SKRIP PENGACARA MAJLIS PENUTUP BULAN KEBANGSAAN & KARNIVAL PENDIDIKAN 2023 SEK.MEN.KEB.SENAWANG 23/9/2023 RABU DI DEWAN SERI DELIMA BIL ACARA SKRIP PENGACARA EMCEE 1 Pengumuman Kepada Tetamu Dewan Perhatian kepada semua murid dan guru: 1. Anda tidak dibenarkan melakukan pergerakan keluar masuk dewan begitu kerap semasa majlis berlangsung. 2. Anda diingatkan supaya berada di dalam dewan sehingga majlis tamat. 3. Semua warga dewan mohon berdiri untuk menyambut kehadiran tetamu undangan. MUAZ 2 Pengumuman Perarakan Masuk Membawa Bendera Jalur Gemilang mendahului Barisan Pengurusan Bersama Pegawai Ppd, Ydp Pibg, Pengurusan Dengan Diiringi Paluan Kompang Mengumumkan perarakan masuk pembawa bendera Jalur Gemilang mengiringi ketibaan Timbalan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Seremban, Yang diPertua PIBG, Ayahanda Pengetua Cemerlang dan barisan pentadbiran dan pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang masuk ke dewan. **** Rasyidi (baca ikrar) bersedia di rostrum MUAZ 3 Nyanyian Lagu Negaraku Dan Lafaz Ikrar Rukun Negara Pimpinan pengawas - MUHAMMAD RASYIDI BIN ABDUL KARIM (4UM) ******* tetamu dah berdiri depan kerusi VIP baru mula skrip seterusnya Mohon semua warga dewan berdiri tegak untuk menyanyikan Lagu Negaraku dan Lafaz Ikrar Rukun Negara. ****nyanyian lagu & bacaan ikrar Dipersilakan Yang Berbahagia Tuan Timbalan PPD dan ahli dewan duduk. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Muhammad Rasyidi bin Abdul Karim dari 4UM atas pimpinan bacaan ikrar Rukun Negara sebentar tadi. DARWISH
**** tunggu bagi semua duduk baru baca next skrip 4 Ucapan Aluan Pengacara Majlis Asal juragan mengail ikan, Sambil bersuka di tepi kuala, Masa jangan kita tangguhkan, Tirai dibuka majlis bermula Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh , Salam sejahtera Salam Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan Yang Berbahagia, Tuan Mohd Adnan bin Ismail Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Seremban. Yang dihormati, Encik Marzuki Bin Abd. Manap Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang Yang Mulia Tengku Adnan Bin Raja Daud Ayahanda Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang Yang berusaha barisan pentadbir Puan Shely-Sam binti Abu Zarin Penolong Kanan Pentadbiran Encik Zulkiefli bin Alias Penolong Kanan Hal Ehwal Murid MUAZ
Encik Ahmad Shah Asri bin Harun Penolong Kanan Kokurikulum Puan Nor Ashila Binti Mohd Adnan Penolong Kanan Sesi Petang Cik Hasyidah binti Abd Aziz Dan Cik Nor Ashikin binti Amir Wakil daripada Syarikat Seri Pajam Development Sendirian Berhad Ketua-ketua Bidang, para kaunselor, guru-guru dan muridmurid Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang yang dihormati dan dikasihi Allah. 5 Bacaan doa - ZAHIRUL 4UM 66 tahun telah berlalu, Negara kita mencapai merdeka, Rakyat Malaysia berganding bahu, Menjaga keharmonian negara tercinta. Sebagai tanda syukur dan memohon keberkatan kepada Allah Tuhan Yang Maha Esa, majlis dengan hormatnya mempersilakan MUHAMMAD ZAHIRUL FIRDAUS BIN IBRAHIM dari tingkatan 4UM untuk memimpinkan bacaan doa. Dipersilakan. *** bacaan doa *** Silat dan silambam bersedia di kiri/kanan pentas DARWISH 6 Persembahan Silat dan Silambam * Silat : Lagu Semerah Padi - M.Nasir * Silambam : Lagu ____ Amin…Amin..Ya Allah Ya Mujib. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada MUHAMMAD ZAHIRUL FIRDAUS BIN IBRAHIM kerana telah memimpin bacaan doa sebentar tadi. MUAZ
Mudah-mudahan doa yang dilafazkan, Allah akan membukakan pintu rahmat-Nya kepada kita semua. Jalur gemilang bendera Malaysia, Megah berkibar setiap hari, Selalulah kita berdoa kepadanya, Supaya malaysia terus aman harmoni. Hadirin dan hadirat yang saya hormati. Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan pembukaan majlis kita hari ini daripada Badan Beruniform Silat dan Silambam. Dipersilakan. ***** persembahan silat dan silambam ***** Unit Media bersedia dengan tayangan montaj 7 Tayangan Montaj Aktiviti Sepanjang Bulan Kebangsaan Demikianlah tadi telah kita sama-sama saksikan pergerakan tangkas dan berani bak pahlawan pertiwi mempersembahkan seni pertahanan diri Silat dan Silambam oleh murid-murid hebat Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang.Berikan tepukan buat mereka. Tanah airku terus terbilang, Rahmat bahagia tuhan kurniakan, Ayuh kibarkan jalur gemilang, Semarakkan bersama bulan kebangsaan. Sidang dewan sekalian, Selanjutnya, mari kita saksikan tayangan montaj.Dipersilakan. DARWISH 8 Ucapan Pengetua Cemerlang Demikianlah tadi tayangan montaj yang menarik dan kreatif yang telah disediakan oleh pasukan MEDIA SEMSE yang memaparkan aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang bulan MUAZ
Karnival Pendidikan. Terima kasih diucapkan. Sidang dewan yang saya hormati, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Mulia Tengku Adnan bin Raja Daud, Ayahanda Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang menyampaikan ucapan. Dipersilakan. ***** ucapan Ayahanda Pengetua 9 Ucapan Perasmian Penutup Bulan Kebangsaan Dan Karnival Pendidikan Tahun 2023 Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ayahanda Pengetua Cemerlang atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi. Makan nasi di tepi bendang, Bersambal tumis ikan bilis, Datanglah tuan kami mengundang, Tampil ke depan merasmi majlis. Untuk itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang berbahagia Tuan Mohd Adnan bin Ismail, Timbalan PPD Daerah Seremban menyampaikan ucapan perasmian seterusnya melancarkan gimik perasmian. Dipersilakan. ***** Tuan Timbalan PPD berucap DARWISH
10 Pelancaran Gimik Perasmian dan Potong Kek Sebelum Yang Berbahagia Tuan Mohd Adnan melancarkan gimik, majlis dengan ini mempersilakan Yang dihormati Encik Marzuki bin Abd Manaf, wakil dan barisan pentadbir untuk berada bersama di atas pentas. Dipersilakan. ****** yang dijemput naik ke pentas.semua dah ada atas pentas boleh floor manager boleh bagi que kepada Tn Adnan untuk potong ribbon. Majlis dengan ini mempersilakan Yang berbahagia Tuan Mohd Adnan menyempurnakan gimik perasmian. Dipersilakan. ******Tuan Adnan sempurnakan gimik Seterusnya dipersilakan Tuan Adnan, Yang Mulia Ayahanda Pengetua, YDP PiBG dan wakil dari Syarikat Seri Pajam untuk bersama memotong kek sempena Sambutan Kemerdekaan ke 66. Dipersilakan. Untuk pengetahuan semua, kek Sambutan Merdeka ini merupakan sumbangan daripada Syarikat Seri Pajam Development Sendirian Berhad. Terima kasih diucapkan. ********sesi bergambar *******Syifaa dan Danish bersedia di kiri/kanan pentas untuk buat persembahan MUAZ 11 Persembahan Nyanyian Lagu * Syifaa - Bahtera Merdeka * Danish - Haruman Terindah Majlis dengan penuh takzim merakamkan jutaan terima kasih atas kesudiaan Yang Berbahagia Tuan Mohd Adnan bin Ismail menyampaikan ucapan perasmian bagi MAJLIS PENUTUP BULAN KEBANGSAAN & KARNIVAL PENDIDIKAN 2023, SMK Senawang dan seterusnya menyempurnakan gimik perasmian sebentar tadi. DARWISH
Dipersilakan Tuan Adnan, Ayahanda Pengetua dan para jemputan kembali mengambil tempat. ******tunggu semua duduk dikerusi masing-masing baru mula skrip seterusnya. Sidang dewan yang dihormati, Marilah kita sama-sama saksikan persembahan nyanyian solo yang akan dinyanyikan oleh NUR SYIFAA ALYAA BINTI SHARIFUL ANAM dari 2USIM dan diikuti persembahan nyanyian daripada MUHAMMAD DANISH BIN MOHD RASIDI dari 3USM. Dipersilakan. ***** Syifaa nyanyi ***** Danish nyanyi ****persediaan penyampaian hadiah slot 1 Bidang Bahasa dan Sains Matematik. 12 Penyampaian Hadiah Sesi 1 – * Bidang Bahasa PK Koku dan KB Noraini Begitu indah dan merdunya nyanyian Syifaa dan Danish yang baharu sahaja mendendangkan Lagu Bertajuk Bahtera Merdeka dan Lagu Haruman Terindah buat hiburan kita pada petang ini. Berikan tepukan kepada Syifaa dan Danish. ****penonton tepuk tangan Sidang dewan yang dihormati, Acara seterusnya penyampaian hadiah dan sijil untuk acara yang telah dipertandingkan di bawah Bidang Bahasa sepanjang Bulan Kebangsaan dan Karnival Pendidikan dilaksanakan. Untuk itu, majlis dengan segalanya hormat mempersilakan Yang Berusaha Encik Ahmad Shah Asri bin Harun Penolong Kanan Kokurikulum diiringi Puan Noraini binti Abdul Rahim, Ketua Bidang kemanusiaan untuk MUAZ Aduka Syasya
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Dipersilakan. ******penyampaian hadiah Bidang Bahasa *****emcee sebut nama 13 Penyampaian Hadiah Sesi 1 - Bidang Sains dan Matematik YDP PIBG dan KB Suzi Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Ahmad Shah Asri bin Harun, Penolong Kanan Kokurikulum dan Puan Noraini binti Abdul Rahim atas kesudiaan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. *****en.shah & KB Noraini turun pentas ambil tempat duduk Syabas diucapkan kepada rakan-rakan SEMSE yang telah menerima hadiah. Sidang dewan yang dihormati, Selanjutnya acara penyampaian hadiah dan sijil bagi acaraacara yang telah dipertandingkan di bawah Bidang Sains dan Matematik sepanjang Bulan Kebangsaan dan Karnival Pendidikan Oleh yang demikian, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Dihormati Encik Marzuki Bin Abd Manaf, Yang Dipertua PIBG diiringi Puan Suzita binti Mohd Resad, Ketua Bidang Sains dan Matematik naik ke pentas untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. **** penyampaian hadiah Bidang Sains dan Matematik **** Kumpulan Puisi dan Lagu bersedia di kiri/kanan pentas DARWISH Aduka Syasya 14 Persembahan Puisi Dan Lagu Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang dihormati Encik Marzuki bin Abd Manaf dan Puan Suzita binti Mohd Resad kerana telah sudi menyempurnakan acara penyampaian DARWISH
hadiah sebentar tadi. *****YDP PIBG dan KB Suzi turun pentas dan ambil tempat duduk Syabas diucapkan kepada rakan-rakan SEMSE yang telah menerima hadiah. Baju Kurung Baju Kebaya, Manis Dipakai Oleh Cik Saloma, Tidak Luntur Semangatku Malaysia, Usaha Perjuangan Kita Bersama. Sidang dewan sekalian. Sebelum persembahan seterusnya bermula, izinkan saya menceritakan latar belakang kumpulan yang bakal membuat persembahan sebentar lagi. Kumpulan Seri Delima yang dibimbing oleh Puan Hani Arba’yah binti Abdul Rahman telah mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Sayembara Puisi Dan Lagu Sekolahsekolah Menengah Secara dalam talian Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2023. Oleh itu, dipersilakan Kumpulan Seri Delima membuat persembahan. *******persembahan puisi dan lagu ******* Kumpulan Dikir Barat bersedia di kiri/kanan pentas 15 Persembahan Dikir Barat Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan Seri Delima yang telah membuat persembahan sebentar tadi dengan tajuk puisi dan lagunya Muhibah Madani. Berikan tepukan sekali lagi MUAZ
buat mereka. Sidang dewan sekalian, Mari kita saksikan persembahan tradisi dari masyarakat negeri Pantai Timur, iaitu persembahan dikir barat daripada kumpulan Dikir Anak Negeri. Dipersilakan. ******persembahan dikir barat ****** persediaan penyampaian hadiah slot ke 2 Bidang Teknik dan Vokasional & Bidang Kemanusiaan. 16 Slot 2 : Penyampaian * Bidang Teknik & Vokasional -Pengetua & PK Koku Terima kasih kumpulan Dikir Barat Anak Negeri. Sungguh meriah dan bertenaga persembahan mereka. Dikhabarkan kumpulan dikir barat ini terdiri daripada murid-murid sesi petang dan inilah kali pertama mereka diberi peluang membuat persembahan di atas pentas. Berikan tepukan buat mereka sekali lagi. Hadirin dan hadirat sekalian. Acara pada petang ini, kita lanjutkan kepada penyampaian hadiah bagi pertandingan yang telah dianjurkan oleh bidang teknik dan vokasional. Untuk menyempurnakan acara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Mulia Tengku Adnan bin Raja Daud, Ayahanda Pengetua Cemerlang diiringi Yang berusaha Encik Ahmad Shah Asri bin Harun Penolong Kanan Kokurikulum naik ke pentas. *******pemenang beratur ambil tempat ******penyampaian hadiah Bidang Teknik dan Vokasional DARWISH Aduka Syasya
17 * Bidang Kemanusiaan - TPPD & Pengetua Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ayahanda Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum atas penyempurnaan penyampaian hadian sebentar tadi. Kita lanjutkan lagi penyampaian hadiah pada petang untuk Bidang Kemanusiaan. Untuk menyempurnakan acara, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Tuan Mohd Adnan Bin Ismail, Timbalan PPD Seremban naik ke pentas dengan diiringi Yang Mulia, Tengku Adnan bin Raja Daud, Ayahanda Pengetua Cemerlang. Dengan penuh takzim dipersilakan. ***** Penyampaian Hadiah Bidang Kemanusiaan. MUAZ Syasya Aduka 18 Penyampaian Hadiah Keceriaan Kelas Sempena Bulan Kemerdekaan Seterusnya, majlis akan diteruskan dengan penyampaian hadiah Pertandingan Keceriaan Kelas Sempena Bulan Kebangsaan. Pemenang bagi Pertandingan Keceriaan Kelas Sempena Bulan Kebangsaan ialah : KATEGORI MENENGAH ATAS: TEMPAT KETIGA :________________ NAIB JOHAN : 5UM JOHAN : 5USIM KATEGORI MENENGAH RENDAH TEMPAT KETIGA ;_______ NAIB JOHAN : 3USM JOHAN : 3UKM KATEGORI SESI PETANG TEMPAT KETIGA : _____ NAIB JOHAN : 2USM JOHAN : 1USIM DARWISH
19 Penyampaian sijil penghargaan untuk seri pajam Development Sdn . Bhd oleh TPPD -lagu iringan Sebelum acara seterusnya, majlis mempersilakan Encik Marzuki dan barisan pentadbir untuk berada di atas pentas bersama dengan Yang Berbahagia Tuan Mohd Adnan dan Ayahanda Pengetua. Dipersilakan. *******YDP PIBG, PKP,PKHEM,PK KOKU bergerak naik ke pentas Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Tuan Mohd Adnan bin Ismail menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Cik Hasyidah binti Abd Aziz yang merupakan wakil syarikat Seri Pajam Development Sendirian.Berhad atas sumbangan pihak syarikat ini atas kesudian menaja kek kepada pihak sekolah dan sudi hadir bersama ke majlis kita hari ini. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syarikat Seri Pajam Sendirian Berhad. ****Penyampaian sijil penghargaan ****Sesi Bergambar MUAZ 20 Penyampaian Cenderamata kepada TPPD oleh pengetua Selanjutnya majlis dengan penuh takzim mempersilakan ayahanda pengetua menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Tuan Mohd Adnan bin Ismail, Timbalan PPD Seremban kerana sudi datang merasmikan majlis seterusnya bersama dengan warga SEMSE sehingga ke penghujung acara. Menganyam tikar berdaun jerami, Untuk dijual di pasar pagi, Terima kasih tuan sudi datang merasmi, Budimu tuan kami sanjung tinggi. ******penyampaian cenderamata kepada TPPD ***** Sesi bergambar DARWISH
*****Fazmirul bersedia Dipersilakan Tuan Adnan kembali mengambil tempat untuk sama-sama menyaksikan persembahan seterusnya. ****** tunggu mereka dah duduk, boleh teruskan baca skrip 21 Persembahan Nyanyian Solo (Jemputan Khas) -Fazmirul Alumni SEMSE -nyanyi 2 lagu * Warisan * standing in The eyes Of The World Sidang dewan yang saya hormati, Acara seterusnya merupakan persembahan nyanyian daripada salah seorang Alumni SEMSE. Untuk pengetahuan semua, insan ini yang merupakan graduan Sarjana Muda Pendidikan Muzik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).Beliau pernah membuat persembahan dan menyertai pelbagai pertandingan Koir. Bakat seni yang ada, dikembangkan lagi dengan menjadi sebagai penyanyi latar di Anugerah Juara Lagu (AJL) 2019 dan 2020. Kini, beliau meneruskan kerjaya sebagai guru vokal di salah sebuah akademi muzik di Puncak Alam, Selangor. Beliau juga pernah menjalankan latihan praktikum di sekolah kita pada tahun 2022. Dipersilakan Cikgu Fazmirul Azree membuat persembahan. ******Fazmirul buat persembahan 2 lagu ****** Pasukan tarian bersedia MUAZ 22 Tarian Rampaian Terima kasih Cikgu Fazmirul Azree kerana sudi memeriahkan majlis kami pada petang ini. Seronoknya kalau Cikgu Fazmirul di tempatkan mengajar di SEMSE. Pasti ramai murid-murid SEMSE yang mempunyai bakat terpendam dalam bidang nyanyian boleh digilap bakatnya. Berikan tepukan buat Cikgu Fazmirul Azree. DARWISH
Sidang dewan sekalian, Mari kita saksikan persembahan kemuncak pada petang ini iaitu persembahan tarian daripada murid-murid sesi pagi. Dipersilakan. ****** persembahan tarian ****** pengawas / PRS boleh edarkan bendera kepada tetamu dan penonton di dalam dewan. 23 Nyanyian Lagu Patriotik sambil kibar bendera -lagu tema kebangsaan : tekad perpaduan -lagu jalur Gemilang Terima kasih diucapkan kepada kumpulan tarian yang mempersembahan tarian berbilang kaum yang terdapat di Malaysia. Berikan tepukan buat mereka. ******penonton tepuk tangan Sidang dewan sekalian, Sebelum acara seterusnya, saya mempersilakan semua murid SEMSE yang membuat persembahan iaitu Syifaa, Danish, Kumpulan Puisi dan Lagu, Kumpulan Dikir Barat dan kumpulan tarian berada di atas pentas bersama bendera jalur gemilang di tangan. ******* semua dah sedia di atas pentas, baru baca next skript Warga dewan sekalian dipersilakan berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu tema sambutan kemerdekaan tahun ini iaitu Tekad Harapan dan lagu tradisi bulan kemerdekaan iaitu Jalur Gemilang. Mari kita nyanyikan bersama. DARWISH
24 Laungan Kemerdekaan Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Ayahanda Pengetua naik ke pentas untuk melaungkan kata keramat MERDEKA sebanyak 7 kali. ******bagi microphone pada Tuan Pengetua. ****** pengetua laung MERDEKA 7 kali disambut oleh penonton Berikan tepukan yang gemuruh buat Ayahanda Pengetua Cemerlang. MUAZ 25 PENUTUP Hadirin dan hadirat sekalian, Begitulah kemeriahan sambutan kemerdekaan di peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang pada tahun ini. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Mohd Adnan bin Ismail Timbalan PPD Seremban sudi hadir ke majlis kami pada petang ini. Ucapan terima kasih juga kami ucapkan kepada wakil syarikat Seri Pajam Sendirian Berhad kerana sudi menaja kek sambutan merdeka untuk warga SEMSE. Maka dengan ini, berakhirlah sudah MAJLIS PENUTUP BULAN KEBANGSAAN & KARNIVAL PENDIDIKAN 2023 SEK.MEN.KEB.SENAWANG. Melarik halus papan di Jawa, Tersergam kukuh di gerbang batu, Adat berjumpa terpisah jua, Moga ketemu di lain waktu. Saya , _____________________________________ Dan Saya ____________________________________ Pengacara majlis pada petang ini . Sekian, terima kasih. DARWISH