SK BAYAN BARU PULAU PINANG Mesyuarat Agung Dirasmikan oleh: PUAN NAZZATUL ASHIMA BINTI ABDUL RAHMAN Guru Besar SK Bayan Baru PIBG2024/2025 KE-30
BIL. PERKARA MUKA SURAT 1 ATUR CARA MAJLIS 1 2 AGENDA MESYUARAT 1 3 CARTA ORGANISASI AJK PIBG SESI 2023/2024 2 4 JAWATANKUASA PROGRAM 3 - 4 5 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-29 SESI 2023/2024 5 - 17 6 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN MEI 2023 SEHINGGA APRIL 2024 18 - 19 7 JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 20 8 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 2023/2024 21 - 22 9 PENGHARGAAN 23
1) Ucapan Yang Dipertua PIBG (En. Erwan Zammi bin Elias 2) Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyurat Agung Tahunan Kali ke-29 Sesi 2023/2024 3) Pembentangan dan pengesahan laporan aktiviti tahunan 2023/2024 4) Pembentangan dan pengesahan penyata kewangan berakhir 30 April 2024 5) Pembentangan dan perbahasan usul cadangan bertulis 6) Pembubaran AJK PIBG Sesi 2023/2024 dan pelantikan AJK PIBG Sesi 2024/2025 7) Pemilihan Juru Audit Dalaman 8) Hal-hal lain 9) Ucapan penangguhan 8.00 pagi • Pendaftaran 8.30 - 9.30 pagi • Bacaan Doa • Ucapan Yang Dipertua PIBG Sesi 2023/2024 (En. Erwan Zammi bin Elias) • Ucapan Penasihat PIBG dan Perasmian (Pn. Nazzatul Ashima binti Abdul Rahman, Guru Besar SK Bayan Baru) • Penyampaian Sijil kepada AJK PIBG Sesi 2023/2024 9.30 pagi – 12.00 tengah hari • Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-30 Sesi 2024/2025 bermula 12.00 tengah hari • Bersurai AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SK BAYAN BARU KALI KE-30 SESI 2024/2025 1
PENASIHAT NAZZATUL ASHIMA BINTI ABDUL RAHMAN YANG DIPERTUA PIBG ERWAN ZAMMI BIN ELIAS NAIB YANG DIPERTUA PIBG ENCIK SUHEILFAZRI BIN SUHAIMI SETIAUSAHA RAZLINDA BINTI AZALLI@GHAZALI BENDAHARI NOR NAJIHAH BINTI ABDULLAH SETIAUSAHA PIBKS • SHALANI A/P VALUSAMY • NORAZLINA BINTI MHD NOOR BIRO MEDIA SOSIAL • MAJLINI BINTI FUMAN • SA’ADIATUL MAHFUZAH BT ABUHASSAN BIRO 4K • NORIAN BINTI MOHAMMAD @ BASIRON • HUSNA AFIFAH BINTI HASSAN BIRO KEBAJIKAN • AHMAD HAZMYRBIN AHMAD TERMIZI • AHMAD KHOMEINI BIN BASARUDIN BIRO DANA • MUHAMMAD SYABIL BIN SHAMSUDDIN • ALIZA BINTI CHE ROS 2
AHLI JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG SK BAYAN BARU KALI KE-30 SESI 2024/2025 Tarikh : 11 Mei 2024 Hari : Sabtu Masa : 8.00 pagi JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : Pn. Nazzatul Ashima Bt Abd Rahman (Guru Besar SK Bayan Baru) Naib Pengerusi 1 : Cik Khadijah Bt Mohd. Nopiah (PK Pentadbiran) Naib Pengerusi 2 : En. Marirwan Shah Bin Abd. Wahab (PK Hal Ehwal Murid) Naib Pengerusi 3 : Pn. Nur-ul Akmal Bt Salim (PK KoKurikulum) Naib Pengerusi 4 : Pn. Nor Atikah Bt Abdul Wahid (PK Petang) Naib Pengerusi 5 : Pn. Norhnita Bt Zainal Abidin (PK Pend. Khas) Setiausaha : Cik Razlinda Binti Azalli @ Ghazali Bendahari : Pn. Nor Najihah Bt Abdullah JAWATANKUASA KERJA JAWATANKUASA JEMPUTAN • Cik Razlinda Binti Azalli @ Ghazali (K) • Pn. Nor Najihah Bt Abdullah JAWATANKUASA PENDAFTARAN IBUBAPA/ GURU / STAF • Pn. Umi Kalsom Bt Zakaria (K) • Pn. Hartini Bt Abd Hadi @ Paulus • Pn. Lim Kwei Ting • Pn. Nor Azlina Bt Mhd Noor JAWATANKUASA SIARAYA • Cik Nor’Aida bt Yusop (K) • Cik Nur Hattikah Bt Azmi • En. Muhammad Syabil Bin Shamsuddin • En. Muhamad Aiman Bin Ar Azmi JAWATANKUASA PENYAMBUT TETAMU • Pn Nazzatul Ashima Bt Abd Rahman (K) • Cik Khadijah Bt Mohd Nopiah • En. Marirwan Shah Bin Abd. Wahab • Pn. Nur-ul Akmal Bt Saalimi • Pn. Nor Atikah Bt Abdul Wahid • Pn. Norhnita Bt Zainal Abidin • En. Erwan Zammi Bin Elias • En. Suheilfazri Bin Suhaimi JAWATANKUASA JURUACARA MAJLIS • En. Ahmad Hazmyr Bin Ahmad Tarmizi (K) JAWATANKUASA BACAAN DOA • En. Muhamad Amirudin Bin Abd Hamid (K) 3
JAWATANKUASA KERJA JAWATANKUASA PERSIAPAN DEWAN • En. Ooi Yong Leik (K) • En. Mohd Firdaus Bin Ibrahim • En. Mohd Azrul Bin Che Azman • En. Ahmad Tarmizi Bin Awg Lah • En. Muhammad Zahin Safwan Bin Subri • En. Razman Bin Abdul rashid • En. Anas Sabri Bin Ghazali • En. Huzaifah Bin Omar • En. Jayammohan A/L Balachandaram • En. Azhar Bin Haji Zakaria • En.Mohd Ruzaimi Bin Bakri • En. Muhammad Aizuddin Bin Abdul Hamid • En. Ahmadkhomeini Bin Basarudin JAWATANKUASA PENTAS/BACKDROP • Pn. Faizah Binti Abu Bakar (K) • Pn. Siti Maimunah Bt Hj. Nordin • Pn. Nur Fazlin Bt Mohd Rashid • Pn. Jessita Mary A/P Francis • Pn. Nasriyah Bt Abd Kadir • Pn. Nor Fadzlina Bt Naina Mohamad • Pn. Siti Syahra Bt Othman • Pn. Zatil Amani Bt Yahaya • En. Faizan Azwan Bin Azizan • En. Fazmin Bin Haizad • Pn. Sa’adiatul Mahfuzah Bt Abu Hassan JAWATANKUASA JAMUAN • Pn. Zuraini Bt Che Mohamood (K) • Pn. Nor Bakyah Bt Wahab • Pn. Fatimah Bt Ishak • Pn. Chan Ooi Keng • Pn. Aisha Bee Bt Abdul Mutalib • Pn. Husna Afifah Bt Hassan JAWATANKUASA PENGIRAAN UNDI DAN PENCATAT PAPAN PUTIH • Pn. Semala A/P Komravaloo (K) • Pn. Riza Juliana Bt Abdul Rahman • Pn. Normiza Bt Hindong • Pn. Sakunthala A/P Mutuviren • Pn. Wan Soon Hui • Pn.Vijayalakshmi A/P Thinagaran JAWATANKUASA BUKU PROGRAM • Pn. Nur Adawiyah Bt Muhamad Ajos (K) • Pn. Noryazira Bt Yaakob JAWATANKUASA SIJIL • Pn. Nur Inani Bt Ibnu Hajar (K) • Pn. Sohazlina Bt Muhamed Shafii • Pn. Saadiah Bt Mukhtar • Pn. Aliza Bt Che Ros JAWATANKUASA BROSUR • Pn. Majlini bt Fuman (K) • Pn. Noraini Bt Ahmad JAWATANKUASA DOKUMENTASI • Pn. Atika Shakira Bt Azhar (K) • Pn. Annujah A/P Mohan • Pn. Hafizah bt Mohd Bokri • Pn. Juhaiza Bt Jaffar • Pn. Faezah Bt Mustafa JAWATANKUASA BAHAN DIGITAL • Cik Nur Hattikah Bt Azmi (K) JAWATANKUASA PENCATAT MINIT • Pn. Nur Ain Hazwani Bt Abdu Rahman (K) • Pn.Rusliza Bt Ismail • Pn. Siti Rohani Bt Abdullah • Pn Azrin Syahrina Bt Haji Mohammad Ariffin • Pn Norasikin Bt Jais • Pn. Norian Bt Mohammad @ Basiron • Pn. Sharmila Bt Abdul Majid • Pn. Azlita Bt Mohd Abu Samah JAWATANKUASA SLIDE PERSEMBAHAN • Cik Nur’ Amirah Ilyana Bt Alias (K) • Pn. Mardiana Bt Zainol • Pn. Shalani A/P Valusamy • Pn. Siti Salihah Bt Masran JAWATANKUASA JURUGAMBAR • En. Muhammad Hafiz Bin Harun (K) • Pn. Sa’adah Bt Ahmad 4
5
SEK. KEB. BAYAN BARU BAYAN BARU 11950 BAYAN LEPAS,PULAU PINANG Te l: 04-6422996 Fax: 04-6422997 e-mail: [email protected] ______________________________________________________________________________ EVERYONE IS AN ACHIEVER - PEVIA MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-29 Tarikh : 27 Mei 2023 Hari : Sabtu Masa : 8.00 pagi Tempat : Dewan PEVIA Sekolah Kebangsaan Bayan Baru Kehadiran : Ibu bapa : 77 orang Guru : 70 orang Jumlah : 147 orang Agenda : 1. Ucapan Yang Dipertua PIBG Encik Erwan Zammi Bin Elias 1.1 Sebelum memulakan majlis Encik Erwan Zammi bin Elias meminta semua hadirin yang beragama Islam untuk membaca surah al-Fatihah kepada arwah Encik Ahmad Saiboo yang merupakan salah seorang ahli PIBG yang sangat komited memberi sokongan kepada pihak sekolah. 1.2 Encik Erwan Zammi bin Elias mengalu-alukan kehadiran Puan Nazzatul Ashima binti Abdul Rahman (Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bayan Baru), barisan Penolong Kanan, AJK PIBG, para guru, ibu bapa dan waris murid Sekolah Kebangsaan Bayan Baru ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-29. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli PIBG kerana dapat menghadirkan diri. 1.3 Beliau menekankan bahawa ibu bapa dan para waris perlu senantiasa memberikan komitmen dan sokongan yang padu kepada pihak sekolah supaya dapat meningkatkan lagi kecemerlangan murid. 1.4 Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada puan guru besar, pihak pentadbir, para guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Bayan Baru kerana telah banyak melakarkan kejayaan demi kejayaan dalam pelbagai bidang sama ada daripada peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa. 6
1.5 Beliau juga turut mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru Sekolah Kebangsaan Bayan Baru. Guru-guru Sekolah Kebangsaan Bayan Baru telah berjaya melahirkan murid-murid yang bukan hanya cemerlang dalam bidang akademik bahkan juga cemerlang sahsiahnya. 1.6 Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan para waris yang telah memberi sumbangan kepada PIBG malah ada yang menyumbang lebih daripada kadar yang ditetapkan. Sumbangan PIBG pada sesi 2022/2023 hanya mencapai 70 peratus sahaja. Beliau menyeru ibu bapa dan para waris untuk memberikan sumbangan kepada PIBG kerana sumbangan inilah yang akan digunakan untuk membiayai sebarang aktiviti dan program yang dirancang oleh pihak sekolah. 1.7 Tegas beliau lagi, kutipan Program Bacathon sebanyak RM 25 170.20 akan dimasukkan ke dalam dana PIBG dan akan digunakan untuk menjayakan program-program dan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. 1.8 Akhir sekali, beliau sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, para waris, pihak pentadbir, guru-guru dan AJK PIBG yang telah banyak memberikan sumbangan tenaga dan kewangan untuk menjayakan programprogram dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak sekolah demi kejayaan dan kecemerlangan anak-anak tercinta. 2.0 Ucapan Guru Besar Puan Nazzatul Ashima Binti Abdul Rahman / Perasmi 2.1 Puan Nazzatul Ashima binti Abdul Rahman mengalu-alukan kehadiran Encik Erwan Zammi bin Elias (Yang Dipertua PIBG SK Bayan Baru), barisan Penolong Kanan, AJK PIBG sesi 2022/2023, guru-guru, ibu bapa serta waris yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SK Bayan Baru kali ke-29. 2.2 Puan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada pihak PIBG kerana sudi mengeluarkan sumbangan untuk hiasan kelas dan tempat berswafoto. 2.3 Puan Guru Besar mewakili pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak waris yang banyak memberi komitmen dan sumbangan kepada pihak sekolah dalam membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah. Selain sumbangan kewangan, pihak sekolah juga amat mengalualukan sumbangan daripada segi tenaga, khidmat nasihat dan teguran yang membina untuk meningkatkan lagi kecemerlangan murid dan sekolah. 7
2.4 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak ibu bapa dan waris yang komited mendorong serta menjadi pembakar semangat kepada anakanak untuk menyertai setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah sama ada daripada peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan. Dengan bantuan ibu bapa dan waris, banyak kejayaan yang telah berjaya dilakar oleh murid-murid dan sekolah. Kutipan sumbangan PIBG tahun lepas hanyalah sebanyak 70 peratus sahaja. Setiap penyertaan pertandingan memerlukan kos jadi, amatlah diharapkan agar ibu bapa dan waris dapat memberi sumbangan kepada dana PIBG bagi membantu meningkatkan kecemerlangan murid dan sekolah. 2.5 Antara kejayaan-kejayaan yang telah dilakar oleh sekolah ialah contohnya peratus murid-murid yang berjaya khatam al-Quran adalah sebanyak 91.2 peratus dan Sekolah Kebangsaan Bayan Baru berada pada kedudukan tempat 5 teratas pada Peringkat Negeri. Selain itu, Prasekolah Sekolah Kebangsaan Bayan Baru juga mendapat pengiktirafan Prasekolah lima bintang Peringkat Negeri serta gurunya iaitu Cikgu Azrin Syahrina binti Md. Ariffin dianugerahkan sebagai Guru Inovatif Peringkat Negeri. Pembantu Pengurusan Muridnya juga telah dianugerahkan Pengurusan Fail Cemerlang Peringkat Negeri. Selain itu Sekolah Kebangsaan Bayan Baru juga melakarkan kejayaan manis kerana mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan ‘Go Green’ Peringkat Negeri Pulau Pinang. Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Sekolah Mantan baru-baru ini ada membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Bayan Baru. Sekolah kita juga berjaya berada pada tempat sepuluh teratas dalam Pertandingan Sekolah Lestari. Sekolah kita juga merupakan sebuah sekolah yang unik yang mana kebitaraannya berasaskan Projek Based Learning (PBL). 2.6 Selain itu, Kelab Pencegah Jenayah Sekolah Kebangsaan Bayan Baru yang diketuai oleh Ustaz Azhar bin Zakaria juga berjaya mendapat kejayaan pada Peringkat Kebangsaan dan Peringkat Negeri Pulau Pinang. Salah seorang guru kita iaitu Ustaz Muhammad Hafiz bin Harun berjaya merangkul Anugerah Khas Pendidikan Pencipta Kandungan Digital Peringkat Daerah Barat Daya Tahun 2023. Murid-murid PPKI kita juga berjaya mencatat kejayaan dalam bidang Kokurikulum di Peringkat Antarabangsa. 8
2.7 Puan Guru Besar juga menegaskan bahawa ‘Projek Based Learning’ secara bertema dengan gabungan beberapa subjek akan diteruskan. Murid tahap 1 telah berjaya menyiapkan Projek PBL/KmR Bertema. 2.8 Beliau juga meminta jasa baik ibu bapa dan para waris supaya memastikan anak-anak hadir sebelum jam 7.20 pagi ke sekolah. Ibu bapa dan waris juga dinasihatkan supaya sentiasa memantau dan memeriksa beg sekolah anakanak. Beliau juga meminta ibu bapa dan para waris supaya dapat menerima sebarang teguran dan pandangan dengan tangan terbuka. 2.9 Beliau juga mengulas tentang isu waris yang meminta supaya murid-murid dilepaskan awal pada waktu balik. Beliau menegaskan bahawa murid-murid tidak boleh dilepaskan awal atas faktor keselamatan. 2.10 Beliau juga menyentuh tentang kebersihan tandas murid-murid. Tandas murid dicuci bersih 4 kali sehari oleh pekerja kebersihan sekolah. Murid sesi pagi tidak dibenarkan pulang melalui pintu pagar B kerana pada waktu yang sama murid petang masuk menggunakan pintu pagar B. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kemalangan kerana telah diperingatkan berkali-kali kepada murid-murid. 2.11 Beliau meminta ibu bapa dan waris supaya membantu anak-anak dengan membayar yuran badan beruniform seperti Pengakap Kanak-kanak, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Tunas Kedet Remaja Sekolah (TKRS), Pasukan Pandu Puteri Tunas dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Beliau juga menyarankan ibu bapa dan waris untuk membeli uniform badan beruniform kepada anak-anak supaya mereka dapat menyertai sebarang aktiviti yang dijalankan pada peringkat negeri dan mendapat pengiktirafan. Murid-murid yang tidak mempunyai uniform yang lengkap tidak dibenarkan untuk menyertai sebarang aktiviti di peringkat negeri. 2.12 Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak PIBG kerana telah membuat pendawaian di dalam dewan dan menurap jalan yang berlopak bagi memastikaan keselesaan warga sekolah. 9
2.13 Beliau menyatakan bahawa pihak sekolah terpaksa menanggung kos penghantaran murid-murid untuk menyertai sebarang pertandingan. Beliau memohon jasa baik ibu bapa dan waris untuk menghantar sendiri anak-anak untuk menyertai pertandingan atas faktor keselamatan. Sekolah perlu memberi sumbangan sebanyak RM50.00 kepada sekolah pengelola pertandingan setiap kali menyertai pertandingan. 2.14 Beliau meminta supaya AJK PIBG yang bakal dilantik dapat bekerjasama dengan pihak sekolah dan menggalas tugas dengan sebaik mungkin demi kejayaan anak-anak SK Bayan Baru. 2.15 Dengan lafaz Bismillah, beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bayan Baru kali ke-29 bagi sesi 2023/2024. 3.0 Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG yang Lalu 3.1 Cik Razlinda Binti Azalli @ Ghazali selaku Setiausaha PIBG 2022/2023 membentangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-28 bagi sesi 2022/2023 (rujuk buku program m/s 2-19 ). 3.2 Encik Muhammad Hafiz bin Harun mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke- 28 disahkan dan disokong oleh Puan Aliza binti Che Ros. 4.0 Pembentangan Penyata Kewangan 4.1 Puan Nor Najihah binti Abdullah selaku Bendahari PIBG membentangkan Laporan Penyata Kewangan bermula 1 April 2022 sehingga 1 Mei 2023 (rujuk buku program m/s 20). 4.2 Baki berakhir pada 1 Mei 2022 iaitu sebanyak RM250.20 dalam akaun tunai dan RM14,102.11 dalam akaun bank. 4.3 Encik Suheilfazri bin Suhaimi mencadangkan penyata kewangan ini diterima dan disahkan. 4.4 Puan Zurina binti Fariduddin menyokong cadangan penyata kewangan disahkan. 10
5.0 Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan 2022/2023 5.1 Pembentangan laporan aktiviti tahunan dijalankan oleh Setiausaha PIBG SK Bayan Baru iaitu Cik Razlinda binti Azalli @ Ghazali. Kesemua aktiviti dan program yang dirancang dapat dijalankan dengan baik dan lancar sekali. 5.2 Antara Program yang telah berjaya dilaksanakan : • Kejohanan Merentas Desa yang diadakan pada bulan Julai. • Program Khalifah Al-Quran yang diadakan pada bulan Julai.. • Penang World Cleanup Day yang diadakan pada bulan Ogos. • Kem Pentauliahan Pengakap Kanak-kanak yang diadakan pada bulan Ogos. • Karnival Integrasi Kebudayaan 2022 Peringkat Negeri yang diadakan pada bulan Ogos. • Program PINTAR yang diadakan pada bulan Ogos. • Program PEVIA – SEL (School Emotional Learning) Projek Penanaman Cendawan yang diadakan pada bulan Ogos. • Gotong Royong Kacau Bubur Asyura yang diadakan pada bulan Ogos. • Hari Pelaporan PBD 1 yang diadakan pada bulan September. • Program Gotong Royong Perdana yang diadakan pada bulan September • Program Jayawaris Tahun 4,5 dan 6 yang diadakan pada bulan September • Showcase PBL 1 yang diadakan pada bulan September • Ceramah Motivasi Keibubapaan yang diadakan pada bulan September • Kejohanan Olahraga kali ke -26 yang diadakan pada bulan Oktober • Hari kemuncak Ko-Kurikulum dan Hari Kanak-Kanak yang diadakan pada bulan September • Pelancaran Program Bacathon yang diadakan pada bulan Januari 2023 • Hari Apresiasi Murid PEVIA 2022/2023 yang diadakan pada bulan Februari 2023 • Mesyuarat AJK PIBG dijalankan sebanyak 3 kali secara bersemuka. 5.3 Cik Razlinda binti Azalli @ Ghazali mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua ibu bapa, guru dan AJK PIBG SKBB yang telah banyak membantu dan meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan aktiviti dan program sekolah yang telah diadakan. 5.4 Puan Nur Inani Binti Ibnu Hajar mencadangkan pembentangan ini disokong 5.5 Lantas disokong oleh Puan Busyra Binti Ibrahim. 11
6.0 Membahaskan Pandangan dan Cadangan Secara Bertulis 6.1 Antara usul dan cadangan bertulis yang diutarakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG pada kali ke-29 ini ialah BIL NAMA PENCADANG NAMA ANAK & KELAS PERTANYAAN 1. SITI NOR SURIANI BINTI ISMAIL MUHAMMAD UMAR BIN MOHD SAIFUL 1 TERATAI PERMOHONAN TAMBAH KIPAS DI SETIAP KELAS JAWAPAN : Pihak sekolah memohon pihak waris menyumbang untuk pembelian kipas di setiap kelas. Setiap kelas memerlukan 4 buah kipas dinding. Harga bagi sebuah kipas tersebut berjumlah RM600.00. Bermakna setiap kelas memerlukan perbelanjaan RM2400.00 bagi 4 buah kipas. 2.PERMOHONAN LALUAN PULANG PINTU C PADA HARI KHAMIS (PASAR MALAM) JAWAPAN : Pihak sekolah tidak dapat melaksanakan untuk semua murid pulang menggunakan pintu pagar C kerana membahayakan keselamatan murid. 2. SUHEILFAZRI BIN SUHAIMI QASHAF RIZKI BIN SUHEILFAZRI 5 MELUR SAYA SUHEILFAZRI BIN SUHAIMI INGIN MENCADANGKAN PIBG MENGADAKAN MERCHANDISE UNTUK IBU BAPA / PENJAGA YANG BERUPA BAJU ATAU PELEKAT KENDERAAN ATAU KEYCHAIN ATAU SEBAGAINYA BAGI MENUNJUKKAN TANDA SOKONGAN SERTA RASA BANGGA PADA SEKOLAH. DENGAN CARA INI, NAMA SKBB AKAN LEBIH TERKENAL DALAM MASYARAKAT SEKALIGUS DAPAT MENUNJUKKAN SOKONGAN KEPADA SKBB YANG TELAH MENDIDIK ANAK-ANAK KITA. JAWAPAN : Pihak sekolah telah menyediakan merchandise berupa key chain. 12
3. SAÁDIATUL MAHFUZAH BINTI ABU HASSAN. AINUL MARDHIYAH BINTI MUHAMMAD TIRNUZI 1 AZALEA BOLEH MEMBINA ARCA, PASU BUNGA DAN HIASAN DI SEKITAR KAWASAN SEKOLAH DARI BAHAN KITAR SEMULA. JAWAPAN : Pihak sekolah akan meneruskan Program Kitar Semula. 4. MUHAMMAD TIRMUZI BIN ABDUL AHZIM AHMADKHOMEINI BIN BASARUDIN AINUL MARDHIYAH BINTI MUHAMMAD TIRNUZI 1 AZALEA NUR FAQIHATUL ILMI BINTI AHMADKHOM EINI 4 TULIP MEMASANG KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) DI PINTU PAGAR A (TEMPAT MENGAMBIL DAN MENURUNKAN PELAJAR) SERTA PONDOK PENGAWAL BAGI TUJUAN MENURUNKAN PELAJAR) SERTA PONDOK PENGAWAL BAGI TUJUAN PEMANTAUAN KESELAMATAN PELAJAR DAN KAKITANGAN SKBB. BAGI MEMASTIKAN KESELAMATAN PELAJAR DAN KAKITANGAN SKBB TERJAMIN, SAYA MENCADANGKAN SUPAYA PIHAK SEKOLAH MEMASANG CCTV DI TEMPAT-TEMPAT YANG PENTING DI SEKOLAH SEPERTI DI PINTU PAGAR A,B,C DAN D. JAWAPAN : Pihak sekolah bersetuju jika mempunyai dana yang mencukupi dan juga memohon peruntukan daripada PIBG. 5. AHMADKHOMEINI BIN BASARUDIN NUR FAQIHATUL ILMI BINTI AHMADKHOM EINI 4 TULIP MENAMBAHBAIK SISTEM DAN MUDAHKAN WARIS UNTUK MENYALURKAN APA-APA CADANGAN YANG BERBANGKIT KEPADA PIHAK PIBG UNTUK DIAMBIL TINDAKAN JAWAPAN : Pihak PIBG bersetuju untuk menambahbaik saluran maklumat dan komunikasi oleh AJK PIBG (contoh:telegram) 13
7.0 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2022/2023 7.1 Encik Erwan Zammi bin Elias selaku Yang di-Pertua PIBG SK Bayan Baru sesi 2022/2023 mengumumkan pembubaran AJK PIBG sesi 2022/2023 bagi memberi laluan untuk pelantikan Ahli Jawatankuasa baharu bagi sesi 2023/2024. 7.2 Cik Khadijah binti Nopiah PK Kokurikulum SK Bayan Baru, mengambil alih mesyuarat untuk proses undian dan pelantikan baharu AJK PIBG sesi 2023/2024. 8.0 Pelantikan AJK PIBG Sesi 2023/2024 8.1 Puan Noor Asikin bt Ideris mencadangkan untuk dikekalkan Encik Erwan Zammi bin Elias sebagai calon jawatan Yang di-Pertua PIBG. Cadangan ini telah disokong oleh Puan Azlina bt Mhd Noor . Encik Suheilfazri menyokong cadangan ditutup. PIBG sebulat suara bersetuju mengekalkan Encik Erwan Zammi bin Elias sebagai Yang di-Pertua PIBG tahun 2023/2024. 8.2 Puan Zurina binti Fariduddin mencadangkan Encik Suheilfazri bin Suhaimi sebagai calon Naib Yang di-Pertua PIBG. Cadangan ini disokong oleh Encik Shahrul Mizal bin Mahmud. Puan Husna Afifah mencadangkan cadangan ditutup. PIBG sebulat suara menyokong Encik Suheilfazri bin Suhaimi sebagai calon Naib Yang di-Pertua PIBG tahun 2023/2024. 8.3 Puan Aliza bt Che Ros mencadangkan Puan Husna sebagai AJK Waris PIBG sesi 2023/2024 dan mendapat sokongan sebulat suara daripada PIBG . 8.4 Encik Muhammad Syafiq mencadangkan Encik Ahmad Khomeini sebagai AJK Waris PIBG sesi 2023/2024 serta mendapat sokongan sepenuhnya daripada PIBG. 8.5 Puan Noor Asikin bt Ideris mencadangkan Puan Azlina bt Mhd Noor sebagai AJK Waris PIBG sesi 2023/2024 juga mendapat sokongan padu daripada PIBG. 8.6 Puan Azlina mencadangkan Puan Aliza sebagai AJK Waris PIBG sesi 2023/2024 dan mendapat sokongan sebulat suara daripada PIBG. 14
8.7 Puan Zurina mencadangkan Puan Sa’adatul Mahfuzah sebagai AJK Waris PIBG sesi 2023/2024 dan mendapat sokongan sebulat suara daripada PIBG. 8.8 Encik Erwan Zammi mencadangkan Puan Noor Asikin bt Ideris dikekalkan sebagai Juru Audit Waris PIBG sesi 2023/2024 serta mendapat sokongan penuh daripada PIBG. 8.9 Puan Guru Besar, Puan Nazzatul Ashima binti Abdul Rahman memaklumkan AJK PIBG Guru bagi sesi 2022/2023 dikekalkan menjadi AJK PIBG Guru bagi sesi 2023/2024 . Puan Shalani dilantik sebagai AJK baharu bagi menggantikan Puan Lau Sing Leng.Perkara ini mendapat sokongan sebulat suara daripada PIBG. 8.10 Pelantikan AJK PIBG sesi 2023/2024 adalah seperti berikut : Penasihat : Pn. Nazzatul Ashima bt Abdul Rahman YDP PIBG : En. Erwan Zammi bin Elias NYDP PIBG : En. Suheilfazri bin Suhaimi Setiausaha : Cik Razlinda bt Azalli @ Ghazali Bendahari : Pn. Nor Najihah bt Abdullah AJK Waris : 1) Pn. Husna Afifah binti Hassan 2) Encik Ahmad Khomeini bin Basarudin 3) Pn. Nor Azlina bt Mhd Noor 4) Pn. Aliza bt Che Ros 5) Sa’adiatul Mahfuzah binti Abu Hassan AJK Guru : 1) En. Muhammad Syabil bin Shamsuddin 2) En. Ahmad Hazmyr Bin Ahmad Termizi 3) Pn. Norian Bt Mohammad @ Basiron 4) Pn. Majlini Bt Fuman 5) Pn. Shalani A/P Valusamy Juru Audit Dalaman Waris : Pn. Noor Asikin Bt Ideris Juru Audit Dalaman Guru : En. Muhamad Amiruddin Bin Abdul Hamid 15
9.0 Ucapan YDP PIBG Sesi 2023/2024 9.1 Encik Erwan Zammi Bin Elias mengucapkan terima kasih kepada semua atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada beliau untuk meneruskan tugas sebagai YDP PIBG bagi sesi 2023/2024. Beliau memaklumkan bahawa akan memberi peluang kepada calon PIBG yang lain untuk tahun hadapan. 92. YDP memohon cadangan untuk bayaran sumbangan PIBG bagi sesi persekolahan 2023/2024. YDP memaklumkan kutipan sumbangan PIBG bagi tahun sebelum ini adalah sebanyak RM 50.00 setahun. 9.3 Encik Shahrul Nizam mencadangkan sumbangan PIBG bagi sesi persekolahan 2023/2024 sebanyak RM 100.00 untuk 1 keluarga. Bayaran boleh dibuat secara ansuran sebanyak dua kali. Encik Hilmi menyokong cadangan tersebut dan mendapat sokongan sebulat suara daripada ahli mesyurat PIBG. 9.4 YDP memaklumkan bahawa sumbangan PIBG untuk sesi persekolahn 2023/2024 adalah sebanyak RM 100.00 bagi 1 keluarga. 9.5 YDP mencadangkan waris prasekolah sebagai ahli PIBG untuk tahun 2023/2024. Puan Husna menyokong cadangan tersebut serta mendapat sokongan sebulat suara daripada pihak PIBG. YDP memaklumkan bahawa semua waris prasekolah akan menjadi ahli PIBG mulai sesi 2023/2024 9.6 YDP memaklumkan bahawa majalah PALAPA akan diteruskan dengan bayaran sebanyak RM 15.00 disebabkan kenaikan harga barangan semasa. Puan Azlina menyokong bayaran Majalah sebanyak RM 15.00 serta mendapat sokongan sebulat suara daripada pihak PIBG. Majalah ini adalah cetusan idea daripada Puan Guru Besar untuk menonjolkan kemenjadian murid SKBB. 10.0 Hal-hal Lain 10.1 Penasihat PIBG, Pn. Nazzatul Ashima bt Abdul Rahman mengucapkan tahniah dan syabas kepada barisan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 yang baru dilantik. 16
10.2 Pn. Nazzatul Ashima juga mengucapkan terima kasih kepada semua waris yang menyokong aktiviti PIBG serta menyokong kenaikan sumbangan PIBG kepada RM 100.00 untuk satu keluarga. 10.3 Pada sesi 2022/2023, Program Bacathon telah dilancarkan dan berjaya mengutip sumbangan yang besar. Sumbangan itu membolehkan Pusat Sumber SKBB dinaiktaraf dan Unit Kokurikulum SKBB mendapat 2 tilam baru untuk acara lompat tinggi. 10.4 Untuk sesi 2023/2024, pihak PIBG bercadang untuk mengutip dana untuk Program Greenthon untuk menaiktaraf landskap di sekitar kawasan sekolah. Semua waris yang hadir bersetuju sebulat suara untuk mengadakan Program Greenthon sesi 2023/2024. Program ini juga merupakan Program Mega PIBG sesi 2023/2024 setelah Program Bacathon telah berjaya mencapai sasaran pada sesi yang lepas Kutipan dana juga akan melibatkan Program Prasarana Kecemasan Sekolah. 10.5 Unit Kurikulum SKBB akan menjalankan Program Transisi Tahun 1, PBL/KmR dan Anugerah Ikon Kemenjadian Murid. 10.6 Unit Hal Ehwal Murid SKBB pula akan mengadakan Program Tahun 6 yang meliputi Program Jaya Waris, Majlis Graduasi Tahun 6, Ceramah Pemantapan Hati, Program Melangkah Ke Alam Remaja (MEKAR), Minggu Kerjaya, Program Minda Segar, Pentaksiran Psikometrik dan lawatan. Sebanyak RM 245.00 akan dikutip secara berkala bagi setiap orang murid tahun 6. Jumlah RM 245.00 ini dikutip bagi tujuan gambar individu dan kelas RM 30.00, majalah sekolah RM 15.00, sewa jubah graduasi RM 20.00, jamuan akhir tahun dan cenderahati RM 80.00 serta lawatan RM 100.00. Aktiviti ini perlu mendapat persetujuan waris dan tiada paksaan untuk muridmurid menyertainya. 10.7 Unit Hal Ehwal Murid SKBB juga akan menjalankan program Hari Kanak-kanak, Program Kehadiran Terbaik, Mesyuarat Agung PIBG dan Keceriaan Dewan. 17
10.8 Unit Kokurikulum SKBB akan menjalankan program Hari Sukan Sekolah, Merentas Desa, Sambutan Bulan Kemerdekaan, Hari Kemuncak Kokurikulum dan Program Sekolah Lesatari. 10.9 Cik Razlinda binti Azalli @ Ghazali memohon sokongan sebulat suara daripada pihak waris untuk bersetuju dengan program yang dicadangkan dan memberikan sumbangan kewangan bagi menjayakan program-program yang dirancang oleh pihak sekolah. 10.10 Puan Nor Azlina Bt Mhd Noor telah menyokong cadangan tersebut dan semua ahli Mesyurat PIBG turut sebulat suara menyokong 11.0 Ucapan Penangguhan 11.1 Penasihat PIBG, Pn. Nazzatul Ashima bt Abdul Rahman mewakili guru-guru SKBB mengucapkan terima kasih kepada semua waris yang hadir ke mesyuarat PIBG pada hari ini. 11.2 YDP PIBG Encik Erwan Zammi Bin Elias juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua ahli PIBG yang telah banyak memberikan komitmen serta dapat menghadirkan diri pada mesyuarat PIBG kali ke-29 ini. 11.3 Encik Erwan Zammi bin Elias, YDP PIBG sesi 2023/2024 menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-29 ini tepat pada pukul 10.50 pagi. Disediakan oleh, ……………………….. (RAZLINDA BINTI AZALLI @ GHAZALI) Setiausaha PIBG Sesi 2023/2024 SK Bayan Baru Disemak oleh, ……………………….. (NAZZATUL ASHIMA BT ABDUL RAHMAN) Guru Besar SK Bayan Baru Disahkan oleh, ……………………………….. (ERWAN ZAMMI BIN ELIAS) Yang Di-Pertua PIBG Sesi 2023/2024 SK Bayan Baru 18
19
DEBIT ( RM) KREDIT (RM) DEBIT (RM) KREDIT (RM) 1 BAKI h/b 250.20 14,102.11 8 Buku Ekspress-I untuk program REPEVIA 1,000.00 9 Kutipan sumbangan PIBG 50.00 16 Jamuan makan AJK PIBG 160.00 17 Pengurusan dan jamuan mesyuarat agung PIBG kali ke 29 2,000.00 26 Penyelenggaraan 1,000.00 26 Sumbangan PIBG untuk Bilik J-QAF 500.00 30 Bayaran bulanan penapis air COWAY (Apr-Mei) 264.00 30 Cukai proses cek COWAY (Apr-Mei) 0.50 13 Penyelenggaraan 100.00 JULAI 21 Sumbangan PIBG untuk Sukan Tahunan Sekolah 2,000.00 25 Penyelenggaraan 640.00 25 Bayaran bulanan penapis air COWAY (Jun-Jul) 264.00 25 Cukai proses cek COWAY (Jun-Jul) 0.50 26 Kutipan sumbangan PIBG 100.00 1,200.00 4 Sumbangan PIBG untuk Hari Terbuka PPD Barat Daya 100.00 8 Kutipan sumbangan PIBG 1,250.00 27 Bayaran bulanan penapis air COWAY (Ogos-Sept) 264.00 27 Cukai proses cek COWAY (Ogos-Sept) 0.50 13 Kutipan sumbangan PIBG 3,050.00 26 Sumbangan PIBG untuk tayammum Kem Bestari Solat 1,000.00 26 Penyelenggaraan 820.00 9 Sumbangan PIBG sempena Hari Kanak-kanak 4,500.00 11 Kutipan sumbangan PIBG 50.00 20 Bayaran bulanan penapis air COWAY (Okt- Nov) 264.00 20 Cukai proses cek coway (Okt-Nov) 0.50 20 Sumbangan PIBG untuk Karnival Bola Jaring SKBL 2 50.00 28 Pembelian tong biru air 2,235.00 31 Kutipan sumbangan PIBG 4,120.00 9 Penyelenggaraan 260.00 9 Jamuan makan AJK PIBG 120.00 9 Yuran memanah 30.00 19 Bayaran bulanan penapis air COWAY(Dis 23-Jan 24) 264.00 19 Cukai proses cek COWAY(Dis 23-Jan 24) 0.50 22 Sumbangan PIBG untuk Hari Apresiasi 4,000.00 24 Kutipan sumbangan PIBG 500.00 29 Kutipan Sumbangan PIBG 7,110.00 29 Penyelenggaraan 180.00 14 Bayaran bulanan penapis air COWAY (Feb-Mac 24) 264.00 14 Cukai proses cek COWAY (Feb-Mac 24) 0.50 30 Pembelian akhbar 75.40 3 Pemberian sumbangan duit raya untuk murid SKBB 820.00 29 Pembelian akhbar 40.60 30 Kutipan sumbangan PIBG 100.00 400.20 190.60 31,482.11 23,027.40 30 BAKI b/b 209.60 8,454.71 APR DIS JAN FEB MAC MEI OGOS SEPT OKT NOV PENYATA KEWANGAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG ) SEKOLAH KEBANGSAAN BAYAN BARU SESI 2023/2024 MEI 2023 SEHINGGA APRIL 2024 TARIKH PERKARA AKAUN TUNAI AKAUN BANK 20
YANG DIPERTUA : ENCIK ERWAN ZAMMI BIN ELIAS NAIB YANG DIPERTUA : ENCIK SUHEILFAZRI BIN SUHAIMI SETIAUSAHA : CIK RAZLINDA BINTI AZALLI @ GHAZALI BENDAHARI : PUAN NOR NAJIHAH BINTI ABDULLAH AJK WARIS : 1) AHMADKHOMEINI BIN BASARUDIN : 2) PUAN NOR AZLINA BIN MHD NOOR : 3) PUAN ALIZA BINTI CHE ROS : 4) PUAN SA’ADIATUL MAHFUZAH BINTI ABU HASSAN : 5) PUAN HUSNA AFIFAH BINTI HASSAN AJK GURU : 1) ENCIK MUHAMMAD SYABIL BIN SHAMSUDDIN : 2) ENCIK AHMAD HAZMYR BIN AHMAD TERMIZI : 3) PUAN NORIAN BINTI MOHAMMAD @ BASIRON : 4) PUAN MAJLINI BINTI FUMAN : 5) PUAN SHALANI A/P VALUSAMY JURU AUDIT WARIS : PUAN NOOR ASIKIN BINTI IDERIS JURU AUDIT GURU : EN.MUHAMAD AMIRUDIN BIN ABD HAMID Penasihat PIBG Guru Besar adalah anggota ex-officio persatuan dan bertindak sebagai penasihat kepada Jawatankuasa PIBG seperti termaktub di dalam Perlembagaan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Peraturan-Peraturan Pendidikan 1998 dan dijemput hadir semasa mesyuarat AJK. 21
1. MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Bil 1 : 16 Ogos 2023 Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Bil 2 : 09 Januari 2024 Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Bil 3 : 22 April 2024 2. AKTIVITI 1) Kempen Penanaman Pokok Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Tahun 2023 (Jun 2023 2) Program Carrie Junior Bersama SK Bayan Baru (Julai 2023) 3) Himpunan Virtual Hepili dan Sambutan Minggu Sihat Hepili Peringkat Negeri Pulau Pinang (Julai 2023) 4) Bengkel Pengenalan Penanaman Cendawan Kempen One School One Mushroom House (OSOMH) (Julai 2023) 5) Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-27 (Julai 2023) 6) Program Kesihatan Dettol Hidup Sihat Malaysia Hebat 2023 (Julai 2023) 7) Program Gotong royong Madani 2023( Ogos 2023) 8) Ceramah Hormati Jalur Gemilang dan Buli Siber (Ogos 2023) 9) Gotong-royong Kacau Bubur Asyura (Ogos 2023) 10) Pameran Angkatan Tentera Malaysia Sempena Bulan Kemerdekaan kali ke66 (Ogos 2023) 11) Program Penjimatan Air Eco- Wudhu : Green Practices of Islamic Ablutation (Ogos 2023) 12) Program Penanaman Pokok Bersama Masyarakat (Ogos 2023) 13) English Carnival Programme & Crossing Boarders Collaboration Programe By KL Shakespear Players Production (Ogos 2023) 14) Hari Pelaporan PBD 1 sesi 2023/2024 ( Ogos 2023) 15) Program Hari Sukan Negara,Program Jayawaris Tahun 4,5 dan 6, Kem Ibadah Insaniah, Perkhemahan Perdana ( Oktober 2023) 16) Program Senamrobik Sempena Hari Sukan Negara Peringkat Sk Bayan Baru 2023( Oktober 2023) 17) Pelancaran Sudut PPDA Sekolah ( Disember 2023) 18) Majlis Pentauliahan Pandu Puteri Tunas ( Januari 2024) 19) Program Jelajah Ilmu The Top,Kompar (Januari 2024) 20) Program Greenthon SKBB 2024 (Januari 2024) 21) Hari Apresiasi Murid PEVIA sesi 2024 ( Januari 2024) 22) Majlis Khatam Al-Quran dan Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah (Februari 2023) 23) Program Pembangunan Sukan Peringkat Sekolah (Februari 2024) 24) Jamuan Hi Tea Tahun 6 (Februari 2024) 22
25) Gotong-royong Mengecat Musolla Raudhatus Solihin SK bayan Baru (Mac 2024) 26) Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Sekolah (Mac 2024) 27) Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah, Ketua dan Penolong Ketua sesi 2024/2025 (Mac 2024) 28) Program Ihya Ramadhan (Mac 2024) 29) Program Lestari (Mac 2024) 30) Pelancaran Program 5S (Senyum, Sapa, Salam, Sopan,Santun)(Mac 2024) 31) Ceramah Penjagaan Buku Teks (Mac 2024) 32) Program Jom Ke Sekolah dan guru Penyayang (Mac 2024) 33) Hari Orientasi dan Pendaftaran Murid Tahun 1, PPKI, Prasekolah sesi 2024/2025 (Mac 2024) 34) Jaringan antara SK Bayan Baru dan Sk Balik Pulau untuk sesi Perkongsian Sistem Fertigasi (Mac 2024) 35) Program Jom Baca Bersama 10 minit Peringkat KPM (April 2024) 36) Program Penanaman Sejuta Pokok dalam Sehari di Pulau Pinang Sempena Hari Bumu 2024 anjuran Yayasan Amal TYT dan Gotong- royong Madani (April 2024) 37) Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat SKBB (April 2024) 38) Majlis Penutupan Program Transisi Tahun 1 SKBB sesi 2024/2025 ( April 2024) 39) Majlis Pelancaran Nilam (April 2024) 40) Program Majlis Khatam Al-Quran dan Tadarus Peringkat Negeri Pulau Pinang secara dalam talian (April 2024) 41) Program World Quran Hour (April 2024) 42) Gotong-royong Lestari ( April 2024) 43) Kem Cemerlang Jawi siri 1 2024/2025( April 2024) 44) Merentas Desa (Mei 2024) Disediakan oleh , Disediakan oleh, …………………………………………………. RAZLINDA BINTI AZALLI @ GHAZALI Setiausaha PIBG SK Bayan Baru sesi 2023/2024 23
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada : EN. ERWAN ZAMMI BIN ELIAS (YANG DIPERTUA PIBG SK BAYAN BARU SESI 2023/2024) PN. NAZZATUL ASHIMA BT ABDUL RAHMAN (GURU BESAR SK BAYAN BARU) PENAJA DAN PENYUMBANG SAMA ADA DALAM BENTUK KEWANGAN, TENAGA, MASA DAN BUAH FIKIRAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SK BAYAN BARU SESI 2023/2024 GURU-GURU SK BAYAN BARU AKP SK BAYAN BARU IBU BAPA DAN PENJAGA MURID SK BAYAN BARU & SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK BAYAN BARU KALI KE 30 SESI 2024/2025. 24