The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Tembikar Pulau Tiga merupakan salah satu tembikar tradisional Negeri Perak. Tembikar ini dihasilkan di Mukim Pulau Tiga dalam Daerah Perak Tengah. Pulau Tiga telah dicatatkan dalam Royal Journal Anthropological Of Great Britain And Ireland terbitan 1903 oleh kurator Muzium Perak yang pertama, Leonard Wray Jr. sebagai salah satu daripada empat kawasan yang terkenal dengan perusahaan pembuatan tembikar labu di Negeri Perak selain Kuala Kangsar, Lenggong dan Bukit
Gantang.
Tembikar Pulau Tiga dikatakan mempunyai kualiti pembuatan paling tinggi diikuti tembikar Sayong dan Lenggong. Malah, ketiga-tiga kawasan tersebut terletak di persisiran Sungai Perak.
Tembikar Pulau Tiga mengekalkan warna merah tanah liat, tidak dihitamkan dan mempunyai corak bunga timbul atau bunga tampal. Corak bunga timbul dibentuk menggunakan tangan atau acuan plaster, seterusnya ditampal pada badan labu mentah atau pasu. Kemudian, badan labu akan dihiasi dengan pelbagai motif dan corak terapan seperti bunga padi, cakar ayam, siku keluang, susur kelapa dan pelbagai corak yang diilhamkan
daripada flora dan fauna. Antara jenis tembikar Pulau Tiga yang sering dihasilkan ialah labu, pasu tinggi dan geluk bertutup, bermula sejak tahun 2020.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BAHAN BACAAN DIGITAL TAMAN ILMU SRIIPSU, 2025-02-27 03:03:15
Tembikar Pulau Tiga merupakan salah satu tembikar tradisional Negeri Perak. Tembikar ini dihasilkan di Mukim Pulau Tiga dalam Daerah Perak Tengah. Pulau Tiga telah dicatatkan dalam Royal Journal Anthropological Of Great Britain And Ireland terbitan 1903 oleh kurator Muzium Perak yang pertama, Leonard Wray Jr. sebagai salah satu daripada empat kawasan yang terkenal dengan perusahaan pembuatan tembikar labu di Negeri Perak selain Kuala Kangsar, Lenggong dan Bukit
Gantang.
Tembikar Pulau Tiga dikatakan mempunyai kualiti pembuatan paling tinggi diikuti tembikar Sayong dan Lenggong. Malah, ketiga-tiga kawasan tersebut terletak di persisiran Sungai Perak.
Tembikar Pulau Tiga mengekalkan warna merah tanah liat, tidak dihitamkan dan mempunyai corak bunga timbul atau bunga tampal. Corak bunga timbul dibentuk menggunakan tangan atau acuan plaster, seterusnya ditampal pada badan labu mentah atau pasu. Kemudian, badan labu akan dihiasi dengan pelbagai motif dan corak terapan seperti bunga padi, cakar ayam, siku keluang, susur kelapa dan pelbagai corak yang diilhamkan
daripada flora dan fauna. Antara jenis tembikar Pulau Tiga yang sering dihasilkan ialah labu, pasu tinggi dan geluk bertutup, bermula sejak tahun 2020.
Click to View FlipBook Version