The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Komuniti Sulh & Rakan Sokongan Keluarga Negeri Selangor Tahun 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by admin, 2022-12-10 21:56:01

Persidangan Komuniti Sulh & Rakan Sokongan Keluarga

Buku Program Komuniti Sulh & Rakan Sokongan Keluarga Negeri Selangor Tahun 2022

Sekapur Sireh

‫ ﺑ ﻛﺎﺗ‬Ê‫ﷲ‬Ê‫ ﺣﻣﺔ‬Ê ‫ﻋﻠ ﻛ‬Ê ‫ﻟﺳﻼ‬

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi
Allah S.W.T Tuhan seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi
Muhammad S.A.W ahli keluarga serta para sahabat baginda sekaliannya. Terlebih
dahulu marilah kita bersama-sama merafa’kan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin, rahmat dan
inayahNya jua Program Persidangan Komuniti Sulh dan Rakan Sokongan Keluarga Negeri Selangor Tahun
2022 dapat dianjurkan pada hari ini.
Program ini adalah julung kalinya diadakan dan merupakan kolaborasi di antara JAKESS bersama Pejabat
YB Exco Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor. Program
ini juga merupakan kesinambungan kerjasama antara JAKESS dengan Jawatankuasa Tetap Kesihatan,
Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga yang telah bermula sejak tahun 2019 lagi. Alhamdulillah
sehingga kini, sebanyak 6 siri Kursus Asas Komuniti Sulh Dan Rakan Sokongan Keluarga telah berjaya
dilaksanakan dengan penglibatan peserta dari kalangan Imam, Nazir, Biro Helwa (muslimat) masjid-masjid
seluruh Selangor dan Penyelia Pusat Wanita Berdaya di setiap DUN negeri Selangor. Penganjuran
program ini bertepatan dengan Pelan Strategik dan Pelan Transformasi JAKESS untuk mengadakan
program turun padang bagi membantu meningkatkan kefahaman dan membudayakan kesedaran terhadap
undang-undang kepada masyarakat.
Melalui siri program tersebut kesemua peserta telah diberikan latihan dan pendedahan berkaitan alternatif
penyelesaian seperti kemahiran mediasi/Sulh, khidmat rundingcara Bahagian Sokongan Keluarga dan
advokasi perundangan sebagai persediaan mengaplikasikan ilmu tersebut di lapangan terutamanya apabila
pasangan yang menghadapi konflik kekeluargaan hadir merujuk kepada mereka. Penganjuran persidangan
ini diharapkan dapat membina jaringan yang mantap di kalangan semua peserta untuk mewujudkan
kesatuan pemikiran mengenai kebaikan sulh/mediasi sebagai metode perdamaian yang terbaik tanpa
perlu melalui perbicaraan di Mahkamah.
Selain daripada itu, pelancaran sistem E-Naf pada hari ini, iaitu sistem pengiraan digital secara dalam talian
bagi penentuan jumlah kadar nafkah anak akan sangat membantu mana-mana pasangan yang mempunyai
pertikaian mengenai pemberian nafkah anak untuk mendapatkan maklumat awal dan panduan sebelum
perbincangan antara pihak-pihak tersebut berjalan atau sebelum mendapatkan nasihat perundangan.
Di kesempatan ini, sekalung penghargaan dan terima kasih saya rakamkan kepada Yang Berhormat Tuan
Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal
Pengguna dan Industri Halal, Negeri Selangor kerana sudi melapangkan masa bagi menghadiri sekaligus
merasmikan program ini. Saya juga menzahirkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Lembaga Zakat Selangor atas kesudian menaja program pada hari ini. Sumbangan ini mencerminkan
sokongan Lembaga Zakat Selangor terhadap usaha kerajaan dalam memantapkan perkembangan
perundangan Syariah di kalangan masyarakat dalam Negeri Selangor.
Semoga kerjasama antara ahli Komuniti Sulh dan Rakan Sokongan Keluarga bersama JAKESS dan
Agensi Kerajaan Negeri Selangor yang lain akan terus berkembang dan memberikan natijah yang baik
kepada masyarakat dalam memartabatkan sistem perundangan syariah di Negeri Selangor.
YAAÊDATO’ÊMOHAMMADÊADIBÊBINÊHUSAINÊ(D.P.M.S.,S.M.S.,A.M.N.)
KETUAÊHAKIMÊSYARIEÊSELANGORÊ
JABATANÊKEHAKIMANÊSYARIAHÊSELANGORÊ(JAKESS)

Seulas Pinang

‫ ﺑ ﻛﺎﺗ‬Ê‫ﷲ‬Ê‫ ﺣﻣﺔ‬Ê ‫ﻋﻠ ﻛ‬Ê ‫ﻟﺳﻼ‬

Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi
Muhammad S.A.W, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.
Terlebih dahulu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Kehakiman Syariah Selangor
(JAKESS) di atas penghormatan yang diberikan kepada saya untuk merasmikan Persidangan Komuniti Sulh
& Rakan Sokongan Keluarga (BSK) Negeri Selangor Tahun 2022.
Persidangan ini menjadi platform untuk mewujudkan jaringan sosial di antara semua “alumni” peserta dari 6
siri Kursus Asas Komuniti Sulh & Rakan Sokongan Keluarga yang dianjurkan oleh JAKESS sejak 2019
sehingga kini, dari kalangan Imam, Nazir, Biro Helwa (muslimat) masjid-masjid seluruh Selangor serta
Penyelia Pusat Wanita Berdaya di setiap DUN Negeri Selangor. Saya melihat persidangan ini dapat menjadi
wadah pencetus kemuafakatan untuk menghasilkan resolusi yang lebih jelas, kemas dan tuntas mengenai
bentuk-bentuk perkhidmatan yang lebih efisyen untuk diberikan kepada masyarakat yang memerlukan di luar
sana berdasarkan advokasi perundangan dan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari dari kursus tersebut
seperti kemahiran Sulh/mediasi, serta fungsi Mahkamah Syariah dan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK).
Pendekatan rundingan secara damai seperti kemahiran Sulh/mediasi, pemahaman mengenai fungsi
Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) serta pengenalan sistem E-naf, iaitu sistem pengiraan digital atau
“kalkulator” penentuan jumlah kadar nafkah anak secara dalam talian akan dapat membuka mata banyak
pihak mengenai hak-hak yang sewajarnya diilaksanakan mengikut hukum syarak tetapi telah diabaikan
sekian lama. Dengan kaedah dan pendekatan yang berhikmah lagi bijaksana, isu-isu seperti tuntutan nafkah
akan dapat diselesaikan dengan persetujuan pihak-pihak itu sendiri tanpa perlu berpanjangan melalui proses
bicara di Mahkamah Syariah di samping dapat menjaga aib dan menjamin kehormatan keluarga masing-
masing. Ini selari dengan tuntutan Islam yang sentiasa menyeru kepada perdamaian, serta menghindari
perpecahan dan sengketa berpanjangan.
Kerajaan Negeri Selangor juga turut memberikan komitmen kepada usaha ini melalui Belanjawan Selangor
2023, dengan mewujudkan inisiatif Dana Bantuan Guaman Selangor bagi kes sivil dan kes syariah
termasuklah bagi isu-isu berkaitan kekeluargaan dan isu keganasan domestik melibatkan rakyat negeri
Selangor kategori B40 atau yang kurang berkemampuan. Inisiatif ini dapatlah kiranya disebarluaskan oleh
peserta persidangan hari ini kepada masyarakat di luar sana agar segala usaha oleh Kerajaan Negeri
Selangor dapat dinikmati bersama, selaras dengan tema #KitaSelangor dalam Belanjawan tersebut yang
membawa semangat kekitaan dan semangat kerjasama untuk saling membantu segenap lapisan masyarakat
di negeri tercinta ini.
Akhir kata, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta persidangan hari ini dan sekali lagi
ucapan tahniah kepada JAKESS di atas penganjuran program hari ini. Inisiatif dan penganjuran program
sebegini oleh JAKESS wajar dipuji kerana ia jelas menggambarkan peranannya sebagai salah sebuah agensi
agama yang membawa islah kepada masyarakat. Saya mendoakan semoga JAKESS akan sentiasa
cemerlang dalam segenap aspek pentadbirannya sekaligus meningkatkan imej Islam, Negeri Selangor dan
Malaysia.
Y.B.ÊTUANÊMOHDÊZAWAWIÊBINÊAHMADÊMUGHNI
PENGERUSIÊJAWATANÊKUASAÊTETAPÊHALÊEHWALÊAGAMAÊISLAM,Ê
HALÊEHWALÊPENGGUNAÊDANÊINDUSTRIÊHALALÊSELANGOR.

Atur Cara Program

7.30 – 8.45 pagi : Pendaftaran dan kehadiran peserta/Sarapan pagi
8.45 – 9.00 pagi :
9.00 – 10.00 pagi : Taklimat Persidangan
10.00 – 11.00 pagi:
11.00 – 1.00 petang: Pembentangan 1 :
MerevolusikanÊADRÊkeÊarahÊpembentukanÊmasyarakatÊyangÊharmoniÊ
1.00 – 2.30 petang: Oleh: Datin Siti Maszuriyati binti Aziz
2.30 – 4.00 Petang:
Ketua Penolong Pengarah
4.00 – 4.30 Petang: Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan & Rekod
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Pembentangan 2 :
CabaranÊBahagianÊSokonganÊKeluargaÊdalamÊmemperkasakanÊInstitusiÊKehakimanÊ
SyariahÊdiÊMalaysiaÊ:ÊPerspektifÊSemasaÊ
Oleh: Puan Maria binti Jilani

Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

MajlisÊPerasmian
Ketibaan Dif-Dif Kehormat dan Tetamu Jemputan
Ketibaan Perasmi
Bacaan Doa

Ucapan Alu-aluan oleh :
YAA Dato’ Mohammad Adib bin Husain
Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor

Ucapan Perasmian disempurnakan oleh :
YB Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna Dan Industri Halal
Negeri Selangor

Gimik Perasmian Persidangan dan Pelancaran Sistem e-Naf

Makan Tengahari/ Solat Zuhur

Forum Tajuk:
MerungkaiÊPertikaian,ÊMembinaÊMasaÊDepan,ÊADRÊSolusiÊPenyelesaianÊTuntasÊDanÊPantasÊ

Panel 1: Tuan Salehan bin Yatim
Ketua Pendaftar
Panel 2: Jabatan Kehakiman Syariah Selangor
Panel 3: Puan Intan Amalina binti Dato' Sri Mohd Sarit
Moderator : Pengantara Persendirian
Puan Fakihah binti Azahari
Peguam/ Penimbang Tara
Tuan Fairus bin Jaafar
Ketua Bahagian Penyelesaian Alternatif
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

Sesi Soal Jawab
PembentanganÊResolusiÊPersidangan

Minum petang & bersurai

Pengenalan Program

Komuniti Sulh dan Rakan Sokongan keluarga adalah satu program melibatkan
masyarakat yang mana keterlibatan sasaran peserta daripada kalangan pimpinan
masyarakat terdiri daripada imam dan nazir masjid, helwa masjid dan penyelia dun
Wanita Berdaya Selangor (WBS) di seluruh Negeri Selangor. Program ini juga
disasarkan untuk diperluaskan lagi kepada Ketua-Ketua Kampung, Pendaftar
Pernikahan, Perceraian dan Rujuk (PNCR), Panel Hakam dan NGO-NGO. Mereka
yang terpilih tersebut telah diberi latihan asas mediasi/Sulh dan bimbingan
sokongan keluarga serta advokasi perundangan bagi membantu pihak-pihak yang
menghadapi masalah dan pertikaian kekeluargaan diperingkat awal. Namun
sekiranya masalah tersebut adalah serius dan memerlukan penyelesaian lanjut
melalui saluran perundangan mereka akan diberi nasihat dan bimbingan yang betul,
hala tuju yang tepat bagi menyelesaikan masalah mereka. Jika suatu krisis masih
diperingkat awal dan masih ada ruang atau bibit-bibit perdamaian, komuniti sulh dan
rakan sokongan keluarga boleh membantu meredakan permasalahan mereka
berdasarkan latihan asas dan tips-tips yang diberi semasa kursus sebelum ini.

Objektif Program

1. Wadah penyatuan pemikiran antara peserta/jemputan Persidangan Komuniti
Sulh dan rakan sokongan Keluarga melalui perkongsian, idea, pendapat
berdasarkan isu yang diutarakan.

2. Membantu usaha kerajaan dalam mengurangkan kes-kes litigasi undang-undang
yang memerlukan masa dan kos yang tinggi dalam menyelesaikan pertikaian
diperingkat awal.

3. Meluaskan peranan masyarakat sebagai penggerak kearah melahirkan masyara-
kat yang celik undang-undang syariah.

4. Menjadikan penyelesaian alternatif sebagai asas pembentukan masyarakat yang
harmoni, bertolak-ansur dan memiliki nilai kesefahaman yang tinggi dalam
menyelesaikan sebarang isu pertikaian

5. Menjalin hubungan antara agensi dan masyarakat yang menjadi rakan kepada
Mahkamah Syariah dan Sokongan Keluarga dalam membantu memberi
kefahaman dan nasihat yang betul kepada masyarakat.

Senarai kursus yang telah dijalankan

1) KursusÊAsasÊSulhÊkepadaÊseluruhÊImam-ImamÊNegeriÊSelangorÊSiriÊ1/2019Ê
Tarikh : 2 – 4 Mei 2019
Tempat : Hotel De Palma, Shah Alam Selangor
Peserta :Imam dan Nazir Masjid
Jumlah peserta : 34 orang

2) KursusÊAsasÊSulhÊkepadaÊseluruhÊImam-ImamÊNegeriÊSelangorÊSiriÊ2/2019Ê
Tarikh : 31 Julai – 2 Ogos 2019
Tempat : Hotel De Palma, Ampang, Selangor
Peserta :Imam dan Nazir Masjid
Jumlah peserta : 41 orang

3) KursusÊAsasÊSulhÊkepadaÊseluruhÊImam-ImamÊNegeriÊSelangorÊSiriÊ3/2019Ê
Tarikh : 12 – 14 Disember 2019
Tempat : Hotel Concorde, Shah Alam Selangor
Peserta :Imam dan Nazir Masjid
Jumlah peserta : 36

4) KursusÊ AsasÊ SulhÊ DanÊ RakanÊ BahagianÊ SokonganÊ KeluargaÊ (BSK)Ê kepadaÊ BiroÊ
HelwaÊMasjidÊSeluruhÊNegeriÊSelangorÊTahunÊ2021
Tarikh : 1 – 3 November 2021
Tempat : Secara dalam talian melalui aplikasi Zoom
Peserta : Muslimat/Helwa Masjid
Jumlah peserta : 143 orang

5) KursusÊLanjutanÊAsasÊKomunitiÊSulhÊDanÊRakanÊSokonganÊKeluargaÊ(BSK)Ê2022
Tarikh : 6 – 8 September 2022
Tempat : Hotel Geno, Shah Alam Selangor
Peserta : Muslimat/Helwa Masjid
Jumlah peserta : 28 orang

6) KursusÊAsasÊKomunitiÊSulhÊDanÊRakanÊSokonganÊKeluargaÊ(BSK)ÊkepadaÊPenyeliaÊ
PusatÊBerdayaÊ(PWB)ÊSelangorÊTahunÊ2022
Tarikh : 23 – 25 September 2022
Tempat : Hotel Dorsett, Subang Selangor
Peserta :Penyelia Pusat Wanita Berdaya seluruh DUN Negeri Selangor
Jumlah peserta : 54 orang

* MajlisÊPelancaranÊKomunitiÊSulhÊdanÊRakanÊBSKÊ(BSK)ÊNegeriÊSelangor
Tarikh : 14 Disember 2021
Tempat : Dewan Muktamar, JAKESS.
Peserta : Kesemua peserta Kursus Asas Sulh siri 1 – 3 tahun 2019

Ahli Jawatankuasa Program

Penasihat : YAA Dato’ Mohammad Adib bin Husain
YA Tuan Salehan bin Yatim
PengarahÊProgram : Tuan Fairus bin Jaafar
Tuan Ab Malek bin Awang
TimbalanÊPengÊProgramÊ1 : Puan Shanizah binti Ngatiman
Puan Siti Nazratul Ain binti Sulaiman
TimbalanÊPengÊProgramÊ2 : Puan Rahiza binti Ab. Rahim

Setiausaha :

PenolongÊSetiausaha :

Bendahari :

AHLIÊJAWATANKUASA JawatankuasaÊTeknologiÊMaklumat/Ê
Komunikasi,ÊMultimedia,ÊInfoÊgrafikÊÊ
JawatankuasaÊSambutanÊ&ÊProtokolÊ Encik Mohd Isham bin IsmailÊ(Ketua)
Tuan Aminullah bin Bahrin (Ketua) Puan Suhada binti Surani
Tuan Mohamad Yuszairi bin Mohamad Encik Saharil bin Ali
Zam Zam Encik Sufian Hanif bin Manan
Tuan Ahmad Faizal bin Tahiron Puan Norshafarina binti Rosli
Puan Nur Afiqah binti Ismail Encik Mohd Syafiq bin Ahmad Tarmizi

JawatankuasaÊBukuÊProgramÊ&ÊTeksÊ JawatankuasaÊGimikÊPerasmianÊ
UcapanÊ Tuan Mohd Khairi bin Kamis (Ketua)
Puan Noralwani binti Waimin (Ketua) Puan Marina binti Abdul Rahman
Puan Noorbyetty binti Mohd Nasir Encik Mohd Isham bin Ismail

JawatankuasaÊJemputan,ÊPendaftaranÊ&Ê JawatankuasaÊCenderamata
Sijil Puan Noranizan binti Mohd Sufian (Ketua)
Puan Siti Aminah binti Kamal (Ketua) Tuan Norhazli bin Rahim
Puan Nurul Nadia binti Tahad Puan Norhafizah binti Mayikhi
Cik Farah Zulifa Ismida binti Zulkifli Puan Norhasimah binti ismail

JawatankuasaÊJamuan JawatankuasaÊKertasÊKerjaÊPenceramah
Puan Noor Lidyawati binti Salehhudin (Ketua) Puan Maryam Jameelah binti Ali Sabri (Ketua)
Puan Amirah binti Mahadi Puan Nurul Jannah binti Azizi
Puan Nur'rul Syafinah binti Jailani

JawatankuasaÊMediaÊ&ÊPublisiti JawatankuasaÊPenyelarasÊEmceeÊ&Ê

Encik Ahmad Hanis bin Ahmad Nafri (Ketua) Salutasi

Puan Zairatul Anati binti Miskon Tuan Mohd Taufik Naim bin Kamarudin

(Ketua)

JawatankuasaÊKeselamatanÊ&ÊTugas-TugasÊ

Khas JawatankuasaÊPersiapanÊPersidangan

Tuan Zakaria bin Jamil (Ketua) Tuan Mazrul bin Anis (Ketua)

Tuan Nor Faiz Afsal bin Abu Bakar Tuan Mustaqim bin Darus

Tuan Abdul Majid bin Abdul Rahman Tuan Fakhrurazi bin Mahammad

Tuan Muhammad Mujahid bin Ahmad Tuan Firdaus bin Mohed

Sekalung Penghargaan

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada rakan penganjur iaitu Pejabat YB Exco Agama Islam,
Pengguna dan Industri Halal dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor, urusetia
dan peserta program serta semua yang telah terlibat dan membantu sama ada
secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Persidangan Komuniti
Sulh & Rakan Sokongan Keluarga Negeri Selangor tahun 2022. Semoga segala
usaha ke arah memartabatkan Mahkamah Syariah Selangor ini diterima sebagai
amal soleh di sisi Allah SWT.


Click to View FlipBook Version