The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anariza_sabri, 2024-02-16 08:16:23

KETETAPAN PPKI SKTPG 2024/2025

KETETAPAN PPKI_SEKOLAH RENDAH

1


2 FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


3 VISI PENDIDIKAN KHAS Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. MISI PENDIDIKAN KHAS Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.


4 PENDAHULUAN Ketetapan Pengurusan Organisasi Pendidikan Khas ini disediakan bagi memudahkan pengurusan organisasi di peringkat Pendidikan Khas dilaksanakan. Ketetapan ini mengandungi himpunan dasar aspek Pentadbiran, Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid yang diselaraskan dengan ketetapan rasmi sekolah. Oleh yang demikian, ketetapan ini perlu dibaca dengan merujuk kepada Buku Pengurusan Sekolah bagi beberapa perkara yang perlu dipatuhi berdasarkan dasar, akta, surat pekeliling, surat arahan dan peraturan sekolah yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah dan SK Telok Panglima Garang. Tujuan utama ketetapan ini ialah untuk membolehkan semua maklumat yang berkaitan disepadukan dalam satu buku yang akan menjadi garis panduan kepada pengurusan organisasi Pendidikan Khas ke arah pengurusan yang lebih cekap. Ketetapan ini telah disusun mengikut kehendak penilaian STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA Kualiti@Sekolah (SKPM Kualiti Kualiti@Sekolah yang menjadi asas kepada aspek pemantauan pihak-pihak yang berkenaan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.


5 ISI KANDUNGAN Bil Perkara Muka Surat 1 Falsafah Pendidikan Khas 2 2 Visi Pendidikan Khas Misi Pendidikan Khas 3 3 Pendahuluan 4 4 Isi Kandungan 5 5 Ketetapan Pelaksanaan Pengurusan 6 – 12 6 Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum 13 – 19 7 Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum 20 – 21 8 Ketetapan Pelaksanaan Hal Ehwal Murid (HEM) 22 – 26 Peringatan: Ketetapan ini perlu dibaca dengan merujuk kepada Buku Pengurusan Sekolah: bagi beberapa perkara yang perlu dipatuhi berdasarkan dasar, akta, surat pekeliling, surat arahan dan peraturan sekolah yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah dan SK Telok Panglima Garang.


6 1.0 PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS 1.1 Asas Pengurusan Sekolah Pematuhan terhadap perkara-perkara yang dinyatakan dalam Buku Pengurusan Sekolah. 1.2 Asas Pengurusan Pendidikan Khas Pelaksanaan Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Khas perlu merujuk kepada perkara-perkara berikut: i. Akta Orang Kurang Upaya 2008 ii. Peraturan-peraturan Pendidikan Khas 2013 iii. Akta Pendidikan Khas 1996 dan 2003 iv. Surat-surat Pekeliling Ikhtisas v. Buku Panduan Pengoperasian Program Pendidikan Khas Integrasi 2018 vi. Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas vii. Malaysian School Governace (MySG): Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah Rendah KPM 2021 viii. Instrumen Penilaian Kendiri ix. Pengurusan Kewangan Pendidikan Khas x. Pelaksanaan Program Sekolah Dalam Hospital xi. Bidang Tugas Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Pendidikan Khas 2022 xii. Tatacara pengurusan perakuanan kumpulan wang sekolah terbitan 2012. xiii. Pamplet Pendidikan Khas 1.3 Matlamat Pendidikan Khas Matlamat unit Pendidikan Khas SK Telok Panglima Garang adalah untuk melengkapkan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dengan penguasaan bidang akademik dan kemahiran tertentu, penglibatan aktif kokurikulum serta pembangunan sahsiah terpuji bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, bakat, akhlak, dan sosial. 2.0 MESYUARAT 2.1 Pengurusan dan Pengendalian Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas 2.2.1 Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Khas dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun. Mesyuarat mesti diadakan mengikut format SPSK PK 07/03. 2.2.2 Mesyuarat ini mesti dipengerusikan oleh Guru Besar. Guru Besar akan mewakilkan kepada PK Pentadbiran / PK Pendidikan Khas jika ketiadaan beliau. 2.2.3 Urusetia mesyuarat bertanggungjawab atas pengurusan/pengendalian mesyuarat dengan merujuk kepada Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil. 02 Tahun 2018 – MyMesyuarat: Ekosistem Pengurusan Mesyuarat Era Digital. Setiausaha Pendidikan Khas bertindak sebagai pencatat dan mengedar kepada semua guru keputusan mesyuarat. KETETAPAN PELAKSANAAN PENGURUSAN


7 2.2.4 Surat/notis panggilan mesyuarat diedarkan kepada semua ahli selewatlewatnya dua (2) hari sebelum tarikh mesyuarat. 2.2.5 Kehadiran ahli mesyuarat adalah wajib. Ketidakhadiran ahli perlu dimaklumkan kepada Pengerusi untuk pelepasan. 2.2.6 Pakaian semasa mesyuarat adalah pakaian semasa bekerja. 2.2.7 Minit mesyuarat perlu disiapkan dan dikemukakan kepada Pengerusi Mesyuarat untuk kelulusan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja. 2.2.8 Minit mesyuarat perlu diedarkan bersekali dengan borang maklum balas mesyuarat kepada semua ahli mesyuarat selewat-lewatnya tujuh (7) hari bekerja selepas mesyuarat. 2.2.9 Borang maklum balas perlu dikembalikan setelah lengkap diisi dengan maklumat status terkini tindakan yang telah dilaksanakan sebelum mesyuarat berikutnya berlangsung. 2.2.10 Minit mesyuarat pengurusan Pendidikan Khas akan dimasukkan ke dalam fail mesyuarat induk di bilik fail sekolah dan folder PK Pendidikan Khas dan segala keputusan di awal tahun persekolahan akan dimasukkan sebagai perancangan dan tindakan dalam takwim pendidikan khas tahunan. 2.2.11 Taklimat mingguan/bulanan kerja buat dalam kalangan guru dan PPM diadakan mengikut keperluan PPKI dengan dipengerusikan oleh PK Pendidikan Khas/Penyelaras PPKI. 3.0 KEBERADAAN 3.1 Pematuhan terhadap perkara-perkara berikut yang dinyatakan dalam Buku Pengurusan Sekolah: i. Kehadiran Bertugas ii. Hadir Lewat Bertugas iii. Keluar Waktu Bertugas iv. Waktu Rehat v. Cuti vi. Melakukan Kerja Luar 3.2. Keberadaan Guru/PPM Pendidikan Khas 3.2.1 Guru/PPM Pendidikan Khas yang tidak hadir bertugas, hadir lewat bertugas, keluar waktu bertugas dan bercuti hendaklah mendapatkan kebenaran Guru Besar dan memaklumkan Penolong Kanan Pendidikan Khas untuk tujuan penggantian waktu pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)/penyusunan semula tugasan pengurusan murid. 4.0 PEMATUHAN PAKAIAN 4.1 Pematuhan terhadap perkara-perkara berikut yang dinyatakan dalam Buku Pengurusan Sekolah: i. Tanda Nama 4.2 Pakaian Semasa Aktiviti Pendidikan Khas 4.2.1 Guru dan PPM Pendidikan Khas mestilah memakai pakaian sukan yang lengkap semasa aktiviti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan atau ketika


8 melaksanakan aktiviti sukan dan permainan. 4.2.2 Guru dan PPM Pendidikan Khas dibenarkan dalam keadaan tertentu untuk memakai pakaian yang sesuai terutama ketika pelaksanaan aktiviti PdPc kemahiran seperti pertanian, masakan dan jahitan. 4.2.3 Guru dan PPM Pendidikan Khas dibenarkan dalam keadaan tertentu untuk memakai pakaian yang sesuai ketika aktiviti luar bilik darjah seperti lawatan, berkuda, memanah, perkhemahan dan sebagainya. 5.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 5.1 Pematuhan terhadap perkara-perkara berikut yang dinyatakan dalam Buku Pengurusan Sekolah: i. Masalah Perjawatan dan Pengajaran ii. Tugas Guru iii. Buku Rekod Mengajar iv. Jadual Waktu Mengajar v. Urusan dengan JPN/PPD vi. Kegiatan Kokurikulum vii. Arahan dan Pekeliling 5.2 Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Pengurusan Murid (PPM) 5.2.1 Tertakluk kepada senarai tanggungjawab PPM yang terdapat di dalam Buku Panduan Pengoperasian PPKI Tahun 2015 dan Skop Bidang Tugas pembantu Pengurusan Murid (PPM) Sekolah-sekolah di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 17 November 2022. 5.2.2 Tugas dan tanggungjawab mengurus kebajikan dan keselamatan murid: i. Menjaga keselamatan murid sepanjang sesi persekolahan. ii. Membantu murid mengurus diri di tandas (mengikut keperluan). iii. Membantu murid yang menggunakan alatan khas untuk bergerak (mengikut keperluan). iv. Menjaga keselamatan, disiplin dan pergerakan murid semasa aktiviti di dalam bilik darjah, di luar bilik darjah dan semasa aktiviti kokurikulum. v. Mengawasi dan mengawal disiplin murid semasa pertukaran waktu PdPc, sewaktu ketiadaan guru, dan semasa rehat. vi. Menjaga kebajikan murid yang sakit sementara menunggu kedatangan ibu bapa / penjaga. vii. Menunggu murid ketika waktu pulang dan memastikan murid keluar dari kawasan sekolah dalam keadaan selamat. 5.2.3 Tugas dan tanggungjawab sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan PdPc: i. Membantu menyediakan buku aktiviti/latihan murid serta bahan/alat bantu mengajar. ii. Membantu menyediakan bahan latihan/tugas/lembaran kerja murid. iii. Membantu mengawasi dan mengawal disiplin murid ketika sesi PdPc sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. iv. Membantu menguruskan murid ke tandas semasa aktiviti PdPc (sekiranya perlu). v. Membimbing/membantu murid dalam melakukan aktiviti PdPc terutama yang melibatkan murid kefungsian rendah serta semasa murid melakukan aktiviti kemahiran.


9 5.2.4 Tugas dan tanggungjawab mengurus alatan, bahan dan kemudahan: i. Membuka dan mengunci bilik darjah serta memastikan kelas dalam keadaan kondusif sebelum dan selepas PdPc. ii. Memastikan kebersihan di dalam dan luar bilik darjah terjaga. iii. Memastikan kebersihan bilik-bilik khas, anjung aktiviti dan tandas terjaga. iv. Membantu guru melakukan kerja-kerja kebersihan di kawasan taman dan pondok pertanian Pendidikan Khas. v. Memastikan keselamatan alatan dan kemudahan di Pendidikan Khas terjaga. vi. Memastikan peralatan disusun dan disimpan di tempat yang sesuai dan selamat. vii. Membantu menyediakan ruang maklumat dan mengemas kini papan kenyataan kelas dan papan kenyataan umum dari semasa ke semasa. 5.2.5 Tugas dan tanggungjawab mengurus dokumen: i. Membantu mengurus folder/fail secara teratur dan sistematik. ii. Membantu mengurus transaksi surat menyurat. iii. Membuat verifikasi stok bahan dan peralatan. iv. Membuat verifikasi aset Pendidikan Khas. v. Mengklasifikasi dan melabel alatan. 6.0 KESELAMATAN, KEBERSIHAN DAN KECERIAAN 6.1 Bilik Pengurusan/Pengoperasian Pendidikan Khas 6.1.1 Guru hendaklah berada di Bilik Pengurusan/Pengoperasian Pendidikan Khas semasa tidak mengajar di kelas/mengurus murid di kelas. Masa tersebut hendaklah dianggap ‘non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Masa tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja. 6.1.2 Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di Bilik Pengurusan/Pengoperasian Pendidikan Khas. 6.1.3 Guru/PPM yang berada di Bilik Pengurusan/Pengoperasian Pendidikan Khas hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang harmoni dan tidak menganggu ketenteraman pentadbir dan rakan-rakan sekerja. 6.1.4 Guru/PPM tidak digalakkan membenarkan murid berada di Bilik Pengurusan Pendidikan Khas. 6.1.5 Kebersihan dan keselamatan Bilik Pengurusan/Pengoperasian Pendidikan Khas adalah menjadi tanggungjawab semua guru dan PPM; termasuk keselamatan harta benda yang terdapat dalam bilik tersebut. 6.1.6 Individu yang terakhir meninggalkan Bilik Pengurusan/Pengoperasian Pendidikan Khas hendaklah memastikan semua komputer, lampu, alat penghawa dingin dipadamkan dan semua pintu dikunci. 6.2 Keselamatan Harta Benda 6.2.1 Kerjasama semua guru dan PPM amat diperlukan dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Murid yang merosakan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak hendaklah dimaklumkan kepada Setiausaha Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas /Penolong Kanan Pendidikan Khas untuk tujuan rekod dan penggantian.


10 6.2.2 Setiausaha Kurikulum Pendidikan Khas dan Setiausaha Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas hendaklah memastikan peraturan keselamatan penggunaan bilik, peraturan penggunaan alatan serta label-label keselamatan pada punca kuasa elektrik/peralatan elektrik dipamerkan/ditampal di bilik-bilik darjah dan bilik-bilik khas. 6.3 Bilik Darjah, Bilik Khas Dan Persekitaran 6.3.1 Semua guru dan PPM bertanggujawab menjaga kebersihan bilik darjah, bilik khas dan persekitaran kawasan Pendidikan Khas. 6.3.2 Jadual giliran bertugas murid hendaklah disediakan oleh guru kelas untuk kelas masing-masing. Guru kelas dan PPM perlu membimbing murid melakukan tugasan kebersihan. 6.3.3 Guru Bertugas Mingguan perlu membuat pemeriksaan setiap hari pada bila-bila masa sepanjang minggu bertugas. 6.3.4 Alat-alat kebersihan kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan dengan teratur dan kemas. 6.3.5 Guru/PPM yang mengurus bilik khas/ruang khas (pusat sumber, bilik masakan, bilik sumber, stor, dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan, kebersihan dan keceriaan bilik di bawah jagaan masing-masing. 6.3.6 Guru/PPM yang menggunakan bilik-bilik khas mestilah mengisi Buku Rekod Penggunaan bilik tersebut dengan catatan tarikh dan masa yang betul. 6.3.7 Guru/PPM perlu akur bahawa bilik-bilik khas bukanlah hak bagi penggunaan individu untuk tujuan peribadi sebaliknya keutamaan adalah kepada muridmurid. 6.3.8 Jadual Penggunaan bilik-bilik bagi tujuan PdPc mesti disediakan dan dipamerkan dan semestinya dipatuhi supaya tidak berlaku tindanan penggunaan. 7.0 PENGURUSAN FAIL/FOLDER DAN SURAT 7.1 Pematuhan terhadap perkara-perkara berikut yang dinyatakan dalam Buku Pengurusan Sekolah: i. Surat Menyurat ii. Surat Yang Diterima 7.2 Folder/Fail 7.2.1 Jumlah fail/folder adalah mengikut keperluan sekolah; walaubagaimanapun pihak pengurusan PPKI boleh merujuk Buku Panduan Pengoperasi Pendidikan Khas 2015 atau SPSK Keluaran 06 2017 dan Instrumen Pemantauan Pengurusan Pendidikan Khas JPN Selangor. 7.2.2 Lokasi fail/folder adalah mengikut ketetapan pengurusan PPKI sekolah masingmasing. 7.2.3 Fail/folder perlu diurus secara sistematik oleh guru yang diberi tanggungjawab. 7.2.4 Fail/folder akan dikemaskini mengikut keperluan semasa.


11 8.0 PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET DAN KEWANGAN 8.1 Pematuhan terhadap perkara-perkara berikut yang dinyatakan dalam Buku Pengurusan Sekolah: i. Pembelian Barang ii. Penggunaan Alat-Alat iii. Telefon iv. Kunci v. Buku Stok/Inventori - Kew-Pa vi. Komputer Riba/LCD Projektor 8.2 Peruntukan Per Kapita Geran (PCG) 8.2.1 Pengurusan Bantuan Geran Per Kapita (PCG) adalah mengikut peruntukan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan diuruskan berdasarkan Surat Pekeliling Kewangan Bil.02 Tahun 2021: Pengurusan Kewangan Bagi Peruntukan Bantuan Persekolahan Umum Kementerian Pendidikan Malaysia. 8.3 Anggaran Belanja Mengurus (ABM) 8.3.1 Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah. Guru Mata pelajaran boleh mengemukakan cadangan pembelian buku dan alat/bahan bantu mengajar kepada Pengurus Mata Pelajaran. 8.3.2 Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa. 8.3.3 ABM bukan mata pelajaran mestilah dirancang dan disediakan oleh JK berkenaan yang telah dilantik pada tahun semasa. 8.3.4 Semua perolehan yang dibuat bagi tahun berkenaan mestilah berdasarkan ABM yang telah disediakan. 8.3.5 Penolong Kanan Pendidikan Khas/PK Pentadbiran (bagi sekolah yang tiada PK Pendidikan Khas) dan Guru Besar berhak untuk tidak menyokong/meluluskan perolehan sekiranya didapati tidak memenuhi keperluan ABM. 9.0 MAJLIS RASMI 9.1 Pematuhan terhadap perkara-perkara berikut yang dinyatakan dalam Buku Pengurusan Sekolah: i. Perhimpunan Rasmi ii. Acara/Majlis Rasmi Sekolah/Mesyuarat/Kursus Dalaman 9.2 Perhimpunan Mingguan Pendidikan Khas 9.2.1 Guru dan PPM perlu menghadiri perhimpunan mingguan Pendidikan Khas yang diadakan berdasarkan ketetapan sekolah mengikut agenda perhimpunan yang ditetapkan seperti berikut: i. Persediaan murid ii. Nyanyian lagu-lagu rasmi perhimpunan iii. Bacaan doa-doa seharian iv. Ucapan guru bertugas v. Bersurai


12 9.2.2 Guru Pengawas perlu memperkasakan kefungsian pengawas Pendidikan Khas melaksanakan tugas dengan betul semasa perhimpunan dijalankan. 9.2.3 Guru Bertugas Mingguan perlu menyampaikan laporan/ peringatan/ pemakluman semasa perhimpunan harian dilaksanakan. 9.2.4 Guru dan murid tidak dibenarkan bercakap/berbual-bual semasa perhimpunan kecuali sedang bertugas atau dengan kebenaran. 9.2.5 Segala maklumat yang disampaikan oleh guru mesti dicatatkan di dalam Buku Laporan Mingguan oleh Guru Bertugas Mingguan. 10.0 PERHUBUNGAN DAN KEAHLIAN 10.1 Pematuhan terhadap perkara-perkara berikut yang dinyatakan dalam Buku Pengurusan Sekolah: i. Perhubungan Sesama Rakan Sejawat ii. Keahlian Kelab Guru/Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) 10.2 Keahlian Badan Kebajikan Ibu Bapa Dan Guru Pendidikan Khas (BKIBG) 10.2.1 Semua guru dan PPM adalah secara automatik menjadi ahli BKIBG dan tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh BKIBG. 10.2 Keahlian Persatuan Pendidikan Khas (PERSPEK) Daerah Kuala Langat 10.2.1 Semua guru dan PPM adalah secara automatik menjadi ahli PERSPEK Daerah Kuala Langat dan tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh PERSPEK Daerah Kuala Langat


13 1.0 PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS 1.1 Pematuhan terhadap perkara-perkara yang dinyatakan dalam Buku Pengurusan Sekolah. 1.2 Pendidikan Khas menggunapakai: i. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Semakan 2017) Masalah Pembelajaran Tahap 1 ii. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Semakan 2017) Masalah Pembelajaran Tahap 2 iii. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Semakan 2017) Ketidakupayaan Penglihatan Tahap 1 iv. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Semakan 2017) Ketidakupayaan Penglihatan Tahap 2 2.0 MESYUARAT KURIKULUM 2.2 Penolong Kanan Pendidikan Khas dan Setiausaha Kurikulum Pendidikan Khas perlu menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah yang diadakan minimum 3 kali setahun mengikut standard piawaian Jabatan Pendidikan Negeri dan mengambil tindakan serta memberi maklum balas bagi perkara-perkara berkaitan kurikulum Pendidikan Khas. 2.3 Setiap perincian daripada Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah yang memerlukan tindakan dan maklum balas guru-guru Pendidikan Khas akan dimaklumkan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas atau Setiausaha Kurikulum Pendidikan Khas dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas. 3.0 PAKEJ MATA PELAJARAN 3.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Semakan 2017) Masalah Pembelajaran Tahap 1 3.1.1 Matapelajaran Teras: i. Asas 3M ii. Pengurusan Kehidupan iii. Pendidikan Islam /Pendidikan Moral iv. Pendidikan Jasmani v. Pendidikan Seni Kreatif 3.2 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Semakan 2017) Masalah Pembelajaran Tahap 2 3.2.1 Mata Pelajaran Teras i. Bahasa Melayu ii. Bahasa Inggeris iii. Matematik iv. Pengurusan Kehidupan v. Pendidikan Islam/Pendidikan Moral vi. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan vii. Pendidikan Muzik viii. Pendidikan Seni Visual KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM


14 ix. Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar x. Pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi xi. Kemahiran Hidup Asas 3.3 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Semakan 2017) Ketidakupayaan Penglihatan Tahap 1 3.3.1 Mata Pelajaran Teras i. Bahasa Melayu ii. Bahasa Inggeris iii. Matematik iv. Sains v. Pendidikan Islam / Pendidikan Moral vi. Pendidikan Jasmani (Suaian) dan Pendidikan Kesihatan vii. Pendidikan Kesenian (Suaian) viii. Kemahiran Asas Individu Ketidakupayaan Penglihatan Mata Pelajaran Tambahan Bahasa Arab/Bahasa Cina Kebangsaan/Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan/ Bahasa Iban/Bahasa Kadazandusun/Bahasa Semai 3.4 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Semakan 2017) Ketidakupayaan Penglihatan Tahap 2 3.4.1 Mata Pelajaran Teras i. Bahasa Melayu ii. Bahasa Inggeris iii. Matematik iv. Sains v. Pendidikan Islam / Pendidikan Moral vi. Pendidikan Jasmani (Suaian) dan Pendidikan Kesihatan vii. Pendidikan Kesenian (Suaian) viii. Sejarah ix. Reka Bentuk dan Teknologi x. Kemahiran Asas Individu Ketidakupayaan Penglihatan Mata Pelajaran Tambahan Bahasa Arab/Bahasa Cina Kebangsaan/Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan/ Bahasa Iban/Bahasa Kadazandusun/Bahasa Semai 4.0 SUKATAN PELAJARAN, RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT) DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH) 4.1 Sukatan Pelajaran (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran) (DSKP) 4.1.1 Sukatan Pelajaran yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan oleh setiap guru sama ada dalam bentuk salinan keras mahupun salinan lembut (softcopy). 4.1.2 Pelaksanaan KSSRPK hendaklah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh KPM melalui pekeliling:- KP(BPSH-SPDK) 201/005/01/jid 4(8) bertarikh 5 Mei 2011


15 4.2 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) 4.2.1 RPT disediakan sebelum sesi persekolahan tahun semasa bermula dari hari pertama hingga ke hari akhir persekolahan. Arahan ini mengikut SPI Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran. 4.2.2 RPT mesti digubal berdasarkan dan berpandukan sukatan pelajaran, Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) dan KSSRPK (Semakan 2017). 4.2.3 Penyediaan RPT perlu merujuk kepada Takwim Tahunan Persekolahan. 4.2.4 RPT boleh disediakan dalam bentuk salinan keras (hardcopy) atau salinan lembut (softcopy). 4.2.5 Penggubal perlu menghantar RPT pada sesi serahan tugas sesi akademik tahun semasa. 4.2.6 RPT perlu disahkan oleh Guru Besar sebelum digunakan untuk sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). 4.3 Buku Rekod Mengajar (BRM) dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) 4.3.1 BRM dan RPH disediakan tertakluk kepada ketetapan kurikulum sekolah, boleh diakses dan boleh ditunjukkan pada bila-bila masa terutama ketika guru melaksanakan PdPc dan apabila diperlukan oleh pihak pentadbiran sekolah, PPD, JPN dan KPM. 4.3.2 Guru hendaklah melengkapkan semua maklumat yang dikehendaki mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pentadbir sekolah. 4.3.3 RPH disediakan dengan mematuhi Surat Pekeliling Ihktisas Bilangan 3 Tahun 1999 yang perlu mengandungi empat perkara utama iaitu: i. Tajuk/Isi Pelajaran ii. Objektif iii. Aktiviti iv. Refleksi 4.3.4 RPH perlu dihantar bagi tujuan semakan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas atau Guru Besar pada setiap hari Jumaat minggu berkenaan (tertakluk kepada sebarang perubahan). 5.0 WAKTU PERSEKOLAHAN 5.1 Setiap murid dikehendaki mematuhi waktu persekolahan rasmi yang telah ditetapkan oleh sekolah berdasarkan waktu persekolahan tahun semasa. i. Program Pendidkan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran) Tertakluk kepada sebarang perubahan HARI TAHAP 1 TAHAP 2 ISNIN 7.30 AM – 12.00 PM 7.30 AM – 12.30 PM SELASA 7.30 AM – 12.00 PM 7.30 AM – 12.30 PM RABU 7.30 AM – 12.00 PM 7.30 AM – 12.00 PM KHAMIS 7.30 AM – 12.00 PM 7.30 AM – 12.00 PM JUMAAT 7.30 AM – 11.50 PM 7.30 AM – 11.50 PM


16 ii. Program Pendidkan Khas Integrasi (Ketidakupayaan Penglihatan) . Tertakluk kepada sebarang perubahan HARI TAHAP 1 TAHAP 2 ISNIN 7.30 AM – 12.50 PM 7.30 AM – 1.20 PM SELASA 7.30 AM – 12.50 PM 7.30 AM – 12.50 PM RABU 7.30 AM – 12.20 PM 7.30 AM – 12.20 PM KHAMIS 7.30 AM – 12.20 PM 7.30 AM – 12.20 PM JUMAAT 7.30 AM – 11.50 PM 7.30 AM – 11.50 PM 6.0 RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI) 6.1 Mesyuarat JK RPI perlu diadakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun setahun. Pengurusan dan pengendalian mesyuarat dilakukan oleh Penyelaras RPI. 6.2 Penyelaras RPI bertanggungjawab atas pengurusan/pengendalian RPI sepanjang tahun. 6.3 Sidang RPI bersama ibu bapa/penjaga dan murid diadakan 2 kali setahun bagi mendapatkan kebenaran dan menetapkan matlamat RPI yang hendak dicapai. 6.4 Proses Penyediaan RPI adalah seperti berikut: 6.5 Mesyuarat penetapan intervensi RPI sekurang-kurangnya 2 kali setahun dan minit mesyuarat mestilah disediakan oleh penyelaras RPI. 6.6 Jumlah murid bagi setiap guru adalah berdasarkan keputusan mesyuarat. Setiap guru perlu mengisi RPI murid masing-masing dengan menggunakan borang RPI manual yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 6.7 RPI dibuat dengan menetapkan matlamat yang ingin dicapai, merancang strategi pembangunan potensi MBPK sama ada berfokus kepada aspek kefungsian akademik atau transisi ke kerjaya. 6.8 Pelaporan RPI perlu mengambil kira laporan perkembangan murid yang dinilai oleh pakar perubahan atau pihak multi disiplin yang dirujuk oleh murid berkenaan.


17 6.9 Pelaporan RPI perlu diserahkan sesalinan kepada ibu bapa/penjaga murid, disimpan sesalinan dalam Fail Peribadi Murid untuk tujuan rujukan dan semakan semasa. 7.0 PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI) 7.1 Sekolah mesti melaksanakan program pendidikan inklusif berdasarkan surat garis panduan KPM.BP KHAS 200-1/1/16 Jld. 4(2) bertarikh 16 Mei 2014. 7.2 Mesyuarat JK PPI perlu diadakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun setahun. Pengurusan dan pengendalian mesyuarat dilakukan oleh Penyelaras PPI. 7.3 Pelaksanaan PPI meliputi: i. PPI Penuh ii. PPI Separa 7.4 Penyelaras RPI perlu memastikan semua murid Pendidikan Khas menduduki Ujian Senarai Semak Kesediaan Inklusif (SSKI) sebelum mencadangkan murid untuk mengikuti PPI penuh. 7.5 Penyelaras PPI bertanggungjawab dalam melaksanakan bimbingan dan pemantauan kepada murid-murid yang terlibat dengan PPI. 7.6 Penyelaras PPI perlu memastikan MBPK terpilih memasuki kelas mengikut jadual waktu yang ditetapkan. 7.7 Penyelaras PPI perlu menyimpan surat tawaran dan persetujuan ibu bapa serta rekod pencapaian perkembangan murid PPI untuk tujuan rujukan. 7.8 Murid yang mengikut program inklusif penuh adalah sepenuhnya murid perdana. 8.0 PENTAKSIRAN 8.1 Pentaksiran Alternatif Pendidikan Rendah (PAPR) 8.1.1 Pelaksanaan PAPR dimaklumkan pada SPLP Bil. 1/2023: Pelaksanaan PAPR bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Mulai Kalendar Akademik 2023/2024. 8.1.2 Tatacara pelaksanaan PAPR adalah mengikut ketetapan yang telah digariskan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). 8.1.3 PAPR tahun semasa dilaksanakan mengikut garis masa yang ditetapkan oleh pihak LPM. 8.1.4 Jadual Kerja PAPR sepanjang tahun peringkat sekolah hendaklah disediakan oleh Setiausaha PAPR PPKI, dipatuhi dan disimpan di dalam fail pentaksir. 8.1.5 Semua guru adalah pentaksir. Pentaksir boleh merujuk kepada Modul Pentaksir yang dikeluarkan oleh pihak LPM sebagai panduan. 8.1.6 Pengurusan calon bagi setiap pentaksir akan dibahagikan berdasarkan ketetapan yang di buat oleh pihak pengurusan Pendidikan Khas. 8.1.7 Semua pentaksir perlu memuatnaik bukti (eviden) bagi calon yang ditaksir dalam sistem MyPAPR mengikut garis masa yang ditetapkan oleh pihak LPM. 8.2 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 8.2.1 Tatacara pelaksanaan PBD adalah mengikut ketetapan yang telah digariskan oleh pihak KPM.


18 8.2.2 PBD tahun semasa dilaksanakan mengikut garis masa yang ditetapkan oleh pihak KPM. 8.2.3 Pengisian pelaporan penilaian PBD dibuat 2 kali setahun iaitu: i. Penilaian pertengahan tahun berakhir pada bulan Ogos tahun semasa ii. Penilaian akhir tahun berakhir pada bulan Februari tahun berikutnya. 8.2.4 Pelaporan PBD perlu direkod dalam template pelaporan standard yang telah disediakan oleh pihak KPM. 8.2.5 Pelaporan PBD perlu diserahkan sesalinan kepada ibu bapa/penjaga murid, sesalinan disimpan dalam Fail Peribadi Murid untuk tujuan rujukan. 8.2.6 Guru mata pelajaran perlu menyediakan analisis pelaporan PBD bagi mata semua mata pelajaran di ajar dan membentangkannya dalam Dialog Prestasi Peringkat Sekolah. 8.2.7 Analisis keseluruhan akan disediakan oleh Setiausaha Penilaian dan Pentaksiran Pendidikan Khas dan akan membentangkannya dalam Dialog Prestasi Peringkat Daerah. 8.3 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 8.3.1 UASA untuk murid inklusif penuh dan inklusif separa akademik yang mengikuti KSSR. 8.3.2 Murid yang terlibat dengan UASA mengikut jadual waktu peperiksaan aliran perdana. 8.3.3 Murid inklusif separa bagi matapelajaran teras juga akan mengikuti penilaian / peperiksaan seperti di aliran perdana. Tambahan masa 30 minit akan diberikan bagi setiap matapelajaran dan dijalankan di bilik khas. Begitu juga dengan Murid Bermasalah Pendengaran / Penglihatan yang mengikuti sukatan KSSR. 8.3.4 Murid yang tidak hadir dengan alasan yang kukuh (cuti sakit/temujanji hospital/kematian ahli keluarga terdekat) dibenarkan menduduki semula peperiksaan dengan menyertakan surat / bukti sokongan. 9.0 PEMANTAUAN 9.1 Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran 9.1.1 Pencerapan PdP mengikut surat pekeliling ikhtisas 3/1987: Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran. 9.1.2 Pencerapan dilaksanakan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan Pendidikan Khas. 9.1.3 Jadual pencerapan disediakan menerusi mesyuarat pengurusan sekolah. 9.1.4 Pencerapan guru/murid di bilik darjah dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun berdasarkan jadual yang telah dipersetujui dan ditetapkan menggunakan instrumen SKPM Kualiti@Sekolah. 9.1.5 Guru dan pencerap akan mengadakan sesi perbincangan sebelum pencerapan bagi menentukan kesesuaian pelaksanaan PdPc dalam semua aspek dan perbincangan selepas pencerapan bagi menambahbaik pelaksanaan PdPc.


19 9.2 Semakan Buku Aktiviti/Buku Latihan Murid 9.2.1 Latihan dan tugasan perlu diberikan kepada MBPK walaupun murid ini hanya boleh menconteng sahaja. Fail hasil kerja perlu diwujudkan bagi setiap murid (individu / matapelajaran) mengikut keperluan. 9.2.2 Latihan boleh dilakukan dalam bentuk lembaran kerja, kertas lukisan dan buku kerja dan perlu disemak oleh guru matapelajaran. 9.2.3 Buku nota dan buku latihan hendaklah diasingkan bagi setiap mata pelajaran. Lembaran kerja yang diberikan sewaktu PdPc atau tugasan kerja rumah hendaklah disimpan samada di tampal di dalam buku latihan atau disimpan di dalam fail bagi tujuan semakan dan rekod bukti (eviden) PBD murid. 9.2.4 Tugasan murid akan disemak oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas dua (2) kali setahun bagi memastikan penyemakan dilakukan secara konstruktif. Buku latihan akan dihantar kepada ibubapa untuk tujuan semakan, komen dan perlu ditandatangan. 9.2.5 Hasil kerja murid akan dibincangkan pada Hari Bertemu Pelanggan dan semua hasil perbincangan perlu direkod dalam laporan rancangan pendidikan individu (RPI). 10.0 PENINGKATAN PRESTASI Pematuhan terhadap perkara-perkara berikut yang dinyatakan dalam Buku Pengurusan Sekolah: i. Program Peningkatan Akademik ii. Perkembangan Staff iii. Kajian Tindakan iv. Penyertaan Pertandingan Ko-Akademik 11.0 PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH 11.1 Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah boleh dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kebenaran Ketua Jabatan. 11.2 Punca Kuasa pelaksanaan program ini adalah berdasarkan pekeliling, surat arahan dan peraturan-peraturan yang ditetapkan dari masa ke semasa. i. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2004: Pelaksanaan Pembelajaran Luar Bilik Darjah. ii. Surat Pekeliling Iktisas Bil.3 / 2019: SOP Penggunaan Kenderaan Sendiri Oleh Guru Untuk Membawa Murid Bagi Urusan Rasmi KPM.


20 1.0 PELAKSANAAN KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS 1.1 Pematuhan terhadap perkara-perkara yang dinyatakan dalam Buku Pengurusan Sekolah. 1.2 Pendidikan Khas melaksanakan aktiviti Kokurikulum: i. Unit Beruniform Pengakap Kanak – kanak / TKRS / BBSM ii. Kelab Usahawan Muda iii. Sukan dan Permainan yang sesuai dengan tahap keupayaan murid MBPK 2.0 MESYUARAT KOKURIKULUM 2.1 Penolong Kanan Pendidikan Khas memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi dalam JK Kokurikulum Sekolah manakala Setiausaha Kokurikulum Pendidikan Khas sebagai AJK Kokurikulum Sekolah. 2.2 Penolong Kanan Pendidikan Khas dan Setiausaha Kokurikulum Pendidikan Khas perlu menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah yang diadakan minimum 3 kali setahun mengikut standard piawaian Jabatan Pendidikan Negeri dan mengambil tindakan serta memberi maklum balas bagi perkara-perkara berkaitan kokurikulum Pendidikan Khas. 2.3 Setiap perincian daripada Mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah yang memerlukan tindakan dan maklum balas guru-guru Pendidikan Khas akan dimaklumkan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas atau Ketua Unit Kokurikulum Pendidikan Khas dalam taklimat mingguan atau Mesyuarat Unit Pendidikan Khas. 2.4 Setiap unit kokurikulum Pendidikan Khas mesti mengendalikan sekurang -kurangnya dua (2) kali mesyuarat setahun dan minit mesyuarat tersebut disimpan dalam fail unit sebagai rujukan setelah disemak oleh Ketua Unit Kokurikulum Pendidikan Khas dan disahkan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas. 2.5 Pematuhan terhadap perkara-perkara berikut yang dinyatakan dalam Buku Ketetapan Pelaksanaan Pengurusan Organisasi Sekolah: i. Mesyuarat Agung 3.0 PERJUMPAAN DAN AKTIVITI 3.1 Hari/Masa Perjumpaan 3.1.2 Perjumpaan aktiviti kokurikulum dijalankan secara pada hari Rabu persekolahan bermula jam 12.00 petang hingga 2.00 petang /yang ditetapkan oleh sekolah 3.1.3 Tambahan waktu perjumpaan tertakluk kepada keperluan unit, kelab atau persatuan masing-masing dengan mematuhi peraturan am sekolah. 3.2 Pematuhan terhadap perkara-perkara berikut yang dinyatakan dalam Buku Ketetapan Pelaksanaan Pengurusan Organisasi Sekolah: i. Buku Pengurusan Aktiviti Kokurikulum ii. Perjumpaan/Aktiviti Mingguan iii. Lawatan/Pertandingan KETETAPAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM


21 4.0 PENILAIAN DAN PENGHARGAAN 4.1 Pematuhan terhadap perkara-perkara berikut yang dinyatakan dalam Buku Pengurusan Sekolah : i. Penilaian Kokurikulum ii. Penghargaan Kokurikulum iii. Penentuan Gred Kokurikulum Ahli 5.0 PAPAN KENYATAAN (JIKA ADA) 5.1 Papan Kenyataan Kelab Persatuan / Kelab Permainan / Badan Beruniform boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada ahli-ahli kelab/persatuan. PASTIKAN MAKLUMAT TERKINI SAHAJA yang dilekatkan di papan kenyataan. 5.2 Gunakan papan kenyataan untuk sebarang pengumuman penting kepada ahli agar pelajar sentiasa peka dengan papan kenyataan sebagai salah satu media saluran maklumat yang diadakan di sekolah. 5.3 Kandungan papan kenyataan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut: 5.3.1 Nama Organisasi 5.3.2 Logo Organisasi ( jika berkenaan ) 5.3.3 Carta Organisasi Tahun Semasa 5.3.4 Senarai Nama Guru Pemimpin/Penasihat Tahun Semasa 5.3.5 Senarai Nama Ahli Jawatankuasa Tahun Semasa 5.3.6 Senarai Nama Ahli Tahun Semasa 5.3.7 Objektif/ Matlamat Penubuhan/ Sejarah Penubuhan 5.3.8 Perancangan Tahunan/Jadual Aktiviti Semasa 5.3.9 Laporan/Gambar Aktiviti Semasa 5.3.10 Ruangan Pengumuman 6.0 LAPORAN MESYUARAT/ TAKLIMAT/ BENGKEL/ KURSUS/ LAWATAN/ PERTANDINGAN 6.1 Laporan mesti bertaip mengikut format yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 6.2 Laporan mesti dihantar kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas selewat-lewatnya seminggu selepas menghadiri mesyuarat taklimat/bengkel/kursus/ lawatan/pertandingan sebanyak 3 salinan. Sebarang sijil yang diperoleh perlu dibuat salinan dan diserahkan kepada Setiausaha Kokurikulum Pendidikan Khas untuk difailkan. 6.3 Guru Penasihat harus melengkapkan Rekod Penglibatan dan Pencapaian Ahli selepas setiap aktiviti atau pertandingan dalamBuku Laporan Aktiviti Kokurikulum masing-masing atau memuat naik dalam google drive atau google classroom mengikut ketetapan sekolah. 6.4 Guru kelas melengkapkan pengisian Pentaksiran PAJSK kepada murid yang ditaksir dan menyerahkan pelaporan dan analisa gred kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas.


22 1.0 PELAKSANAAN HAL EHWAL MURID PENDIDIKAN KHAS Pematuhan terhadap perkara-perkara yang dinyatakan dalam Buku Pengurusan Sekolah. 2.0 DASAR AM PENGURUSAN KELAS 2.1 Kehadiran Murid 2.1.1 Semua butiran murid dalam Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) / IDMe hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan. 2.1.2 Kehadiran murid perlu dikemaskini dalam sistem APDM dan IDMe pada setiap hari persekolahan sebelum jam 09:00 pagi. 2.1.2.1 Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah. 2.1.2.2 Murid yang datang selepas 2 jam masih dikira hadir ke sekolah. 2.1.3 Rekod Kawalan Kelas mestikan digunakan sebagai rujukan keberadaan murid di sekolah. 2.1.4 Dokumen sokongan tidak hadir atau lewat perlu diberi kepada guru kelas dan disimpan dalam fail atau folder ketidakhadiran. 2.1.5 Surat Amaran Ketidakhadiran mengikut garis panduan yang ditetapkan Unit HEM juga digunapakai untuk MBPK yang tidak hadir ke sekolah tanpa dokumen sokongan. Surat amaran ini boleh diakses melalui Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM). 2.1.6 Analisa kehadiran murid setiap bulan perlu dimuat turun dan dicetak untuk simpanan folder Hal Ehwal Murid. 2.2 Fail Peribadi Murid dan Buku Kesihatan Murid 2.2.1 Semua murid Pendidikan Khas wajib mempunyai fail peribadi. Fail ini diurus oleh Setiausaha Unit Hal Ehwal Murid. 2.2.2 Guru kelas perlu memastikan nama penuh murid, tahun kelahiran dan gambar murid dilekatkan pada kulit hadapan dan tetulang fail. 2.2.3 Kandungan fail peribadi adalah seperti berikut: i. Maklumat Peribadi Murid ii. Surat Penempatan Murid iii. Laporan Perubatan Murid iv. Salinan Sijil Kelahiran Murid v. Salinan Kad Pengenalan Murid vi. Salinan kad OKU vii. Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa / Penjaga viii. Salinan Buku Akaun BSN ix. Salinan surat pertukaran murid (jika ada) x. Salinan Suntikan Imunisasi Murid xi. 3 keping gambar murid berukuran passport xii. Lain-lain dokumen yang perlu 2.2.4 Buku Kesihatan Murid yang diuruskan oleh JK Kebajikan dan Kesihatan. Buku ini disimpan di dalam fail peribadi murid KETETAPAN PELAKSANAAN HAL EHWAL MURID


23 2.2.5 Fail peribadi murid hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan persekolahannya atau bertukar sekolah. 2.2.6 Semua fail peribadi murid berlokasi di ruang/bilik yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Pendidikan Khas. 2.2.7 Fail peribadi murid perlu sentiasa dikemaskini oleh guru kelas. Pengemaskian semasa fail peribadi perlu dimuatkan dengan perkara-perkara berikut: i. Keputusan Penilaian Senarai Semak Kesediaan Inklusif ii. Rancangan Pendidikan Individu iii. Slip ujian Psikometrik iv. Slip PAJSK v. Pelaporan Penilaian PBD vi. Sijil dan Transkrip PAPR 2.3 Pematuhan terhadap perkara-perkara berikut yang dinyatakan dalam Buku Pengurusan Sekolah: i. Fail guru kelas ii. Pendaftaran Murid Baharu iii. Buku Teks iv. Murid Keluar/Bertukar/Berpindah v. Pengurusan dan Organisasi Kelas vi. Senarai Nama Murid Dalam Kelas (Awal Tahun) 2.4 Pendaftaran Murid Baharu 2.4.1 Proses kemasukan murid arus perdana ke PPKI: i. Mendapat pengesahan pegawai perubatan. ii. Mendaftar dan memperoleh surat penempatan daripada PPD. 2.4.2 Proses penempatan murid MBPK di sekolah yang sama adalah melalui Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah setelah mengambil kira para 2.4.1 Surat penempatan murid dikeluarkan oleh pihak sekolah 2.5 Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks 2.5.1 Semua murid warganegara Malaysia layak menerima SPBT. Arahan surat SMKRPS/HEM/SPBT/3. 2.5.2 Penyelaras SPBT Pendidikan Khas bertanggungjawab atas pengurusan/ pengendalian setiap urusan penerimaan dan pemulangan buku teks. 2.5.3 Satu (1) set buku teks setiap murid akan diberi selewat-lewatnya pada hari pertama persekolahan kecuali sekiranya sekolah mengalami kekurangan buku teks. 2.5.4 Sistem fail SPBT yang perlu ialah: i. Fail 1: Minit mesyuarat, takwim, carta organisasi, peraturan SPBT, Surat Pelantikan Penyelaras. ii. Fail 2: Surat Menyurat Bekalan dan Pesanan, Surat Edaran BBT/JPN/PPD iii. Fail 3: Rumusan enrolmen murid, cetakan e-SPBT, rekod buku hilang / kurang iv. Fail 4: Salinan sijil akuan, salinan invois, salinan nota serahan v. Fail 5: Surat kelulusan JPN, salinan borang Arkid 2/08, cara pemusnahan


24 rekod vi. Fail 6: Surat laporan, taksiran, audit, pemantauan nazir. 2.5.5 Fail juga mesti ada buku stok dan fail stok 2.5.6 Semua pesanan mesti diisi dalam sistem eSPBT (sistem pengurusan buku teks). 2.5.7 Semua guru mesti menggunakan buku teks dan buku kerja yang dibekalkan serta perlu disemak 2.5.8 Stok buku teks yang ada mestilah diuruskan dengan baik dan secara sistematik. Ketetapan lokasi adalah mengikut ketetapan pihak pengurusan Pendidikan Khas dengan mengambil kira perbincangan bersama dengan Penyelaras SPBT sekolah. 3.0 DASAR AM PENGURUSAN DISIPLIN 3.1 Pematuhan terhadap perkara-perkara berikut yang dinyatakan dalam Buku Pengurusan Sekolah: i. Ponteng Sekolah ii. Buku Kawalan Kelas (BKK) iii. Disiplin Murid iv. Tanggungjawab Guru v. Dasar Umum Disiplin 4.0 DASAR AM KEBAJIKAN MURID 4.1 Pematuhan terhadap perkara-perkara berikut yang dinyatakan dalam Buku Pengurusan Sekolah: i. Khidmat Bimbingan dan Kaunseling ii. Kebajikan Murid 4.2 Pengurusan Elaun Murid Khas (EMK) 4.2.1 Penyelaras EMK bertanggungjawab terhadap pengurusan permohonan EMK berdasarkan Pindaan Perenggan 5.1 dan 7.1 Surat Pekeliling Kewangan Bil. 02 Tahun 2018 Mengenai Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) dan Garis Panduan Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) Tahun 2019. 4.2.2 Penyelaras EMK perlu memastikan bahawa semua maklumat murid telah dikemaskini dalam APDM terutama bagi perkara penandaan (tagging) kategori MBPK. 4.2.3 Penyelaras EMK perlu memastikan setiap Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) memiliki akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional (BSN). 5.0 DASAR AM KEBERSIHAN DAN KESIHATAN 5.1 Pematuhan terhadap perkara-perkara berikut yang dinyatakan dalam Buku Pengurusan Sekolah: i. Rekod Kesihatan Murid ii. Kad Pergigian Murid iii. Surat Rawatan Murid iv. Murid Sakit v. Kantin Sekolah


25 6.0 DASAR AM KESELAMATAN SEKOLAH 6.1 Pematuhan terhadap perkara-perkara berikut yang dinyatakan dalam Buku Ketetapan Pelaksanaan Pengurusan Organisasi Sekolah: i. Latihan Kecemasan/Kebakaran ii. Polisi Sekolah Selamat iii. Kenderaan Guru, Ibu Bapa/Penjaga dan Murid iv. Pondok Kawalan Keselamatan v. Menangani Bencana 6.2 PPM dan guru bertugas mingguan hendaklah menyambut kedatangan dan memastikan murid terakhir selamat pulang sebelum rehat makan tengah hari. 6.3 Jika ada murid sakit, guru tingkatan/guru bertugas mingguan/PPM hendaklah memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga untuk menjemput anak mereka di sekolah. Guru tingkatan/guru bertugas mingguan/PPM perlu merekod butiran murid yang dibenarkan pulang dalam Buku Laporan Rekod Keluar Murid yang berada di pejabat sekolah. Surat rawatan ke klinik perlu dibekalkan sekiranya perlu. 6.4 Jika keadaan kesihatan murid kritikal dan memerlukan pihak sekolah mengambil langkah membawa murid atau memanggil ambulan untuk membawa murid ke klinik atau hospital, kebenaran daripada ibu bapa / penjaga murid akan diperolehi secara lisan melalui media komunikasi seperti panggilan telefon atau melalui mesej di aplikasi whatsapp/telegram. 6.0 DASAR AM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN DAN PROGRAM SUSU SEKOLAH 6.1 Pematuhan terhadap perkara-perkara berikut yang dinyatakan dalam Buku Pengurusan Sekolah: i. Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) ii. Program Susu Sekolah (PSS) 6.2 Semua MBPK mendapat makanan percuma RMT/PSS seperti yang termaktub dalam pekeliling: i. SPK bil 1 tahun 2013 - RMT ii. KPM 100-1/4/2JLD.2 (25) - PSS 6.3 Makanan akan dihidangkan pada waktu pagi atau waktu rehat. 6.4 Menu adalah mengikut menu yang dicadangkan oleh pihak KPM. 6.5 Peruntukan makanan untuk murid adalah sebanyak RM 3.50 seorang murid. 6.6 MBPK hendaklah makan bersama dan diselia oleh guru bertugas dan PPM 6.7 Guru RMT akan merasa makanan itu terlebih dahulu sebelum memberi kepada murid Jika makanan itu rosak, guru hendaklah melaporkan kepada 6.8 Rekod kehadiran murid akan dicatat setiap hari. 6.9 Program Susu Sekolah merupakan sokongan kepada pemerkasaan kepada RMT. 6.10 Tatacara pengelolaan PSS tertakhluk kepada Panduan Pengurusan Program Susu Sekolah ( PSS ) KPM.


26 6.5 Segala kejadian atau kemalangan yang berlaku hendaklah dilaporkan kepada guru bertugas untuk direkodkan ke dalam Buku Laporan Bertugas Mingguan/Buku Laporan Displin. TAMAT PENGHARGAAN PN. NURUL ADIBAH BINTI AZMI PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH UNIT PENDIDIKAN KHAS SEKTOR PEMBELAJARAN PPD KUALA LANGAT EN. NORHIZAM BIN ISMAIL PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH UNIT PENDIDIKAN KHAS SEKTOR PEMBELAJARAN PPD KUALA LANGAT PN. NORLELA BINTI ARSHAD PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS SK OLAK LEMPIT PN. AZIZAH BINTI ABD. RAHMAN PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS SK SRI LANGAT TN HJ MD ASIM BIN ISMAIL PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS SK TELOK PANGLIMA GARANG PN. SURIYATI BINTI TUMIRAN PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS SK RTB BUKIT CHANGGANG PN. NOORAIZAH BINTI AB. RAZAK PENYELARAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK BANDAR BANTING PN. ROFIDA BINTI ABU BAKAR PENYELARAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK SIJANGKANG PN. NORA BINTI HASSAN PENYELARAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK MORIB


Click to View FlipBook Version