The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

pdfcoffee.com_minit-mesyuarat-panitia-matematik-bil-1-2021-sk-st-andrew-sarikei-pdf-free

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zalinabtdin, 2022-08-04 05:19:08

pdfcoffee.com_minit-mesyuarat-panitia-matematik-bil-1-2021-sk-st-andrew-sarikei-pdf-free

pdfcoffee.com_minit-mesyuarat-panitia-matematik-bil-1-2021-sk-st-andrew-sarikei-pdf-free

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. ANDREW,
BUKIT RESAK, JALAN SARE,
96100 SARIKEI, SARAWAK
Email : [email protected]

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 1/2021

Tarikh : 2 Februari 2021
Hari : Selasa
Masa : 9.15 pagi
Tempat : Bilik TMK

Kehadiran :
1. En. Adrian Ak Joshua Megong (GPK Pentadbiran)
2. En. Tony Ak Labang (Ketua Panitia Matematik)
3. Pn. Ainur Fathinni Ulot
4. Pn. Chua Chin Chu

Agenda I: Ucapan Pengerusi

1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Adrian Ak Joshua Megong (GPK
Pentadbiran) dan guru-guru kerana hadir ke mesyuarat panitia matematik kali pertama tahun
2021.

2. Mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua ahli panitia dalam
menjayakan program panitia pada tahun lepas.

3. Pengerusi juga berharap aktiviti yang dirancang pada tahun ini dapat dijalankan dengan lebih
baik dan lancar.

Tindakan : Makluman

Agenda II: Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Panitia Matematik Bil 4/2020

1. Pengerusi telah membentangkan minit mesyuarat akhir panitia pada sesi persekolahan yang
lepas.

2. Minit Mesyuarat Panitia Matematik Bil 4/2020 telah dicadangkan dan disokong untuk
disahkan oleh:
Pencadang : Pn. Ainur Fathinni Ulot
Penyokong : Pn. Chua Chin Chu

1

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. ANDREW,
BUKIT RESAK, JALAN SARE,
96100 SARIKEI, SARAWAK
Email : [email protected]

Agenda III: Ucapan GPK Pentadbiran

1. Matematik merupakan antara ‘killer subject’ dan berharap agar subjek ini menjadi subjek terbaik
di SK St. Andrew.

2. Untuk murid UPSR (Tahun 6), diharapkan kerjasama semua guru bagi membantu murid dalam
mencapai keputusan yang terbaik.

3. Penilaian PBD hendaklah dilaksanakan dan diharapkan guru-guru menilai murid-murid yang
lemah dan diberikan intervensi yang sewajarnya.

Agenda IV: Perkara Berbangkit

1. Penetapan Headcount
- Semua guru perlu membuat TOV dan ETR iaitu sasaran pencapaian akademik setiap murid dan

mengisi dalam sistem SAPS berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2020.
- Headcount perlu menyasarkan murid yang mempunyai masalah dan fokus kepada cara

menguasai.
- Guru perlu mengenal pasti dan menyenaraikan murid yang cemerlang dan GALUS.

2. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
- Menyediakan satu fail bagi setiap Tahap.
- Intervensi harus dibuat bagi murid yang lemah.

3. Pra Sekolah
- Memastikan murid menguasai kemahiran asas nombor.
- Melakukan ujian sendiri yang berterusan bagi menilai tahap murid.
- Matematik harus diajar dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya selaras dengan dasar Dual Language

Programme (DLP).

2

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. ANDREW,
BUKIT RESAK, JALAN SARE,
96100 SARIKEI, SARAWAK
Email : [email protected]

Agenda V: Perancangan Aktiviti Tahunan Panitia

1. Program Peningkatan Akademik Sekolah
- Pengerusi membentangkan perancangan aktiviti panitia bagi tahun 2021. Program-program

yang telah dirancang untuk dijalankan bagi Tahun 2021 ialah seperti berikut:

BIL AKTIVITI OBJEKTIF BULAN SASARAN TINDAKAN

1 Mesyuarat Panitia Membincangkan aktiviti Januari Semua Ketua

Bil 1/2021 yang akan dijalankan guru Panitia

sepanjang tahun 2021. Matematik
2 Program Bijak Sifir Membiasakan murid- Mac
- Semua Guru

Masa: 7.00 – 7.15 murid menguasai sifir Oktober murid Bertugas

pagi setiap hari dengan Teknik hafalan. Harian

Isnin, Rabu dan

Jumaat semula Februari Ketua
3 Mengemaskini fail Menyusun

Panitia Maematik kandungan maklumat -Oktober Panitia

Panitia Matematik dalam Setiausaha

tahun semasa. Panitia

4 Kursus Dalaman Meningkatkan tahap Februari- Semua Ketua

-PLC profesionalisme guru- Oktober guru Panitia

- Bengkel guru Matematik. Matematik
5 Bengkel
Teknik Membimbing murid- Septembe Murid Ketua

Menjawab Soalan murid terutamanya yang r Tahun 6 Panitia

UPSR lemah dalam menjawab

soalan UPSR.

6 Mesyuarat Panitia Membincangkan Jun Semua Ketua

Bil 2/2021 masalah-masalah yang guru Panitia

timbul dan berbangkit. Matematik

7 Latih tubi Menyediakan dan Ogos - Murid Guru

menjawab soalan- membiasakan murid- Oktober Tahun 6 Matematik

soalan peperiksaan murid dengan contoh- Tahun 6

UPSR contoh soalan UPSR

8 Mesyuarat Panitia Membincangkan November Semua Ketua

Bil 3/2021 masalah-masalah yang guru Panitia

timbul dan berbangkit. Matematik

3

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. ANDREW,
BUKIT RESAK, JALAN SARE,
96100 SARIKEI, SARAWAK
Email : [email protected]

Membuat analisis

pencapaian murid-murid

Tahun 6 dalam ujian-

ujian yang telah

dijalankan.

Agenda VI: Hal-Hal Lain

1. PdPc
- Semua guru perlu mewujudkan elemen Pendidikan abad ke-21 seperti contoh menggunakan

peta I-Think dan lain-lain.
- Guru Pemulihan dikehendaki mengajar murid-murid pemulihan Tahun 1 dan 2 dalam Bahasa

Inggeris.

2. Status Perbelanjaan PCG
- Pengerusi memaklumkan jumlah peruntukan yang akan diterima masih belum diketahui.
- Guru-guru boleh memikirkan dan menyenaraikan dahulu barang-barang yang ingin dibeli dan

memaklumkan kepada setiausaha untuk buat nota minta.

3. Sukatan Pelajaran dan DSKP
- Pengerusi meminta semua guru mestilah mempunyai DSKP bagi setiap mata pelajaran dan

menyerahkan set Salinan DSKP kepada Setiausaha untuk simpanan dalam Fail Panitia.
- Perancangan PdPc hendaklah mematuhi dan selari dengan DSKP.

4. Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)
- Pengerusi memaklumkan penyediaan RPT mestilah merujuk kepada SP/DSKP yang sah dan

terkini.
- Bilangan latihan hendaklah mencukupi dan berfokus agar ia dapat memberi maanfaat dan impak

kepada murid-murid.

5. Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
- Pengerusi memaklumkan bahawa format RPT yang dibuat hendaklah seragam bagi Tahun 1 dan

2. Format RPT bagi Tahap 2 (Tahun 4 – 6) juga hendaklah menggunakan format yang sama.
- Format RPH yang telah dipersetujui adalah seperti pada edaran lampiran yang dikepilkan.

(Lampiran 1(Tahun 1 & 2), Lampiran 2 (Tahun 3), Lampiran 3 (Tahun 4-6).

4

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. ANDREW,
BUKIT RESAK, JALAN SARE,
96100 SARIKEI, SARAWAK
Email : [email protected]

Ucapan Penangguhan

Pengerusi berharap semua ahli panitia dapat bekerjasama dan berganding bahu untuk
membantu murid-murid dalam Matematik dan seterusnya meningkatkan pencapaian mata
pelajaran ini dalam kalangan murid-murid pada tahun ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.20 pagi.

Dicatatkan oleh: Disemak oleh:

……………………………………………. ……………………………………
En. Tony Ak Labang En. Adrian Ak Joshua Megong
Setiausaha Panitia Matematik GPK Pentadbiran
SK St. Andrew SK St. Andrew

Disahkan oleh:

……………………………………………
En. Rakey Ak Lebong
Guru Besar
SK St. Andrew

5


Click to View FlipBook Version