The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shahrul Raziman Osman, 2023-08-14 23:44:21

e-Buletin LCSB Edisi 1

(Jan-Jun 2023)

e-BULETIN LCSB 2023 EDISI 1 JAN - JUN


e-BULETIN LCSB EDISI JANUARI - JUN 2023 SIDANG REDAKSI Penaung Tn. Hj. Shahrumzaki bin Hassan Penasihat En. Ahmad Shahrir bin Mazlan Ketua Pengarang Tn. Hj. Zainuddin bin Salim Pengarang En. Nordin bin Yunus En. Amir bin Bohari En. Zaiful Kamil bin Sabri Tn. Hj. Ahmad Zamri bin Abd Wahab Setiausaha/ Penyelaras En. Izwan Hairi bin Ismail En. Khairil Adzahar bin Che Ruzlan Fotografi En. Shahrul Raziman bin Osman En. Ahmad Ismat Naqiuddin bin Jamaludin ISI KANDUNGAN 02 03 04 10 11 13 15 01 SEKAPUR SIRIH PENGURUS BESAR VISI DAN MISI LAWATAN PENGURUSAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) KURSUS & LATIHAN KELESTARIAN MAJLIS IFTAR RAMADHAN 16 SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2023 17 AKTIVITI RIADAH 18 PENSIJILAN 20 QALAM


Sekapur Sirih PENGURUS BESAR Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya, kita berjaya mengeluarkan e-Buletin LKPP Corporation Sendirian Berhad (LCSB) Edisi 1 2023. Dengan adanya e-Buletin ini dapat menjadi medium bagi menyampaikan berita berkaitan aktiviti dan program yang telah dilaksana oleh Syarikat. Besar harapan saya, pihak Syarikat dapat mencapai sasaran kerja yang ditetapkan ke arah kecemerlangan berterusan. Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua warga kerja LCSB di atas komitmen yang diberikan bagi menjayakan penerbitan e-Buletin kali ini. Tuan Haji Shahrumzaki bin Hassan Pengurus Besar LKPP Corporation Sendirian Berhad Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera 02


VISI DAN MISI VISI Menjadi peneraju utama dalam pembangunan sektor pertanian: Pengurusan Ladang Industri Huluan & Hiliran Pelancongan Tani Pemprosesan Akuakultur Menjadi warga korporat yang terulung dan bertanggungjawab di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya dalam bidang pertanian. Mengembangkan perniagaan sedia ada dan meneroka bidang baru yang berasaskan pertanian termasuk bioteknologi, e-pertanian dan akuakultur. Meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi perladangan dengan memaksimumkan hasil dan keuntungan pada kos yang minimum. Menguatkan kebolehupayaan pengurusan dan guna tenaga Syarikat. MISI 03


Ladang Bukit Bedung 15 Jun 2023 LAWATAN PENGURUSAN Lawatan Pengurusan Kanan Syarikat ke Pusat Pengurusan ladang, kilang sawit & anak syarikat dilaksanakan secara berkala sebagai pemantauan terhadap kemajuan prestasi, perancangan kerja, penghasilan, perbelanjaan dan membincangkan perkara berbangkit bagi menyelesaikan perkara tersebut. LAWATAN KE PUSAT PENGURUSAN Makmur Dairy Sdn. Bhd. 4 Januari 2023 Ladang Sri Gelam 10 Januari 2023 Ladang Sri Telang 17 Januari 2023 04


Ladang Ulu Lepar 31 Januari 2023 Ladang Penor Lagenda 11 April 2023 Ladang Penor Idaman 19 Januari 2023 Ladang Sri Keruing 17 April 2023 Ladang Penor Perdana 7 Jun 2023 Ladang Penor Makmur 23 Mei 2023 05


Lawatan ke ladang ternakan integrasi telah diadakan pada 1hb. Februari 2023, bertujuan memantau operasi dan pengurusan tanaman kelapa, longan dan ternakan kambing serta membincangkan perkara berbangkit dan penyelesaiannya. 06 LAWATAN KE LADANG TERNAKAN INTEGRASI DI LADANG PENOR IDAMAN LAWATAN KE JEPUN & KOREA Lawatan Pengurusan Kanan Syarikat ke IHI Corporation di Tokyo, Jepun pada 7-14hb. Februari 2023 diadakan bertujuan meningkatkan pengetahuan dalam industri berat komprehensif dan pengurusan Bioenergi ke arah keupayaan menggabungkan kejuruteraan pelbagai.


LAWATAN KE PUSAT PENGELUARAN BIJI BENIH FGV AGRI SERVICES SDN. BHD. Lawatan Pengurusan Kanan Syarikat ke Pusat Pengeluaran Biji Benih FGV Agri Services pada 28hb.Februari 2023, bertujuan meningkatkan pemahaman tentang proses penyediaan biji benih dan pengurusan tapak semaian kelapa sawit serta bekalan biji benih dapat dibekalkan oleh pihak FGV kepada Syarikat mengikut keperluan. 07 LAWATAN KE PROJEK TERNAKAN UDANG FDIGS MAKMUR SDN. BHD. Lawatan ke Projek Ternakan Udang FDIGS Makmur Sdn. Bhd. oleh Pengurusan Kanan dan Eksekutif Syarikat telah diadakan pada 21hb. Mac 2023 bertujuan meningkatkan pengetahuan tentang pengurusan ternakan udang, proses penyediaan kolam, kualiti air dan pemakanan.


LAWATAN KE AAR PALOH STATION Lawatan ke AAR Paloh Station oleh Pengurusan Kanan Syarikat telah diadakan pada 9hb. Mei 2023, bertujuan meningkatkan pengetahuan tentang proses penyediaan biji benih dan penghasilan klon AAR serta program pembajaan yang efisien. 08 LAWATAN PROGRAM MITIGASI BANJIR Lawatan melibatkan Pengurusan Kanan Syarikat bersama Pengurusan Kanan Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang telah diadakan pada 16hb. Mei 2023, bertujuan membentangkan pengurusan pelan mitigasi banjir dan memantau pelaksanaan program mitigasi banjir di ladang-ladang yang terlibat.


PROSES PENGAMBILAN TENAGA KERJA BANGLADESH DI DHAKA, BANGLADESH Proses temuduga dan pengambilan tenaga kerja asing telah dihadiri oleh Pengurus Besar bersama Pengurus Bhgn. Pentadbiran & Sumber Manusia serta Pengurus Bhgn. Operasi & Pengurusan Perladangan pada 3-5hb. Jun 2023, bertujuan memilih pekerja yang terbaik berdasarkan prosedur Syarikat dan memenuhi kuota pekerja yang telah diluluskan. 09


TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) PENYERAHAN SUMBANGAN Penyerahan Sumbangan Aidilfitri kepada anak-anak anggota perkhidmatan Syarikat bersempena Majlis Aidilfitri oleh Pengurusan Kanan Syarikat. Penyerahan Sumbangan Zakat kepada golongan asnaf oleh Pengurusan Kanan Syarikat bertujuan meringankan beban golongan yang memerlukan. 10


KURSUS & LATIHAN PEMBENTANGAN PRESTASI & ANUGERAH LADANG KURSUS, PROGRAM & LATIHAN Pembentangan prestasi dan anugerah ladang telah diadakan pada 11hb. Mei 2023 di Hotel Zenith, Kuantan bertujuan memberi pengiktirafan kepada ladang yang telah menunjukkan prestasi yang baik berdasarkan kriteria ditetapkan untuk tahun 2022. 11 LATIHAN DRONE Latihan penggunaan drone untuk Bahagian Audit Dalam telah diadakan pada 8hb. Jun 2023 bertempat di Ladang Lepar Besar. Latihan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran pengendalian drone untuk kerja-kerja pengauditan.


KURSUS & LATIHAN MAJLIS PENYERAHAN BORANG PERMOHONAN TUKAR SYARAT NYATA TANAH Majlis berkenaan telah diadakan pada 21hb. Jun 2023 bertempat di Dewan Jubli Perak, Sultan Ahmad Shah, Maran. Program melibatkan peserta daripada RTK Maran dan Bukit Kuin bersama Tuan Penolong Pegawai Daerah. Program diadakan bertujuan untuk penyerahan Borang Permohonan Tukar Syarat Nyata Tanah kepada peserta bagi memenuhi keperluan Pensijilan MSPO. 12 BENGKEL IPAMIS & PENYEDIAAN BAJET 2024 Bengkel IPAMIS & Penyediaan Bajet 2024 anjuran Bhgn. Teknologi Maklumat & Automasi dengan kerjasama Bhgn. Operasi & Pengurusan Perladangan (OPP) telah diadakan pada 25 - 27hb. Jun 2023 di Geo Resort & Hotel, Genting Highlands. Bengkel dihadiri oleh Penolong Pengurus dan Kerani Akaun, bertujuan meningkatkan kemahiran penggunaan Sistem IPAMIS untuk penyediaan bajet di setiap pusat pengurusan ladang. Bhgn. OPP telah membentangkan isu-isu berkenaan operasi perladangan dan kaedah penambahbaikan.


KELESTARIAN MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH INTEGRITI, GOVERNANS DAN ANTIRASUAH (AIGA) 2022 LATIHAN INTENSIF PENGURUSAN RISIKO & PENGENALAN PENGURUSAN KESINAMBUNGAN PERNIAGAAN (PKP) Majlis Penyampaian AIGA 2022 telah diadakan pada 18hb. Januari 2023 di Auditorium Institut Integriti Malaysia (IIM). LKPP Corporation Sendirian Berhad telah berjaya merangkul pingat Perak di peringkat Kebangsaan. Anugerah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IIM iaitu Datuk Wan Suraya Wan Mohd. Radzi. Latihan Intensif Pengurusan Risiko & Pengenalan PKP telah dijalankan pada 15-16hb. Februari 2023 di Agro Resort Semuji melibatkan seramai 47 orang peserta bagi memantapkan pelaksanaan pengurusan risiko di dalam Syarikat dan Anak Syarikat, di samping memberi kesedaran berkenaan Pelan Kesinambungan Perniagaan serta proses penilaian risiko. 13


AUDIT PENILAIAN AIGA 2023 Audit Penilaian AIGA kali ketiga bersama pihak Pengurusan Kanan Syarikat telah dijalankan oleh pihak Institut Integriti Malaysia pada 12hb. Jun 2023. Anugerah ini bertujuan untuk memantapkan pembudayaan dan pengamalan integriti, tadbir urus terbaik serta inisiatif antirasuah dalam Syarikat. PENGAUDITAN MSPO Audit Surveillance MSPO telah selesai dijalankan kepada ladang sampel dan kilang sawit pada 12hb. Mei 2023, bertujuan mengekalkan Pensijilan MSPO Syarikat dan menunjukkan komitmen Syarikat terhadap kemampanan serta kelestarian alam sekitar. PENGAUDITAN ISO 45001:2015 OHS Audit Surveillance KKP telah selesai dijalankan terhadap ladang sampel dan kilang sawit pada 30hb. Mei 2023, bertujuan mengekalkan Pensijilan ISO 45001:2018 KKP Syarikat dan menyediakan standard dalam pengurusan kesihatan dan keselamatan anggota perkhidmatan di dalam Syarikat. Program OHS Coordinator telah dijalankan pada 14- 15hb. Mac 2023 di Hotel Zenith, Kuantan melibatkan seramai 31 orang peserta, bertujuan memberi latihan berkenaan KKP selaras dengan Akta KKP 1994 yang mewajibkan OHS Coordinator yang dilantik terlatih dan kompeten. PROGRAM OHS-COORDINATOR 14


MAJLIS IFTAR RAMADHAN Majlis Iftar Ramadhan yang dihadiri oleh Pengurusan Kanan Syarikat telah diadakan di Kompleks Pengurusan Ladang sebagai acara tahunan Syarikat Majlis ini bertujuan mengeratkan silaturahim dan menghayati keberkatan bulan Ramadhan. Majlis turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak kakitangan Syarikat. 15


SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2023 Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 telah diadakan pada 18hb. Mei 2023 di Agro Resort Semuji. Majlis dihadiri oleh Y.A.B Menteri Besar Pahang selaku Pengerusi Syarikat bersama Ahli Lembaga Pengarah LCSB. Sambutan Hari Raya Aidilfitri juga telah diadakan di peringkat ladang iaitu di Ladang Sri Telang, Kuala Lipis pada 13hb. Mei 2023. Majlis diadakan bertujuan mengeratkan hubungan di antara warga kerja LCSB di samping memberi ruang untuk berkongsi kegembiraan suasana hari raya bersama-sama. 16


AKTIVITI RIADAH VIRTUAL RUN & WALK 2023 Program Virtual Run & Walk 2023 telah diadakan pada 6hb. Mac 2023 di D'Banquet, Kuantan melibatkan semua pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat, bertujuan memupuk gaya hidup sihat disamping mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kerja. SUKAN & REKREASI Aktiviti sukan dan rekreasi peringkat Syarikat telah dijalankan secara bulanan bertujuan memupuk budaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan antara warga kerja. 17


PENSIJILAN Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) telah mula diperolehi di Syarikat sejak 15hb. Mei 2019. Pensijilan Rantaian Bekalan Minyak Sawit Mampan (MSPO SCCS) telah mula di perolehi di Kilang Sawit Syarikat sejak 6hb. Januari 2020. CERTIFIED TO ISO 37001:2016 ABMS-TCI-003-2021-002 Pensijilan ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) telah mula diperolehi di Syarikat sejak 16hb. November 2021. Pensijilan ISO 45001:2018 Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (KKP) telah mula diperolehi di Syarikat sejak 9hb. Jun 2022. ISO 45001:2018 Pensijilan ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) telah mula diperolehi di Kilang Sawit Dominion Square Sdn. Bhd. (DSSB) sejak 06hb. Januari 2017. ISO 9001:2015 Pensijilan ISO 17025:2017 Sistem Pengurusan Kualiti Makmal (LQMS) telah dibuat permohonan oleh Makmal Analisis Syarikat sejak 10hb. Februari 2023. 18


Pensijilan Halal telah mula diperolehi di Makmur Dairy Sdn. Bhd. sejak 12hb. Julai 2018. Pensijilan Halal telah mula diperolehi di Makmur Akuakultur Sdn. Bhd. sejak 1hb. Mei 2019. Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) telah mula diperolehi di Makmur Dairy Sdn. Bhd. sejak 12hb. Mac 2014. Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) telah mula diperolehi di Makmur Akuakultur Sdn. Bhd. sejak 31hb. Julai 2019. Pensijilan Code of Good Nursery Practice for Oil Palm Nurseries (CoPN) telah mula diperolehi bagi tapak semaian kelapa sawit Syarikat sejak 17hb. Mac 2022 Penganugerahan AIGA pertama kali diperolehi di peringkat Negeri Pahang pada 26hb. Oktober 2021 dengan pingat Perak. Penganugerahan AIGA seterusnya diperolehi di peringkat Kebangsaan pada 19hb. Januari 2023 dengan pingat Perak. 19


Aku meminta kekuatan dan Allah memberikanku kesulitan untuk membuatku semakin kuat. Aku meminta kebijaksanaan dan Allah memberikanku permasalahan untuk ku selesaikan. Aku meminta kemakmuran dan Allah memberiku kecekapan dan tenaga untuk bekerja. Aku meminta keberanian dan Allah memberikanku rintangan untuk ku atasi. Aku meminta cinta dan Allah memberikanku orangorang yang dalam masalah untuk ku tolong. Aku meminta kemurahan hati dan Allah memberikanku kesempatan. Aku tidak selalu mendapatkan apa yang aku inginkan, tetapi aku selalu mendapatkan apa yang aku butuhkan. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Qalam Nukilan Sultan Salahuddin Al Ayyubi 20


Alamat No. 45/4 Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Telefon +609-5165180/ +609-5163019 Laman Web www.lcsb.com.my Saluran Aduan Whistleblowing Saluran Aduan Awam Facebook LKPP Corporation Sendirian Berhad JAUHI RASUAH JAUHI JENAYAH JAUHI SALAH LAKU "ISTIQAMAH MENCIPTA KECEMERLANGAN" #IstiqamahIntegritiKecemerlangan #SafetyisOurValue


Click to View FlipBook Version