Panduan Pendaftaran Kontraktor CIDB 2018
Berkuatkuasa mulai 20 Julai 1995, adalah mandatori untuk semua kontraktor samada tempatan atau asing untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB dibawah Seksyen 25 Akta 520 (Pindaan 2011) sebelum mengakujanji dan menyempurnakan apa-apa kerja pembinaan di Malaysia kecuali mereka yang diberi pengecualian di bawah Seksyen 40(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520).
Mana-mana kontraktor yang melanggar Seksyen 25 apabila disabitkan, boleh di denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi satu ratus ribu ringgit dibawah Seksyen 29. Dibawah Seksyen 30 Lembaga boleh melalui notis bertulis yang disampaikan kepada kontraktor untuk berhenti daripada memulakan atau meneruskan kerja pembinaan atau mengakujanji untuk menjalankan atau menyiapkan kerja pembinaan.
Kontraktor yang memohon untuk didaftarkan dikehendaki merujuk Keperluan dan Prosedur Pendaftaran
Kontraktor serta mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan sebelum mengemukakan permohonan.
Semua maklumat/dokumen yang dikemukakan kepada CIDB adalah menjadi milik CIDB. CIDB mempunyai hak untuk mengguna dan menzahirkan maklumat-maklumat tersebut dalam apa jua bentuk terbitan untuk kegunaan
dan kepentingan industri pembinaan.
-
Follow
-
0
-
Embed
-
Share
-
Upload