SEKOLAH KEBANGSAAN SINOKO PETI SURAT 32 89727 MEMBAKUT, SABAH “KERTAS KERJA SUKANEKA & SUKANTARA” TARIKH : 14 DISEMBER 2023 ( RABU ) MASA : 7.20 PAGI HINGGA 11.30 PAGI TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN SK SINOKO MEMBAKUT
1.0 TAJUK Sukaneka. Permainan : 1) isi air dalam botol 2) kumpul bola kecil ikut warna 3) cari gula-gula dalam tepung 4) lari dalam guni 5) tiup belon sampai pecah 2.0 PENGENALAN Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh kebiasaannya kanak-kanak untuk bermain, berseronok dan mengisi masa lapang. Permainan sukaneka mempunyai peranan yang penting dalam Pendidikan Jasmani bagi murid-murid di sekolah rendah. Walaupun objektif jangka pendek adalah menghiburkan para peserta, permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang baik terhadap perkembangan para peserta. Menerusi permainan sukaneka, para peserta dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan. Selain itu, permainan sukaneka juga dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu pertandingan seperti ini.
3.0 MATLAMAT Matlamat sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. Selain itu, aktiviti permainan sukaneka yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif dikalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di samping itu, sukaneka dan sukantara adalah cara murid mengutip mata untuk rumah sukan masing-masing,ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak tersebut aktif dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif. 4.0 OBJEKTIF 1. Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta 2. Mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan ibubapa, guru dan murid. 3. Membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif. 4. Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing masing. 5. Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan bertanggungjawab. 6. Memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari, mengaplikasi, memperoleh pengalaman dan memperkembang kemahiran, pengetahuan dan nilai yang terdapat dalam aktiviti sukaneka yang dijalankan. 5.0 TARIKH DAN MASA Tarikh : 14 Disember 2023 (Rabu) Masa : 07.20 pagi – 11.30 pagi 6.0 TEMPAT Tapak perhimpunan Sk Sinoko Membakut
7.0 KUMPULAN SASARAN 1. Semua murid 2. Ibu bapa 8.0 BILANGAN PESERTA Belum diketahui 9.0 JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : Encik Mohd Yunus bin Mohd Jaafar(Guru Besar) Naib pengerusi : Encik Md. Yaakub bin Ag. Tengah(PK Kokurikulum) Setiausaha : Puan Suzie Joe Laijoh Naib setiausaha : Puan Zainahwattie binti Zainal Bendahari : Puan Khadijah binti Ahmad 10.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN 10.1 Pembahagian kumpulan *(Rujuk Lampiran 1) 10.2 Senarai Alatan Alatan Kuantiti Air 4 baldi Baldi 4 Botol 4 Bola 20
Gelung rotan 4 skitel 8 Pinggan 8 Gula-gula 40 Tepung 1 Guni 4 Belon 20 10.3 Prosedur Pelaksanaan Permainan BIL. ACARA PROSEDUR 1. ”Isi air dalam botol ” Alatan : - air - baldi - botol Prosedur Peserta bagi setiap kumpulan akan bergilirgilir untuk mengisi air di dalam botol. Air yang terdapat di dalam baldi hendaklah diambil menggunakan tangan dan diisi di dalam botol yang disediakan. Kumpulan yang berjaya mengisi air dengan penuh terlebih dahulu dikira sebagai pemenang. 2. “Kumpul bola kecil ikut warna” Alatan : - bola - gelung rotan - Skitel - besen Prosedur Peserta akan melompat ke dalam gelung lalu menuju ke arah besen sejauh 5 meter untuk mengambil bola mengikut warna kumpulan yang telah ditetapkan. Peserta perlu melompat semula dengan membawa bola dan bergerak ke tempat besen kosong yang disediakan. Permainan akan diteruskan oleh peserta yang lain di dalam kumpulan tersebut. Kumpulan yang banyak mengumpul bola mengikut warna akan dikira sebagai pemenang. 3. ” Cari gula-gula dalam tepung” Alatan : - pinggan - gula-gula - tepung Prosedur Peserta perlu meniup tepung hingga menjumpai gula-gula yang terdapat di dalam pinggan berisi tepung. Peserta perlu mengambil gula-gula tersebut dengan menggunakan mulut dan memasukkan gula-gula tersebut di dalam pinggan berasingan yang disediakan. Peserta perlu
melakukan permainan ini secara bergilir-gilir dengan ahli kumpulan masing-masing. Gula-gula yang terdapat di dalam pinggan berisi tepung itu adalah sebanyak 10biji. Kumpulan yang berjaya mencari kesemua gula-gula dan memindahkan ke dalam pinggan berasingan terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang. 4. ”Lari dalam guni” Alatan : - guni Prosedur Peserta perlu berlari dalam guni sejauh 5 meter dan mengelilingi skitel yang disediakan serta bergerak semula ke tempat permulaan. Permainan diteruskan oleh peserta yang lain di dalam kumpulan tersebut. Setiap ahli dalam setiap kumpulan perlu melakukan permainan ini. Kumpulan yang berjaya menamatkan permainan dalam masa yang terpantas akan dikira sebagai pemenang. 5. ”Tiup belon sampai pecah” Alatan : - belon Prosedur Peserta perlu meniup belon sehingga pecah. Setiap peserta di dalam setiap kumpulan perlu meniup sebiji belon hingga pecah. Peserta akan bergilir-gilir melakukan permainan hingga tamat. Kumpulan yang berjaya menamatkan permainan dalam masa yang paling pantas akan dikira sebagai pemenang. *(Rujuk lampiran 2)
10.4 Pelan Kedudukan Perlaksanaan Permainan Sukaneka Permainan 1 : Isi air dalam botol MULA TAMAT TAMAT X X X X X X X X X X X X peserta X X X X X X X X Arah larian botol baldi berisi air
Permainan 2 : Kumpul Bola Kecil Ikut Warna MULA/TAMAT X X X X X X X X X X X X peserta X X X X X X X X Gelung rotan dan bola 5meter skitel
3) Permainan 3 : Cari Gula-gula Dalam Tepung MULA arah larian peserta XX XX XX XX PINGGAN KOSONG PINGGAN BERISI GULA-GULA TAMAT
Permainan 4 : Lari Dalam Guni XXXXX XXXXX XXXXX XXXXX XXXXX GUNI PESERTA SKITEL
Permainan 5 : Tiup Belon Sampai Pecah X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X Peserta belon
10.5 Langkah-Langkah Perlaksanaan Permainan Sukaneka. 10.5.1 Sebelum memulakan permainan, pastikan segala peralatan dan kawasan permainan telah siap sedia untuk digunakan. 10.5.2 Kumpulkan para peserta yang terlibat dengan sukaneka ini. 10.5.3 Bahagikan para peserta kepada empat kumpulan iaitu pasukan A, pasukan B, pasukan C dan pasukan D. 10.5.4 Terangkan cara melaksanakan setiap aktiviti dalam sukaneka ini. 10.5.5 Berikan penerangan kepada semua pasukan mengenai peraturan dan syaratsyarat permainan yang dijalankan. 10.5.6 Ingatkan peserta tentang langkah-langkah keselamatan dan kaedah yang sepatutnya digunakan dalam setiap aktiviti dalam sukaneka ini. 10.6 Peraturan Am Permainan 10.6.1 Bilangan pemain adalah seramai 5 orang bagi setiap pasukan. 10.6.2 Syarat-syarat bagi setiap permainan adalah seperti yang tertakluk dalam prosedur pelaksanaan permainan yang disediakan oleh penganjur. 10.6.3 Sekiranya didapati terdapat penyelewengan dalam permainan, kumpulan tersebut akan disingkirkan dari permainan. 10.6.4 Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
10.7 Anggaran Perbelanjaan 10.0 RUMUSAN Diharap agar aktiviti sukaneka yang dijalankan dapat memberi sesuatu yang baru kepada para peserta khususnya PIBG. Selain itu, para pelajar juga diharapkan dapat melaksanakan setiap aktiviti untuk mencapai matlamat permainan sukaneka ini dengan sempurna supaya mendapat input yang berguna kelak. Sukaneka dapat membentuk kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Selain itu, ia juga dapat membentuk diri para peserta menjadi seorang yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, permainan ini juga dapat memberi kepuasan serta keseronokkan kepada para peserta. Mereka dapat meredakan tekanan belajar di samping meningkatkan keyakinan mereka terhadap kemampuan dan keupayaan masing-masing. Perkara Harga / Unit (RM) Jumlah (RM) 1 Makanan - Makan tengah hari RM 5.00 RM 5.00 x ? orang = RM 2 Peralatan Sukaneka & Sukantara RM 150.00 JUMLAH RM 240.00
Lampiran 1 SENARAI NAMA PESERTA MENGIKUT RUMAH SUKAN KUMPULAN RUMAH MERAH BIL NAMA PESERTA 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. KUMPULAN RUMAH BIRU BIL NAMA PESERTA 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
KUMPULAN RUMAH HIJAU BIL NAMA PESERTA 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. KUMPULAN RUMAH KUNING BIL NAMA PESERTA 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Lampiran 2 BORANG PEMARKAHAN NAMA KUMPULAN : …………………………………………….. NAMA PESERTA MASA MARKAH Tarikh : ………………. …………………… …………………….. (Pencatat) (Pengadil)
KEPUTUSAN RASMI TEMPAT KUMPULAN MASA MARKAH KESELURUHAN