The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM110621 Hwang Jia Ying, 2022-03-23 01:06:54

X11 TUGASAN 1 BMMB1104

X11 TUGASAN 1 BMMB1104

2

2

2

2

SENARAI KANDUNGAN Muka surat
Bil Perkara 1
1 Muka Surat Depan Pentaksiran Berterusan BMMB1104 2
2 Soalan Pentaksiran Berterusan BMMB1104 3
3 Senarai Kandungan 4
4 Penghargaan -
5 Konsep Kesusasteraan Melayu 5

1.0 Takrifan Kesusasteraan Melayu 5-10
1.1 Jenis, Bentuk dan Ciri-ciri Kesusasteraan Melayu -
6 Fungsi Kesusasteraan Melayu 11
2.1 Aspek Hiburan 11
2.2 Aspek Pendidikan 12
2.3 Aspek Dakwah 12
2.4 Aspek Kritikan Sosial -
7 Manifestasi Akal Budi dalam karya 13
3.1 Pantun
3.2 Syair 14-15
3.3 Seloka 16-18
3.4 Gurindam 18-19
8 Sumber Rujukan
20

3

Penghargaan
Dengan segala hormatnya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pihak IPG
Kampus Ipoh yang telah memberi peluang kepada kami untuk menjalankan pentaksiran berterusan
bagi kursus BMMB1104. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya untuk menyelesaikan kerja kursus ini.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Shamsudin bin
Abu Bakar, pensyarah bagi kursus BMMB1104 iaitu Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu yang
telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada encik kerana telah memberi kepercayaan kepada
kami untuk melaksanakan tugasan ini.
Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang sudi
menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada saya apabila saya mengalami masalah dalam
menyelesaikan pentaksiran berterusan ini.
Akhir sekali, tidak boleh lupa juga jasa ibu bapa yang telah memberi sokongan yang
sepenuhnya kepada saya untuk menyelesaikan pentaksiran berterusan ini. Tanpa sokongan daripada
mereka, saya tidak akan menyiapkan pentaksiran berterusan ini dengan penuh semangat.
Secara kesimpulannya, saya ingin berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantu
saya secara langsung ataupun tidak langsung untuk menyiapkan pentaksiran berterusan saya.

4

Konsep Kesusasteraan Melayu

1.0 Takrifan Kesusasteraan Melayu
Menurut Ali Ahmad (1997:3), kesusasteraan dihubungkan dengan asal usul perkataan

kesusateraan. Perkataan “sastera” berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu castra yang disebut syastra.
Perkataan syastra bermaksud kitab suci. Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang
disampaikan melalui bahasa. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) dalam buku Bahasa Melayu I edisi
kedua, perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit iaitu susastera. Susastera
memberi pengertian huruf atau buku indah serta seni sastera atau seni bahasam dan secara umumnya
bermaksud persuratan, iaitu bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat, kesusasteraan bermaksud hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang
mempunyai ciri-ciri keistimewaannya yang tertentu.

Dalam bahasa Melayu, kesusasteraan mempunyai maksud yang sama dengan “literature”
dalam bahasa Inggeris Perkataan literature berasal daripada perkataan “literate” yang bermaksud huruf
atau abjab. Dalam bentuk asalnya, perkataan “literature” digunakan untuk tatabahasa dan puisi.

Dalam konteks pendidikan pula, kesusasteraan Melayu ialah asal yang tertulis dalam bahasa
Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa
tradisional atau puisi tradisional bagi mengimbangi intelek, rohani, emosi dan jasmani di samping
memaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat.

Kesimpulannya, kesusasteraan Melayu merupakan hasil karya masyarakat Melayuyang
mempunyai kata-kata yang indah, memberi mesej dan menggambarkan sesuatu perasaan dan
keadaan yang tertentu sama ada mengenai diri sendiri ataupun sekolompok masyarakat. Sastera juga
dianggap sebagai gambaran peribadi berupa pengalaman, pemikiran, perasaan, idea, semangat
ataupun keyakinan dalam bentuk gambaran konkrit yang membangkitkan keperibadian melalui
pengantara bahasa tidak kira sama ada bermutu atau tidak bermutu.

1.1 Jenis, Bentuk dan Ciri-ciri Kesusasteraan Melayu

Jenis dan bentuk kesusasteraan mempunyai pelbagai ragamkerana masing-masing memiliki
unsur-unsur khusus yang membentuk pola secara berbeza untuk tujuan tertentu. Kesusasteraan
Melayu dari segi jenis dan bentuknya dapat dibahagikan kepada prosa tradisional, prosa moden, puisi
tradisional dan puisi moden.

 Prosa Tradisional
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), tradisional bermaksud serius dan abadi nilainyayang tinggi
mutu dan menjadi standard kepada yang lain, mempunyai gaya yang sederhana, mempunyai ciri-ciri
yang lazim dan tidak berubah mengikut masa. Dalam hal ini, prosa tradisional merupakan bentuk
kesusasteraan yang masih kekal hingga ke hari ini dan masih menjadi sumber pengetahuan, amalan,
pengajaran, sempadan tingkah laku atau pengenalan masyarakat Melayu kepada masyarakat luar.
Prosa tradisional berbeza dengan sastera lama kerana apabila datang yang baharu, maka akan
hilanglah yang lama. Namun, prosa tradisional merupakan sastera yang mempunyai sifat yang diwarisi
secara turun-temurun walaupun dari segi jangka masa sastera itu telah lama dihasilkan.

5

Prosa tradisional pada awalnya menerima pengaruh Hindu dan Buddha. Walaubagaimanapun,
pengaru Hindu dan Buddha kurang menyumbang ke arah perkembangan prosa tradisional. Hal ini
demikian kerana, bahasa yang digunakan dan cerita yang dipaparkan sukar difahami. Bahasa yang
digunakan adalah bahasa Sanskrit dan Melayu Kuno. Cerita dewa-dewa yang digambarkan pula jauh
dari cara hidup masyarakat Melayu.

Setelah kedatangan Islam, iaitu pada abad ke-14 hingga abad ke-16, kesusasteraan prosa
tradisional mengalami perkembangan yang positif. Oleh itu, tulisan Jawi telah muncul dan tulisan ini
telah menjadi tulisan penting bagi penganut agama Islam pada masa itu. Agama Islam mulai bertapak
di istana dan mengambil alih peranan agama Hindu dan Buddha. Istana juga berperanan penting
sebagai pusat perkembangan kesusasteraan Melayu klasik yang utama. Penulis mengarang karya
baharu berdasarkan perintah raja seperti Hikayat Hang Tuah. Hikayat yang dihasilkan tidak terhad
kepada bidang kesusasteraan sahaja tetapi juga meliputi agama, perubatan, sejarah dan sebagainya.
Pertambahan keperluan terhadap karya telah berjaya mewujudkan pusat penyalinan dan penerbitan
hasil kesusasteraan.

Prosa tradisional merupakan hasil karya seni yang disampaikan melalui bahasa. Tujuannya
adalah untuk menyatukan falsafah pencipta dan penerimanya pada masa itu.

 Prosa Moden
Menurut Annas Hj Ahmad (1988:152), hasil karya sastera selepas tahun 1800 Masihi

digolongkan dalam sastera moden. Pembahagian dari segi masa ini semata-mata bertujuan untuk
memudahkan kita untuk memahami bentuk dan unsur perbezaan dalam sastera Melayu. Sebagai
contoh, sajak bebas pada hari ini merupakan suatu penyimpangan daripada bentuk puisi lama seperti
pantun dan syair. Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi merupakan pengkarya sastera Melayu Moden. Hasil
karya beliau yang terkenal adalah Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah.

Cerpen ialah gabungan dua perkataan, iaitu cerita dan pendek. Cerpen berkembang apabila
kegiatan persuratkhabaran Melayu mencapai zaman kegemilangannya sekitar tahun 1930-an. Cerpen
bukan sahaja menjadi alat yang menggambarkan sikap, perasaan, pandangan dan fikiran pengarang
malahan jugamemberi gambaran tentang suatu zaman, sama ada berhubung masalah sosial, politik
atau ekonomi. Cerpen biasanya berkisar mengenai sesuatu kejadian atau peristiwa yang menjadi fokus
utama. Cerpen membawa satu tema sahaja dan beberapa persoalan bagi menghasilkan kesan tertentu
dan mendalam kepada pembaca. Dari segi perwatakan, cerpen memusatkan perkembangan watak
kepada beberapa orang tertentu sahaja. Watak-watak lain hanyalah bertujuan untuk memperkukuhkan
kewibawaan watak utama. Pertentangan antara watak protagonis dan antagonis akan mencetuskan
konflik yang dianggap penting sebagai unsur dramatik. Dalam penulisan cerpen, hanya terdapat satu
plot sahaja dan plot inilah yang dikembangkan dengan rapi, teliti dan tidak rumit. Pencetusan perasaan
dan penyemarakan emosi dalam cerpen menerbitkan ketegangan dan menarik pembaca untuk merasai
pengalaman yang digambarkan dalam cerpen.

Novel pula ialah prosa rekaan yang panjang yang di dalamnya termuat sebahagian daripada
sebuah kehidupan. Istilah novel berasal daripada bahasa Itali, iaitu novella yang bermaksud satu benda
kecil yang baharu. Novel mengisahkan kejadian yang dipusatkan kepada sebahagian daripada

6

kehidupan manusia pada suatu tempat dan masa tertentu. Menurut Shahnon Ahmad (1972:4), novel
merupakan satu bentuk pentafsiran rencam hidup manusia yang terbina dalam bentuk sastera
cereka. Novel merangkumi tiga faktor utama yang saling berkait, iaitu pengalaman peribadi, realiti
rencam hidup dan imaginasi. Idea yang tercetus daripada ketiga-tiga rangkuman ini bukan sahaja
berkisar mengenai tahap kehidupan manusia bahkan boleh berlegar di sekitar kehidupan selain
daripada manusia itu sendiri.

Novel yang bercorak kemasyarakatan telah dihasilkan oleh Harun Aminurrashid. Antara
novelnya termasuklah Cinta Gadis Rimba (1947), Darah Kedayan (1947) dan Minah Joget Moden
(1949). Novel Minah Joget Moden ini dianggap menarik kerana mempamerkan sikap negatif
masyarakat terhadap penari-penari joget. Sikap masyarakat yang sebegini diperbetulkan oleh
pengarang melalui watak anak wayang, iaitu Minah yang petah bercakap dan bersyarah tentang
kesucian para seniman dan seniwati Melayu.

Selain itu, novel yang bercorak semangat kebangsaan juga lahir pada pertengahan tahun
1940-an, iaitu novel Pahlawan Rimba Malaya (1946). Novel ini memberi persoalan tentang semangat
kebangsaan pejuang gerila Melayu menentang penjajahan Jepun. harun Aminurrashid pula telah
menghasilkan novel yang berjudul Siapakah Yang Bersalah (1949) yang menceritakan mengenai
pengalaman sendiri yang terpaksa bekerjasama dengan Jepun. Melalui pengalaman ini, beliau
mendapat idea untuk memajukan bangsanya sendiri.

Zaman kegemilangan novel Melayu adalah pada tahun 1960-an, iaitu tahun-tahun mengisi
kemerdekaan. Hasil karya dipertingkatkan dari segi kualiti dan kuantiti. Panduan mengarang yang
telah diadakan berjaya melahirkan beberapa naskah novel yang baik dan tinggi nilainya seperti
Salina oleh A Samad Said, Lingkaran dan Sandera oleh Arena Wati, Merpati Putih Terbang Lagi
oleh Khadijah Hashim dan Desa Pinggitan oleh Ibrahim Omar. Peraduan ini sekaligus melahirkan
pengarang baharu seperti A Samad Said, Arena Wati, Shahnon Ahmad dan ramai lagi.

Drama juga digolongkan dalam genre prosa moden. Drama merupakan salah satu bentuk
karya sastera yang penulis menyampaikan mesej atau pemikiran melalui lakonan serta dialog.
Menurut Erwan Juhara (2014), drama merupakan jenis karya sastera yang dibangunkan oleh unsur
intrinsik iaitu satu kesatuan yang membentuk karya secara keseluruhan. Antara unsur-unsur yang
mendukung drama itu ialah skrip drama itu sendiri yang menjadi panduan kepada pengarah . Setelah
skrip, pengarah memegang peranan penting untuk menyelaraskan pementasan drama tersebut. Bagi
melakonkan cerita pelakon ataupun watak yang memegang setiap peranan yang ditulis dalam skrip
juga dianggap penting dalam unsur pementasan drama. Selain itu, pentas ataupun panggung bagi
tujuan pementasan juga penting dalam sesuatu pememntasan drama itu.

Dalam melaksanakan pementasan beberapa unsur seperti cahaya, bunyi, pakaian ataupun
disebut kostum, tata rias dan penonton juga unsur-unsur yang penting dalam kesempurnaan bagi
pementasan drama itu.

7

 Puisi Tradisional
Puisi merupakan genre sastera paling awal bagi semua bangsa di dunia. Masyarakat

Eropah menggunakan puisi untuk menghasilkan dua buah epik yang berjudul lliad dan Odyssey.
Masyarakat Hindu juga menggunakan puisi untuk melahirkan Mahabharata dan Ramayana.
Kesusasteraan awal bangsa Arab tertulis di dalam puisi. Puisi-puisi yang terbaik digantung di
Ka’abah pada zaman Jahilliah. orang Melayu berbangga dengan puisi milik mereka yang
dinamakan pantun.

Menurut Harun Mat Piah (1989) antara genre dalam puisi tradisional itu ialah pantun, syair,
gurindam, seloka, talibun, mantera, adat perbilangan, teka-teki, peribahasa, rubai, masnawi dan
sebagainya. Dalam perbincangan ini akan difokuskan kepada empat jenis puisi tradisional iaitu
pantun, gurindam, syair dan seloka.

o Pantun
Pantun ialah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan

masyarakat Melayu. Semenjak orang Melayu belum tahu surat menyurat pun mereka telah
pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun antara mereka (Za’aba, 1978).
Penciptaannya terkandung dalam dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan
rangkap. dua belas rangkap dan pantun berkait. Dalam apa juga bentuk fizikalnya pantun
merupakan pengungkapan yang mengandungi unsur pembayang maksud dan maksud.

Harun Mat Piah (1989), telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek
dalaman dan aspek luaran struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur
estetik dan isi iaitu tema serta persoalan. Unsur estetik pantun dapat dilihat berdasarkan
dua aspek. Pertama, yang berkaitan dengan penggunaan lambang-lambang tertentu yang
terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat Melayu.
Kedua, berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang-pembayang sama
ada secara konkrit atau abstrak. Berdasarkan aspekisi iaitu tema dan persoalan, pantun
biasanya menyentuh hampir keseluruhan kehidupan masyarakat Melayu.

Bentuk pantun berdasarkan bilangan baris dalam rangkap iaitu pantun dua kerat,
empat kerat, enam kerat, lapan kerat, dua belas kerat dan pantun berkait. Pantun yang
agak popular ialah empat kerat dan dua kerat. Ciri-ciri pantun ialah berdasarkann bilangan
baris dalam rangkap. Bagi pantun empat kerat baris satu dan dua ialah pembayang
manakala baris ialah 4 hingga 6 patah perkataan dan bilangan suku kata ialah antara 8
hingga 12. Rima atau bunyi akhir adalah sejajar iaitu bagi pantun dua kerat ‘a’, ‘a’,
manakala bagi pantun empat kerat pula rima akhir berbentuk ‘a’, ‘b’, ‘a’, ‘b’.

Jenis-jenis pantun dibahagikan bergantung pada fungsi dan kandungan pantun itu
sendiri iaitu, untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan,
menyampaikan hasrat seni, menyedapkan cakap, menyampaikan hasrat tersembunyi,
agama, budi, jenaka, percintaan, dan perpisahan.

8

o Gurindam
Gurindam sebagai satu bentuk puisi Melayu tradisional seperti mana yang dikenali

sekarang diperkenalkan oleh Raja Ali haji melalui ‘Gurindam Dua Belas’ yang dikarang pada
tahun 1846. Bentuk gurindam adalah terikat, iaitu terdiri daripada dua baris serangkap yang
mengandungi tiga hingga enam patah perkataan dengan skima rima akhir ‘a’, ‘a’ manakala suku
kata gurindam dalam sebaris ialah antara 8 hingga 12 suku kata. Seuntai gurindam memerlukan
beberapa rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea. Bahasanya bernas dan serius
manakalaisinya mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta.

Berasal dari bahasa Tamil ‘iradam’, ‘kirandam’ yang bermaksud puisi secara terbuka. Bagi
Za’aba gurindam ialah sejenis syair yang melarat yang tetap sukatan atau rangkapnya. Isinya
mengandungi fikiran yang bernas dengan bahasa yang riang dan suka sebagai nyanyian. Sultan
Muhamad Zain menyatakan ianya merupakan sajak yang terjadi dua baris, baris pertama syarat dan
baris kedua akibat.

o Syair
Syair merupakan sejenis puisi berlagu yang dikatakan berasal dari Parsi dan telah dibawa
masuk ke Nusantara bersama-sama kedatangan Islam. Syair telah diubahsuaikan mengikut
kesesuaian bahasa Melayu Klasik ketika itu. Namun begitu. A. Teeuw berpendapat bahawa syair
merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia wujud tetapi namanya telah ditukar.

Menurut Mohd. Yusof Md. Nor (1985), syair dikatakan berasal daripada puisi Arab iaitu
‘sy’ir’ tetapi bentuk syair Melayu amar berbeza dengan bentuk syair dalam kesusasteraan Arab
manakala bagi Harun Mat Piah (1989), mengatakan keseluruhan pengkaji sependapat bahawa
isitilah syair berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud puisi secara umum. Dalam bahasa
Melayu, istilah syair sudah menjadi tradisi Arab atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapi dalam
bentuk dan acuan asli masyarakat Melayu.

Bentuk konvensional syair Melayu mengandungi empat baris serangkap dengan rima
akhir ‘a’, ‘a’, ‘a’, ‘a’ manakala setiap baris mengandungi 4 hingga 5 patah perkataan dan suku kata
pula 8 hingga 12 bagi setiapbaris. Di setiap baris terdapat hentian dan setiap rangkap memerlukan
beberapa rangkap yang berurutan untuk memberi idea yang lengkap. Syair juga ialah suatu
pernyataan yang berlarutan. Contohnya, untuk mengemukakan suatu cerita, kisah, buah fikiran,
nasihat dan puji-pujian. Setiap untai syair mempunyai awalan dan akhiran.

o Seloka
Menurut Harun Mat Piah (1989), istilah ‘seloka’ berasal daripada perkataan Sanskrit

‘shloka’ yang bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka dipercayai mula dikenali di
alam Melayu semasa perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. Dipercayai bahawa teks
Mahabharata (100,000 rangkap) dan Ramayana (24,000 rangkap) merupakan naskah terawal yang
tertulis dalam bentuk seloka.

Sebagai satu bentuk puisi tradisional yang bercorak karangan berangkap atau bahasa
berirama, seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur
jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran. Walaubagaimanapun, isi dan mesejnya sarat

dengan sindiran yang berguna untuk menjadi pengajaran dan teladan oleh pendengar atau
pembaca. Sebahagian besar seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat iaitu empat baris serangkap
seperti pantun seloka namun binaannya lebih mirip kepada bentuk pantun atau syair. Ditemui juga
seloka yang ditulis dalam bentuk bebas iaitu setiap barisnya menjadi isi puisi berkenaan seperti
Seloka Pak Kaduk, Seloka Pandai Pak Pandir dan Seloka Emak Si Randang.

 Puisi Moden
Sajak satu-satunya genre puisi dalam puisi moden. Sajak ialah puisi moden yang lebih bebas

yang terikat pada sesuatu pola khusus walaupun ada ketikanya memberikan ciri matra, rima dan
rentak. Sajak lebih mementingkan keberkesanan pengucapan perasaan melalui pemilihan dan
pemakaian kata-katanya yang saling menumpang dan terjalin menurut erti serta irama. Menurut
Hashim Awang (1984), sajak ialah puisi baharu yang popular lahir sebagai pilihan kepada puisi
tradisional.

Bagi H. B. Jassin (1983), sajak adalah pengucapan perasaan dengan perasaan yang di
dalamnya mengandungi fikiran dan tanggapan. Maksudnya, sajak adalah suara hati atau luahan
perasaan penyairnya. Sajak lahir daripada jiwa dan perasaan tetapi sajak yang baik bukan
mainan kata semata-mata. Sajak yang baik membawa gagasan serta pemikiran yang dapar
menjadi renungan masyarakat. Sajak terbentuk daripada kata-kata yang terbaik dalam susunan
terbaik. Kata-kata terbaik bermaksud wujudnya nilai rasa dan nilai erti yang seimbang serta
bersifat harmonis antara kata dan maksud.

Sebagai puisi moden, sajak tidak terikat pada peraturan seperti pemilihan kata atau diksi,
pembentukan rangkap, baris serta pematuhan skima rima akhir seperti dalam puisi tradisional.
Satu lagi ciri puisi Melayu moden adalah nama penulis sebagi pengakuan hak ke atas sesebuah
karya walaupun menggunakan nama samara atau nama pena. Hal ini berbeza dengan puisi
Melayu tradisional yang bersifat kolektif iaitu milik bersama.

Kesimpulannya,puisi Melayu moden adalah hal karya kreatif yang mempunyai bentuk yang
bebas dan tersendiri mengikut selera penulisnnya ataupun penyair. Sajak tidak terikat pada
norma-norma tertentu seperti yang terdapat dalam puisi tradisional. mengikut Muhammad Hj
Salleh (1991), rentak dan perjalanan baris serta bait (rangkap) puisi Melayu moden lebih
mengikut nafas, fikiran dan cara bertutur tidak disekat dan ditentukan panjangnya oleh peraturan
lama seperti dalam pantun dan syair. Menurut beliau lagi, puisi Melayu moden membawa
suasana serta pandangan terhadap yang lebih moden.

Hashim Awang menjelaskan unsur-unsur dalam kesusasteraan terbahagi kepada empat,
iaitu intelek yang menimbulkan satu fikiran tertentu yang tinggi dan menarik dalam sesebuah karya
sastera, emosi yang membezakan di antara karya sastera dengan karya bukan sastera, imaginasi
yang melihatkan ketajaman daya penglihatan dan pengamatan pengarang terhadap satu benda dan
peristiwa, dan yang terakhir teknik yang merangkumi cara pengarang menyusun peristiwa di dalam
cerita, memilih kata-kata, mengatur rangkap-rangkap dalalm sajaknya, meletakkan adengan-
adengan dalam lakonannya dan lain-lain.

10

Fungsi Kesusasteraan Melayu
2.1 Aspek Hiburan

Keperluan untuk menghiburkan melahirkan karya sastera yang membawa keseronokan
yang indah. Hiburan terhasil dari keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang
yang tesusun, kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca atau pendengar, unsur
kelucuan dan sebagainya. Kepentingan fungsi hiburan menjadikan karya sastera seperti cerita
penglipurlara diterima oleh masyarakat sebagai karya yang diminati dan digilai masyakarakat pada
suatu ketika.

Pantun misalnya merupakan karya sastera yang cukup popular kerana keupanyaannya
membawa keindahan yang menghiburkan. Hal ini dilihat dalam sebuah pantun lama berbunyi
seperti berikut:

Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi

Kualiti menghiburkan dala pantuk tersebut cukup banyak. Rentak dan rima yang bersukat
membentuk irama dalam pantun. Malah pantun pula mempunyai struktur bacaan yang tersendiri
yang menghasilkan keindahan dalam pembacaan. Selain itu, pantun disampaikan pula dalam
pelbagai variasi yang semakin menambahkan fungsi menghiburkan seperti dijadikan lirik dikir barat
di Kelantan, lirik lagu popular, dan pelbagai bentuk lagi. Kemampuan pantun untuk bertahan
sebagai karya sastera yang popular menunjukkan bahawa unsur hiburan ini amat banyak dalam
pantun.

2.2 Aspek Pendidikan

Fungsi lain karya sastera adalah untuk memberi pengajaran, nasihat atau pesanan kepada
masyarakat. Fungsi ini juga menjadikan karya sastera sebagai suatu bahan yang dapat membawa
kesedaran kepada masyarakat, mengubah pemikiran, serta memberi ruang untuk masyarakat
menyerap nilai- nilai moral yang dibawa dalam karya sastera. Cerita Sang Kancil dengan Buaya
misalnya cukup terkenal bukan semata-mata kerana ceritanya menghiburkan tetapi keupayaannya
untuk memasyarakatkan nilai, unsur moral dan pengajaran yang berguna kepada masyarakat.
Tanpa kita sedari kita dibesarkan dalam asuhan moral yang dibawa dari cerita tersebut. Tanpa
sedar kita diserapkan dengan kepentingan nilai tolong-menolong dan kita pula diperingatkan
betapa buruknya sikap tidak mengenang budi.

11

2.3 Aspek Dakwah

Menurut Ali Mahfudh dalam kitab Hidayatul Mursyidin, ‘dakwah’ bermaksud mendorong
manusia untuk berbuat kebajikan dan mencegah mereka daripada membuat perkara mungkar
agar mereka mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. A. Hasymi pula mendefinisikan dakwah
dengan mengajak orang lain untuk meyakini dan mengamakan kaedah dan syariat Islam yang
terlebih dahulu diyakini dan diamalkan oleh juru dakwah itu sendiri.

Dakwah sebagai proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada manusia tertentu sahaja
disampaikan melalui medium atau saranan yang difahamisebagi objek dakwah (Mad’u). Medium
atau saranan dakwah tentulah melalui bahasa. Bahasa sebagai saranan komunikasi dakwah
ternyata efektif atau keberkesanannya.

Islam juga menjunjungi tinggi nilai-nilai kesusasteraan. Ruang dialektika yang terdapat
dalam dunia kesusasteraan, menjadikannya mampu menemukan warna baru dalam rangka
menyampaikan pesan suci Tuhan yang disebut dengan dakwah. Pertemuan antara agama
dengan kesusasteraan pada dasarnya terlihat dalam realiti peradaban Islam sebagai agama
sebagai sistem mengarur hubungan manusia dengan Tuhan dan sosial mengatur hubungan
antara manusia dengan lingkungan sekitar masih tetap berjalan sampai sekarang.

Fungsi bahasa kesusasteraan dalam dakwah dapat menyembunyikan pesan-pesan yang
hendak dikomunikasikan kepada khalayak pembacanya, melalui aneka bentuk dan ragam
estetika, metafora, simbol-simbol, subjek dan objek yang ada dalam kehidupan. Ia juga dapat
menjelmakan eksistensi dirinya sebagai medium yang lebih neutrral untuk menjelajahi medan
makna di balik ruang dan waktu yang tidak terbatas. Oleh sebab itu bahasa dalwah dalam
kesusasteraan dapat menghibur dan menyatu metamorfosa roh manusia dalam jangkauan
trensendensi, spiritualitsa dan religiusitas.

2.4 Aspek Kritikan Sosial
Sastera adalah rakaman kehidupan yang mengali dan menyelongkar kehidupan manusia

daripada pelbagai dimansi dan sudut pandang yang berbeza-beza. Sesuatu yang dipaparkan
dalam sastera adalah sesuatu yang berlaku dan terjadi dalam realiti kehidupan manusia. Hal ini
kerana sastera adalah gambaran kehidupan manusia sebagaimana ditegaskan oleh Usman
Awang, A. Samad Said dan Dharmawijaya. Lantaran itu, karya sastera bukan sahaja
merakamkan sesuatu yang luar biasa tetapi pekara yang biasa tetapi diolah dalam bentuk karya
kreatif yang indah sifatnya.

Berasaskan pertimbangan bahawa karya sastera berfokuskan masyarakat, kehidupan
dan manusia, tentunya hubungan dan pertalian antara ketiga-tiga entiti ini saling berkaitan.
Dalam
konteks masyarakat yang pelbagai susun lapis dan kehidupan yang melatari menjadikan
wujudnya jurang dalam kalangan mereka. Hal ini akan mempengaruhi tindakan dan susila adab
sama ada untuk tujuan menegur, mengkritik mahupun menyampaikan mesej. Dalam masyarakat
terdapat pelbagai watak yang mempunyai peranan tertentu dalam masyarakatnya. Namun dalam
keadaan tertentu mereka tidak dapat melaksanakan tugas sebagaimana diamanahkan.

12

Manifestasi Akal Budi dalam karya

3.1 Pantun

Menurut Ungku Aziz (2011), pantun tidak wujud dalam kekosongan atau vakum. Pantun
merupakan manifestasi terbaik seni sastera orang Melayu. Oleh itu, menerusi pantun dapat dikaji
struktur sosial bangsa Melayu lama, akal budi, sikap, pemikiran, aktiviti kehidupan dan falsafah
hidup yang mereka anuti.

Pantun digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan. Pantun ialah kaedah
rangkapan yang tertua dan memang asal keupayaan masyarakat Melayu. Semenjak orang Melayu
belum tahu surat-menyurat pun mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun
sesama mereka. Penciptaannya terkandung dalam dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap,
lapan rangkap, sepuluh rangkap, dua belas rangkap, dan pantun berkait. Dalam apa juga bentuk
fizikalnya pantun merupakan pengunkapan yang mengandungi pembayang maksud dan maksud.
Contoh pantun:

Puas sudah menanam ubi,
Nanas juga dipandang orang;
Puas sudah menanam budi,
Emas juga dipandang orang.

Aspek pemikiran pantun ini dapat dilihat melalyu aspek tersirat iaitu pemilihan diksi bagi
pembayang yang berkaitan dengan alam iaitu buah nanas dan ubi. Nanas cuba dibandingkan
dengan emas yang akan menyebabkan masyarakat amat tertarik dan ingin memilikinya. Hal ini
berbeza daripada ubi yang dikaitkan dengan sifat orang berbudi dan tidak suka menonjolkan
kehebatan diri sama seperti ubi yang berisi tetapi tetap berada di dalam tanah.

Kesimpulannya, akal budi dalam pantun ini mendidik masyarakat supaya jangan mengejar
sesuatu yang nampak istimewa segi luaran semata-mata seperti harta benda tetapu lebih
mementingkan sifat orang yang berbudi dan merendah diri.

Pantun yang dihasilkan hari ini tidak lagi mengunkapkan manifestasi pemikiran masyarakat
Melayu yang kaya dengan akal budinya. Sedangkan pantun-pantun tradisi sangat mementingkan
penyusunan setiap kalimat sebagai sangat bermakna dan terlahir falsafah masyarakat itu sendiri.
Pantun-pantun yang dicipta hanya mementingkan aspek tersurat yang melihat pada bentuknya
sahaja. Rima akhir begitu dititikberatkan sehingga hilang falsafah pantun yang dijelmakan melalui
pembayang dan maksudnya. Menurut T. Effendy (2005), kekayaan pantun terletak pada
pembayang yang mengangkat alam sebagai manifestasi masyarakar Melayu. Pantun bukan seperti
yang difahami hari ini dengan melihat bentuk fizikalnya semata-mta. Sedangkan pantun itu kaya
dengan falsafah sebagai gambaran dalam kehidupan masyarakat Melayu.

13

3.2 Syair
Syair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan orang Melayu yang

mendapat pengaruh Arab dan Parsi. Menurut Mohd Yusuf Md. Nor (1985) syair dikatakan berasal
daripada puisi Arab iaitu sy’ir tetapi bentuk syair Melayu amat berbeza dengan bentuk syair dalam
kesusasteraan Arab. Dalam bahasa Melayu, istilah syair sudah menjadi satu istilah yang khusus.
Syair Melayu tidak beracuankan syair daripada tradisi Arab atau mana-mana puisi Arab-Parsi
tetapi dalam bentuk dan acuan asli masyarakat Melayu (Harun Mat Piah,1989). Dalam puisi
Melayu tradisional, bentuk syair dipercayai diperkenalkan dan dikembangkan oleh hamzah Fansuri
sekitar abad ke-16 dengan tujuan mengajarkan agama Islam.

Seperti juga pantun, syair ialah karya kreatif lisan genre puisi tradisional. Pada awalnya
digunakan secara meluas di Nusantara untuk menyebarkan ajaran tasawuf (sufi) selain bertujuan
untuk bercerita. Hamzah fansuri ialah seorang penyair yang dipercayai dilahirkan pada akhir abad
ke-16 di Barus atau Panchor, Sumatera Utara. Hasil karya beliau yang paling popular ialah ‘Syair
Perahu’ yang banyak membawa pemikiran agama iaitu lebih kepada ajaran tasawuf. Contoh Syair
Perahu:

Inilah gerangan suatu madah,

Mengarangkan syair terlalu indah,

Membetulkan jalan tempat berpindah,

Di sanalah I’tikaf di perbetul sesudah. (Rangkap 1)

Dalam aspek akal budi, penulis iaitu Hamzah Fansuri mencipta syair bertujuan untuk
membetulkan perjalanan hidup manusia di dunia ini demi kesejahteraan hidup di akhirat. Selain itu,
penyair menganjurkan agar kita sentiasa berfikir demi membetulkan iman. Hanya melalui iman
yang mantap dan jalan tauhid yang betul sahaja menyebabkan kita berjaya di dunia dan di akhirat..

Wahai muda, kenali dirimu,

Ialah perahu tamsil tubuhmu,

Tiadalah berapa lama hidupmu,

Ke ahirat jua kekal diammu. (Rangkap 2)

14

Dalam rangkap kedua ini, penyair meminta kita mengenali diri sendiri. Apabila sudah
mengenal hakikat diri, barulah kita dapat mengenali Allah yang mencipta kita. Selain itu, penyair
mengibaratkan kehidupan manusia sama seperti sebuah perahu. Kita terpaksa melayari kehidupan
dunia yang sementara ini penuh dengan pelbagai ujian seperti perahu yang dipukul gelombang.
Tujuan tamsilan ini mengharapkan kita bersedia menghadapi ujian dunia yang bersifat sementara.
Jika kita berjaya mengharungi ujian ini, kita akan dapat berlabuh dengan selamat di pulau idaman,
iaitu tempat yang kekal selama-lamanya dalam syurga Allah.

Sebuah lagi syair menarik untuk dikaji ialah Syair Bidasari iaitu bergenre syair romantik
yang amat popular dalam masyarakat Melayu abad ke-18 dan ke-19. Tarikh teksnya dikarang
dipercayai seawall 1750 Masihi oleh pengarang asal berdasarkan hikayat di Kembayat Negara
Champa iaitu menurut rangkap pertama syair tersebut. Para sejarahwan percaya bahawa
Kembayat Negara ialah Negara Champa. Manuskrip terawal ditemui setakai ini bertarikh 1814
Masihi. Syair Bidasari ialah karya asli Melayu dan dikatakan berasal dari Palembang berdasarkan
beberapa factor linguistik.

Syair Bidasari ini pernah diangkat dijadikan sebuah filem dengan judul Bidasari yang
diterbitkan di Malaysia pada tahun 1965. Pelakon utamanya adalah Sarimah yang memegang
watak utama sebagai Bidasari. Syair ini berkisar pada Bidasari seorang puteri raja yang sangat
cantik. Dia tidak tahu asal-usulnya, kemudian diambil sebagai anak angkat oleh sepasang pedang
kaya. Ratu negeri yang cemburu akan kecantikkannya kemudian bersekongkol membuang Bidasari
ke hutan, Di sana dia dipertemukan dengan putera raja yang kemudian mengahwininya.

Dengankan tuan suatu Riwayat

Raja di desa Negeri Kembayat

Dikarang fakir dijadikan hikayat

Supaya menjadi tamsil ibarat. (Rangkap 1)

Sifat rendah diri pada penyair yang mengarang syair tersebur sangat terserlah dalam
rangkap pertama di atas.Penyair membahasakan ganti nama dirinya sebagai fakir dalam Wikipedia
Bahasa Melayu perkataan ini berasal dari perkataan Arab iaitu miskin. Namun orang fakir adalah
lebih kekurangan dari orang miskin. Perkataan ini bermaksud individu yang tidak mampu
menampung dari segi keperluan hariannya seperti membeli makanan, pakaian, tempat tinggal,
Pendidikan dan sebagainya yang melibatkan kehendak dan keperluan harian seseorang manusia.
Individu terbabit juga tidak mempunyai pekerjaan yang tetap, Sikap masyarakat Melayu sering
merendadkan diri sebagai suatu adab apabila berhubung dengan orang lain. Akal budi seperti ini
sentiasa mengingatkan individu tidak berasa riak dengan kelebihan yang ada dalam diri.

15

3.3 Seloka

Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit shloka bermaksud berseloroh,
berjenaka atau menyindir. Seloka dipercayai berkembang di alam Melayu semasa kedatangan
agama Hindu di Asia Tenggara. Seloka dipercayai mula dikenali di alam melayu semasa
perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. Dipercayai bahawa teks Mahabharata (100,000
rangkap) dan Ramayana (24,000 rangkap) merupakan naskhah terawal yang tertulis dalam
bentuk seloka (Harun Mat Piah,1989)Sebagai satu bentuk puisi tradisional yang bercorak
karangan berangkap atau bahasa berirama, seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau
perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran.
Sebahagian besar seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat iaitu empat baris serangkap dan
binaannya mirip kepada bentuk pantun atau syair. Bagaimanapun terdapat juga seloka dalam
bentuk bebas dan setiap barisnya mengandungi maksud. Menurut Harun Mat Piah (1989), seloka
merujuk kepada puisi Melayu bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi ranbgkap,
jumlah baris, samada mempunyai irama ataupun tidak.

Secara amnya, seloka terdiri, daripada ungkapan berjajar yang melebihi daripada dua
baris, mempunyai kadensa yang sama seperti talibun dan prosa berirama. Satu ciri penting bagi
seloka adalah seloka itu mempunyai maksud mengejek, menyindir secara serius atau jenaka,
mengkritik tingkah-laku dan sifat negatif. Sungguhpun begitu, isi dan mesejnya sarat dengan
sindiran yang bergiuna untuk menjadi pengajaran dan teladan untuk pendengar dan pembaca.

Antara seloka yang terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seloka Pandai Pak Pandir
yang diambil daripada Cerita Jenaka Rakyat. Cerita Pak Pandir merupakan salah satu bentuk
Sastera Rakyat dan merujuk kepada seorang lelaki yang Bernama Pak Pandir yang mempunyai
sifat lurus bendul. Dia mempunyai seorang isteri yang terpaksa menahan segala perbuatannya
yang bendul. Kisah cerita ini berkaitan dengan segala peristiwa dan kejadian yang menimpa
watak Pak pander dan keluarganya. Cerita Pak Pandir telah dimasukkan ke dalam buku bertajuk
“Cherita Jenaka’ yang turut memuatkan beberapa cerita-cerira takyat popular yang lain seperti
‘Pa’ Kadok’, ‘Pa’Pandir’, ‘Lebai Malang’, ‘Pa’Belalang’, dan ‘Si-Lunchai’ oleh Sir R.O.Winstedt dan
A.J. Sturrock pada tahun 1908. Buku ini diulang cetak sebanyak beberapa kali dengan edisi
ketiga pada tahun 1914 dengan tebal 159 halaman.

Anak dipijak dagang dijinjing

Kucing dibunuh tikus dibela

Harta habis badan tergadai

Mendengar gelagak dagang

Tak sedar bertelanjang

Mendengar guruh dilangit 16

Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh dilangit
Air di tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang

Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung
Pak pandir juga menanggung.
Apa didengar gelagak dagang
Gelagak rambutan jantan:
Orang berbunga, dia berbunga
Orang berbuah, dia haram
Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga berkecundangan.

Seloka Pandai Pak Pandir bertujuan untuk berhibur dan berjenaka tetapi terselit unsur
sindiran. Pak Pandir mewakili sikap sebahagian masyarakat Melayu yang dikatakan
mempunyai sifat-sifat yang negatif. Lalu sifat negatif tersebut dijadikan senda gurau dan
sindiran dalam seloka. Watak Pak Pandir telah dijadikan watak yang mewakili sikap orang
Melayu berkenaan. Dikatakan juga bahawa Pak pander seorang yang sering tidak bernasib
baik.

Akal budi manifestasi masyarakat Melayu yang terdapat dalam seloka ini ialah
menyindir individu yang bersikap mengutamakan orang lain. Sikap negatif ini perlu
ditinggalkan kerana merugikan diri dan keluarga terdekat. Sikap yang sepatutnya ialah
mendahului keluarga terdekat bukannya orang luar yang hanya mementingkan diri sendiri
disebabkan tiada talian darah. Buktinya Pak Pandir bukan sahaja sanggup mengabaikan
anaknya sendiri malahan menyakitinya sebagaimana dalam frasa ‘anak dipijak’. Manakala
pihak yang tiada kaitan dengan keluarganya pula diberi layanan baik sebagaimana dalam
frasa ‘dagang dijinjing’.

Manakala dalam baris ‘hartanya habis tergadai’ menunjukkan gambaran Pak pander
tidak pandai mengurus hartanya. Ada kemungkinan watak tersebut seorang yang boris
berbelanja, banyak hutan dan terpaksa menggadaikan hartanya. Ada kemungkinan yang lebih
besar watak Pak Pandir suka berjjudi atau bertaruh. Pertaruhan seseorang yang berjudi
selalunya melibatkan harta. Jikalau kalah berjudi dengan sendirinya harta akan terjual atau
terpaksa diserahkan kepada pihak yang menang. Sewajarnya kita perlu pandai mentadbir
harta. Jika tidak, harta akan habis tergadai dan menanggung hutang seperti maksud baris,

17

“hartanya habis tergadai.” Kalau dibincangkan baris ‘tak sedar bertelanjang’ merupakan suatu
kritikan halus tentang sikap yang tidak sedar kelemahan diri. Jika Pak Pandir sedar dirinya tidak
berpakaian sudah tentu dia telah bertindak menutup sebahagian badannya yang terdedah. Oleh
kerana beliau tidak sedar maka dia telah mebiarkannya dirinya tidak berpakaian. Gambaran ini
telah menunjukkan bahawa Pak Pandir seolah-olah tidak mengetahui kelemahan yang ada pada
dirinya. Oleh itu beliau tidak mampu memperbaiki kelemahan dirinya sendiri.

3.4 Gurindam
Gurindam sebagai suatu bentuk puisi Melayu tradisional seperti mana dikenali sekarang

diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui “Gurindam Dua Belas” yang dikarang pada tahun 1846.
Bentum gurindam adalah terikat, iaitu terdiri daripada dua baris serangkap mengandungi tiga
hingga enam patah perkataan dengan skima rima akhir, ‘a’,’a’. Seuntai gurindam memerlukan
beberapa rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea. Isinya mengadungi nasihat, pengajaran,
kebenaran serta pernyataan perasaan cinta.

Menurut kamus Dewan (1984), gurindam ialah puisi yang terdiri daripada dua baris dan
berisi dengan berbagai-bagai pengajaran. Manakala, Za’ba (1965) menjelaskan gurindam sebagai
sejenis syair melarat yang tetap sukatannya atau rangkapnya. Isinya mengandung fikiran yang
bernas dengan bahasa yang riang dan dinyanyikan. Gurindam berasal dari bahasa Tamil ‘iradam’,
‘kirandam’ yang dimaksudkan sebagai puisi secara terbuka dan mengutarakan idea yang saling
lengkap melengkapi serta merupakan petua, nasihat atau pengajaran. Gurindam terdiri dua baris
serangkap dan rima akhirnya ialah a,a. Jika disebut kedua baris jadi ayat majmuk; jika dipisah ayat
pertama jadi sebab dan ayat kedua jadi akibat. Contoh akal budi masyarakat Melayu dalam
Gurindam Pasal Pertama:

Gurindam Dua Belas
Ini Gurindam Pasal yang Pertama:
Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang yang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang teperdaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah Ia dunia mudarat.

18

Akal budi pada fasal satu ini pengarang menjelaskan kepada pembaca bahawa apabila
hidup tidak mengenal agama yakni Tuhan, maka hidupnya sia-sia tanpa ada bertujuan. Hal ini
menyebabkan seseorang sentiasa berada dalam kerisauan dan kegelisahan. Manakala,
mengenal yang empat berkait dengan ajaran tasawuf iaitu syari’at, ma’rifat, tarikat dan hakikat.
Apabila seseorang telah mengenal yang empat ini maka kehidupan akan semakin terang tanpa
ada sedikit rasa was-was.

Selain itu, apabila mengenal Allah, seseorang itu perlu melaksanakan perintah Allah dan
menjauhi larangan-Nya kerana Allah menciptakan dunia sebagai tempat mengumpul pahala
supaya dapat ke syurga-Nya. Namun ramai yang terperdaya dengan nikmat dunia. Hakikat,
sebagai hamba kita perlu mengenal tujuan hidup. Hidup di dunia ini hanyalah sesaat sedangkan
tempat kembali yang kekal ialah alam akhirat.

Dalam kehidupan di dunia kita mesti mengetahui hakikat diri kita sebagai hamba. Sesiapa
yang mengetahui dirinya serba kekurangan tentu sahaja seseorang itu memerlukan Allah yang
maha berkuasa dalam menentukan kehidupan di dunia dan seterusnya membawa kejayaan di
akhirat. Selain itu kita perlu mengenal dunia yang bersifat sementara atau fana. Justeru, kita
tidak akan mudah terpengaruh dengan godaan dunia. Oleh itu, hakikat sebenar kehidupan
menjadikan dunia sebagai jambatan kehidupan di akhirat yang kekal buat selama-lamanya.

Perbincangan akal budi masyaralat Melayu juga boleh dilihat dalam konteks falsafah dan
pemikiran dalam puisi tersebut. Falsafah bermaksud cinta kepada ilmu dan kebenaran.
Umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri pemikiran yang tertinggi dan bertujuan untuk
mendapatkan kebenaran. Falsafah menurut Mana Sikana (1996) ialah suatu kesenian berfikir,m
yang waras, bernas dan mendalam. Menurutnya lagi, karya sastera yang dihasilkan yang
membicarakan sesuatu subjek, biasanya akan membicarakan sesuatu itu secara artistic dan
estetik, maka di situlah tersimpannya Mutiara falsafahnya. Tuntasnya, falsafah bermaksud
memikirkan sesuatu dengan sangat mendalam dan membincangkan sesuatu perkara secara
terperinci untuk mendapatkan jawapan yang benar dan sebenar terhadap sesuatu perkara.

Falsafah yang terkandung dalam karya Gurindam Dua Belas membincangkan pelbagai
persoalan kehidupan manusia, samada kehidupan di dunia, mahupun kehidupan di akhirat.
Antara persoalan yang terkandung dalam puisi tersebut termasuklah perkara yang berkaitan
mengenai aqidah dan tasawuf, syariat rukun Islam, kepentingan menjaga akhlak, serta konsep
pemerintahan. Setiap fasal yang ditulis oleh Raja Ali Haji berupaya menyentuh kesedaran dalam
jiwa masyarakat, serta dapat memainkan peranan penting bagi membentuk nilai keperibadian
insan yang mulia berlandaskan syariat Islam. Nilai-nilai Islam yang disusun dan digarap dalam
Gurindam Dua Belas secara tidak langsung mencerminkan diri setiap insan sebagai contoh
insan yang memiliki kualiti serta jati diri yang indah dan sempurna.

19

Sumber Rujukan

Abdul Aziz (Ungku). (2011). Pantun dan kebijaksanaan Akal budi Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Hassan Sham (ed), 1993. Puisi-Puisi Raja Ali Haji. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Ali Ahmad. (1994). Pengantar Pengajian Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Asmah Haji Omar. 2008. Ensiklopedia BAHASA MELAYU. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Definisi kesusasteraan. (2017, June 20). akademik2u. https://lindalin-
kisahhatiku.blogspot.com/2017/06/definisi-kesusasteraan.html

Dr Azman bin Rahmat, Dr Mohd Nazri bin Zainuddin, Shamsudin bin Abu Bakar, Haji Abdul
Rani bin Hassan, Dr Hasnah binti Awang. (2022). Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan
Melayu. Pustaka Al-Ehsan.

Harun Mat Piah et al. (2000). Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (n.d.). Carian Umum. Pusat Rujukan Persuratan Melayu
@PRPM. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kesusasteraan

Kesusasteraan Melayu. (2011, October 6). Dirgahayu BianglalaKu.
https://hardiaziqin.blogspot.com/2011/10/kesusasteraan-melayu.html

Kesusasteraan Melayu. (2016). Laman Web Ezani Yusoff (Ezani's Personal Web Site).
https://bobezani.tripod.com/sastera.htm

20


Click to View FlipBook Version