The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nurul Azielaiqha Binti Mohammad Zaini@Johnny (20DDT20F1023)
Nur Insyirah Binti Indra (20DDT20F10030
Stephanie Anak Sayong (20DDT20F1009)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azieezainii, 2021-12-27 10:28:08

Konsep Hubungan Manusia Dan Teknologi Ebook

Nurul Azielaiqha Binti Mohammad Zaini@Johnny (20DDT20F1023)
Nur Insyirah Binti Indra (20DDT20F10030
Stephanie Anak Sayong (20DDT20F1009)

( MPU21032 )
PENGHAYATAN ETIKA DAN

PERADABAN

KONSEP HUBUNGAN
MANUSIA DAN
TEKNOLOGI

SESI 1 : 2021/2022

NURUL AZIELAIQHA BINTI MOHAMMAD
ZAINI@JOHNNY (20DDT20F1023)

NUR INSYIRAH BINTI INDRA(20DDT20F1003)
STEPHANIE ANAK SAYONG(20DDT20F1009)

NAMA PENSYARAH : FATIN FAQIERAH BINTI HAJI HAMSAH

Isi kandungan

i. Abstrak 1


ii. Pengenalan 2-4
- Konsep Hubungan Manusia dan Teknologi



iii. Kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) 5-7
Kepada Manusia



iv. Keburukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) 8 - 14
Kepada Manusia



vi. Teknologi Maklumat dan Komunikasi Menurut Perspektif 15 - 17
Islam



vii. Peranan Teknologi Dalam Mengukuhkan Perpaduan 18
Nasional



viii. Konsep Pengantaraan Teknologi 19


ix. Kesimpulan 20


x. Penghargaan 21


xi. Rujukan 22 - 23

Abstrak

Kemajuan teknologi pada masa kini dilihat semakin
berkembang pesat di seluruh dunia tidak kira dalam
negara kita Malaysia mahupun negara luar. Secara
umumnya, teknologi adalah keseluruhan sarana untuk
menyediakan barang-barang yang diperlukan bagi
kelangsungan, dan keselesaan hidup manusia. Kewujudan
teknologi ini dijadikan sebagai medium yang telah
direkabentuk dan dihasilkan oleh manusia bagi
memudahkan, mempercepatkan dan mengurangkan
penggunaan tenaga manusia. Seperti yang kita tahu,
teknologi ini telah banyak membantu manusia untuk
berkomunikasi atau berinteraksi antara satu sama lain
tanpa mengira had jarak dan masa. Oleh itu, e-Book ini
membincangkan tentang konsep hubungan manusia dan
teknologi yang mengetengahkan aspek-aspek definisi,
kepentingan dan keburukan teknologi dan komunikasi
kepada manusia, teknologi maklumat dan komunikasi
menurut perspektif Islam, peranan teknologi dalam
mengukuhkan perpaduan nasional dan konsep
pengantaraan teknologi. Justifikasi perbincangan topik ini
untuk menerangkan konsep hubungan manusia dan
teknologi. Perkembangan teknologi ini telah banyak
memenuhi keperluan dan keinginan manusia dalam
kehidupan seharian. Namun begitu, sudah semestinya
perkembangan ini akan menimbulkan kesan kepada
manusia sama ada dan segi yang positif ataupun negatif.

Kata Kunci:
Konsep, manusia, teknologi

1

Pengenalan

Konsep
Hubungan
Manusia Dan
Teknologi

2

Pengenalan

Konsep Hubungan Manusia Dan Teknologi

Manusia telah berinteraksi dengan alat
ataupun teknologi sejak zaman purbakala
lagi. Dunia masa kini menyaksikan
perubahan dan perkembangan sumber
teknologi moden. Pelbagai bentuk inovasi
dan ciptaan berteknolog tinggi dihasilkan
sehingga memberi impak kepada
kepesatan pembangunan teknologi canggih
yang membawa dunia ke alaf baru.
Kepesatan perkembangan teknologi moden
ini telah memberi kesan yang amat besar
dan mengubah landskap kehidupan
manusia sejagat tanpa mengira peringkat
usia Manusia dengan teknologi tidak boleh
dipisahkan kerana banyak manfaat yang
diperolehi melalui teknologi, termasuk
dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK).

Dengan kehadiran teknologi moden
sekarang manusia dapat jalankan tugas
dengan lebih cepat, mudah dan murah.
Sehubungan itu, manusia perlu bijak
menggunakan teknologi yang ada untuk
tujuan kebaikan dan kemaslahatan serta
kesejahteraan manusia. Teknologi
adalah sebagai alat untuk mencapai
kemodenan dan kemajuan sesebuah
tamadun. Manusia adalah sebagai
pengawal atau pengguna kepada
teknologi. Oleh itu, jika teknologi dapat
diguna dan diuruskan dengan baik dan
betul maka hasil matamat yang
ditetapkan akan berjaya. Sekiranya,
teknologi disalahgunaka maka akan
matlamat tidak tercapai dan membawa
kerosakan kepada manusia.

3

Pengenalan

Konsep Hubungan Manusia Dan Teknologi

Kegagalan manusia menguruskan dan menggunakan teknologi akan
menurunkan nilai hubungan mesra sesama anggota dalam masyarakat
mengurang rasa akrab dalam keluarga, menyebabkan rasa sunyi dan
keseorangan serta bermacam nilai negatif lain. Aktiviti-aktiviti sosial dalam
masyarakat turut berubah dengan hadirnya teknologi maklumat Ada di kalangan
mereka lebih suka berada di dalam rumah dan tidak menghadiri program sosial
seperti gotong royong, ceramah, majlis ilmu dan sebagainya. Mereka lebih gemar
melayari internet untuk mengikuti ceramah dan majlis ilmu dan sebagainya.
Secara amnya, semakin banyak masa digunakan untuk melayari internet di
rumah semakin berkurangan masa yang diluangkan untuk rakan, keluarga dan
masyarakat. Begitulah juga apabila Internet dilayari semasa cuti hujung minggu
sangat berkaitan dengan marosotnya masa berinteraksi dan bersosial.

Namun begitu, penggunaan teknologi juga boleh memberi kesan positif dalam
komunikasi antara rakan, ahli keluarga dan masyarakat. Dengan kehadiran
teknologi dapat mengaktifkan perhubungan dikalangan ahli keluarga, rakan dan
masyarakat. Selain itu, teknologi dimanfaatkan untuk menjalankan aktiviti-
aktiviti sosial di kalangan masyarakat seperti kutipan sumbangan, kempen-
kempen keselamatan dan sebagaimana. Sayugia terpulang kepada manusia
untuk menggunakan kemajuan teknologi sedia ada untuk menyeimbangkan
keperluan individu dan sosial. Manusia yang diberikan akal untuk membuat
pertimbangan secara rasional dan waras bagi menggunakan teknologi sejajar
dengan keperluan jasmani, emosi, rohani intelek dan sosial.

4

Kepentingan
Teknologi

Maklumat Dan
Komunikasi
(TMK) kepada
Manusia

5

Kepentingan Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi (TMK) Kepada Manusia

1. Mudah mendapatkan maklumat

Maklumat hanya berada dihujung jari.

Dengan erti kata lain, sesuatu

maklumat mudah untuk diperolehi dan

diketahui. Pelbagai maklumat boleh

diakses dan diketahui. Pelbagai

maklumat boleh diakses melalui

medium TMK seperti internet. Hal ini

memudahkan para pelajar

mendapatkan maklumat tentang hal-

hal berkaitan ekonomi, politik, sosial,

pendidikan dan sebagainya

2. Memudahkan komunikasi
Komunikasi sangat penting dalam
kehidupan manusia. Oleh itu melalui
medium TMK, pelbagai aplikasi dan laman
sosial yang boleh digunakan seperti
Facebook, Twitter, Skype dan sebagainya.
Dengan kemajuan ini manusia boleh
berkomunikasi secara atas talian dengan
mudah dan cepat. Contohnya, ibu bapa
boleh menghubungi anak-anak yang
belajar diluar negara dengan cepat dan
mudah serta kos yang murah dengan
menggunakan aplikasi Skype atau
Whatapp dan seumpamanya.

3. Mempercepatkan urusan
Pelbagai urusan kerajaan atau swasta
boleh dilakukan secara dalam talian
dengan mudah. Contohnya, urusan
perbankan, pembayaran bil utiliti,
permohonan kerja, membeli belah, dan
sebagainya. Orang awam tidak perlu lagi
beratur panjang untuk membayar bil di
kaunter sebaliknya boleh terus
membayar bil utiliti mereka di internet
dengan mudah yang cepat.

6

Kepentingan Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi (TMK) Kepada Manusia

4. Mudah dan cepat menegetahui
perkembangan semasa
Kemajuan ICT yang bersifat global
memudahkan seseorang mengetahui berita
atau kejadian yang berlaku di luar negara
dengan mudah dan cepat. Laman sesawang
berita setiap negara boleh diakses melalui
jaringan internet untuk mendapatkan
berita-berita terkini dari dalam dan luar
negara

5. Peniaga dapat meluaskan pasaran
perniagaan
Perdagangan antara atas talian kini
semakin popular dalamkalangan
masyarakat. Oleh itu, perkembangan
pesat teknologi maklumat mampu
membawa jaringan perniagaan yang
luas dan lebih berdaya saing melalui
atas talian. Pembelian secara atas talian
juga membawa banyak kelebihan
kepada pembeli khususnya. Hal ini
kerana mereka mempunyai banyak
variasi barangan yang boleh
dibandingkan harga serta fungsinya.
Pembeli juga mampu menjimatkan
masa mereka melalui belian atas talian
daripada membeli barangan di pasar
raya.

7

Keburukan
Teknologi
Maklumat Dan
Komunikasi
(TMK) kepada
Manusia

8

Keburukan
Teknologi
Maklumat Dan
Komunikasi
(TMK) kepada
Manusia

1. Berlakunya
Jenayah
Siber

9

Keburukan Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi (TMK) Kepada Manusia

1. Berlakunya jenayah siber

Jenayah siber yang
dimaksudkan adalah seperti
penipuan secara atas talian,
berlaku transaksi palsu, buli
siber dan sebagainya.

Kelicikan penjenayah siber ini
adakalanya mampu
menggodam sistem
pertahanan negara dan rahsia-
rahsia kerajaan yang boleh
mendedahkan sesebuah
negara kepada ancaman anasir
luar.

Contohnya, penipuan,
kerosakan atua
pengubahsuaian ke
atasprogram atau data
komputer, kecurian
maklumat, capaian secara
tidak sah ke atas sistem,
pengintipan, penyebaran
virus dan mel spam

10

Keburukan
Teknologi
Maklumat Dan
Komunikasi
(TMK) kepada
Manusia

2.
Mewujudkan
plagiat dalam
Pendidikan

11

Keburukan Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi (TMK) Kepada Manusia

2. Mewujudkan plagiat dalam Pendidikan

Kecanggihan teknologi Penggodam boleh
membuka ruang kepada menggunakan internet untuk
penggodam dan penggunaan mencuri maklumat sulit yang
siber untuk memusnahkan dimiliki oleh individu, syarikat
data dan mengubah sistem dan organisasi serta
komputer. memperoleh keuntungan
melalui cara penjualan
Menjejaskan keselamatan kepada pesaing.
individu, agensi kerajaan dan
swasta serta negara. Plagiat adalah perbuatan
yang tidak sihat dalam dunia
Ini bukan sahaja menjejaskan akademik. Hal ini kerana
amalan kesantunan malah ini telah mengambil hak cipta
juga akan mengakibatkan seseorang tanpa izin.
individu yang terlibat tidak
melakukan sesuatu tugas 12
dengan hasilnya sendiri.

Keburukan
Teknologi
Maklumat Dan
Komunikasi
(TMK) kepada
Manusia

3. Banyak
membuang

masa

13

Keburukan Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi (TMK) Kepada Manusia

3. Banyak membuang masa

Keseronokan melayari laman sosial seperti Instagram,
Facebook, WhatsApp, TikTok dan bermain permainan

maya secara atas talian menyebabkan seseorang
menghabiskan banyak waktu.

Produktiviti sesorang akan merosot dan kurang
melakukan aktiviti sosial yang lebih bermanfaat.

14

Teknologi
Maklumat Dan

Komunikasi
Menurut

Perspektif Islam

15

Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Menurut Perspektif Islam

Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan salah satu cabang
ilmu dalam Islam. Ini hasil daripada pencapaian dan kebijaksanaan
yang dikurniakan oleh Allah SWT. Bagi orang Islam kemajuan dan
kehebatan pencapaian yang dihasilkan adalah untuk mendekatkan
diri kepada Allah SWT serta menggunakan dengan tujuan yang baik
dan bermanfaat. Dunia hari ini sangat berkait rapat dengan
komputer dan internet untuk memudahkan urusan manusia seperti
dalam bidang pendidikan, perbankan, perusahaan, ekonomi, sosial,
politik dan sebagainya. Al-Farabi mengeklaskan ilmu teknologi
sebagai ‘ulum a-ta'alim, manakala Imam Ghazali menyebutkan
sebagai al-ulum al- 'aqliyyah. Oleh itu kemajuan teknologi maklumat
dan Islam tidak boleh dipisahkan.

Islam telah menegaskan kepada manusia supaya mengintegrasikan
perkembangan ilmu teknologi dengan ilmu-ilmu lain dengan tujuan
‘ubudiyyah (mendekatkan diri kepada Allah SWT). Hali ini bagi
menseimbangkan kemahuan manusia kehidupan dunia dengan
kehidupan akhirat. Sumbangan Islam terhadap teknologi maklumat
bukan sahaja menjadikan orang Islam menjadi pakar atau
pembangun teknologi, tetapi untuk meletakkan dasar atau konsep
teknologi untuk manusia dengan hala tuju yang betul. Sebagai
contoh, membuat laman sesawang yang boleh memberi manfaat
kepada manusia, serta terhindar daripada unsur-unsur fitnah, palsu,
penyelewengan dan sebagainya. Pembangunan teknologi
maklumat bermatlamat bagaimana menghubungkait kemajuan
teknologi dengan kemajuan kerohanian.

Teknologi maklumat sepatutnya dibangunkan demi memelihara dan
meningkatkan kehidupan manusia disamping tidak mengenepikan soal
akidah akhlak dan syariat. Sejarah mencatatkan bahawa kelalaian
manusia yang hanya mementingkan teknologi tetapi mengenepikan
soal akidah, akhlak dan syariat telah membawa kehancuran
masyarakat. Contohnya kemajuan kerajaan firaun di Mesir telah
musnah kerana meninggalkan unsur kerohanian dan akidah kepada
Allah SWT.

16

Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Menurut Perspektif Islam

Umat Islam seharusnya mengikuti perkembangan dan
pembangunan teknologi maklumat pada hari ini, supaya tidak
ketinggalan dalam kemajuan dunia yang terus maju dan berdaya
saing. Sebagai muslim, seharusnya dapat melibatkan diri secara aktif
dan menjadi penyumbang utama untuk melahirkan satu masyarakat
bertamadun bercirikan kebenaran seperti yang terkandung dalam
ajaran agama. Masyarakat Islam sekarang amat memerlukan
golongan berilmu dan berhikmah dalam membangun teknologi
maklumat secara bertamadun.

Namun begitu, perkembangan teknologi maklumat ini juga banyak
disalahgunakan. Sehingga ia telah memberi kesan negatif kepada
umat Islam dari sudut akidah, akhlak dan syariat. Dari sudut akidah
atau kepercayaan, telah banyak unsur-unsur dan usaha-usaha untuk
merosakkan pegangan akidah di dalam sesawang alam maya seperti
fahaman ajaran sesat, fahaman syriah, fahaman liberal dan
sebagainya. Perkara ini sangat membimbangkan terutama kepada
umat Islam yang kurang memahami asas-asas akidahnya secara
mantap. Penyalahgunaan teknologi maklumat sudut akhlak pula,
wujud unsur-unsur lucah dan gejala hedonism (hiburan melampau),
sehingga membelakangkan nilai-nilai ajaran akhlak dalam agama.
Penyalahgunaan dalam syariat iaitu maklumat-maklumat yang salah
dalam pelaksanaan ibadah seperti solat, puasa, zakat, haji dan
sebagainya. Oleh itu, umat Islam perlu mempunyai ilmu agama yang
kuat supaya tidak terpedaya dan dapat menolak unsur-unsur ajaran
yang bertentangan dengan Islam.

Justeru, kejayaan teknologi maklumat boleh dicapai dengan
merujuk kepada kepintaran manusia menggunakan teknologi untuk
kebahagiaan dan kesejahteraan umat. Namun begitu pegangan
agama dari aspek akidah, akhlak dan syariat menjadi asas kepada
penggunaan tersebut. Sekiranya teknologi maklumat bertentangan
dengan ajaran agama, maka ia hendaklah ditolak sepenuhnya

17

Peranan Teknologi Dalam Mengukuhkan
Perpaduan Nasional

Sebagai penghubung Mengukuhkan
dengan rakan dan hubungan antara
seluruh dunia. kaum.

Berkongsi idea Mengeratkan
hubungan keluarga.

Sebagai alat Bertukar-tukar
penghubung dengan maklumat dengan
orang jauh lebih cepat cepat
- Mengeratkan tali
persaudaraan dan
silaturahim.

18

Konsep Pengantaraan Teknologi

Menurut Verbeek, pengantaraan teknologi mempunyai dua perspektif
yang mana setiap perspektif tersebut menggunakan pendekatan yang
berbeza terhadap dunia realiti:

1. Penghantaraan daripada perspektif persepsi

Dilihat daripada perspektif dunia realiti dan
bagaimana teknologi membentuk cara-cara manusia
menafsirkan dunia realiti.

2. Pengantaraan daripada perspektif tindakan

Dilihat daripada perspektif manusia dan bagaimana
manusia bertindak dalam dunia realiti dengan
pengantaraan teknologi.

19

Kesimpulan

Secara kasarnya, kita dapat melihat beberapa kesan teknologi
terhadap manusia dan sebab manusia mencipta teknologi
sedemikian rupa. Terdapat juga beberapa kajian lain yang terkini
dalam hubungan manusia dengan teknologi khususnya memberi
impak terhadap moral dan etika manusia. Selain daripada melihat
impak teknologi terhadap manusia, iaitu ‘teknologi meyakinkan’ di
mana teknologi ini digunakan untuk melakukan sesuatu dan
bagaimana cara cara menggunakan teknologi sebegitu untuk
kebaikan manusia.

20

Penghargaan

Syukur ke hadrat ilahi akhirnya projek topik konsep hubungan
teknologi dan manusia kami telah berada di penghujung.
Setelah beberapa minggu kami bertungkus lumus menyiapkan
projek ini.

Setinggi-tingi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada
Puan Fatin Faqeriah, pensyarah kursus Penghayatan Etika dan
Peradaban yang telah banyak membantu kami memberikan
maklumat berkaitan dengan tajuk ini. Penghargaan dan terima
kasih juga kami ucapkan kepada ibu bapa dan rakan-rakan
seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan bantuan
bagi melengkapkan tugasan projek ini.

Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah
membantu kami sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi
menyiapkan tugasan projek ini.

21

Rujukan

RUJUKAN
Buku Penghayatan Etika dan
Peradaban
Munirah Mustaffa (2022).
Penghayatan Etika dan Peradaban.
Melaka: Politeknik Merlimau

22

Rujukan

RUJUKAN
Laman Web:
https://youtu.be/4eyrvBFOl9U
https://anyflip.com/gghlo/vlrl/basic

23

KONSEP HUBUNGAN
MANUSIA DAN
TEKNOLOGI

E-book ini menjelaskan tentang konsep hubungan
manusia dan teknologi . E-book ini telah
menerangkan bahawa teknologi telah banyak
membantu manusia untuk berkomunikasi atau
berinteraksi antara satu sama lain tanpa mengira


had jarak dan masa. E-book ini juga telah

menerangkan kepentingan dan keburukan
teknologi dan komunikasi kepada manusia. Oleh
itu, e-book ini direka untuk menjelaskan bahawa
perkembangan teknologi telah banyak memenuhi
keperluan dan keinginan manusia dalam
kehidupan seharian.


Click to View FlipBook Version