15.1 CARA-CARA MEMBASUH SEPASANG SARUNG KAKI 1. Buang kotoran seperti lumpur atau apa-apa tanda yang melekat pada stoking. 2. Rendam stoking putih dalam air suam bersama-sama serbuk pencuci selama 30 minit, untuk melonggarkan kotoran, bergantung pada jenis kotoran. 3. Asingkan stoking putih daripada kain-kain yang berwarna. 4. Jika kotoran yang degil, boleh dicampurkan dengan bahan peluntur yang telah dicairkan. 5. Stokin yang lembut tidak boleh diberus. Gosok dan ramas dengan tangan sahaja. 6. Bilas stoking hingga bersih. Larutkan campuran nila dan air dan rendam stoking beberapa ketika supaya air nila itu rata pada stoking. 7. Perah dengan lembut. Letakkan stoking di atas tuala dan gulung dengan ketat untuk menyerapkan air yang berlebihan. 8. Keringkan stoking pada cahaya matahari yang agak terlindung dan di tempat yang berangin dengan ira ke bawah.
15.2 MENYAPU DAN MENGIBAS HABUK DI BILIK CARA-CARA MEMBERSIHKAN BILIK. 1. Buka semua tingkap, pintu , ketepikan langsir dan padamkan kipas. 2. Gulung hamparan bilik jika ada.Bawa keluar dan anginkan atau sedut habuk dengan perbersih hampagas. 3. Kemaskan meja tulis, meja solek dan perabot lain yang ada di dalam bilik tersebut. 4. Gunakan penyapu khusus untuk bilik semasa menyapu. 5. Penyapu hendaklah ringan supaya tidak memenatkan. 6. Sapu lantai, bahagian bawah meja, bawah katil dan semua bahagian yang tersorok. 7. Sapu juga dinding bilik dan sawang yang ada pada siling bilik . Kosongkan bakul sampah yang ada di dalam bilik. 8. Mop lantai dan keringkan. 9. Lap cermin tingkap, bingkai tingkap, perabot, gambar-gambar dan perhiasan dinding 10.Setelah siap,letakkan semua peralatan bilik ke tempat asalnya.
15.3 MENGEMAS BILIK DAN TEMPAT TIDUR CARA-CARA MEMBERSIHKAN BILIK DAN TEMPAT TIDUR. 1. Buka semua tingkap, pintu , ketepikan langsir dan padamkan kipas. 2. Gulung hamparan bilik jika ada.Bawa keluar dan anginkan atau sedut habuk dengan perbersih hampagas. 3. Kemaskan dan lap dengan kain lembap yang bersih meja tulis, meja solek dan perabot lain yang ada di dalam bilik tidur tersebut. 4. Gunakan penyapu khusus untuk bilik semasa menyapu atau gunakan alat penyedut hampagas. 5. Sapu lantai, bahagian bawah meja, bawah katil dan semua bahagian yang tersorok. 6. Sapu juga dinding bilik dan sawang yang ada pada siling bilik . Kosongkan bakul sampah yang ada di dalam bilik. 7. Mop lantai dan keringkan. 8. Lap juga cermin tingkap, bingkai tingkap, dan perhiasan dinding 9. Setelah siap,letakkan semua peralatan bilik ke tempat asalnya. 10.Keluarkan cadar dan kain sarung bantal. 11.Anginkan tilam, bantal dan selimut. 12.Setelah beberapa jam menganginkan tilam, bantal dan selimut,kemaskan katil dengan kain cadar dan sarung bantal yang bersih. 13.Lipatkan selimut, letakkan pada hujung kaki katil.Tepuk-tepukkan bantal, letakkan pada bahagian kepala katil.
15.4 MENCUCI PINGGAN MANGKUK CARA-CARA MENCUCI PINGGAN MANGKUK. 1. Buang semua sisa makanan ke dalam tong sampah. 2. Kosongkan rak pinggan.Pinggan mangkuk yang sudah kering disimpan di tempat yang berasingan. 3. Asingkan cawan, susu, pinggan, dan bekas makanan yang lain. 4. Sediakan air sabun dan span pencuci pinggan. 5. Basuh cawan, dan gelas dahulu kerana alatan ini tidak berminyak dan dapat menjimatkan sabun. Ini untuk mengelakkan bekas minuman ini berbau kari atau sebagainya. 6. Basuh pinggan dan mangkuk pula diikuti sudu, senduk, dan periuk. 7. Bilas semua peralatan mengikut susunan basuhan tadi. Toskan dan susun pada rak pinggan mengikut kategori peralatan. 8. Setelah kering, susun dan simpan ke dalam kabinet dapur.
15.5 MENCUCI PERIUK CARA-CARA MENCUCI PERIUK. 1. Buang semua sisa makanan ke dalam tong sampah. 2. Sediakan air sabun dan alat gosok periuk . 3. Basuh penutup periuk dahulu, diikuti oleh periuk. 4. Kesan hangus pada periuk boleh dihilangkan dengan meletakkan larutan garam bersama soda bikarbonat. 5. Kotoran yang degil boleh dihilangkan dengan penggosok keluli bercampur dengan air sabun suam. 6. Bilas periuk dan penutup dan keringkan pada rak pinggan. 7. Setelah kering, simpan di dalam kabinet dapur.