The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK BUKU MAYA SPEKTRA, 2024-05-20 03:42:01

BUKU CERITA KANAK KANAK

BUKU CERITA KANAK KANAK

JANGAN TINGGALKAN AIMAN, IBU! RAIHAN ERNA BELLA HANIS SYAHIRAH


Di sebuah kampung, terdapat seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Aiman. Aiman tinggal bersama ibunya. 1


Aiman merupakan seorang kanak-kanak yang sangat nakal dan sering tidak mendengar kata-kata ibunya. Ibunya sangat penat dengan sikap Aiman. Setiap hari, ada sahaja perkara yang dilakukan Aiman sehingga ibunya marah. 2


“Aiman, mari makan, ibu sudah sediakan makanan kegemaran Aiman, ” kata ibu kepada Aiman. Aiman tidak peduli dengan panggilan ibunya. “Aiman! mari makan. Ibusudah masak ni, nanti makanan Aiman ini sejuk.” Sekali lagi ibu memanggil Aiman. “Ibu, sabarlah! Bising betul!” jerit Aiman kepada ibunya. Ibu Aiman hanya mampu bersabar dengan perangainya. 3


Pada keesokan hari, Aiman sedang seronok menonton televisyen di ruang tamu rumahnya. Ibu di dapur, memanggilnya untuk meminta tolong. Aiman tidak mengendahkan panggilan ibunya itu. Ibunya memanggil sekali lagi, "Aiman..." 4


“Ibu, Aiman sedang menonton televisyen ni! Janganlah ganggu Aiman, ” jawab Aiman dengan kasar. Aiman tidak sedar katakatanya itu mengguris hati ibunya. 5


Pada waktu petang, ketika Aiman pulang dari keluar bermain, Aiman melihat ibunya terbaring di atas sofa. Aiman pelik kerana ibunya tidak menyahut apabila dipanggil olehnya. Aiman memanggil ibunya beberapa kali tetapi ibunya tidak menyahut panggilan. Aiman segera pergi melihat ibunya yang sedang terbaring di sofa. 6


“Ibu! Ibu kenapa? maafkan Aiman ibu! Ibu jangan mati lagi. Ibu, maafkan Aiman!” jerit Aiman sambil menangis di hadapan ibunya. “Aiman janji tidak akan marah ibu lagi. Aiman janji akan jadi anak yang baik. Ibu janganlah tinggalkan Aiman!” sambung Aiman lagi sambil menangis teresak-esak. 7


Ibu Aiman terus membuka mata dan terkejut melihat Aiman menangis di sisinya. “Kenapa kamu menangis Aiman? Sudah lamakah ibu tertidur di sofa ini?” Aimanlalu terkejut. “Ibu tertidur?” tanya Aiman kepada ibunya. “Iya, ibu tertidur selepas selesai mengemas tetapi ibu mendengar sahaja kamu meminta maaf sebentar tadi, ” senyum ibu kepada Aiman. 8


Rupanya ibu Aiman terdengar Aiman meminta maaf sebentar tadi. “Betul kamu mahu menjadi anak yang baik? Kamu sudah berjanji kan?” tanya ibu. Dalam keadaan malu, lalu Aiman menjawab “Be..be..betul ibu.Aiman janji.” Ibu lantas memeluk Aiman dengan erat. Aiman membalas pelukan ibunya bersama air mata yang mengalir di pipi. 9


Sejak hari itu, Aiman berusaha untuk menjadi anak yang baik dan tidak menyakiti hati ibunya.10


11 PENGAJARAN Kita perlulah sentiasa menjaga adab dalam percakapan dan tingkah laku lebih lebih lagi dengan ibu bapa dan orang yanglebih tua.


Tajuk : Nilai Hemah Tinggi Ada satu nilai murni, murni! Namanya hemah tinggi, tinggi! Kalaulah adik sudi, Marilah kita pelajari.... Budi pekerti mulia, mulia! Jujur dan sopan santun, sopan! Antara hemah tinggi, Yang boleh kita amalkan.... Di antara hemah tinggi Baik hati dan menghormati Perlu tolong menolong ucap terima kasih Jujur dan Kerjasama. MELODI: LOMPAT SI KATAK LOMPAT 12


Click to View FlipBook Version