CERPEN
MUNSY
I
SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda,
untuk berhijrah ke kota dihalang oleh bondanya yang
bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh budaya-
budaya negatif di bandar. Pada bondanya, ‘saya’ masih
belum mantap bahasa ibunda dan jati dirinya. Menurut
bondanya lagi, warga kota sudah hilang nilai-nilai tradisi
seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa. Penjajah
telah berjaya menyemai sentimen perkauman dalam
kalangan rakyat sehingga pernah tercetusnya pertumpahan
darah akibat permusuhan antara kaum. Oleh itu, bonda
menasihatkan ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa dan
negara supaya terus dihormati dan disegani. Sebagai
seorang warga yang bersifat patriotik, bonda memiliki
banyak buku lama yang berkaitan dengan bahasa,dan
sejarah. Buku-buku tersebut selalu ‘saya’ baca. Menurut
bonda, asas kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga
perkara, iaitu akidah Islam, bahasa Melayu dan kesetiaan
pada pemerintah yang adil.
Setelah ‘saya’ berasa mampu berjuang di kota barulah bonda
membenarkannya ke bandar untuk meneruskan kehidupan. Namun bonda
berpesan agar menjaga dua perkara iaitu agama dan bangsa. Bonda juga
mengirimkan sejumlah buku untuk kawan lamanya yang bernama Munsyi
melalui ‘saya’. Apabila tiba di bandar, ‘saya’ menyerahkan buku-buku
tersebut pada kawannya itu yang pada pengamatan ‘saya, Munsyi’
merupakan seorang yang sangat mencintai bangsa dan budayanya. Dia
tinggal di tanah rizab Melayu di sebuah perkampungan tradisi di pinggir
bandar. Di bandar, ‘saya’ melihat kaum mudanya telah hilang identiti dan
jati diri. Akibat sibuk bekerja, ‘saya’ tidak bertemu Munsyi. Suatu hari,
‘saya’ mendapat khabar bahawa perkampungan Munsyi akan dibangunkan
dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel. Apabila ‘saya’ mencari
Munsyi di kampungnya, jentera-jentera berat sedang merobohkan rumah-
rumah di situ. ‘Saya’ sedih melihat buku-buku lama yang telah ‘saya’ bawa,
musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan namun Munsyi tidak kelihatan di
mana-mana.
TEMA
Semangat cinta akan bahasa, agama, bangsa
dan budaya yang tersemai dalam jiwa
sekumpulan warga negara.
PERSOALAN
Persoalan keinginan anak muda berhijrah
ke bandar untuk membina kehidupan
Contoh:‘saya’ memohon keizinan ibunya untuk
berhijrah ke bandar bagi membina kehidupannya
seperti kebanyakan remaja yang lain.
Persoalan Kegigihan anak muda
mempelajari segala ilmu untuk meneruskan
kehidupannya
Contoh:‘Saya’ tekun belajar pelbagai ilmu yang
berkaitan dengan kehidupan sebelum berhijrah ke
bandar.
Persoalan ketaatan seorang anak terhadap ibunya.
Contoh:‘Saya’ mentaati nasihat ibunya yang tidak
membenarkannya berhijrah ke bandar kerana pada
pendapat ibunya ‘saya’ masih belum cukup kuat jati
diri untuk tinggal di bandar.
Persoalan kebimbangan seorang ibu terhadap
anaknya.
Contoh: Ibu keberatan untuk melepaskan ‘saya’ ke
bandar kerana bimbang ‘saya’ terpengaruh akan
budaya negatif yang terdapat pada remaja di
bandar.
LATAR MASA
Zaman
pemerintahan
penjajah
Zaman selepas
merdeka
LATAR TEMPAT
• Pada mulanya, bonda • ‘Saya’ berhijrah ke • Munsyi tinggal di sebuah
tidak membenarkan kota untuk membina rumah yang terletak di
‘saya’ meninggalkan kehidupan yang lebih sebuah perkampungan
kampung untuk berhijrah sempurna. tradisi di pinggir kota.
ke kota
Di Kampung Di Kota Di sebuah
perkampungan tradisi
di pinggir kota
LATAR MASYARAKAT
‘Saya’ dan Masyarakat ‘Saya’ dapati
bonda tinggal remaja yang masyarakat
di kampung. remaja yang
tinggal di tinggal di bandar
Masyarakat bandar. kebanyakannya
kampung telah hanyut oleh
keseronokan
hidup.
Anak-anak Masyarakat yang Penduduk
bangsa pada Masyarakat yang mengamalkan kampung tradisi
zaman dahulu cekal dan berani demonstrasi
cekal dan berani untuk mengadakan
meneroka hutan menunjukkan demonstrasi untuk
untuk dijadikan bantahan
menunjukkan
bandar bantahan mereka
pelabuhan yang
terhadap
terkenal. pencerobohan
tanah milik
mereka oleh pihak
berkuasa.
WATAK
DAN
PERWATAKAN
‘SAYA’
Seorang yang taat
• ‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar
Seorang yang amanah
• ‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu buku-buku yang sepatutnya
diserahkan kepada Munsyi ketika ‘Saya’ pergi ke bandar
Seorang yang gemar membaca
• ‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta
membaca banyak buku lama milik ibunya
Seorang yang tidak putus asa
• ‘Saya’ meminta izin ibunya sekaili lagi apabila sudah lebih bersedia untuk
tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya
BONDA
Seorang yang Seorang yang Seorang yang
pengetahuan bersifat patriotik amat memahami
luas
• Bonda menasihati • Bonda
• Bonda bercerita ‘saya’ agar mengizinkan ‘saya’
kepada ‘saya’ memelihara berhijrah apabila
tentang sejarah agama, bahasa didapati anaknya
pahit tanah air. ibunda dan negara. itu sudah mantap
ilmu dan jati
dirinya.
Seorang yang cinta akan budaya MUNSYI Seorang yang mengalu-alukan
Melayu tetamu
Kawan lama bonda
Munsyi berpakaian tradisi Melayu Munsyi tersenyum dan menjemput
‘saya’ masuk ke rumahnya.
yang lengkap dengan keris ketika
menyambut kedatangan ‘saya’.
PartiotikBonda Anak-anak ‘Saya’
Ketaatanmenasihatibangsa pada menyampaikan
‘saya’ agar zaman dahulu amanah bondanya
Kegigihansentiasacekal dan beraniiaitu menyerahkan
Amanahmemeliharameneroka hutanbuku-buku kepada
bahasa ibunda ‘Saya’ tidak untuk dijadikan Munsyi ketika
dan agama. membantah bandar ‘saya’ pergi ke
ketika ibunya pelabuhan yang bandar.
melarang dia terkenal.
berhijrah ke
bandar.
PENGAJARAN
Kita ‘Saya’ tidak
hendaklah membantah ketika
taat pada
perintah dan ibunya melarang
larangan dia berhijrah ke
ayah dan ibu
bandar
Kita Anak-anak bangsa
hendaklah pada zaman dahulu
gigih apabila
melakukan cekal dan berani
sesuatu meneroka hutan untuk
pekerjaan
dijadikan bandar
pelabuhan yang
terkenal
Kita hendaklah ‘Saya’ telah mengkaji
rajin membaca teks Sejarah Melayu
untuk dan Hikayat Hang
meningkatkan Tuah serta membaca
pengetahuan banyak buku lama
milik ibunya
Kita tidak
boleh mudah ‘Saya’ meminta izin
putus asa ibunya sekali lagi
apabila
menemui apabila sudah lebih
kegagalan bersedia untuk tinggal
di kota walaupun
hasratnya itu pernah
ditolak oleh ibunya
SEKIAN
TERIMA KASIH