The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hwrdpro, 2021-11-07 10:27:48

Peta Minda

PETA MINDA













DIBUAT OLEH:HOWARD ALFRED


BIDANG : PPISMP MUZIK

PENGENALAN











Peta minda banyak digunakan oleh guru, pensyarah, jurutera bahkan


murid juga menggunakan peta minda untuk membuat nota. Menurut Buzan

(2003), peta minda ini digunakan oleh pelbagai bidang. Contohnya,dalam


bidang pembelajaran dan pendidikan peta minda diajar sebagai “Jaring” atau


“Penjaringan”,. Manakala dalam bidang kejuruteraan digunakan dalam


pengilustrasian. Peta minda dicipta oleh seorang pengarang buku Tony


Buzan. Beliau mencipta instrumen ini pada tahun 1974. Tony Buzan


memperkenalkan ciptaanya iaitu "Peta Minda" dalam sebuah rancangan yang

dihoskan oleh Beliau yang bertajuk "Use Your Head" . Inspirasi bagi beliau


untuk mecipta peta minda ini datang daripada seorang ahli falsafah bebangsa


Poland yang bernama Alfred Habdank Skarbek Korzybski. Ahli falsafah ini


menarik minat Tony Buzan apabila dia menyatakan membaca traditional iaitu


dengan mengimbas setiap ayat dari kiri ke kanan bukanlah kaedah yang


terbaik. Sejak dari itu, Tony Buzan mula untuk mencari penyelesaian bagi


masalah tersebut dan akhirnya mencipta peta minda yang ringkas tetapi

padat dengan maklumat.

(Tony Buzan) (Alfred Korzybski)



Pencipta Inspirasi kepada Tony




Instrumen Peta Buzan untuk mencipta



Minda Peta Minda

KEPENTINGAN










PETA MINDA

1.Membuat Nota








Di dalam jumlah besar murid pasti lebih inginkan



maklumat yang lebih ringkas tetapi padat. Hal ini kerana



nota yang panjang dan disertakan ayat panjang mampu




membuat suatu nota tersebut kelihatan tidak kemas. Oleh



hal yang demikian, peta minda mampu menyelesaikan



masalah tersebut. Kebanyakan subjek yang diajarkan di



sekolah boleh diambil nota dengan kaedah peta minda.

2.Ingat Kembali








Apabila maklumat diimbas daripada ingatan, peta



minda mampu membantu dengan idea yang terlintas di




fikiran dicatat dengan keaadan pantas dalam keadaan



terurus. Catatan tidak memerlukan ayat penuh dan



hanya perlu mengambil kata kunci yang penting. Peta



minda adalah salah satu instrumen yang mampu




berfungsi dengan pantas untuk aktivti yang memerlukan



imbas kembali nota kuliah.

3.Kreativiti









Apabila mencetuskan sesuatu idea berdasarkan



kreativiti, peta minda membebaskan pemikiran daripada




pemikiran linear dan membolehkan idea-idea baharu



tercetus. Apabila mengguna peta minda, pengguna



harus menganggap setiap item di dalam peta minda



sebagai pusat kepada peta minda yang baharu.

4.Penyelesaian Masalah












Apabila seseorang individu menghadapi masalah



mahupun dalam bidang profesional atau secara



peribadi. Peta minda mampu membantu individu




mengenal pasti masalah dan punca tercetus masalah.

5.Perancangan










Jika seseorang individu membuat perancangan,




peta minda dapat membantu individu mengurus dan



mengatur maklumat dengan mudah. Peta minda boleh



digunakan untuk merancang penulisan seperti surat



hingga ke skrip lakonan. Selain daripada bentuk



penulisan, peta minda dapat merancang aktiviti fizikal




seperti mesyuarat, aktivti harian, perlancongan dan



persembahan.

Mengapa Peta Minda?











Peta minda merupakan salah satu instrumen pembelajaran yang



dicipta untuk memudahkan pembelajaran itu sendiri. Dari tiga


elemen seperti teks, grafik dan gambar peta minda mempunyai


kelebihannya tersendiri. Dari segi teks yang ringkas dan mudah


difahami diikuti dengan teks yang teks yang tidak begitu kecil,



maka mata tidak berasa letih untuk membaca kandungan yang


terdapat dalam peta minda. Tambahan pula, peta minda


mempunyai grafik yang menarik meskipun ringkas. Hal tersebut



mampu menarik perhatian kanak-kanak untuk belajar berbanding


membaca teks yang panjang. Seterusnya, gambar yang terdapat


dalam peta minda mampu menambah lagi kefahaman terhadap



ilmu yang dibentangkan dan pembelajaran. Kesimpulannya, peta


minda mempunyai banyak kebaikan bagi dunia pembelajaran dan


patut dipopulerkan lagi bagi tujuan pembelajaran pada masa akan



datang.

GAMBAR PETA












MINDA

Peta Minda German

Peta Minda Thailand

Peta Minda China

GUNALAH PETA











MINDA!!!


Click to View FlipBook Version