The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG 2022 LATEST

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norafiedah2015, 2022-03-24 10:22:11

Mesyuarat PIBG 2022

BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG 2022 LATEST

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SK MAT KILAU

25150 KUANTAN, PAHANG

26 MAC 2022
SABTU

9.00 PAGI

DEWAN TERBUKA KRT
FASA 3B INDERA SEMPURNA

KANDUNGAN

KATA-KATA ALUAN GURU BESAR 1

KATA-KATA ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 2

TENTATIF MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21 3

AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022 4

JAWATANKUASA PENGELOLA 5

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE-20 9

SENARAI KEHADIRAN IBUBAPA DAN GURU 13
MESYUARAT AGUNG KALI KE-20

LAPORAN AKTIVITI DAN KEHADIRAN 15
MESYUARAT AJK PIBG SESI 2021/2022

PENYATA KEWANGAN 17

USUL AJK & IBU BAPA 22

PENGHARGAAN 23

KATA-KATA ALUAN
GURU BESAR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamudulilah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan

limpah dan kurnianya kita dapat mengadakan Mesyuarat Agung PIBG
Kali ke-21 ini secara bersemuka. Saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk hadir
pada hari ini dan dengan berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tuan-
tuan dan puan-puan. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih
kepada Yang Dipertua PIBG bagi sesi 2021/2022, En. Musdi bin
Mahmoodin, Naib Yang Dipertua PIBG, En. Nik Azhar bin Hj. Awang,
semua AJK PIBG, guru-guru dan ibu bapa yang memberikan kerjasama
dan komitmen demi kejayaan sekolah.

Tuan-tuan dan puan-puan, peranan PIBG amat penting dalam
pembangunan sesebuah sekolah. Saya yakin dan percaya sekolah akan
terus berdiri teguh dengan adanya sokongan padu daripada PIBG. Sikap
cakna ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak akan melonjakkan lagi
potensi mereka untuk mencapai kecemerlangan. Kejayaan seseorang
murid sebenarnya tidak bergantung kepada guru semata-mata. Mata
pisau yang tajam akan tumpul jika tidak diasah. Begitu juga dengan anak
murid kita. Ilmu yang diperolehi di sekolah akan hilang sekiranya murid
tidak membuat ulang kaji di rumah. Di sinilah letaknya peranan ibu bapa.
Anda akan bertindak sebagai pendorong dan pemberi motivasi kepada
anak-anak untuk melakukan yang terbaik.

Peranan sekolah juga tidak kurang pentingnya. Sesuai dengan
akronim KILAU iaitu Kreatif, Integriti, Lambang, Amanah dan Unggul,
kami warga SKMK sentiasa berusaha memastikan kemenjadian murid
berada di tahap paling optimum supaya semua murid yang menimba
ilmu di sekolah ini dapat menjadi murid yang bukan saja berilmu malah
menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri, agama, masyarakat dan
negara.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang sudi
menghulurkan sumbangan kepada sekolah. Sumbangan yang diterima
tidak kiralah sama ada dalam bentuk wang ringgit, tenaga dan idea amat
kami hargai. Semoga ikatan dan jalinan perhubungan yang tercipta ini
dapat tingkatkan dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.

ROSNAINI BINTI MOHD TAIB 1
GURU BESAR
SK MAT KILAU

KATA-KATA ALUAN
YANG DIPERTUA PIBG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat

Ilahi kerana dengan izin-Nya, maka dapatlah kita sekali lagi bertemu
secara bersemuka dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-21 pada tahun
ini.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan
berusaha membantu pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai program
yang telah dirancang. Saya mewakili AJK PIBG berjanji akan terus
memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada sekolah demi
memastikan kecemerlangan murid dapat ditingkatkan. Terima kasih juga
diucapkan kepada semua guru SKMK yang tidak pernah jemu dalam
mendidik anak-anak kami. Jasa kalian amat kami hargai dan hanya Allah
yang dapat membalasnya.

Tuan-tuan dan puan-puan, peranan dan tanggungjawab PIBG
adalah menyokong dan memantapkan program sekolah. PIBG
berperanan membantu sekolah dalam aspek kewangan dan bukan
kewangan. Oleh itu, besarlah harapan saya agar semua ahli dapat
bersama-sama melunaskan sumbangan PIBG seperti yang dipersetujui
dalam mesyuarat Agung supaya dapat membantu pihak sekolah
mengumpul dana yang mencukupi untuk menjalankan program-program
yang telah dirancang. Sumbangan yang kita hulurkan ini sedikit sebanyak
akan membantu meringankan beban kewangan pihak sekolah dan akan
digunakan dengan sebaik-baiknya untuk kebajikan dan kepentingan anak
-anak SKMK khususnya.

Kepada ibu bapa yang tidak putus-putus menyumbang kepada
pihak sekolah khususnya PIBG, saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan
terima kasih atas jasa dan komitmen yang telah diberikan. Kejayaan anak
-anak SKMK adalah kejayaan kita bersama.

Akhir kata, saya berdoa semoga segala perancangan PIBG dapat
dilaksanakan dengan sebaiknya. Mudah-mudahan harapan kita sebagai
ibu bapa untuk melihat anak-anak kita berjaya suatu hari nanti dapat
direalisasikan. Sesungguhnya kejayaan itu akan dapat kita perolehi
dengan kerjasama daripada kita semua.

Sekian, terima kasih.

EN. MUSDI BIN MAHMOODIN 2
YANG DIPERTUA PIBG
SK MAT KILAU

TENTATIF

Bil Masa Atur Cara
1 8.30 pagi Pendaftaran ibu bapa/penjaga
2 9.00 pagi Bacaan doa
Ucapan Guru Besar
Persembahan Multimedia
Mesyuarat Agung dimulakan
Penyampaian Sijil dan Cenderahati
Acara cabutan bertuah
Jamuan (take away)
Majlis bersurai

Agenda Mesyuarat Agung Kali ke-21

1. Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Mat Kilau
2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-20
3. Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2021
4. Membentang dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG Tahun 2021
5. Membahas dan Menerima Usul
6. Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023
7. Pemilihan Juru Audit Dalaman
8. Ucapan Penangguhan

3

SENARAI AJK PIBG
SESI 2020-2021

4

JAWATANKUASA
PENGELOLA

5

6

7

8

MINIT MESYUARAT
AGUNG KALI KE-20

9

10

11

SENARAI KEHADIRAN
IBUBAPA DAN GURU

13

SENARAI KEHADIRAN
IBUBAPA DAN GURU

14

LAPORAN AKTIVITI
KEHADIRAN MESYUARAT AJK
PIBG SESI 2021/2022

KEHADIRAN MESYUARAT AJK DAN LAPORAN AKTIVITI PIBG
SESI 2021/2022

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Sukacita, saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG SK Mat Kilau dengan ini
membentangkan Laporan Aktiviti PIBG bagi sesi 2021/2022
Mesyuarat AJK PIBG telah dilaksanakan pada :

15

B. Aktiviti-aktiviti PIBG yang telah dijalankan :

BIL AKTIVITI TARIKH DIL-
AKSANAKAN
1 Pembinaan Bangunan Kantin 12/1/2021 -
Tambahan 28/2/2021
15/1/2021 -
2 Baik Pulih Tandas Sekolah 18/2/2021
24/2/2021
3 Menaik Taraf Bilik Komputer
4 Keceriaan Dewan Taming Sari 5/3/2021
5 Keceriaan Surau Sekolah 22/3/2021
6 Menaik Taraf Bilik Tayangan 25/3/2021
7 Menaik Taraf Bilik Buku Teks & Bilik 19/4/2021

Kaunseling 20/4/2021
8 Baik Pulih Palang Pintu Pagar 28/4/2021
9 Program Ihya' Ramadhan 1/11/2021
10 Keceriaan Kelas 11/11/2021
11 Menaik Taraf Papan Tanda Sekolah

Semoga pada masa akan datang akan ada lebih banyak aktiviti dapat
dirancang dan dijayakan. Terima kasih atas kerjasama, komitmen dan
keprihatinan semua ahli. Semoga dengan kekuatan ini Sekolah
Kebangsaan Mat Kilau akan terus berjaya dalam melahirkan generasi
yang cemerlang dan unggul dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan
mempunyai sahsiah terpuji.

16

PENYATA
KEWANGAN PIBG

17

18

19

20

21

USUL DAN CADANGAN
AHLI PIBG

USUL AHLI JAWATANKUASA PIBG

Bahawa Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Mat
Kilau yang bermesyuarat pada 14 Mac 2022 mengambil ketetapan
untuk :
1. Mengekalkan sumbangan PIBG sebanyak RM 60.00 bagi satu
keluarga.

22

PENGHARGAAN

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Mat Kilau
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada semua pihak atas
sumbangan dan bantuan yang telah diberikan.

dan
Kepada semua individu yang telah terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam membantu
pihak PIBG SK Mat Kilau melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan
jayanya.

23


Click to View FlipBook Version