The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ezani.an, 2016-12-21 20:56:42

MANUAL PENGURUSAN 2017_2

MANUAL PENGURUSAN 2017_2

MANUAL PENGURUSAN 2017

BAHAGIAN 1 : DASAR KUALITI

DASAR KUALITI SEKOLAH

Dasar Kualiti Pengurusan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra
merupakan asas dan rujukan kepada tindak kerja atau perkhidmatan kepada pelanggan
ke arah merealisasikan visi dan misi serta pencapaian matlamat dan objektif sekolah.

1. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
1.1 DASAR KUALITI
1.1.1 Pentadbiran pejabat yang cekap dan memberi perkhidmatan yang
berkualiti kepada semua pelanggan khususnya pelajar
1.2 MATLAMAT
1.2.1 Meningkat dan mengekalkan prestasi pengurusan dan pentadbiran
sekolah pada setiap masa.
1.2.2 Membentuk pasukan kerja sekolah yang bersikap pro-aktif dalam
menghadapi sebarang perubahan pendidikan atau cabaran keadaan.
1.2.3 Menggandakan usaha untuk meningkatkan kualiti pengurusan.
1.2.4 Melestarikan dan melonjakkan kecemerlangan Sekolah Berprestasi
Tinggi (SBT)
1.3 STRATEGI
1.3.1 Edaran Pekeliling Pengetua (dalaman) mengenai sesuatu dasar
sekolah.
1.3.2 Edaran Pekeliling Ikhtisas dan Perkhidmatan Kementerian Pendidikan
Malaysia dari semasa ke semasa.
1.3.3 Kolokium untuk membincangkan hal berkaitan profesionalisme
keguruan - Perjumpaan Profesional Pengetua-Guru.
1.3.4 Pendokumentasian aktiviti perancangan, pelaksanaan dan penilaian
setiap program sekolah.
1.3.5 Taklimat mingguan pengurusan dan pentadbiran
1.3.6 Mesyuarat-mesyuarat Kawalan Mutu Kerja (Work Quality Control)

I. Mesyuarat Mingguan Majlis Pengurusan Sekolah
II. Mesyuarat Berkala Jawatankuasa Kewangan Sekolah

1 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

III. Mesyuarat Berkala Jawatankuasa Kurikulum
IV. Mesyuarat Berkala Jawatankuasa Kokurikulum
V. Mesyuarat Bulanan Warden
VI. Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Bimbingan & Kaunseling
VII. Mesyuarat pelaksanaan program-program SBT serta

program-program sekolah

1.3.7 Post-Mortem pelaksanaan semua program sekolah

1.3.8 Latihan Dalam Perkhidmatan yang berfokus kepada pengurusan yang
berkualiti

2. PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN SEKOLAH
2.1 DASAR KUALITI
2.1.1 Pengurusan Kewangan yang cekap dan berkualiti . Semua
penerimaan dan pembelian mematuhi peraturan, prosedur dan
kawalan-kawalan yang ditetapkan.
2.2 MATLAMAT
2.2.1 Memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan mengikut
peruntukan yang ada secara berhemah.
2.2.2 Melaksanakan kutipan yuran pelajar secara efisien
2.2.3 Mengguna dan menyatakan Penyata Tahunan Sekolah berkomputer
(PATSKOM)
2.2.4 Menjalankan kawalan dalaman melalui Juru Audit Dalam.
2.2.5 Memastikan Laporan Audit Tanpa Syarat dan berusaha mendapat
laporan audit cemerlang.
2.2.6 Berusaha untuk memperolehi Anugerah Kualiti dalam Pengurusan
Kewangan.
2.2.7 Pembayaran melalui e-SPKB dan Akaun Akruan
2.3 STRATEGI
2.3.1 Mesyuarat berkala kewangan.
2.3.2 Pengauditan dalaman secara bulanan
2.3.3 Mematuhi Prosedur pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah.
2.3.4 Perancangan pembelian aset dan peralatan.

2 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

2.3.5 Pengagihan belanjawan mengikut jabatan/ bidang.

2.3.6 Amalan perbelanjaan berhemah.

2.3.7 Pemantauan berterusan.

2.3.8 Perolehan mengikut prosedur kewangan yang sedia ada

3. PENGURUSAN KURIKULUM

3.1 DASAR KUALITI

Pengurusan Kurikulum yang berkualiti merangkumi pengurusan panitia yang
kemas dan PdP yang berkesan berpusatkan pelajar serta pentaksiran yang
sistematik dan berkualiti.

Sasaran pencapaian sekolah dalam peperiksaan awam adalah seperti
berikut:

 Pentaksiran PT3: Berjaya melahirkan murid yang mempunyai
kemahiran berfikir aras tinggi

 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM): Pencapaian 30% semua A dan GPS
1.27

Selaras sebagai salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah
Berprestasi Tinggi (SBT), para pelajar sewajarnya berupaya mendapat
penajaan pihak kerajaan atau swasta untuk melanjutkan pelajaran ke luar
negara dan IPTA

3.2 MATLAMAT

3.2.1 Meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar dari semasa ke semasa
dengan penentuan tindakan susulan yang sesuai.

3.2.2 Memastikan kesesuaian isi kandungan mata pelajaran yang
disampaikan kepada para pelajar, selaras dengan penetapan sukatan
pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia.

3.2.3 Mengkaji dan menilai kesesuaian buku dan bahan rujukan tambahan
bagi kegunaan pelajar.

3.2.4 Melahirkan pelajar cemerlang yang layak melanjutkan pelajaran ke
luar negara dan IPTA / IPTS terbaik di dalam negara

3.2.5 Melahirkan para pelajar yang berilmu pengetahuan dan kemahiran
bagi memenuhi keperluan pasaran abad ke 21

3.2.6 Melahirkan individu yang menghayati pembelajaran sepanjang hayat.

3.2.7 Melonjak kecemerlangan SBT

3 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

3.3 STRATEGI
3.3.1 Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan dan Harian serta Unit
Plan yang mantap
3.3.2 Penyeliaan proses PdP yang terancang dan sistematik.
3.3.3 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum dan Dialog Prestasi
sebelum/selepas Peperiksaan di peringkat sekolah.
3.3.4 Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran sekurang-kurangnya 4 kali setahun

.
3.3.5 Pentaksiran/Penilaian Bulanan/Topikal

3.3.6 Mengaplikasikan pendekatan PdP abad ke-21
3.3.7 Program Kecemerlangan Menengah Rendah, Tingkatan 4 dan SPM

 Ceramah Motivasi dan Pembangunan Modal Insan
 Kelas-kelas Bimbingan,Tutorial dan Klinik Mata Pelajaran
 Melaksanakan pengurusan PdP secara ’Headcount”
 Aku janji Pelajar-IbuBapa, Pelajar-Guru Mata Pelajaran &

Pelajar-Pengetua (Sekolah).
 Pengurusan Bilik Darjah yang berkesan.
 Pemeriksaan Buku Latihan/Rampaian Pelajar secara berkala.
 Program ‘Buddy Academic Support’ (BAS)
 Program Bicara Mutiara (Perjumpaan antara Pengetua,

Penolong Kanan dan Kaunselor dengan Pelajar-pelajar yang
berprestasi rendah)
 Majlis Konsultasi (Perjumpaan antara Ibu bapa/Penjaga
Pelajar dengan Guru-guru Mata Pelajaran atau Mentor)
 Penganugerahan Anugerah Cemerlang Akademik
 Majlis Jejak Cemerlang SPM
 Program ”Principal’s List Award”

4 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

4. PENGURUSAN KOKURIKULUM

4.1 DASAR KUALITI

Pengurusan Kokurikulum yang berkualiti dalam tiga bidang utama iaitu kelab
& persatuan, pasukan beruniform dan sukan & permainan. Penekanan
kepada perkembangan diri pelajar dalam kognitif, afektif dan psikomotor
supaya hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat direalisasikan.

4.2 MATLAMAT

4.2.1 Kelab & Persatuan

I. Melahirkan pelajar yang memahami hal-hal berkaitan
pengurusan dan pentadbiran organisasi persatuan &
kelab.

II. Membolehkan pelajar membina kemahiran insaniah dalam
hubungan kemanusiaan

III. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasi dan
memperkukuhkan segala pengetahuan yang dipelajari di bilik
darjah.

IV. Memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka/mencari
maklumat bersama ahli-ahli kelab dan persatuan.

V. Memupuk ciri-ciri kepimpinan pelajar.

4.2.2 Pasukan Beruniform

I. Melahirkan anggota kumpulan yang bersatu dan
mengamalkan semangat kekitaan.

II. Membentuk pelajar yang berdisiplin dan taat kepada undang-
undang dan peraturan

III. Membentuk generasi yang boleh memberi khidmat sukarela
kepada masyarakat.

IV. Memupuk ciri-ciri kepimpinan dalam diri para pelajar.

V. Menerap nilai patriotisme dalam diri pelajar.

VI. Meningkat daya ketahanan mental dan fizikal pelajar.

4.2.3 Sukan & Permainan

I. Melahirkan pelajar yang cergas, berdisiplin serta sihat dari segi
mental dan fizikal.

II. Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran yang khusus
dalam bidang sukan dan mampu bertanding di peringkat yang
lebih tinggi

5 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

III Melahirkan pelajar-pelajar yang dapat menguruskan aktiviti
sukan dan permainan

IV. Melahirkan pelajar yang mempunyai semangat kesukanan
yang tinggi.

4.3 STRATEGI

4.3.1 Mesyuarat berkala Jawatankuasa kokurikulum

4.3.2 Kursus Kepemimpinan dan Pengurusan aktiviti kokurikulum

4.3.3 Latihan sukan dan permainan yang berterusan sepanjang tahun
selaras dengan dasar SATU MURID SATU SUKAN (1M1S).

4.3.5 Penyertaan dalam pelbagai pertandingan di peringkat MSSD,
MSSK, MSSM, SBP, kebangsaan dan antarabangsa

4.3.6 Penyertaan Kem Bakat (anjuran MSSK, MSSM dan MSN dan
4.3.7 lain-lain).

Penganugerahan “Full Colours” Kokurikulum.

4.3.8 Program Anugerah Kualiti Kecemerlangan Kokurikulum

5. PENGURUSAN HAL-EHWAL MURID

5.1 DASAR KUALITI

Pengurusan Hal-Ehwal Murid yang berkualiti adalah usaha berterusan bagi
melahirkan para pelajar yang seimbang dari segi lntelek, emosi, jasmani,
rohani dan sosial.

5.2 MATLAMAT

5.2.1 Membangun sahsiah dan kapasiti kepimpinan pelajar ke arah
pembentukan modal insan bertaraf dunia

5.2.2 Mewujudkan iklim sekolah yang merangsang peningkatan disiplin diri
yang optimum dan pengamalan nilai-nilai murni yang unggul dalam
kalangan pelajar.

5.2.3 Menyediakan perkhidmatan bimbingan/rundingcara kepada para pelajar
5.2.4 agar mereka sentiasa dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Memastikan segala keperluan dan kemudahan pelajar disediakan.

5.2.5 Mengurangkan kes salah laku/disiplin pelajar dari semasa ke semasa
5.2.6 sehingga ke tahap sifar

Meningkatkan aspek keselamatan, kebersihan dan keceriaan sekolah
dan asrama ke tahap yang tinggi bagi menjamin keselesaan pelajar

6 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

5.3 STRATEGI
5.3.1 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan.
5.3.2 Kursus kepimpinan pelajar
5.3.3 Program mentor mantee
5.3.4 Penyediaan kemudahan dan keperluan asas pelajar di sekolah dan di
asrama.
5.3.5 Pemilikan Buku Undang-undang dan Peraturan Sekolah oleh setiap
pelajar.
5.3.6 Pengendalian kes-kes disiplin pelajar dalam bentuk carta aliran
tindakan berdasar MPK
5.3.7 Program Kebajikan/Suai Kenal pelajar-pelajar baru.
5.3.8 Program Orientasi Semula (re-orientation) pelajar-pelajar yang sedia
ada.
5.3.9 Program-program Khas yang dikendalikan secara terancang dan
berkala:
I. Taklimat berkaitan undang-undang dan peraturan sekolah
II. Kempen dan ceramah motivasi / pembangunan diri.
III. Kempen dan ceramah penampilan diri

IV. Majlis makan beradab ‘Hightable’

V. Kempen dan ceramah etika diri
VI. Kempen-kempen Anti Dadah, Anti Merokok, Anti Buli dan Anti

Jenayah
VII. Taklimat kerjaya
VIII. Hari ‘ASRAMA KU RUMAH KU’

5.3.12 Perkhidmatan Kantin yang bersih dengan kepelbagaian makanan
pada kadar harga yang dipersetujui.

5.3.13 Penyelenggaraan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) yang kemaskini.
5.3.14 Pemilihan Biasiswa dan projek khas kepada pelajar yang layak.

5.3.15 Inspection mingguan di asrama oleh pihak Warden.

5.3.16 Kad Kebenaran Keluar-Masuk sekolah.

7 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

5.3.17 Program Khidmat Sosial dan RIMUP (Rancangan Integrasi murid
untuk perpaduan)

5.3.18 Majlis Sireh Pulang Ke Gagang (selepas selesai peperiksaan SPM).

6. PENGURUSAN PEMBANGUNAN SUMBER SEKOLAH
6.1 DASAR KUALITI

Peningkatan profesionalisme staf (guru & kakitangan sokongan) dan
pembangunan kemudahan fizikal serta sumber pengajaran-pembelajaran,
pengurusan bahan-bahan, peralatan serta teknologi bagi menyokong
program-program pendidikan di sekolah
6.2 MATLAMAT

6.2.1 Meningkatkan keupayaan sumber agar mencapai matlamat yang
ditetapkan.

6.2.2 Memastikan setiap sumber menyumbang kepada perkembangan
sekolah, masyarakat dan negara.

6.2.3 Meningkatkan tahap profesionalisme staf.
6.2.4 Menyediakan persekitaran yang kondusif bagi proses PdP.
6.3 STRATEGI
6.3.1 Program Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia

I. Kakitangan Akademik
a. Latihan dalam perkhidmatan yang berterusan 7 hari
setahun
b. Kursus Ikhtisas Jangka Pendek (anjuran Bahagian
Pendidikan Guru, SEAMEO, dan lain-lain persatuan/
pertubuhan pendidikan)
c. Kursus Pengajian Peringkat Tinggi (Pengajian Jarak Jauh,
Biasiswa Persekutuan atau Tajaan Bank Dunia)
d. Kursus Peningkatan Profesionalisme (anjuran QIT, JPN,
Unit BPSBPSK dan lain-lain)
e. Kursus lanjutan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran
sekolah di Institut Aminuddin Baki.
f. Kursus Dalaman Panitia Mata Pelajaran mengikut keperluan
semasa subjek dan kursus-kursus berkaitan perkhidmatan.

8 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

g. Pelaksanaan Kajian Tindakan
h. Lawatan Penandaarasan
II. Anggota Kumpulan Pelaksana
a. Kursus/Bengkel peningkatan pelbagai kemahiran yang

berkaitan
b. Kursus berkaitan perkhidmatan
c. Lawatan Penandaarasan
6.3.2 Pengurusan sumber fizikal yang lebih sistematik.
6.3.3 Pengurusan sumber PdP secara teratur dan selamat serta maklumat
penggunaan yang dikemaskini dari semasa ke semasa.
6.3.4 Pengurusan sumber kewangan yang efisien dan optimum.

7 PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
7.1 DASAR KUALITI
Pengurusan bimbingan dan kaunseling serta perkhidmatan yang berkualiti
kepada pelanggan
7.2 MATLAMAT
7.2.1 Menyediakan perkhidmatan perkembangan diri pelajar
7.2.2 Menyediakan khidmat pencegahan salahlaku.
7.2.3 Menyediakan perkhidmatan bersifat pemulihan.
7.2.4 Memberi khidmat kaunseling kepada pelajar untuk melatih diri
ke arah perkembangan diri yang lebih sihat
7.2.5 Memberi perkhidmatan bimbingan kerjaya
7.2.6 Memberi latihan kepimpinan dan pengurusan organisasi
7.3 STRATEGI
7.3.1 Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Bimbingan dan Kaunseling
7.3.2 Melaksanakan program-program bimbingan
a. Kemahiran belajar
b. Kemahiran Pengurusan diri
c. Kemahiran Pengurusan masa
d. Strategi Menghadapi peperiksaan

9 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

e. Pendedahan laluan kerjaya
7.3.4 Program-program bidang pembinaan insan, Psikososial, kesihatan

mental dan kemahiran insaniah
7.3.5 Kem Kepimpinan

8. PENGURUSAN HUBUNGAN LUAR
8.1 DASAR KUALITI
Memberi perkhidmatan yang berkualiti dan tahap kerjasama yang tinggi
kepada komuniti setempat, agensi-agensi luar NGO, alumni dan organisasi
yang mempunyai kepentingan dengan sekolah.
8.2 MATLAMAT
8.2.1 Menggiatkan hubungan kerja mahupun sosial dengan komuniti
setempat dan agensi-agensi luar.
8.2.2 Meningkatkan keyakinan daripada pihak-pihak luar sebagai salah satu
usaha menepati keperluan pelajar dan sekolah.
8.3 STRATEGI
8.3.1 Menyediakan brosur sekolah untuk memaparkan aktiviti/program
sekolah serta menyatakan keperluan sekolah.
8.3.2 Perjumpaan permuafakatan dengan komuniti setempat dan PIBG;
mengenal pasti kepakaran yang boleh disumbangkan kepada pelajar
dan sekolah.
8.3.3 Mewujudkan hubungan permuafakatan yang baik dengan alumni.
8.3.4 Mewujud konsep PIBG sebagai rakan pengurusan sekolah

10 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

MIDDLE YEAR PROGRAMME INTERNATIONAL BACCALAUREATE

WORLD CLASS EDUCATION FOR A BETTER WORLD

VISION

SMSTMFP strives to produce Internationally-minded Leaders

MISSION

SMSTMFP is committed to provide high quality, challenging and international education that
crerate knowledgeable, caring and respectable individuals.

AIM GOAL

To attract, develop and is to make IB “a great and
retain competent, motivated compelling” place to work
and engaged people
with an international through our commitment
mindset driven by
high professional to invest in talent and
standards.
to create a the
“thriving culture”.

The International Baccalaureate (IB) Middle Year Programme
 addresses students’ intellectual, social, emotional and physical well-beimg
 enables students to understand and manage the complexities of our world and
provides them with the skills and attitudes they need in order to take responsible
action for the future
 ensures breadth and depth of knowledge and understanding through the study of
eight subject areas
 requires the study of at least two languages to support students in understanding
their own cultures and that of others
 provides the opportunity for students to under take an independent project into an
area of interest.

11 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

AMALAN PROFESIONAL GURU

SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

1. ARAHAN AM
1.1 Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang
terkandung dalam Perintah Am Kerajaan.
1.2 Guru dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi arahan Perintah Am
tersebut
1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesyen keguruan dan
menjunjungnya sebagai profesyen dan bukan sebagai satu pekerjaan/mata
pencarian semata-mata
1.4 Semua guru hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
Perkhidmatan Cemerlang
1.5 Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah Matlamat
Pendidikan kebangsaan
1.6 Guru mesti meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada
kepentingan diri dalam menjalankan tugas
1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada
di sekolah serta menjaga harta benda sekolah
1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
menjalankan tugas
1.9 Kawasan sekolah adalah Kawasan Larangan Merokok
1.10 Sebarang Jualan langsung adalah dilarang di sekolah

2. WAKTU BERTUGAS
2.1 Hari Ahad hingga Khamis, kecuali hari sabtu yang diarahkan
2.2 Masa 7.35 pagi hingga 2.05 petang.

3. KEDATANGAN
3.1 Menanda kedatangan dalam sistem perakam waktu atau buku kedatangan
khas semasa hadir dan balik.
3.2 Kegagalan menanda kedatangan dianggap guru-guru tidak bertugas pada
hari tersebut
3.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah
memberitahu kepada pengetua/ wakilnya dengan kenyataan dan sebab yang
wajar
3.4 Semua urusan peribadi hendaklah dibuat diluar waktu sekolah kecuali dalam
keadaan kecemasan

12 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

4. KELUAR KAMPUS
4.1 Guru tidak di benarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu
mengajar kecuali atas arahan atau izin pengetua jika ada masalah yang tidak
dapat dielakkan
4.2 Sebelum meninggalkan sekolah guru diminta meninggalkan kerja bertulis
untuk pelajar

5. CUTI SAKIT/ CUTI REHAT KHAS
5.1 Guru Sakit atau tidak dapat hadir bertugas hendaklah menghubungi
pengetua sebelum masa pertama persekolahan
5.2 Sijil sakit hendaklah dihantar pada keesokan harinya
5.3 Semasa cuti sakit sepatutnya berada di rumah / hospital

. 5.4 Cuti Rehat Khas (CRK) adalah satu keistimewaan yang diberi sebanyak 7
hari untuk kes-kes tertentu mengikut tempoh perkhidmatan.

6. GURU GANTI
6.1 Guru ganti harian hendaklah bertugas mengikut masa yang ditetapkan
6.2 Tugas guru ganti adalah tugas rasmi.
Kegagalan menjalankan tugas ini adalah boleh dianggap sebagai engkar
perintah

7. GURU BERTUGAS MINGGUAN
7.1 Bertugas 7.10 pagi hingga 5.00 petang
7.2 Bersedia setiap masa mengawasi disiplin pelajar, persekitaran sekolah,
menyelia bilik khas seperti bilik guru dan sebagainya
7.3 Laporan bertugas hendaklah ditulis dalam BUKU LAPORAN BERTUGAS
7.4 Menyelaras perhimpunan mingguan / roll-call dan menjadi pengerusi majlis
jika diperlukan

8. PERHIMPUNAN MINGGUAN
8.1 Semua guru wajib hadir perhimpunan mingguan kecuali sakit
8.2 Perhimpunan setiap hari Ahad bermula 7.30 -8.20 pagi, kecuali ada
perubahan khas akan ditunda kepada hari lain atas arahan pengetua
8.3 Roll-call akan diadakan setiap hari persekolahan jam 7.10 - 7.30 pagi
di lapangan bendera yang diseliakan oleh guru bertugas mingguan.

13 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

9. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
9.1 Pastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan penuh amanah
dan tanggungjawab. Berdiri semasa mengajar
9.2 Menyemak kerja-kerja pelajar dari semasa ke semasa
9.3 Free Period adalah masa bertugas bukan masa rehat
9.4 Masa mengajar mesti diimbangi dengan proses pembelajaran pelajar

10. KETEPATAN MASA BERTUGAS
10.1 Ketepatan masa melambangkan kewibawaan guru bagi profesyennya
10.2 Guru perlu tepat masa mula dan akhir pengajaran bagi sesuatu kelas dan
sentiasa Melindungi Masa Instruksional (MMI).

11. DISIPLIN
11.1 Guru perlu unggul disiplin kerana ia adalah model bagi pelajar
11.2 Guru hendaklah sentiasa mengawal keadaan supaya pelajar sentiasa
berdisiplin
11.3 Setiap guru adalah guru disiplin dan guru bimbingan
11.4 Masalah disiplin berat perlu dirujuk kepada setiausaha disiplin untuk
tindakan/disampaikan kepada pengetua

12. AKTIVITI KOKURIKULUM
12.1 Semua guru wajib hadir aktiviti kokurikulum mengikut masa, jadual dan
bidang yang telah ditetapkan
12.2 Menjalankan aktiviti di tempat / bilik yang di khaskan
12.3 Menyampaikan laporan aktiviti kepada penyelaras masing-masing

13. MAJLIS/ ACARA RASMI SEKOLAH
13.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah

14. TUGAS PROFESIONAL DAN TUGAS KHAS LAIN
14.1 Guru akan diberi tugas akademik dan pentadbiran. Mereka mestilah
melaksanakan tugas-tugas dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab
14.2 Guru juga dikehendaki menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
pengetua / wakilnya
14.3 Setiap guru tingkatan dikehendaki menanda kedatangan kehadiran pelajar
pada waktu pertama persekolahan

14 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

14.4 Setiap guru mata pelajaran dikehendaki memastikan bilangan pelajar
mencukupi sebelum pengajaran dimulakan

15. PELAWAT

15.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa Pengetua terlebih dahulu. Guru tidak
dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali
kebenaran pengetua/wakilnya

16 MESYUARAT GURU/PANITIA
16.1 Guru mesti hadir mesyuarat guru / panitia masing-masing

17 TANDA NAMA

17.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, Majlis
rasmi di sekolah / di luar sekolah

18. KEAHLIAN IKATAN GURU
18.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli Ikatan Guru dan PIBG sekolah
18.2 Jumlah yuran Ikatan Guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat

19 PENGGUNAAN ALAT-ALAT
19.1 Mesti mendapat kebenaran ketua-ketua unit/penjaga stor
19.2 Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan
kembali dengan segera serta berkeadaan baik
19.3 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta

20. PAKAIAN
20.1 Guru hendaklah berpakaian kemas sesuai dengan profesyen keguruan
20.2 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher
20.3 Guru perempuan mestilah berpakaian mengikut masyarakat timur dan sopan
20.4 Guru lelaki mempunyai potongan rambut yang sesuai

21. TELEFON
21.1 Telefon sekolah hanya untuk urusan rasmi sekolah sahaja.

15 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

22 KESELAMATAN
22.1 Guru bertanggungjawab terhadap keselamatan pelajar, bangunan, bilik-bilik
dan peralatan sekolah
22.2 Menghubungi ibubapa (jika perlu) bagi kes kecemasan pelajar

BIDANG DAN SENARAI TUGAS

GURU KANAN / KETUA BIDANG

a. BIDANG TUGAS
1. Bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan Pentadbiran yang berkaitan
dengan bidangnya.
2. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan
kurikulum yang berkaitan dengan bidangnya.
3. Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya.
4. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan
sahsiah pelajar.
5. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
pendidikan yang berkaitan dengan bidangnya.
6. Membantu Pengetua menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan
bidangnya, dengan pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah
Nazir Sekolah, latihan mengajar bagi guru-guru pelatih maktab/universiti dan
umpamanya.
7. Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu.

b. SENARAI TUGAS
1. KURIKULUM
1.1 Memimpin guru menentukan dan merancang rancangan Pelajaran
Penggal / Mingguan dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.
1.2 Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin panitia mata pelajaran
di bawah kawalannya
1.3 Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
1.4 Membimbing guru terlatih, guru yang baru dan guru sandaran dalam
menjalankan tugas-tugas mereka.
1.5 Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan
diselenggarakan dengan berkesan.

16 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

1.6 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta
mengambil tindakan sewajarnya.

1.7 Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan,
pemulihan dan pengkayaan.

1.8 Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan
(Kurikulum) yang dijalankan oleh sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri
dan Kementerian Pendidikan.

1.9 Membantu dalam pemilihan buku teks, bahan pusat sumber, alat
pandang dengar dan bahan-bahan pendidikan lain.

1.10 Menganggotai jawatankuasa kurikulum sekolah dan jawatankuasa
lain-lain yang diarahkan oleh Pengetua.

1.11 Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan dan
perjumpaan di sekolah dalam konteks perkembangan staf.

1.12 Memperoleh dan menyebar maklumat terbaru mengenai
pengkaedahan dan pendekatan-pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kepada guru.

1.13 Menjalankan usaha untuk mempertingkatkan dan memperluaskan
amalan-amalan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
merentasi kurikulum

1.14 Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah-
langkah untuk mengatasinya.

2. KOKURIKULUM

2.1 Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan
kokurikulum yang bersifat akademik yang dapat membantu
meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar.

2.2 Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan
di bawah bidangnya

3. PENGURUSAN

3.1 Membantu menentukan serta mengagihkan tugas-tugas guru mata
pelajaran di bawah bidang dan kawalannya.

3.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan
untuk guru.

3.3 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data atau
maklumat dan segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan
bidangnya

3.4 Membantu merancang takwim sekolah.

3.5 Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang kawalannya.

17 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

3.6 Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal
3.7 perbelanjaan.
3.8
3.9 Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan
3.10 audit tahunan.
3.11
Menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan, barang
atau bahan yang berkaitan dengan bidangnya.

Menentukan aspek-aspek penyampaian nilai-nilai murni dan amalan
berlaku di bilik darjah dan sekolah.

Menentukan pelajar dilatih melaksanakan tugas- tugas pengurusan
bilik darjah dan menjaga keceriaannya.

Menyelia kerja-kerja kursus pelajar mempertingkatkan pelajar dengan
program Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah Menengah
(PKBSM) serta Peperiksaan Berasaskan Amali Sains (PBAS)
sebagaimana yang dirancang

4. TUGAS LAIN

4.1 Berhubung dengan PKG, Pejabat Pendidikan Daerah dan Pusat
Sumber Pendidikan Negeri tentang apa juga maklumat dan bantuan
yang boleh didapati untuk membantu sekolah dan guru.

4.2 Berhubung dengan guru kanan mata pelajaran sekolah lain yang
berhampiran bagi tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan
bagi memantapkan keupayaan dan pengetahuan.

4.3 Melengkapkan bilik gerakan sekolah dengan data atau maklumat
mengenai semua mata pelajaran dan menggunakannya dengan
berkesan dan berhasil.

4.4 Membantu merancang dan menyelia program keceriaan dan
kebersihan sekolah.

4.5 Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan
sukan, penyediaan jadual waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber

4.6 Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberi oleh
Pengetua dari semasa ke semasa.

KETUA PANITIA
a. BIDANG TUGAS

1 Menjadi ketua dan bertanggungjawab dalam hal kurikulum panitianya.
2 Bertanggungjawab kepada Pengetua/Penolong Kanan/ Ketua Bidang/

wakilnya dalam perancangan dan pengurusan mata pelajaran.
3 Bertanggungjawab mengurus panitia.

18 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

b. SENARAI TUGAS

1 Mempengerusi dan mengadakan mesyuarat panitia.

2 Menyelaras dan menyediakan rancangan pelajaran.

3 Mencadangkan penggunaan buku teks/rujukan untuk guru dan pelajar.

4 Mencadang/menyenaraikan alat bantu mengajar.

5 Menjalankan kursus dalaman peringkat panitia.

6. Membincangkan dan mengambil tindakan terhadap masalah pelajar bersama
guru mata pelajaran.

7 Menganalisa pencapaian pelajar setiap peperiksaan

8 Merancang program tahunan panitia/kecemerlangan mata pelajaran.

9. Menyelaras penyediaan soalan peperiksaan dalaman sekolah bagi mata
pelajarannya.

10 Membantu Pengetua/Penolong Kanan/Ketua Bidang dalam pentadbiran mata
pelajaran

11 Mengurus Bank Soalan Panitia.

12 Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengetua/ Penolong Kanan/Ketua
Bidang/Wakilnya.

GURU MATA PELAJARAN

a. SENARAI TUGAS

1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan
sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.

2. Memahami dan mematuhi Pekeliling-Pekeliling dan arahan yang berkaitan
dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan
matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan
kemahiran yang harus dicapai di akhir setiap penggal bagi setiap tingkatan.

3. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan
kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan.

4. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan
lengkap untuk tempoh setahun / sepenggal / seminggu / harian dan
melaksanakan pengajarannya mengikut Rancangan Pelajaran yang
disediakan.

5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku
latihan pelajar dan memulangkan semua secepat mungkin.
Menyerahkan/menunjukkan buku latihan murid kepada Pengetua/wakilnya
pada masa yang dikehendaki

6. Menjalankan Ujian Bulanan dan penilaian kepada pelajar. Merekodkan
soalan-soalan dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar.

19 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

7. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan / bimbingan.
8. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan

melaksanakan keputusan mesyuarat Panitia.
9. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang

dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan/Jabatan Pendidikan dan PPD
10. Memastikan keselamatan pelajaran di makmal/bengkel KH/Bilik ERT/Sains

Pertanian serta mengawasi penggunaan peralatan.
11. Menghadiri mesyuarat/ taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan

sama ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan/Jabatan
Pendidikan Negeri / PPD. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain
yang mengajar mata pelajaran yang sama.
12. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik
mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi
dalam pengajaran dan pembelajaran.
13. Melaporkan kepada guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah
pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.
14. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang
digunakan, memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan
secara meluas. Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan
mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.
15. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang
diajar.
16. Membantu menguruskan Bank Soalan.

BIDANG TUGAS YEAR LEADER
1. Memastikan keceriaan tingkatan yang diselia.
2. Menjadi perantara antara pihak pengurusan dengan guru-guru tingkatan.
3. Menyemak dan mengemaskini analisis kedatangan dan maklumat pelajar

dalam jadual kedatangan pelajar pada setiap bulan bagi tingkatan yang
diselia.
4. Menyelaras bersama program-program bagi tingkatan yang diselia.
5. Mempengerusikan mesyuarat guru tingkatan apabila perlu.
6. Menerima laporan kerosakan, masalah pelajar tingkatan daripada guru
tingkatan dan lain-lain kepada Pengetua / Penolong Kanan.
7. Menyelaraskan hal-hal lain yang berkaitan dengan tingkatan yang diselia.

20 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

SENARAI TUGAS GURU TINGKATAN

1. MENTADBIR BILIK DARJAH

1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada ketua kelas,
penolong Ketua kelas, setiausaha dan ahli jawatan kuasa kelas

1.2 Mengadakan mesyuarat kelas dari semasa ke semasa

1.3 Memastikan segala minit mesyuarat direkodkan dalam buku log khas
dan di hantar kepada setiausaha organisasi kelas

1.4 Memastikan kelas dalam keadaan bersih dan ceria

1.5 Memastikan pelajar membuat jadual tugasan dan menjalankan tugas
masing-masing

1.6 Memastikan perabot, peralatan dan keadaan fizikal kelas dalam
keadaan selamat

1.7 Menerima laporan kerosakan dan mengambil tindakan segera dengan
melaporkan kepada pihak pengurusan

1.8 Memaparkan dengan jelas segala peraturan berkaitan dengan kelas
di papan kenyataan kelas

1.9 Menentukan disiplin pelajar di dalam keadaan terkawal
1.10 Memastikan papan kenyataan kelas diuruskan teratur dan dapat

memanfaatkan pelajar

2. MENGURUS JADUAL KEDATANGAN KELAS
2.1 Merekodkan dan memasukkan semua butiran pelajar ke dalam Jadual
Kedatangan mengikut ruangan yang ditetapkan
2.2 Menandakan kedatangan pelajar setiap hari sewaktu perhimpunan
pagi

2.3 Menghantar Jadual Kedatangan pelajar ke pejabat sekolah sebelum
bermula waktu ketiga pada setiap hari persekolahan

2.4 Menutup jadual kedatangan pada akhir tiap-tiap bulan dan
menyerahkannya kepada penyelaras tingkatan untuk disemak

2.5 Memastikan pelajar yang tidak hadir membawa surat ibu bapa /
penjaga / doktor jika pelajar tidak dapat hadir ke sekolah

2.6 Memaklumkan ketidakhadiran pelajar ke sekolah yang melebihi tiga
hari kepada pihak sekolah (PK HEM) dan ibu bapa

2.7 Mengambil tindakan tentang pertukaran pelajar

2.7.1 Mencatatkannya ke dalam jadual kedatangan

2.7.2 Menyediakan semua dokumen pertukaran seperti laporan
keputusan peperiksaan, butiran biasiswa, markah ujian lisan
dan seumpamanya kepada pejabat

21 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

2.8 Warna dakwat yang digunakan dalam jadual kedatangan hendaklah
serupa dari awal hingga akhir

2.9 Pemadam cecair tidak boleh digunakan untuk memadam apa-apa
catatan dalam jadual kedatangan. Sekiranya berlaku kesilapan potong
sahaja dengan menggunakan dakwat yang serupa dan tandatangan
ringkas

3. YURAN
3.1 Memasukkan butiran yuran ke dalam buku kedatangan kelas
3.2 Mengambil tindakan sewajarnya seperti memberikan peringatan
terhadap pelajar yang masih belum menyelesaikan bayaran yuran
sehingga bulan ogos

4. MEMBANTU JK SPBT SERTA BANTUAN DAN BIASISWA
4.1 Mengedarkan borang berkenaan kepada para pelajar
4.2 Mencadangkan pelajar-pelajar yang sesuai untuk menerima bantuan
dengan mematuhi syarat yang ditetapkan
4.3 Membantu pelajar mengisi borang permohonan
4.4 Menguruskan penyerahan, pengambilan serta pemulangan buku-buku
SPBT mengikut jadual yang ditetapkan

5. AKADEMIK
5.1 Mengumpul semua markah ujian/peperiksaan daripada guru mata
pelajaran
5.2 Mengisi markah uijian/peperiksaan kedalam komputer
5.3 Memproses dan menganalisis data
5.4 Mencetak keputusan ujian/peperiksaan untuk setiap pelajar
5.5 Menulis dan memberikan ulasan sewajarnya serta menandatangani
slip keputusan peperiksaan
5.6 Menghantar slip keputusan pelajar kepada Pengetua untuk
ditandatangan lengkap dengan dokumen-dokumen lain berkaitan
Laporan Adab Belajar
5.7 Mengenal pasti pelajar-pelajar yang lemah dalam pelajaran dan
mengambil langkah tertentu mengatasinya

22 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

6. KOKURIKULUM
6.1 Mengumpul dokumen berkaitan kokurikulum setiap individu dalam
kelas
6.2 Semua dokumen disimpan dalam fail peribadi pelajar dalam Pusat
Sumber Dokumentasi (Bilik Rekod)
6.3 Melengkapkan Laporan adab Belajar berkaitan Kokurikulum

7. LAIN-LAIN TUGAS
7.1 Mengedarkan borang serta membantu pelajar mengisi borang-borang
surat akuan dan surat berhenti pelajar yang akan digunakan bagi
keperluan mengeluarkan Sijil Berhenti dan Surat Akuan
7.2 Melaporkan pelajar-pelajar yang perlu bimbingan dan kaunseling
kepada Bahagian Bimbingan dan Kaunseling serta memberikan
kerjasama yang diperlukan
7.3 Bertanggungjawab tentang kebajikan pelajar dalam kelas
7.4 Menyediakan dan mengisi profil pelajar dalam komputer
7.5 Bertanggungjawab menyemai dan memupuk rasa kebanggaan
terhadap sekolah serta semangat kekitaan dan semangat
kekeluargaan di kalangan pelajar-pelajar di dalam kelasnya
7.6 Melaporkan kepada Penolong Kanan dan Penolong Kanan HEM
tentang perkara-perkara yang tidak dapat diatasi sendiri misalnya
masalah disiplin
7.7 Membantu penyelaras /penyelia Tingkatan / Setiausaha Peperiksaan
melengkapkan butir-butir yang dikehendaki bagi peperiksaan
PT3/SPM
7.8 Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh
Pengetua dan Penolong-Penolong Kanan

GURU BERTUGAS MINGGUAN
DEFINISI
* Merujuk kepada beberapa orang guru yang dilantik mengikut giliran
untukmelaksanakan tugasan penyeliaan sekolah dan mengadakan satu rekod
peristiwa untuk ingatan, panduan dan tindakan ke arah melahirkan suasana yang
selesa, aman dan terkawal di sekolah.

* Bertugas daripada hari Ahad hingga Khamis, mulai jam 7.00 pagi hingga 6.30 petang

23 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

BIDANG TUGAS

1. Menyelaras perhimpunan mingguan sekolah.

1.1 Berbincang dengan Pengetua untuk menentukan sama ada pada minggu itu
ada perhimpunan mingguan.

1.2 Berbincang dengan Pengetua tentang agenda perhimpunan mingguan.

Cadangan Agenda
i. Nyanyian lagu ‘Negaraku’, lagu ‘Selamat Sultan’dan lagu rasmi

sekolah

ii. Kata-kata aluan oleh juruacara majlis

iii. Slot Percambahan Minda oleh wakil pelajar

iv. Laporan Guru Bertugas minggu sebelumnya berkaitan dengan bidang
penyeliaan dan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku sepanjang
minggu itu

v. Penyerahan Buku Laporan Guru Bertugas Mingguan oleh wakil guru
bertugas minggu sebelumnya kepada wakil guru bertugas minggu
tersebut

vi. Ucapan Pengetua

vii. Bacaan doa oleh wakil pelajar

1.3 Memaklumkan kepada Badan Pengawas untuk mengenal pasti wakil pelajar
bagi pengisian slot Percambahan Minda.

1.4 Melantik juruacara bertugas melalui Badan Pengawas dan maklumkan
tentang agenda perhimpunan mingguan.

1.5 Memaklumkan kepada pekerja Dewan Besar untuk membuat persiapan
dewan.

2. Mengawasi kebersihan dan keceriaan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, Dewan Besar
dan sekitar kawasan sekolah.

3. Membuat pengawasan menyeluruh terhadap pelajar-pelajar berhubung aspek-aspek
berikut:-
3.1 Ketepatan waktu ke perhimpunan mingguan dan ‘roll call’

3.2 Perlakuan pelajar-pelajar sewaktu perhimpunan mingguan, roll call, waktu
rehat dan waktu balik ke asrama/dewan makan.

3.3 Keluar/masuk kelas, ke tandas dan sebagainya.

3.4 Sebarang pelanggaran disiplin.

4. Membuat rondaan dan memastikan kelas prep petang berjalan dengan baik dan
berkesan.

5. Hadir sewaktu roll call pagi.

6. Mengawasi pelajar-pelajar

24 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

7. Memberi ucapan nasihat/teguran, sekiranya perlu

8. Rujuk kepada Penolong Kanan (HEM) atau Warden Bertugas berkaitan dengan
perkara-perkara berikut:-

8.1 Pengurusan rawatan pelajar yang sakit, seperti penghantaran ke
klinik/hospital.

8.2 Kebenaran kepada mana-mana pelajar yang ingin pulang ke asrama atas
urusan ketinggalan buku atau peralatan sekolah, atau yang ingin berehat di
bilik sakit atas alasan sakit/uzur.

9. Mendapatkan Buku Laporan Guru Bertugas Mingguan di pejabat sekolah. Sediakan
laporan harian dan kembalikan ke pejabat sekolah pada jam 2.00 petang setiap hari
sepanjang minggu bertugas.

10. Mengambil Buku Laporan Guru Bertugas Mingguan dari pejabat sekolah pada pagi
hari Ahad berikutnya untuk upacara penyerahan tugas sewaktu perhimpunan
mingguan.

11. Menulis aktiviti mingguan di papan kenyataan aktiviti.

12. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa
ke semasa

13. Agihan bidang tugas :

BIL TUGAS GURU BERTUGAS
12345
1 Guru Bertugas 1
1.1 Menjadi ketua guru bertugas mingguan K
1.2 Mengambil Buku Laporan Bertugas Mingguan
1.3 Membahagi tugasan kepada ahli K/ /
1.4 Merekod peristiwa penting sepanjang minggu
1.4 Membuat laporan guru bertugas semasa perhimpunan

2 Perhimpunan Mingguan
2.1 Berada di Dewan besar sebelum 7.15 pagi
2.2 Mengurus Perhimpunan Mingguan
2.3 Menetapkan agenda perhimpunan
2.4 Memastikan pelajar bersedia sebelum 7.30 pg
2.5 Mengawal disipin dan ketertiban pelajar
2.6 Mengambil kehadiran guru

3 Perhimpunan Pagi/Roll Call K/ /
3.1 Mengurus Roll Call
3.2 Memastikan masa dipatuhi ( 7.15 – 7.35 pagi)
3.3 Memastikan murid telah beratur dengan kemas
3.4 Memastikan pelajar mematuhi etika rambut dan
pakaian
3.5 Membantu inspection/spot check semasa roll call
3.6 Membuat pengumuman/hebahan jika ada
3.7 Digalakkan berucap untuk memberi nasihat/motIvasi

25 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

4 Asrama/Dewan Makan

4.1 Berada di pintu pagar asrama bagi memastikan semua

pelajar mengosongkan asrama/dewan makan sebelum /K/

7.10 pagi

4.2 Mengambil nama pelajar yang lewat

4.3 Memastikan semua pelajar berada di tempat roll call

5 Kebersihan dan Keceriaan Kelas/Bilik Khas/Tandas /K/ / /
5.1 Memastikan semua kelas dan bilik khas berada
dalam keadaan bersih,kemas, ceria dan selamat
5.2 Mengambil markah dan membuat teguran
5.3 Mengambil tindakan segera jika ada kerosakan
5.4 Memastikan tandas bersih dan boleh guna

6 Kantin / / /K/
6.1 Memantau Kebersihan dan keceriaan kantin
6.2 Memantau harga dan kualiti makanan
6.3 Kawalan pelajar waktu rehat

7 Disiplin Pelajar K/ / / /
7.1 Memastikan semua pelajar mematuhi etika rambut
dan pakaian
7.2 Memastikan pelajar sentiasa menepati masa
7.3 Memastikan pelajar tidak membuang sampah
merata-rata
7.4 Memastikan pelajar tiada membawa barangan
Larangan

8 Prep petang/Aktiviti Ko K/
8.1 Berada di pintu pagar asrama pada pukul 2.45
petang untuk memastikan tiada pelajar di asrama
dan masjid SEMESTA
8.2 Mengawal pelajar semasa prep petang atau semasa
menjalankan aktiviti kelab, persatuan dan badan
beruniform
8.3 Memantau kehadiran prep petang pelajar
8.4 Memastikan pelajar mematuhi etika pakaian waktu
prep

9 Bangunan/Kawasan sekolah / / / /K
9.1 Membuat pemantauan bangunan dan padang
untuk memastikan keselamatan.
9.2 Membuat laporan kerosakan jika ada

10 Tugas-tugas Khas / /K/ /
10.1 Mengurus rawatan pelajar sakit/kes-kes kecemasan
10.2 Membantu mengurus lawatan penandarasan/
tetamu luar
10.3 Memungut kutipan derma/sumbangan

26 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

SENARAI TUGAS WARDEN

1. Menguruskan kemasukan penghuni baru ke asrama.

2. Menyediakan jadual waktu harian dan menentukan penghuni mematuhinya.

3. Bertanggungjawab terhadap perlaksanaan peraturan asrama dan penghuni asrama
mematuhinya.

4. Mengawasi keluar masuk penghuni pada masa cuti, hujung minggu dan pada masa-
masa tertentu.

5. Bertanggungjawab terhadap semua hal makanan, termasuk menu, kebersihan,
kualiti, kuantiti dan spesifikasi sekiranya tidak ada Penyelia Asrama.

6. Mengawasi prestasi pelajaran penghuni asrama.

7. Merancang dan mengelolakan kegiatan-kegiatan yang sesuai untuk perkembangan
emosi, rohani, jasmani dan sosial yang sihat di kalangan penghuni asrama.

8. Mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapatkan rawatan bagi penghuni yang
sakit.

9. Mengelolakan latihan kebakaran dan keselamatan barang-barang penghuni asrama.

10. Bertanggungjawab terhadap keselamatan bangunan dan alatan asrama.

11. Mengawasi penggunaan air dan elektrik oleh penghuni asrama supaya tidak berlaku
pembaziran.

12. Mengawasi kerja kakitangan asrama yang berkaitan dengan tugas-tugas khas
warden.

13. Mengawasi keluar masuk pelawat dan memastikan tidak ada pelawat yang tidak
diingini berada di kawasan asrama.

14. Menyediakan laporan harian asrama untuk dikemukakan kepada Pengetua pada
setiap hujung minggu. Sekiranya berlaku sesuatu kecemasan hendaklah
dimaklumkan segera.

15. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua / Wakil

SENARAI TUGAS KAUNSELOR PELAJAR

1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling sekolah.

2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui
kajian keperluan, soal selidik, temubual dan perbincangan dengan pelajar, guru,
pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas pelajar.

3. Merancang, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.

4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada
semua pelajar melalui media yang sesuai.

5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan
tunjukajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.

27 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

6. Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara
profesional dan beretika.

7. Merancang, melaksana dan mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua
pelajar.

8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemberi
maklumat sesuai dengan penawaran pakej pensijilan terbuka dan keperluan IPT.

9. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan
pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.

10. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti untuk
menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran
di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti
perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Bimbingan dan Kaunseling, kerjaya
dan pendidikan pencegahan dadah.

12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens
dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan
kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.

13. Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen dan pendekatan secara
menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling sekolah.

14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling.

15. Menjadi urusetia kepada jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling.

16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan
kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah.

17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan ibubapa
yang memerlukannya.

18. Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang
berkaitan.

19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-officio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.

20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancangan Sekolah, Disiplin Sekolah,
Jawatankuasa Lembaga/Badan Pengawas Sekolah.

21. Menjadi penyelaras program mentor-mentee sekolah.

22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti
kolokium, motivasi, kem jaya diri, dan kursus ketatanegaraan.

28 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

JAWATAN KUASA KOKURIKULUM
1. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerak kerja kokurikulum di peringkat
sekolah.
2. Menyelaras program tahunan setiap unit kokurikulum.
3. Memastikan semua aktiviti kokurikulum berjalan dengan berterusan lancar dan
berkesan

4. Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

5. Menyelaras dengan pihak sekolah tentang peruntukan dan perbelanjaan
kokurikulum.

6. Menyelia rekod pengurusan kewangan gerak kerja kokurikulum dari segi pungutan
dan perbelanjaan wang.

7. Membuat penilaian ke atas penglibatan dan pencapaian pelajar dalam penyertaan
sesuatu aktiviti kokurikulum

8. Mengawal pembekalan, penyimpanan dan penggunaan peralatan gerak kerja
kokurikulum dengan penyelaras-penyelaras.

9. Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada penyelaras-
penyelaras.

10. Memilih pelajar yang cemerlang dalam kokurikulum untuk diberikan anugerah
kecemerlangan kokurikulum.

GURU PENASIHAT PERSATUAN/KELAB/PASUKAN BERUNIFORM
1. Mengadakan Mesyuarat Agong Kelab/ persatuan/ pasukan beruniform pada minggu

ke-3 bulan Januari untuk melantik AJK persatuan/Kelab/ Unit beruniform
berkenaan.
2. Mengadakan peraturan /perlembagaan.
3. Merancang kegiatan untuk satu tahun
4. Menyerahkan perkara-perlara berikut kepada Setiausaha Kokurikulum
4.1 Perlembagaan persatuan/kelab/pasukan beruniform
4.2 Senarai AJK
4.3 Senarai nama ahli
4.4 Rancangan / aktiviti tahunan
5. Memastikan setiap aktiviti berjalan lancar mengikut jadual. Guru penasihat
hendaklah menghadiri setiap perjumpaan

29 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

6. Mengawal dan mengemaskini papan kenyataan.
7. Bertanggungjawab memberikan bimbingan kepada pelajar-pelajar dalam

menyediakan laporan kegiatan mengikut format yang ditentukan selewat-lewatnya
seminggu selepas setiap kegiatan diadakan.

8. Mengiringi setiap rombongan yang dianjurkan oleh persatuannya

9. Memajukan kelab/persatuan dengan apa jua cara yang difikirkan sesuai.
10. Sekiranya ada pungutan selain daripada yuran persatuan/kelab, guru penasihat

hendaklah menyerahkan penyata kewangan kepada penyelaras Gerakerja
Kokurikulum pada akhir tahun.
11. Semua kegiatan lawatan anjuran persatuan/kelab hendaklah mendapat kebenaran
Pengetua.
12. Bertanggungjawab menyerahkan senarai nama pelajar yang menyertai kegiatan
di luar kawasan sekolah kepada Penolong Kanan Kokurikulum dan HEM.
13. Bertanggungjawab menempah bas sekolah jika pengangkutan diperlukan.

PENYELARAS SUKAN/ PERSATUAN/ KELAB/ PASUKAN BERUNIFORM

1. Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat Unit Gerakerja Kokurikulum masing-
masing sekurang-kurangnya sekali sepenggal.

2. Menyediakan anggaran perbelanjaan setahun.
3. Jadual perjumpaan aktiviti hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa

Gerakerja Kokurikulum untuk penyelarasan.
4. Meneliti dan memastikan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan oleh setiap unit

dilaksanakan dengan sempurna.
5. Mengumpul laporan kegiatan setiap unit dan diserahkan kepada Setiausaha

Jawatankuasa Gerakerja untuk rekod sekolah.
6. Menyediakan dan mengedarkan borang bagi tujuan penilaian gerakerja kokurikulum

kepada guru-guru penasihat unit gerakerja kokurikulum untuk diisi dan disahkan.
Borang-borang yang lengkap diisi hendaklah dipungut dan diserahkan kepada
Setiausaha Pengurusan Maklumat Pelajar.
7. Meneliti dan menilai kegiatan setiap unit untuk diubahsuai jika perlu dan
mengadakan mesyuarat sekali dalam sepenggal persekolahan.

30 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

KETUA GURU RUMAH
1. Menetapkan tugas guru-guru rumah.
2. Memastikan alat sukan mencukupi untuk permainan rumah, serta bertanggungjawab

menjaga alat sukan dalam keadaan baik.
3. Menyerahkan laporan kegiatan pertandingan antara rumah kepada Setiausaha

Sukan Sekolah.
4. Mencadangkan ahli-ahli rumah yang berpotensi dan layak diserapkan ke pasukan

sekolah.
5. Mengagihkan pemain-pemain kepada jenis-jenis yang disediakan setiap petang.
6. Menyimpan rekod penglibatan pelajar dalam aktiviti rumah untuk diserahkan pada

peringkat sekolah.
7. Memilih dan menentukan ahli-ahli pasukan rumah untuk menyertai kegiatan pada

peringkat sekolah.
8. Bekerjasama dengan Setiausaha/Penyelaras Sukan Sekolah dalam segala hal

berkenaan dengan peningkatan mutu sukan sekolah.

GURU RUMAH
1. Mematuhi arahan Ketua Rumah dan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
2. Bertanggungjawab dalam membentuk pasukan rumah.
3. Mengawasi perjalanan permainan dan pertandingan antara rumah pada masa yang

telah ditetapkan.
4. Menentukan keperluan peralatan seperti alat permainan, pakaian, minimum dan

ubatan yang mencukupi.
5. Merekodkan keputusan-keputusan permainan antara rumah dan melaporkan

kepada ketua guru rumah dan diserahkan kepada Setiausaha Sukan.
6. Mencadangkan kepada Ketua Guru Rumah peralatan-peralatan yang patut dibeli

pada penghujung tahun untuk tindakan Setiausaha Sukan.
7. Mencadangkan pemain-pemain yang berpotensi kepada ketua rumah untuk

perhatian guru permainan pasukan sekolah.
8. Mengambil kedatangan pemain-pemain rumah pada masa kegiatan rumah berjalan.
9. Menyimpan rekod penglibatan pelajar dalam aktiviti rumah dan diserahkan

kepada Ketua Guru Rumah pada penghujung tahun.

PENGURUS PASUKAN PERMAINAN
1. Bertanggungjawab dalam membentuk pasukan permainan sekolah
2. Mengawasi perjalanan latihan dan pertandingan pasukan masing-masing.
3. Menentukan peraturan-peraturan pertandingan yang disertai.

31 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

4. Menentukan keperluan seperti pakaian, minuman, kenderaan, perjalanan, ubatan,
peruntukan kegunaan pasukan ada dan mencukupi.

5. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar serta
memastikan pelajar-pelajar dilindungi insurans serta beradadi tempat
pertandingan.

6. Melaporkan dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai oleh
pasukan sekolah kepada Setiausaha Sukan.

7. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk pertandingan dan pengurusan
pasukan dan menyerahkannya kepada Setiausaha Kokurikulum.

8. Menilai prestasi pasukan dalam sesuatu pertandingan dan berusaha untuk
meningkatkan pencapaian.

9. Mencatatkan penglibatan setiap pelajar dalam pertandingan berkenaan untuk
dijadikan asas dalam penyediaan laporan tahunan, penilaian kegiatan kokurikulum
pelajar berkenaan. Laporan ini hendaklah diserahkan kepada Setiausaha
Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.

10. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan Pengetua dari semasa ke semasa.

32 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

BAHAGIAN 2 : ASPIRASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA DAN SEKOLAH

FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN

"Pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha berterusan ke arah
lebih memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani,
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

Usaha ini adalah bertujuan
untuk melahirkan warganegara Malaysia yang

berilmu pengetahuan,berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara"

33 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

MATLAMAT
 Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
 Melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan,
dan sejahtera.
 Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan Negara.
 Memberikan peluang Pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

34 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

FALSAFAH
SEKOLAH BERASRAMA PENUH
& SEKOLAH KECEMERLANGAN

Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh
adalah suatu usaha berterusan
bagi menyediakan suasana
persekolahan dan pembelajaran

yang terancang, terkawal dan sempurna
untuk memupuk dan memperkembangkan

kebolehan pelajar-pelajar berpontensi
ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara

yang seimbang dan bertanggungjawab
terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.

35 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

MATLAMAT SEKOLAH BERASRAMA PENUH
& SEKOLAH KECEMERLANGAN

 Mewujudkan peluang untuk pelajar yang berpotensi terutamanya dari kawasan dari
luar bandar bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur,
sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif.

 Memperbanyakkan peluang pelajar bumiputera mendapat pendidikan berkualiti
sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.

 Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui
pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat.

 Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan
beramal sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia.

 Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemampanan sahsiah yang mampu
menghadapi alam remaja.

 Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SBP supaya dapat menghayati
matlamat kecemerlangan SBP.

 Mewujudkan warga SBP yang mengamalkan budaya penyayang.
 Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan pelajar SBP.
 Menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguruskan kerja-kerja dengan cekap,

pantas, tepat dan bijaksana.
 Menjayakan program pendidikan menengah yang berorientasikan sains bagi

mewujud tuntutan wawasan 2020

36 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

SEKOLAH BERASRAMA PENUH
& SEKOLAH KECEMERLANGAN

VISI
Peneraju Pendidikan Bertaraf Dunia

MISI
Menggerak dan memastikan perkhidmatan profesionalisme

dan pengurusan pendidikan bertaraf dunia
bagi memenuhi aspirasi negara

37 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Sekolah Berprestasi Tinggi ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos,
watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan.
Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan
modal insan cemerlang yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu
berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan masyarakat.

MATLAMAT
Menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta
menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta bagi memacu lagi
pencapaian pelajar.

OBJEKTIF
 Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik.
 Menghasilkan pelajar yang cemerlang
 Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem

38 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

]

PELAN INDUK PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN 2013 - 2025

GELOMBANG PERTAMA 2013-2015
 Peningkatan dalam kemahiran guru
 Kualiti pengajaran
 Keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah
 Mutu kepimpinan sekolah

GELOMBANG KEDUA DARI 2016 HINGGA 2020
 Berlaku perubahan struktur sistem pendidikan negara yang menyaksikan kesemua
410,000 guru dan 10,000 pengetua atau guru besar menikmati pakej kerja baharu.
 Bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran distruktur semula dan kurikulum
sekolah rendah dan menengah disemak semula agar sejajar dengan perkembangan
sosial dan ekonomi dunia.

GELOMBANG KETIGA MULAI 2021 HINGGA 2025
 Semua sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi
melebihi standard minimum.
 Pelan itu menyasarkan hasil pada lima aspek iaitu akses, kualiti, kesaksamaan,
perpaduan dan kecekapan.

39 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

11 ANJAKAN PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

1  Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa.

2  Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris.

3  Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

4  Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

5  Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

6  Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian
khusus berasaskan keperluan.

7  Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

8  Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

9  Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10  Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11  Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

40 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

MIDDLE YEARS PROGRAMME INTERNATIONAL
BACCALAUREATTE (MYPIB)

The Middle Years Programme (MYP) is designed for students aged 11 to 17. It provides a
framework of learning that encourages students to become creative, critical and reflective
thinkers. The MYP emphasizes intellectual challenge, encouraging students to make
connections between their studies in traditional subjects and the real world. It fosters the
development of skills for communication, intercultural understanding and global engagement
- essential qualities for young people who are becoming global leaders.

1. MISSION STATEMENT
The International Baccalaureate aims to develop inquiring, knowledgeable and
caring young people who help to create a better and more peaceful world through
intercultural understanding and respect.

2. THE IB LEARNER PROFILE

INQUIRERS.

They develop their natural curiosity. They acquire the skills necessary to conduct inquiry and
research and show independence in learning. They actively enjoy learning and this love of
learning will be sustained throughout their lives.

KNOWLEDGEABLE.

They explore concepts, ideas and issues that have local and global significance. In so doing,
they acquire in-depth knowledge and develop understanding across a broad and balanced

range of disciplines.

THINKERS.

They exercise initiative in applying thinking skills critically and creatively to recognize and

approach complex problems, and make reasoned, ethical decisions.

41 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

COMMUNICATORS.

They understand and express ideas and information confidently and creatively in more than
one language and in a variety of modes of communication. They work effectively and willingly
in collaboration with others.

PRINCIPLED.

They act with integrity and honesty, with a strong sense of fairness, justice and respect for the
dignity of the individual, groups and communities. They take responsibility for their own
actions and the consequences that accompany them.

OPEN-MINDED.

They understand and appreciate their own cultures and personal histories, and are open to the
perspectives, values and traditions of other individuals and communities. They are accustomed
to seeking and evaluating a range of points of view, and are willing to grow from the
experience.

CARING.

They show empathy, compassion and respect towards the needs and feelings of others. They
have a personal commitment to service, and act to make a positive difference to the lives of
others and to the environment.

RISK-TAKERS.

They approach unfamiliar situations and uncertainty with courage and forethought, and have
the independence of spirit to explore new roles, ideas and strategies. They are brave and
articulate in defending their beliefs.

BALANCED.

They understand the importance of intellectual, physical and emotional balance to achieve
personal well-being for themselves and others.

REFLECTIVE.

They give thoughtful consideration to their own learning and experience. They are able to
assess and understand their strengths and limitations in order to support their learning and
personal development.

42 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

SEKOLAH MENENGAH SAINS
TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

VISI

Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra Berusaha
untuk melahirkan pemimpin bertaraf global

MISI

Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra Menyediakan pendidikan
bertaraf antarabangsa , berkualiti tinggi dan mencabar bagi membina individu yang

berpengetahuan, penyayang dan saling menghormati

43 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

MATLAMAT

 Menyediakan pendidikan yang berkualiti bagi mencapai kecemerlangan ilmu sebagai
persediaan pendidikan tinggi bertaraf dunia

 Melahirkan kesejagatan kepemimpinan pelajar yang cemerlang
 Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemapanan sahsiah yang unggul
 Melahirkan kejituan patriotisme dalam kalangan pelajar
 Melahirkan pelajar yang mempunyai mempunyai ”multiple soft skill” dan ”Emotional

Quotient (EQ)” yang tinggi
 Mewujudkan iklim persekolahan yang kondusif dan harmoni
 Meningkatkan profesionalisme guru-guru dari semasa ke semasa
 Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kecemerlangan dalam kokurikulum
 Melahirkan pelajar yang berorientasikan Sains dan Teknologi serta mempunyai

kemahiran Intergrasi Teknologi (IT) yang tinggi
 Mewujudkan kerjasama dan pemuafakatan sekolah dengan komuniti

44 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

OBJEKTIF

 Merancang , menyusun dan melaksanakan program ke arah pendidikan yang
berkualiti

 Meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam semua pentaksiran yang
dilaksanakan di sekolah khasnya PMR dan SPM

 Meningkatkan penyertaan dan prestasi pelajar-pelajar dalam bidang kokurikulum
 Meningkatkan penguasaan dan penggunaan komputer oleh pelajar dengan

mengikuti kelas komputer di sekolah
 Mewujudkan program-program yang boleh dianjurkan dan dilaksanakan oleh

pelajar-pelajar
 Meningkatkan disiplin pelajar supaya sentiasa berada pada tahap 'zero defect'
 Membina iklim dan suasana keselamatan, keindahan dan kebersihan sekolah agar

mewujudkan keadaan pembelajaran dan pengajaran yang menyeronokkan
 Meningkatkan taraf profesionalisme guru-guru khasnaya dalam bidang pedagogi

dan pengurusan personal pelajar
 Pengurusan dan pentadbiran sekolah dikendalikan dengan baik dan kemaskini
 Mewujudkan perhubungan yang harmoni dan saling berinteraksi di kalangan guru,

pelajar dan staf sokongan
 Menjaga perhubungan baik dengan komuniti sekeliling.

45 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

LAGU SEKOLAH

Di bawah satu bumbung
Kita semua bernaung
Sains Asas Kemajuan
Yang kita perjuangkan

Faris Petra kebanggaanku
Membimbing anak watan
Ayah bonda berkorban
Penuh dengan harapan

Para guru berjuang
Menuju kecemerlangan
Falsafah Ilmu bersopan santun
Budaya yang cemerlang

Akanku tabur jasa
Dengan ilmu di dada
Prinsip Rukun Negara
Amalan kita semua
Demi negaraku Malaysia tercinta
Kupohon doa restu

46 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

PIAGAM PELANGGAN

Bahawasanya kami warga Sekolah Menengah Sains
Tengku Muhammad Faris Petra dengan penuh tekad dan iltizam berikrar

dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
 Memastikan bahawa semua pelajar disediakan keperluan asas di asrama
 Memastikan bahawa jadual waktu Pengajaran dan Pembelajaran diagihkan kepada

semua kelas pada hari pertama persekolahan

 Memastikan semua Buku Teks (SPBT) diagihkan kepada pelajar-pelajar yang layak
pada minggu pertama persekolahan bemula\

 Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada
setiap pelanggan yang berurusan dengan kami

 Sentiasa bersedia memberi khidmat bimbingan dan Kaunseling kepada pelajar-pelajar
dan staf

 Memastikan semua pelajar dapat menjadi ahli dalam unit-unit pasukan beruniform,
persatuan dan kelab yang disediakan oleh pihak sekolah

 Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran
yang membina daripada semua pihak bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan
dan kecemerlangan akademik dan non-akademik

47 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

MANUAL PENGURUSAN 2017

BAHAGIAN 3

48 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my

3 : PROFIL SEKOLAH

D FARIS PETRA

MANUAL PENGURUSAN 2017

49 SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Laman Web : http://www.smstmfp.edu.my


Click to View FlipBook Version