.0 TARIKH
Ogos – Oktober 2020
6.0 KANDUNGAN KURSUS
Komitmen dan tanggungjawab pemimpin
Personaliti Pemimpin Unggul
Konsep Kendiri Pemimpin
Komunikasi Efektif
Team-building
Public Speaking
7.0 RINGKASAN MODUL
MODUL 1 – PERSONALITI PEMIMPIN
(Jangkamasa Modul : 1.5jam)
Dalam modul ini, peserta diminta untuk membuat ujian personaliti dengan
menjawab beberapa pernyataan menggunakan inventori yang standard untuk
melihat elemen-elemen dalam diri untuk menjadi seorang pemimpin.
Kemudian, setiap elemen tersebut akan dibuat tafsiran berdasarkan personaliti
peserta.
MODUL 2 – KOMITMEN DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN
(Jangkamasa Modul : 1.5jam)
Modul ini dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu:
Konsep dan pengertian kepimpinan
Identiti pemimpin- ciri-ciri pemimpin
Gaya kepimpinan (Autokrasi, Demokrasi, Bebas)
Tanggungjawab pemimpin
Ciri-ciri pemimpin berjaya dan ciri-ciri pemimpin lemah.
MODUL 3 – KONSEP KENDIRI PEMIMPIN
(Jangkamasa Modul : 1.5 jam)
Modul ini dimulakan dengan ujian untuk mengukur konsep kendiri peserta.
Seterusnya akan dihuraikan mengenai:
Konsep kendiri positif dan negatif sebagai pemimpin
Konsep Kendiri Afektif, Kognitif dan Psikomotor
MODUL 4 – HALANGAN DAN CABARAN PEMIMPIN
(Jangkamasa Modul : 1.5jam)
Modul ini didedahkan kepada peserta tentang:
Halangan dan cabaran yang bakal diterima dan dilalui oleh Pemimpin
Mengenalpasti Masalah
Mengetahui kaedah dan cara menangani halangan dan cabaran
MODUL 5 – ETIKA BERKOMUNIKASI PEMIMPIN
(Jangkamasa Modul : 1.5jam)
Modul ini akan menghuraikan:
Elemen dalam proses komunikasi
Tujuan komunikasi
Komunikasi yang berkesan
Etika komunikasi
Bentuk komunikasi
Teknik berkesan komunikasi tanpa lisan
Elemen-elemen dalam komunikasi mesra
Teknik Pengucapan Awam
MODUL 6 – PERANCANGAN DAN PELAN TINDAKAN
(Jangkamasa Modul : 2jam)
Modul ini adalah bertujuan:
Merancang program/aktiviti pembangunan organisasi
Membentuk struktur organisasi berkesan
Membuat pelan tindakan membina kepimpinan organisasi berkesan
Melahirkan bakat kepimpinan dalam kumpulan
Meningkatkan keyakinan dalam pelaksanaan aktiviti organisasi
TENTATIF PROGRAM
MASA HARI PERTAMA HARI KEDUA
7.30 pg – 8.30 pg
Pendaftaran Peserta
8.30 pg – 10.30 pg Sarapan pagi
10.30 pg – 11.00 pg
11.00 pg – 1.00 Ptg Slot 1 Slot 4
Personaliti Diri Pemimpin Halangan Dan Cabaran
1.00 ptg – 2.30 ptg
2.30 ptg – 4.30 ptg Pemimpin
Rehat / Minum Pagi
Slot 2 Slot 5
Komitmen Dan Etika Berkomunikasi
Tanggungjawab Pemimpin
Pemimpin
Rehat / Makan Tengahari /
Solat Zohor
Slot 3 Slot 6
Penampilan Dan Konsep Perancangan Dan Pelan
Kendiri Pemimpin TIndakan
4.30 ptg – 5.00 ptg Minum Petang / Bersurai
8.0 ANGGARAN BELANJAWAN
BIL PERKARA PERINCIAN JUMLAH
1 Makan dan minum peserta RM23 x 50 orang x 2 hari 2,300.00
1,800.00
2 Penceramah RM300 x 3 slot x 2 hari 1,600.00
3 Pengangkutan RM800 x 1 bas x 2 hari 800.00
4 Dewan + PA sistem 6,500.00
1
JUMLAH KESELURUHAN
9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan program ini akan dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa
sesuai dengan agenda kerajaan untuk melahirkan pemimpin yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.
KOMEN DAN PENGESAHAN
Disediakan oleh: Disemak oleh:
-------------------------------- ----------------------------------