RIWAYAT
NABI AYUB
A.S
HIKMAH DAN PENGAJARAN
1
Asal-usul Nabi Ayub AS
Nabi Ayub bin Amwas bin
Zarih dari keturunan Ibrahim.
Dianggarkan Baginda hidup pada
tahun 1420-1540 SM. Baginda
berasal dari Romawi. Baginda
diangkat menjadi nabi pada tahun
1500 SM. Baginda ditugaskan
berdakwah kepada orang-orang
Amoria di Huran, Syam dan
Palestin untuk menyembah Allah
SWT. Nama Baginda disebutkan
sebanyak 4 kali di dalam
Al-Quran. Baginda wafat di
Huran, Syam. 2
Latar belakang
Nabi Ayub AS
Nabi Ayub adalah salah satu nabi yang wajib
diketahui oleh umat Islam. Nabi Ayub dikenali
kerana keperibadiannya yang sangat penyabar.
Nabi Ayub adalah seseorang yang diberikan
banyak nikmat oleh Allah SWT. Dirinya diberkahi
dengan banyak anak. Dalam satu kisah dikatakan
anaknya berjumlah 26 orang dan kesemuanya
adalah laki-laki.
Selain itu Nabi Ayub juga diberi nikmat oleh
Allah SWT berupa harta kekayaan yang
melimpah, memiliki berbagai tanaman dan
ternakan, dan juga mempunyai isteri cantik yang
soleh serta setia bernama Rahmah. Dengan
semua nikmat yang diberikan tidak menjadikan
Nabi Ayub sombong.
Baginda memanfaatkan nikmat yang diberikan
Allah SWT untuk membantu dan menolong orang
lain. Setelah pernikahannya berjalan selama 20
tahun, tidak ada ujian Allah SWT yang berat
untuk Nabi Ayub, sehinggalah usianya 50 tahun.
3
Ujian dan Dugaan
Nabi Ayub AS
Pada usianya 51 tahun,Nabi Ayub AS diuji oleh
Allah SWT untuk menilai kesabaran Baginda berdepan
dengan ujian dan dugaan yang berat.
Di antaranya ujiannya adalah:
# Kesemua tanamannya musnah dan haiwan
ternakannya mati.
# Nabi Ayub jatuh miskin sekelip mata.
# Semua anak-anak Nabi Ayub meninggal dunia.
# Nabi Ayub jatuh sakit yang amat teruk
sehinggakan tinggal lidah Baginda sahaja yang
boleh bergerak dan Baginda menggunakannya
untuk memuji Allah SWT. Akibat penyakitnya
itu, semua organ dalamannya menjadi rosak.
# Nabi Ayub menghidap penyakit kulit yang
menyebabkan Baginda tidak dapat menguruskan
dirinya sendiri. Akibat penyakit kulitnya,
Nabi Ayub disisihkan oleh masyarakat.
# Isterinya yang setia akhirnya meninggalkan
Baginda kerana tidak tahan menanggung
derita. 4
Hikmah Ujian dan Dugaan
Nabi Ayub AS
Hikmah yang boleh diambil dari kisah
Nabi Ayub AS adalah:
1. Bersyukur dan dermawan saat kaya, dan sabar saat
miskin
Kita mestilah sentiasa ingat kepada Allah walaupun
mempunyai harta dan kenikmatan yang melimpah. Ini
kerana semua itu hanya dipinjamkan kepada kita di dunia
oleh Allah semata-mata. Kita juga perlu sentiasa ingat
kepada kematian dan hari akhirat serta menjauhi
penyakit Al Wahan iaitu penyakit cintakan dunia.
2. Ujian yang hadir akan sesuai dengan tingkat
keimanan seseorang
Setiap orang pasti akan mendapatkan ujian sesuai
dengan tingkat keimanannya. Semakin tinggi tingkat
keimanan seseorang, maka akan semakin sulit juga
ujiannya.
3. Berdoa kepada Allah SWT dengan doa yang baik
Apabila ditimpa ujian, hendaklah berserah
dan berdoa hanya kepada Allah SWT . Meminta
pertolongan hanya kepada Allah dan bukan berharap
kepada manusia yang lemah. Sesungguhnya hanya Allah
yang mampu mendatangkan penyakit,dan menyembuhkan
penyakit.Serta hanya Allah yang mampu memberi 5
ujian,dan mengangkat ujian tersebut.
Pengajaran dari Kisah
Nabi Ayub AS
Pengajaran dari kisah Nabi Ayub AS ini adalah
setiap manusia akan diuji oleh Allah SWT untuk
mengukur tahap takwa dalam diri manusia.
Ujian yang diberikan menuntut manusia untuk
bersabar dan meningkatkan amal ibadat supaya
lebih mendekatkan diri dengan-Nya.
Di zaman kita hidup dengan penyakit
berbahaya seperti Covid-19 ini ini, kita perlu
banyak bersabar dan tabah menghadapinya.
Banyak dugaan dan cabaran dari segi fizikal,
emosi dan mental sekiranya kita dijangkiti
penyakit tersebut. Selain berdoa dan berserah
kepada Allah SWT, kita perlu berikhtiar
menjaga diri, keluarga serta masyarakat. Kita
hendaklah menjaga SOP dan melengkapkan dos
vaksinasi untuk mengurangkan risiko jangkitan
tersebut. Berkat kesabaran dan usaha menjaga
nyawa ini, akan mendapat keredhaan dan
ganjaran pahala dari Allah SWT.
6
Doa
Nabi Ayub AS untuk
menyembuhkan penyakit
ََموأَيَُّّس ِنو َى َبٱلإِ ْذ ُّضنَاُّر َد َٰوىأَن َر َبَّتهأٓۥَ ْرأَنِ َحىم
ٱل َّر ِح ِمي َن
Ertinya: Dan (ingatlah kisah) Ayub,
ketika ia menyeru Tuhannya,
"(Ya Tuhanku), sungguh aku telah
ditimpa penyakit padahal Engkau
adalah Tuhan Yang Maha
Penyayang dari semua yang
penyayang"
(Qs. Al Anbiya: 83).
#Doa ini bagus diamalkan sekiran7ya kita
dijangkiti sebarang penyakit.
UJI MINDA
Pada pendapat kamu, adakah wajar sekiranya
kita memulaukan dan menyisihkan rakan yang
ditimpa masalah? Mengapa?
Apakah bentuk bantuan yang boleh dihulurkan
sekiranya rakan kamu ditimpa ujian seperti
menghidapi penyakit kronik?
Sebagai seorang Muslim, bagaimanakan cara
kamu menerima setiap ujian yang diberikan
oleh Allah SWT?
8
KUMPULAN A
IRFAN AQIL
RAIF
ZIKRY
9