PROSA
TRADISIONAL
BURUNG TERBANG
DIPIPISKAN LADA
“MENGHARAPKAN HASIL DARIPADA SESUATU YANG BELUM PASTI”
SINOPSIS
◦ Negara Siam mendengar Melaka sebuah negara yang kuat dan tidak pernah dikalahkan oleh
sesiapa. Raja Siam iaitu Bubunnya menghantar wakil berjumpa Sultan Muzaffar Syah
meminta supaya Melaka menyembah (membayar ufti) kepada raja Siam. Sultan Muzaffar
menolaknya. Raja Siam marah dan menghantar hulubalangnya iaitu Awi Cakri menyerang
Melaka.
◦ Sultan Muzaffar mengetahui berita itu. Baginda mengumpulkan semua orang lelaki di
Melaka. Tun Perak dari kelang mengumpulkan orang lelaki dari Kelang dengan keluarga
mereka dengan tujuan supaya mereka berperang dengan bersungguh-sungguh demi
menyelamatkan keluarga mereka. Tentera Siam dapat dikalahkan. Kebijaksanaan Tun Perak
mendapat perhatian sultan dan diminta tinggal di Melaka serta dilantik sebagai bentara.
◦ Ada seorang Kelang iri hati kepada Tun Perak dan memfitnahnya kepada Sultan bahawa Tun
Perak mengainiayainya, Sultan memanggil Tun Perak mengadap untuk ditanya. Tun Perak
berkata dia bertugas untuk negara. Dia meminta sultan memecatnya jika percaya fitnah orang
Kelang itu. Sultan sangat gembira dengan percakapan Tun Perak lalu melantiknya sebagai
perdana menteri dengan gelaran Paduka Raja. Kedudukan Tun Perak setaraf dengan seorang
lagi pegawai iaitu Seri Nara Diraja di balai perjumpaan.
◦ Orang Melaka berpecah dua. Sebahagian berpihak Paduka Raja dan sebahagian berpihak Seri Nara
Diraja. Mereka berdua saling berselisih faham dan tidak bermaufakat hingga boleh membinasakan
negara. Sultan sedih dan bercadang mendamaikan mereka berdua.
◦ Baginda telah menceraikan isterinya Tun Kudu iaitu anak bendahara Seri Wak Raja iaitu saudara
Paduka Raja supaya dapat dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tun Kudu pernah dipelihara oleh
Paduka Raja dengan tanggungan sultan. Sejak dikahwinkan, hubungan Paduka Raja dengan Seri
Nara Diraja menjadi erat. Seri Nara Diraja turut menyokong Paduka Raja menjadi Bendahara.
◦ Pada waktu itu terdapat tiga pembesar yang bijaksana di wilayah ini iaitu Paduka Raja dan Seri Nara
Diraja di Melaka, Patih Aria Gajah Madja di Majapahit dan Orang Kaya Kanayan di Pasai.
◦ Siam di bawah Awi Dicu menyerang Melaka lagi. Paduka Raja mengetuai pertahanan Melaka untuk
menentang Siam, Seri Bija Diraja telah mengetuai tentera Melaka untuk menyerang Siam yang sudah
sampai dekat Batu Pahat. Tun Umar pula telah menaiki perahu dan melanggar banyak perahu Siam
hingga mereka kalah. Tentera Siam sangat hairan.
◦ Pada waktu malam, Paduka Raja memerintahkan supaya pokok kayu bakau, nyirih dan tumpu api-
api dibakar. Cahaya api itu kelihatan seolah-olah terlalu ramai tentera Melaka sedang berkawal di tepi
pantai. Askar Siam ketakutan melihat banyaknya askar Melaka lalu mereka balik ke Siam dan tidak
jadi menyerang Melaka.
◦ Sultan Muzaffar merayakan kemenangan askar Melaka dengan hadiah persalinan baru. Di Siam,
Paduka Babunnya sangat marah. Dia mengarahkan anaknya Cau Pandan untuk menyerang Melaka
dengan pelbagai kelengkapan dan perahu yang sangat banyak bilangannya.
◦ Apabila mendengar berita itu, Sultan Muzaffar memerintahkan seorang yang warak (kuat ugama)
iaitu Tuan Sidi Arab menggunakan kesaktiannya. Dia menggunakan panahnya mengarahkan ke Siam
sambil mengatakan Cau Pandan akan mati. Di Siam, Cau Pandan berasa sakit dada kemudian
muntah darah lalu mati. Sultan menghadiahkan Tuan Sidi Arab dengan pelbagai anugerah.
◦ Selepas 42 tahun memerintah, Sultan Muzaffar mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda iaitu
Sultan Mansur Syah yang berusia 27 tahun. Baginda berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam iaitu
anak Seri Nara Diraja.
Kebijaksanaan TEMA
dalam masalah
yang dihadapi.
Contoh: Tun Perak
menyuruh orang
lelaki dari Kelang
membawa isteri
dan anak-anak
mereka supaya
mereka berperang
dengan bermati-
matian untuk
mengalahkan
Siam.
Kebijaksanaan Semangat Perpecahan Permuafakatan Keberanian Taat setia
menggunakan tidak mudah dalam antara menghadapi kepada
akal dan berputus asa- kalangan
strategi - Contohnya pemimpin pemimpin cabaran - pemimpin -
Contohnya, akan memperkukuh Contohnya,
Sultan Siam membinasakan Contohnya, Tun rakyat Melaka
Muzaffar mengatur negara - ketahanan Perak tidak takut
menggunakan serangan ke Contohnya, negara. apabila dipanggil setia dan
strategi atas Melaka perbalahan memberikan
mengahwinkan sebanyak tiga antara Paduka Contohnya sultan setelah daulat kepada
Seri Nara Raja dengan Seri Konflik antara orang Kelang
Diraja dengan kali Nara Diraja menuduhnya sultan
Tun Kudu walaupun menyebabkan Tun Perak menganiaya Muzaffar
untuk kesemua orang Melayu dengan Seri Nara sultan sebaliknya hingga
mendamaikan percubaan berpecah dua beliau berani menjadikan
Paduka Raja tersebut dan Melaka Diraja telah Melaka sebuah
dengan Seri menemui dalam keadaan menyebabkan memberi negeri yang
Nara Diraja. kegagalan bahaya. jawapan yang kuat dan maju.
masyarakat baik hingga
berpecah yang
sultan
boleh melantiknya
melemahkan sebagai perdana
kekuatan negara.
menteri.
PERSOALAN
WATAK DAN PERWATAKAN
Pembesar Melaka TUN Bijaksana -
yang menjaga daerah PERAK mengarahkan lelaki
Kelang. Kelang membawa anak
isteri ketika menentang
Baik hati - menjaga
Tun Kudu yang telah Siam
diceraikan sultan Berani - memimpin Berpengaruh - beliau
sebelum Tun Kudu askar Melaka mempunyai pengikut
berkahwin semula. yang menyokongnya
menentang askar Siam
yang hendak ketika bersengkita
dengan Seri Nara diraja.
menyerang Melaka.
WATAK DAN PERWATAKAN
Mementingkan Sultan Prihatin - meraikan
keharmonian Melaka - Muzaffar askarnya yang menang
berusaha mendamaikan Syah dengan pemberian hadiah
Paduka Raja dengan Seri
pakaian persalinan.
Nara Diraja untuk
memakmurkan Melaka.
Bijaksana - mendamaikan Tidak terburu-buru - tidak Menghargai rakyatnya -
pembesarnya dengan menghukum Tun Perak memberi anugarah dan
mengahwinkan Seri Nara setelah Tun Perak difitnah pujian kepada Tun Sidi Arab
Diraja dengan Tun Kudu. sebaliknya memanggil Tun yang telah membunuh Cau
Perak menceritakan keadaan
Pandan.
yang sebenarnya.
LATAR
LATAR TEMPAT LATAR MASA LATAR
MASYARAKAT
• Batu Pahat - askar Siam • Zaman Pemerintahan
berada di Batu Pahat untuk Kerajaan Melayu Melaka - • Golongan Istana yang terdiri
menyerang Melaka di bawah semasa Melaka sedang maju daripada pemerintah,menteri
Awi Dicu. dan kuat. dan lain-lain– Sultan Muzzafar
Shah sebagai pemerintah dan Tun
• Kelang - tempat tinggal Tun • Zaman pemerintahan Perak sebagai bendahara
Perak sebelum dilantik Sultan Muzaffar Syah -
menjadi bendahara Melaka. Sultan Muzaffar memerintah • Masyarakat yang tidak bersatu
Melaka selama 42 tahun dan – Seri Nara Diraja dan Paduka
• Siam - tempat tinggal Melaka menjadi negeri yang Raja tidak bersatu walaupun
Paduka Babunnya. makmur. mereka ialah pembesar Melaka
NILAI
Kebijaksanaan Baik hati Bersatu padu Keikhlasan Keberanian
Tun Perak Sultan Semua lelaki Seri Nara Tun Perak berani
bijaksana apabila Muzaffar Kelang Diraja sepakat menentang askar
memberikan Siam yang ramai
membakar askarnya berkumpul menyokong
pokok bakau dan bersatu Paduka Raja jumlahnya
pada waktu yang dengan ikhlas hingga dua kali
malam hingga menang untuk untuk menjadi percubaan Siam
cahaya api itu peperangan mengalahkan bendahara
disangka askar dengan askar Siam. supaya rakyat menyerang
Melaka yang sepasang Melaka menemui
persalinan. Melaka
ramai dan bersatu padu kegagalan.
menakutkan
askar Siam. dan kuat.
PENGAJARAN
Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh negara
• Tun Perak dan tentera-tenteranya berani menentang tentera Siam yang begitu ramai
sehingga berjaya melindungi negeri Melaka.
Kita hendaklah ikhlas semasa melakukan sesuatu tindakan
• Seri Nara Diraja ikhlas menyokong pelantikan Paduka Raja sebagai Bendahara
Melaka
Kita hendaklah meggunakan ilmu pengetahuan untuk melakukan
tindakan yang betul dan tepat
• Tuan Sidi Arab yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dapat membunuh
masuh dari jauh sahaja.
TERIMA KASIH