The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cutie_shilalatha, 2023-07-21 23:19:22

SEM 3 PP SKOP KEUSAHAWANAN

SEM 3 PP SKOP KEUSAHAWANAN

1 10.1 SKOP KEUSAHAWANAN Usahawan dan keusahawan a)Mentakrifkan usahawan dan keusahawanan 1. Takrif usahawan - Manusia yang mengenal pasti dan merebut peluang, berani mengambil risiko seterusnya mengambil inisiatif bagi memulakan perniagaan atau usaha teroka baharu, dengan mengurus sumber-sumber (faktor pengeluaran) dan menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut bagi mendapatkan keuntungan. - Orang yang mampu melihat dan menilai peluang perniagaan, menggabungkan keperluan sumber-sumber untuk mengambil peluang serta tindakan bersesuaian demi memastikan kejayaan. 2.Takrif keusahawanan - Satu proses merebut peluang perniagaan di dalam situasi yang berisiko. - Melibatkan perubahan, revolusi, perpindahan dan pengenalan pendekatan baharu. - Melibatkan keupayaan mengenal pasti dan merebut peluang perniagaan di dalam situasi yang berisiko serta kebolehan untuk mencipta sesuatu yang baharu, membuat pembaharuan yang dapat meningkatkan daya pengeluaran dan membawa kejayaan kepada perniagaan. 10.0. KEUSAHAWANAN


2 Usahawan, Peniaga, Pengurus b)Membezakan antara usahawan, peniaga dan pengurus Dimensi Usahawan Peniaga Pengurus Definisi Manusia yang mengenalpasti dan merebut peluang, berani mengambil risiko seterusnya mengambil inisiatif bagi memulakan perniagaan atau usaha teroka baharu, dengan mengurus sumber-sumber (faktor pengeluaran) dan menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut bagi mendapatkan keuntungan. Menjalankan aktiviti perniagaan untuk mendapa keuntungan bagi saran diri sendiri dan keluarga. Seorang yang bekerja dan menguruskan sumber-sumber organisasi bagi pihak lain sama ada untuk organisasi awam atau swasta. Individu yang dilantik oleh syarikat untuk menjalankan fungsi pengurusan dalam syarikat tersebut. Objektif Memenuhi impian dan pencapaian diri melalui kebebasan mencari peluang perniagaan atau mencipta produk yang dapat memanfaatkan masyarakat di samping mendaptkan keuntungan. Hanya menjalankan aktiviti jual beli barangan untuk mendapatkan keuntungan sahaja. Menurut arahan pihak atasan bagi mengembangkan organisasi dan menginginkan kenaikan pangkat , ganjaran dan kuasa. Pengambilan risiko Mengambil risiko sederhana dan terhitung Mengambil risiko yang rendah Berhati-hati dengan risiko kerana takut dipersalahkan dan dipecat. Pengurusan dan kepimpinan Kaedah pengurusan yang cekap, sistematik dan terkini serta mempunyai gaya kepimpinan yang tinggi. Kaedah pengurusan yang statik dan mempunyai tahap kepimpinan yang rendah.


3 Menggembleng sumber Berupaya menggemblengkan sumber secara kreatif dan inovatif bagi perkembangan perniagaan Menggemblengkan sumber untuk penerusan perniagaan. Berupaya menggemblengkan sumber secara berkhemah berdasarkan perbelanjaan yang telah ditetapkan oleh syarikat. Orientasi terhadap peluang Sentiasa mencari, melihat dan merebut peluang yang ada untuk mengembangkan perniagaannya. Sukar mengemblengkan perniagaan kerana tidak berupaya untuk mengenalpasti peluang perniagaan. Sentiasa mencari, melihat dan merebut peluang yang ada untuk mengembangkan kerjaya seperti kenaikan pangkat. Orientasi terhadap masa Mempunyai orientasi jangka masa terhadap matlamat yang agak panjang iaitu antara 5 hingga 10 tahun untuk mengembangkan perniagaaan Respon terhadap rancangan jangka pendek yang bermatlamat untuk memenuhi kuota dan bajet berdasarkan mingguan dan bulanan Respon terhadap rancangan jangka pendek yang bermatlamat untuk memenuhi rancangan syarikat yang telah ditetapkan oleh pihak atasan Kecenderungan bertindak Penglibatan sepenuhnya terhadap aktiviti dan operasi perniagaan yang dijalankan Lebih bertindak keatas usaha pengambilan untung sahaja Lebih kepada penyeliaan dan delegasi kerja. Kemahiran dan kelulusan Mempunyai kelebihan dari segi pengurusan dn kemahiran perniagaan khususnya kemahiran teknikal. Tidak memerlukan kelulusan akademik. Mempunyai kelulusan akdemik yang profesional terutama dalam bidang pengurusan Nilai kendiri Mempunyai ciri-ciri keusahawanan. Ciri-ciri pada diri adalah berdasarkan matlamat organisasi. Fokus utama Fokus utama terhadap perancangan yang dibuat sendiri dan memberi tumpuan terhadap permintaan pasaran (masyarakat dan perubahan Fokus utama terhadap perancangan yang ditetapkan oleh pihak atasan. Fokus utama terhadap pengembangan organisasi dan keinginan kenaikan pangkat


4 teknologi) Skala perniagaan Pernaiagaan dibentuk pada peringkat awalnya hanya berskala kecil tetapi sentiasa mencari peluang untuk mengembangan prniagaan kepada skala yang lebih besar Perniagaan yang dibentuk pada peringkat awalnya berskala kecil dan kurang keupayaan untuk mengembangkan perniagaan Tidak berhasrat untuk mengembangkan perniagaan hanya menjalankan tugas mengikut skop jawatan dan huraian kerja sahaja Sumbangan Menjalankan tanggungjawab sosial dengan memberikan sumbangan kepada masyarakat Tanggungjawab sosial bukan orientasi utama perniagaan (bukan keutamaan) Hanya bertanggungjawab menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pihak organisasi Kesilapan dan kegagalan Sanggup berhadapan dengan kesilapan dan kegagalan Tidak sanggup menghadapi kesilapan dan kegagalan Cuba mengelakkan kesilapan dan kegagalan


5 Peranan Usahawan c)Menjelaskan peranan usahawan dalam masyarakat usahawan secara mikro dan makro Sudut Mikro • Menyumbangkan idea dan pembaharuan • Merancang dan melaksanakan perancangan strategik • Menggembleng faktor-faktor pengeluaran • Mengurus, mengeluar dan mengedar barangan ke pasaran • Menangani kekaburan dan ketidakpastian atau sebarang risiko kegagalan • Melihat sesuatu masalah wujud sebagai peluang perniagaan yang bernas Sudut Makro • Mewujudkan peluang pekerjaan • Meningkat taraf hidup rakyat • Membangunkan industri sokongan • Mempelbagaikan barangan di pasaran • Menggunakan sumber tempatan dengan cekap • Menjadi ‘role model’ dalam masyarakat • Menjalankan tanggungjawab sosial • Mempelbagai pilihan produk • Penggerak kepada ekonomi sihat


6 10.2 TEORI KEUSAHAWANAN Teori kesahawanan a) Menerangkan teori-teori keusahawanan mengikut pendekatan ekonomi, pendekatan psikologi dan pendekatan sosiologi 1.Pendekatan Ekonomi • Bagi seorang usahawan kosnya (nilai atau perolehan) ialah keuntungan. • Keuntungan adalah harga yang dibayar kerana risiko yang diambil oleh seseorang usahawan. • Menekankan kekayaan dan keuntungan adalah sebab utama seseorang menjadi usahawan • Usahawan cuba mencari peluang untuk mendapatkan keuntungan • Menjadikan inovasi sebagai teras keusahawanan • Peranan usahawan : orang tengah, pencetus inovasi, menggabungkan faktor-faktor pengeluaran 2.Pendekatan Psikologi • Sifat keusahawanan dikaiitkan dengan gelagat diri yang lebih cenderung kepada fokus dalaman (kejayaan dicapai adalah hasil kekuatan dan keupayaan diri bukannya kerana faktor nasib). • Ini termasuklah sifat-sifat peribadi seperti tekun, usaha, inovatif, kreatif dan semangat yang berterusan. 3.Pendekatan Sosiologi • Usahawan bagi pengkaji sosial ialah seorang oportunis yang pandai mengambil peluang dan kesempatan daripada persekitaran. • Seorang usahawan adalah orang yang pandai bergaul, mempengaruhi masyarakat untuk meyakinkan mereka bahawa apa yang usahawan itu bawa adalah mempunyai kepentingan ramai.


7 Pelopor teori b)Mengaitkan teori tersebut dengan pelopornya Pelopor Teori Sosiologi Intipati Teori Max Weber(1958) Elemen agama sebagai asas kejayaan usahawan yang ketika itu merujuk kejayaan golongan protestant di dalam ekonomi adalah disebabkan olehetika agama protestant Everett Hagen(1962) • Usahawan wujud di kalangan kumpulan yang tidak berpuasa hati dalam masyarakat. • Rasa tidak puas hati timbul kerana layanan atau tekanan yang mereka terima dan mendorong mereka untuk berusaha mengatasi kepincangan ini. Gibb dan Ritchie(1962) • Peranan sosialisasi dalam memberi anjakan ke arah melahirkan usahawanusahawan baharu. • Terdapat interaksi atau tindak balas di antara individu-individu yang belum berniaga dengan suasana di alam perniagaan. Shapero & Sokol(1982) Shapero & Sokol mengaikan keadaan sosial dan dua faktor yang mempengaruhi seseorang meembuat keputusan untuk menjadi usahawan, iaitu faktor dorongan keusahawanan dan faktor situasi. Thomas Cochrau (model pesonaliti masyarakat) Mengaitkan kejayaan usahawan dipengaruhi oleh amalan sejak mereka pada zaman kanak-kanak dan budaya individu sejak zaman persekolahan sehinggalah mereka menceburkan diri dalam bidang keusahawanan Pelopor Teori Ekonomi Intipati Teori Richard Cantillon (1725) Usahawan sebagai individu yang untuk memikul risiko dan amat berbeza daripada yang hanya menawar modal dengan mengharapkan pulangan tetap. Adam Smith (1776) Usahawansebagai individu yang membentuk organisasi untuk tujuan komersial. Jean Babtiste Say(1830) Usahawan ialah pengusaha (organizer) bagi sesebuah firma perniagaan dan usahawan memainkan peeranan yang sangat penting dalam proses pengeluaran dan pengedaran. John Struat Mill (1848) Usahawan dianggap sebagai faktor pengeluaran yang keepat dalam teori ekonomi. Francis Walker Usahawan mengumpulkan modal dan mengaut keuntungan sebanyak mungkin Carl Menger (1871) Usahawan dianggap sebagaiagen ekonomi yang mengubah sumber menjadi barangan dan perkhidmatan yang berguna


8 dan membawa kepada perkembangan perusahaan Joseph A. Schumpeter(1934) • Inovasi sebagai intipati keusahawanan • Usahawan sebagai seorang pergubahsuai atau ‘innovator’ tidak akan membiarkan system ekonomi berada di dalam suasana yang beku. • Usahawan juga memajukan teknologi yang belum pernah dicuba. Carl Menger (1871) Usahawan dianggap sebagaiagen ekonomi yang mengubah sumber menjadi barangan dan perkhidmatan yang berguna dan membawa kepada perkembangan perusahaan Alfren Marshall(1946) Usahawan berkembangan melalui proses evolusi iaitu hayat sesebuah perniagaan dari peringkat awal hinggah terus luput dari pasaran. Isreal Kirzner (1973) Usahawan berperanan sebagai orang tengah atau arbitrageur iaitu segala peluang yang dilihatnya akan diambil kesempatan sepenuhnya Pelopor Teori Psikologi Intipati Teori Davin Mcclelland(1961) Teori Kehendak Pada Pencapaian (merupakan cadang daripada model baka) • Individu-individu yang mempunyai kehendak pencapaian yang tinggi merupakan golongan yang lebih ssuka mengambil tanggungjawab kee arah meencapai sesuatu matlamat dengan usaha sendiri. • Usahawan juga melakukan pengambil risiko sederhana bertepatan dengan kemahiran yang ada padanya. De Vries Dalam ‘Dollinger’(1995) Model Psikodinamik Usahawan merupakan induvidu yang semasa kecilnya tidak berpeluang untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan tertentu menyebabkan merakan memberontak dengan mencari satu alternative baru bagi mengubah kehidupan mereka supaya lebih terjamin. McCleland, Lynn & Schrage (model baka) Seseorang bergelar usahawan akan sentiasa cenderung berpotensi besar untuk memiliki ciri-ciri yang lahir daripada identiti dirinya


9 10.3 CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA Sifat peribadi usahawan Berjaya a) Menerangkan sifat-sifat peribadi usahawan Berjaya Sifat Peribadi Huraian Inisiatif yang tinggi Mempunyai semangat atau tabiat untuk melaksanakan tanggunngjawab tanpa diarah atau dipaksa Dinamis dalam membuat sebarang keputusan dengan mengambil kira semua faktor dalaman dan luaran organisasi serta pihak yang berkepentingan dengannya. Contohnya, usahawan berusaha meneroka perniagaan minuman diet harian yang berasaskan ekstrak daripada serat sawit tempatan Kreatif Mempunyai banyak idea, panjang akal dan berupaya menghasilkan produk baharu dan canggih serta unik. Mempunyai daya kreativiti yang tinggi untuk menghasikan sesuatu prduk atau perkhidmatan yang baharu Contohnya, menjalankan pernaiagaan baharu menggunakan kaedah “dropship” dengan bermodalkan telefon pintar dan internet untuk menjalankan perniagaan. Berani mengambil risiko Membuat penilaian dan pertimbangan terhadap risiko, ini kerana risiko yang terhitung akan menjamin pulangan yang selamat Usahawan perlu berani mengambil tindakan yang tidak pasti hasilnya Contohnya, usahawan mendapatkan pinjaman bank bagi penerokaan baharu melalui perniagaan minuman diet harian yang berasaskan ekstrak daripada serat sawit tempatan Inovatif Sentiasa ingin membuat pembaharuan Contohnya, usahawan menjalankan perniagaan pisang goeng keju, pisang goreng oreo dan sebagainya dengan membuat pembaharuan daripada produk sedia ada iaitu pisang goreng Dorongan ke arah kejayaan Mempunyai semangat dan keupayaan untuk maju. fokus ke arah kejayaan Kepercayaan seseorang individu terrhadap kebolehan dirinya tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Lokus kawalan dalaman Mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi adalah orang yang yakin keputusan yang dibuatnya itu merupakan keputusan yang terbaik untuk kepentingan semua pihak. Menggunakan prinsip kawalan dalaman yang tinggi, mampu mengatasi sebarang pengaruh luar dalam meneroka.


10 Dapat melihat dan mengambil peluang Dapat meramal dan menganalisis peluang yang boleh membawa keuntungan. Usahawan mampu mengenal pasti ruang penambahbaikan daripada kekurangan produk sedia ada Sentiasa memikirkan pencapaian matlamat Optimistik Sentiasa berfikiran positif terhadap tindakan yang akan diambil. Berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh terhadap keupayaan diri sendiri Berorientasikan matlamat dan wawasan Merancang dan menetapkan segala maklumat. Seorang usahawan perlu berpandangan jauh dan sentiasa maju ke hadapan, mempunyai matlamat masa hadapan yang jelas dan ingin mencapainya Kebolehan membuat keputusan Dinamis dalam membuat sebarang keputusan dengan mengambilkira semua faktor dalaman dan luaran organisasi serta pihak yang berkepentingan dengannya. Sanggup berkorban Menunjukkan komitmen dan keazaman yang tinggi untuk memajukan perniagaan Berkorban dri aspek masa, tenaga, wang dan sebagainya Sifat kepimpinan Sifat kepimpinan harus selari dengan matlamat dan visi perniagaan Antara contoh sifat kepimpinan seperti kepimpinan karismatik, berwawasan, transactional dan transformational Rajin dan sanggup bekerja kuat Usahwan perlu bersedia untuk bekerja keras dan mengorbankan masa serta tenaga untuk memajukan perniagaannya Mereka juga harus rajin dan berani mengatasi pelbagai masalah, cabaran serta persaingan yang wujud dalam perniagaan Bertanggungjawab Usahawan mempunyai sikap bertanggungjawab dan amanah terhadap keputusan yang dibuat Bersedia bertanggungjawab ke atas setiap keputusan yang dibuat apabila berlaku kegagalan


11 Tokoh-tokoh usahawan semasa c) Mengaitkan sifat-sifat usahawan dengan tokoh-tokoh usahawan semasa Sifat Peribadi Tokoh-tokoh Usahawan Semasa Inisiatif yang tinggi Tan Sri Dato’ Sri (Dr) The Hong Piow. Walaupun hidup miskin ketika zaman kanak-kanak, beliau akhirnya Berjaya membuka bank sendiri yang kini diiktiraf sebagai antara bank dan syarikat terbaik di rantau Asia iaitu public bank. Berani mengambil risiko Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari. • Membeli Johor Port melalui tender pada RM330 juta • Melalui Johor Port Sdn.Bhd. beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas. • Beliau Berjaya mempopularkan pelabuhan tersebut sehingga dapat meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas. Kreatif Michael Dell Usahawan pertama mmemperkenalkan pembelian komputer secara talian terus dengan menggunakan talian internet kepada pengguna. Inovatif Muhammad Yunus • Seorang usahawan dan ahli perniagaan sosial di Bangladesh telah mewujud dan melaksanakan sebuah perkongsianladang yang dinamakan NewEraThreeShareFarm yang mendorong petani mendapatkan keuntungan melalui kerjasama dengan penduduk kampung dan pinjaman dari Bank Negara Bangladesh. • Berteraskan pendapat bahawa pinjaman untuk bekerja sendiri adalah hak kemanusian yang asas, beliau menubuhkan Bank Grameen untuk membantu lebih ramai orang miskin untuk bekerja menjana pendapatan sendiri. Dorongan ke arah kejayaan Tan Sri Lim Goh Tong Dapat menyiapkan projek Genting Highlandsdengan jayanya walaupun pada peringkat awal projek ini amat mencabar kerana menghadapi pelbagai kekangan seperti modal dan sebagainya. Lokus kawalan dalaman Tun Daim Zainuddin Menegaskan bahawa sesiapa pun akan berjaya sekiranya sentiasa memberikan yang terbaik dalam apa jua usaha dan berpegang kepada integrity peribadi yang tinggi. Dapat melihat dan mengambil T Ananda Krishnan • Dapat merebut peluang dalam industry telekomunikasi Maxis dan


12 peluang penyiaran Astro. • Beliau memiliki system satelit Malaysia yang pertama. Optimistik Harsukhlal Maganlal Kamdar Membuka sebuah kedai Kamdar di Jalan Chow Kit dan sebuah lagi di Globe Silk Store pada tahun 1980an walaupun sebelum itu mereka telah menutup perniagaan di jalan TAR ekoran kegawatan ekonomi pada tahun 1977. Berorientasikan matlamat dan wawasan Dato’ Tan Chin Nam • Beliau selalu mengatakan “saya berdagang dan membina. Itulah yang dapat saya lakukan dengan terbaik. • Beliau telah membina Mid Valley City, projek mega yang terdiri daripada 8.78 juta kaki per segi ruangan untuk disewa dan boleh menempatkan 16,000 kenderaan. Kebolehan membuat keputusan Tan Sri Dr Jeffrey Cheah. • Berjaya mempertahan perniagaannya dengan mengharungi tiga tempoh kemelesetan ekonomi • Membuat keputusan menukar bidang perniagaan syarikat bermula daripada melommbong bijih timah kepada melombong kuari dan pasir. • Beliau sekali lagi beralih arah ke sektor pembbangunan hartanah, pelaburan hartanah, pembuatan, perhotelan dan perniagaan berkaitan hiburan. • Hasil kepelbagaian itu, beliau Berjaya menubuhkan Sunway City Berhad, Sunway Construction Berhad dan Sunway Building Technology Berhad.


13 Ciri-ciri Orang Efektif d) Menjelaskan ciri-ciri orang yang efektif Stephen Cover (Tujuh Tabii Orang Berjaya) 1. Bersikap proaktif • Seseorang yang proaktif ialah individu yang mempunyai inisiatif dan tanggungjawab untuk menyebabkan sesuatu itu berlaku. • Sentiasa berusaha mencari idea-idea baharu yang bernas • Sentiasa yakin dengan keupayaan untuk menangani segala perubahan yang berlaku di sekelilingnya • Bertindak secara proaktif dan tidak menunggu masa yang lama sehingga pihak lain merebut peluang tersebut 2.Berorientasikan maklumat • Bermula dengan mengingat matlamat bermakna pemahaman jelas tentang destinasi yang dituju. • Matlamat menunjukkan hala tuju yang harus diikuti dalam usaha menyempurnakan sesuatu kerja • Semua individu perlu tahu keutamaan tugas masing-masing dan memastikan semua tugas disiapkan pada masa yang ditetapkan 3. Lakukan perkara utama dahulu • Mengutamakan perkara yang penting dahulu. • Seseorang indvidu yang efektif mesti menyenaraikan aktiviti mengikut keutamaan • Berkait rapat dengan faktor pengurusan masa yang berkesan 4.Berfikiran “menang-menang” • Rangka pemikiran dan perasaan yang sentiasa mencari faedah bersama dalam semua interaksi manusia. • Persetujuan atau penyelesaian untuk kepentingan bersama dan kepuasan bersama. • Menjadikan seseorang usahwan disenangi oleh semua pihak kerana tidak mementingkan diri sendiri dan berat sebelah


14 5.Cuba memahami dahulu, dan kemudian cuba untuk difahami • Menggunakan pendengaran empati iaitu mendengar dengan tujuan untuk memahami • Mencuba untuk memahami memerlukan timbang rasa manakala mencuba difahami memerlukan keberanian yang tinggi. • Seseorang individu mestilah mendengar dengan baik, merasai masalah orang lain dan bertimbang rasa, mampu berkomunikasi dengan efektif, mampu membuatkan orang lain faham dan sentiasa berfikiran positif 6. Bersinergi • Intipati sinergi adalah menghargai kelainnan dan perbezaan. • Pemikiran “menang-menang” menjadi prasyarat untuk proses komunikasi sinergistik. • Manusia bekerjasama secara kreatif untuk menghasilkan penyelesaian atau alternatif baharu. 7. Tajamkan “gergaji” • Proses memperbaharui empat dimensikan sifat semula jadi seseorang individu iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. • kejayaan seimbang melibatkan kesimbangan dimensi sifat manusia merangkumi intelek, rohani, emosi, dan jasmani • intelek harus ditingkatkan, emosi memerlukan kestabilan, rohani perlu menghampiri diri dengan tuhan, dan fizikal memerlukan kecemerlangan kesihatan.


15 Faktor Kejayaan Seimbang e) Menerangkan faktor kejayaan seimbang Intelek • Berhubung dengan minda atau mental manusia • Bagi meningkatkan kemahiran intelek, seseorang itu hendaklah menganalisis, menulis, membentang, berbincang, dan berkomunikasi. • Memperbanyakkan pembacaan, menghadiri kursus, seminar, perbengkelan, menguasai pengetahuan dan kemahiran. Emosi • Emosi merupakan perkara dalaman individu. • Melibatkan perubahan psikologi seperti gembira, sabar, syukur, tabah, tenang, marah, meradang, kecewa, sedih, dan sebagainya. • Mengikuti kaunseling, program pengurusan stres supaya seimbang dari segi emosi Rohani • Aspek dalaman yang berkaitan dengan jiwa. • Bagi mendapatkan keseimbangan rohani, seseorang individu itu hendaklah mendekatkan diri kepada tuhan dan melakukan ibadah-ibadah yang dituntut oleh agama. • Menyemai nilai-nilai murni dan sifat-sifat terouji dalam diri seseorang. • Rahani dibangunkan melalui meditasi, mendapatkan pakar motivasi, menghayati keindahan alam, mengikuti pengajian agama dan melakukan ibadah Jasmani • Aspek fizikal yang merujuk kepada jasad atau tubuh badan. • Melibatkan penjagaan kesihatan, pengalaman pemakanan seimbang, senaman, istirahat dan lain-lain. • Individu yang mempunyai keadaan jasmani atau fizikal yang baik akan memberikan prestasi kerja yang cemerlang.


16 10.4 MENCARI, MENGEMBANG DAN MEREALISASIKAN IDEA PERNIAGAAN Sumber Memberi Idea a) Menjelaskan Sumber Yang Boleh Memberi Idea 1.Pelanggan • Merupakan pengguna kepada keluaran yang dihasiolkan oleh pengeluar. • Idea dan pendapat mereka tentang sesuatu produk atau perkhidmatan contohnya tentang produk yang tiada dalam pasaran. • Usahawan boleh menjalankan soal selidik, temu ramah dan pemerhatian terhadap pelanggan bagi mengetahui cita rasa mereka. • Usahawan juga perlu sentiasa peka kepada perubahan cita rasa, keperluan dan kehendak pelanggan. 2.Produk sedia ada • Usahawan akan menganalisa produk sedia ada di pasaran dengan menukarkan corak pembungkusan, reka bentuk, kualiti yang lebih baik dan sebagainya. • Pembaharuan terhadap produk sedia ada akan menambahkan fungsi produk. • Contohnya, syarikat-syarikat pembuat kereta dan telefon bimbit sering muncul dengan model-model baru. 3.Syarikat sedia ada atau syarikat pesaing • Perniagaan yang dimiliki oleh orang lain yang mendapat pasaran secara meluas • Usahawan boleh mendapat idea untuk memulakan perniagaannya dengan mengaplikasikan atau meniru selepas mengkaji kekuatan dan kelemahan syarikat tersebut. • Usahawan juga boleh mendapati idea dari teknologi baharu yang digunakan oleh syarikat sedia ada atau mengubahsuai teknologi tersebut mengikut kesesuaian syarikatnya nanti. • Usahawan perlu menilai kekuatan syarikat sedia ada yang dimilikinya menggunakan Analisis SWOT


17 4. Saluran pengedaran • Terdiri daripada pemborong, agen dan peruncit. • Mereka membantu sesuatu keluaran diedarkan daripada pengeluar pengguna akhir. • Mereka mengedar pelbagai barang dan jenama, mendapatkan idea terbaharu untuk perniagaan dan membuat perbandingan terhadap pelbagai produk dan maklumbalas dariapada pengguna. • Mempunyai hubungan yang rapat dengan pengguna dan peka terhadap keperluan pasaran • Memberi idea kepada usahawan menjalankan perniagaan dengan melihat kepada proses yang terlibat 5. Paten • Merupakan hak cipta yang dilindungi oleh undang-undang daripada ditiru atau dicetak. Paten ini boleh dijual kepada pengusaha yang ingin • Mengeluarkan keluaran tersebut secara sah. • Hak mengeluarkan barangan atau perkhidmatan yang diterima oleh syarikat yang membolehkan syarikat memiliki kelebihan persaingan. 6. Dasar kerajaan • Merangkumi aspek peraturan dan undang-undang yang dilaksanakan oleh kerajaan dan juga sebarang bentuk perancangan kerajaan mengikut sector seperti pertanian, pelancongan, perindustrian, pendidikan dan sebagainya. • Beberapa contoh dasar kerajaan seperti galakan pelancongan, galakan industri desa, homestay, kursus persediaan sebelum bersara, proses pengeraman (incubator), konsep paying, skim bantuan dan pinjaman, tabung-tabung kerajaan, dan juga kempen-kempen seperti ‘ belilah barangan Malaysia”, “ satu rumah satu komputer” dan lain-lain. 7.Penyelidikan dan pembangunan • Dijalankan oleh tenaga pakar atau badan tertentu yang dipertangggugjawab oleh kerajaan atau badan yang ditubuhkan oleh syarikat itu sendiri. • Hasil penemuan R&D boleh menghasilkan produk yang dapat memenuhi keperluan semasa pengguna. • Usahawan boleh menggunakan pelbagai sumber untuk membuat kajian dan penemuan bahau dan hasil yang diperoleh merupakan satu idea baharu perniagaan


18 8.Profesianal dan jururunding • Golongan pakar dalam satu-satu bidang seperti kewangan, pemasaran, perundangan dan lain-lain. • Usahawan mendapat idea perniagaan sama ada untuk mengatasi masalah atau membangunkan perniagaan melalui cadangan, nasihat dan bimbingan pakar. • Golongan ini memberi khidmat nasihat dan pendapat berkaitan bidang tertentu mengikut kepakaran masing-masing 9.Pengalaman • Situasi atau keadaan yang pernah dilalui pada masa lalu mlalui alam pekerjaan, kursus dan latihan yang pernah diikuti • Pengalaman bekerja dengan menceburi bidang perniagaan tertentu boleh memberi idea dalam membantu memulakan perniagaan dalam bidang tersebut • Pengalaman berinteraksi dengan pembekal dan pelangan akan menjadi batu loncatan untuk memahami perkembangan dalam bidang perniagaan 10.Minat dan hobi • Kecenderungan terhadap sesuatu bidang yang ingin diceburi • Minat mendalam terhadap sesuatu bidang boleh menjadikannya sebagai idea perniagaan 11.Media • Meliputi media cetak, media elektronik atau media sosial yang boleh memberikan sumber idea baharu • Dapat mengetahui maklumat terkini berkaitan industri yang wujud • Dapat memerhati dan meneliti produk syarikat pesaing dan persekitaran perniagaan dalam sesuatu industri bagi mendapatkan idea perniagaan


19 Kaedah menjana dan mengembangkan idea b) Menjelaskan kaedah menjana dan mengembangkan idea 1. Soal selidik • Satu instrumen yang digunakan apabila usahawan membuat tinjauan. • Soal selidik ialah kaedah penyelidikan pasaran yang dijalan oleh usahawan dengan mengemukakan soalan-soalan dalam borang kaji selidik untuk dilengkapkan oleh pelanggan. • Responden akan ditanya beberapa soalan dan jawapan mereka akan dirumuskan oleh pengkaji. • Dapatan soal selidik akan memberikan gambaran secara jelas tentang kehendak sebenar pelanggan terhadap produk yang dikeluarkan oleh syarikat 2.Sumbangan saran (Brainstorming) • Satu teknik perbincangan yang kreatif untuk menjana seberapa banyak idea daripada sesuatu kumpulan dalam masa yang terkawal. • Seorang ketua kumpulan akan mengendalikan sesi sumbang saran. • Peserta berperanan secara aktif dan bebas menyumbangkan idea. • Idea-idea yang dijana semasa sesi sumbang saran perlu disaring dan dianalisis selepas sesi tersebut tamat. Antara panduan mengendalikan sumbang saran: • Suasana yang kondusif. • Sebarang bentuk kritikan tidak dibenarkan. • Bebas menyumbang seberapa banyak idea. • Semua idea diterima • Semua idea dicatat • Penilaian dibuat selepas selesai sesi sumbang saran. 3. Pemerhatian • Proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal seperti tingkah laku, cara melaksanakan sesuatu, keadaan persekitaran dan sebagainya. • Idea untuk menubuhkan urus niaga yang baharu mungkin terhasil daripada pemerhatian terhadap keperluan diri sendiri atau orang-orang di sekeliling kita. • Contohnya, melalui pemerhatian terhadap ibu-ibu yang bekerja didapati masalah yang dihadapi adalah tempat jagaan anak-anak. Maka, usahawan menyediakan pusat jagaan kanak-kanak yang berhampiran


20 4. Kumpulan fokus • Melibatkan sekumpulan orang yang dipilih untuk berkongsi pendapat dan perasaan, sikap dan idea tentang perkara tertentu. • Hasil daripada perbincangan kumpulan itu akan dijadikan input untuk menjana idea atau menyelesaikan masalah. • Moderator akan memfokuskan perbincangan dengan menggunakan kaedah langsung dan tidak langsung. • Seorang moderator akan mengemukakan soalan-soalan mudah kepada peserta untuk mendapatkan tinndak balas. • Ahli kumpulan boleh memberi komen terhadap cadangan ataupun pendapat yang dikemukakan Perbezaan sumbang saran dan kumpulan fokus c) Perbezaan antara sumbang saran dengan kumpulan fokus Sumbang Saran Kumpulan fokus Kaedah kumpulan di mana beberapa individu duduk bersemuka dan menyumbangkan idea Ahli terdiri daripada ahli dalam organisasi itu sendiri Individu menyumbang maklumat dalam format yang berstruktur Menggunakan sekumpulan individu yang mungkin terdiri daripada mereka yang datang daripada pelbagai latar belakang Tiada ketua yang dilantik tetapi seorang ahli dilantik untuk mencatatkan ideaidea yang dikemukakan Seorang fasilitator akan memandu kumpulan ini melalui satu perbincangan terbuka Keahlian tidak ditetapkan Bilangan ahli ditetapkan 8 hinga 14 orang ahli Menggalakkan idea bebas dan tidak boleh mengkritik idea orang lain Kaedah yang baik untuk menyaring idea-idea dan konsep baharu dan ahli dibenarkan mengkritik


21 Proses Merealisasi Idea d) Membincangkan proses merealisasikan idea Proses merealisasikan idea 1.Tahap idea • Idea dijana, dikumpul dan disenaraikan. • Sumber utama idea termasuk sumber dalaman (r&d) dan sumber luaran seperti pelanggan, pesaing, pengedar, pembekal dan lain-lain. 2. Tahap Menapis idea • Idea-idea yang menjanjikan kejayaan dikenalpasti dan idea-idea yang kurang praktikal digugurkan. • Kaedah penilaian yang digunakan pada peringkat ini ialah senarai semakan penilaian sistematik pasaran yang mana setiap idea produk baru dinyatakan dalam bentuk nilai utamanya, merit dan faedah-faedah. 3.Tahap Membina konsep • Penerangan idea secara terperinci daripada perspektif pelanggan. • Bertujuan memberikan kefahaman kepada bakal pelanggan tentang kualiti terbaik dan ciri-ciri produk tersebut. • Untuk mengukur penerimaan pengguna, temuduga dengan responden terpilih dijalankan yang mana mereka didedahkan dengan kenyataan yang menggambarkan ciri-ciri dan sifat fizikal idea produk. • Konsep idea yang terbaik dan mendapat perhatian ramai akan dipilih. 4.Tahap Menguji konsep • Menguji konsep produk baru dengan kumpulan sasaran pengguna untuk mengetahui konsep produk yang mana paling menarik kepada bakal pengguna. • Konsep yang dibina itu perlu diuji sama ada melalui perbincangan dengan pihak-pihak berkuasa atau perunding.


22 5.Tahap Membuat rancangan perniagaan • Sekiranya idea tersebut mempunyai asas yang baik, satu rancangan perniagaan perlu ditulis sebagai memperincikan idea yang hendak direalisasikan. • Untuk mengetahui kelebihan dan kelemahan produk, syarikat, mendapatkan pembiayaan dan sebagainya 6.Tahap Membina fizikal (prototaip) • Selepas idea melepasi semua peringkat itu barulah dibina fizikal atau prototaipnya. • Merupakan sebarang bentuk atau versi suatu sistem yang boleh memberikan gambaran terhadap ciri sebenar produk yang dihasilkan 7. Tahap Mengkomersialkan • Produk sebenar yang dihasilkan oleh perniagaan • Usahawan perlu memastikan produk yang telah dibuat secara teliti untuk bersaing dengan pesaing dalam pasaran


23 10.5. MEMULAKAN DAN MENJALANKAN PERNIAGAAN Kaedah memulakan perniagaan a) Membincangkan kaedah memulakan sesebuah perniagaan, iaitu memulakan sendiri, mengambil ahli perniagaan sedia ada. Francais, dan pakatan strategik (pelesenan, kontrak pengeluaran, dan usahasama) 1. Memulakan sendiri • Menubuhkan sendiri satu perniagaan baharu dengan usaha mendaftarkan, mencari lokasi dan membuka perniagaan bermula pada peringkat awal lagi. • Menyediakan produk atau perkhidmatan yang tiada dalam pasaran tetapi telah wujud di pasaran lain • Melibatkan proses baharu yang teknikal iiatu memperkenalkan konsep e-dagang yang mana pesanan boleh dilakukan secara atas talian Kelebihan: • Peluang merealisasikan idea sendiri kepada realiti. • Kebebasan membuat keputusan dan perubahan kepada perniagaan. • Peluang memanfaatkan kepakaran, pengalaman dan minat. • Berpeluang untuk memilih lokasi dan kemudahan fizikal. • Berpeluang membina imej dan reputasi. Kelemahan: • Perlu lebih tumpuan dan pengorbanan dari aspek kewangan, masa dan tenaga.. • Sukar mendapat pinjaman kerana tiada rekod perniagaan lepas, tiada bukti prestasi, dan mungkin tiada harta sebagai cagaran. • Tiada keuntungan di awal perniagaan, memulakan beberapa tahun untuk memperoleh keuntungan. • Risiko perniagaan tinggi dari segi mendapatkan pelenggan dan gagal bersaing dengan perniagaan yang sudah lama beroperasi.


24 2. Mengambil alih perniagaan sedia ada • Membeli perniagaan orang lain, menjadi rakan kongsi atau mewarisi perniagaan keluarga yang telah wujud dengan mengambil alih perniagaannya atau menjadi rakan kongsi perniagaan • Faktor yang perlu diambil kira seperti persaingan, keadaan pasaran, pembangunan masyarakat pada masa hadapan dan komitmen undang-undang Kelebihan : • Pekerja mahir sedia ada • Perniagaan yang telah teguh dan mantap – nama telah dikenali, sistem pemasaran dan pengurusan yang telah teruji, telah ada hubungan yang baik dengan pembekal dan pihak bank. • Pasaran sedia ada – telah ada pelanggan dan lokasi yang strategik. • Mempunyai rekod perniagaan yang terbukti • Terdapat pekerja yang berpengalaman, terlatih dan mahir • Mempunyai modul dalam bentuk aset sedia ada dan kos pemasaran dapat dikurangkan Kelemahan: • Menanggung beban kewangan kerana perniagaan yang diambilahli mungkin sedang mengalami keruggian. • Reputasi dan rekod yang buruk kerana kemungkinan pemilik asal menjual perniagaan tersebut berpunca dari masalah urusniaga tidak jujur yang menimbulkan kemarahan pembekal, pelenggan dan sebagainya. • Pekerja lama mungkin berpindah ke organisasi lain apabila berlaku pertukaran pihak pengurusan. • Pekerja sedia ada mungkin tidak sesuai dengan perubahan yang hendak dilakukan dan memberi masalah kepada pemilik baharu. • Peralatan dan kelengkapan usang. • Penilaian terlebih nilai – penilaian perniagaan yang hendak di beli tidak dengan teliti menyebabkan pemilik yang baharu membayar dengan harga yang tinggi.


25 3. Francais Satu bentuk perniagaan di mana francaisor memberi kebenaran, hak atau keistimewaan seperti nama perniagaan dan cop dagangan kepada individu atau syarikat tertentu (francaisi) untuk menjalankan perniagaan mengikut peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan oleh francaisor. Sebagai balasan francaisi dikehendaki membayar sejumlah royalti dan jumlah lain Jenis francais i. Francais berformat (lima prinsip : keseragaman, kebersihan, kelebihan persaingan, kesopanan dan keselesaan) ii. Francais pengilangan produk (product manufacturing licensing) iii. Francais jenama / bertanda dagangan (trademark / Brand Name Licence) iv. Francais pengedaran (Dealership / Distributorship Franchaise) v. Francais Penganjur (Promoter) Kebaikan : • Kaedah yang telah terbukti berkesan dan Berjaya • Mempunyai kaedah dan system latihan yang khusus • Reputasi yang telah sedia diketahui / perniagaan telah popular • Sokongan kewangan • Risiko yang rendah • Faedah ekonomi bidangan dari segi pengiklanan, promosi, pembelian peralatan dan bahan mentah secara pukal.


26 Kelemahan : • Mengurangkan kebebasan francaisi kerana tertakluk kepada pelbagai peraturan dan kaedah operasi yang telah ditetapkan. • Perlu menjadi usahawan sepenuh masa dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan. • Tiada identity tersendiri. • Risiko kejatuhan seluruh rangkaian. • Kesukaran bila berlaku krisis. • Menanggung kos royalti dan yuran yang tinggi 4. Pakatan strategik • Satu kerjasama antara dua atau lebih syarikat atau unit-unit perniagaan bagi mencapai objektif masingmasing secara bersama. Dalam pasaran baharu, pakatan strategik membenarkan sesorang usahawan untuk mendapatkan kelebihan kompetetif menerusi akses kepada sumber-sumber rakan pakatan, termasuk juga pasaran, teknologi, modal dan manusia. • Sebab-sebab dibentuk kerana menyebarkan risiko kerugian, mengurangkan persaingan, berkonsi kemahiran dan teknologi, mencapai tahap ekonomi bidangan dan mencapai pasaran baharu Jenis-jenis pakatan strategik: Pelesenan: • Pelesenan adalah persetujuhan iaitu sesebuah syarikat utama atau pemegang lessen (licensor) memberi hak-hak tertentu kepada sesebuah syarikat atau penerima lessen (licensee) di Negara lain atau pasaran berbeza dengan syarikat utama untuk menghasilkan dan menjual produk syarikat berlesen tersebut. • Syarikat licensor akan mendapat ganjaran dalam bentuk yuran dan royalti hasil jualan produk untuk kepakaran teknikal yang diberikan kepada syarikat licensee. Kebaikan: • Syarikat tersebut menggunakan modal yang rendah dan dan mudah memasuki pasaran antarabangsa terutamanya dalam Negara yang tidak mengamalkan ekonomi bebas. • royalti dari pembaberian lesen ini adalah dijamin dan berjangka. Syarikat tempatan akan mendapat manfaat daripada pembangunan produk tanpa melibatkan perlanjaan penyelidikan. • kadar riiko perniagaan yang memberi lesen adalah rendah kerana kilang dan pihak pengurus tidak perlu mengawal selia syarikat berkenaan.


27 Keburukan: • Syarikat penerima lesen mungkin hilang minat untuk memperbaharui kantrak jika syarikat pemberi lesen tiada inovasi dan teknologi baharu. • Untuk menarik minat syarikat asing menjadi penerima lesen, syarikat pemberi lesen perlu mempunyai teknologi yang unit, hak cipta tersendiri dan jenama yang mampu menarik perhatian pengguna antarabangsa. • Pemberi lesen juga tidak mempunyai kawalan terhadap syarikat penerima lesen dari segi pengeluaran dan pemasaran. Kontrak pengeluaran: Sesuatu syarikat pengeluaran akan membenarkan sesebuah syarikat tempatan untuk mengeluarkan produk itu berdasarkan kontrak atau perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak. • Syarikat pengeluar akan mengenakan bayaran yang berlandaskan bilangan atau saiz pengeluaran yang dikeluaran yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan yang dilantik itu. • Syarikat pengeluar asal akan membekalkan komponen,bahan, acuan atau arahan pengeluaran terperinci kepada syarikat pengeluar tempatan di Negara asing. • Aktiviti pemasaran dan jualan adalah tanggujawab syarikat tempatan yang dilantik itu. Kebaikan: • Syarikat yang memberi kontrak dapat mengeluar dan memasarkan produk di pasaran asing tanpa dikenakan cukai eksport dan import. • Penerima kontrak lebih mengetahui tentang pasaran tempatan dan dapat membuat keputusan yang lebih tepat dan cepat. • Syarikat pengeluar berpeluang membeli pengeluar tempatan atau membentuk perkonsian pada masa akan datang Keburukan: • Jika penerima kontrak sangat Berjaya, pemberi kontrak tidak dapat menikmati keuntungan sepenuhnya, sebaliknya ai hanya menerima royalti sahaja. • Pemberi kontrak hilang kawalan ke atas proses pengeluaran kerana jarak yang jauh. • Apabila kontrak tamat, penerima kontrak mungkin boleh menjadi pesaing kepada pemberi kontrak kerana penerima kontrak telah mempunyai kepakaran dan teknologi. • Penerima kontrak terpaksa membayar royalti yang tinggi sepanjang tempoh kontrak, dan ini mengerangkan keuntungan.


28 Usahasama: • Usaha perkongsian atau gabungan antara dua firma atau lebih dalam urusan peniagaan. • Gabungan ini melibatkan firma antarabangsa dengan firma tempatan atau dua buah firma antarabangsa. • Kesemua pihak yang terlibat akan menyumbang modal. • Kawalan dan kepunyai entity perniagaan itun akan dikongsi bersama. Kebaikan: • Syarikat ini dapat memahami keadaan pasaran tempatan, keperluan dan peraturan kerajaan tempatan. • Berpeluang mendapat keupayaan pengeluaran pengeluran dan kepakaran baharu. • Kesemua pihak yang terlibat dapat menggunakan sumber-sumber dari pihak terlibat dalam usahasama tersebut. Keburukan: • Pemindahan teknologi terpaksa dilakukan kepada syarikat yang bekerjasama.mewujudkan persaingan kepada syarikat yang membekelkan teknologi apabila kerjasama tamat kelak. • Perbezaan dalam budaya korporat, matlamat dan lain-lain menyebabkan percanggahan pendapat dan konflik semasa membuat keputusan. • Kedua-dua syarikat tidak dapat membuat keputusan sendiri kerana mereka berkongsi tanggungjawab, risiko dan keuntungan. Faktor yang dipertimbangkan sebelum menjalankan usaha sama i. Pihak yang perlu menangung kos pengendalian bagi perniagaan usaha sama ii. Cara dan nisbah pembahagian utung rugi iii. Pemilihan wakil daripada kedua-dua pihak untuk usaha sama iv. Tempoh usaha sama dan pembubarannya


29 Pembiayaan dan sumber modal Modal merupakan dana dan segala peralatan yang digunakan dalam proes pengeluaran atau dalam menjalankan aktiviti perniagaan seperti wang tunai, inventori, premis kilang dan peralatan mesin a)Menjelaskan bentuk modal kewangan seperti modal teroka, ekuiti dan hutang 1. Modal teroka • Menjurus kepada perkongsian jangka pertengahan iaitu antara tiga keenam tahun dengan syarikat yang menerima pembiayaannya. • dana yang disediakan oleh syarikat, badan profesional atau individu kaya bertujuan untuk melabur bersama-sama pemilik dalam projek atau perniagaan baharu, dan yang sedang berkembang pesat dan berpotensi menghasilkan pulangan tinggi • pemodal teroka tidak memberi pinjaman, tetapi mereka membeli ekuili dalam perniagaan yang akan memberikan hak pemilikkan. • dua perkara asas apabila menimbangkan sama ada untuk melabur atau tidak didalam sesuatau perniagaan itu: - pulangan tinggi - mudah keluar • tiga kriteria yang digunakan oleh pelabur modal teroka apabila memilih perniagaan untuk membuat pelaburan iaitu: - pasukan pengurusan yang kuat, mempunyai kepakar, berpengalaman dan mantap serta komited terhadap perniagaan - produk dan peluang pasaran yang unit, mempunyai kelebihan persaingan dalam pasaran. - nilai perniagaan mempinyai potensi untuk meningkat. 2. Modal ekuiti: • modal yang diperoleh daripada pemilik perniagaan. • pemilik perniagaan boleh memilih untuk menjual ekuiti syarikat dalam bentuk saham kepada para pelabur • dilakukan dengan tawaran saham kepada umum atau penaja jamin seperti pihak bank. • pelabur akan berkongsi keuntungan yang diperoleh oleh perniagaan. • sumber modal ekuiti termasuklah modal pemilik, keluarga dan kenalan, pelaburan tidak formal dan modal teroka.


30 Kebaikan modal ekuiti: • Modal Tidak Perlu Dibayar Balik Sebagaimana Pinjaman. • Pelabur Diberi Hak Untuk Bersuara Dalam Operasi Perniagaan. • Pelaburan Berhak Mendapat Peratusan Pendapatan Dalam Operasi Perniagaan. • Tidak Memerlukan sandaran Keburukan modal ekuiti: • usahawan perlu menyerahkan sebagai pemilik perniagaan kepada orang luar(pelabur) • Hak kawalan usahawan ke atas perniagaan akan berkurangan. 3. Modal hutang: • Modal yang diperoleh melalui pembiayaan berbentuk hutang yang melibatkan instrumen berasaskan faedah. • Dikenali sebagai pinjaman. • Usahawan perlu menbayar balik pinjaman berserta faedah tidak kira sama ada perniagaanya memberikan keuntungan atau kerugian. • Dua jenis pinjaman iaitu pinjaman jangka pendek dan jangka panjang. • Pinjaman jangka pendek perlu dibayar balik dalam tempoh dua belas bulan atau kurang mentah,pembayaran gaji dan upah pekerjah. • Contoh overdraf bank,pusiangan kredit perdagangan dan pembelian melalui kad kredit. • Pinjaman jangka panjang biasanya diperoleh daripada pihak bank • Tempoh pembayaraan balik pinjaman ialah 5 tahun atau lebih. • Biasanya diberi dalam jumlah yang besar • Memerlukan cagaran kerana risikonya yang tinggi. Kelebihan: • Dapat mengekalkan pemilikan dan kawalan ke atas perniagaa. Pemilik perniagaan masih mempunyai mempuyai kuasa penuh dalam membuat sebarang keputusa dan berhak ke atas segala keuntungan yang diperoleh perniagaannya. • Usahawan juga mempunyai kebebasan penuh dalam membuat sebarang keputusa kewangan. • Hubungan dengan pemiutang sebagai pembiayan perniagaannya terhad kepada pembayaran balik pinjaman sehaja. • Sekiranya kesemua pinjaman telah dibayar balik, pemiutang tidak akan mempunyai apa-apa tuntutan hak ke atas perniagaanya.


31 Kelemahan: • Peminjam terpaksa membayar balik pinjaman apabilah apabila sampai tempoh • Peminjam berhadapan dengan risiko tindakan seperti dikenakan kadar faedah yang tinggi dan penarafan kredit yang rendah sekiranya gagal membayar balik pinjaman pada masa yang telah ditetapkan. • Pembiayaan berbentuk hutang juga sukar diperoleh oleh perniagaan yang baharu dimulakan. • Perniagaan baharu belum mempunyai rekod perniagaan yang diyakini dan mungkin dikenakan caj kadar faedah yang lebih tinggi atau permohonan pinjaman ditolak sama sekali. Perbezaan modal ekuiti dan modal hutang b) Perbezaan modal ekuiti dengan modal hutang Modal ekuiti Modal hutang Sumbangan pelabur untuk membeli Diperoleh daripada pihak luar seperti saham bank dan institusi kewangan Dikenali sebagai modal berisiko kerana Sekiranya syarikat gagal membayar ada kemunginan kehilangan pelaburan semula pinjaman, cagaran yang jika perniagaan gagal diserahkan menjadi hak milik bank atau pihak pemberi pinjaman Pembiaya mempunyai hak untuk Tiada hak untuk mengundi atau bersuara mengundi dan melantik pihak dalam pengurusan dan pentadbiran pengurusan syarikat an mempunyai hak syarikat untuk bersuara


32 Bentuk Modal c) Menjelaskan bentuk modal bukan kewangan seperti aset tetap Bentuk Modal Bukan Kewangan: - Bentuk aset atau modal insan yang digunakan dalam operasi perniagaan . - Aset tetap seperti bangunan dan kenderaan manakal aset semasa seperti inventori atau bahan mentah 1. Kemahiran : • Pengetahuan khusus tentang suatu bidang. • Contoh kemahiran pengurusan, kemahiran dan pengtahuan dalam menyimpan akaun, kemahiran komunikasi,kemahiran menggunakan komputer. 2. Aset tetap: Aset yang digunakan untuk tempoh masa yang panjang, seperti hartanah peralatan dan perabot Modal formal: • Pinjaman daripada institusi formal. • Mempunyai penjanjian bertulis yang lengkap. • Perlu bayar balik modal yang dipinjam mengikut syarikat yang ditetapkan. • jika gagal membayar balik modal yang dipinjam usahawan boleh di bawa ke mahkamah. Sumber modal formal: 1. Pinjaman bank: • Pinjaman jangka pendek atau jangka panjang. • Pinjaman jangka pendek melibatkan pembayaran balik pinjaman oleh usahawan kurang daripada setahun. • Digunakan oleh usahawan untuk membeli inventori, membiayai jualan kredit kepada pelanggan, dan belanja tunai yang lain. • Jumlah pinjaman tidak besar. • Pinjaman jangka panjang melibatkan jangka masa yang agak lama (biasanya tiga tahun ke atas) • Digunakan seperti untuk membeli bangunan, mesin , peralatan dan aset tetap yang lain.


33 • Bank mempertimbangkan Faktor 5C sebelum luluskan pinjaman iaitu karakter, kapasiti, modal, keadaan dan sandaran 2. Bentuk kerajaan: • Kerajaan menyediakan pinjaman dana daripada pelbagai agensi kerajaan. • Antara agensi tersebut ialah MARA, PKEN, Agensi pembangunan wilayah.(rujuk nota agensi kerajaan dan beban berkanun) 3. Pelabur: • orang perseorangan secara persendirian yang menggunakan sejumlah wang untuk dilaburkan dalam perniagaan dengan jangkaan mendapatkan pulangan kewangan. • tumpuan utama pelabur adalah untuk meminimumkan risiko. 4. Overdraf bank • Satu kemudahan jangka pendek yang disediakan oleh bank perdagangan • Pelanggan bank mempunyai akaun semasa dibenarkan mengeluarkan wang melebihi baki simpanan yang ada dalam akaun banknya setakat had yang ditetapkan • Faedah dikenakan terhadap pelanggan berdasarkan jumlah wang yang dikeluarkan 5. Kredit perdagangan daripada pembekal • Bayaran tertangguh atas pembelian barang untuk proses pengeluaran atau jualan yang diberikan oleh pembekal kepada usahawan • Usahawan perlu membayar kredit dagangan mengikut masa dan jumlah yang ditetapkan Diberikan kepada usahawan yang mempunyai hubungan baik dengan pembekal. Modal tidak formal : • Pembiayaan modal melalui cara ekuiti • Merupakan pelaburan peribadi pemilik (atau pemilik-pemilik) dalam urus niaga. Sumber modal tidak formal :


34 1. Simpanan sendiri: • Diperoleh daripada simpanan peribadi pemilik itu sendiri atau daripada jualan asset peribadi beliau. • Tidak perlu membuat permohonan untuk mendapatkan dana. • Tidak perlu menghubungi bank atau insitusi kewangan • Tidak perlu membuat kertas kerja. • Tidak perlu membuat sebarang bayaran faedah. • Seseorang usahawan boleh mengekalkan kuasa dan kawalan penuh ke atas perjalanan perniagaannya itu 2.Pinjaman daripada saudara mara/ rakan • Sumber ini umumnya digunakan untuk membiayai perniagaan yang baru bermula. • Mudah diperoleh oleh pengusaha-pengusaha kecil kerana mereka ini mengenali pemilik perniagaan. • Syarat-syarat pembayaran balik modal yang dilaburkan mungkin lebih longgar berbanding dengan institusi yang lebih formal. • Tempoh masa yang diambil untuk mendapatkan pinjaman adalah singkat


35 kemudahan dan bantuan d) menerangkan pihak-pihak yang memberi kemudahan dan bantuhan, seperti agensi kerajaan,badan-badan berkanun,dan pihak swasta Pihak-pihak yang memberi kemudahan dan bantuan: AGENSI KERAJAAN DAN BADAN BERKANUN PIHAK SWASTA 1. Majlis Amanah Rakyat(MARA)(www.mara.gov.my) 2. Tabung Ekonomi usahawan Niaga(TEKUN)(www.tekun.gov.my) 3. Bank Pembangunan Malaysia berhad(BPMB)(www.bpm.com.my) 4. SME Bank(www.smebank.com .my) 5. Perbadanan Jaminan Kredit (CGC)(www.iguarantee.com.my) 6. Agrobank (www.agrobank.com.my) 7. Kementrian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)(www.mosti.gov.com) 8. Kementerian Belia dan Sukan(KBS)(kbs.gov.com) 9. Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana(SMIDEC)(www.mdec.com. my) 10. Multimedia Development Corporation Sdn Bhd.(mdec)(www.mdec.com ) 11. MIMOS bhd (www.mimos.com.my) 12. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)(www.aim.gov.com) 13. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad(PUNB)(www.punb.com.my) Bank Negara Malaysia (BNM)(www.bnm.gov.com) Bank Perdagangan Institusi Kewangan


36 Jenis kemudahan e) Menerangkan jenis kemudahan yang diberikan oleh agensi-agensi tersebut seperti bantuhan kewangan tapak kilang, khidmatan nasihat dan pembangunan usahawan. 1. Bantuan Kewangan i. Bantuan kerajaan KEMENTERIAN JENIS BANTUAN ATAU SKIM Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pinjaman mikro penjaja dan peniaga kecil - Melalui bank rakyat - Pinjaman bagi membantu penjaja dan peniaga kecil mebiayai modal pusingan dan pembelian barangan atau aset yang berkaitan secara langsung Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Skim dana sains - Membiayai penyelidikan dalam bidang pertanian serta memastikan penyelidikan dalam bidang pertanian secara holistik Skim pinjaman nelayan - Pinjaman kepada nelayan bagi membiayai aktiviti sektor perikanan dalam meningkatkan keupayaan bot, peralatan dan teknologi Kementerian pelancongan dan kebudayaan Malaysia Tabung pembangunan infrastruktur pelancongan - Pinjaman dana pelancongan untuk membantu pengusaha yang ingin membangunkan produk-produk pelancongan ii. Agensi kerajaan atau badan berkanun AGENSI KERAJAAN ATAU BADAN BERKANUN JENIS DANA, TABUNG DAN SKIM Majlis Amanah Rakyat (MARA) Skim pembiayaan mudah jaya - kemudahan pembiayaan bagi pembelian harta tetap seperti mesin, ubah suai premis perniagaan dan modal pusingan Skim jaminan usahawan MARA - Merupakan pembiayaan syariah kepada usahawan bumiputera - Panel bank yang dilantik MARA akan menawarkan kemudahan pinjaman menggunakan dana mereka dan MARA sebagai penjamin Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Skim PKS Skim PROSPER Runcit Skim PROSPER Teras


37 Skim PROSPER Usahawan Muda Perbadanan Nasional Berhad Dana bantuan pembangunan Francais Skim pembiayaan Francaisi Skim pembiayaan Francaisor Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Skim pembiayaan Ikhtiar agroBank Pembiayaan moal kerja Modal usahawan Malaysia iii. Pihak swasta Pihak swasta Huraian Bank Pedagangan - Menawarkan bantuan kewangan berbentuk pinjaman jangka pendek dan panjang - Contoh bank seperti CIMB Bank, RHB Bank Syarikat kredit - Syarikat kewangan berlesen yang menjalankan aktiviti berkaitan dengan kewangan 2. Tapak kilang: • Membantu usahawan mendapatan premis atau okasi perniagaan. • Agensi utama yang menyediakan kemudahan ini termasuklah; Malaysia industryi estate limited (MIEL) Perbadanan pembangunan Bandar(UDA), MARA • MIEL membina unit-unit kilang,ruang-ruang pejabat dan kilang dapat diperoleh melalui beberapa skim termasuklah sewa, skim pinjaman pajak dan skim sewa beli • UDA membantu usahawan mendapat ruang perniagaan yang sesuai termasuklah ruang pejabat dan kedai runcit di kawasan-kawasan Bandar • MARA menyediakan tapak kilang, kompleks jualan dan pejabat, rumah-rumah kedai,bazaar serta gerai untuk usahawan bumiputera. • Pusat bimbingan usahawan Negara (PBUM)menyediakan kemudaan pusat intkubator siswazah yang menjadi ruang pejabat sementara bagi membantu siswazah memulakan perniagaan. • Kerajaan menyediakan tiga jenis lokasi industri iaitu: Zon perdagangan bebas (FTZs) Kawasan keutamaan kastam (PCAs) Licensed manufacturing warehouses (LMWs) untuk firma-firma berorientasikan eksport beroperasi.


38 3. Khidmat nasihat dan perundingan: Tiga bentuk program khidmatan nasihat utama disediakan iaitu: I.Perkhidmatan pengurusan pengundingan - Dari aspek merancang perniagaan, keadah mengurus perakaunan, kaedah menganalisis penyata kewangan dan keputusan pelaburan menyediakan penyata pendapatan, pelaburan tunai,sumber-sumber menggunakan serta keadah menganalisis kos pengeluaran. - Agensi kerajaan utama yang terlibat antaranya NPC,MARA, dan MEDEC. II. Program peningkatan kualiti dan produktiviti - Perkhidmatan berkaitan pendaftaran kawalan mutu,membuat pnyelidikan dan pembangunam serta bantuan bagi meningkatkan penggunaan teknologi tinggi, memodenkan sistem pengeluaran serta meningkatkan mutu barangan dan produktiviti. - Agensi utama yang terlibat adalah institute piawaian dan penyelidik perindustrian Malaysia(SIRIM). III. Khidmatan nasihat membangunan dan mereka bentuk keluaran - Mempertingkatkan pembangunan dan reka bentuk barangan yang sedia ada, mempertingkatkan teknologi tempatan dengan mnggalakan syarikat tempatan mencipta keluaran baharu dan memperbaiki aktiviti perkilang yang berkaitan dengan pengeluaran keluaran - Agensi yang terlibat dalam khidmatan nasihat ini ialah SIRIM 4. Pembangunan Usahawan: i. Program Pembangunan Vendor Sebuah program khusus untuk membangunkan syarikat/usahawan bumiputera dalam sector pembuatan dan perkhidmatan dalam industri berteknologi tinggi. • Syarikat vendor ialah syarikat bumiputera yang terlibat dalam sector pembuatan dan perkhidmatan berteknologi tinggi dan berdaftar dengan MITI di bawa PPV • Syarikat anchor ialah syarikat GLC/GLIC/MNC/syarikat besar tempatan yang berdaftar dengan MITI di bawah PPV, telah menandatangani MOU dengan MITI dan memenuhi kriteria yang ditetapkan • Contoh program pembangunan vendor yang dilaksanakan ialah program vendor perabot Guthrie, • Program vendor petronas, telekom Malaysia dan TNB


39 Pihak yang terlibat dalam pelaksaan Program Pembangunan Vendor adalah seperti berikut:- • Kerajaan diwakili oleh kementerian perdagangan antarabangsa dan industri (MITI) • Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan(GLC),Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC),syarikat multinasional (MNC) dan syarikat-syarikat tempatan sebagai syarikat anchor: • Bank/institusi kewangan yang menyediaka pakej penbiayaan: • Usahawan PKS bumiputera sebagai vendor: dan • Agensi-agensi teknikal dan sokongan yang menyediakan dan memberi khidmat kepakaran teknikal dan R&D, pembangunan keusahawanan, latihan, promosi dan pemasaran serta pembangunan produk ii. Program Pembangunan Francais • Satu program pemasaran berteraskan konsep persyarikatan Malaysia. • Bertujuan untuk membangunkan usahawan-usahawan kecil dan sederhana dalam sektor perdagangan, perkhidmatan dan perindustrian • Objektif program: 1.Untuk menambahkan bilangan francais induk, francaisorbumiputera. 2. Menggerakkan penglibatan golongan bumiputera iii. Program Mentor- mentee • Syarikat besar iaitu syarikat mentor memberi latihan, bimbingan, dan pendedahan kepada bakal-bakal usahawan serta usahawan kecil dan sederhana bumiputera (mentee) supaya mereka boleh berdikari dan bersaing dalam pasaran terbuka • Setia syarikat mentor diminta untuk membimbing sekurang-kurangnya lima buah syarikat mentee • Tempoh bimbingan diantara tiga hinggan lima tahun. • Bentuk bimbingan termasuklah menyediakan latihan teknikal dan bukan teknikal, khidmatan nasihat, meluaskan rangka perniagaan,usahawan dan bantuan kewangan. • Contoh syarikat mentor ialah Eon berhad, indah water consortium.


40 5. Pemasaran Dan Penyelidik Pasaran I. Menyediakan bantuan pemasaran khususnya di peringkat pengurusan permasaran. II. Sediakan kursus jangka pendek termasuklah: • Bidang-bidang pemasaran, • Promosi jualan, • Pengeksportan, • Rekebentuk produk, • Pembungkusan dan sebagainya III. contoh FAMA- membantu petani atau usahawantani memasarkan hasil keluaranpertanian seperti buah-buahan, sayur-sayuran, koko, kopi dan sebagainya.


Click to View FlipBook Version