INFO TATACARA SOP
DI KELAS/SEKOLAH
3 EFISIEN
Guru kelas: Puan Raihan Bt Mustafa
Pelan Lantai Kelas
Jadual Kelas 3 Efisien
Kumpulan Penggiliran Murid
WAKTU KEHADIRAN MURID
● Sila pastikan murid hadir dalam keadaan sihat dan tidak bergejala.
● Hadir sebelum jam 1:00 petang.
● Masuk menggunakan Pintu A atau C dan masuk melalui kawasan berbumbung.
● Murid membuat sanitasi tangan dan mengimbas suhu sebelum masuk ke kawasan
sekolah.
● Murid naik ke kelas masing-masing menggunakan tangga Blok D.
WAKTU PULANG (PENYURAIAN)
● 5.45 pm (murid yang menaiki transport)
● 6.00 pm (murid tahun 3)
Tatacara wajib di sekolah
● Pelitup Muka
- Pelitup muka diwajibkan kepada semua guru, staf dan murid-murid.
- Memastikan murid dibekalkan pelitup muka sekiranya perlu.
● Murid Bergejala
- Murid bergejala diberikan pelitup muka.
- Imbas suhu murid tersebut dan murid diasingkan di bilik isolasi.
- Guru menghubungi keluarga murid berkenaan.
Tatacara dalam kelas
- Murid duduk di meja yang telah dilabel dengan nama masing-masing dan tidak
dibenarkan menukar tempat duduk tanpa kebenaran.
- Murid perlu menjaga penjarakan sosial ketika di dalam kelas.
- Murid perlu patuh laluan masuk dan keluar yang telah dilabelkan.
- Digalakkan membawa kit penjagaan diri (facemask lebih, wet tissue & hand
sanitizer) setiap hari.
- Alat tulis dan pensel warna yang lengkap dibawa sendiri bagi mengelakkan
berkongsi sebagai langkah pematuhan SOP.
Tatacara keluar Solat
- Murid dibenarkan turun untuk solat dengan kebenaran guru.
- Sila bawa sejadah sendiri.
- Hanya 4 orang murid dibenarkan keluar pada satu-satu masa. (2L & 2P)
- Namun ianya juga bergantung kepada keadaan semasa bagi mengawal
kesesakan di dalam surau.
Waktu Rehat
● Murid makan di dalam kelas di bawah pemantauan guru.
● Murid makan bekalan yang dibawa dari rumah.
● Pastikan tempahan makanan dibuat jika tidak membawa bekalan dari rumah.
● Bagi murid yang membuat tempahan di kantin,wakil murid akan mengambil
makanan yang ditempah.
● Murid makan dan minum dengan cermat. Lap meja selepas makan.
● Bekas makanan dan minuman hendaklah dibuang ke dalam tong sampah bertutup
yang diletakkan di luar kelas.
Penggunaan Tandas
● Hanya seorang murid lelaki dibenarkan keluar dalam satu masa.
● Hanya dua orang murid perempuan dibenarkan keluar dalam satu masa.
● Empat pas disediakan di luar tandas. Murid yang hendak masuk ke dalam
tandas perlu menggunakan pas tersebut. Pas digantung di luar pintu tandas.
● Murid ke tandas menggunakan laluan anak panah.
● Tidak dibenarkan merayau-rayau.
AWESOME WORDS
SEKIAN TERIMA KASIH