The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Motivasi Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zamaliah hussin, 2020-12-08 22:26:52

Motivasi Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Motivasi Proses Pengajaran dan Pembelajaran

01

Kump.

02 10

03

Motivasi & Proses Pengajaran dan
Pembelajaran

DEFINISI MOTIVASI

1. Istilah motivasi berasal daripada perkataan Latin ‘movere’ yang
bermakna bergerak.

2. Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002: 898) mendefinisikan motivasi sebagai
keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang
yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan
tujuan untuk mencapai kejayaan.

3. Menurut Moriss & Maisto (1999) : motivasi adalah satu bentuk arahan
yang datang dari dalam diri individu secara paksa untuk memenuhi
keperluan dan kehendak individu yang akhirnya membangkitkan
organisma untuk menuju kepada matlamat.

KITARAN MOTIVASI

KLASIFIKASI MOTIVASI

Motivasi Motivasi
Intrinsik Ekstrinsik

MOTIVASI INTRINSIK

● Motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi daripada
rangsangan dalaman.

● Ia terdiri daripada dorongan dan minat individu bagi melakukan
sesuatu aktiviti tanpa mengharap ataupun meminta ganjaran.

● Jenis motivasi ini juga dikaitkan dengan faktor dalam diri seperti
keperluan, minat, rasa ingin tahu, kepuasan kendiri dan lain-lain.

● Seseorang itu akan mengalami motivasi intrinsik yang tinggi
sekiranya dapat melakukan sesuatu yang digemari.

MOTIVASI EKSTRINSIK

● Diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan
menggerakkan orang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan
membawa faedah kepadanya.

● Sorakan, pujian dan kata-kata semangat dari orang lain adalah
faktor pendorong yang kuat untuk meningkatkan motivasi
ekstrinsik.

PENDEKATAN MOTIVASI

1. Pendekatan Behaviorisme
2. Pendekatan Humanistik
3. Pendekatan Kognitif
4. Pendekatan Sosio-Budaya

PENDEKATAN BEHAVIORISME

1. Motivasi dari pendekatan behaviorisme amat berkait rapat
dengan prinsip, di mana tingkah laku yang telah diberikan
peneguhan akan berlaku berbanding dengan tingkah laku yang
tidak diberikan peneguhan, sebaliknya dendaan.

2. Motivasi dalam kes ini ialah ekstrinsik.

3. Untuk memotivasikan pelajar, kita mesti mengiktiraf dan
memberikan peneguhan kepada kejayaan mereka serta
membantu mereka mengimbangkan nilai dan manfaat peribadi
terhadap pembelajaran mereka.

4. Insentif akan menjanjikan sesuatu yang baik diperolehi,
manakala dendaan dielakkan.

MOTIVASI EKSTINSIK SKINNER

Menurut Skinner, motivasi ekstrinsik dapat dikategorikan
kepada dua jenis iaitu ganjaran dan insentif

● GANJARAN = objek atau peristiwa yang diberi akibat
kelihatan atau manifestasi sesuatu tingkah laku yang
diingini.

● INSENTIF = sesuatu objek atau peristiwa yang
menggalakkan tingkah laku positif atau menghindarkan
tingkah laku yang tidak diingini

PENDEKATAN HUMANISTIK

• Pendekatan ini menekankan kebebasan peribadi, pilihan, kegigihan kendiri dan menuju ke arah
pertumbuhan kendiri. Mengikut para humanisme, manusia dilahirkan dengan kecenderungan
semula jadi serta keperluan untuk berusaha mencapai potensi yang optimum.

• Manusia juga didorong untuk melakukan tingkah laku tertentu kerana penyempurnaan kendiri,
iaitu semua manusia mempunyai keinginan dalaman mencapai segala yang diinginkan oleh
mereka.

• Pendekatan Humanistik juga meninjau tentang ciri-ciri peribadi seseorang seperti kompetensi
kendiri, harga diri, kegigihan kendiri, pencapaian kendiri dan autonomi serta memberi penekanan
terhadap individu yang mempunyai kawalan dalaman tentang proses-proses hidup sendiri.

• Antara pengkaji teori Humanistik adalah Maslow (1997) yang membuat kajian mengenai peranan
keperluan dalam menentukan motivasi.

Teori Hierarki Keperluan Maslow

1. Teori hierarki Maslow menjelaskan bahawa setiap individu perlu memenuhi segala
keperluan asas untuk mencapai kesejahteraan dalam hidup.

2. Maslow menerangkan keperluan manusia secara hieraki seperti piramid kerana
mempunyai peringkat yang tersusun iaitu bermula dengan keperluan fisiologi,
keperluan keselamatan, keperluan sosial, keperluan penghargaan kendiri dan
keperluan pencapaian kendiri.

3. Bagi memenuhi keperluan ini keperluan yang paling bawah dalam hieraki adalah
paling diutamakan dan mesti dipenuhi sebelum keperluan lain dipenuhi.

4. Setelah satu-satu keperluan tersebut berjaya dipenuhi, keperluan tersebut tidak
dapat lagi memberikan semangat dan dorongan kepada individu berkenaan untuk
bekerja dengan lebih teguh.

Pengembangan diri, pemenuhan ideologi

Pencapaian diri, reputasi, status,
pengiktirafan

Persahabatan, keluarga

Keamanan, kesejahteraan,

makanan, minuman dan tempat perlindungan.

PENDEKATAN KOGNITIF

● Pendekatan Kognitif menekankan bahawa tingkah laku dipengaruhi oleh cara

manusia berfikir tentang diri mereka dan persekitaran.
● Bentuk tingkah laku yang dilakukan oleh seseorang diterangkan berdasarkan

empat pengaruh yang berikut iaitu:

1. Keperluan untuk membina sesuatu asas pengetahuan yang teratur dan
konsisten.

2. Harapan seseorang untuk menyempurnakan tugasan dengan jayanya.
3. Faktor-faktor yang mempengaruhi kepercayaan seseorang sama ada

menghasilkan kejayaan atau kegagalan.
4. Kepercayaan seseorang terhadap kebolehan kognitif.

● Dalam teori kognitif, manusia dilahirkan dengan naluri ingin tahu intrinsik,
bermotivasi, dan meneroka untuk menyelesaikan masalah sebagai suatu
bentuk tingkah laku penyesuaian.

TEORI ATRIBUSI WEINER

● Teori Atribusi Weiner (Weiner, 1980, 1992), merupakan teori kontemporari
yang berpengaruh terhadap implikasi motivasi akademik.. Teori ini
menegaskan bahawa murid akan bermotivasi jika memperoleh sesuatu
hasil yang diingini.

● Penekanan ditumpukan kepada persepsi seseorang murid yang
mempengaruhi cara mereka mentafsir kejayaan / kegagalan usaha
mereka yang turut sama mempengaruhi kecenderungan murid untuk
mengulangi tingkah laku yang sama.

Terdapat empat faktor yang mempengaruhi motivasi
dalam pendidiklan berasaskan pendekatan kognitif
iaitu:

1. Kebolehan – faktor dalaman yang stabil

2. Usaha – faktor dalaman yang tidak stabil kerana ia boleh
berubah mengikut keadaan.

3. Nasib – faktor luaran yang boleh berubah.

4. Tahap – faktor luaran yang tidak boleh berubah
kesukaran
sesuatu
tugasan

Menurut Weiner, atribut boleh wujud dalam 3 dimensi:

1. Lokus
➢ Lokasi di mana penyebab itu berada sama ada dari dalaman individu atau luaran

seseorang individu

2. Stabiliti
➢ penyebab boleh berubah atau tidak
● Stabil – tidak berubah mengikut masa dan situasi
● Tidak stabil – berubah mengikut masa dan situati

3. Kawalan
➢ Sama ada sesuatu sebab yang diberi itu boleh dikawal atau tidak boleh dikawal

oleh pelajar atau orang lain.
➢ Hanya usaha yang dianggap sebab yang boleh dikawal
➢ Nasib dan tahap kesukaran tugasan tidak dapat dikawal

PENDEKATAN SOSIOBUDAYA

● Pendekatan ini adalah gabungan antara pendekatan behaviorisme dengan kognitivisme.

● Pendekatan ini boleh dikaitkan dengan teori efikasi kendiri dalam memotivasi murid.

● Dalam teori pembelajaran sosial Bandura (1977) , beliau telah menyarankan betapa
pentingnya pemerhatian, peniruan, dan peneguhan Vicarious.

● Peneguhan vicarious ialah keadaan apabila murid mengharapkan peneguhan yang sama
jika memerhatikan orang lain mendapat ganjaran hasil daripada tingkah laku mereka.

● Peneguhan Vicarious dan peneguhan langsung amat penting dalam meningkatkan efikasi
kendiri individu terhadap sesuatu tugas untuk membawa motivasi ke tahap yang lebih
tinggi.

● Kepercayaan efikasi kendiri akan merangsang pencapaian murid dan seterusnya
mempengaruhi pilihannya terhadap tindakan yang akan diambil selanjutnya.

• Oleh itu, murid lebih cenderung untuk memilih tugasan dan aktiviti yang mereka rasa
kompeten dan yakin. Mereka akan mengelak tugasan atau soalan yang dirasakan tidak
mampu untuk menjawabnya .

• Kepercayaan efikasi kendiri juga membantu dalam menentukan berapa banyak usaha murid
boleh melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti, tempoh masa untuk berusaha apabila berdepan
dengan halangan serta betapa kuatnya diri mereka apabila berada dalam situasi yang sukar.
Semakin tinggi efikasi kendiri murid, semakin tekun dan berusaha seseorang murid itu.

• Kepercayaan efikasi kendiri turut mempengaruhi pola pemikiran dan reaksi emosi murid. Ini
kerana efikasi kendiri akan membantu menenangkan murid apabila menghadapi tugas atau
masalah yang sukar.

• Individu yang mempunyai efikasi rendah akan percaya bahawa sesuatu perkara lebih sukar
daripada yang sebenarnya dan ini akan mewujudkan kebimbangan, stress dan kemurungan.

KEPENTINGAN MOTIVASI

➢ MENARIK MINAT MURID BAGI MENGIKUTI PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

-Contohnya, murid yang bermotivasi dan bersemangat untuk mengikuti pengajaran memberikan
sepenuh perhatian terhadap pengajaran

➢ MOTIVASI PENTING UNTUK MEWUJUDKAN KEGHAIRAHAN UNTUK BELAJAR
-Contohnya,pelajar yang bermotivasi akan meningkatkan usaha mereka untuk tidak hanya
bergantung pada pengajaran guru tetapi berusaha untuk menambah pengetahuan

➢ MENENTUKAN TUJUAN PEMBELAJARAN
-Misalnya,pelajar yang bermotivasi sedar tentang tujuan mereka belajar iaitu bukan sahaja
cemerlang dalam akademik malah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang dapat digunakan
dalam kehidupan

➢ Mewujudkan dorongan untuk bersaing
-Mewujudkan persaingan sihat antara pelajar
-Motivasi yang tinggi tidak akan mematahkan semangat pelajar

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
MOTIVASI

MINAT SIKAP
• Pelajar akan menumpukan • Sikap yang positif terhadap

perhatian belajar walaupun sesuatu pelajaran atau perkara

subjek yang dipelajari susah boleh menjadi pendorong kepada

pelajar

Insentif
• Sesuatu perkara yang sangat dikehendaki

seperti kejayaan,gred,handiah
• Contohnya,pemberian hadiah dan

penghormatan terhadap pelajar yang

cemerlang dalam peperiksaan mampu

meningkatkan motivasi pelajar

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
MOTIVASI

KEPERLUAN NILAI
➢ Kaitan dengan inginkan ➢ Nilai diri yang perlu

kejayaan dan diterima oleh disesuaikan dengan nilai

rakan sebaya masyarakat

ASPIRASI
➢ Aspirasi untuk berjaya,

berusaha untuk mencapai

kejayaan

FUNGSI MOTIVASI

➢ Sebagai dorongan atau kekuatan oleh individu untuk melakukan sesuatu
-Contohnya,pelajar di Universiti akan menghadapi pelbagai ujian namun disertakan
keazaman dan motivasi yang tinggi dalam diri menyebabkan pelajar tersebut berjuang

➢ Sebagai suatu respon yang dipelajari

➢ Sebagai energi
-Menjadikan pelajar sentiasa bersemangat dan bertenaga

➢ Sebagai perantara pada organisme atau manusia itu dapat
menyesuaikan diri dalam lingkungannya

BAGAIMANA
MOTIVASI

MEMPENGARUHI
TINGKAH LAKU

MOTIVASI: DORONGAN
01 TINGKAH LAKU TERHADAP
MATLAMAT TERTENTU Table of

contents

Teori kognitif sosial: Individu menetapkan

matlamat kendiri dan mendorong tingkah

laku yang sewajarnya

Motivasi menentukan matlamat tertentu dan
ke arah mana usaha perlu lakukan

Ujian, sekiranya diguna dengan
betul,grednya boleh memotivasikan pelajar
untuk lebih rajin belajar

Table of
contents
MOTIVASI: MEMACU PENINGKATAN

03 USAHA DAN TENAGA

● Meningkatkan kapasiti tenaga dan usaha

yang digembeling dalam aktiviti yang

berkaitan dengan keperluan dan

matlamat yang disasarkan.
● Menentukan sama ada mereka

meneruskan tugasan dengan semangat

juang yang tinggi dan sepunuh hati atau

sekadar bersimpati dan tidak berdaya

saing.

INISIATIF DAN MEMASTIKAN
04 KEGIGIHAN DALAM
PELAKSANAAN AKTIVITI Table of

➢ Cenderung untuk memulakan contents

tugasan yang ingin dilakukan

sebenarnya

➢ Terus mengusahakan tugasan

sehingga berjaya

menyelesaikannya,walaupun

menghadapi gangguan atau kecewa

dalam usaha berkenaan

➢ Meningkatan penggunaan masa

terhadap tugasan

➢ Mengoptimumkan penggunaan masa

adalah faktor penting yang

mempengaruhi proses pelaksanaan

tugasan,pembelajaran,dan

pencapaian

Motivasi:MEMPENGARUHI PROSES
KOGNITIF

● Memberi kesan terhadap
perhatian(attention)

● Bagaimana individu memprosesnya
(perhatian) dengan efektif

● Umpamanya,individu yang
bermotivasi:

a) Membuat usaha secara bersepadu
untuk menyiapkan tugasan

b) Belajar sesuatu secara bermakna
c) Akan pertimbangkan penggunaan

tugasan yang diberikan pada masa
hadapan

MOTIVASI:PENENTUAN KESAN PENGUKUHAN ATAU
HUKUMAN

Semakin tinggi tahap Mereka akan
motivasi untuk mencapai kecewa dengan
kejayaan, semakin mereka pencapaian yang
akan bangga pencapaian
rendah
yang diperolehi

Individu menghargai Semakin tinggi motivasi
keahlian dalam kumpulan dan
yang tinggi motivasinya,
pencapaian,semakin
namun sering kali diterima dan dihormati
tertekan oleh cemuhan oleh masyarakat/rakan

individu tertentu sebaya

Table of
contents

06 MOTIVASI:MENINGKATKAN
PENCAPAIAN

➢ Kesan negatif akibat pencapaian rendah perlu
dikenal pasti terlebih dahulu

➢ Segala bentuk tingkah laku,usaha dan tenaga yang
didorong untuk mencapai matlamat

➢ Penumpuan, ketekunan pemprosesan kognitif
membawa kepada peningkatan prestasi
pencapaian

➢ Individu yang paling bermotivasi untuk kekal aktif
,dan cemerlang dalam pelbagai aktiviti untuk
menyiapkan tugasan, akan cenderung memperolehi
pencapaian tertinggi

Teras
Memotivasikan

Pelajar

Esah Sulaiman (2003)

Pembahagian Tugas Seimbang/Praktikal

★ Penting untuk membantu murid mengatur masa dengan
baik

★ Murid mampu melakukan pelbagai kerja/tugasan dengan
baik dan berkualiti

★ Tiada masalah dalam menyiapkan tugasan

Menyediakan Bahan Bantuan P&P

➔ Menyampaikan pengajaran dengan berkesan
➔ Mudah difahami oleh pelajar dengan cepat
➔ LCD
➔ Perlu disesuaikan dengan subjek matapelajaran

Elakkan Perbandingan Sosial

❏ Guru yang berkarliber perlu bersikap adil
❏ Jika guru bersikap sambil lewa:

i) pelajar merasa rendah diri
ii) merasa dipinggirkan
iii) pelajar hilang minat
❏ Murid akan menjadi pasif

Memberi Cabaran kepada Pelajar

● Membuat pembaharuan melalui cara pengajaran
untuk menarik minat pelajar untuk belajar

● Pelajar akan seronok dengan aktiviti yang mencabar
mereka: kreatif

● Guru mestilah memberikan tugasan kepada pelajar dan meminta pelajar
untuk menyampaikan pemahaman mereka mengikut kreativiti masing-
masing. Pemberian tugasan seperti ini mampu memberikan cabaran
kepada murid untuk menyiapkan tugasan mereka. Malah, cara ini mampu
menjadikan pelajar yang mampu berfikir di luar kotak dan menemui
pelajaran yang baru semasa tugasan itu dipersembahkan.

Meningkatkan Motivasi dalam Diri Pelajar

GANJARAN TETAPKAN MENGAMBIL
MATLAMAT BERAT

PENGLIBATAN PENUHI
PELAJAR KEPERLUAN
PELAJAR

Meningkatkan Motivasi dalam Diri Pelajar

GANJARAN • Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang

kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan

menyediakan pelbagai bentuk ganjaran.
• Antaranya, mengenal pasti kebaikan dan kelebihan

pelajar dan suburkannya
• kesannya mereka pasti akan mengulangi kebaikan ini

pada masa akan datang.
• Hadiah, puji-pujian dan markah bonus dan sebagainya.
• Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian

yang diperolehi tetapi juga terhadap usaha yang

dberikan.
• Guru boleh juga memberi insentif agar pelajar berusaha

untuk menguasai pengetahuan dan maklumat tetapi juga

bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan

keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Meningkatkan Motivasi dalam Diri Pelajar

TETAPKAN
MATLAMAT

• Guru yang mengajar setiap mata pelajaran haruslah
menetapkan matlamat bagi setiap pelajarnya iaitu bagi
setiap subjek yang dipelajari.

• Guru tersebut juga harusalah mngikuti perkembangan
pelajar dan memastikan setiap pelajar mampu
merealisasikan matlamat masing-masing.

• Contohnya, bagi subjek Biologi, guru yang mengajar subjek
tersebut haruslah menetapkan matlamat kepada pelajar
bahawa mereka harus faham tentang topik yang diajar pada
hari tersebut di akhir kelas. Jika matlamat tersebut tidak
dicapai, guru harus membimbing pelajar supaya matlamat
tersebut tercapai.

Meningkatkan Motivasi dalam Diri Pelajar

• Pelajar akan memberikan respon yang positif MENGAMBIL
terhadap guru yang mengambil berat mengenai BERAT

diri dan masalah mereka.
• Ada ketikanya guru perlu bercerita mengenai

pengalaman sendiri.
• Misalnya, memberitahu kesilapan-kesilapan

yang pernah dilakuakan sebagai satu teladan

untuk pelajar.
• Menggunakan kaedah ini dapat mewujudkan

kemesraan antara hubungan guru dengan

pelajar.
• Ada ketikanya guru perlu bertemu pelajar

secara personal untuk membuktikan yang guru

benar-benar mengambil berat tentang mereka

disamping guru harus mencuri sedikit masa

supaya sesi perbincangan secara personal

dapat dilakukan kepada semua pelajar.

Meningkatkan Motivasi dalam Diri Pelajar

• Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan
aktif pelajar dalam pembelajaran.

• Guru memainkan peranan untuk merangsang
pelaar untuk terlibat dalam aktiviti seperti
perbincangan dalam kumpulan, menyelesaikan
masalah, aktiviti luar bilik darjah, dan interaksi
antara pelajar dan guru.

• Pelajar akan lebih bermotivasi apabila mereka
merasakan diri mereka penting dan diperlukan.

• Kesemua pelajar perlu terlibat dalam setiap
aktiviti yang dilakukan.

PENGLIBATAN
PELAJAR

Meningkatkan Motivasi dalam Diri Pelajar

• Guru mestilah sedar bahawa setiap pelajar
memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa
memilih, keseronokan dan kebebasan.

• Misalnya, memberi peluang kepada pelajar
memilih satu dari dua tajuk untuk disiapkan atau
memberi mereka membuat pilihan membuat
tugasan berkumpulan mengikut tajuk pilihan
sendiri.

• Guru perlu mencipta suasana pembelajaran
yang seronok dan menarik yang membolehkan
mereka bebas menyumbangkan idea dan ini
akan mengaktifkan dan menaikan semangat
murid untuk berfikir dan menghasilkan idea baru.

PENUHI
KEPERLUAN
PELAJAR



Sekian, Terima Kasih!

GO!


Click to View FlipBook Version