1 TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI 2024 MURID SESI PETANG SEK. MEN. KEB. SENAWANG BIL ACARA MAJLIS SKRIP PENGACARA 1. PENGUMUMAN UNTUK AHLI DEWAN 1. Diminta semua murid beratur mengikut kelas masing-masing. 2. Letakkan beg di sisi sebelah kanan anda. 3. Luruskan barisan dan senyap. 4. Dijemput semua guru duduk di kerusi yang disediakan di atas pentas. 5. Perhatian kepada semua guru bertugas, diminta berada di belakang barisan pelajar 2 PENGUMUMAN KETIBAAN Mengumumkan Bonda PK Petang masuk ke dewan. 3 KATA ALUAN PENGERUSI MAJLIS *Peringatan* Hanya sebut guru yang ada sahaja Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalamualaikum/ Salam sejahtera mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. ***************** Yang dihormati PUAN RAZLINDAWATI BINTI ABDUL RAZAK Penolong Kanan Sesi Petang PUAN KHAIRINFARIZA BINTI KAMARUL BAHRIN Kaunselor Sesi Petang PN SITI MAHYAT BINTI ABD. AZIZ Pembantu PK Sesi Petang Seterusnya, para guru dan rakan pelajar yang dihormati dan dikasihi. Alhamdulillah/ Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, maka kita masih diberikan luangan waktu dan kesihatan tubuh badan yang baik untuk samasama berkumpul di dalam dewan Seri Delima yang tersergam indah ini bagi mengadakan Perhimpunan Pertama Sesi 2023/24.
2 4 BACAAN DOA Sebagai memberkati perhimpunan kita pada petang ini, saya mempersilakan saudara NAMA KP : ___________________ untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. ****BACAAN DOA***** Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara NAMA KP : ___________________ Kerana telah memimpin bacaan doa sebentar tadi. 5 NYANYIAN LAGU & BACAAN IKRAR (Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah) Sidang dewan yang dihormati, Majlis perhimpunan rasmi hari ini kita teruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Kebesaran Negeri Sembilan dan Lagu Sekolah dengan iringan muzik. Selepas itu, kita akan bersama-sama melafazkan ikrar yang akan diketuai oleh saudari/ saudara NAMA KP:________________________ Guru-guru dan murid-murid dimohon berdiri tegak untuk bersama-sama menyanyikan lagu dan melafazkan ikrar dengan penuh bersemangat. ****NYANYIAN**** **** BACAAN IKRAR***** *****selesai bacaan ikrar***** Dengan segala hormatnya, ahli-ahli dewan dipersilakan duduk dalam keadaan senyap. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada – saudari/saudara NAMA KP:____________________ , para guru dan murid-murid yang telah menyanyikan lagu-lagu kebanggaan Negara dan bacaan Ikrar dengan penuh semangat dan penghayatan.
3 6 BACAAN ASMAULHUSNA *semua dah duduk dan senyap baru sebut acara Bacaan Asmaul-Husna 7 PENGUMUMAN (dibaca oleh EMCEE) PENGUMUMAN 1 Sidang dewan yang dihormati, Guru bertugas pada minggu ini ialah: SEBUT NAMA GURU BERTUGAS PENGUMUMAN 2 ~baca helaian yang cikgu intan beri 8 PEMBENTANGAN LAPORAN GURU BERTUGAS Sidang dewan sekalian, Untuk menyampaikan laporan tugasan minggu lepas, saya mempersilakan Encik/Puan _________________. Dipersilakan. 9 UCAPAN PK PETANG Selanjutnya, majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang dihormati, PUAN RAZLINDAWATI BINTI ABDUL RAZAK Penolong Kanan Sesi Petang untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. *******ucapan******* Majis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan dan amanat yang disampaikan oleh Bonda Penolong Kanan Sesi Petang sebentar tadi. Marilah kita bersama-sama mengambil semua kata nasihat yang telah diberi sebagai pedoman untuk kita berubah menjadi yang lebih baik bukan sahaja untuk harini, bahkan buat selama-lamanya. 10 PENUTUP MAJLIS Guru-guru dan rakan-rakan yang saya hormati, Dari Kedah ke pekan sari, Beli suasa di Kota Tinggi; Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi.
4 Saya, NAMA KP:___________________ pengacara majlis pada petang ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana telah memberi kerjasama yang baik dalam melancarkan perhimpunan rasmi ini. Perhimpunan rasmi kita pada petang ini ditangguhkan. Seterusnya, dipersilakan PUAN RAZLINDAWATI BINTI ABDUL RAZAK mengadakan sesi taklimat bersama dengan semua guru sesi petang. Diminta kepada semua Kepimpinan Pengawas mengawal disiplin murid.