MESYUARAT AGUNG PIBG KE-38 PENOLONG PPD HAL EHWAL MURID UNIT PENGURUSAN MURID SEKTOR PEMBANGUNAN MURID PPD DUNGUN PERASMIAN OLEH: ENCIK SABUDIN BIN MAHMUD 8.00 PAGI JUMAAT 7 JUN 2024
BIL KANDUNGAN 1 ATURCARA 2 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38 3 SURAT PANGGILAN MESYUARAT AGUNG KALI KE-38 4 KATA ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 5 KATA ALUAN GURU BESAR SK SANTONG 6 JAWATANKUASA INDUK MAT PIBG KALI KE-38 7 JAWATANKUASA INDUK PELAKSANA MAT KALI KE-38 8 SENARAI NAMA AJK PIBG 2022/2024 9 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37, 2022 10 SENARAI KEHADIRAN 11 LAPORAN KEWANGAN 12 USUL
MASA AKTIVITI 8.00 PAGI KEHADIRAN GURU, SEMUA AJK, IBU BAPA DAN PENJAGA (SESI PENDAFTARAN) 8.30 PAGI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38 BERSIDANG UCAPAN YANG DI PERTUA PIBG SK SANTONG 2023/2024 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 SESI 2023/2024 LAPORAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN PERKARA BERBANGKIT HAL-HAL LAIN PEMBUBARAN JK PIBG SESI 2022/2024 PENCALONAN DAN PEMILIHAN JK PIBG SESI 2024/2026 10.00 PAGI KETIBAAN PERASMI, PPS PPD, PPS POLIS PAKA, PENGERUSI JPKK DAN JEMPUTAN KHAS NYANYIAN LAGU NEGARAKU BACAAN DOA PERSEMBAHAN MURID UCAPAN ALUAN GURU BESAR UCAPAN YANG DI PERTUA PIBG LANTIKAN SESI 2024/2026 UCAPAN PERASMIAN PENUTUP MAT KALI KE-38 PENYAMPAIAN CABUTAN BERTUAH PENYAMPAIAN CENDERAHATI PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAHATI KHIDMAT BAKTI JK PIBG 2022/2024 PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN JK PIBG 2024/2026 PENYAMPAIAN CABUTAN BERTUAH 12.00 TGH JAMUAN 12.30 TGH BERSURAI ATURCARA
AGENDA 1 Ucapan Pengerusi AGENDA 2 Membentang dan menerima Peringatan Mesyuarat Agung Kali Ke-38 (Cg Rohamizi Bin Zakaria - Setiausaha Kehormat PIBG) Cadangan pengesahan AGENDA 3 Membentang dan menerima Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 Oktober 2023 (Cg Af Zainizam Binti Abd Halim - Bendahari Kehormat PIBG) Cadangan pengesahan AGENDA 4 Penstrukturan semula AJK dan lantikan gantian dan membuat lantikan bagi biro-biro berkenaan AGENDA MESYUARAT PIBG KALI KE-38
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38
Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera. Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kurnianya, saya di beri peluang untuk menerajui Persatuan PIBG Sekolah Kebangsaan Santong bagi sesi 2022 /2024. PIBG membawa maksud Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang mana gabungan antara ibu bapa dan para guru dalam membangunkan sekolah bahkan kejayaan sesebuah sekolah juga berkait rapat dengan sokongan dan peranan ibu bapa sekalian. Bak kata pepatah Melayu, “Bagai Aur Dengan Tebing”. Paduan dua komuniti ini insyaAllah akan menghasilkan impak yang amat baik dalam usaha membina kecemerlangan anak-anak. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada pihak sekolah atas kejayaan yang telah dicapai baik dalam akademik, ko-akademik, dan juga kokurikulum. Semoga kejayaan yang lebih besar akan menjadi milik SK Santong pada masa akan datang. Di sini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan pentadbir dan juga semua guru yang tidak pernah jemu menjalankan peranan masing-masing demi kejayaan sekolah dan anak-anak didik sk santong. Sekali lagi saya menyeru agar semua ibu bapa dapat memberikan idea-idea bernas serta sumbangan tenaga dalam menggerakkan PIBG seterusnya menjadikan sekolah lebih cemerlang dan gemilang,kerana tanpa sokongan yang padu Dari semua ibubapa tidak Banyak yang dapat Kita lakukan.Marilah Kita semua bersama sama mengembeling tenaga ke arah memastikan pelaburan Kita semua terhadap pendidikan anak² ini akan membuka Jalan untuk kita keluar dari kitaran kemiskinan sekiranya anak² kita berjaya kelak,kerana apa yang kita tanam hari ini,itulah yg akan kita petik pada masa hadapan. Kepada Ajk yg bakal dilantik nanti saya menyeru agar memberikan komitmen yang tinggi terhadap amanah yg bakal dipikul.Akhir kata dari saya 'bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana muafakat'. Semoga Allah SWT,merahmati kita semua dan memudahkan semua perancangan dan program yang akan dilaksanakan nanti. Sekian, Wabillah hitaufiqwalhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabrokatuh. KATA ALU-ALUAN Yang Di Pertua PIBG Encik Ahmad Faizal Bin Abd Aziz
Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan InayahNya. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK. Santong Kali Ke- 38 berjaya direalisasikan pada hari ini. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada PIBG SK Santong kerana dapat mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-38 ini, Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua PIBG yang dapat meluangkan masa untuk hadir bagi sama-sama menjayakan mesyuarat ini. Sesungguhnya Mesyuarat Agung PIBG bagi mana-mana sekolah amat penting untuk kita melibatkan diri baik secara aktif ataupun tidak bagi menentukan hala tuju masing-masing kearah kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Ianya boleh dijadikan wadah atau platform untuk tuan puan berbincang secara profesional dalam apa jua percambahan idea, cadangan dan sarana keibubapaan. Tuan Puan yang dihormati, Dalam usaha mendukung citi-cita bagi merialisasikan wawasan negara Malaysia. Faktor pemuafakatan dan perpaduan amat dititik beratkan kerana ini merupakan kunci utama bagi mewujudkan persekitaran soaial yang aman dan harmonis, Hal yang demikian dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan dalam tindakan yang akan kita lakukan. Kecemerlangan dan kegagalan sesebuah PIBG bukan terletak sepenuhnya kepada Ahli Jawatankuasanya sahaja, tetapi ianya bergantung kepada komitmen, kerjasama dan keprihatinan semua ahlinya. Masing-masing ibu bapa dan AJK yang dipilih atau dilantik boleh menggunakan pengetahuan, kepakaran, kemahiran dan kebolehan yang ada untuk memberi sumbangan yang berkesan kepada semua warga sekolah. Natijahnya nanti, ianya akan memberikan impak yang positif kepada kecemerlangan anak-anak murid dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri terpuji. Oleh itu janganlah biarkan PIBG kita bergerak berlandaskan saf kepimpinan yang ada sahaja atau hanyut tanpa sokongan padu daripada semua ahli. Sebaliknya, Marilah kita bersatu hati, bersama-sama berperanan sebagai penggerak dalam memacu persatuan ini menjadi lebih dinamik dan progresif. Selamat bersidang dan bermesyuarat. KATA ALU-ALUAN Penasihat PIBG, Guru Besar SK Santong Puan Siti Zaharah Binti Yazid
JAWATANKUASA INDUK MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38 SKESA 2024/2025 PENASIHAT Cikgu SITI Zaharah Binti Yazid ( Guru Besar SK. Santong ) PENGERUSI Encik Ahmad Faizal Bin Abd Aziz ( Yang Di Pertua ) TIMBALAN PENGERUSI Cikgu Muzdalifah Binti Muhammad Judi ( Guru Penolong Kanan Pentadbiran ) NAIB PENGERUSI Cikgu Noorazina Binti Azis ( Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ) SETIAUSAHA Cikgu Rohamizi Bin Zakaria ( Guru Penolong Kanan Kokurikulum ) BENDAHARI Cikgu Afzainizam Binti Abd. Halim
JAWATANKUASA INDUK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37, TAHUN 2023
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37
KEHADIRAN MESYUARAT PIBG KALI KE-38
LAPORAN KEWANGAN 2022/2024
BIL NAMA USUL/CADANGAN 1 Akmal Farahana Ali Berharap agar pihak sekolah boleh membaiki tempat parking ibu bapa menunggu anak-anak pulang 2 Che Wan Zalawiyah Binti Che Wan Long Mohon wujudkan kaedah penyelesaian bagi masalah terlalu berat USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38
TERIMA KASIH