KEMAHIRAN
BELAJAR
KEMAHIRAN
MEMBACA DAN
MEMBUAT NOTA
TUGASAN 2
GKEB1072
MOHD NAZUAN BIN ISMAIL
PPISMP BM SK 4
KANDUNGAN
1 Pengenalan kepada kemahiran 1
membaca dan membuat nota
2 Kepentingan kemahiran 2
membaca dan membuat nota
3 Justifikasi pemilihan kemahiran 3
membaca dan membuat nota
Bibliografi 12
PENGENALAN KEPADA
KEMAHIRAN MEMBACA DAN
MEMBUAT NOTA
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007),
membaca bermaksud memerhatikan isi sesuatu
yang tertulis atau bercetak dengan teliti dan
memahamkan makna kandungannya.Nota pula
ditakrifkan sebagai bahan yang berupa catatan
bertulis mengenai sesuatu tajuk atau perkara yang
telah dipelajari.
Kemahiran membaca pula merujuk kepada
keupayaan seseorang mencari dan memahami
perhubungan antara idea dalam ayat-ayat tunggal,
perenggan dan petikan yang berbeza
panjangnya.Manakala, kemahiran membuat nota
pula diertikan sebagai keupayaan seseorang
menghasilkan nota dengan cara yang tersendiri,
kreatif serta pelbagai. Umum mengetahui bahawa
kedua-dua kemahiran ini amat signifikan dan
perlu dipraktikkan oleh seseorang pelajar
khususnya mereka yang melanjutkan pengajian di
Institut Pengajian Tinggi (IPT).
1
KEPENTINGAN
KEMAHIRAN MEMBACA DAN
MEMBUAT NOTA
Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi bahawa
betapa pentingnya kemahiran membaca dan
membuat nota ini dalam kehidupan seseorang
yang masih menuntut ilmu.Kepentingan
kemahiran-kemahiran ini dapat dilihat
berdasarkan grafik yang berikut:
KEPENTINGAN KEMAHIRAN
MEMBACA & MEMBUAT NOTA
Membantu 2 Dapat
pembaca mengimbau
kembali perkara
mendapatkan isi
penting semasa yang telah
dipelajari
membaca
membantu kita
Membantu
mengh
asilkan
pembac
a dalam
sesebuah nota yang
menganalis menarik serta
maklumat
semasa membaca mudah difahami
JUSTIFIKASI PEMILIHAN
KEMAHIRAN MEMBACA DAN
MEMBUAT NOTA
Berdasarkan kepentingan-kepentingan yang telah
dinyatakan, terdapat beberapa justifikasi mengapa
saya memilih kemahiran membaca dan membuat
nota.Berhubung dengan kepentingan pertama,
kemahiran membaca dapat membantu pembaca
mendapatkan isi penting apabila pembaca
menggunakan teknik membaca secara cepat.Teknik
membaca ini bertujuan untuk mendapatkan
maklumat yang penting dan menyeluruh
berdasarkan teks atau bahan yang dibaca.Teknik
membaca secara cepat terbahagi kepada dua
komponen seperti yang terdapat dalam grafik yang
berikut :
TEKNIK BACAAN
SECARA CEPAT
SKIMMING SCANNING
Kemahiran membaca 3 Kemahiran membaca
untuk mendapatkan untuk mendapatkan
maklumat ringkas secara maklumat yang lebih
pantas berkenaan sesuatu mendalam daripada
bahan atau maklumat
Skimming
Selain itu, kemahiran membaca dikatakan
membantu pembaca dalam menganilis maklumat
semasa membaca apabila kita mempraktikkan
teknik membaca secara perlahan.Teknik ini
bertujuan untuk memberi masa kepada pembaca
untuk menganalisis serta memahami dengan lebih
mendalam terhadap bahan bacaan yang dibaca.Hal
ini juga membuatkan pembaca dapat menilai bahan
bacaan tersebut.Teknik ini terdiri daripada dua
komponen signifikan berdasarkan grafik yang
berikut:
TEKNIK BACAAN
SECARA PERLAHAN
SQ3R KWLH
S- Survey K - Know
Q- Question W- What
R- Read L - Learned
R- Recite H - How
R- Review
4
Di samping itu, daripada kepentingan membuat
nota pula, kita dapat mengimbau kembali perkara
yang telah dipelajari disebabkan kepelbagaian
dalam kaedah pengambilan nota.Perkara ini sama
seperti pendapat Turkel,J.,K & Peterson, F., (1982)
yang menyatakan, kemahiran membuat nota
membantu pelajar memberi tumpuan dan
mengingat apa yang disampaikan oleh
pensyarah.Hal ini kerana kemahiran yang pelbagai
dalam membuat nota berupaya menguatkan daya
ingatan seseorang terhadap fakta-fakta atau isi-isi
signifikan mengenai sesebuah matapelajaran.
Selanjutnya, kemahiran membuat nota juga
dikatakan membantu kita menghasilkan sesebuah
nota yang menarik serta mudah difahami kerana
kemahiran ini mempuyai pelbagai kaedah yang
menarik dan efektif. Hal ini sama seperti
pandangan Buzan (2003) yang mengatakan
manusia akan mudah mengingati sesuatu yang
menarik untuk dipandang dan mudah mengingati
tulisan atau grafik ringkas yang mengandungi
maklumat yang mudah disimpan dalam minda.
5
Kaedah-kaedah yang dimaksudkan terdiri daripada
lima kaedah seperti dalam gambar rajah yang
berikut:
Rajah 1 menunjukkan kaedah cornell dalam
membuat nota
6
Rajah 2 menunjukkan kaedah rangka dalam
membuat nota
7
Rajah 3 menunjukkan kaedah pemetaan dalam
membuat nota
8
Rajah 4 & 5 menunjukkan kaedah carta dalam
membuat nota
9
Rajah 6 menunjukkan kaedah ayat dalam
membuat nota
10
Berdasarkan kaedah-kaedah tersebut, nota yang
dihasilkan bukan sahaja kelihatan menarik, malah
berkesan untuk digunakan sebagai bahan ulangkaji
dan sebagainya.Kesemua kaedah membuat nota ini
pastinya mendatangkan impak yang positif dan
mendatangkan perubahan terhadap proses
pembelajaran seseorang pelajar.
Secara umumnya, kemahiran membaca dan
kemahiran membuat nota dikira begitu penting
dalam kehidupan seorang pelajar.Kedua-dua
kemahiran ini merupakan kombinasi yang akan
mempengaruhi kecemerlangan seseorang pelajar
dalam bidang akademik.Justeru, seseorang pelajar
hendaklah mahir dalam kedua-dua kemahiran ini
agar manfaatnya dapat dirasai.
11
Bibliografi
Butte College. (Disember 2019). Skimming and
Skanning. SearchGate.
http://www.butte.edu/department/cas/tip
sheets/readingstrategies/skimming/scann
ing.html
Roslinah Edinin Ph.D. (2015). Kemahiran
Belajar. Pelangi Professional Publishing
Sdn. Bhd.
Tony Buzan. (2003). Mind maps for kids : An
introduction. Harpercollins Publisher.
Turkel .J., K & Peterson, F. (1982).Note - taking
made easy. Chicago : Contemporary Books
Wong Kiet Wah, Norlia Mat Esa, Tan Ai Lee
& Ridza Ahmad Nizam Abd.Raof. (2019)
. Kemahiran Belajar. Oxford Fajar.
Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur
.Dewan Bahasa dan Pustaka.
12