Kajian Kes Sejarah
SMK Seksyen 4 Kota
Damansara
Nama: Nurul Syuhada binti Khaerul Insan
Kelas: 2 Amanah
Tajuk: Keunikan Sabah & Sarawak dari segi perayaan dan
keseniannya
Tarikh Jadual Kerja Catatan
14/11/2022 Di sekolah
Perkara
16/11/2022
16/11/2022 Menerima taklimat daripada
guru mata pelajaran Sejarah
berkaitan dengan tajuk yang
diberi sebagai persediaan
Membuat rujukan awal ke laman Di sekolah/makmal komputer
web
Membuat rujukan lanjut Di sekolah/makmal komputer
berkaitan tajuk menerusi
internet, buku teks dan youtube
Tarikh Perkara Catatan
17/11/2022 Usaha kendiri
Menghubungi cikgu Azim untuk
17/11/2022 bertanyakan tentang objektif
kajian dan kaedah kajian
18/11/2022
18/11/2022 Menghubungi cikgu Azim di Usaha kendiri
whatsaap untuk bertanyakan
tentang mengenai isi laporan
Menulis penghargaan dan latar Usaha kendiri
belakang Sabah&Sarawak
Menulis tentang penghasilan Usaha kendiri
barang kesenian Sabah&Sarawak
Tarikh Perkara Catatan
19/11/2022 Menulis tentang perayan- Usaha kendiri
20/11/2022 perayaan di Sabah&Sarawak
21/11/2022
22/11/2022 Menulis tentang kepentingan Usaha kendiri
kesenian dan menyambut Usaha kendiri
perayaan
Menulis Rumusan
Mengemaskini tugasan, semak Usaha kendiri
dan hantar tugasan.
Objektif Kajian
• Kerja kursus ini dilaksanakan bagi memenuhi beberapa objektif berikut:
• (a)Saya dapat menerangkan latar belakang Sabah dan Sarawak.
• (b)Saya dapat menambah pengetahuan tentang kesenian di Sabah dan
Sarawak.
• (c)Saya dapat mengetahui tentang perayaan-perayaan di Sabah dan
Sarawak.
• (d)Saya dapat menghuraikan tentang kepentingan warisan seni di kalangan
masyarakat.
• (e)Saya juga dapat menghuraikan tentang kepentingan menyambut hari
perayaan di kalangan masyarakat.
Kaedah Kajian
• Saya telah menggunakan 3 kaedah untuk melaksanakan kajian kes
sejarah ini. Kaedah-kaedah yang saya telah gunakan ialah:
• 1. Kaedah Kajian Buku
• Saya telah merujuk buku teks untuk memastikan kesahihan fakta yang
ada. Buku teks yang digunakan ialah “Buku Teks Sejarah Tingkatan 2”.
Selain itu, saya juga telah merujuk buku nota sejarah untuk merujuk
nota-nota ringkas tentang tajuk ini. Buku yang saya gunakan ialah buku
“Fokus Visual Sejarah KSSM”.
• 2. Kaedah melayari internet
• Saya juga telah menggunakan kaedah melayari internet bagi
mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tugasan ini.
• 3. Kaedah Audio Visual
• Saya juga menggunakan kaedah audio visual dengan menonton
video dari youtube yang berkaitan dengan perayaan dan kesenian
Sabah dan Sarawak. Visual dan audio yang diperoleh turut
membantu saya dalam melaksanakan kajian ini dengan jayanya.
Penghargaan
• Saya berasa amat bersyukur kerana saya telah dapat menyiapkan
tugasan kajian kes sejarah tajuk keunikan Sabah dan Sarawak dari segi
perayaan dan keseniannya dengan jayanya. Tugasan kerja kursus ini
memberi banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan
pengalaman semasa membuat kajian. Saya, Nurul Syuhada binti Khaerul
Insan dari kelas 2 Amanah mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pengetua SMK Seksyen 4 Kota Damansara, Puan Zainun binti Muda,
kerana telah mengizinkan saya dan rakan-rakan untuk menyiapkan
kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru
mata pelajaran sejarah saya,iaitu Cikgu Aznor Azim kerana tidak jemu
memberi bimbingan dan tunjuk ajar cara-cara menyiapkan kerja kursus.
Latar Belakang Sabah dan Sarawak
Sabah dan Sarawak merupakan sebahagian Alam Melayu.
Kedudukan Sarawak di sebelah Barat Daya pulau Burneo dan
kedudukan Sabah di Utara pulau Burneo telah mendedahkannya
dengan perkembangan Alam Melayu, khususnya dalam aspek
perdagangan dan keagamaan. Di kedua-dua kawasan ini juga
muncul beberapa kerajaan awal seiring dengan kemunculan
kerajaan mashyur, seperti Funan, Champa, Srivijaya, Angkor,
Majapahit, Kedah Tua dan Gangga Negara. Kepesatan kerajaan
yang mashyur ini telah mendorong kemajuan kegiatan
perdagangan di Sarawak.
• Sabah mempunyai keluasan 73,620 km persegi dan
dinamakan Borneo Utara pada zaman penjajahan. Ia dibahagikan
kepada 5 bahagian pentadbiran iaitu Tawau, Sandakan, Kudat,
Pantan Barat dan Pediaman dengan ibu negeri bandaraya Kota
Kinabalu. Bandar utama ialah Tawau, Semporna, Lahad Daru,
Sandakan, Ranau, Kudat, Kota Maradu, Kota Belud, Tuaran,
keningdu Beaufort dan Sipitang.
• Manakala Sarawak pula mempunyai keluasan 123,985 km
persegi. Namanya diambil daripada Sungai Sarawak dalam
bahagian Kuching. Bandar utama lain di Sarawak ialah Miri, Sibu,
Bintulu, Marudi, Limbang dan Lawas.
• Asal-usul penduduk asli pula tidak dapat dipastikan secara
tepat bila dan bagaimanakah kemunculan penduduk pribumi asli
bermula di Burneo. Nenek moyang pribumi asli di Burneo
dipercayai telah melalui beberapa siri migrasi sejak lebih kurang
35 ribu tahun yang lalu pada zaman poleolitik (ais).
• Pendapat ini berlandaskan penemuan kajian arkeologi
tentang kewujudan petempatan manusia purba di Tapak Gua
Niah, Miri, Sarawak dan Tingkayu, Sandakan, Sabah.
Penghasilan barang kesenian Sabah dan Sarawak
• Penghasilan barang kesenian merupakan salah satu keunikan
masyarakat di Sarawak dan Sabah. Barangan yang dihasilkan
mempunyai pelbagai kegunaan dan dihiasi dengan pelbagai motif
yang menarik. Pada peringkat awal, barangan kesenian yang
dihasilkan adalah untuk kegunaan sendiri dan dijual secara kecil-
kecilan untuk sara diri. Apabila terdapat lebihan dan permintaan,
barangan kesenian ini dikomersialkan dan didagangkan. Secara
tida langsung, kegiatan ini menambahkan pendapatan
masyarakat.
• Kepelbagaian etnik di Sabah dan Sarawak memang kaya
dengan berbagai-bagai khazanah seni warisan tradisi budaya
mereka. Keunikan budaya etnik-etnik ini dapat diperhatikan
melalui penghasilan pelbagai kraftangan yang mempunyai ciri-
ciri seni yang melambangkan identiti etnik-etnik berkenaan.
• Masyarakat di Sarawak terkenal dengan penghasilan
barang kesenian seperti tenunan kain, kraf tangan, dan juga
pertukangan. Antara contoh tenunan kain yang dihasilkan ialah
pua kumbu dan keringkam. Pua kumbu merupakan hasil kerja
tangan kaum Iban yang dibuat daripada kain kapas. Pua kumbu
digunakan dalam pelbagai majlis seperti kelahiran,
perkahwinan, dan kematian.
• Keringkam pula merupakan kerja tangan kaum Melayu yang
dibuat daripada pelbagai jenis kain seperti kain kapas dan kain
sutera. Kain tersebut disulam dengan benang emas perak dan
tembaga.
• Masyarakat ini juga menghasilkan pelbagai jenis kraf tangan
seperti sintung duduk, lanji, basong, bakul pembawa bayi, dan
terendak. Sintung duduk dihasilkan oleh kaum Iban untuk
membawa benih padi, lanji untuk membawa hasil padi dan
basong untuk memburu. Orang Ulu pula menghiasi bakul mereka
dengan manik. Simbol-simbol burung kenyalang dan harimau
yang dihiasi pada bakulnya digunakan oleh orang atasan.
• Kaum Melanau menghasilkan penutup kepala, iaitu terendak.
Terendak digunakan semasa kerja-kerja harian dan adat
tertentu, termasuk Pesta Kaul.
• Dari aspek pertukangan pula, mereka menghasilkan Tiang
Totem dan Patung Burung Kenyalang. Tiang totem dihasilkan
oleh Orang Ulu yang melambangkan status masyarakat. Hanya
mayat golongan atasan boleh diletak tinggi di atas tiang ini.
Patung burung kenyalang merupakan lambang kepahlawanan
kaum Iban. Patung ini juga menjadi penjaga rumah panjang
daripada semangat jahat dan penyakit.
• ibnearvwoMal.r anKsaay-uawmraarkRnauit.n SKgauabusammh eIprnaugnlagu umnbepanuhglIahn amasveiolnklagdhnaantse imnlkueannnagknhaakisnaiildnkaassnetpaserelryetainndga ng
biasa digunakan sebagai tanjak.
• idmMsaeilgearadumnhanabTSnakaaagkaywlaladeanahanDnuh,sBu naaduattsiuunaihlnkgakd,srmia aWialrlkfeiaaantkhkanyeintibdomugu,lda epdnnuhaadnnynkaga abDnnsua uagbmrja aaidnnryBiahgagan.an, j Bgasmgiuu lpdke/aeaimSnpnni,eabg Wormhablawea.unhkaatitadmbrd,aa adarnsarayinpnpage arTarbdakkeayaaeshdtanwaSr,ua inbnaanh.
• Kaum Bajau/Sama masih mewarisi cara pembuatan
barangan besi seperti Guuk, Badi’ untuk memotong rumput dan
Pida’ untuk upacara perkahwinan.
Perayaan di Sabah dan Sarawak
• Perayaan merupakan warisan masyarakat Sabah dan Sarawak yang
unik. Sambutan perayaannya penuh dengan adat yang diamalkan sejak
zaman-berzaman dan kekal hingga hari ini. Setiap perayaan
mempunyai sejarah tradisinya yang tersendiri dan unik.
• Salah satu perayaan di Sabah ialah Pesta Kaamatan. Pesta ini
disambut oleh kaum Kadazandusun dan Murut sebagai tanda syukur
untuk meraikan semangat padi atau Bambaazon/ Bambarayon yang
dijalankan oleh Bobohizan/Bobolian. Penduduk berharap mendapat
hasil tuaian padi yang lebih lumayan pada tahun berikutnya.
Pertandingan ratu cantik atau Unduk Ngadau diadakan sebagai simbol
perngorbanan Huminodun.
• Pesta Ragata Lepa pula diadakan bagi menghargai peranan
lepa dalam kehidupan kaum Bajau/Sama di pantai timur Sabah.
Lepa akan dihiasi dengan cantik dan perlumbaan perahu akan
diadakan.
• Perayaan di Sarawak pula ialah Pesta Menuai atau Gawai
Dayak. Sambutan ini disambut oleh kaum Iban, Bidayuh, dan
Orang Ulu. Kaum Iban mengadakan upacara Miring semasa Gawai
Dayak untuk mengucapkan syukur kepada tuhan atau petara.
Acara Kumang dan Keling Gawai diadakan bagi memilih ratu
cantik dan jejaka tampan. Selain itu, Pesta Babulang dan Pesta
Kaul juga turut disambut. Pesta Babulang disambut oleh kaum
Kadayan dan Bisaya. Pesta Kaul pula disambut oleh Kaum
Melanau.
Kepentingan Kesenian
• Di dalam bidang kesenian, terdapat beberapa
kepentingannya. Salah satunya adalah dapat menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum di negara kita. Contohnya, setiap
kaum dapat mengenali dan memahami bidang seni kaum lain.
Mereka juga dapat berinteraksi mesra antara satu sama lain.
Seterusnya, bidang kesenian ini juga dapat menawarkan pelbagai
peluang pekerjaan kepada masyarakat seperti sebagai ahli muzik,
pelakon, pereka seni kraf, kareografer dan jurulatih
mempertahankan diri. Akhir sekali, kepelbagaian dan keunikan
kesenian dapat menarik pelancong tempatan dan luar negara.
Contohnya, kesenian kraf seperti batik, ukiran, kayu, labu sayong
dan anyaman songket.
Kepentingan menyambut hari perayaan di kalangan
masyarakat
• Terdapat juga kepentingan menyambut perayaan di kalangan
masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Antaranya
adalah untuk mewujudkan hubungan kemasyarakatan yang baik
dan erat, sebagai tanda menghormati agama-agama lain yang
wujud, dan melambangkan identiti sesebuah kaum tersebut.
Kepentingannya yang lain pula adalah melambangkan
keistimewaan budaya kaum, menzahirkan semangat kekitaan dan
silaturahim serta memamerkan sikap mesra dan keprihatinan
masyarakat.
Rumusan
• Sepanjang menjalankan kajian tentang seni bina masyarakat Sabah
dan Sarawak, terdapat banyak pengetahuan dan pengajaran yang telah
saya pelajari. Saya juga dapat menguasai kemahiran membuat
penyelidikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan
kemahiran berkomunikasi.
• Hasilnya, saya merumuskan bahawa masyarakat Sabah dan
Sarawak mempunyai budaya yang unik. Mereka juga dapat
menghasilkan barang-barangan yang kreatif dan unik yang dihasilkan
dengan pelbagai motif yang menarik. Kegiatan ini juga dapat
menambahkan pendapatan masyarakat.
• Akhir sekali, masyarakat Sabah dan Sarawak juga mempunyai
perayaan-perayaan yang unik. Sambutan perayaan mereka penuh
dengan adat yang mempunyai sejarah tradisinya sendiri. Hal ini
menyedarkan kita bahawa setiap kaum mempunyai keunikan masing-
masing dan mampu mengekalkan budaya setiap masyarakat.
Rujukan
• 1.Buku Teks:
• Dr. Suffian bin Mansor, Dr. Mardiana binti Nordin, Ahmad Salehee
bin Abdul, Ishak bin Saidoo, 2017, Sejarah tingkatan 2, DEWAN
BAHASA DAN PUSTAKA KUALA LUMPUR.
• 2.Internet:
• https://anyflip.com/wrtwi/hwdd/basic
https://www.slideshare.net/bilcher/latar-belakang-sabah-
sarawak
• 3.Audio Visual (video dari youtube)
• https://youtu.be/aaOk-6VVltY
Lampiran