xxxxxx-08-xxxx
1.0 ABSTRAK
MASALAH PENCEMARAN AIR SUNGAI DI BAGAN SUNGAI TIANG,
BAGAN DATUK, PERAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah pencemaran air sungai di Bagan Sungai
Tiang, Bagan Datuk, Perak. Kajian ini mengemukakan dua objektif kajian iaitu
mengenal pasti faktor-faktor berlakunya pencemaran air sungai di Bagan Sungai
Tiang serta mengkaji kesan pencemaran air sungai terhadap penduduk Bagan Sungai
Tiang dan alam sekitar. Kajian ini dilakukan di Bagan Sungai Tiang, Bagan Datuk.
Metodologi kajian yang digunakan ialah soal selidik, kepustakaan, temu bual,
pemerhatian, dan prosedur pengumpulan data. Sampel kajian adalah seramai 30 orang
responden, iaitu penduduk Bagan Sungai Tiang. Berdasarkan soal selidik yang
dilakukan, faktor utama berlakunya masalah pencemaran air sungai adalah sistem
perkumbahan yang kurang efektif. Dapatan kajian juga mendapati kesannya ialah
kekurangan hidupan akuatik dalam sungai. Kesimpulannya, masalah ini adalah
disebabkan oleh faktor manusia. Masalah ini telah mendatangkan kesan negatif
kepada penduduk tempatan dan alam sekitar.
i
xxxxxx-08-xxxx
2.0 SENARAI KANDUNGAN
BIL. BUTIRAN MUKA SURAT
1.0 ABSTRAK i
2.0 SENARAI KANDUNGAN ii
3.0 PENGHARGAAN iii
4.0 PENGENALAN 1-2
5.0 OBJEKTIF KAJIAN 3
LOKASI KAJIAN 4-5
6.0 6.1 Daerah Bagan Datuk
6.2 Bagan Sungai Tiang
METODOLOGI KAJIAN 6-8
7.1 Soal Selidik
7.2 Kepustakaan
7.0
7.3 Temu Bual
7.4 Pemerhatian
7.5 Prosedur Pengumpulan Data
DAPATAN KAJIAN 9-28
8.1 Demografi Responden 9-10
8.2 Faktor-faktor Berlakunya Pencemaran Air Sungai di 11-19
8.0
Bagan Sungai Tiang
8.3 Kesan Pencemaran Air Sungai terhadap Penduduk 20-28
Bagan Sungai Tiang dan Alam Sekitar
RUMUSAN 29
RUJUKAN 30
LAMPIRAN
ii
xxxxxx-08-xxxx
3.0 PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan ditunjukkan kepada Pn. X, selaku pengetua SMK
XX dan Encik Y selaku Penolong Kanan Tingkatan Enam SMK XX yang telah
memberi kebenaran dan kerjasama kepada saya untuk menjalankan kajian ini.
Selain itu, pengkaji juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru Pengajian
Am pengkaji, Pn. AF yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar hingga
pengkaji dapat melengkapkan kajian ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Pengkaji juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa
pengkaji yang telah banyak membantu dan sentiasa memberi dorongan, galakan, dan
bantuan kewangan sepanjang pengkaji menjalankan kajian ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan pengkaji di sekolah
pengkaji yang banyak memberikan komen membina dan bersama-sama mencari
bahan untuk tajuk kajian pengkaji.
Akhir sekali, penghargaan juga diberikan kepada semua responden yang sudi
menjawab soalan soal selidik pengkaji dan memberi pelbagai maklumat kepada
pengkaji tentang kajian ini.
iii
4.0 PENGENALAN
Menurut Ernst Haeckel (1869), perkataan ekologi itu berasal daripada
perkataan Yunani “oikos” yang bermaksud rumah atau tempat tinggal. Ini bermakna
ekologi adalah satu bidang yang mengkaji tentang rumah atau tempat tinggal
organisma-organisma.
Ekologi bermaksud kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan
alam persekitarannya. Semua hidupan terpaksa saling bergantung sesama sendiri dan
perlu bergantung kepada persekitarannya dengan komuniti masing-masing atau
dengan komuniti lain. Sekiranya terdapat sesuatu pemboleh ubah yang mengganggu
ekologi di sesuatu kawasan, setiap hidupan yang mendiami kawasan tersebut juga
akan menerima impak yang serius. Salah satu pemboleh ubah yang menyumbang
kepada penggangguan ekologi adalah pencemaran air.
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, pencemaran bermaksud perbuatan
mencemarkan atau mengotorkan sesuatu tempat. Menurut Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 (AKAS 1974) pula, pencemaran didefinisikan sebagai apa-apa
perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, kimia, biologi, atau
radio aktif mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan
atau meletakkan buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah,
menyebabkan suatu keadaan yang berbahaya atau mungkin berbahaya kepada
kesihatan, keselamatan atau menyebabkan suatu pelanggaran terhadap apa-apa syarat,
had atau sekatan yang dikenakan ke atas suatu lesen yang dikeluarkan di bawah
AKAS 1974. Oleh itu, pencemaran air boleh didefinisikan sebagai pencemaran yang
berlaku di kawasan air yang terutamanya terdiri daripada sungai, tasik dan laut.
Di Malaysia, pemantauan berkala dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS)
terhadap sungai terpilih sejak tahun 1978. Ringkasan laporan pemantauan pada tahun
2007 mendapati bahawa 60% sungai yang dipantau berada pada tahap bersih, 35%
sedikit tercemar dan hanya 5% tercemar. Pada tahun 2011 pula, sebanyak 59.3%
sungai berada pada tahap bersih, 32.3% sedikit tercemar dan 8.4% tercemar. Statistik
ini telah menunjukkan bahawa pencemaran air sungai yang berlaku di negara kita
semakin hari semakin serius.
Bagan Sungai Tiang terletak di tenggara daerah Bagan Datuk, 16.2 kilometer dari
Bagan Datuk, iaitu kira-kira 17 minit perjalanan dengan menggunakan kenderaan
bermotor. Penamaan kampung ini adalah disebabkan oleh tiang-tiang yang dicucuk di
1
xxxxxx-08-xxxx
pantai berdekatan dengan kampung tersebut dengan tujuan dijadikan sebagai
penunjuk jalan untuk nelayan yang keluar untuk menangkap ikan.
Kajian yang pengkaji laksanakan merupakan “ Masalah Pencemaran Air Sungai di
Bagan Sungai Tiang, Bagan Datuk, Perak”. Rasional kajian ini dilaksanakan adalah
kerana pengkaji ingin mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan pencemaran air
sungai di kampung ini. Di samping itu, pengkaji juga ingin mengetahui kesan yang
didatangkan oleh masalah ini kepada penduduk tempatan dan alam sekitar. Selain itu,
Bagan Sungai Tiang merupakan tempat tinggal pengkaji selama 18 tahun.
2
xxxxxx-08-xxxx
5.0 OBJEKTIF KAJIAN
Pengkaji menjalankan kajian ini berdasarkan kepada dua objektif, iaitu:
5.1 Mengenal pasti faktor-faktor berlakunya pencemaran air sungai di Bagan Sungai
Tiang.
5.2 Mengkaji kesan pencemaran air sungai terhadap penduduk Bagan Sungai Tiang
dan alam sekitar.
3
xxxxxx-08-xxxx
6.0 LOKASI KAJIAN
6.1 Daerah Bagan Datuk
PETA 1: DAERAH BAGAN DATUK
KE
SABAK
BERNAM
Sumber: http://www.google.com/maps
Peta 1 menunjukkan Daerah Bagan Datuk. Bagan Sungai Tiang terletak di tenggara
daerah Bagan Datuk, 16.2 kilometer dari Bagan Datuk, iaitu kira-kira 17 minit
perjalanan dengan menggunakan kenderaan bermotor. Bagan Datuk baru dinaik taraf
sebagai daerah ke-12 Negeri Perak pada 9 Januari 2017. Oleh itu, kedudukan tepat
Bagan Datuk masih kurang dikenali oleh kebanyakan warga Negeri Perak.
4
xxxxxx-08-xxxx
6.2 Bagan Sungai Tiang
PETA 3: BAGAN SUNGAI TIANG
Sumber: http://www.google.com/maps
Peta 3 menunjukkan lokasi kajian. Lokasi yang dipilih ialah sungai yang terletak di
Bagan Sungai Tiang. Demi pergi ke Bagan Sungai Tiang, dengan menggunakan
Bagan Datuk sebagai tempat permulaan, pemandu perlu memandu sepanjang Jalan
Simpang Empat - Bagan Datuk / Laluan 69 sehingga sampai ke sebuah simpang tiga
yang berdekatan dengan SMK Tunku Abdul Rahman, 36200 Selekoh. Pemandu perlu
belok ke kanan dan meneruskan perjalanan di Jalan A169. Selepas memandu
sepanjang 6.6 kilometer, pemandu akan tiba di Bagan Sungai Tiang. Bilangan
penduduk Bagan Sungai Tiang adalah lebih kurang 1800 orang. Majoriti penduduk
kampung ini ialah penduduk yang berkaum Cina. Kebanyakan penduduk mempunyai
pekerjaan yang berkaitan dengan bidang perikanan, seperti menangkap ikan,
menangkap belacan, menjemur belacan dan sebagainya.
5
xxxxxx-08-xxxx
7.0 METODOLOGI KAJIAN
Menurut Sabitah Mariean (2009) dan Ahmad Munawar Ismail dan Mohd Nor
Shahizan Ali (2014), metodologi merupakan satu kaedah yang digunakan untuk
melaksanakan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu mengikut disiplin yang
teratur. Tujuannya adalah untuk menghasilkan kajian yang terbaik. Oleh itu, pengkaji
sedaya upaya memanfaatkan teori penyelidikan tersebut dalam penghasilkan kertas
projek ini.
Oleh itu, dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan metodologi bagi
menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih awal. Selain itu,
metodologi kajian juga boleh digunakan untuk memastikan objektif kajian dapat
dicapai berdasarkan data sah dan dipercayai.
7.1 Soal Selidik
Borang soal selidik yang sesuai telah pengkaji buat untuk mendapat dan mengumpul
maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Borang soal selidik ini
dibina mengikut prinsip KISS (Keep It Short and Simple), iaitu mengemukakan
soalan yang mudah difahami dan ringkas. Borang soal selidik terdiri daripada
bahagian A dan bahagian B. Bahagian A adalah mengenai maklumat diri responden.
Bahagian B pula, adalah soalan yang berkaitan dengan faktor-faktor dan kesan
pencemaran air sungai di Bagan Sungai Tiang. Kajian ini menggunakan skala likert
lima aras, iaitu “sangat tidak setuju”, “tidak setuju”, “tidak pasti”, “setuju” dan
“sangat setuju”. Borang soal selidik telah diedarkan secara rawak kepada responden di
kawasan kajian. (Rujuk Lampiran 3)
7.2 Kepustakaan
Pengkaji mengunjungi ke perpustakaan untuk membuat rujukan dengan bahan ilmiah,
seperti buku rujukan, surat khabar, majalah saintifik dan kamus demi melengkapkan
lagi kajian yang dilakukan. Pengkaji juga melayari internet untuk mencari maklumat
yang berkaitan dengan pencemaran air sungai. Ini dapat memendekkan masa pengkaji
untuk menyiapkan kerja kursus ini.
6
xxxxxx-08-xxxx
7.3 Temu Bual
Pengkaji menjalankan temu bual dengan ketua kampung Bagan Sungai Tiang.
Pengkaji merakam perjalanan temu bual tersebut dengan menggunakan telefon pintar
dan mentafsirkan rakaman audio tersebut dalam bentuk skrip. (Rujuk Lampiran 2)
Tujuan utama temu bual ini adalah untuk mengetahui faktor-faktor dan kesan
pencemaran air sungai. Dengan menggunakan kaedah ini, pengkaji dapat
mengukuhkan lagi dapatan kajian yang diperolehi.
7.4 Pemerhatian
Kaedah pemerhatian telah dijalankan di lokasi kajian selama tiga hari secara tidak
berturut-turutan. Pengkaji juga menggunakan telefon pintar untuk menangkap gambar
sebagai bukti untuk menunjukkan persekitaran air sungai di lokasi kajian. Melalui
kaedah ini, pengkaji dapat mengenal pasti faktor utama yang menyebabkan
pencemaran air sungai di Bagan Sungai Tiang adalah sistem perkumbahan yang
kurang efektif. (Rujuk Lampiran 1)
7.5 Prosedur Pengumpulan Data
Kajian yang dilaksanakan adalah berlandaskan prosedur kajian yang telah ditetapkan
supaya objektif kajian boleh dicapai. Perbincangan bersama penyelia mengenai isu
yang ingin dikaji perlu dijalankan sebelum menetapkan tajuk dan objektif kajian.
Selepas itu, pengkaji perlu memilih kaedah pengumpulan maklumat berkaitan dengan
isu yang telah dibincangkan, mengenalpasti responden dan kaedah yang digunakan
untuk menganalisis data. Seterusnya, pengkaji akan menyediakan borang soal selidik
yang mengandungi soalan-soalan berkenaan dengan objektif kajian. Selepas
memperolehi kebenaran pihak sekolah, borang soal selidik akan diedarkan kepada
responden sambil menerangkan cara-cara untuk menjawab. Setelah semua borang
selesai dijawab, pengkaji membuat analisis data secara kuantitatif dan kualitatif untuk
menghasilkan dapatan kajian dan rumusan kajian.
7
xxxxxx-08-xxxx
RAJAH 1: CARTA ALIR PROSES PENYELIDIKAN
Perbincangan bersama penyelia mengenai isu
yang ingin dikaji
Menetapkan tajuk dan objektif kajian
Menyediakan borang soal selidik
Borang soal selidik diedarkan kepada
responden selepas memperolehi kebenaran
pihak sekolah
Membuat analisis data secara kuantitatif dan
kualitatif
Menghasilkan dapatan kajian
Menghasilkan rumusan kajian
8
xxxxxx-08-xxxx
8.0 DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas
responden terhadap faktor-faktor dan kesan pencemaran air sungai di Bagan Sungai
Tiang.
8.1 DEMOGRAFI RESPONDEN
Jadual 1 menunjukkan pecahan responden daripada kalangan penduduk Bagan Sungai
Tiang.
JADUAL 1: LATAR BELAKANG RESPONDEN MENGIKUT JANTINA, KAUM
DAN UMUR
No. Kategori Bil. %
1. Jantina Lelaki 12 40
Perempuan 18 60
2. Kaum Melayu 2 6.67
Cina 26 86.67
India 2 6.67
0
Lain-lain 0
3. Umur 15-24 11 36.67
25-34 2 6.67
35-44 2 6.67
45-54 4 13.33
≥55 11 36.67
Sumber: Kerja Kursus Pengajian Am 2018
Jadual 1 menunjukkan latar belakang responden berdasarkan jantina, kaum
penduduk Bagan Sungai Tiang. Daripada 30 orang penduduk yang telah menjawab
soal selidik, 40% (12 orang) responden adalah jantina lelaki. Sementara itu, jantina
perempuan mempunyai 60% (18 orang) responden. Dari segi kaum pula, terdapat
6.67 % (2 orang) kaum Melayu, 86.67% (26 orang) kaum Cina dan 6.67% (2 orang)
kaum India. Tiada kaum yang lain terlibat dalam kajian ini. Bagi aspek umur, umur
antara 15 hingga 24 tahun mempunyai 36.67% (11 orang) responden, umur antara 25
hingga 34 tahun mempunyai 6.67% (2 orang) responden, umur antara 35 hingga 44
9
xxxxxx-08-xxxx
tahun mempunyai 6.67% (2 orang) responden, umur antara 45 hingga 54 tahun
mempunyai 13.33% (4 orang) responden dan umur 55 tahun dan ke atas mempunyai
36.67% (11 orang) responden.
10
xxxxxx-08-xxxx
8.2 FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PENCEMARAN AIR SUNGAI
DI BAGAN SUNGAI TIANG
8.2.1 Pembuangan sampah sarap dan sisa pepejal oleh penduduk tempatan
JADUAL 2: FAKTOR PEMBUANGAN SAMPAH SARAP DAN SISA PEPEJAL
OLEH PENDUDUK TEMPATAN MENGIKUT JANTINA
Jantina Lelaki Perempuan Jumlah
Skala Likert Bil. % Bil. % Bil. %
Sangat tidak setuju 1 8.33 0 0 1 3.33
Tidak setuju 1 8.33 1 5.56 2 6.67
Tidak pasti 2 16.67 4 22.22 6 20
Setuju 5 41.67 8 44.44 13 43.33
Sangat setuju 3 25 5 27.78 8 26.67
Jumlah 12 100 18 100 30 100
Sumber: Kerja Kursus Pengajian Am 2018
11
xxxxxx-08-xxxx
CARTA 1: ANALISIS FAKTOR PEMBUANGAN SAMPAH SARAP DAN SISA
PEPEJAL OLEH PENDUDUK TEMPATAN MENGIKUT JANTINA
Sumber: Kerja Kursus Pengajian Am 2018
Jadual 2 dan carta 1 menunjukkan analisis faktor pembuangan sampah sarap dan
sisa pepejal oleh penduduk tempatan mengikut jantina. Daripada 12 orang responden
lelaki, 8.33% (1 orang) responden lelaki sangat tidak setuju dengan faktor tersebut.
Terdapat 8.33% (1 orang) responden lelaki juga yang tidak setuju dengan faktor
tersebut. Manakala 16.67% (2 orang) responden lelaki tidak pasti, 41.67% (5 orang)
setuju, dan 25% (3 orang) sangat setuju. Bagi 18 orang responden perempuan pula,
5.56% (1 orang) tidak setuju dengan faktor tersebut, dan 22.22% (4 orang) tidak pasti.
44.44% (8 orang) responden perempuan setuju, dan 27.78% (5 orang) sangat setuju.
Secara keseluruhannya, 10% (3 orang) responden tidak setuju bahawa
pembuangan sampah sarap dan sisa pepejal oleh penduduk tempatan merupakan
faktor kepada pencemaran air sungai di Bagan Sungai Tiang. 20% (6 orang)
responden tidak pasti dan 70% (21 orang) setuju dengan faktor tersebut.
12
xxxxxx-08-xxxx
Namun begitu, ketua kampung tidak berpendapat bahawa pembuangan sampah
sarap dan sisa pepejal oleh penduduk tempatan merupakan faktor kepada pencemaran
air sungai di Bagan Sungai Tiang lagi sewaktu pengkaji mengadakan temu bual
dengan beliau.
“Kebelakangan ini, perbuatan membuang sampah sarap ini telah semakin
berkurang. Sampah sarap mula dikutipkan dan dibawa ke tempat yang jauh untuk
dimusnahkan.” (Lampiran 2)
Berdasarkan pemerhatian pengkaji untuk tiga kali, sungai di Bagan Sungai Tiang
adalah dipenuhi dengan pelbagai jenis sampah sarap dan sisa pepejal. Oleh itu, ini
telah menunjukkan bahawa pencemaran air sungai di Bagan Sungai Tiang adalah
disebabkan oleh pembuangan sampah sarap dan sisa pepejal oleh penduduk tempatan.
(Lampiran 1)
13
xxxxxx-08-xxxx
8.2.2 Sistem perkumbahan yang kurang efektif
JADUAL 3: ANALISIS FAKTOR SISTEM PERKUMBAHAN YANG KURANG
EFEKTIF MENGIKUT JANTINA
Skala Sangat Tidak Tidak Pasti Setuju Sangat
Likert Tidak Setuju Bil. % Bil. % setuju
Setuju
Jantina Bil. % Bil. % Bil. %
Lelaki 0 0 0 0 0 0 7 23.33 5 16.67
Perempuan 0 0 2 6.67 4 13.33 9 30 3 10
Jumlah 0 0 2 6.67 4 13.33 16 53.33 8 26.67
Sumber: Kerja Kursus Pengajian Am 2018
GRAF 1: ANALISIS FAKTOR SISTEM PERKUMBAHAN YANG KURANG
EFEKTIF MENGIKUT JANTINA
Sumber: Kerja Kursus Pengajian Am 2018
14
xxxxxx-08-xxxx
Jadual 3 dan graf 1 menunjukkan analisis faktor sistem perkumbahan yang kurang
efektif mengikut jantina. Dalam kalangan responden lelaki, 23.33% (7 orang) setuju
dan 16.67% (5 orang) responden lelaki sangat setuju bahawa sistem perkumbahan
yang kurang efektif telah menyebabkan pencemaran air sungai di Bagan Sungai Tiang.
Tiada responden lelaki yang tidak setuju atau tidak pasti dengan faktor tersebut. Bagi
responden perempuan pula, 6.67% (2 orang) tidak setuju dengan faktor tersebut, dan
13.33% (4 orang) tidak pasti. 30% (9 orang) responden perempuan setuju, dan 10% (3
orang) sangat setuju.
Secara keseluruhannya, 80% (24 orang) responden setuju bahawa sistem
perkumbahan yang kurang efektif merupakan faktor kepada pencemaran air sungai di
Bagan Sungai Tiang. 13.33% (4 orang) responden tidak pasti dan 6.67% (2 orang)
tidak setuju dengan faktor tersebut.
Hal ini disokongkan lagi dengan temu bual yang dilakukan oleh pengkaji bersama
dengan ketua kampung dan menyatakan bahawa,
“Penduduk kampung telah biasa dengan membuang kumbahan ke dalam sungai
kerana perbuatan ini pun telah dilaksanakan sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu.”
(Lampiran 2)
Berdasarkan pemerhatian pengkaji, terdapat banyak tandas tradisional terletak di
sepanjang sungai. Oleh itu, ini telah menunjukkan bahawa pencemaran air sungai di
Bagan Sungai Tiang adalah disebabkan oleh sistem perkumbahan yang kurang efektif.
(Lampiran 1)
15
xxxxxx-08-xxxx
8.2.3 Pembuangan minyak hitam oleh nelayan
JADUAL 4: ANALISIS FAKTOR PEMBUANGAN MINYAK HITAM OLEH
NELAYAN MENGIKUT KAUM
Skala Sangat Tidak Tidak Pasti Setuju Sangat
Likert Tidak Setuju Bil. % Bil. % setuju
Setuju
Kaum Bil. % Bil. % Bil. %
Melayu 0 0 0 0 2 6.67 0 0 0 0
Cina 1 3.33 6 20 7 23.33 9 30 3 10
India 0 0 0 0 2 6.67 0 0 0 0
Lain-lain 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah 1 3.33 6 20 11 36.67 9 30 3 10
Sumber: Kerja Kursus Pengajian Am 2018
GRAF 2: ANALISIS FAKTOR PEMBUANGAN MINYAK HITAM OLEH
NELAYAN MENGIKUT KAUM
Sumber: Kerja Kursus Pengajian Am 2018
16
xxxxxx-08-xxxx
Jadual 4 dan graf 2 menunjukkan analisis faktor pembuangan minyak hitam oleh
nelayan mengikut kaum. Dalam kalangan responden berbangsa Cina, 3.33% (1 orang)
sangat tidak setuju, 20% (6 orang) tidak setuju, 23.33% (7 orang) tidak pasti, 30% (9
orang) setuju, dan 10% (3 orang) sangat setuju. Responden berbangsa Melayu dan
India masing-masing mempunyai 6.67% (2 orang) yang tidak pasti dengan faktor
tersebut.
Secara keseluruhannya, 40% (12 orang) responden setuju bahawa pembuangan
minyak hitam oleh nelayan merupakan faktor kepada pencemaran air sungai di Bagan
Sungai Tiang. 36.67% (11 orang) responden tidak pasti dan 23.33% (7 orang) tidak
setuju dengan faktor tersebut.
Perbezaan antara peratusan responden yang setuju dengan peratusan responden
yang tidak pasti adalah sedikit sahaja. Ketua kampung telah memberi penerangan
terhadap perkara ini semasa pengkaji mengadakan temu bual dengan beliau.
“Pada zaman dahulu, banyak nelayan di kampung kita memang menyalurkan
minyak hitam yang kotor ke dalam sungai. Tetapi, sekarang sudah ada orang yang
ingin membeli minyak hitam tersebut. Oleh itu, kebanyakan nelayan akan
mengumpulkan minyak hitam dan tidak akan membazirkannya.” (Lampiran 2)
Oleh itu, ini telah menunjukkan bahawa pembuangan minyak hitam oleh nelayan
bukan faktor utama yang menyebabkan pencemaran air sungai di Bagan Sungai Tiang.
17
xxxxxx-08-xxxx
8.2.4 Pembuangan sisa perindustrian
JADUAL 5: ANALISIS FAKTOR PEMBUANGAN SISA PERINDUSTRIAN
MENGIKUT UMUR
Skala Sangat Tidak Tidak Pasti Setuju Sangat
Likert Tidak Setuju Bil. % Bil. % setuju
Setuju
Umur Bil. % Bil. % Bil. %
15-24 1 3.33 3 10 1 3.33 4 13.33 2 6.67
25-34 0 0 1 3.33 1 3.33 0 0 0 0
35-44 0 0 1 3.33 1 3.33 0 0 0 0
45-54 0 0 0 0 1 3.33 2 6.67 1 3.33
≥55 0 0 4 13.33 3 10 4 13.33 0 0
Jumlah 1 3.33 9 30 7 26.67 10 33.33 3 10
Sumber: Kerja Kursus Pengajian Am 2018
GRAF 3: ANALISIS FAKTOR PEMBUANGAN SISA PERINDUSTRIAN
MENGIKUT UMUR
Sumber: Kerja Kursus Pengajian Am 2018
18
xxxxxx-08-xxxx
Jadual 5 dan graf 3 menunjukkan analisis faktor pembuangan sisa perindustrian
mengikut umur. Dalam kalangan responden berusia antara 15 hingga 24 tahun, 3.33%
(1 orang) sangat tidak setuju, 10% (3 orang) tidak setuju, 3.33% (1 orang) tidak pasti,
13.33% (4 orang) setuju, dan 6.67% (2 orang) sangat setuju. Bagi responden yang
berusia 25 hingga 34 tahun, 3.33% (1 orang) tidak setuju dan 3.33% (1 orang) tidak
pasti. Untuk responden yang berumur 35 hingga 44 tahun, 3.33% (1 orang) tidak
setuju dan 3.33% (1 orang) tidak pasti. Dalam kalangan responden yang berumur
antara 45 hingga 54 tahun, 3.33% (1 orang) tidak pasti. 6.67% (2 orang) setuju dan
3.33% (1 orang) sangat setuju. Bagi responden yang berusia 55 tahun dan ke atas,
13.33% (4 orang) tidak setuju, 10% (3 orang) tidak pasti, dan 13.33% (4 orang)
setuju.
Secara keseluruhannya, 43.33% (13 orang) responden setuju bahawa pembuangan
sisa perindustrian merupakan faktor kepada pencemaran air sungai di Bagan Sungai
Tiang. 23.33% (7 orang) responden tidak pasti dan 33.33% (10 orang) tidak setuju
dengan faktor tersebut.
Pengkaji mendapati bahawa warna sungai telah menjadi lebih gelap semasa
pemerhatian hari pertama dan hari kedua. Hal ini demikian kerana sisa cecair daripada
kilang pemprosesan belacan telah disalurkan ke dalam sungai. Namun begitu,
pemerhatian pengkaji pada hari ketiga tidak menunjukkan warna air sungai yang
gelap. Hal ini demikian kerana hari itu bukan hari penangkapan belacan (penangkapan
belacan adalah mengikut pengaliran air laut). Oleh itu, ini telah menunjukkan bahawa
pencemaran air sungai di Bagan Sungai Tiang adalah disebabkan oleh pembuangan
sisa perindustrian. (Lampiran 1)
19
xxxxxx-08-xxxx
8.3 KESAN PENCEMARAN AIR SUNGAI TERHADAP PENDUDUK BAGAN
SUNGAI TIANG DAN ALAM SEKITAR (OBJEKTIF 2)
8.3.1 Kekurangan hidupan akuatik dalam sungai
JADUAL 6: ANALISIS KESAN KEKURANGAN HIDUPAN AKUATIK DALAM
SUNGAI MENGIKUT UMUR
Skala Sangat Tidak Tidak Pasti Setuju Sangat
Likert Tidak Setuju Bil. % Bil. % setuju
Setuju
Umur Bil. % Bil. % Bil. %
15-24 0 0 1 3.33 3 10 5 16.67 2 6.67
25-34 000 0 1 3.33 0 0 1 3.33
35-44 0 0 0 0 0 0 1 3.33 1 3.33
45-54 0 0 0 0 0 0 2 6.67 2 6.67
≥55 0 0 1 3.33 3 10 3 10 4 13.33
Jumlah 0 0 2 6.67 7 23.33 11 36.67 10 33.33
Sumber: Kerja Kursus Pengajian Am 2018
20
xxxxxx-08-xxxx
GRAF 4: ANALISIS KESAN KEKURANGAN HIDUPAN AKUATIK DALAM
SUNGAI MENGIKUT UMUR
Sumber: Kerja Kursus Pengajian Am 2018
Jadual 6 dan graf 4 menunjukkan analisis kesan kekurangan hidupan akuatik dalam
sungai mengikut umur. Tiada responden yang sangat tidak setuju dengan kesan
tersebut. Bagi responden yang tidak setuju, umur antara 15 hingga 24 tahun dan umur
55 tahun dan ke atas masing-masing mempunyai 3.33% (1 orang). Untuk responden
yang tidak pasti, 10% (3 orang) adalah berumur antara 15 hingga 24 tahun, 3.33% (1
orang) adalah berumur antara 25 hingga 34 tahun, dan 10% (3 orang) adalah berumur
55 tahun dan ke atas. Dalam kalangan responden yang setuju, 16.67% (5 orang)
adalah berumur antara 15 hingga 24 tahun, 3.33% (1 orang) adalah berumur antara 35
hingga 44 tahun, 6.67% (2 orang) adalah berumur antara 45 hingga 54 tahun, dan
10% (3 orang) adalah berumur 55 tahun dan ke atas. Bagi responden yang sangat
setuju pula, 6.67% (2 orang) adalah berumur antara 15 hingga 24 tahun, 3.33% (1
orang) adalah berumur antara 25 hingga 34 tahun, 3.33% (1 orang) adalah berumur
antara 35 hingga 44 tahun, 6.67% (2 orang) adalah berumur antara 45 hingga 54 tahun,
dan 16.67% (4 orang) adalah berumur 55 tahun dan ke atas.
21
xxxxxx-08-xxxx
Secara keseluruhannya, 6.67% (2 orang) responden tidak setuju bahawa
kekurangan hidupan akuatik dalam sungai merupakan kesan pencemaran air sungai di
Bagan Sungai Tiang. 23.33% (7 orang) responden tidak pasti dan 70% (21 orang)
setuju dengan kesan tersebut.
Hal ini disokongkan lagi dengan temu bual yang dilakukan oleh pengkaji bersama
dengan ketua kampung dan menyatakan bahawa,
“Pada zaman dahulu, hidupan akuatik, seperti ikan keli, ketam, dan tiram boleh
dijumpai sepanjang sungai ini. Namun begitu, saya percayai bahawa bilangan hidupan
akuatik tersebut telah berkurang sebanyak 95% pada hari ini disebabkan oleh
pencemaran air sungai.” (Lampiran 2)
Semasa ketiga-tiga kali pemerhatian, pengkaji tidak dapat melihat atau mengesan
kewujudan hidupan akuatik dalam sungai tersebut. Oleh itu, ini telah menunjukkan
bahawa pencemaran air sungai di Bagan Sungai Tiang telah menyebabkan
kekurangan hidupan akuatik dalam sungai. (Lampiran 1)
22
xxxxxx-08-xxxx
8.3.2 Kesihatan manusia terjejas
JADUAL 7 : ANALISIS KESAN KESIHATAN MANUSIA TERJEJAS
MENGIKUT KAUM
Skala Sangat Tidak Tidak Pasti Setuju Sangat
Likert Tidak Setuju Bil. % Bil. % setuju
Setuju
Kaum Bil. % Bil. % Bil. %
Melayu 0 0 0 0 2 6.67 0 0 0 0
Cina 0 0 3 10 7 23.33 10 33.33 6 20
India 0 0 1 3.33 0 0 1 3.33 0 0
Lain-lain 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah 0 0 4 13.33 9 30 11 36.67 6 20
Sumber: Kerja Kursus Pengajian Am 2018
GRAF 5: ANALISIS KESAN KESIHATAN MANUSIA TERJEJAS MENGIKUT
KAUM
Sumber: Kerja Kursus Pengajian Am 2018
23
xxxxxx-08-xxxx
Jadual 7 dan graf 5 menunjukkan analisis kesan kesihatan manusia terjejas
mengikut kaum. Tiada responden yang sangat tidak setuju dengan kesan tersebut.
6.67% (2 orang) responden berbangsa Melayu tidak pasti dengan kesan tersebut.
Dalam kalangan responden berbangsa Cina, 10% (3 orang) tidak setuju, 23.33% (7
orang) tidak pasti, 33.33% (10 orang) setuju, dan 20% (6 orang) sangat setuju.
Secara keseluruhannya, 56.67% (17 orang) responden setuju bahawa kesihatan
manusia terjejas merupakan kesan daripada pencemaran air sungai di Bagan Sungai
Tiang. 30% (9 orang) responden tidak pasti dan 13.33% (4 orang) tidak setuju dengan
kesan tersebut.
Oleh itu, ini telah menunjukkan bahawa pencemaran air sungai di Bagan Sungai
Tiang telah menyebabkan kesihatan manusia terjejas.
24
xxxxxx-08-xxxx
8.3.3 Kualiti air terjejas
JADUAL 8: ANALISIS KESAN KUALITI AIR TERJEJAS MENGIKUT JANTINA
Skala Sangat Tidak Tidak Pasti Setuju Sangat
Likert Tidak Setuju Bil. % Bil. % setuju
Setuju
Jantina Bil. % Bil. % Bil. %
Lelaki 1 3.33 2 6.67 1 3.33 4 13.33 4 13.33
Perempuan 1 3.33 2 6.67 2 6.67 8 26.67 5 16.67
Jumlah 2 6.67 4 13.33 3 10 12 40 9 30
Sumber: Kerja Kursus Pengajian Am 2018
GRAF 6: ANALISIS KESAN KUALITI AIR TERJEJAS MENGIKUT JANTINA
Sumber: Kerja Kursus Pengajian Am 2018
25
xxxxxx-08-xxxx
Jadual 8 dan carta 6 menunjukkan analisis kesan kualiti air terjejas mengikut
jantina. Dalam kalangan responden lelaki, 3.33% (1 orang) sangat tidak setuju, 6.67%
(2 orang) responden lelaki sangat setuju, 6.67% (2 orang) responden lelaki tidak pasti,
26.67% (8 orang) setuju, dan 16.67% (5 orang) sangat setuju. Bagi responden
perempuan pula, 3.33% (1 orang) tidak setuju, 3.33% (1 orang) tidak pasti, 13.33% (4
orang) setuju, dan 13.33% (4 orang) sangat setuju.
Secara keseluruhannya, 70% (21 orang) responden setuju bahawa kualiti air terjejas
merupakan kesan daripada pencemaran air sungai di Bagan Sungai Tiang. 10% (3
orang) responden tidak pasti dan 20% (6 orang) tidak setuju dengan kesan tersebut.
Hal ini disokongkan lagi dengan temu bual yang dilakukan oleh pengkaji bersama
dengan ketua kampung dan menyatakan bahawa,
“Kualiti air sungai mesti akan terjejas. Ini adalah disebabkan oleh sisa perindustrian
yang dibuangkan oleh kilang pemprosesan belacan. Sisa perindustrian akan mengalir
ke dalam sungai dan mengeluarkankan bau yang tidak menyenangkan.” (Lampiran 2)
Oleh itu, ini telah menunjukkan bahawa pencemaran air sungai di Bagan Sungai
Tiang telah menyebabkan kualiti air terjejas.
26
xxxxxx-08-xxxx
8.3.4 Kandungan gas oksigen terlarut berkurang
JADUAL 9: ANALISIS KESAN KANDUNGAN GAS OKSIGEN TERLARUT
BERKURANG MENGIKUT UMUR
Skala Sangat Tidak Tidak Pasti Setuju Sangat
Likert Tidak Setuju Bil. % Bil. % setuju
Setuju
Umur Bil. % Bil. % Bil. %
15-24 0 0 1 3.33 5 16.67 3 10 2 6.67
25-34 0 0 1 3.33 0 0 1 3.33 0 0
35-44 0 0 0 0 1 3.33 1 3.33 0 0
45-54 0 0 1 3.33 0 0 2 6.67 1 3.33
≥55 0 0 0 0 5 16.67 5 16.67 1 3.33
Jumlah 0 0 3 10 11 36.67 12 40 4 13.33
Sumber: Kerja Kursus Pengajian Am 2018
GRAF 7: ANALISIS KESAN KANDUNGAN GAS OKSIGEN TERLARUT
BERKURANG MENGIKUT UMUR
Sumber: Kerja Kursus Pengajian Am 2018
27
xxxxxx-08-xxxx
Jadual 9 dan graf 7 menunjukkan analisis kesan kandungan gas oksigen terlarut
berkurang. Tiada responden yang sangat tidak setuju dengan kesan tersebut. Bagi
responden yang tidak setuju, umur antara 15 hingga 24 tahun, umur antara 25 hingga
34 tahun, dan umur 55 tahun dan ke atas masing-masing mempunyai 3.33% (1 orang).
Untuk responden yang tidak pasti, 16.67% (5 orang) adalah berumur antara 15 hingga
24 tahun, 3.33% (1 orang) adalah berumur antara 35 hingga 44 tahun, dan 16.67% (5
orang) adalah berumur 55 tahun dan ke atas. Dalam kalangan responden yang setuju,
10% (3 orang) adalah berumur antara 15 hingga 24 tahun, 3.33% (1 orang) adalah
berumur antara 25 hingga 34 tahun, 3.33% (1 orang) adalah berumur antara 35 hingga
44 tahun, 6.67% (2 orang) adalah berumur antara 45 hingga 54 tahun, dan 16.67% (5
orang) adalah berumur 55 tahun dan ke atas. Bagi responden yang sangat setuju pula,
6.67% (2 orang) adalah berumur antara 15 hingga 24 tahun, 3.33% (1 orang) adalah
berumur antara 45 hingga 54 tahun, dan 3.33% (1 orang) adalah berumur 55 tahun
dan ke atas.
Secara keseluruhannya, 53.33% (16 orang) responden setuju bahawa kandungan
gas oksigen terlarut berkurang merupakan kesan daripada pencemaran air sungai di
Bagan Sungai Tiang. 36.67% (11 orang) responden tidak pasti dan 10% (3 orang)
tidak setuju dengan kesan tersebut.
Peratusan responden yang setuju dengan kesan tersebut adalah lebih tinggi daripada
peratusan responden yang tidak setuju dan tidak pasti. Oleh itu, ini telah menunjukkan
bahawa pencemaran air sungai di Bagan Sungai Tiang telah menyebabkan kandungan
gas oksigen terlarut berkurang. Namun begitu, perbezaan antara kedua-dua peratusan
itu adalah kecil sahaja. Hal ini demikian kerana pengkaji tidak dapat menerangkan
maksud ‘kandungan gas oksigen terlarut’ kepada sesetengah responden dengan teliti.
28
xxxxxx-08-xxxx
9.0 RUMUSAN
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa faktor utama berlakunya masalah
pencemaran air sungai adalah sistem perkumbahan yang kurang efektif. Tambahan
pula, pembuangan sampah sarap dan sisa pepejal oleh penduduk tempatan serta
pembuangan minyak hitam oleh nelayan juga menyumbang kepada pencemaran air
sungai di kampung ini. Malahan, pembuangan sisa perindustrian telah menjadikan
masalah ini semakin serius.
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa masalah pencemaran sungai telah
menyebabkan hidupan akuatik berkurangan.. Sungai tidak lagi dipenuhi dengan
pelbagai jenis hidupan akuatik seperti 50 tahun yang dahulu. Selain itu, bahan-bahan
pencemar juga menyebabkan kualiti air terjejas. Oleh itu, penduduk tidak dapat
menggunakan air sungai tersebut untuk kegunaan domestik atau penyiraman tanaman.
Kesihatan manusia terjejas dan kandungan gas oksigen terlarut berkurang, hidupan
akuatik juga berkurang. Penduduk tempatan juga kemungkinan menghadapi
kekurangan bekalan air bersih pada masa depan. .
Kesimpulannya, kajian yang dijalankan amat menepati objektif kerana punca
pencemaran air sungai di Bagan Sungai Tiang disebabkan oleh faktor manusia serta
telah mendatangkan banyak kesan negatif kepada penduduk dan alam sekitar. Oleh itu,
kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan bagi menangani masalah ini.
29
xxxxxx-08-xxxx
10.0 RUJUKAN
Kamus Dewan, 2015, edisi empat cetakan keenam. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka
dan Pustaka
Marryanna Lion dan Siti Aisah Shamsuddin. “Pengaruh Kualiti Air Sungai” dlm.
Dewan Kosmik 2: 21, hlm. 28-29, Februari 2014.
Mohd Bakri Ishak dan Azmi Sharom, 2007. Undang-undang Alam Sekitar. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nur Afrina (2016). KESAN PENCEMARAN AIR. Dicapai pada Februari 25, 2018,
from http://afrina612.blogspot.my/2016/04/kesan-pencemaran-air.html
Roslan Ismail (2013). MAKSUD EKOLOGI. Dicapai pada Februari 25, 2018, from
https://www.scribd.com/doc/154263455/MAKSUD-EKOLOGI
Teratai (2011). Punca-punca Pencemaran air. Dicapai pada Februari 25, 2018, from
http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.my/2011/03/punca-punca-pencemaran-air.html
30
xxxxxx-08-xxxx
LAMPIRAN 1
JADUAL 10: DAPATAN HASIL PEMERHATIAN YANG DICATATKAN
BIL. TARIKH TUJUAN ULASAN
1 3/3/2018 Melihat keadaan Air sungai adalah berwarna
persekitaran sungai di kuning kehitaman.
Bagan Sungai Tiang Permukaan sungai boleh
untuk kali pertama. nampak pelbagai jenis sampah
sarap, seperti beg plastik, bekas
makanan dan botol minuman.
Banyak tandas tradisional
terletak di sepanjang sungai dan
membolehkan sisa kumbahan
penduduk disalurkan ke dalam
sungai dengan mudah.
Tidak dapat melihat atau
mengesan kewujudan hidupan
akuatik dalam sungai
2 16/3/2018 Melihat keadaan Suasana air sungai masih dalam
persekitaran sungai di keadaan yang sama seperti
Bagan Sungai Tiang pemerhatian kali pertama.
untuk kali kedua.
3 18/3/2018 Membuat catatan terakhir Air sungai adalah berwarna
terhadap pemerhatian kuning.
yang dilakukan. Aspek lain masih menunjukkan
keadaan yang sama seperti
pemerhatian kali pertama dan
kedua.
SUMBER: Pemerhatian
xxxxxx-08-xxxx
LAMPIRAN 2
SKRIP TEMU BUAL
NAMA: Encik Oong Ah Lim
No. Kp: 561213-08-XXXX
Umur: 62 tahun
Alamat: No.172, Lorong 2. Bagan Sungai Tiang, 36200 Selekoh, Perak.
Pada 10 Mac yang lalu, pengkaji telah pergi ke rumah ketua kampung untuk
mendapatkan maklumat tentang pencemaran air sungai di Bagan Sungai Tiang. Temu
bual itu adalah seperti berikut:
PENGKAJI: Selamat petang, ketua kampung. Terima kasih kerana sudi memberi saya
peluang ini untuk bertemu bual dengan tuan.
KETUA KAMPUNG: Sama-sama. Apakah tujuan adik untuk mengadakan temu bual
ini dengan saya?
PENGKAJI: Sebenarnya, saya sedang membuat satu kajian tentang pencemaran air
sungai di kampung kita. Oleh itu, saya ingin menanyakan pendapat tuan
tentang faktor-faktor dan kesan pencemaran air sungai tersebut.
Bolehkah saya mulakan sekarang?
KETUA KAMPUNG: Ya, silakan.
PENGKAJI: Pada pendapat tuan, adakah pembuangan sisa perindustrian salah satu
faktor yang menyebabkan pencemaran air sungai di kampung kita?
KETUA KAMPUNG: Ya, pembuangan sisa perindustrian memang merupakan salah
satu faktor pencemaran air sungai di kampung kita. Kampung
kita mempunyai banyak kilang pemprosesan belacan.
Kilang-kilang tersebut sering menyalurkan sisa cecair yang
kotor ke dalam sungai itu. Sekiranya sisa tersebut tidak
mengalir ke dalam laut dan memendap di sungai, maka
pencemaran air akan berlaku.
PENGKAJI: Adakah tuan berpendapat bahawa salah satu faktor penyebab
pencemaran air sungai ialah pembuangan sampah sarap dan sisa
pepejal oleh penduduk tempatan?
KETUA KAMPUNG: Kebelakangan ini, perbuatan membuang sampah sarap ini telah
semakin berkurang. Hal ini demikian kerana wabak denggi
telah berlaku dalam kampung kita pada awal tahun. Oleh itu,
banyak langkah telah dilaksanakan oleh kita untuk
mengurangkan sampah sarap di sungai yang merupakan tempat
pembiakan nyamuk Aedes. Seorang penduduk yang baik hati,
xxxxxx-08-xxxx
iaitu Encik Chan Guo Sheng telah menyumbang sebuah lori
bersaiz kecil untuk mengutip sampah sarap daripada penduduk
kampung setiap minggu. Sampah sarap yang dikutipkan itu
akan dibawa ke tempat yang jauh untuk dimusnahkan. Dengan
menggunakan cara ini, air sungai kita telah menjadi lebih
bersih jika dibandingkan dengan beberapa bulan yang dahulu.
Di samping itu, kita juga sedang mengkaji cara lain untuk
menyelesaikan masalah sampah sarap, misalnya kitar semula.
PENGKAJI: Adakah tuan bersetuju bahawa sistem perkumbahan yang kurang efektif
juga merupakan faktor yang menyebabkan pencemaran air sungai di
kampung kita?
KETUA KAMPUNG: Ya, saya setuju bahawa sistem perkumbahan yang kurang
efektif merupakan faktor yang menyebabkan pencemaran air
sungai. Kami memang mengetahui bahawa kumbahan
tersebut akan mencemarkan air sungai. Namun begitu,
penduduk kampung telah biasa dengan membuang kumbahan
ke dalam sungai kerana perbuatan ini pun telah dilaksanakan
sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Walau bagaimanapun,
tangki septik telah dibinakan di kawasan perumahan yang
baharu di kampung kita.
PENGKAJI: Pembuangan minyak hitam oleh nelayan juga menyumbang kepada
pencemaran air sungai. Adakah tuan setuju dengan pernyataan ini?
KETUA KAMPUNG: Pada zaman dahulu, banyak nelayan di kampung kita memang
menyalurkan minyak hitam yang kotor ke dalam sungai. Tetapi,
sekarang sudah ada orang yang ingin membeli minyak hitam
tersebut. Oleh itu, kebanyakan nelayan akan mengumpulkan
minyak hitam dan tidak akan membazirkannya.
Sekurang-kurangnya dalam 10 tahun ini, nelayan telah
menyedari bahawa minyak hitam akan menyebabkan
pencemaran air dan mereka akan cuba mengelakkan diri
daripada membuangkan minyak hitam ke dalam sungai.
PENGKAJI: Adakah bilangan hidupan akuatik yang hidup di sungai tersebut
berkurang disebabkan oleh pencemaran air?
KETUA KAMPUNG: Pada zaman dahulu, hidupan akuatik, seperti ikan keli, ketam,
dan tiram boleh dijumpai sepanjang sungai ini. Namun begitu,
saya percayai bahawa bilangan hidupan akuatik tersebut telah
berkurang sebanyak 95% pada hari ini disebabkan oleh
pencemaran air sungai. Sesetengah spesies pun telah
menghadapi kepupusan dan tidak dapat dijumpai dalam sungai
ini lagi.
PENGKAJI: Adakah pencemaran air sungai tersebut menyebabkan kesihatan
penduduk terjejas?
xxxxxx-08-xxxx
KETUA KAMPUNG: Saya tidak pasti bahawa kesihatan penduduk telah terjejas
disebabkan oleh pencemaran air. Hal ini demikian kerana saya
bukan seorang pakar medic. Kesihatan manusia terjejas
mungkin adalah kerana pencemaran air sungai, mungkin bukan
kerana pencemaran air sungai, saya memang tidak dapat pasti.
Saya tidak boleh cakap bahawa kesihatan manusia terjejas
adalah 100% disebabkan oleh pencemaran air sungai.
PENGKAJI: Adakah kualiti air sungai terjejas akibat daripada pencemaran air?
KETUA KAMPUNG: Kualiti air sungai mesti akan terjejas. Ini adalah disebabkan
oleh sisa perindustrian yang dibuangkan oleh kilang
pemprosesan belacan. Sisa perindustrian akan mengalir dalam
sungai dan menyebabkan bau yang sangat tidak
menyenangkan. Sekiranya kamu terjatuh dalam sungai, baju
kamu akan terkena dengan bau tersebut, dan bau itu tetap akan
kekal di baju kamu, walaupun berpuluh-puluh kali kamu
membasuhkan baju itu.
PENGKAJI: Pada pendapat tuan, adakah kandungan gas oksigen terlarut berkurang
dalam sungai?
KETUA KAMPUNG: Ya, perkara ini memang benar. Semasa sisa daripada kilang
pemprosesan belacan disalurkan ke dalam sungai, warna
sungai akan menjadi gelap. Ini juga bermakna air sungai telah
tercemar. Pada masa itu, saya dapat memerhati beberapa ekor
hidupan akuatik yang tinggal di sungai itu akan mengeluarkan
kepala mereka ke atas permukaan air untuk memperolehi gas
oksigen yang segar. Ini telah menunjukkan bahawa kandungan
gas oksigen terlarut dalam sungai telah berkurang.
PENGKAJI: Terima kasih, tuan, kerana memberikan banyak maklumat yang berguna
kepada saya.
KETUA KAMPUNG: Sama-sama.
xxxxxx-08-xxxx
LAMPIRAN 3
SMK SULTAN ABDUL AZIZ
BORANG SOAL SELIDIK MASALAH PENCEMARAN
AIR SUNGAI DI BAGAN SUNGAI TIANG
(BORANG SOAL SELIDIK INI BERTUJUAN UNTUK MEMBERI MAKLUMAT BAGI
PELAJAR UNTUK MENYIAPKAN KERJA PROJEK PENGAJIAN AM TINGKATAN 6)
TANDAKAN JAWAPAN ANDA
BAHAGIAN A: MAKLUMAT PERIBADI
1. JANTINA 2.KAUM 3.UMUR
LELAKI MELAYU 15-24
PEREMPUAN CINA 25-34
INDIA 35-44
LAIN-LAIN 45-54
≥55
BAHAGIAN B: SOALAN TENTANG MASALAH PENCEMARAN AIR
SUNGAI DI BAGAN SUNGAI TIANG
FAKTOR SKALA LIKERT
1.Pembuangan sampah sarap dan sisa 12345
pepejal oleh penduduk tempatan
2.Sistem perkumbahan yang kurang 12345
efektif
3.Pembuangan minyak hitam oleh 12345
nelayan
4.Pembuangan sisa perindustrian 12345
KESAN SKALA LIKERT
1.Kekurangan hidupan akuatik dalam 12345
sungai
2.Kesihatan manusia terjejas 12345
3.Kualiti air terjejas 12345
4.Kandungan gas oksigen terlarut 12345
berkurang
Nota: 1. Sangat tidak setuju 2. Tidak setuju 3.Tidak pasti 4. Setuju 5. Sangat setuju
xxxxxx-08-xxxx
LAMPIRAN 4
GAMBAR YANG DIAMBIL DI SEKITAR SUNGAI
Gambar 1, 2, 3, dan 4 menunjukkan suasana sungai di Bagan Sungai Tiang yang
dipenuhi dengan sampah sarap dan sisa pepejal.
GAMBAR 1:
Sumber: Kerja Kursus Pengajian Am 2018
GAMBAR 2:
Sumber: Kerja Kursus Pengajian Am 2018
xxxxxx-08-xxxx
GAMBAR 3:
Sumber: Kerja Kursus Pengajian Am 2018
GAMBAR 4:
Sumber: Kerja Kursus Pengajian Am 2018
xxxxxx-08-xxxx
Gambar 5 dan 6 menunjukkan tandas tradisional yang terletak di tepi sungai.
GAMBAR 5:
Sumber: Kerja Kursus Pengajian Am 2018
GAMBAR 6:
Sumber: Kerja Kursus Pengajian Am 2018
xxxxxx-08-xxxx
Gambar 7 dan 8 menunjukkan suasana sungai yang berwarna kuning kehitaman.
GAMBAR 7:
Sumber: Kerja Kursus Pengajian Am 2018
GAMBAR 8:
Sumber: Kerja Kursus Pengajian Am 2018