The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PDF ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR GKEB1072 (ZARIL, RAJA & FAEZ)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Faez, 2021-11-25 10:27:44

PDF ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR GKEB1072 (ZARIL, RAJA & FAEZ)

PDF ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR GKEB1072 (ZARIL, RAJA & FAEZ)

ALAT-ALAT
KEMAHIRAN

BERFIKIR

HJJ

INSTITUT PENGAJIAN GURU KAMPUS BATU LINTANG
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA (PPISMP)

NAMA AHLI KUMPULAN

Nama: Muhammad Faez bin Bahren.
Kumpulan: Pendidikan Islam SK1
Kad Pengenalan: 030427-01-0839

Nama: Raja Nu’aim bin Raja Azriffudin.
Kumpulan: Pendidikan Islam SK1
Kad Pengenalan: 031122-02-1021

Nama: Muhammad Zaril Adieb bin Mohd Zulkifli.
Kumpulan: Pendidikan Islam SK1
Kad Pengenalan: 031115-11-0333

PENDAHULUAN

Alat-alat berfikir merupakan satu medium yang akan membantu pelajar menggunakan minda
mereka dengan lebih sistematik dan berkesan. Topik ini akan menerangkan dan menunjukkan
beberapa jenis alat berfikir yang sangat sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PDP) dan juga boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian pelajar.
Perbincangan tentang alat-alat ini akan diteruskan dengan bahagian-bahagiannya iaitu dengan
alat peta minda,pengurusan grafik, peta i-think, enam topi pemikiran, alat cort 3 dan penyoalan.
Alat-alat berfikir juga diwujudkan dengan tujuan unutk mengelakkan penyelewengan daripada
tujuan asal semasa perbincangan atau pemikiran yang sedang berjalan. Seterusnya, alat ini juga
mampu membantu pelajar supaya dapat menggunakan minda merekadengan lebih efektif dan
bijak. Ia akan menjadikan pemikiran kita lebih tersusun luas, jelas dan tidak terburu-buru dalam
melakukan sesuatu tugasan.

Keterampilan berfikir secara kritis dan kreatif juga dapat diwujudkan dengan adanya bantuan
alat-alat berfikir ini. Selain itu, ia juga membolehkan pelajar untuk melihat sesuatu fakta, idea,
isi dan juga konsep secara visual dan holistik. Di samping itu, pelajar dapat meninjau hubungan
di antaranya di dalam satu rangka yang teratur. Kajian-kajian yang dilakukan sebelum ini juga
telah menunjukkan bahawa alat-alat ini dapat mengukuhkan cara pemikiran, di samping,
merangsang pembelajaran yang lebih bermakna. Alat-alat ini digunakan oleh pelajar dan guru
supaya membolehkan mereka untuk berfikir dengan lebih mendalam dan berkesan mengenai
sesuatu kemahiran berfikir. Dalam portfolio ini, pelajar akan berdiskusi tentang alat-alat
kemahiran berfikir yang boleh mereka implementasikan dalam kehidupan belajar mereka.

1) PETA MINDA

Peta minda adalah salah satu daripada alat berfikir dan merupakan sejenis rajah yang dilukis
untuk meringkaskan maklumat serta idea. Selain itu, alat berfikir ini juga digunakan secara
zaman berzaman bagi memudahkan dan menyenangkan pembelajaran serta memahami sesuatu
topik. Peta minda ini juga boleh dijadikan sebagai isi tersirat kepada isi tersurat supaya sesuatu
topik menjadi lebih ringkas, senang dan mudah untuk difahami. Di samping itu, peta minda
juga dapat membantu pelajar untuk mengingati sesuatu nota dan mencatat nota dengan mudah
dan lebih terperinci.

GARIS PANDUAN MEMBINA PETA MINDA :

1) Mula daripada tengah 2) Wujudkan beberapa 3) Kembangkan garisan
halaman berdasarkan kelompok atau kategori untuk menghasilkan
tajuk atau idea corak yang tertentu
kata atau
penerangan tentang tajuk

6) Gunakan bentuk 5) Tuliskan kata 4) Gunakan kata kunci,
ringkas seperti kod penghubung di atas gambar, imej tiga matra
peribadi supaya lebih garisan dan jadikan
cantik dan gunakan corak yang manarik atau simbol
serta gunakan gambar,
kreativiti untuk warna dan corak untuk
menjadikan Peta Minda menunjukkan perkaitan.

yang lebih asli

CIRI_CIRI PETA MINDA

kreatif dan penggunaan
tidak formal warna,anak
panah,rajah dan
kod untuk
menunjukkan
perkaitan antara

tajuk

Tajuk diletakkan di
bahagian tengah
(Idea-idea lain
dikembangkan di
luar)

CONTOH-CONTOH PETA MINDA:

PETA MINDA JENIS PETA MINDA JENIS
KITARAN POKOK

PETA MINDA JENIS PETA MINDA JENIS
CARTA ALIR TULANG IKAN

2) PENGURUSAN GRAFIK

Penggunaan borang grafik sama dengan pengurusan grafik. Pengurusan grafik melibatkan
pola penyusunan yang mewakili hubungan antara maklumat bagi sesuatu idea. Ia wujud dalam
bentuk ilustrasi bagi melihat idea dengan pemikiran yang lebih sistematik, jelas dan berkesan.
Ia dapat membantu menguatkan ingatan pelajar dalam proses pembelajaran dan mudah untuk
difahami kerana otak mampu menerima rangsangan dalam bentuk pola atau grafik. Pengurusan
grafik biasanya diisi dengan maklumat berkaitan dengan tajuk dan membantu pelajar mengurus
dan menyusun pemikiran menjadi lebih sistematik.

KELEBIHAN PENGURUSAN GRAFIK

i. Dapat mengatur idea dan huraian dengan lebih mudah dan ringkas.
ii. Perbandingan antara sesuatu perkara dapat dilakukan dengan tepat.
iii. Membentuk klasifikasi dengan lebih teratur dan terperinci.
iv. Memastikan maklumat penting sentiasa ada daripada tercicir.
v. Membantu para pelajar untuk lebih fokus semasa mengulangkaji.

JENIS-JENIS PENGURUSAN GRAFIK

1) Membanding dan membeza
Bagi membantu pelajar untuk membezakan
sesuatu topik yang dipelajari dan mengelakkan
daripada pening dan bingung untuk
memahaminya.

2) Membuat kategori
Bagi membantu pelajar membuat analisis dan
menerangkan ciri-ciri objek untuk menunjukkan
hubung kaitnya.

3) Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan
Bagi membantu pelajar membahagikan sesuatu
perkara dan menerangkan fungsi setiap bahagian.

4) Menerangkan sebab dan akibat
Bagi membantu pelajar mengenali faktor dan
kesan akan sesuatu perkara.

5) Mengusul periksa andaian
Bagi membantu pelajar untuk membuat andaian
terhadap sesuatu kejadian yang sudah berlaku.

3) PETA I-THINK

Pemetaan i-think merupakan satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Peta pemikiran dapat
meningkatkan daya berfikir seseorang dengan cara segala topik menggunakan peta i-think. Peta
i-think juga adalah salah satu kaedah untuk membantu memahami sesuatu topik dengan
menggunakan pengurusan grafik yang sesuai dengan topik yang dipelajari. Penggunaan
pemetaan i-think dalam kalangan pelajar dapat membantu mereka untuk menambahkan lagi
ilmu pengetahuan. Selain itu, pelajar juga dapat membuat refleksi dan metakognitif terhadap
proses pembelajaran yang dialami.

Antara ciri-ciri peta i-think ialah bersikap kreatif iaitu penuh dengan warna dan hiasan serta
tidak terlalu formal bentuknya. Seterusnya, tajuk bagi peta i-think diletakkan di tengah
manakala idea dan huraian dicambah dan dikembangkan di luarnya. Akhir sekali, peta i-think
mengandungi unsur warna, anak panah, rajah dan kod untuk menunjukkan bahawa isi utama
dan idea huraian mempunyai kaitan antara satu sama lain.

JENIS-JENIS PETA I-THINK 2. Peta bulatan
1. Peta Titi

3.Peta Buih 4. Peta buih berganda

5. Peta pokok 6. Peta dakap

7. Peta alir 8. Peta pelbagai alir

4) CARTA RADAR
Carta radar atau dikenali juga dikenali sebagai carta labah-labah merupakan satu kaedah

grafik yang mempamerkan multivariate data dalam bentuk dua dimensi carta daripada tiga atau

lebih bagi pemboleh ubah kuantitatif yang ditunjukakkan pada paksi bermula dari titik yang

sama. Kedududkkan realitif dan sudut paksi biasanya tidak berinformasi, tetapi pelbagai

heuristik seperti algoritma yang akan memplotkan data sebagai luas keseluruhan maksimum

seterusnya dapat diterapkan untuk menyusun pemboleh ubah se posisi relatif yang

menunjukkan kolerasi, pertukaran dan banyak Langkah perbandinganlain.

CARTA RADAR JUGA DIKENAL:
➢ Carta web
➢ Carta labah-labah
➢ Carta bintangg
➢ Carta sarang labah-labah
➢ Polygon tidak teratur
➢ Carta kutub
➢ Gambar rajah kiviat

GAMBARAN
Carta radar adalah carta atau plot yang terdiri daripada urutan jejari tegak dan lurus dengan

masing-masing mewakili salah satu pemboleh ubah. Garisan pula dilukis untuk
menghubungkan nilai data untuk setiap perkara. Seterusnya, setiap data yang diambil perlu di
plot pada carta radar tersebut. Perbandingan juga boleh dilakukan pada carta yang sama dengan
mempunyai pemboleh ubah yang sama. Sebagai contoh perbandingan dua murid bagi setiap
markah mata pelajaran mereka dalam peperiksaan.

MARKAH PELAJAR A&B

PELAJAR A PELAJAR B

MATEMATIK
100

PENDIDIKAN 50 ENGLISH

ISLAM 0

BAHASA SAINS
MELAYU

STRUKTUR BUATAN CARTA RADAR
• Perkaitan - carta ini sering digunakan apabila pemboleh ubah jiran tidak berkaitan
• Struktur siklik - pemboleh ubah pertama dan yang terakhir diletakkan bersebelahan
• Panjang - pemboleh ubah selalunya paling semula jadi ordinal: lebih baik atau lebih

buruk
• Kawasan - skala Kawasan sebagai segi empat sama nilai, memebesar-besarkan kesan

sejumlah nilai

CONTOH CARTA RADAR

5) ENAM TOPI PEMIKIRAN

TOPI HIJAU
➢ Membayangkan bumi yang subur
➢ Pohon yang menghijau
➢ Topi hujau ini melambangkan kreatif dan juga konstruktif
➢ Apabila memakai topi hijau ini, ia amat berminat dengan idea baharu, alternatif,
bersifat proaktif dan juga reaktif
➢ Suka untuk bertanya, menyoal dan juga mencabar

Contoh:

Faez: mari kita makan mamak malam ni nak?

Zaril: apa kata kalau kita makan di restoran cina

Faez: aaa boleh juga.

TOPI PUTIH
❖ Membayangkan kertas putih yang kosong
❖ Ia adalah maklumat semata-mata
❖ Tiada tafsiran padanya
❖ Tiada emosi
❖ Hanya pentingkan maklumat dalam berdiskusi

Contoh:

Danish: aku nak beli laptop gaming la.

Zaidan: aku tak pandai la bab-bab laptop gaming ni... apa kata kau tanya aidil, dia pakar

TOPI BIRU

• Membayangkan langit membiru dan tinggi
• Oleh itu topi biru melambangkan berfikir tentang berfikir
• Mengawal bagi topi-topi lain
• Biasanya ia dimiliki oleh pengerusi majlis yang berperanan untuk mengawal proses

pemikiran di kalangan ahlinya

Contoh: cikgu suriani mengarahkan murid-muridnya untuk membentuk 5 kumpulan untuk
menjalankan aktiviti

TOPI HITAM

Membayangkan malam yang gelap
Topi hitam ini ialah topi yang kritikal dan pemikiran yang negatif
Ia akan menghindarkan kita daripada melakukan kesilapan dan sifatnya sentiasa
mencari salah
Sebaiknya menggunakannya dengan kadar yang minimum

Contoh:

Zurimi: saya nak cuba resepi baru ni la. Nasi gorang nenas

Airil: apa! Sedap ka? Nasi goreng nenas?

TOPI KUNING
✓ Membayangkan suasana pagi yang cerah
✓ Ia akan membawa pemikiran yang optimis, positif, dan juga akan cuba mengeluarkan
idea secara positif

Contoh: kereta Ferrari Zaril kehabisan minyak ketika di lebuh raya, namun dia masih
bertenag dan positif kerana menganggap mungkin terdapat hikmah disebaliknya

TOPI MERAH
▪ Melambangkan perasaan
▪ Mengimaginasikan perasaan cinta yang hangat dan api yang membara
▪ Menjelaskan pemikiran ini dikuasai oleh perasaan dan emosi
▪ Ia akan mengetepikan pemikiran yang rasional

Contoh:

Situasi dalam kelas yang terdapat pelajar baharu

Amalina: eee tak suka budak baru tu, perasan cantik

Farah: iya kan. Betul la tu

cort
1:keluasan
persepsi

cort 6: cort 2:
tindakkan organisasi

proses
berfikir

cort 5: cort 3:
maklumat interaksi,
dan perasaan argumen dan
pemikiran

kritis

cort 4:
pemikiran

kritis

6) CORT 3: INTERAKSI, ARGUMEN DAN PEMIKIRAN KRITIS

a) Interaksi

CARA MEMBENTUK INTERAKSI YANG SIHAT DALAM PEMBELAJARAN:

• Sifat demokratik amat perlu diterapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
dimana setiap orang mempunyai hak untuk memberi dan menyuarakan pendapat
mereka dan perbincangan secara sihat boleh dilaksanakan.

• Antara cara yang dapat membantu membentuk dan meningkatkan interaksi sewaktu
belajar ialah dimulai dengan sikap seseorang guru tersebut dimana guru perlu bersikap
adil kepada semua muridnya dan perlu menghindari daripada sikap pilih kasih supaya
seseorang murid dapat berkomunikasi dengan baik untuk mendapatkan maklumat
daripada guru mereka.

• Guru juga perlu yakin dalam setiap penyampaiannya ketika mengajar serta bersikap
professional dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik kepada anak muridnya.

• Seterusnya guru perlu bertoleransi dengan murid-murid bagi membantu mereka
belajar dengan lebih berkesan dan efektif.

JENIS-JENIS INTERAKSI

Interaksi sehala tertumpu dan berpusat kepada guru sahaja
di mana guru mengawal segala aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.

Ciri-ciri interaksi sehala:

Interaksi dua hala melibatkan guru a) Corak interaksi kelas ditentukan oleh guru kelas.
menggunakan kaedah dan cara yang berlainan b) Tiada interaksi yang berlaku antara murid dengan
contohnya sesi perbincangan soalan, interaksi
yang berlaku di dalam kelas ini bertukar murid.
menjadi dua hala. c) Murid-murid tidak dapat melibatkan diri dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran secara aktif.

Ciri-ciri interaksi dua hala:

a) Bercorak aktif Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid
b) Hubungan guru dengan murid menjadi dengan murid guru menggunakan kaedah dan teknik
pengajaran seperti simulasi, perbincangan berkumpulan dan uji
rapat kerana berlaku komunikasi kaji di mana ia menggalakkan interaksi pelbagai hala antara
terbuka dalam kelas guru dengan murid dan murid dengan murid-murid lain di
c) Menggalakkan murid-murid supaya dalam bilik darjah.
lebih yakin dalam bertanya dan meminta
pendapat guru mereka.

Ciri-ciri interaksi pelbagai hala:

a) Komunikasi berkesan berlaku di antara guru dengan
murid dan murid dengan murid.

b) Murid aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
c) Suasana yang selesa untuk menjalankan sesi

pengajaran dan pembelajaran.

b) Argumen
Argumen merupakan hujahan yang mengemukakan alasan, contoh, serta mengemukakan

bukti-bukti yang kuat. Hal ini amat penting dalam sesi pembelajaran supaya perkembangan
seseorang murid dalam proses belajar dapat ditingkatkan.

Contoh hujahan argumen:

Bencana tanah runtuh yang melanda bumi baru-baru ini merupakan salah satu bencana alam
yang dialami oleh manusia. Hampir setiap hari kita dihebahi dengan pelbagai berita tentang
bencana alam ini. Bencana tersebut telah mengorbankan banyak nyawa dan harta manusia. Hal
ini dikatakan sedemikian kerana, tangan-tangan manusia sendiri yang telah merosakkan bumi
ini, seterusnya berlaku bencana-bencana alam seperti ini.

JENIS-JENIS ARGUMEN:

Induktif Deduktif

Sah Tidak sah

Argumen induktif Argumen deduktif

Melibatkan satu kes khusus, daripada Melibatkan dakwaan am, dibuat kesimpulan

itumampu membuat kesimpulan yang umum. yang menunjukkan setiap kes adalah benar.

Argumen sah Argumen Tidak sah
Bermaksud premis dan kesimpulan adalah Boleh berlaku dalam tiga keadaan iaitu:
sah dan mesti diterima secara logical.
1) Premiss ah, kesimpulan tidak sah
2) Premis tidak sah, kesimpulan sah
3) Premis dan kesimpulan tidak sah.

c) Pemikiran kritis
Pemikiran kritis merupakan daya intelektual dan moral untuk membangun serta

mempertajamkan lagi fikiran dan memperhalusi sesuatu bidang ilmu yang kita dalami. Ia juga
boleh ditakrifkan sebagai pemikiran reflektif yang berusaha untuk memutuskan sama ada untuk
menerima atau menolak sesuatu maklumat yang diterima. Pemikiran kritis menekankan
tentang soal fakta yang sahih atau tidak dan meletakkan logik antara gerak hati dan juga
tindakan. Ia akan menganalisa isu-isu dengan cara berfikir secara holistik dan melihat masalah
daripada pelbagai dimensi. Hal ini juga akan mencetuskan pelbagai penemuan-penemuan yang
baharu.

Terdapat juga banyak pendapat cendekiawan terhadap maksud pemikiran kritis ini,
antaranya:

a) Kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau
kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah
dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang
munasabah (Som & Mohd Dahlan, 1999).

b) Berfikir secara serius (mendalam) dan seterusnya membuat pertimbangan daripadanya
(Dewey, 1993).

c) Pemikiran secara sistematik, secara universal dan secara radikal dalam menganalisis
sesuatu secara mendalam (Jaafar, 1995).

Antara tujuan pemikiran kritis ini diperkenalkan ialah untuk menumpukan perhatian kepada
kaedah-kaedah yang sewajarnya digunakan oleh pelajar supaya dapat berfikir secara kritis dan
berkesan. Selain itu, kaedah pemikiran sering kali digunakan dalam penghujahan iaitu cara
memberi alasan untuk menyokong atau menentang sesuatu pendapat.

7) TEKNIK PENYOALAN
Teknik penyoalan merupakan teknik yang sering digunakan dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran. Teknik ini memerlukan kolaborasi interaksi samada antara guru dengan pelajar
atau pelajar dengan pelajar dalam sesi PdP di sekolah. Teknik penyoalan juga dapat
membentuk kepada pembinaan pemikiran dalam menyelesaikan soalan secara kritis,
mencetuskan interaksi yang bagus antara individu dan menggalakkan pelajar supaya lebih suka
untuk bertanya terhadap sesuatu perkara. Teknik penyoalan asas terbahagi kepada 5 bahagian
iaitu:

a) Open and closed question
b) Funnel question
c) Probing
d) Leading question
e) Rethorical question.

TEKNIK OPEN AND CLOSED QUESTION

Teknik ini merupakan bentuk-bentuk soalan yang bersifat untuk mendapatkan jawapan
terbuka dan tertutup. Sifat bagi soalan open question ialah memerlukan jawapan yang terbuka,
manakala soalan closed question ialah tertutup dengan mempunyai satu jawapan yang tepat
sahaja. Berikut adalah contoh open and closed questions:

Open question Closed question

1)Bagaimanakah cara untuk kita 1)Hari apakah negara menyambut

menghormati ibu bapa? kemerdekaan?

2)Apakah yang dapat kamu lihat daripada 2)Apakah tajuk buku cerita yang kamu baca

gambar rajah ini? itu?

TEKNIK FUNNEL QUESTION
Satu siri beberapa soalan yang bermula dengan open question dan berakhir dengan closed

question. Jenis ini berfungsi bagi mendapatkan maklumat dengan lebih tepat. Contoh bagi
funnel question ialah:

1)Apakah yang sedang berlaku sebenarnya?
2)Pada waktu bilakah perkara seperti ini boleh berlaku?

PROBING QUESTION
Jenis penyoalan ini digunakan untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat dan lanjut

beserta penjelasan dan punca. Contoh bagi probing question ialah:
1)Apakah sebenarnya yang berlaku di kawasan itu dan mengapa?
2)Mengapakah kamu berpendapat seperti itu?

LEADING QUESTION
Soalan yang bersifat bertanya untuk meyakinkan dan meminta agar pelajar percaya dan

yakin dengan kenyataan guru tersebut. Contohnya:
1)Kaedah 3 ini lebih mudah, bukan?
2)Jawapan yang diberikan oleh kumpulan 8 lebih tepat daripada kumpulan 5, bukan?

Kebiasaannya, leading question bukanlah untuk bertanyakan jawapan yang sebenar tetapi lebih
untuk menimbulkan keyakinan dalam diri pelajar.

RHETORICAL QUESTION

Soalan yang berbentuk umum yang semstinya tidak memikirkan jawapan tetapi membina
persoalan di minda. Persoalan ini dapat mewujudkan perasaan ingin tahu dan kesedaran pelajar.
Contohnya:

1)Jika kita tidur awal, maka kita dapat bangun awal, bukan?
2)Air ini penuh dengan susu, maka mesti rasanya akan manis, bukan?

RUMUSAN
Generalisasinya, setiap pelajar perlulah mengaplikasikan alat kemahiran belajar seperti yang

disenaraikan dalam portfolio ini dalam sesi pembelajaran di sekolah agar dapat meningkatkan
serta menambahkan lagi kemahiran belajar serta ilmu pengetahuan. Dengan cara ini, secara
tidak langsung pelajar dapat menelaah dan mengulangkaji sesuatu matapelajaran dengan
mudah dan komprehensif, sekaligus mengelakkan daripada berlakunya masalah pembelajaran
dalam diri pelajar yang boleh menyebabkan kepada tekanan diri dan stress. Rentetan daripada
itu, semua pelajar haruslah bijak mengatur strategi mereka dalam belajar agar dapat membantu
diri sendiri dan juga orang lain di sekeliling mereka. Ingatlah, kita sebagai pelajar perlu belajar
secara bijak, bukan belajar secara bersungguh-sungguh. Oleh itu, penggunaan alat kemahiran
belajar ini amatlah sesuai untuk sesi pembelajaran pada abad ini selari dengan arus pemodenan
negara abad ke-21 kerana dapat melatih pelajar untuk mencetuskan pelbagai idea-idea yang
baru, menarik dan kreatif selepas ini. Semoga para pelajar pada hari ini yang merupakan
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara akan terus bersungguh-sungguh dalam belajar
supaya dapat melahirkan generasi baru yang berkualiti dan profesional pada masa hadapan.

RUJUKAN
Aizad, I. (2010, March 4). Kemahiran menyoal. Gerbang Ilmu.

https://ibnuziad.wordpress.com/2010/03/04/kemahiran-menyoal/

Mazmon Mahmud. (2012b, October 21). Presentation 6 hat & 6 shoes b6. Slideshare.
https://www.slideshare.net/mazmonmahmud/presentation-6-hat-6-shoes-b6

Nadhirin, Z. (2018, July 2). Teknik penyoalan asas dalam pdpc. Blodspot.
http://mudahmengajar.blogspot.com/2018/07/teknik-penyoalan-asas-dalam-pdpc.html

Shahirra, F. (2016, July 26). Kemahiran belajar ( alat cort ). Slideshare.
https://www.slideshare.net/NURSYUHADDA/kemahiran-belajar-alat-cort-64377403

Wong, S., & Lam, C. (2016, August 15). Peta minda. Wordpress. https://wsllcp.wordpress.com/peta-
minda/

Zahari, Z. (2013, August 12). Alat berfikir. Slideshare. https://www.slideshare.net/flas327/alat-
berfikir

Damia, F. (2015, February 5). Peta i-THINK. Slideshare.
https://www.slideshare.net/MadihahRamly/peta-ithink


Click to View FlipBook Version