The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Wan Nur Adilah (TESL 1) Buku Log PBSM MPU3062

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by gotmarkiee93, 2021-07-22 11:54:04

Buku Log Persatuan Bulan Sabit Merah

Wan Nur Adilah (TESL 1) Buku Log PBSM MPU3062

Keywords: PBSM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
PEREMPUAN MELAYU MELAKA

BUKU LOG PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
(PBSM)

NAMA: WAN NUR ‘ADILAH BINTI WAN MOHD YUSOF
UNIT: TESL 1

AMBILAN: PISMP JUN 2020
PENSYARAH: DR. NORSIAH BINTI BAHARI

ISI KANDUNGAN

1.0 Biodata
2.0 Pengenalan
3.0 Sejarah Penubuhan PBSM
4.0 Perlembagaan/Prinsip-prinsip
5.0 Pengurusan
6.0 Aktiviti-aktiviti Unit Beruniform di Sekolah
7.0 Bahan-bahan lampiran/gambar/grafik
8.0 Sumber rujukan

1.0 Biodata

Nama: Wan Nur ‘Adilah Binti Wan Mohd Yusof
Unit: TESL 1
Ambilan: PISMP Jun 2020
Email: nur13-574@epembelajaran.edu.my

2.0 Pengenalan
Buku log ini mengandungi maklumat lengkap berkaitan Persatuan Bulan Sabit

Merah (PBSM) dan penyediaannya adalah bertujuan untuk mencatat perancangan-
perancangan yang dapat dilaksanakan di sekolah nanti. Selain itu, buku log ini
disediakan untuk menerangkan tentang sejarah, struktur, organisasi dan pentadbiran
PBSM.

Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) atau dalam bahasa Inggeris dikenali
sebagai Red Crescent Society ialah sebuah persatuan sukarelawan yang pada mulanya
ditubuhkan untuk membantu dan merawat mangsa-mangsa peperangan dan juga
bencana alam. Selain itu, persatuan ini juga ditubuhkan sebagai satu gerakan
kemanusiaan yang memainkan peranan untuk melindungi dan menyelamatkan nyawa
manusia. Di Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia merupakan sebuah badan
korporat yang ditubuhkan di bawah Seksyen 3 dalam Akta.

2.1 Sejarah Penubuhan
2.1.1. Sejarah Penubuhan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM):

Tahun Peristiwa
1863
● Tercetusnya idea oleh Henry Dunant untuk
Sir Henry Dunant menubuhkan Palang Merah kesan daripada
26-29 Oktober 1863 peperangan yang disaksikan di Solferino.

1876 ● Menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa untuk
Bantuan kepada Orang Cedera

● Bertujuan untuk:
i. Menyediakan khidmat bantuan kepada mangsa
bencana alam.
ii. Meningkatkan tahap kesihatan.
iii. Memberi latihan pertolongan cemas dan rawatan.

● Cadangan penggunaan palang merah di
Persidangan Antarabangsa Geneva bersama 16
buah negara dan empat institusi.

● Penubuhan Persatuan Palang Merah telah
dirasmikan.

● Lambang Palang Merah telah disahkan dan
diseragamkan.

● Jawatankuasa Antarabangsa untuk Bantuan
kepada Orang Cedera menukar nama kepada
International Committee of the Red Cross
(Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah) atau
juga dikenali sebagai ICRC.

● Turki menggunakan lambang Bulan Sabit Merah
ketika perperangannya dengan Rusia. Langkah ini
kemudiannya diikuti oleh kebanyakan negara-
negara Islam.

1919 ● Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang
Merah (IFRC) dan Bulan Sabit Merah (RCS) telah
ditubuhkan setelah Perang Dunia I.

2.1.2 HASIL DARI PERSIDANGAN GENEVA:
I. Persidangan Geneva Pertama (1864)
- Palang Merah diisytiharkan sebagai perlindungan kepada anggota tentera yang
cedera dan sakit di daratan dan juga perlindungan kepada pegawai perubatan.

II. Persidangan Geneva Kedua (1899)
- Bersetuju untuk melindungi anggota tentera yang cedera, sakit atau karam di
lautan.

III. Persidangan Geneva Ketiga (1929)
- Mengisytiharkan untuk memberi perlindungan kepada tawanan perang dan
berhak menerima berita daripada keluarga mereka.

IV. Persidangan Geneva Keempat (1949)
- Melindungi orang awam dan harta benda mereka ketika berlakunya
peperangan.

2.1.3. Sejarah Penubuhan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) :

Tahun Peristiwa
1948
1950-an Tertubuhnya Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
(BSMM) di Sabah dan Sarawak.
1957
1961 ● Palang Merah telah ditubuhkan di Tanah Melayu
4 Julai 1963 sebagai salah satu cawangan British Red Cross
24 Ogos 1963 Society.
1965
1969 ● Persatuan ini berkembang di Pulau Pinang dan
21 Ogos 1975 seterusnya ke negeri-negeri lain di Malaysia.

BSMM diiktiraf oleh kerajaan Malaysia setelah
kemerdekaan.

Rang Undang-undang Palang Merah Persekutuan Tanah
Melayu telah dibaca.

BSMM memperolehi pengiktirafan oleh Persatuan Palang
Merah Antarabangsa.

Persatuan ini diiktirafkan sebagai ahli badan Persatuan
Palang Merah Antarabangsa.

Parlimen meluluskan akta Persatuan Palang Merah
Malaysia.

Panggilan Kecemasan ‘999’ Perkhidmatan Ambulans
kecemasan 24 jam telah dimulakan di Kuala Lumpur.

Nama Palang Merah ditukarkan kepada Bulan Sabit
Merah di atas persetujuan Di Raja.

3.0 PERLEMBAGAAN/PRINSIP-PRINSIP PERGERAKAN

3.1 OBJEKTIF PERLEMBAGAAN:
- Menghulurkan bantuan sukarela kepada orang yang sakit atau cedera tidak kira
dalam masa aman atau masa peperangan.
- Meneruskan usaha untuk mengurangkan penderitaan dan kesakitan yang
dialami.

3.2 PERLEMBAGAAN BSMM
Berikut merupakan peraturan-peraturan (perlembagaan) BSMM:

Peraturan 1: Nama dan alamat
Peraturan 2: Matlamat
Peraturan 3: Objektif
Peraturan 4: Keahlian
Peraturan 5: Guru Penasihat
Peraturan 6: Ahli Jawatankuasa
Peraturan 7: Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa
Peraturan 8: Kewangan
Peraturan 9: Penyertaan
Peraturan 10: Aktiviti
Peraturan 11: Peraturan-peraturan
Peraturan 12: Pindaan Perlembagaan
Peraturan 13: Pembubaran Persatuan
Peraturan 14: Tindakan Disiplin
Peraturan 15: Hal-hal lain

3.3 PRINSIP-PRINSIP ASAS BSMM:
I. Kemanusiaan: BSMM membantu untuk mencegah dan meringankan
kesengsaraan yang dihadapi manusia. Selain itu, ianya berfungsi untuk memupuk
sikap hormat-menghormati, kerjasama dan kedamaian sesama manusia.
II. Kesaksamaan: Bantuan yang diberi oleh BSMM bersifat saksama dengan tidak
mempunyai unsur-unsur membezakan agama, kaum , bangsa, mahupun darjat.

III. Berkecuali: BSMM tidak menyebelahi mana-mana pihak sama ada politik,
perkauman atau agama supaya kepercayaan terhadap persatuan ini dapat
dikekalkan.

IV. Kebebasan: BSMM mempunyai kuasa untuk bertindak secara bebas walaupun
ianya masih tertakluk kepada undang-undang.

V. Khidmat Sukarela: Persatuan ini tidak mempunyai tujuan untuk mencari
keuntungan

VI. Bersatu: Terdapat hanya satu Persatuan Kebangsaan yang mewakili sesebuah
negara. Individu yang hendak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti BSMM haruslah
mendaftarkan diri sebagai ahli.

VII. Kesejagatan: BSMM merupakan satu pergerakan antarabangsa yang meliputi
seluruh negara.

3.4 UNDANG-UNDANG PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
I. Setiap ahli persatuan harus menjaga tingkah laku pada setiap masa terutamanya
ketika menjalankan tugas.
II. Pegawai persatuan perlu peka akan tingkah laku ahli-ahli dengan sentiasa meneliti
dan menentukan bahawa ahli-ahli mematuhi peraturan dan arahan.

III. Setiap pegawai persatuan tidak mempunyai kebenaran untuk menyoal sesuatu
arahan yang dikeluarkan.

IV. Setiap pegawai harus menjaga tingkah laku dan menjalankan tugas dengan
amanah dan tekun.

V. Laporan rasmi perlu dikemukakan kepada pegawai atasan. Kegagalan untuk
mengemukakan laporan rasmi akan memberi kesan dan tanggapan buruk kepada
pegawai itu sendiri.

VI. Sesuatu tugas tidak boleh diketepikan atas kepentingan diri sendiri.
VII. Pemberhentian dari persatuan harus disertakan dengan notis bertulis.

3.5 LAMBANG BSMM:

Lambang Palang Merah telah dicadangkan di Persidangan Geneva Antarabangsa
yang berlangsung pada tahun 1863. Lambang PBSM ini merupakan bendera negara
Switzerland yang warnanya diterbalikkan yang merupakan satu penghargaan kepada
negara Switzerland. Lambang ini diambil oleh bendera negara Switzerland untuk
menunjukkan penghormatan kepada negara tersebut. Dalam buku Jean Henry iaitu
‘Kenangan di Sofferino’, beliau melontarkan cadangan supaya satu lambang harus
digunakan untuk membezakan hospital, kakitangan perubatan, ambulans dan juga
kenderaan-kenderaan kesihatan. Ini adalah untuk mengelakkan daripada diserang. Jadi,
lambang ini digunakan pada ambulans, hospital dan juga pasukan penyelamat. Jika
peperangan berlaku, lambang ini digunakan di kapal, lori, kapalterbang, hospital,
ambulans dan bungkusan perubatan. Oleh itu, lambang ini tidak dibenarkan untuk
digunakan sesuka hati. Di Malaysia, Persatuan kebangsaan menggunakan lambang ini
mengikut Akta No. 162, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975.

3.5.1 UKURAN LAMBANG

3.5.2. Kegunaan Lambang Palang/Bulan Sabit Merah:
I. Sebagai perlindungan
II. Sebagai pengenalan Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah

3.5.3. Perbezaan Antara lambang bendera Swiss dan lambang Palang Merah/Bulan
Sabit Merah:

Bendera Swiss Bendera Red Cross Society

3.6. IKRAR BSMM:

Bahawa kami,
ahli Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar,
taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia,
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong,
dan pemerintah-pemerintah di negeri kami,
berdasarkan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.

Bahawa kami berikrar,
akan sentiasa patuh kepada perlembagaan,
dan undang-undang Bulan Sabit Merah Malaysia,

dan undang-undang yang lain,
dan arahan walaupun di mana jua kami berada.

Bahawa kami berikrar,
akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami,

kepada mereka yang sakit dan menderita,
diwaktu aman dan bencana,

berdasarkan kepada prinsip Bulan Sabit Merah Malaysia,
seperti:

kemanusiaan, kesaksamaan, berkecuali, kebebasan, khidmat
sukarela, ketunggalan, dan kesejagatan.

3.7 LIRIK LAGU BSMM:

Bulan Sabit Merah di Malaysia
Giat berjasa untuk negara
Tidak kira kaum dan agama
Waktu aman atau bahaya

Di mana jua adanya sengsara
Di sana ada kita

Di darat dan laut kira bersedia
Walaupun diancam bahaya

Bulan Sabit Merah gerakan sedunia
Membantu semua yang menderita

Badan sukarela berkhidmat
Dengan tabah dan bersemangat

Lirik oleh: Dato’ Dol Ramli
Lagu: Dato’ Johari Salleh

3.8 COGAN KATA
3.8.1 COGAN KATA JAWATANKUASA ANTARABANGSA PALANG MERAH (ICRC)

“Inter Arma Caritas” yang membawa maksud “In war, charity”

3.8.2 COGAN KATA PERSEKUTUAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH
(IFRC)

“Per Humanitatem ad Pacem” yang bermaksud “With Humanity, towards peace”

3.8.3 COGAN KATA BSMM:

“Cergas pada masa aman dan perang”

3.9 PAKAIAN SERAGAM

Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan salah satu persatuan yang mempunyai
pakaian seragam tersendiri untuk ahli-ahli persatuannya. Pemakaian pakaian seragam
Mula dipraktikkan pada tahun 1948 semenjak ia ditubuhkan. Pakaian seragam ini
berfungsi untuk mempamerkan identiti BSMM dan juga untuk melahirkan semangat
disiplin di kalangan ahli-ahli persatuan. Demi memaperkan identiti BSMM dengan baik,
setiap ahli dikehendaki untuk memakai pakain seragam yang disediakan dengan kemas
tanpa mengambil mudah akan identiti yang dibawa agar tidak menimbulkan sebarang aib
dan menjatuhkan imej dan nama BSMM. Tiap-tiap pemakaian oleh ahli BSMM haruslah
berpandukan buku panduan BSMM yang menyatakan garis-garis panduan pemakaian
dengan terperinci. Pakaian seragam yang disediakan tidak dibenarkan untuk diubahsuai
oleh ahli-ahli persatuan.

3.9.1 SYARAT-SYARAT AM PAKAIAN SERAGAM
I. Pakaian seragam haruslah dipakai dengan kemas dan lengkap dengan peralatan-
peralatannya.
II. Semua peralatan haruslah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan
diluluskan oleh Majlis Kebangsaan.

III. Pakaian seragam hanya dipakai apabila menjalankan tugas sebagai ahli BSMM.
IV. Warna atau fesyen pakaian seragam tidak dibenarkan untuk diubah atau ditokok-

tambah.
V. Ahli persatuan tidak dibenarkan untuk memakai sebarang barang kemas ketika

menjalankan tugas kecuali jam tangan dan cincin perkahwinan sahaja.

VI. Ahli yang telah meletakkan jawatan atau telah diberhentikan tidak dibenarkan
untuk memakai pakaian seragam BSMM.

VII. Ahli BSMM yang mewakili persatuan ke luar negara hendaklah memakai pakaian
seragam yang sesuai mengikut garis panduan yang ditetapkan.

VIII. Serban hanya dibenarkan untuk ahli yang beragama Sikh sahaja.
IX. Ahli wanita yang beragama Islam dibenarkan untuk memilih Pakaian Seragam
Wanita No. 10.

3.9.2 KEGUNAAN SETIAP PAKAIAN SERAGAM

Jenis Pakaian Seragam Kegunaan

Pakaian Seragam No.7 -Unit Kecemasan - Untuk ahli Sukarelawan
Bermotosikal (Lelaki) Perkhidmatan Ambulan Kecemasan
Bermotosikal.

- Haruslah bergantung kepada
arahan.

Pakaian Seragam No. 8 - Belia & Kanak- - Tugas rasmi atau latihan medan.
kanak (Lelaki) - Haruslah bergantung kepada

arahan.

Pakaian Seragam No. 9 - Pegawai/Pasukan - Tugas rasmi atau latihan medan.
Bantuan Sukarela Belia dan Kanak-kanak - Haruslah bergantung kepada
(Lelaki)
arahan.

Pakaian Istiadat No. 1 - Pegawai Wanita - Untuk menghadiri Majlis
Penganugerahan Pingat dan
Bintang Kebesaran

- Jika terlibat dengan perbarisan
kehormatan atau menghadiri
sebagai jemputan rasmi.

- Mengikut arahan

Pakaian Seragam No. 2 - Pegawai Wanita - Jika terlibat dengan perbarisan
kehormatan atau menghadiri
sebagai jemputan rasmi.

- Menghadiri mesyuarat
rasmi/kursus/seminar.

- Mengikut arahan

Pakaian Seragam No. 3 - Pegawai Wanita - Menghadiri mesyuarat
rasmi/kursus/seminar.

- Menjalankan tugas khas dan latihan
medan.

- Mengikut arahan

Pakaian Seragam No. 4A & 4B - Pasukan - Terlibat dengan perbarisan rasmi
Bantuan Sukarela/Belia (Wanita) atau menghadiri sebagai jemputan
rasmi

- Untuk menerima pingat/sijil
penghargaan

- Menjalankan tugas khas atau
latihan medan

- Mengikut arahan yang ditetapkan

4A 4B

Pakaian Seragam No. 5A & 5B - - Terlibat sebagai ahli Kawalan
Belia/Pasukan Bantuan Sukarela Kawalan Kehormatan
Kehormatan (Wanita)
- Haruslah mengikut arahan

5A 5B

Pakaian Seragam No.6 - Anggota Ambulan - Khas untuk kakitangan dan ahli
(Wanita) Sukarelawan Perkhidmatan
Ambulans Kecemasan

- Mengikut arahan

Pakaian Seragam No.7 - Unit Kecemasan - Khas untuk kakitangan dan ahli
Bermotosikal (Wanita) Sukarelawan Perkhidmatan
Ambulan Kecemasan Bermotosikal

- Mengikut arahan

Pakaian Seragam No.8 - Belia & Kanak- - Jika terlibat dengan tugas rasmi
kanak (Wanita) atau latihan medan

- Mengikut arahan

Pakaian Seragam No. 9 - Belia, Pasukan - Jika terlibat dengan tugas rasmi
Bantuan Sukarela dan Kanak-kanak (Wanita) atau latihan medan

- Mengikut arahan

Pakaian Seragam No. 10 - Untuk menghadiri majlis
Penganugerahan Pingat dan
Pakaian Untuk Petugas Bahagian Dapur & Bintang Kebesaran.
Sajian (Lelaki & Wanita)
- Terlibat dengan perbarisan
kehormatan atau menghadirkan diri
sebagai jemputan rasmi.

- Mengikut arahan

- Untuk menjalankan tugas di
bahagian dapur

- Haruslah mengikut arahan

Pakaian ‘Wet Suit’ Anggota Penyelamat - Untuk menjalankan tugas ketika
Dalam Air (Lelaki & Wanita) bencana air.

- Menjalankan operasi menyelamat di
air

- Menjalani latihan Medan
- Mengikut arahan

Pakaian Seragam Petugas Pengendali Bot - Menjalankan tugas ketika berlaku
Penyelamat (Lelaki & Wanita) bencana di air

- Mengikut arahan

Baju Hujan (Lelaki & Wanita) - Disediakan untuk semua ahli
persatuan ketika hujan dan dalam
tugas rasmi

Topi ‘Baseball’ (Lelaki & Wanita) - Dipakai bersama ‘vest’ BSMM
- Mengikut arahan

Pakaian ‘Vest’ Untuk Anggota Ambulans - Ketika bertugas pada syif petang
(Lelaki & Wanita) dan malam selepas 7.00 petang

- Jika bertugas di kawasan bencana
- Dipakai apabila cuaca gelap
- Untuk tujuan keselamatan dan

pengenalan organisasi
- Mengikut arahan

3.9.3 PAKAIAN KETIKA BERTUGAS
i. Ahli yang bertugas tidak dibenarkan untuk memakai pakaian selain pakaian
seragam sehingga syif tamat.

ii. Bagi ahli yang diarahkan untuk bersedia (stand-by) atau ahli yang dikehendaki
untuk membuat latihan dengan agensi lain hendaklah memakai baju kemeja ‘T’
BSMM dan juga seluar dan kasut yang disediakan oleh BSMM.

3.10 STRUKTUR ORGANISASI

3.10.1 STRUKTUR ORGANISASI PERINGKAT ANTARABANGSA:
Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri daripada 3 badan yang
berlainan iaitu:

- Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM)

- Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
(IFRC)

- Persatuan-persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah

I. Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM):
● JAPM yang juga dikenali sebagai International Committee of The Red Cross (ICRC) telah

ditubuhkan pada tahun 1863.
● Merupakan badan yang prihatin terhadap pembangunan Undang-undang Kemanusiaan

Antarabangsa
● Tugas utama JAPM adalah untuk membantu orang yang cedera.
● Setiap keputusan yang dibuat oleh JAPM adalah mempertimbangkan kemanusiaan.

II. Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
(IFRC)
● Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah juga dikenali
sebagai International Federation of Red Cross (IFRC).
● Dahulunya IFRC dikenali sebagai Liga Persatuan Antarabangsa Palang Merah atau Bulan
Sabit Merah.
● IFRC merupakan persatuan yang bebas daripada pengaruh kerajaan.
● Tujuan IFRC adalah untuk memberi semangat dan galakan kepada aktiviti-aktiviti yang
berbentuk kemanusiaan. Ini adalah untuk mencegah dan juga meringankan penderitaan
yang dihadapi manusia.

III. Persatuan-persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah (PBSMK)
● PBSMK memberi khidmat bantuan kepada pihak berkuasa awam dan persatuan-

persatuan kebangsaan menjalankan tugas mereka.
● PBSMK menyediakan bantuan kepada mangsa yang terlibat dalam bencana alam,

mencegah penyakit dan meningkatkan tahap kesihatan manusia.
● PBSMK melantik anggota-anggota pertolongan cemas dalam persatuannya.
● PBSMK jugak menjaga tentera yang sakit semasa peperangan.

3.10.2 STRUKTUR ORGANISASI CAWANGAN BSMM:

3.10.3. STRUKTUR ORGANISASI BSMM PERINGKAT SEKOLAH RENDAH:

3.10.4. STRUKTUR ORGANISASI BSMM PERINGKAT IPT/IPG:

4.0 PENGURUSAN

4.1 KEAHLIAN PERSATUAN:

I. Keahlian persatuan terbuka kepada semua individu tanpa prejudis berdasarkan
agama, bangsa, kaum, jantina, kelas dan pendapat politik.

II. Seorang Ahli Kehormat Sepanjang Hayat (Honorary Life Member) yang

mempunyai tugas untuk menjalankan kerja kemanusiaan dengan cemerlang agar

menjadi contoh teladan kepada masyarakat.

III. Seorang Ahli Hayat perlulah dilantik di kalangan individu yang berusia 18 tahun
dan ke atas.

IV. Seorang Ahli Biasa yang diterima sebagai anggota perlulah berusia 18 tahun dan
ke atas.

V. Ahli Belia perlulah sama ada:
a) berusia tidak lebih dari 12 tahun
b) berusia tidak lebih dari 18 tahun

Jenis-jenis Keahlian BSMM Yuran/Syarat
Ahli biasa
Ahli seumur hidup - Yuran tahunan sebanyak sekurang-
Ahli kehormat seumur hidup kurangnya RM2.00.

Ahli belia - Bayaran hendaklah dibuat kepada
setiausaha Cawangan atau Cabang.

- Yuran tidak kurang daripada RM1,000.00.
- Permohonan untuk menjadi ahli seumur

hidup haruslah diatas budi bicara
Cawangan.

- Merupakan sebuah anugerah kepada
setiap individu yang menyumbang.

- Dilantik di kalangan orang-orang
kenamaan.

- Tidak melebihi empat orang ahli kehormat
seumur hidup dalam setahun.

- Individu yang berumur tidak melebihi 12
tahun dan mendaftar di Bulan Sabit
Kanak-Kanak.

- Individu yang tidak melebihi 18 tahun dan
mendaftar di Bulan Sabit Muda.

- Individu yang berumur tidak melebihi 25

tahun dan mendaftar di Pasukan Bantuan
Sukarela.

4.2. PENDAFTARAN AHLI:
1. Keahlian dibuka kepada semua individu tanpa mengira bangsa, agama, kaum, jantina

atau politik.
2. Individu yang hendak mendaftar sebagai ahli BSMM haruslah mendapatkan borang

pendaftaran ahli.
3. Daftar menggunakan borang tersebut.
4. Lengkapkan bayaran yuran pendaftaran.
5. Borang pendaftaran akan dihantar kepada setiausaha BSMM.
6. Permohonan pendaftaran bakal dipertimbangkan oleh setiausaha BSMM setiap

cawangan.
7. Pendaftaran ahli akan disimpan di dalam pangkalan data di Ibu Pejabat Kebangsaan.
8. Setiap Cawangan dan Cabang akan menyimpan rekod keahlian semua ahli.

4.2.1. PENYELARASAN PENDAFTARAN KEAHLIAN:
1. Ahli akan diberi kad keahlian yang mempunyai nombor bersiri. Kad keahlian ini

diperoleh dari Cawangan.
2. Setiap kad yang lama haruslah digantikan dengan kad keahlian yang baru melalui

Cawangan.

4.2.2. PENDAFTARAN BAGI KANAK-KANAK:
1. Setiap sekolah dibenarkan untuk menubuhkan hanya satu pasukan BSMM.
2. Setiap pasukan haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 15 orang ahli.
3. Borang pendaftaran dari pihak sekolah haruslah dikemukakan kepada setiausaha

Cabang untuk disemak kemudian borang tersebut akan dikemukakan kepada
setiausaha Cawangan untuk tindakan selanjutnya.
4. Jika borang pendaftaran memenuhi syarat, permohonan tersebut akan diluluskan oleh
Ibu Pejabat Kebangsaan.
5. Pihak sekolah akan menerima sijil pendaftaran pasukan.

4.2.3. PENDAFTARAN PASUKAN BELIA TERBUKA:
1. Hanya ditubuhkan di kawasan yang mendapat kelulusan dari Cabang sahaja.
2. Minimum bilangan ahli pasukan adalah seramai 15 orang ahli.
3. Borang pendaftaran perlu dihantar ke Cabang terlebih dahulu untuk disemak.

4.2.4. PENDAFTARAN PASUKAN BANTUAN SUKARELA:
1. Mempunyai kelulusan untuk ditubuhkan di kawasan yang disyorkan oleh Cabang.
2. Setiap pasukan haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 15 orang ahli.
3. Langkah pendaftaran adalah sama seperti langkah pendaftaran bagi pasukan kanak-

kanak dan beli terbuka.

4.3. PENAMATAN KEAHLIAN BSMM:
1. Ahli BSMM boleh memberhentikan keahliannya dengan memberi notis terlebih dahulu

kepada Persatuan.
2. Ahli berkemungkinan untuk digantung atau dihentikan keahliannya oleh Persatuan.
3. Ahli yang dihentikan keahliannya tidak layak untuk menuntut sebarang kewangan dari

Persatuan

4.4. MESYUARAT:
1. Setiap mesyuarat yang hendak dikendalikan haruslah mengemukakan notis
mesyuarat terlebih dahulu, memastikan korum cukup dan mempunyai pengerusi
mesyuarat untuk mesyuarat tersebut.
2. Setiap keputusan yang dibuat ketika mesyuarat akan dikira sah sekiranya mesyuarat
tersebut dapat dikendalikan dengan sempurna dan mendapat undian yang sempurna
bagi resolusi yang dibentangkan.
3. Mesyuarat akan dianggap tidak sah jika pengerusi mesyuarat gagal untuk
mengemukakan tujuan mesyuarat dengan sempurna atau jika pengerusi mesyuarat
tidak memberi kebenaran kepada ahli-ahli mesyuarat untuk meminda sesuatu
perubahan.

4.4.1 TUGAS SETIAUSAHA UNTUK MEMASTIKAN MESYUARAT DIJALANKAN
DENGAN SEMPURNA

1. Menyediakan buku catatan untuk mencatat minit mesyuarat.
2. Menyediakan senarai ahli-ahli.

3. Menyediakan pembantu ketika mesyuarat dijalankan.
4. Menyediakan senarai ahli-ahli termasuk nama penuh, tandatangan ahli dan

samada ahli dibenarkan untuk terlibat dalam mesyuarat yang bakal dijalankan.
5. Menyediakan senarai kedatangan untuk bukan ahli yang bakal menyertai

mesyuarat tersebut.
6. Menguruskan ahli supaya memberi cadangan dan sokongan ketika mesyuarat.
7. Menyediakan kad atau senarai undian jika perlu.
8. Menyemak persiapan untuk sidang akhbar yang bakal dilangsungkan.
9. Menyediakan agenda mesyuarat dengan lengkap.
10. Menguruskan salinan yang lebih dicetak sebagai laporan, akaun atau

perlembagaan.

4.4.2 JENIS MESYUARAT
1. Mesyuarat yang dijalankan oleh BSMM adalah mengikut kandungan
dalam Perlembagaan Persatuan.
2. Perlembagaan perlulah sentiasa diteliti oleh ahli Majlis Kebangsaan,
Jawatan Eksekutif Kebangsaan dan Jawatankuasa Cawangan atau
Cabang untuk memastikan jawatankuasa yang diwakili masing-masing.

5.0 AKTIVITI-AKTIVITI UNIT BERUNIFORM

5.1 AKTIVITI-AKTIVITI UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH
5.1.1 Pertandingan Kawad Kaki

5.1.2 Aktiviti Perkemahan
5.1.3 Pertandingan Pertolongan Cemas

5.1.4 Pertandingan Membina Gajet
5.1.5 Aktiviti Ikatan dan Simpulan

5.2 AKTIVITI-AKTIVITI UNIT BERUNIFORM DI IPG
5.2.1 MINGGU 1

Topik yang dibincangkan:
- Pengenalan kepada PBSM
- Perlembagaan pertubuhan
- Sejarah PBSM
- Struktur dan Organisasi Pertubuhan
- Lambang pertubuhan

5.2.2 MINGGU 2

Topik yang dibincangkan: Kemahiran perkhemahan

5.2.3 MINGGU 3

Topik yang dibincangkan:
- Kemahiran perkhemahan
- Amali kawad kaki, ikatan dan simpulan

5.2.4 MINGGU 4

Topik yang dibincangkan:
- Orientasi kurikulum sekolah rendah
- Perancangan program

6.0 Bahan-bahan lampiran/gambar/grafik
6.1 SURAT PERMOHONAN PENUBUHAN PBSM DI SEKOLAH

6.2 PENDAFTARAN PASUKAN KANAK-KANAK/PASUKAN BELIA/BELIA TERBUKA

6.3 PENDAFTARAN TAHUNAN

7.0 Sumber rujukan
Amir Hamzah (2014). Bulan Sabit Merah Malaysia. Kuala Lumpur, Penerbitan Multimedia Sdn.

Bhd.

Malaysia Red Crescent (2019). Malaysian Red Crescent Handbook.
https://www.redcrescent.org.my/handbook/

Persatuan Bulan Sabit Merah (2007). Buku Panduan PBSM…
https://gurubesar.my/wp-content/uploads/2019/01/Bulan-sabit-merah-terbaik.pdf

Sufian, A. (2013). Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Selangor, i-Didik Sdn. Bhd.
https://www.academia.edu/22529519/PERSATUAN_BULAN_SABIT_MERAH_SK


Click to View FlipBook Version