The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR HAZLISA, 2022-06-02 01:19:30

SYARAT PENYERTAAN E-KARNIVAL PPDA SMK SUNGAI KERTAS

EKARNIVAL PPDA SMK SUNGAI KERTAS

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI KERTAS

e-Karnival

PPDa SMK Sungai Kertas

Tahun 2022

“TEMA : SEKOLAHKU SEJAHTERA, LEBIH BAIK CEGAH”

3 – 17 JUN 2022
PENYERTAAN ATAS TALIAN

SMK SUNGAI KERTAS

PERTANDINGAN E-KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN
DADAH (PPDA) PERINGKAT SMK SUNGAI KERTAS

BIL ACARA PERTANDINGAN KATEGORI

1 DOODLE ANTI DADAH MENENGAH MENENGAH
2 REELS INSTAGRAM ATAS RENDAH
3 PUISI & LAGU ANTIDADAH
/ /
(BERKUMPULAN)
4 MEWARNA POSTER /
5 REKA CIPTA E-BOOKFLIP PPDA
6 REKA CIPTA SLAID PPDA //
7 REKA CIPTA E-POSTER PPDA
/
/
/
//

PERTANDINGAN DOODLES ANTIDADAH

1. SYARAT PENYERTAAN
1.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid Men. Rendah dan Men. Atas.
1.2 Setiap individu hanya dibenarkan untuk menyertai satu penyertaan sahaja.
1.3 Penyertaan adalah secara individu.

2. TATACARA PERTANDINGAN
2.1 Peserta perlu melukis doodle pada kertas lukisan bersaiz A3.
2.2 Medium/bahan yang digunakan untuk melukis doodle adalah bebas dan
berfokus kepada tema
“SEKOLAHKU SEJAHTERA, LEBIH BAIK CEGAH”.
2.3 Karya yang dihasilkan hendaklah karya asli dan tidak pernah diterbitkan serta
tidak pernah memasuki mana-mana pertandingan sebelum ini.
2.4 Karya hendaklah berteraskan tema elemen pendidikan pencegahan dadah,
substan/bahan terlarang dan pelencongan sosial perlu digayakan bagi
menyampaikan mesej pencegahan.
2.5 Peralatan yang digunakan adalah bebas sama ada pensel warna, pen atau pun
warna air.
2.6 Hanya peserta sahaja dibenarkan melukis tanpa bantua ibu bapa, guru atau
sesiapa sahaja.
2.7 Para peserta juga dikehendaki mengambil gambar tiga (3) keping proses kerja
seperti:
• Kerja awal melukis (sebelum)
• Pertengahan mewarna (semasa), dan
• Hasil karya (selepas) yang telah siap.
2.8 Penggunaan sebarang aplikasi komputer atau media digital adalah tidak
dibenarkan.
2.9 Hasil karya perlu dihantar dengan memuat naik karya tersebut di dalam google
form yang disediakan. Format fail adalam dalam bentuk JPEG.
2.10 Peserta mestilah memastikan karya menghormati masyarakat majmuk tidak
menyentuh sensitiviti agama, kaum dan politik serta tidak menggunakan unsur-
unsur negatif seperti jarum suntikan, tengkorak, tali gantung dan sebagainya.
2.11 Setiap penyertaan adalah hak milik Unit PPDa SMK Sungai Kertas dan kami
berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak mengikut syarat yang ditetapkan.
2.12 Tarikh tutup penyertaan adalah 11 JUN 2022.

REELS INSTAGRAM PPDA

1. SYARAT PENYERTAAN
1.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid Men. Rendah dan Men. Atas.
1.2 Penyertaan adalah secara individu.
1.3 Hanya loga SEKOLAH sahaja yang dibenarkan untuk diletakkan pada video.

2. TATACARA PERTANDINGAN
2.1 Karya yang dihasilkan hendaklah karya asli dan tidak pernah diterbitkan serta
tidak pernah memasuki mana-mana pertandingan sebelum ini.
2.2 Karya yang dihasilkan mestilah bertemakan
“SEKOLAHKU SEJAHTERA, LEBIH BAIK CEGAH”.
2.3 elemen pendidikan pencegahan dadah, substan/bahan terlarang dan
pelencongan sosial perlu digayakan bagi menyampaikan mesej pencegahan.
2.4 Peserta digalakkan menggunakan skor muzik asal atau bebas hak cipta. Jika
menggunapakai trek muzik komersial atau hak milik orang lain, peserta perlu
mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada pihak berkenaan.
2.5 Pihak Sekolah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat
pelanggaran hasil hak cipta.
2.6 Bahan yang dihasilkan perlu menggunakan elemen REELS dalam aplikasi
INSTAGRAM.
2.7 Bahan yang dihasilkan dihadkan berurasi 60 saat sahaja.
2.8 Peserta mestilah memastikan karya menghormati masyarakat majmuk tidak
menyentuh sensitiviti agama, kaum dan politik serta tidak menggunakan unsur-
unsur negatif seperti jarum suntikan, tengkorak, tali gantung dan sebagainya.
2.9 Hak cipta produksi adalah kekal milik peserta. Walau bagaimanapun pihak
sekolah boleh menggunakan produksi tersebut untuk tujuan program pendidikan,
promosi semasa dan selepas pertandingan. Setiap penyertaan adalah hak milik
sekolah.
2.10 Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk
tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak
yang berkaitan.
2.11 Semua video untuk dipertandingkan perlu dimuatnaik ke dalam akaun
instagram peserta.
2.12 Akaun Instagram perlu di tetapkan “open public”.
2.13 Tarikh tutup penyertaan adalah 17 JUN 2022.

PUISI & LAGU PPDA

1. SYARAT PENYERTAAN
1.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid Men. Rendah dan Men. Atas.
1.2 Penyertaan adalah secara berkumpulan tidak melebihi 5 orang murid untuk
satu kumpulan.
1.3 Setiap kumpulan hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.

2. FORMAT PERSEMBAHAN
2.1 Penyertaan murid adalah tidak melebihi 5 orang. Boleh terdiri daripada
lelaki/perempuan atau campuran. Penyertaan pelbagai kaum amat digalakkan.
2.2 Puisi berbentuk sajak/syair hendaklah karya asli peserta yang terlibat dan
menggunakan Bahasa Melayu sahaja.
2.3 Puisi perlu dideklamasikan oleh murid mengikut kreativiti dengan iringan
muzik secara rakaman secara langsung ‘live’.
2.4 Melodi lagu hendaklah dicipta oleh murid yang terlibat dengan bantuan guru.
2.5 Puisi/syair yang sama juga hendaklah dinyanyikan samaada secara individu
atau berkumpulan dengan iringan muzik oleh ahli-ahli kumpulan yang sama, tanpa
menambah atau mengurangkan perkataan daripada karya/puisi asal.
2.6 Penghasilan video puisi dan lagu ibi bergantung pada kreativiti peserta
masing-masing.
2.7 Tema puisi “SEKOLAHKU SEJAHTERA, LEBIH BAIK CEGAH” dan sisi kandungan
mestilkah bersesuaian serta tidak menyentuh perkara-perkara sensitif seperti
agama, budaya, kaum dan politik.
2.8 Satu salinan puisi dan dokumen-dokumen penyertaan hendaklah dihantar
kepada Unit PPDa SMK Sungai kertas.

3. MASA PERSEMBAHAN
3.1 Jnagka masa persembahan termasuk montaj bagi setiap pasukan hendaklah
tidak melebihi 5 minit.

4. ETIKA PAKAIAN
4.1 Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian.

MEWARNA POSTER

1. SYARAT PENYERTAAN
1.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid Men. Rendah (Tingkatan
1 – 3) sahaja.
1.2 Penyertaan secara individu.

2. TATACARA PERTANDINGAN
2.1 Peserta perlu mewarna poster pada kertas lukisan bersaiz A3.
2.2 Medium/bahan yang digunakan untuk mewarna poster adalah
bebas dan berfokus kepada tema.
2.3 Peralatan mewarna hendaklah digunakan oleh peserta sendiri.
(poster disediakan dan hanya perlu didownload dan dicetak melalui
telegram.
2.4 Peserta boleh mewarna dan mengolah lakaran mengikut
kesesuaian dan kreativiti masing-masing.
2.5 Setiap penyertaan adalah hak milik Unit PPDa SMK Sungai kertas.
2.6 Pihak kami berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak
mengikut syarat yang ditetapkan.
2.7 Pihak kami berhak menggunakan lukisan yang dihantar dalam
pertandingan ini bagi bagi tujuan promosi, penerbitan atau paparan di
media cetak, media sosial dan media elektronik.
2.8 Tarikh tutup penyertaan pada 17 JUN 2022

REKACIPTA E-BOOKFLIP PPDA

1. SYARAT PENYERTAAN
1.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid Men. Rendah dan Men Atas.
1.2 Penyertaan adalah secara individu.

2. TATACARA PERTANDINGAN
2.1 Bahan e-bookflip yang dihasilkan adalah mengikut kreativiti dan yang
bertepatan dengan tema.
2.2 Peserta boleh memilih untuk menghasilkan e-book dalam Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris. Hanya satu bahasa sahaja yang dibenarkan.
2.3 Tema : “Sekolahku Sejahtera, Lebih Baik Cegah”.
2.4 Mediam/bahan yang digunakan untuk mewarna e-bookflip adalah bebas dan
berfokus kepada tema.
2.5 Penghasilan e-Bookflip ini perlulah dicipta dalam bentuk Flip Book, dan
peserta perlulah menggunakan Format PDF.
2.6 Isi kandungan e-Bookflip ini mestilah ringkas dan padat mengandungi elemen
untuk pencegahan Anti dadah, ARak, Rokok, Vape Inhalan dan HIV.
2.7 Penghasilan bahan e-Bookflip ini perlu dihantar selewat-lewatnya pada 17 JUN
2022 kepada Penganjur dalam Google Form yang disediakan.
2.8 Peserta boleh mencipta dan mengolah lakaran mengikut kesesuaian dan
kreativiti masing-masing.
2.9 Semua ciptaan atau hasil karya penyertaan mestilah asli dan hasil daripada
idea sendiri.
2.10 Pihak penganjur pertandinganberhak menggunakan e-Bookflip yang dihantar
dalam pertandingan ini bagi tujuan promosi, penerbitan atau paparan di media
cetak, media sosial dan media elektronik.

REKA CIPTA SLAID PPDA

1. SYARAT PENYERTAAN
1.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid Men. Rendah dan Men. Atas.
1.2 Penyertaan adalah secara individu.

2. TATACARA PERTANDINGAN
2.1 Bahan slaid PPDa yang dihasilkan adalah mengikut kreativiti dan yang
bertepatan dengan tema.
2.2 Peserta boleh memilih untuk menghasilkan slaid dalam Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris. Hanya satu bahasa sahaja yang dibenarkan.
2.3 Tema : “Sekolahku Sejahtera, Lebih Baik Cegah”.
2.4 Mediam/bahan yang digunakan untuk slaid PPDa adalah bebas dan berfokus
kepada tema.
2.5 Penghasilan Slaid PPDa ini perlulah dicipta dalam bentuk POWEPOINT dan
peserta perlulah menggunakan Format POWERPOINT.
2.6 Isi kandungan Slaid PPDa ini mestilah ringkas dan padat mengandungi elemen
untuk pencegahan Anti dadah, ARak, Rokok, Vape Inhalan dan HIV.
2.7 Peserta boleh mencipta dan mengolah lakaran mengikut kesesuaian dan
kreativiti masing-masing.
2.8 Semua ciptaan atau hasil karya penyertaan mestilah asli dan hasil daripada
idea sendiri.
2.9 Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 JUN 2022.

REKA CIPTA E-POSTER PPDA

1. SYARAT PENYERTAAN
1.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid Men. Rendah dan Men Atas.
1.2 Penyertaan adalah secara individu.

2. TATACARA PERTANDINGAN
2.1 Bahasan e-poster yang dihasilkan adalah mengikut kreativiti dan yang
bertepatan dengan tema.
2.2 Saiz poster adalah berukuran A3 dan menggunakan format JPEG.
2.3 Peserta boleh memilih untuk menghasilkan poster dalam Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris. Hanya satu bahsa sahaja yang dibenarkan.
2.4 Tema : “Sekolahku Sejahtera, Lebih Baik Cegah”.
2.5 Mediam/bahan yang digunakan untuk e-poster adalah bebas dan berfokus
kepada tema.
2.6 Penghasilan bahan e-poster ini perlu dihantar selewat-lewatnya pada 17 JUN
2022 kepada Penganjur dalam Google Form yang disediakan.
2.7 Peserta boleh mencipta dan mengolah lakaran mengikut kesesuaian dan
kreativiti masing-masing.
2.8 Semua ciptaan atau hasil karya penyertaan mestilah asli dan hasil daripada
idea sendiri.


Click to View FlipBook Version