The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainiskpmg2, 2021-02-03 03:50:16

1 MINIT MESY PANITIA PJPK X 1 2021

1 MINIT MESY PANITIA PJPK X 1 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI PRAI,
09400 PADANG SERAI, KEDAH.
TEL : 04-3415993

No. Fail : SKPP/30/002/19 ( )
Tarikh : 02.02. 2021

Kepada,
AJK PANITIA PJPK
Tuan/puan,

MESYUARAT PANITIA PJPK KALI PERTAMA SESI 2021

Berhubung dengan perkara di atas, dengan segala hormatnya tuan/puan dijemput untuk hadir ke mesyuarat
yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 3 Februari 2021 ( Rabu )
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Makmal ICT, SKPP

2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

I. Perutusan Pengerusi
II. Membentang dan Mengesah minit mesyuarat 3/2020
III. Perkara Berbangkit
IV. Agenda Profesional

a. Dasar Kurikulum Sekolah
Visi & Misi KPM / Sekolah
Pelan PPM 2021

b. Perlantikan Jawatankuasa Kurikulum 2021
c. Jadual Waktu
d. DSKP / Rpt / Rph dan Kontrak Latihan
e. Pengunaan buku tulis
f. Perancangan Strategik
g. Pembelajaran Abad 21
h. Pemantauan Kurikulum Berkualiti ( PKB )
i. Headcount 2021
j. Kewangan Panitia Tahun 2021
k. Membincangkan Kaedah PdP berkesan
l. PBS – Modul Offline
m. PLC
V. Hal-hal Lain
VI. Ucapan Penangguhan

3. Kehadiran tuan/puan adalah amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

………………………………….
(AZHAR BIN YAHAYA)
Guru Besar
SK Pantai Prai

SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI PRAI,
09400 PADANG SERAI, KEDAH.
TEL : 04-4315993

MINIT MESYUARAT PANITIA PJPK

BIL.1/ 2021

TARIKH : 3 FEBRUARI 2021 (RABU)
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : MAKMAL ICT, SK PANTAI PRAI

KEHADIRAN :

1. En. Iszaiezham Bin Ismail (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
2. En. Mohamad Hanif Bin Hambali (Ketua Panitia)
3. PN. Che Liah Bt Ahmad

I. UCAPAN PENGERUSI

1. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kedatangan guru-guru, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran dan semua AJK.. Berharap agar mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar agar
dapat memantapkan pengurusan dan program-program yang dirancang.

2. Menyarankan agar guru-guru PJPK akan dapat bekerja lebih keras untuk mencapai Visi dan
Misi sekaligus dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan

Tindakan : Semua AJK

II. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS
3.Pn.Che Liah telah mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu diterima dan disahkan.
En Iszaiezham telah menyokong cadangan tersebut.

III. PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit.

IV. AGENDA PROFESIONAL

A. DASAR KURIKULUM SEKOLAH

4. Visi dan Misi KPM/Sekolah.
4.1 Pengerusi berharap semua guru mengetahui dan menghayati visi dan misi dan

KPM/sekolah. Semua guru perlu merujuk buku Pengurusan Tahun 2021 yang akan

dibekalkan bagi mengetahui semua maklumat berkaitan dengan senarai tugas guru di
sekolah. Beliau amat berharap semua guru mematuhi dan melaksanakan semua
dasar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dalam usaha merealisasikan visi dan
misi sekolah.

Makluman

4.2 Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan :
4.2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.

4.2.2 Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.

4.2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Makluman
Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan
Daerah.

5. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

5.1 Pengerusi menyatakan PPPM sudah memasuki gelombang kedua.

5.2 Pengerusi memaklumkan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
untuk memastikan semua guru di peringkat sekolah rendah memiliki sekurang-
kurangnya kelayakan di peringkat ijazah Sarjana Muda.

5.3 Pengerusi memaklumkan hasrat ini untuk melahirkan golongan guru yang
profesional di sekolah.
Makluman

B. Perlantikaan Jawatankuasa Kurikulum 2021

Rujuk dalam buku perancangan pengurusan sekolah.

C. Jadual Waktu

.Rujuk Lampiran

Pengerusi meminta semua guru PJPK menyerahkan satu salinan jadual waktu kepada
setiausaha untuk simpanan fail panitia.

Tindakan : Semua Guru PJPK

D. TOV, HEADCOUNT dan PILL

4. Pengerusi mengingatkan supaya headcount mesti disiapkan dari tahun 4,5 dan 6. Guru diminta
mengenal pasti murid yang berpotensi mendapat A dan lulus dengan baik. Headcount yang telah
siap mestilah diserahkan kepada beliau atau dimasukkan ke dalam Fail Headcount sebagai
rujukan.

E. RANCANGAN PELAJARAN
5. Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP)

7.1 Pengerusi berharap agar semua guru mempunyai DSKP PJPK.
7.2 Dokumen Penjajaran , gurun mesti mengikut dokumen itu
7.3 Guru PJPK tahun 1 hinnga tahun 5 mestilah menggunakan DSKP Semakan
2017 untuk rujukan PdPc.

Tindakan : Guru PJPK Tahun 1,2,3,4 & 5

6. Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
8.1 En Hanif mencadangkan semua guru PJPK membuat Rancangan Pengajaran
Tahunan (RPT) mengikut kesuaian kelas masing-masing.
Tindakan : Semua Guru PJPK

7. Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
9.1 Pengerusi meminta semua guru agar menyelaraskan format penulisan bagi
Rancangan Pengajaran Harian (RPH)..

8. Buku Latihan Murid
10.1 Pengerusi menyatakan bahawa mulai tahun 2021, semua murid akan
menggunakan buku tulis panjang bagi menggantikan buku pendek.
10.2 Pengerusi berharap latihan yang diberi kepada murid perlulah berdasarkan

kemampuan murid.

10.3 Pengerusi meminta semua guru agar menanda buku latihan murid dan ada
pembetulan latihan.

Makluman

9. Perancangan Strategik Panitia PJPK
11.1 Encik Iszaiezham selaku PK Pentadbiran mengingatkan agar perancangan
strategik dibuat berdasarkan format yang telah ditetapkan.

Makluman
11.2 Beliau memutuskan perancangan strategik perlu disediakan dalam bentuk
fail.

Tindakan: Ketua Panitia
11.3 Encik Iszaiezham mengingatkan bahawa antara kandungan penting dalam
dokumen perancangan strategik adalah seperti berikut:

11.3.1 Analisis SWOT
11.3.2 Isu
11.3.3 Pelan Tindakan
11.3.4 Pelan Taktikal
11.3.5 Pelan Operasi

11.4 Beliau memutuskan perancangan strategik dilaksanakan dalam tempoh 5 Makluman
tahun.

10. Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21)

12.1 Pengerusi menekankan bahawa semua guru harus melaksanakan konsep
Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21) dalam PdPc di dalam bilik darjah.

Makluman

11. Panitia telah mewujudkan fail untuk tujuan tersebut. Semua Sukatan Pelajaran (SP), HSP dan
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) telah dimasukkan ke dalam fail sebagai rujukan guru-guru.

Tindakan : Guru PJPK

Tindakan : AJK panitia

F. KEWANGAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS PANITIA BAHASA ARAB 2021

12. Bajet yang diperuntukkan untuk Panita PJPK pada tahun ini belum dipastikan kerana peruntukan
belum sampai kesekolah.

13. En. Hanif memperingati guru-guru yang hendak membeli ABM atau BBM untuk memudahkan
proses P&P dikehendaki mengisi nota minta yang boleh didapati di pejabat dan mestilah melalui
Ketua Panitia.

14. Pembelian ABM adalah diutamakan kerana untuk kegunaan murid-murid di dalam PBD.

Tindakan : AJK panitia

G. PENCERAPAN PdP

15. Pengerusi menyatakan bahawa guru-guru mesti menyediakan penetapan atau kontrak latihan
murid mengikut kelas masing-masing. Begitu juga dengan penetapan bilangan menggunakan
buku tulis. Semua kontrak mestilah disiapkan dan diserah kepada guru besar.

Tindakan : AJK panitia

H. PEMANTAUAN SUKATAN PELAJARAN

16. Pengerusi memaklumkan bahawa pemantauan oleh pihak pentadbir akan dilakukan dua kali
setahun. Jadi, guru-guru diminta bersedia dengan semua dokumen yang dikehendaki.

Makluman

I. PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

17. Pengerusi menjelaskan bahawa terdapat 3 kali peperiksaan yang bakal berlangsung iaitu Ujian 1,
Peperiksaan Pertengahan Tahun dan juga Peperiksaan Akhir Tahun.

18. Pengerusi meminta agar guru-guru mengisi dalam SAPS sebaik saja peperiksaan selesai. Dan
guru juga perli menulis markah murid dalam buku rekod masing-masing.

J. KSSR Dan Modul Offline

24. KSSR sudah masuk tahun yang keenam.

25. Diharapkan guru-guru sentiasa merujuk Dokumen Kurikulum Standard KSSR (KSSR)
manakala untuk guru Tahun 5 dan 6 merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSPK) semasa menyediakan RPH serata semasa proses pdp. Semua
dokumen ini boleh diperoleh dari Ketua Panitia atau dimuat turun dari laman web.

26. Guru-guru juga boleh merujuk Buku Panduan Guru untuk memantapkan lagi proses pdp.
Selain itu, di bahagian belakang Buku Panduan Guru untuk KSSR.

K. PLC

27. En. Hanif memperingati tentang amalan kita semasa di dalam kelas. Diharap semua guru
dapat mempratikan adab sebagai guru dan adab sebagai penuntut.

28. Pn Che Liah menambah penerangan tentang PLC kepada semua guru agar semua
memahami dengan lebih baik.

29. En. Hanif mencadangkan agar amalam terbaik untuk pdpc PJPK.

Makluman

L. PENGGUNAAN BILIK

29. Pengerusi memaklumkan bahawa bilik PJPK sudah tersedia dengan pelbagai peralatan
PJ.

Makluman

M. HAL-HAL LAIN
31. Pengerusi menyarankan kepada ahli panitia, sekiranya guru terpaksa meninggalkan
sekolah atas urusan yang tak dapat dielakkan, maka guru tersebut haruslah
menyediakan bahan pembelajaran seperti soalan latihan kepada pelajar agar PdP
sentiasa berjalan tanpa pelajar membuang masa begitu saja.

32. Pengerusi juga menyarankan agar setiap guru PJPK menggunakan kemudahan ICT
(Chrome Book) dalam PdP seperti penggunaan power point, internet, blog dan sebagainya
untuk menyampaikan pengajaran dan maklumat kepada murid.

33. En. Iszaiezham meminta agar guru-guru dapat mengenal pelajar dengan lebih dekat
bagi mengenal pasti potensi setiap pelajar supaya panitia PJPK dapat menjalankan
program PJPK yang dirancang berdasarkan potensi pelajar.

34. En. Iszaiezhami meminta guru-guru supaya meniliti skpmg2 dengan baik agar tidak
tercicir mana-mana bahagian.

35. Perjumpaan ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Urus Setia: 3 Februari 2021

Mohamad Hanif Bin Hambali
Ketua Panitia PJPK
SK Pantai Prai


Click to View FlipBook Version
Previous Book
วิชาธรรมะ ชั้นตรี
Next Book
KATALOG KALIS AIR