The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 945-16-nurin, 2023-04-02 12:09:02

PROSES PEMBENTUKAN KATA BAHARU

IPG KOTA BHARU

PROSES PEMBENTUKAN KATA BAHARU TUGASAN 2 : KUMPULAN IPG KAMPUS KOTA BHARU NURIN & DHIA


NAMA AHLI KUMPULAN NURIN ILYANA BINTI SAMSUDIN NIK DHIA ANTASYA BINTI NIK FAIZUL AZAM


ISI KANDUNGAN 2.0 Penilaian isu kesalahan penggunaan kata dari sudut morfologi 1.0 Analisis dan penilaian terhadap pembentukan kata baharu


1.0 Analisis dan penilaian terhadap pembentukan kata baharu


Perkataan-perkataan baharu lazimnya muncul atau dicipta dengan tujuan mendukung konsep atau perkara baru yang timbul dalam masyarakat pengguna bahasa itu. Apabila suatu tamadun masyarakat itu berkembang maju, maka banyaklah konsep, benda, proses, keadaan atau kejadian baharu yang memerlukan perkataan-perkataan baharu untuk mengungkapkannya. Apabila suatu fenomena atau ilmu baru wujud, maka bahasa Melayu terpaksa meminjam unsur asing untuk memberikan kefahaman kepada fenomena tau benda baru itu. Contohnya: Kajian atau penemuan baharu dalam ilmu Sains dan Teknologi memerlukan banyak perkataan baharu dibentuk. Bahasa Melayu perlu meminjam perkataan bahasa Inggeris seperti kuarantin dan klinik . Begitu juga dengan bahasa Arab/ Parsi. Kedatangan para pendakwah dan pedagang memasuki alam Melayu dan juga penyebaran agama Islam menyebabkan banyak perkara baru berkaitan agama perlu dijelaskan, maka bahasa Melayu banyak menerima kata pinjaman daripada bahasa Arab seperti takwa, reda dan terawih. Proses pembentukan perkataan baharu dapat dilihat melalui dua proses utama iaitu proses pengimbuhan asing dan proses pinjaman terus yang menghasilkan pelbagai istilah baharu. Dari sudut proses pengimbuhan asing, dapat dilihat dari semasa ke semasa bahawa berlakunya proses penambahan bentuk imbuhan dalam bahasa Melayu. Imbuhan asing terbahagi kepada tiga jenis iaitu imbuhan Sanskrit, imbuhan Arab-Parsi dan juga imbuhan Latin-Inggeris. 1. 2.


Imbuhan Sanskrit berasal daripada bahasa Sanskrit, ia merupakan jenis imbuhan yang telah lama diserap dalam bahasa Melayu. Terdapat dua bahagian imbuhan Sanskrit iaitu awalan dan akhiran. Contoh perkataan yang kami temui mengandungi imbuhan Sanskrit dalam bahasa Melayu ialah pramatang dan prasekolah. Perkataan pramatang dan prasekolah mengandungi imbuhan awalan pra- yang membawa maksud sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Imbuhan Sanskrit


Imbuhan Latin-Inggeris merupakan imbuhan pinjaman yang produktif. Hal ini disebabkan oleh pengaruh zaman penjajahan dan sifat bahasa Eropah yang menerajui teknologi dunia. Imbuhan Latin-Inggeris terbahagi kepada 2 bahagian iaitu: Contoh perkataan yang kami temui mengandungi imbuhan Latin-Inggeris dalam bahasa Melayu ialah prorakyat Perkataan prorakyat mengandungi imbuhan awalan pro- yang membawa maksud tanda setuju, memihak atau menyebelahi sesuatu pihak. Imbuhan Latin-Inggeris


Dalam pembentukan kata baharu sesuatu bahasa, akan berlaku proses pengayaan yang melibatkan bidang bunyi bahasa. Pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, terutama bahasa Arab dan bahasa Inggeris menyebabkan bahasa Melayu mengalami proses peminjaman bunyi-bunyi bahasa daripada bahasa asing. Bunyi-bunyi bahasa itu dipinjam untuk menampung kemasukan pelbagai kata pinjaman daripada bahasa-bahasa asing untuk memperkaya khazanah perbendaharaan kata bahasa Melayu. Bunyi asli bahasa Melayu mempunyai 24 bunyi bahasa iaitu 18 konsonan dan 6 vokal. Kini, bahasa Melayu telah menerima sebanyak 9 konsonan pinjaman yang terdiri daripada satu jenis letupan dan lapan jenis geseran.


Bunyi-bunyi th, dz atau dh, sh dan q ditukar menjadi s, z atau d, sy dan k. Contoh perkataan yang kami temui: dh d redha reda q k taqwa takwa


2.0 Analisis terhadap pembentukan kata baharu dalam media sosial dari sudut morfologi


Kesalahan penggunaan istilah


management - pengurusan Perkataan "management" tidak boleh digunakan secara terus dalam penulisan bahasa Melayu kerana perkataan tersebut merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Inggeris yang membawa maksud pengurusan dalam bahasa Melayu. Kesalahan yang dikesan di dalam ayat adalah " penghuni gaduh dengan management". Sepatutnya, ayat tersebut ditulis dalam bahasa Melayu sepenuhnya seperti, " penghuni gaduh dengan pengurusan". Kesalahan ini sering terjadi kerana telah menjadi kebiasaan dalam masyarakat menggunakan perkataan "management" dalam pertuturan bagi merujuk kepada pengurusan. Namun, penggunaan perkataan bahasa Inggeris juga boleh digunakan dalam bahasa Melayu tetapi memerlukan tanda baca pengikat kata . sa betul lah penghuni gaduh dengan management. penghuni gaduh dengan pengurusan. Penghuni gaduh dengan "management".


busy - sibuk Perkataan "busy" tidak boleh digunakan secara terus dalam penulisan bahasa Melayu kerana perkataan tersebut merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Inggeris yang membawa maksud sibuk dalam bahasa Melayu. Kesalahan yang dikesan di dalam ayat adalah " kalau busy sangat, ibu bapa boleh tolong bersihkan". Sepatutnya, ayat tersebut ditulis dalam bahasa Melayu sepenuhnya seperti, "kalau sibuk sangat, ibu bapa boleh tolong bersihkan". Kesalahan ini sering terjadi kerana telah menjadi kebiasaan dalam masyarakat menggunakan perkataan "busy" dalam pertuturan bagi merujuk kepada sibuk. Namun, penggunaan perkataan bahasa Inggeris juga boleh digunakan dalam bahasa Melayu tetapi memerlukan tanda baca pengikat kata . salah betul kalau busy sangat, ibu bapa boleh tolong bersihkan. kalau sibuk sangat, ibu bapa boleh tolong bersihkan. kalau "busy" sangat, ibu bapa boleh tolong bersihkan.


billionaire - jutawan Perkataan "bilionaire" tidak boleh digunakan secara terus dalam penulisan bahasa Melayu kerana perkataan tersebut merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Inggeris yang membawa maksud jutawan dalam bahasa Melayu. Kesalahan yang dikesan di dalam ayat adalah "Pernah ada kelab malam, billionaire muda peluk Islam". Sepatutnya, ayat tersebut ditulis dalam bahasa Melayu sepenuhnya seperti, "Pernah ada kelab malam, jutawan muda peluk Islam". Kesalahan ini sering terjadi kerana telah menjadi kebiasaan dalam masyarakat menggunakan perkataan "billionaire" dalam pertuturan bagi merujuk kepada jutawan. Namun, penggunaan perkataan bahasa Inggeris juga boleh digunakan dalam bahasa Melayu tetapi memerlukan tanda baca pengikat kata . salah betul Pernah ada kelab malam, billionaire muda peluk Islam. Pernah ada kelab malam, jutawan muda peluk Islam. Pernah ada kelab malam, "billionaire" muda peluk Islam.


wife - isteri Dalam penulisan Bahasa Melayu, perkataan ''wife'' tidak boleh digunakan secara terus kerana ianya merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Inggeris dan terdapat perkataan yang membawa maksud isteri dalam bahasa Melayu. Kesalahan yang dikesan dalam ayat tersebut ialah ''walaupun wife tak boleh puasa tahun ni di atas sebab sebab tertentu''. Sepatutnya ayat tersebut haruslah ditulis dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Sebagai contoh, ''walaupun isteri tak boleh puasa tahun ni di atas sebab sebab tertentu''. Hal ini sering berlaku kerana ianya telah menjadi kebiasaan kepada masyarakat semasa berinteraksi dengan masyarakat sekeliling. Namun, penggunaan perkataan bahasa Inggeris juga boleh digunakan dalam bahasa Melayu tetapi memerlukan tanda baca pengikat kata . Salah Betul Walaupun wife tak boleh puasa tahun ni di atas sebab sebab tertentu Walaupun isteri tak boleh puasa tahun ni di atas sebab sebab tertentu Walaupun ''wife'' tak boleh puasa tahun ni di atas sebab sebab tertentu


Perkataan "loan" tidak boleh digunakan secara terus dalam penulisan bahasa Melayu kerana perkataan tersebut merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Inggeris yang membawa maksud hutang dalam bahasa Melayu. Kesalahan yang dikesan di dalam ayat adalah " kehidupan loan rumah 35 tahun". Sepatutnya, ayat tersebut ditulis dalam bahasa Melayu sepenuhnya seperti, "kehidupan hutang rumah 35 tahun". Kesalahan ini sering terjadi kerana telah menjadi kebiasaan dalam masyarakat menggunakan perkataan "loan" dalam pertuturan bagi merujuk kepada hutang. Namun, penggunaan perkataan bahasa Inggeris juga boleh digunakan dalam bahasa Melayu tetapi memerlukan tanda baca pengikat kata. salah kehidupan loan rumah 35 tahun. betul kehidupan hutang rumah 35 tahun. kehidupan "loan " rumah 35 tahun. loan - hutang


modified - diubahsuai Dalam penulisan Bahasa Melayu, perkataan ''modified'' tidak boleh digunakan secara terus kerana ianya merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Inggeris dan terdapat perkataan yang membawa maksud diubah suai dalam bahasa Melayu. Kesalahan yang dikesan dalam ayat tersebut ialah ''serlahkan bakat anda, saya sudi di modified''. Sepatutnya ayat tersebut haruslah ditulis dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Sebagai contoh, ''serlahkan bakat anda, saya sudi diubah suai''. Hal ini sering berlaku kerana ianya telah menjadi kebiasaan kepada masyarakat menggunakan perkataan bahasa Inggeris dalam berkomunikasi. Namun, penggunaan perkataan bahasa Inggeris juga boleh digunakan dalam bahasa Melayu tetapi memerlukan tanda baca pengikat kata . Salah Betul Serlahkan bakat anda, saya sudi diubah suai. Serlahkan bakat anda, saya sudi di ''modified''. Serlahkan bakat anda, saya sudi di modified.


Lampiran


life - kehidupan salah betul wanita minta ibu bapa faham anak dah dewasa ada life sendiri wanita minta ibu bapa faham anak dah dewasa ada kehidupan sendiri wanita minta ibu bapa faham anak dah dewasa ada ''life'' sendiri Perkataan "life" tidak boleh digunakan secara terus dalam penulisan bahasa Melayu kerana perkataan tersebut merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Inggeris yang membawa maksud kehidupan dalam bahasa Melayu. Kesalahan yang dikesan di dalam ayat adalah "wanita minta ibu bapa faham anak dah dewasa ada life sendiri". Sepatutnya, ayat tersebut ditulis dalam bahasa Melayu sepenuhnya seperti, "wanita minta ibu bapa faham anak dah dewasa ada kehidupan sendiri". Kesalahan ini sering terjadi kerana telah menjadi kebiasaan dalam masyarakat menggunakan perkataan "life" dalam pertuturan bagi merujuk kepada kehidupan. Namun, penggunaan perkataan bahasa Inggeris juga boleh digunakan dalam bahasa Melayu tetapi memerlukan tanda baca pengikat kata .


Kesalahan ejaan


kurentin - kuarantin Perkataan kuarantin merupakan perkataan yang diserap daripada bahasa Inggeris iaitu quarantine ke dalam bahasa Melayu yang membawa maksud tempoh masa seseorang, haiwan atau tumbuhan yang disyaki membawa sesuatu jenis penyakit ditahan di tempat pengasingan khas untuk mencegah penyakit itu daripada merebak. Antara kesalahan yang terdapat dalam ayat tersebut ialah perkataan kuarantin dieja dengan salah iaitu kurentin. Contoh ayat ialah kecuali beberapa orang yang berada dalam kurentin. Sepatutnya perkataan itu dieja dengan menggunakan ejaan yang betul seperti ''kecuali beberpa orang yang berada dalam kuarantin''. Salah Betul Kecuali beberapa orang yang berada dalam kurentin Kecuali beberapa orang yang berada dalam kuarantin


redha - reda Perkataan redha merupakan perkataan dari bahasa Arab yang meresap masuk ke dalam bahasa Melayu. Namun, terdapat kesalahan dari segi ejaan dimana, perkataan tersebut sepatutnya dieja reda. Hal ini kerana perkataan redha melalui proses peminjaman bunyi. Bunyi [dh] ditukar kepada bunyi asli bahasa Melayu yang paling hampir iaitu [d]. Maka, ejaan yang betul bagi perkataan redha adalah reda kerana berlakunya penyesuaian ejaan dalam bahasa Melayu salah betul redha reda


bazaar - bazar Perkataan bazar merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Parsi yang telah diserap ke dalam bahasa Melayu. Namun, terdapat kesalahan dari segi ejaan dimana perkataan tersebut sepatutnya dieja menggunakan satu huruf A sahaja pada suku kata kedua. Bagi ejaan ''bazaar'', ia kebiasaannya digunakan untuk menulis dalam bahasa Inggeris. Maka, ejaan yang betul bagi perkataan ini ialah bazar. salah betul bazaar bazar


teraweh - tarawih Perkataan tarawih merupakan perkataan dari bahasa Arab yang meresap masuk ke dalam bahasa Melayu. Namun, terdapat kesalahan dari segi ejaan dimana, perkataan tersebut sepatutnya dieja tarawih. Hal ini kerana perkataan tarawih melalui proses peminjaman bunyi. Bunyi [e] ditukar kepada bunyi asli bahasa Melayu yang paling hampir iaitu [i]. Maka, ejaan yang betul bagi perkataan teraweh adalah tarawih kerana berlakunya penyesuaian ejaan dalam bahasa Melayu. salah betul teraweh tarawih


bertaqwa - bertakwa Perkataan bertaqwa merupakan perkataan dari bahasa Arab yang meresap masuk ke dalam bahasa Melayu. Namun, terdapat kesalahan dari segi ejaan dimana, perkataan tersebut sepatutnya dieja bertakwa. Hal ini kerana perkataan bertaqwa melalui proses peminjaman bunyi. Bunyi [q] ditukar kepada bunyi asli bahasa Melayu yang paling hampir iaitu [k]. Maka, ejaan yang betul bagi perkataan bertaqwa adalah bertakwa kerana berlakunya penyesuaian ejaan dalam bahasa Melayu. salah betul bertaqwa bertakwa


pra sekolah - prasekolah Perkataan pra sekolah merupakan perkataan yang mengandungi imbuhan pinjaman Sanskrit. Imbuhan pra- merupakan imbuhan awalan yang berfungsi untuk membawa maksud sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Namun, terdapat kesalahan dari segi ejaan dimana, perkataan tersebut dieja jarak. Ejaan yang betul perlu dieja rapat iaitu prasekolah. pra + sekolah = prasekolah salah betul pra sekolah prasekolah


kelinik - klinik Perkataan klinik merupakan perkataan yang diserap daripada bahasa Inggeris iaitu ''clinic''. Dalam proses pembentukan istilah bahasa Melayu, perkataan ini melalui proses yang dikenali sebagai proses pinjaman di mana cara pembentukannya dilakukan dengan perunahan atau penyesuaian ejaan. Maka, perkataan yang terbentuk ialah klinik. Kesalahan yang dilakukan dalam papan tanda tersebut ialah kesalah ejaan di mana perkataan klinik itu dieja kelinik. Hal ini kerana ejaan tersebut dieja mengikut sebutan perkataan tersebut. salah betul kelinik klinik


Kesalahan imbuhan


Pro-rakyat - prorakyat Perkataan pro-rakyat merupakan perkataan yang mengandungi imbuhan pinjaman Latin-Inggeris. Imbuhan pro- merupakan imbuhan awalan yang berfungsi sebagai tanda setuju, memihak atau menyebelahi sesuatu pihak. Namun, terdapat kesalahan dari segi ejaan dimana, perkataan tersebut dieja dengan jarak dan juga tanda sempang iaitu pro-rakyat. Ejaan yang betul adalah perlu dieja rapat dan tanpa tanda sempang iaitu prorakyat. Penggunaan tanda sempang dalam perkataan hanya untuk kata ganda, merangkai imbuhan atau perkataan dengan kata nama khas, merangkai kata sendi nama dengan angka dan juga merangkai tahun dengan akhiran-an. salah betul pro-rakyat prorakyat


pra-matang - pramatang Perkataan pra sekolah merupakan perkataan yang mengandungi imbuhan pinjaman Sanskrit. Imbuhan pra- merupakan imbuhan awalan yang berfungsi untuk membawa maksud sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Namun, terdapat kesalahan dari segi ejaan dimana, perkataan tersebut dieja dengan menggunakan sempang (-). Ejaan yang betul perlu dieja rapat iaitu pramatang. pra + matang = pramatang salah betul pramatang pra-matang


RUMUSAN Secara ringkasnya, terdapat banyak kesalahan dari segi morfologi dalam penggunaan kata pinjaman dalam kalangan masyarakat pada kini. Antaranya ialah penggunaan kata pinjaman yang berasal dari bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Latin dan juga bahasa Parsi. Antara faktor yang berlakunya kesalahan dari segi morfologi ialah demografi yang melibatkan cara atau gaya percakapan sesama masyarakat. Seterusnya ialah keperluan semasa. Peminjaman dilakukan apabila tidak terdapat perkataan yang sesuai untuk menyatakan atau memberikan nama kepada sesuatu perkara atau benda yang baharu atau asing daripada fikiran dan budaya orang Melayu. Hal ini disebabkan oleh perkembangan dunia ilmu. Terdapat perkataan Melayu yang boleh digunakan bagi sesuatu istilah namun, mungkin perkataan tersebut tidak sesuai, tidak tepat atau tidak setara maknanya untuk menyatakan sesuatu maksud dengan berkesan. Mungkin pula perkataan yang ada itu sudah lapuk atau lusuh, yang menyebabkan tidak sesuai lagi digunakan. Oleh itu, kosa kata daripada bahasa lain terpaksa dipinjam juga bagi memenuhi keperluan semasa. Proses peminjaman bahasa asing dilakukan untuk melicinkan usaha merancang dan membina bahasa Melayu. Dengan cara itu juga, status bahasa Melayu dapat ditingkatkan sebagai bahasa moden. Selain itu, sikap penutur asli bagi sesuatu bahasa itu sendiri. Sesetengah pengguna bahasa Melayu suka menggunakan sesuatu yang baharu dan dirasakan lebih bergaya dan canggih. Mereka beranggapan bahawa perkataan Melayu sudah lapuk dan tidak bergaya.


RUMUSAN Selain itu, sikap penutur asli bagi sesuatu bahasa itu sendiri juga menyumbang kepada faktor isu kesalahan bahasa dalam bahasa Melayu. Sesetengah pengguna bahasa Melayu suka menggunakan sesuatu yang baharu dan dirasakan lebih bergaya dan canggih. Mereka beranggapan bahawa perkataan Melayu sudah lapuk dan tidak bergaya. Kebanyakan orang Melayu juga tidak mengetahui istilah-istilah tertentu dalam bahasa Melayu disebabkan sering menggunakan perkataan dalam bahasa Inggeris.Kesimpulannya, peminjaman bahasa asing ke dalam bahasa Melayu berlaku disebabkan keperluan mengungkapkan konsep moden, dan menganggap bahasa lain lebih berprestij. Senario ini wujud semenjak zaman bahasa Melayu kuno dengan dominasi bahasa Sanskrit hinggalah kini pada era bahasa Melayu moden yang disaingi dengan hebat oleh bahasa Inggeris.


TERIMA KASIH ! IPG KAMPUS KOTA BHARU NURIN & DHIA


Click to View FlipBook Version