The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU INTAN NOORULFAIZAH BINTI ANUAR, 2023-11-16 21:07:47

SKRIP PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM PENGAWAS 2023

SKRIP EMCEE DINNER PENGAWAS 2023 SMK SENAWANG

Keywords: SKRIP PENGACARA MAJLIS

SKRIP PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM KEPIMPINAN PENGAWAS 2023 ATURCARA SKRIP EMCEESALUTASI TETAMU Yang berusaha, Puan Shely Sam binti Abu Zarin Penolong Kanan Pentadbiran SMK Senawang Yang dihormati Encik Zulkifli bin Hj Ismail Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Senawang Yang dihormati En Mohd Shah Asri bin Harun Penolong Kanan Kokurikulum SMK Senawang Yang dihormati, Puan Nor Ashila binti Mohd Adnan Penolong Kanan Sesi Petang SMK Senawang Seterusnya, ketua-ketua bidang, guru-guru Badan Disiplin dan Kepimpinan Pengawas serta rakan-rakan Kepimpinan Pengawas 2023 yang saya hormati. MARIAKATA KATA ALUAN EMCEE Bunga melati tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara, Assalamualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Ingin rasa memakan kari, Kari cendawan batang keladi; Girang rasa tidak terperi, Bertemu tuan yang baik budi. Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua; Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua. Hadirin dan hadirat yang dihormati, Majlis dengan ini mengalu-alukan kehadiran barisan pentadbir, guru-guru dan rakan pengawas sekalian ke Majlis Jamuan Makan Malam Pengawas SMK Senawang Sesi 2023 di dalam dewan yang dihiasi serba indah di Mama One Stop Bakery & Café pada malam ini. MARIA


Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan menambah kemeriahan dan keserian majlis kita. Mohon semua tetamu dapat terus bersama hingga majlis tamat. ****ikhwan standby***** BACAAN DOA Bagi memberkati majlis kita pada malam ini, dipersilakan saudara MOHAMAD IKHWAN HAZIQ BIN MAZLIN untuk memimpin bacaan doa . Dipersilakan ****ikhwan baca doa di hadapan****** AWISHUCAPAN KETUA UMUM Aamin amin yarabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada saudara IKHWAN HAZIQatas baacan doa sebentar tadi . Semoga majlis kita pada malam ini dilancarkan dan dipermudahkan oleh-Nya. Hadirin dan hadirat, Dengan tema English Garden, saya boleh lihat dari tempat saya berdiri, semua tetamu yang hadir begitu cantik, tampan dan penuh gaya. Oleh itu, berikan tepukan buat diri anda kerana berjaya hadir pada malam ini. *****semua ahli majlis tepuk tangan ***** ********khalisa standby******* Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis pada malam ini diteruskan dengan ucapan ketua umum . Majlis mempersilakan saudari SITI NUR KHALISHA BINTI SHAIKH MAZIRIZI untuk memberikan ucapan . Dipersilakan. ***khalisha berucap*** AWISHUCAPAN PUAN AZRINA Terima kasih diucapkan kepada ketua umum , saudari Siti Nur Khalisha atas ucapan sebentar tadi . Sidang majlis yang saya hormati, Selanjutnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan Puan Azrina bt Abdul Kudus, Penyelaras Jawatan Kuasa Badan Pengawas SMK Senawang 2023. Dipersilakan *** ucapan madam azrina **** SYASYA


UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN Terima kasih diucapkan kepada Puan Azrina atas ucapan sebentar tadi . Seterusnya , majlis menjemput Puan Shelly Sambinti Abu Zarin , Penolong Kanan Pentadbiran untuk memberi ucapan . Dipersilakan. **** puan shely berucap**** SYASYAJAMUAN MAKAN 15-20MIN Terima kasih diucapkan kepada Puan Shelly atas ucapan sebentar tadi . Ke Keramat Jati melihat kolam Kolam susu sepanjang jalan Selamat menikmati makan malam Moga harimu seindah rembulan. Hadirin dan hadirat, Dengan bismillah kita mulakan, dipersilakan menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan. Majlis seterusnya akan kembali 15 minit lagi. SYASYACABUTAN BERTUAH 1 - Pn. Ashila cabut nombor Hadirin dan hadirat sekalian, Izinkan saya mencuri perhatian sebentar. Diminta semua tetamu yang ada di dalam dewan ini bersiap sedia dengan nombor yang berada ditangan kerana acara cabutan bertuah pusingan yang pertama akan berlangsung sebentar lagi. Majlis dengan ini mempersilakan Puan Ashila, Penolong Kanan Petang tampil ke hadapan untuk mencabut undian sebanyak 22 nombor, seterusnya menyampaikan hadiah kepada mereka yang bertuah. **** Pn.Ashila cabut 22 nombor **** *** emcee baca nombor cabutan **** **** Iqmal stanby ***** MARIAPERSEMBAHAN 1 IQMAL * akan bermula 15/20 minit selepas makan. Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian Puan Asila mencabut nombor bertuah dan menyampaikan hadiah kepada penerima yang bertuah sebentar tadi. Hadirin dan hadirat, Sambil menjamu selera, mari kita perdengarkan halwa telinga dengan persembahan pertama. Terimalah nyanyian dari penyanyi tersohor SMK Senawang yang pertama , saudara MUHAMMAD IQMAL BIN MOHD RASIDI dengan lagunya Put Your Head on My Shoulder. Dipersilakan. **** Iqmal nyanyi lagu Put Your Head on My Shoulder *** AWISHCABUTAN BERTUAH 2 Begitu syahdu dan indah dirasakan majlis kita pada malam ini, ditambah dengan suara yang mendayu-dayu daripada Saudara Iqmal. Terima kasih atas nyanyian itu. SYASYA


Berikan tepukan buat Saudara Iqmal. ****tetamu tepuk tangan*** Acara seterusnya cabutan bertuah pusingan 2. Untuk mencabut 22 nombor bertuah dan seterusnya menyampaikan hadiah, majlis dengan ini mempersilakan En Mohd Shah Asri, Penolong Kanan Kokurikulumtampil ke hadapan untuk melaksanakannya. Dipersilakan. ***En. Shah cabut 22 nombor **** *** emcee baca nombor dan en. Shah sampaikan hadiah. AKTIVITI SANTAI 1 Terima kasih encik shah atas kesudian menyampaikan hadiah. Tahniah diucapkan kepada para penerima hadiah cabutan bertuah. Hadirin dan hadirat, Sudah 44 nombor bertuah selesai dicabut. Ada berbaki lagi 43 nombor bersama 2 pusingan cabutan nombor bertuah yang bakal kita umumkan nanti. Oleh itu, anda yang belum menerima sebarang hadiah , sila tunggu sehingga majlis tamat. Baiklah, Acara seterusnya, kita ada sedikit permainan. Izinkan saya menerangkan cara permainannya terlebih dahulu. Di tangan saya ada sekeping lipatan kertas. Apabila muzik dimainkan, kertas ini akan bergerak ke setiap tangan tetamu di dalam dewan ini. Orang sebelah perlu passing by ke orang sebelah. Apabila berhenti sahaja muzik, orang yang terakhir memegang kertas tersebut perlu membuka lipatan kertas dan membaca apa isi kandungannya. Kemudian, laksanakan tugasan yang diberi dengan spoting sekali. Boleh kita mulakan? Anda sudah bersedia? Mari kita mulakan !!!! ****muzik rancak dimainkan dan permainan bermula *******muzik berhenti, emcee minta mangsa datang ke depan . mangsa baca sendiri arahan dalam kertas. Mangsa laksanakan tugasan ** Berikan tepukan yang meriah kepada _______________. MARIACABUTAN BERTUAH 3 Hadirin dan hadirat sekalian, Kita kembali ke acara Cabutan Bertuah Pusingan 3. Untuk mencabut 22 nombor bertuah dan seterusnya menyampaikan hadiah, majlis dengan ini mempersilakan En Zulkifli, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk melaksanakannya. Dipersilakan. *** En Zul cabut nombor . emcee baca nombor. ***en zul sampaikan hadiah. AWISH


PERSEMBAHAN 2 SYIFAA Majlis mengucapkan terima kasih kepada encik zul kerana sudi menyampaikan hadiah cabutan bertuah sebentar tadi. Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis akan berehat seketika kerana kita akan menyaksikan persembahan nyanyian daripada seorang lagi penyanyi tersohor SMK Senawang . Dijemput Nur Syifaa Alyaa dengan tajuk lagunya Bila Nanti. Dipersilakan. ***syifa nyanyi lagu Bila Nanti*** SYASYACABUTAN BERTUAH 4 Hadirin dan hadirat sekalian, Kita lanjutkan lagi acara pada malam ini dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah pusingan ke 4. Ini bermakna, 23 cabutan bertuah terakhir bakal diterima oleh anda yang bertuah. Untuk menyempurnakan acara ini, majlis mempersilakan Puan Shely untuk mencabut nombor bertuah dan menyampaikan hadiah. Dipersilakan. ***Puan Shely cabut nombor, emcee sebut nama. *** pemilik nombor datang ambil hadiah. MARIAPENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS Terima kasih Puan Shely atas kesudian menyampaikan hadiah cabutan bertuah. Tahniah juga diucapkan kepada para penerima hadiah cabutan bertuah sebentar tadi. Berikan tepukan buat anda semua. ** tepuk tangan** Hadirin dan hadirat sekalian, Saya serahkan majlis seketika kepada Puan Intan. Dipersilakan. ***** puan intan mengumumkan penerima anugerah*** **** PN SHELLY SAM DIIRINGI PUAN AZRINA CGUINTANPENUTUP Hadirin dan hadirat sekalian, Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan, Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua kami pohonkan. Maka berakhirlah sudah majlis kita pada malamini Saya , Muhammad Rayyan Darwish , Maria Aleesa Karmila dan Nur Wardina Syasya mewakili badan kepimpinan pengawas merakamkan jutaan terima kasih atas kehadiran para hadirin sekalian yang telah memeriahkan majlis jamuan makan malam pengawas pada malamini . Mohon maaf daripada kami jika ada sebarang ketidak sempurnaan dalam mengendalikan majlis ini. MARIAAWISHSYASYA


Semoga bertemu kembali. Terima kasih. Majlis bersurai.


Click to View FlipBook Version