BAHAN BACAAN DIGITAL TAMAN ILMU SRIIPSU
  • 101
  • 1
"Terendak Melanau"
"Terendak Melanau"
TERENDAK MELANAU atau juga lebih dikenali sebagai "Serao" merupakan salah satu warisan seni anyaman masyarakat Melanau yang diperbuat daripada rotan dan dahan pokok rumbia.
Penggunaan terendak suatu ketika dahulu kebiasaan bagi masyarakat Melanau ketika bekerja di luar seperti menangkap ikan atau bercucuk tanam.
Kini, pemakaian terendak bagi kaum Melanau lebih kepada salah satu aksesori lengkap busana tradisi kaum ini yang sering digunakan ketika menghadiri Pesta Kaul atau perayaan tradisi lain.
Setiap daerah yang mempunyai penduduk kaum Melanau menghasilkan kraf terendak tersendiri.
Contohnya terendak Melanau Dalat mempunyai motif dan corak yang lebih halus berbanding daerah lain. Terendak Dalat juga menjadi salah satu ikon kepada Daerah Dalat.
Ia unik dari segi motif, corak, warna dan ketahanan. Aktiviti membuat kraf tangan terendak menjadi salah satu sumber pendapatan sampingan wanita sejak zaman dahulu.
kredit foto : Kraftangan Sarawak
View Text Version Category : 0
  • Follow
  • 0
  • Embed
  • Share
  • Upload
Related publications