Perjumpaan Homeroom
TINGKATAN 4
Tajuk : ISLAM & SAINS
Tarikh : 2 JULAI 2019 (SELASA)
Masa : 3.00 – 4.30 petang
Tempat : Mengikut pilihan Homeroom
OBJEKTIF
Membincangkan perkaitan antara Islam dan sains.
AKTIVITI
Melaksanakan aktiviti dengan ahli-ahli Homeroom :
1. Mengetahui tentang hal semasa ahli Homeroom (akademik, kesihatan,
masalah yang dihadapi dan lain-lain yang berkaitan).
2. Membuat semakan jawapan soalan IQ.
3. Penasihat membincangkan kandungan modul bersama ahli-ahli
homeroom.
4. Penasihat dan ahli-ahli homeroom berkongsi pengetahuan berkenaan
modul dengan fakta masing-masing.
5. Penasihat menerapkan nilai-nilai murni daripada aktiviti ini.
Dikeluarkan oleh: UPHR 2019
30 Jun 2019
PENDAHULUAN
Allah memberikan penghormatan kepada golongan yang
suka mengkaji alam dan memanfaatkannya untuk
mendekatkan diri kepadaNya. Allah menggelarkan mereka
sebagai ulul albab dan hal ini amat signifikan bagi umat Islam.
Justeru, ayat 190-191 dalam surah Ali Imran berhubung ulul
albab merangsang umat Islam agar menjadi saintis. Saintis
yang mahu dihasilkan mengikut formula al-Quran ialah
saintis yang mengingati Allah di mana saja dia berada.
Teori Big Bang
Sebelum lahirnya teori Big Bang, umat Islam sudah
mengetahui bahawa langit dan bumi pada asalnya
bercantum padu sebelum bermula proses kejadian alam.
Pengetahuan ini adalah berdasarkan firman Allah dalam
surah al-Anbiya ayat 30 yang bermaksud, “Apakah orang-
orang kafir itu tidak mengetahui bahawa langit dan bumi itu
keduanya dahulu adalah suatu yang padu (ratqa) kemudian
Kami pisahkan antara keduanya (fataq).”
Kadar hujan tahunan
Lebih menakjubkan bahawa kadar hujan yang turun di muka
bumi adalah sama pada setiap tahun. Hal ini adalah
berdasarkan beberapa firman Allah, antaranya ayat 11
dalam surah az-Zukhruf yang bermaksud, “Dialah yang
menurunkan air dari langit mengikut kadar, lalu Kami
hidupkan dengan air itu bumi yang mati….”
Kenyataan mereka memang selari dengan penemuan sains
moden kerana pusingan hidrologi dunia (hydrologic or water
cycle) menunjukkan kadar hujan yang turun adalah sama
pada setiap tahun. Hal ini disebutkan dalam Wikipedia
Encyclopedia bersumberkan daripada NASA dan United
States Geological Survey. Pakar-pakar menganggarkan air
hujan yang turun dari langit ke bumi mencecah 513 trilion ton
setiap setahun tanpa sebarang perubahan.
DNA
Secara dasarnya, penemuan yang sahih tentang alam tidak
akan bercanggah dengan al-Quran. Antara ayat al-Quran
yang menjelaskan tentang hubungan ini ialah ayat 53 dalam
surah Fussilat yang bermaksud, “Akan Kami tunjukkan
kepada mereka bukti-bukti kebenaran Kami di segenap ufuk
(penjuru) dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas
kepada mereka bahawa al-Quran itu benar.”
Menurut kajian Dr Ahmad Khan dari Duke University pada
tahun 1999, kod genetik rantaian kodon pada kromosom
manusia iaitu T, C, G dan A akan menghasilkan huruf Arab,
seterusnya menemui ayat ‘Bismillahir rahmanir rahiim’ dan
‘Iqra bismirrabbika ladzi Khalaq’ pada gen kecerdasan
manusia. Sehingga sekarang, beliau telah berjaya menemui
1/10 ayat Al-Quran di dalam DNA.
Gerakan dalam solat
Hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti
Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat
tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan
secara menyeluruh. Menurut seorang pengkaji bukan
Muslim, Ng Siew Chok, gelombang otak mempunyai
beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan
fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz)
menunjukkan keadaan tenang. Beliau berkata, “Ada
fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri
seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang
ketika bersolat.
Menurut Dr Fatimah Ibrahim pula, komposisi tubuh
mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu
tulang, komponen air dan lemak. Dalam kajiannya, model
untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan
melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari,
memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah,
rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki
ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang
solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding
yang bersolat secara bersendirian. Tubuh manusia seperti
bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti
dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. Selain itu,
katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubati
sakit pinggang. Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang
mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat
rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
Air
Kajian saintifik di Jepun, Dr. Masaru Emoto dari Universiti
Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang
perubahan molekul air. Ketika diuji dengan dibacakan doa
Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul
berkilauan.
Penemuan ini menjelaskan air putih yang didoakan mampu
menyembuhkan penyakit mengikut bacaan dan niat. Air
berkemampuan untuk menangkap pesanan dan niat doa
untuk penyembuhan penyakit lalu dipindahkan pesanan dan
niat itu kepada molekul air yang ada dalam badan pesakit itu
contohnya kepada molekul cecair darah.
Besi
Besi yang banyak kita manfaatkan hari ini sebenarnya tidak
dijumpai di bumi atau galaksi kita. Ini kerana Bima Sakti yang
kita tinggal pada hari ini tidak mampu dan tidak mempunyai
struktur yang sesuai untuk menghasilkan besi.
Ahli astronomi moden menerangkan bahawa logam besi
yang ditemukan di bumi sebenarnya berasal dari bintang-
bintang raksasa di angkasa luar. Logam berat ini dihasilkan
dalam bintang-bintang raksasa ini disebabkan faktor
kesesuaiannya menahan suhu yang tinggi dan sebagainya.
Rahsia besi ini sudah tertulis dalam Al-Quran menerusi ayat
Al-Quran daripada Surah Al-Hadid ayat 25, "…Dan
Kami turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang
hebat dan berbagai manfaat bagi manusia …."
Cap jari
Manusia mempunyai tubuh badan yang berbeza setiap
seorang walaupun terdapat 7.5 billion manusia di bumi ini.
Antara perbezaan ini adalah cap jari yang dimanfaatkan oleh
saintis untuk mencipta alat-alat yang mampu mengesan cap
jari setiap orang. Kekuasaan Allah menciptakan cap jari
setiap orang dalam bentuk berbeza ini sungguh hebat dan
sangat unik.
Dalam ayat Al-Quran menjelaskan bahawa Allah mampu
menyusun jari-jari kita dengan sempurna dan tidak satu
lengkungan jari kita yang sama dengan orang lain walaupun
kembar kita sendiri. Penerangan ini tertulis dalam Surah Al-
Qiyaamah ayat 3-4. "Apakah manusia mengira, bahawa Kami
tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya?
Bukan demikian, sebenarnya Kami berkuasa menyusun
(kembali) jari jemarinya dengan sempurna."
Islam dan sains tidak dapat dipisahkan. Al-Quran bukannya
sebuah buku sains, ia adalah wahyu Allah. Al-Quran
diturunkan sebagai petunjuk agar manusia dapat
membezakan antara yang hak dengan yang batil. Terdapat
dalamnya ayat-ayat yang menceritakan tentang kejadian
alam semesta serta fenomena-fenomena yang berkaitan
dengannya.