“TEMA : MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA : LEBIH BAIK CEGAH” e-Karnival PPDa SMK Sungai Kertas Tahun 2023 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI KERTAS SMK SUNGAI KERTAS 24 JULAI – 4 OGOS 2023
PERTANDINGAN E-KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDA) PERINGKAT SMK SUNGAI KERTAS BIL ACARA PERTANDINGAN KATEGORI MENENGAH ATAS (TING 4 & 5) MENENGAH RENDAH (TING. 1 – 3) 1 DOODLE ANTI DADAH / / 2 MEREKA CIPTA WHATSAPP STICKER / / 3 BUKU SKRAP DIGITAL / /
PERTANDINGAN DOODLES ANTIDADAH 1. SYARAT PENYERTAAN 1.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid Men. Rendah dan Men. Atas. 1.2 Setiap individu hanya dibenarkan untuk menyertai satu penyertaan sahaja. 1.3 Penyertaan adalah secara individu. 2. FORMAT PENYERTAAN 2.1 Peserta perlu melukis doodle pada kertas lukisan bersaiz A3. 2.2 Medium/bahan yang digunakan untuk melukis doodle adalah bebas dan berfokus kepada tema “MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA: LEBIH BAIK CEGAH”. 2.3 Karya yang dihasilkan hendaklah karya asli dan tidak pernah diterbitkan serta tidak pernah memasuki mana-mana pertandingan sebelum ini. 2.4 Karya hendaklah berteraskan tema elemen pendidikan pencegahan dadah, substan/bahan terlarang dan pelencongan sosial perlu digayakan bagi menyampaikan mesej pencegahan. 2.5 Peralatan yang digunakan adalah bebas sama ada pensel warna, pen atau pun warna air. 2.6 Hanya peserta sahaja dibenarkan melukis tanpa bantuan ibu bapa, guru atau sesiapa sahaja. 2.7 Para peserta juga dikehendaki mengambil gambar tiga (3) keping proses kerja seperti: • Kerja awal melukis (sebelum) • Pertengahan mewarna (semasa), dan • Hasil karya (selepas) yang telah siap. 2.8 Penggunaan sebarang aplikasi komputer atau media digital adalah tidak dibenarkan. 2.9 Hasil karya perlu dihantar dengan memuat naik karya tersebut di dalam google form yang disediakan. Format fail adalam dalam bentuk JPEG. 2.10 Peserta mestilah memastikan karya menghormati masyarakat majmuk tidak menyentuh sensitiviti agama, kaum dan politik serta tidak menggunakan unsur-unsur negatif seperti jarum suntikan, tengkorak, tali gantung dan sebagainya. 2.11 Setiap penyertaan adalah hak milik Unit PPDa SMK Sungai Kertas dan kami berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak mengikut syarat yang ditetapkan. 2.12 Tarikh tutup penyertaan adalah 4 Ogos 2023.
MEREKA CIPTA WHATSAPP STICKER 1. SYARAT PENYERTAAN 1.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid Men. Rendah (Ting. 1-3) dan Men. Atas (Ting. 4-5). 1.2 Penyertaan adalah secara berkumpulan iaitu 2-3 orang sahaja. 1.3 Hanya boleh menghantar satu PENYERTAAN sahaja. 1.4 Setiap penghantaran wajib menggunakan akaun e-mail moe Delima peserta. 1.5 Peserta boleh memilih satu berkaitan tajuk seperti berikut : a. Bebas Rokok dan Bebas Vape b. Say No To Drug c. Jauhi Alkohol dan Inhalan d. Bahaya HIV AIDS e. Keluarga Bahagia f. Gaya Hidup Sihat 1.6 Karya yang dihasilkan menggambarkan kreativiti, idea yang positif serta mempunyai nilai-nilai murni dan tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang mempunyai sensitiviti perkauman, keagamaan, politik dan pemimpin. 1.7 Setiap hasil karya merupakan karya asal/asli dan menggunakan Bahasa Melayu sahaja. 1.8 Penyertaan hendaklah dihantar dalam format GIF atau JPEG sahaja dan mestilah dengan nama ahli kumpulan dan nama ahli. Mana-mana penyertaan yang dihantar tidak dilebal seperti yang dinyatakan tidak akan diterima. 1.9 Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal sebelum mendapat kebenaran daripada pihak sekolah. 1.10 Semua penyertaan perlu dihantar ke Cikgu Hazlisa, Cikgu Izzat dan Cikgu Hazlisa. 1.11 Johan peringkat sekolah akan dipertandingkan di peringkat Daerah Gombak. 1.12 Tarikh tutup penyertaan adalah 4 ogos 2023. 1.13 Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukukan tidak asli/ciplak. 1.14 Kegagalan mematuhi syarat yang dikemukakan menyebabkan penyertaan akan terbatal secara automatik.
PUISI & LAGU PPDA 1. SYARAT PENYERTAAN 1.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid Men. Rendah dan Men. Atas. 1.2 Penyertaan adalah secara berkumpulan yang terdiri daripada 1-3 orang peserta. 1.3 Setiap kumpulan hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja. 2. FORMAT PENYERTAAN 2.1 Peserta perlu menghasilkan buku skrap digital dengan bertemakan LEBIH BAIK CEGAH : MURID CERIA, GURU BAHAGIA DAN SEKOLAH BITARA. 2.2 Karya hendaklah berteraskan elemen pendidikan pencegahan dadah, (Dadah, Alkohol, Rokok, Inhalan, HIV AIDS) 2.3 Peserta bebas menggunakan apa jua aplikasi dalam penghasilan buku skrap. Contoh : Powerpoint, Canva, Adobe Photoshop dan yang bersesuaian. 2.4 Peserta akan mengahntar buku skrap digital menggunakan format URL LINK ANY FLIP. 2.5 Buku skrap digital yang dihasilkan mestilah menggunakan bahasa melayu. 2.6 Bilangan muka surat skrip digital 8-10 muka surat termasuk muka hadapan. 2.7 Buku skrap yang dihasilkan mestilah asli dan kreatif, bermaklumat dan mampu menyebarkan mesej pencegahan dadah secara positif. 2.8 Semua hasil karya mestilah tidak pernah menyertai atau memenangi mana-mana pertandingan berkaitan buku skrap digital. 2.9 Peserta mestilah memastikan karya menghormati masyarakat majmuk serta tidak mengandungi unsur-unsur negatif seperti jarum suntikan, tengkorak dan lain-lain. 2.10 Pihak sekolah berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak mengikut syarat yang ditetapkan.