1 SEKOLAH RENDAH SINOKO, PETI SURAT 32, 89727 MEMBAKUT KERTAS KERJA HARI KEUSAHAWANAN ANJURAN KURIKULUM TARIKH : 4 JANUARI 2024 HARI : KHAMIS
2 1.0 PENGENALAN Hari Keusahawanan adalah satu acara yang pertama kalinya diadakan di sekolah ini. Unit kurikulum mengadakan Hari Keusahawanan ini bagi memantapkan lagi minda murid dengan ilmu yang tidak didapati secara langsung melalui pengajaran dan pembelajaran (PDPC) di dalam kelas. Selain itu, ianya juga memberi kesedaran kepada murid-murid supaya aktif bukan sahaja dalam Kurikulum, Kokurikulum tetapi juga menggalakkan murid aktif dalam bidang kemasyarakatan. Beberapa buah gerai akan diuruskan oleh guru-guru mengikut beberapa unit panitia yang akan bergabung untuk menyediakan jualan seperti nasi, mi, kuih-muih, minuman dan sebagainya. Aktiviti ini akan memberi peluang murid sendiri mengurus jual-beli nanti. Ini bukan sahaja memberi keseronokan kepada murid yang terlibat tetapi juga menguji dan memantapkan lagi kemahiran jual beli dan pengalaman murid dalam kerja berkumpulan. 2.0 RASIONAL Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Bahagian Pendidikan Guru untuk melahirkan murid-murid yang kreatif dan kritis serta mempunyai kemahiran dalam bidang keusahawanan sebagai persediaan awal dan pengaplikasian mereka terhadap mata pelajaran dalam topik Perniagaan dan Keusahawanan. Selain itu, ianya bertujuan untuk membentuk perpaduan, kerjasama dan kesefahaman di antara mereka. Melalui program ini murid-murid yang berkebolehan dan ingin mencuba pengalaman baru dapat mengambil bahagian dalam akitviti-aktiviti yang telah disediakan. Aktiviti ini juga dapat membentuk dan melahirkan murid yang cergas, progresif dan berdaya saing demi kemenjadian murid sebagai insan yang seimbang dan menghargai alam sekitar. 3.0 OBJEKTIF Matlamat Hari Keusahawanan pada tahun ini adalah bertujuan bagi mencapai beberapa sasaran: 3.1 Mendapat pengetahuan dan pengalaman baru dalam bidang perniagaan dan keusahawanan 3.2 Menanam sifat bekerjasama, bertolak ansur dan ikatan perpaduan dalam kalangan murid dan guru. 3.3 Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan murid-murid dalam usaha melahirkan Budaya Sekolah yang unggul. 3.4 Menggalakkan sikap positif dalam diri pelajar di samping memastikan komunikasi antara murid dan masyarakat berjalan dengan lancar dan berkesan. 4.0 ANJURAN Unit Kurikulum SK. Sinoko, Membakut 5.0 TARIKH Program ini akan diadakan pada 4 Januari 2024 6.0 LOKASI GERAI Tapak Perhimpunan SK. Sinoko, Membakut
3 7.0 SASARAN Program ini menyasarkan murid-murid, guru-guru dan kakitangan SK. Sinoko, Membakut 8.0 SUMBER KEWANGAN Peruntukan kewangan PCG semua panitia 9.0 JADUAL KERJA PELAKSANAAN PROGRAM BIL Aktiviti Tindakan Catatan 1 Menyediakan kertas kerja program Setiausaha 2 Taklimat Program PK Kurikulum 3 Cabutan untuk kumpulan PK Kurikulum Setiausaha 4 Cabutan untuk tapak gerai PK Kurikulum Tim. Setiausaha 5 Mengagihkan kewangan kepada guru mengikut kumpulan yang mengurus gerai-gerai PK Kurikulum Bendahari Setiausaha 6 Pelaksanaan Program Semua Panitia 10.0 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM Penasihat : Mohd Yunus bin Mohd Jaafar (Guru Besar) Pengerusi : Mohd.Nazim bin Matkassim (PK. Pentadbiran) Naib Pengerusi 1 : Md. Yaakub bin Ag. Tengah Naib Pengerusi 1 : Muhainie binti Suratman (PK HEM) Setiausaha : Khadijah binti Ahmad Naib Setiausaha : Suzie Joe Laijoh Bendahari : Awang Maidin bin Salleh
4 11.0 JAWATANKUASA KERJA PROGRAM Bil Jawatankuasa Nama Perincian Tugas 1 Pengacara Encik Awang Maidin bin Salleh Menjadi juruacara ketika perasmian Menjadi juru hebah semasa jualan gerai-gerai berlangsung 2 PA Sistem Encik Jivel bin Jinau Menyediakan PA sistem sebelum program bermula 3 Banner Encik Md. Yaakub bin Ag. Tengah Menyediakan dan menempah banner 4. Brosur/Aturcara Muhaine binti Suratman Dg Sabariah binti Ag,Kati Menyediakan brosur untuk program 5 Cabutan Gerai Bertuah Zainahwattie binti Zainal Elizabeth binti Martin Mengurus hamper cabutan bertuah 6. Pengagihan Kewangan setiap gerai Khadijah binti Ahmad Awang Maidin bin Saaleh Mengumpul duit PCG dan mengagihan setiap gerai. 7. Jurugambar / Dokumentasi Suzanah binti Ali Hassan Mengambil gambar sepanjang program berlangsung Menyediakan dokumentasi 8. Borang Penyertaan dan Penetapan menu Suzie Joe Laijoh Menyediakan borang. Mengedarkan borang kepada guru. Mengutip borang penyertaan dan penetapan menu. 9. Kebersihan Pembersihan Menyediakan plastik sampah untuk semua gerai. 10. Disipin dan Keselamatan Semua guru kelas Guru kelas memastikan muridmurid berdisiplin dan dalam keadaan yang terkawal ketika program ini sedang berjalan. 11. Gerai Jualan Minuman dan aiskrim Malaysia cabutan undi akan dibuat Mengenalpasti dan menentukan menu yang akan dijual semasa pelaksanaan program. Membuat poster pameran gerai jualan
5 12. Gerai Jualan Nasi lemak dan Nasi Goreng cabutan undi akan dibuat Mengenalpasti dan menentukan menu yang akan dijual semasa pelaksanaan program. membuat poster pameran gerai jualan 13. Gerai Jualan Mi goreng / spaghetti / soto cabutan undi akan dibuat Mengenal pasti dan menentukan menu yang akan dijual semasa pelaksanaan program. Membuat poster pameran gerai jualan. 14. Jualan Roti Canai / Roti Arab cabutan undi akan dibuat Mengenalpasti dan menentukan menu yang akan dijual semasa pelaksanaan program. Membuat poster pameran gerai jualan 15. Jualan kuih-muih / kek cabutan undi akan dibuat Mengenalpasti dan menentukan menu yang akan dijual semasa pelaksanaan program. .. Membuat poster pameran gerai jualan 16. Buah-buahan/jeruk/Salad cabutan undi akan dibuat Mengenalpasti dan menentukan menu yang akan dijual semasa pelaksanaan program. Membuat poster pameran gerai jualan 17. Sayap goreng / sosej / nugget cabutan undi akan dibuat Mengenalpasti dan menentukan menu yang akan dijual semasa pelaksanaan program. Membuat poster pameran gerai jualan 12.0 TENTATIF PROGRAM BIL AKTIVITI MASA 1. Persiapan Gerai Jualan 7.00-8.00 pagi 2. Bacaan Doa 8.10 -8.20 pagi 3. Perasmian Program Hari Keusahawanan 8.20- 8.40 pagi
6 4. Lawatan ke Gerai-gerai 8.50-9.00 pagi 5. Jualan Gerai 9.00 -11.50 tgh 6 Gotong-royong mengemas dan membersihkan gerai 12.00-12.30 tgh 13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN BIL. Perkara Jumlah(RM) 1. Gerai Jualan minuman/Aiskrim Malaysia 2. Gerai Jualan mi goreng /soto / spaghetti /sayap ayam 3. Gerai jualan nasi lemak/ nasi goreng/sosej/nugget 4. Buah-buahan potong /jeruk 5. Roti canai /Roti Arab 6. Kuih-muih / kek 7. Banner Jumlah Besar 14.0 PELAN LOKASI GERAI (Sila rujuk Lampiran 1) 15.0 PENUTUP Kami amat mengharapkan semoga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar seiring dengan Falsafah Pendidikan. Selain dari itu, program ini juga diharapkan akan menjadi titik tolak kepada peningkatan integriti murid dan memberi pengalaman yang berguna kepada murid. Di samping itu, dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan muhibbah dalam kalangan warga SK. Sinoko, Membakut dengan terwujudnya persefahaman dan semangat kerja berpasukan sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja. Disediakan oleh, Disemak oleh, (KHADIJAH BINTI AHMAD) (MOHD. NAZIM BIN MATKASSIM) Setiausaha, Penolong Kanan Pentadbiran; Kurikulum dan Program keusahawanan SK. Sinoko, Membakut. SK. Sinoko, Membakut
7 Diluluskan oleh, (MOHD YUNUS BIN MOHD JAAFAR) Guru Besar, SK. Sinoko, membakut. .
8 Lampiran 1 (PELAN LOKASI GERAI) TAPAK PERHIMPUNAN 7 4 6 5 1 2 3 KANTIN