The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat SMK Jitra tahun 2022 pada 20 Oktober 2022 (Khamis).

Dianjurkan oleh Jawatankuasa Pengawas Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) SMK Jitra sesi 2022 / 2023.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-68069672, 2022-10-17 23:05:49

BUKU PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SMK JITRA 2022

Sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat SMK Jitra tahun 2022 pada 20 Oktober 2022 (Khamis).

Dianjurkan oleh Jawatankuasa Pengawas Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) SMK Jitra sesi 2022 / 2023.

Keywords: SUMUR,Rasul,maulidur rasul,mauli,durrasul,smk jitra

20 O7.0K0TOHBINEGRG2A02112.3(0KPHAAGMIIS)
DEWAN IBNU SINA

SASARAN: 3 HINGGA 6
SPEELMAUJAAWR AMRUGSALIMMUTSILNIGM. SMK JITRA

penceramah jemputan:
USTAZ AMIDI BIN SYEIKH MUHD


ZAINUL ASRI

PENDAHULUAN

Meski tidak pernah bersua dan melihat wajah Rasulullah SAW, saban tahun, umat Islam

tidak pernah lupa meraikan sambutan sempena hari kelahiran Rasulullah SAW. Melalui

program anjuran Pengawas Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) ini, warga SMK Jitra akan

didedahkan dengan hari kelahiran Baginda di samping menelusuri sirah kehidupan. Insan


Agung ini.. Begitu besar dan kasih cinta umat terhadap Baginda, namun tidak dapat

menandingi kasih sayang dan kecintaan Baginda terhadap umatnya.



Oleh itu, sempena kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Pengawas Sahsiah

Unggul Murid (SUMUR) telah merancang program sambutan hari kelahiran Rasulullah


SAW bagi mengenang jasa dan kecintaan insan agung ini.



Sebagai umat Islam, pelbagai cara boleh kita amalkan sebagai tanda kasih dan ingat kepada

Baginda. Semoga dengan usaha kecil ini, sedikit sebanyak dapat memupuk kecintaan kita

terhadap Baginda.



Marilah sama-sama berdoa agar kita tergolong sebagai umat yang layak dipandang Baginda

di hari tidak ada pertolongan melainkan pertolongan Allah Azza Wajalla yang dikurniakan


kepada Kekasih-Nya yang mulia, iaitu dengan pemberian syafaat.



Salam Maulidur Rasul 1444H

OBJEKTIF

1.Dapat mengingati dan mengagumi kebesaran Allah

SWT di samping memperingati perjuangan suci

Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dalam

menyebarkan agama Islam.

2.Dapat mengasihi dan menyayangi Nabi Muhammad

SAW dan mengamalkan sunnah yang diamalkan

Baginda.

3.Dapat mengetahui dan menghayati perjalanan sirah

Nabi Muhammad SAW.

4.Menimbulkan semangat, jati diri yang cekal, gigih dan

berkeyakinan tinggi di kalangan murid.

JAWATANKUASA PROGRAM

Pengarah : Syed Ali Husayni Bin Syed Abdul Rahman (T5)
Setiausaha : Ahmad Fawwaz Nu’man Bin Muzammil (T5)
Bendahari : Muhammad Arif Akmal Bin Mohd Asri (T5)

Pengisian : Muhd Faris Khilfi Bin Md Lazim (T4)
Pengacaraan : Mohamad Ikmawi Nazim Bin Mohamad

Azahar (T5)
Multimedia : Muhammad Danish Bin Rozali (T5)
Persiapan Tempat : Muhammad Haziq Bin Nurdin (T5)
Sambutan : Muhammad Afnan Bin Rosdi Wazir (T5)
PA System : Mohamad Afnan Bin Mohamad Azlan (T5)
Kawalan & Disiplin Pelajar: Muhammad Aiman Muadz Bin

Mazlan (T3)
Tugas-tugas Khas : Adam Harith Haikal Bin Malike (T5)

Dokumentasi : Adam Hariss Bin Abdul Aziz (T3)

ATUR CARA MAJLIS

7.00-7.10: Alunan Selawat dan Asmaul Husna
7.10-7.45 : Bacaan Surah Yaasin, al-Kahfi dan doa

7.45 - 8.00: Kompang dan selawat
8.00 - 8.10: Pergerakan murid ke dalam Dewan Ibnu Sina
8.15 : Menyambut Ketibaan Ustaz Amidi dengan kompang dan selawat

8.15 - 9.45 : Ceramah Ustaz Amidi
9.45 - 10.00 : Qasidah tingkatan 4 ( 2 qasidah )

-Marhaban Ya Rabi'
-Mahabbah Rasul
10.00 - 10.15 : Khutbah Maulidurrasul
- ‘Ibrah drp Khutbah
10.15 - 10.30: Nyanyian 1 - Voice4U
10.30 - 10.40 - Qasidah tingkatan 4 ( 1 Qasidah )

-Ya Hanana
10.40 - 10.50 - Mimbar Daie
10.50 - 11.00 - Nyanyian 2- Voice4U
11.00 - 11.10 : Qasidah tingkatan 4 ( 1 Qasidah )

-Selawat Badariyah
11.00 - 11.15 : Nyanyian 3 - Voice4U

PENUTUP

Program ini diharapkan dapat menyemai kecintaan warga Sekolah Menengah
Kebangsaan Jitra terhadap Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.



Jadikanlah segala kebaikan ilmu dan manfaat dari program ini sebagai titik tolak kita
mengubah diri agar menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang sentiasa

mengamalkan sunnahnya dan mencintai segala kebaikan dan membenci segala
keburukan dan kemungkaran.



Marilah kita perbanyakkan bukti kecintaan terhadap Baginda dengan meliptgandakan
selawat terhadap Baginda. Allahumma solli 'ala Muhammad.



Segala yang baik dari program ini datangnya daripada Allah SWT dan segala yang
buruk datangnya dari kekurangan dan kelemahan diri kami sendiri.



‫والله أعلم بالصواب‬

PENGHARGAAN

Penghargaan dan terima kasih daripada kami kepada:



Tuan Pengetua dan Barisan Pentadbir SMK Jitra
Guru-guru

Pelajar-pelajar
Semua pihak; perseorangan dan berkumpulan yang telah


memberi sumbangan idea, tenaga, buah fikiran, wang

ringgit dan sebagainya untuk kelancaran program

Sambutan Maulidur Rasul SMK Jitra.


Semoga Allah membalasnya dengan sebesar-besar

kebaikan.

ANJURAN:


Click to View FlipBook Version