NNOOTTAA DDAANN LLAATTIIHHAANN NOR MAZANA ISMAIL SITI NOOR OTHMAN
ASAS FOTOGRAFI NOTA DAN LATIHAN Terbitan Pertama NOR MAZANA BINTI ISMAIL SITI NOOR BINTI OTHMAN
Diterbitkan oleh / Published by : Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang Stesen, Behrang 35950 Perak. Tel :05-4544431 Faks:05-4544993 Email : http://www.psas.edu.my Terbitan Pertama / First published 2021 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar kepada sebarang bentuk dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar, rakaman dan sebagainya, sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada pihak Penerbitan Politeknik Sultan Azlan Shah. All rights reserved. Not part of this publication may reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission in writing from the Sultan Azlan Shah Polytechnics. PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA Asas Fotografi eISBN 000-000-0000-00-0
PENGHARGAAN Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, ebook yang bertajuk Asas Fotografi berjaya dihasilkan . Ebook ini dihasilkan sebagai panduan atau rujukan kepada para pensyarah yang mengajar kelab fotografi dan juga kepada para pelajar kelab fotografi yang ingin belajar tentang asas teknik-teknik fotografi. Sebagai usaha awal untuk menarik minat lebih ramai mendalami ilmu fotografi, ebook ini merupakan satu platform yang sangat baik untuk terus berkarya dan menghasilkan idea-idea yang lebih kreatif. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Politeknik Sultan Azlan Shah kerana memberi peluang kepada kami untuk menulis ebook ini. Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan di Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) dan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) yang banyak memberi sokongan dan dorongan untuk menghasilkan ebook ini. SesungguhnNya, proses penulisan ebook ini telah mengajar kami untuk sentiasa memperbaiki diri agar menjadi insan yang lebih berilmu dan bertakwa. Akhir kata, diharapkan semoga ebook ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.
ISI KANDUNGAN TOPIK MUKA SURAT TOPIK 1 : KEMAHIRAN ASAS FOTOGARFI 1.1 Hasil Pembelajaran Kursus 1 1.2 Komponen Utama Dalam Kamera 2 1.3 Asas Fotografi Digital 3 1.4 Teknik Pencahayaan 12 1.5 Sudut-Sudut Penggambaran / Fotografi 14 1.6 Teknik Penggambaran / Fotografi 17 1.7 Komposisi Penggambaran / Fotografi 25 1.8 Latihan Pengukuhan 31 TOPIK 2 : PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN AKTIVITI 2.1 Definisi Pengurusan 32 2.2 Definisi Kokurikulum 32 2.3 Falsafah Dan Matlamat 33 2.4 Matlamat Kepada Aktiviti Kokurikulum 33 2.5 Penubuhan Persatuan 34 2.6 Perlembagaan 35 2.7 Lantikan Jawatankuasa 36 2.8 Jenis-Jenis Mesyuarat 38 2.9 Kaedah Menulis Minit Mesyuarat 40 2.10 Penulisan Surat Rasmi 40 2.11 Pengurusan Harta Persatuan 40 2.12 Mengurus Kewangan 41 2.13 Pengurusan Stok 41 2.14 Penyata Wang Masuk Dan Keluar 41 BAHAN RUJUKAN i
1 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah TOPIK 1 1.0 KEMAHIRAN ASAS FOTOGRAFI 1.1 Hasil Pembelajaran Kursus / Course Learning Outcomes (CLO) : • CLO 1 : Mempamerkan kemahiran khusus bagi kursus berkaitan (P2, CLS4) • CLO 2 : Menunjukkan kepimpinan dan kerja berpasukan berdasarkan penguasaan kemahiran & amalan positif (A3, CLS3d) • Domain Taxonomy P2 : Pychomotor Cluster - CLS4 : Personal & Kemahiran Keusahawanan • A3 : Affective Cluster - CLS3d : Kepimpinan, Autonomi (mengurus sendiri) dan Tanggungjawab Domain Taxonomy Sumber : domain taxonomy - Bing images
2 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah Di akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat :- • Menyenaraikan peralatan fotografi • Menunjukkan pelbagai teknik pelarasan kamera • Menjelaskan pelbagai teknik fotografi • Menerangkan pelbagai teknik pencahayaan • Menunjukkan sudut-sudut penggambaran • Menerangkan komposisi gambar • Menggunakan perisian komputer dalam proses suntingan fotografi 1.2 KOMPONEN UTAMA DALAM KAMERA Kanta/lensa (Lens) – berperanan membentuk imej ke filem Aperture – mengukur keluasan iris lensa kamera dibuka. Lebih luas ianya dibuka bermakna lebih banyak cahaya yang masuk. Aperture besar diwakili oleh nombor kecil seperti f/4. Aperture yang kecil pula diwakili oleh nombor besar seperti f/16. Shutter – merupakan sebuah tingkap yang akan terbuka apabila setiap butang pengatup shutter ditekan untuk mengambil gambar. Pengatup berperanan untuk mengawal cahaya yang masuk ke dalam kamera. Pelepas Shutter – butang pelepas shutter untuk mengambil gambar Kawalan kelajuan Shutter – kelajuan diukur dengan pecahan per saat seperti: 1/30, 1/60, 1/125, 1/250, 1/500 dan 1/1000 sesaat. 1/1000 merupakan kelajuan paling cepat berbanding 1/30. Viewfinder – tingkap penilik pandangan sebagai frame gambar.
3 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah 1.3 ASAS FOTOGRAFI DIGITAL 1. Kamera, kanta (Lens) dan Cahaya 2. ISO / Aperture / Shutter Speed 3. Metering 4. White Balance 5. Composition Bahagian 1 Photo (cahaya) Graphy (lukisan) Semua kamera (dslr, smartphone, point and shot) terdiri dari 2 bahagian : 1. Body (Shutter Speed & ISO) 2. Lens (Aperture) Sumber : Saiful Nang Academy (2020). Kursus Asas Fotografi Digital & Smartphone Photography Bukaan (Aperture) Hasil Pembelajaran: Di akhir pembelajaran pelajar dapat 1. Menjelaskan fungsi aperture 2. Menjelaskan perubahan pada kualiti gambar apabila aperture diubahsuai Aperture / Diaframa (atau sering disebut bukaan) berfungsi untuk mengatur jumlah cahaya yang masuk. Alat ini biasanya terdapat di belakang lensa. Terdiri dari 5-8 lempengan logam yang tersusun dan dapat membuka lebih lebar atau lebih sempit. Penulisan angka diafragma biasanya adalah f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16 dan seterusnya.
4 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah Semakin kecil angka diafragma, maka bukaan yang dihasilkan akan semakin lebar sehingga cahaya yang masuk semakin banyak. Sebaliknya semakin besar angka diafragma maka bukaan yang dihasilkan semakin kecil dan cahaya yang masuk juga semakin kurang. Sumber : Saiful Nang Academy (2020). Kursus Asas Fotografi Digital & Smartphone Photography Perbezaan Di Antara Bukaan (Aperture) F4 dan F8 Sumber : Saiful Nang Academy (2020). Kursus Asas Fotografi Digital & Smartphone Photography
5 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah Perbezaan Di Antara Bukaan (Aperture) 2.8 dan F16 Sumber : Saiful Nang Academy (2020). Kursus Asas Fotografi Digital & Smartphone Photography Kelajuan Shutter (Shutter Speed) Hasil Pembelajaran: Di akhir sesi pelajar dapat 1. Mengenalpasti fungsi kelajuan shutter 2. Menjelaskan perbezaan pada kelajuan shutter Alat penutup dan pembuka lensa yang boleh diubahsuai dinamakan shutter. Berfungsi mendedahkan filem kepada cahaya mengikut jangka masa tertentu. Kelajuan shutter bermakna berapa lama kamera terbuka dan terdedah kepada cahaya untuk merakam sesuatu imej. Kelajuan shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak Manakala kelajuan yang rendah seperti 1/10 akan merakam pergerakan objek dengan samar (blur). Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan lensa kepada filem. Biasanya dikenali sebagai 1/60, 1/200. Tempoh ini dikira dalam unit saat. Shutter yang di buka dengan lama akan membenarkan lebih banyak cahaya masuk. Shutter Speed laju 1/1 bermakna bukaan selama 1 saat. Manakala 1/4000 ialah 1 saat dibahagi 4000. Ini bermakna 1/1 merupakan shutter speed paling lama bukaannya. 1/4000 merupakan shutter speed paling laju. Shutter yang perlahan, contohnya 1/15 mungkin akan menyebabkan gambar samar (blur) kerana tangan yang bergoyang. Untuk mengambil gambar statik menggunakan tangan, kebiasaannya dan minimumnya bacaan shutter speed 1/50 -1/100 diperlukan. Bagaimanapun ini tertakluk kepada teknik dan kekuatan tangan jurugambar.
6 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah Shutter Speed Shutter speed di kira per saat 1” = 1 saat 1/50 = 0.2 saat 1/100 = 0.01 saat 1/1000 = 0.001 saat Semakin tinggi nilai shutter speed semakin gelap gambar dan sekiranya nilai shutter speed tinggi akan membekukan gambar. Perbezaan Di Antara Shutter Speed (Ss) 2” dan 1/1000 Perbezaan Di Antara Shutter Speed (Ss) 1/50 dan 1/1000 Sumber : Saiful Nang Academy (2020). Kursus Asas Fotografi Digital & Smartphone Photography
7 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah ISO ISO adalah tahap kesensitifan sensor pada cahaya atau merujuk kepada berapa sensisitif filem digital kepada cahaya. Bacaan ISO bermula 100, 200, 400, 600, 800, 1200, 1600, 3200. ISO rendah seperti 100, 200 dan ISO tinggi adalah 800, 1200, 1600, 3200. Semakin tinggi nilai ISO gambar menjadi semakin cerah. Nilai ISO yang terlalu tinggi akan menyebabkan wujudnya “noise”. ISO KESESUAIAN HASIL 100-200 Waktu tengahari terik dan cukup kekuatan cahaya seperti di dalam studio Gambar pada ISO ini akan menghasilkan warna, contrast yang paling optimum. 400 Waktu mendung, di bawah litupan. Gambar masih lagi mempunyai warna yang baik dan ‘noise’ pada jumlah minima. 800 Waktu di dalam rumah. Gambar mempunyai warna sedikit pudar dan ‘noise’ banyak kelihatan. 1600 Waktu malam dan kurang bercahaya. Gambar mempunyai warna tetapi kurang menarik, ‘noise’ lebih banyak kelihatan dan contrast gambar mula pudar. 3200-6400 Waktu yang gelap dan tidak bercahaya. Gambar sesuai di ambil menggunakan black and white.
8 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah Perbezaan Di Antara ISO 100 dan ISO 3200 ISO yang rendah sesuai untuk gambar outdoor di mana cahaya matahari sangat terang. ISO yang tinggi untuk gambar di tempat yang gelap seperti indoor dan untuk gambar bintang.
9 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah Metering Exposure Setting ISO, Aperture and Shutter Speed Sumber : Saiful Nang Academy (2020). Kursus Asas Fotografi Digital & Smartphone Photography
10 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah Hubungan Antara Aperture, Shutter Speed dan ISO FUNGSI NO. KECIL NO. BESAR APERTURE Mengawal saiz bukaan sensor. Aperture besar membenarkan lebih banyak cahaya masuk ke dalam kamera. Contoh f/2 Aperture kecil, kurang cahaya masuk ke dalam kamera. Contoh f/16 SHUTTER SPEED Mengawal kelajuan Tempoh bukaan singkat, membekukan aksi. Contoh 1/2000s Tempoh bukaan sensitive , gambar lebih terang. Contoh 1/15s ISO Mengawal sensitivity sensor kamera kepada cahaya Kurang sensitive kepada cahaya. Contoh ISO 100 Lebih sensitive kepada cahaya. Contoh ISO 800
11 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah White Balance Memastikan warna putih di dalam gambar tetap kekal putih, kerana keadaan cahaya adakalanya akan menyebabkan gambar kelihatan kekuningan atau kebiruan. Sumber : Saiful Nang Academy (2020). Kursus Asas Fotografi Digital & Smartphone Photography
12 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah 1.4 TEKNIK PENCAHAYAAN Mengambil gambar menggunakan sumber cahaya berikut : i. Artificial Light (Cahaya Lampu) ii. Sun Light (Cahaya matahari)
13 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah Menggunakan sudut pencahayaan berikut : i. Front Light (FL) ii. Side Light (SL) iii. Back Light (BL) iv. Silhoutte (Menghadap Cahaya) Front Light (FL) Side Light (SL) Back Light (BL) Silhoutte (Menghadap Cahaya)
14 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah 1.5 SUDUT-SUDUT PENGGAMBARAN /FOTOGRAFI Sudut pengambilan gambar, dalam bahasa Inggris Angle of View, atau juga sering disebut dengan sudut pemotretan merupakan hal penting yang bisa menentukan kesan apa yang diterima oleh yang melihat foto. Istilah ini berkaitan dengan bagaimana seorang fotografer memposisikan kameranya dan mengarahkan lensanya ke obJek yang dituju. Mengenal Jenis-Jenis Sudut Pada Pengambilan Gambar Sudut pengambilan gambar yang biasanya dikenal dengan angle sangat berpengaruh dengan foto yang dihasilkan. Angle merupakan sudut pandang dalam memotret sebuah objek. Sebelum memotret kita perlu menetukan terlebih dahulu anglenya sehingga hasil foto kita maksimal. Beberapa jenis angle : 1. Bird view Foto yang diambil dilakukan di tempat yang tinggi. Bisa diambil dari helikopter ataupun gedung-gedung tinggi. Foto yang dihasilkan akan terlihat sangat luas dan dramatis, misalnya foto suatu kota.
15 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah 2. High angle Angle ini mirip dengan angle bird view yang pemngambilan objeknya diambil dari tempat tinggi, hanya tidak seekstrem bird view, paling tidak posisi kamera harus lebih tinggi dari objek yang akan difoto sehingga bahagian atas akan terlihat lebih besar. 3. Eye-level angle Pada angle ini biasanya kamera sejajar dengan objek yang akan difoto, sehingga foto yang dihasilkan terlihat standard seperti yang kita lihat.
16 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah 4. Low angle Angle ini merupakan sudut pengambilan foto dari bawah sehingga objek yang difoto terlihat besar. Foto yang dihasilkan memberikan kesan dominan. 5. Frog angle Frog level merupakan sudut pengambilan yang ekstrem dengan kamera hampir menyentuh tanah. Sudut pengambilan sejajar dengan objek atau lebih rendah. Foto yang dihasilkan tampak seperti mata yang melihat berada dalam posisi seperti katak.
17 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah 1.6 TEKNIK PENGGAMBARAN / FOTOGRAFI (PHOTOGRAHPY TECHNIQUE) 1. Kamera hendaklah dipegang dengan teguh supaya tidak bergoyang semasa menekan butang pelepas shutter, terutama semasa penggunaan lensa zoom atau kelajuan shutter yang perlahan. 2. Jangan menghalang sasaran / arah (shot) bagi mengelakkan gambar kelihatan sebahagian gelap atau terlindung, pastikan jari anda atau objek-objek lain jauh dari lensa, tingkap flash atau tingkap sensor dan apabila cahaya suram maka hendaklah menggunakan flash. Jenis-Jenis Shot • CU (Close Up): Shot yang menampilkan dari batas bahu sampai atas kepala. • MCU (Medium Close Up): Shot yang menampilkan sebatas dada sampai atas kepala. • BCU (Big Close Up): Shot yang menampilkan bahagian tubuh atau benda tertentu sehingga tampak besar. Misal: wajah manusia sebatas dagu sampai dahi. • ECU (Extreme Close Up): Shot yang merakamkan bahagian subjek dengan teliti. Misalnya mata, hidung, atau telinga. • MS (Medium Shot): Shot yang merakamkan dari bahagian pinggang sampai ke atas kepala. • TS (Total Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan objek. • ES (Established Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan pemandangan atau suatu tempat untuk menangkapkan keseluruhan tempat di mana peristiwa atau adegan itu berlaku. • LS (Long Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan subjek, memantapkan semua elemen dalam gambar termasuk latar belakang dan latar depan. • WS (Wide Shot): Pada Wide Shot, objek utama yang diambil memenuhi frame dan meninggalkan sedikit ruang kosong pada bahagian atas dan bahagian bawah subjek. • Two Shot: Shot yang merakamkan wajah dua orang.
18 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah Teknik mengambil gambar menggunakan mode panorama : i. Panorama secara menegak ii. Panorama secara melintang iii. Panorama di mana di dalam satu keping gambar terdapat 2 orang yang sama
19 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah Teknik mengambil gambar menggunakan mode potret : i. Potret yang mempunyai latar belakang kabur di bahagian belakang
20 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah Waktu yang sesuai untuk mengambil gambar adalah pada waktu pagi (antara masa selepas waktu subuh sehingga sebelum matahari tegak di atas kepala) dan waktu petang (selepas waktu asar). Terdapat waktu-waktu yang tertentu yang akan menghasilkan gambar yang menarik dan cantik seperti : i. Golden Hour (selepas waktu subuh dan sebelum maghrib) ii. Blue Hour (waktu senja selepas maghrib) Golden Hour Blue Hour
21 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah Art of Seeing (AoS) • Berkait rapat dengan komposisi • Komposisi – Leading Line, Framing, RoT, Reflection • PoI – Point of Interest • Element of Photograpy • Clean Background – gambar jelas • Simplicity – subjek lebih menonjol Fungsi AoS • Untuk menambah baik penceritaan (story) • Mencantikkan penceritaan • Menunjukkan jalan cerita • Memadankan orang dengan jalan cerita • Subjek terbahagi kepada dua : i. Hidup - orang ii. Mati - bangunan • AoS + Story = Menghasilkan gambar yang cantik • Story – Penceritaan/perbuatan / imej yang paling menonjol dalam gambar (main story). • Penceritaan (Story) – tidak semestinya orang, boleh jadi objek contoh jam, barang antik, kalendar dan sebagainya.
22 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah Arah Yang Menarik (Point of Interest -PoI) 1. Mengenali satu arah yang menarik sebelum mengambil gambar. Bila anda telah mengenalpasti bahagian yang paling penting barulah anda membentuk untuk memperkuatkannya. 2. Mempelajari gambar periklanan adalah cara yang baik untuk memahami gambar yang menitikberatkan komposisi.
23 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah Kesederhanaan Dan Mudah – (Simplicity) 1. Pastikan bahawa subjek yang anda hendak penonton melihatnya nampak nyata di dalam imej. 2. Kalau ada banyak objek-objek yang berserak pada latarbelakang, mesej anda tidak akan kesampaian. 3. Kalau anda tidak dapat mencari sudut yang atau rangka untuk mengasingkan subjek anda, pertimbangkanlah untuk menggunakan kawalan “dept-of field” supaya menjadikan latarbelakang itu luar dari fokus. Kontras/Perbandingan/Perbezaan (Contrast) 1. Subjek yang cerah memberi kesan yang lebih hebat kalau diletakkan berlatarbelakangkan sesuatu yang gelap, dan sebaliknya. 2. Warna yang berkontras boleh digunakan untuk penekanan tetapi ia boleh menjadi suatu gangguan kalau tidak dipertimbangkan dengan betul atau berhati-hati.
24 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah Keseimbangan ( Balance ) 1. Keseimbangan tak simetri atau tidak formal biasnya dipandang lebih menyenangkan dalam merakam atau pengimejan fotografi. Dengan lain perkataan, meletakkan subjek utama off centre dan mengimbangkannya dengan weight (pemberat), objek lain (lebih kecil atau kesan yang rendah (lower impact) akan menjadi lebih berkesan daripada meletakan subjek itu di tengahtengah. Walaubagaimanapun keseimbangan simetri atau formal masih tetap dapat menyampaikan mesej dan impak dengan jelas dan menyenangkan andainya kena pada tempatnya dan cara penggunaanya.
25 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah 1.7 KOMPOSISI PENGGAMBARAN / FOTOGRAFI Di akhir pembelajaran pelajar dapat 1. menjelaskan maksud komposisi penggambaran 2. menghasilkan beberapa keping gambar berdasarkan komposisi penggambaran yang berbeza. Komposisi adalah penggabungan beberapa elemen dasar yang terdapat pada objek atau kawasan penggambaran. Komposisi objek yang baik akan menghasilkan gambar yang memiliki daya tarik serta cantik dipandang, terutama apabila jurugambar dapat menghasilkan arah yang menarik (Point of Interest – PoI) atau maksud dari foto/gambar tersebut. Komposisi merujuk kepada gubahan/membentuk atau rekabentuk dan penyusunan elemen dan kaitannya kepada latarbelakang sesuatu imej. Secara khusus imej yang baik adalah hasil dari penelitian kepada asas elemen komposisi berserta penyesuaian cahaya dan subjek yang menarik. Bagaimanapun tiada cara yang khusus untuk mengambil gambar. Contohnya jika tiga orang jurugambar mengambil pemandangan yang sama, mungkin akan menghasilkan gambar yang sama menarik tetapi dengan komposisi yang berbeza. Dalam penghasilan sesuatu imej yang pentingnya ialah mesej yang hendak disampaikan. Komposisi gambar adalah seperti berikut : i. Role of Third (RoT) ii. Leading Line iii. Framing iv. Reflection Role of Third Imej dibahagikan kepada 9 segmen dengan 2 garisan menegak dan 2 garisan melintang. Dari pembahagian tersebut, terbentuk garis-garis dan empat titik pada garis tersebut. Menurut Peraturan rule of thirds, foto yang paling menarik perlu ditempatkan di salah satu titik tersebut iaitu meletakkan subjek di 1/3 gambar. Ia berasaskan pada teori bahawa mata dengan semulajadinya akan tertumpu/melihat kepada 2/3 ke atas mukasurat (two-thirds up the page).
26 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah Role of Third Pada sekeping gambar perlu ada penceritaan.
27 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah Role of Third Role of Third
28 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah Perspektif (Leading Line) Menggunakan garisan di latarbelakang untuk memfokuskan kepada subjek. Perspektif berfungsi untuk menciptakan efek dalam atau jauh pada sebuah foto. Cara mudah menciptakan foto dengan kesan perspektif adalah dengan mengikuti garis, seperti yang dibentuk oleh garis jalan raya, rel kereta api, jalan setapak atau garis-garis lurus lainnya. Dua garis di hujung gambar perlu berkonvergen, seolah-olah ada pertemuan dihujung titik. Perspektif yang seperti ini disebut linear perspektif.
29 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah Framing Teknik kepungan di mana subjek dikepung agar mata lebih tertumpu kepada subjek.
30 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah REFELCTION Menggunakan permukaan berkilat atau permukaan air untuk mendapatkan reflection.
31 Nor Mazana Ismail Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah 1.8 LATIHAN PENGUKUHAN 1. Apakah fungsi shutter speed dan aperture ? 2. Bagaimana aperture dan shutter speed diubahsuai untuk menghasilkan gambar yang berkualiti ? 3. Hasilkan EMPAT (4) keping gambar foto yang mempunyai elemen i. Role of Third ii. Leading Line /Perspektif iii. Framing iv. Reflection 4. Hasilkan DUA (2) keping gambar / foto dengan menggunakan sumber cahaya berikut : i. Artificial Light (Cahaya Lampu) ii. Sun Light (Cahaya matahari) 5. Hasilkan TIGA (3) keping gambar /foto menggunakan sudut pencahayaan berikut: i. Front Light (FL) ii. Side Light (SL) iii. Back Light (BL) 6. Hasilkan TIGA (3) keping gambar /foto menggunakan teknik penggambaran mode berikut : i. Panorama secara menegak ii. Panorama secara melintang iii. Panorama di mana di dalam satu keping gambar terdapat 2 orang yang sama 7. Hasilkan DUA (2) keping gambar /foto menggunakan teknik penggambaran berikut: i. Mode Potret ii. Mode Potret yang mempunyai latar belakang kabur di bahagian belakang 8. Hasilkan DUA (2) keping gambar /foto menggunakan teknik penggambaran berikut: i. Golden Hour ii. Blue Hour 9. Papakha kelebihan gambar foto yang dirakam dengan elemen di atas?
32 Siti Noor Othman Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah TOPIK 2 2.0 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN AKTIVITI 2.1 Definisi Pengurusan Merupakan usaha yang dilakukan oleh pengurusan untuk mencapai matlamat organisasi. Secara amnya terdapat empat fungsi pengurusan iaitu merancang (planning), menyusun (organizing), memimpin (leading) dan mengawal (controling) • Merancang Contoh : Menjelaskan matlamat organisasi, mengenalkan strategi, dan menyediakan perancangan untuk mengkoordinasikan semua aktiviti • Menyusun Contoh : Menentukan tugasan yang akan dilaksanakan, siapa yang bertanggungjawab, bagaimana tugasan ini dikumpulkan dan siapa yang pelapornya, kepada siapa dilaporkan dan tempat membuat keputusan. • Memimpin Contoh : memotivasikan subordinates, memberi arahan, memilih saluran komunikasi yang lebih berkesan. • Mengawal Contoh : Memantau aktiviti bagi memastikan tercapai seperti yang dirancang dan membetulkan kesalahan/kesilapan yang signifikan. 2.2 Definisi Kokurikulum Memahami kokurikulum Dua konsep yang sering dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran ialah kurikulum. Kurikulum adalah subjek akademik yang kebanyakannya dilaksanakan dalam bilik darjah. Aktiviti diluar bilik darjah disebut kokurikulum. Aktiviti kokurikulum bleh dilaksanakan didalam bilik darjah mengikut kesesuaian seperti syarahanm, ceramah dan demostrasi. Saluran utama penyebaran ko-kurikulum melalui badan beruniform,persatuan kelab, sukan dan permainan. Ko-kurikulum mempunyai kurikulumnya yang tersendiri. Contoh Pergerakan Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda dan Pengakap Remaja.
33 Siti Noor Othman Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah Di negara kita aktiviti kokurikulum secara formal bermula pada zaman pemerintahan British iaitu pada tahun 1909 di Singapura ditubuhkan Pasukan Pengakap pertama sekolah. Pada tahun 1956 Kementerian Pendidikan mengeluarkan surat arahan School Course Of Studies Regulations 1956 kepada setiap sekolah supaya melaksanakan aktiviti kokurikulum. Pada dekad 60an dan 70an masyarakat masih menganggap aktiviti kokurikulum tidak penting dan terpisah dengan kepentingan pembelajaran akedemik. Kini tanggapan mulai berubah dan mulai diterima sebagai sebahagian daripada kurikulum akademik tetapi kurikulumnya masih dipandang kurang penting berbanding dengan kurikulum akedemi. Mulai tahun ini (1999) Kementerian Pendidikan mulai menaikkan martabat Pendidikan kokurikulum dengan keutamaan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang kokurikulum dan memenuhi keperluan akedemik mendapat tempat di institusi-institusi Pendidikan pilihan. 2.3 Falsafah Dan Matlamat Kementerian Pendidikan telah menjelaskan falsafah dan matlamat aktiviti kokurikulum untuk dilaksanakan sama ada di sekolah, maktab atau institusi pengajian tinggi. Falsafah aktiviti kokurikulum berasaskan kepada kepercayaan bahawa: • Semua pelajar mempunyai bakat dan minat yang boleh dimajukan • Semua pelajar boleh dididik dan mendidik diri dan rakan sebaya • Semua pelajar harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental (intelek) dengan perkembangan social, jasmani dan rohani • Institusi pendidikan bertanggungjawab melahirkan pelajar untuk keperluan masyarakat • Masyarakat juga bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan dalam mendidikpelajar 2.4 Matlamat Kepada Aktiviti Kokurikulum Menyemaikan perasaan muhibbah, perpaduan dan integrasi nasional di kalangan generasi muda. Jawatankuasa Perlaksanaan Mengkaji Dasar Pelajaran 1979 menyatakan bahawa kegiatan kokurikulum dapat menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaaan (esprit de corps) di kalangan pelajar-pelajar pelbagai keturunan, latar belakang dan cara hidup.
34 Siti Noor Othman Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah Peningkatan disiplin pelajar. Jawatan Pelaksanaan Mengkaji Dasar Pelajaran 1979 menjelaskan bahawa aktiviti kokurikulum dapat mengalakkan semangat berkumpulan, bekerjasam dan menghormati peraturan Pengalaman yang menyeluruh dan keseimbangan dengan Pendidikan formal. Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat mengukuh dan mengayakan pelajaran yang diperolehi dalam bilik darjah Menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan • Membina iklim, budaya, dan tempat yang menarik dan menyeronokkan. • Mengimbangkan di antara perkembangan intelek (akademik), jasmani, rohani danemosi. • Memenuhi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. • Menyemai nilai-nilai Pendidikan. Contohnya nilai berkerjasama, sihat, bertolak ansur,taat, mematuhi pemimpin, cergas dan berdikari. 2.5 Penubuhan Persatuan Penubuhan Persatuan Tiada Badan Induk Kebanyakan persatuan/kelab di institusi Pendidikan tiada bandan induk yang menyelaras dan mentadbir aktiviti secara rasmi. Bidang sukan dan permainan mempunyai persatuan-persatuan induk seperti MSSD, MSSN tetapi persatuan sukan dan permainan di institusi pendidikan tidakdiwajibakan mendaftar secara rasmi kepada persatuan. Penubuhannya memadai dengan perundingan di antara guru penasihat atau jurulatih. Seterusnya maklumkan penubuhan ini kepada persatuan induk yang terdekat.Guru penasihat akan mencari ahli, mendaftar, membentuk perlembagaan persatuan, melantik jawatankuasa kerja dan melaksanakan aktiviti yang dipersetujui oleh ahli jawatankuasa. Penubuhan Persatuan Yang Mempunyai Badan Induk Semua pasukan beruniform di institusi pendidikan mempunyai badan induk peringkat daerah, negeri atau pusat. Badan induk menyelaras aktiviti, pendaftaran, pentadbiran dan lain-lain keperluan. Institusi pendidikan yang menubuhkan pasukan beruniform perlu berunding dengan badan induk.
35 Siti Noor Othman Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah Sesetengah pasukan beruniform prosedur penubuhan lebih teliti, biasanya pasukan beruniform ini dikendalikan oleh kementerian seperti kadet polis oleh kementerian pertahanan. Kebanyakan pasukan beruniform layak ditubuhkan setelah mengadakan perundingan dan pendaftaran dengan badan induk. 2.6 Perlembagaan Setiap persatuan yang ditubuh harus mempunyai perlembagaan atau undang-undang mengikut Akta pendaftaran pertubuhan , persatuan yang ditubuhkan di luar institusi Pendidikan diwajibkan mendaftar secara rasmi dengan pendaftar pertubuhan seperti pertubuhan parti politik dan persatuan belia.Hanya beberapa persatuan yang ditubukan di bawah akta parlimen seperti Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan St John Ambulans. Antara fungsi perlembagaan/undang-undang ialah sebagai panduan menggerakan persatuan, melicinkan perjalanan persatuan kerana ia menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasadan ahli, menjadi rujukan apabila timbul masalah dalam menjalankan aktiviti persatuan. Pasukan beruniform telah mempunyai peraturan/undang-undang yang ditetapkan oleh badan induk. Secara am, perlembagaan/undang-undang pesatuan mengandungi : 1. Nama dan alamat persatuan 2. Matlamat 3. Keahlian 4. Jawatankuasa Persatuan(seperti bilangan dan tugas) 5. Pembataklan dan pembubaran persatuan 6. Pindaan perlembagaan dan undang-undang persatuan 7. Mesyuarat persatuan
36 Siti Noor Othman Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah Perkara-perkara lain yang biasa ditambah ke dalam perlembagaan ialah: 1. Lencana/logo persatuaan 2. Disiplin dan tatatertib persatuan 3. memindah milik harta, tanggungan 4. Cogan kata/motto 5. tugas persatuan di peringkat institusi pendidikan, cawangan,daerah, negeri dankebangsaan 6. Pendaftaran persatuan 7. Jawatankuasa kecil 2.7 Lantikan Jawatankuasa Di antara persatuan cara perlantikan jawatankuasa mungkin berbeza kerana terikat denganperlembagaan. Terdapat dua perlantikan jawatankuasa bagi sesuatu persatuan: a) Mesyuarat Agung Semua ahli berhak membuat pencalonan, memilih dan melantik sesiapa sahaja dikalangan ahli menjadi jawatankuasa. Jawatan yang dipertandingkan antaranya ialah. Pengurusi ,Naib pengurusi, Setiausaha, Bendahari, dan jawatankuasa Kerja. Pemilihan dibuat secara mengangkat tangan atau undi rahsia dengan menggunakan kertas.Kedudukan jawatankuasa adalah berikut: Penasihat ↓ Pengerusi / Ketua ↓ Naib pengerusi / naib ketua ↓ ↓ ↓ Setiausaha Bendahari │ │ ↓ Jawatankuasa ( boleh wakil tiap setiap unit )
37 Siti Noor Othman Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah b) Perlantikan oleh penasihat Perlantikan dibuat melalui perbincangan dengan ahli atau ujian trtentu terutamanya Pasukan berunifom . Contohnya pasukan Kadet Polis dan Kadet Tentera, Ketua Platon dilantik daripada pelajar yang mencapai kebolehan yang tertinggi berbanding dengan ahli-ahli yang lain.Carta organisasi diantara sesebuah pasukan berunifom berbeza dan bergantung kepada keperluan pasukan. Bidang-Bidang Tugas Jawatankuasa Persatuan di institusi Pendidikan mempunyai pensyarah/guru penasihat. Guru penasihat peranannya memberi panduan,nasihat,tunjuk ajar dan bimbingan untuk melaksanakan aktiviti dan mentadbir persatuan.Kadangkala beliau bertindak sebagai jurulatih.Bidang tugas jawatan kuasa yang lain ialah : 1. Pengerusi / Ketua Kumpulan • Mengurus persatuan mengikut perlembagaan atau melaksanakan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja atau Mesyuarat Agung. • Merancang, melaksanakan dan menyelia aktiviti persatuan. 2. Naib Pengerusi/ Penolong Ketua Kumpulan • Membantu pengerusi atau ketua kumpulan mengueus dan mentadbir kumpulan. • Menjadi pengerusi mesyuarat atau menjalankan tugas pengerusi apabila tiada pengerusi. • Menjalankan tugas mengikut ketatapan dalam perlembagaan. 3. Setiausaha • Menyimpan pendaftaran ahli. • Bekerjasama dengan pengerusi untuk mentadbir dan mengurus persatuan • Menjalankan tugas mengikut ketetapan perlenbagaan persatuan. 4. Penolong setiausaha • Membantu setiausaha mentadbir dan mengurus persatuan. • Menjalankan tugas setiausaha semasa ketiadaan setiausaha
38 Siti Noor Othman Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah 5. Bendahari • Menyimpan rekod dan stok harta persatuan. • Memungut dan menyimpan kenyataan pembayaran yuran ahli. • Mengurus dan mentadbir pembelian dan kewangan persatuan. 6. Ketua Patrol atau Ketua Biro • Mengetuai satu kumpulan kecil ahli bagi melaksanakan sesuatu tugas yangditetapkan mengikut biro. • Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas yang telah ditetapkanmengikut perlembagaan persatuan. 2.8 Jenis-Jenis Mesyuarat Di antara jenis-jenis mesyuarat ialah : 1) Mesyuarat Agung Tahunan 2) Mesyuarat Agung Luar Biasa atau Tergempar 3) Mesyuarat jawatankuasa Kerja 4) Mesyuarat Jawatankuasa Biro 5) Mesyuarat Jawatankuasa Sementara Mesyuarat Agung Tahunan Perlu diadakan mengikut Akta Pendaftar Pertubuhan, mesti dihadiri oleh semua ahli membincangkan hal persatuan secara menyeluruh, memilih ahli jawatankuasa kerja yang baru. Tempoh mesyuarat sama ada setahun atau dua tahun sekali. Ada yang mengadakan mesyuarat agung setahun sekali tetapi pemilihan jawatankuasa kerja dua tahun sekali. Notis mesyuarat ditandatanagani oleh setiausaha dan diedar dalam tempoh 14 hari sebelum mesyuarat. Kebanyakan persatuan menetapkan kehadiran ½ atau 2/3 dari jumlah hari.
39 Siti Noor Othman Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah Mesyuarat tergempar membincangkan satu agenda sahaja, dihadiri oleh semua ahli persatuan, dikenali sebagai mesyuarat agung luar biasa atau mesyuarat khas, mesyuarat ini perlu di adakan apabila: 1. Pengerusi menganggapnya perlu 2. Permintaan lebih dari 8 orang jawatankuasa kerja secara bertulis 3. Permintaan bertulis 1/3 atau 60 orang ahli atau mana yang kurang agenda mesyuarattergempar adalah: a) Penerangan ketua atau setiausaha akan latar belakang isu. b) Membincangkan isu dan membuat keputusan. Mesyuarat jawatan kuasa kerja dan jawatankuasa kecil: merupakan mesyuarat biasa bagimenggerakkan persatuan, dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa kerja yang dilantik dalam mesyuarat agong. Agenda mesyuarat ditentukan oleh pengerusi setelah berbincang dengan setiausaha dan beberapa ahli jawatan kuasa, agendanya berkain dengan aktiviti, perkembangan, pentadbiran dan pengurusan persatuan .Mesyuarat boleh dilakukan beberapa kali setahun atau ditentukan bilangannya. Notis dikeluarkan oleh setiausaha dalam tempohyang ditetapkan oleh persatuan korum masyuarat juga bergantung kepada ketetapan persatuan. Agenda mesyuarat jawatankuasa kerja : 1) ucapan pengerusi 2) mengesahkan minit mesyuarat yang lalu. 3) Perkara perkara berbangkit 4) Agenda agenda yang ingin dibincangkan 5) Hal hal lain Peranan pengerusi dan setiausaha mengendalikan mesyuarat: 1. Pengerusi: orang terpenting dalam mesyuarat, seharusnya mempunyai sifat kepimpinan seperti adil, tidak terlalu emosinal, berpakaian kemas, tenang, dipercayai, cukup pengetahuan mengenai agenda mesyuarat. 2. Setiausaha: jawatan yang sama penting seperti dengan jawatan pengerusi, setiausaha harus boleh bekerjasama dengan pengerusi untuk mentadbir dan menguruskan persatuan setiausaha yang cekap dapat mengaktifkan persatuan dengan berkesan. Sifat yang sesuai bagi setiausaha ialah dedikasi, cekap, berdisiplin, kemas, teratur, mengetahui fakta yang releven.
40 Siti Noor Othman Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah 2.9 Kaedah Menulis Minit Mesyuarat Minit masyuarat adalah perkara yang sudah di putuskan dalam sesuatu masyuarat. Minit perlu ditulis dengan lengkap sebagai rujukan untuk tindakan selanjutnya. Setiusaha perlu menguasai kaedah dan prosudar menulis minit masyuarat. Perkara yang perlu ada dalam minit masyuarat ialah : 1. bilangan minit masyuarat 2. senarai kehadiran. Yang hadir, yang tidak hadir dan turut hadir(turut hadir ialah merekayang bukan ahli dan tiada hak untuk mengundi membuat keputusan) 3. tarikh 4. tempat 5. minit dicatat sebagai ringkas ,lebih sesuai mengikut agenda 6. tanda tangan pencatat atau setiusaha dan pengesahan pengurusi 2.10 Penulisan Surat Rasmi Surat rasmi penting bagi menggerakkan persatuan. Contoh surat rasmi ialah suirat panggilan masyuarat, memohon lawatan dan memanggil penceramah. Setiap surat mempunyai format tersendiri, walaubagaimanapun setiap surat rasmi mengandungi perkara-perkar asas berikut: 1. Logo, nama dan alamat persatuan 2. Nama jawatan kuasa tertinggi persatuan 3. No.fail 4. Tarikh 5. Alamat penerima 6. Pembuka surat 7. Perkara (tujuan surat ditulis ) 8. Kandungan surat (ringkas tetapi padat) 9. Ucapan penghargaan dan terima kasih 10. Motto 11. Tandatangan 12. Nama dan jawatan 2.11 Pengurusan Harta Persatuan Persatuan mempunyai hartanya tersendiri. Secara umumnya harta persatuan dalam bentuk kewangan dan barangan bagi memastikan harta ini terus di miliki oleh persatuan ia perlu diurus dengan rapi, teratur, dan sistematik.
41 Siti Noor Othman Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah 2.12 Mengurus Kewangan Mengurus kewangan bermaksud menyediakan penyata kewangan dengan rapi, teratur, dan sistematik. Tugas ini dipertanggungjawabkan kepada bendahari. Penyata kewangan dibentuk dalam setiap mesyuarat jawatankuasa kerja. Antara kandungan dalam penyata kewangan ialah: 1. Kenyataan yuran ahli 2. Kenyataan wang keluar masuk 3. Resit-resit perbelanjaan 4. Kenyataan simpanan di bank atau lain-lain tempat 5. Buku resit terima wang 2.13 Pengurusan Stok Mengurus stok persatuan bermaksud menyediakan buku stok barangan dengan rapi, teratur dan sistematik. Tugas ini juga dipertanggungjawabkan kepada bendahari dan di bentang bersama-sama penyata kewangan jawatankuasa kerja. Antara yang perlu ada dalam buku stok ialah: 1. Buku stok (daftar nama kepunyaan persatuan)\ 2. Alat tulis dan lain-lain 3. alat permainan dan gerak kerja 4. Buku rujukan dan majalah 2.14 Penyata Wang Masuk Dan Wang Keluar a. Simpan rekod-rekod wang masuk dan wang keluar samada melalui cek atau tunai b. Perlembagaan menetapkan jumlah wang tunai yang boleh di simpan oleh bendahari pada suatu masa c. Wang yang diterima direkod dengan lengkap.Gunakan buku resit sebagai asas merekod wang yang diterima. Buku resit mempunyai nombor siri. Bahagian atas diberi kepada pembayar dan bahagian karbon sebagai rekod. Baucer pembayaran adalah rekod aliran keluar wang tunai atau cek. Dalam baucer mengandungi antaranya nama dan alamat penerima, tarikh tujuan pembayaran, jumlah pembayaran, tandatangan penerima kelulusan pihak persatuan. Setiap baucer mengandungi dua salinan, salinan asal untuk bendahari dan salinan karbon.
i RUJUKAN Meor Hasmadi, Dona Lowii, Nadzei Shariff, Raziq Samat, Hanif Omar. (2014). Asas-Asas Teknik Fotografi dengan Kamera DSLR. Melaka : UiTM Melaka. Redzuan Ahmad. (2011). Panduan dan Rujukan Fotografi : Komposisi & Cahaya. Kuala Lumpur :Redzuan Fotomedia Sdn Bhd. Ahmad Jazlan. (2014). Fotografi Terhebat dengan Kamera Digital. Perak:Synergy Media. Julie Adair King. (2012). Digital Photography for Dummies 7th Edition. New York : John Wiley & Sons Inc. Saiful Nang Academy (2020). Kursus Asas Fotografi Digital & Smartphone Photography secara dalam talian (online courses). domain taxonomy - Bing images
NOR MAZANA ISMAIL SITI NOOR OTHMAN JABATAN MATEMATIK, SAINS & KOMPUTER POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH NNNOOOTTTAAADDDAAANNNLLLAAATTTIIIHHHAAANNN PENGARANG