The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainiskpmg2, 2021-02-03 03:47:42

MINIT INDUK HEM-kali ke 1 2021

MINIT INDUK HEM-kali ke 1 2021

MINIT MESYUARAT INDUK HEM 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI PRAI,

09400, PADANG SERAI,KEDAH DARUL AMAN

BIL 1/ 2021

Tarikh : 28 Januari 2021 (Khamis)

Masa : 09.00 pg

Tempat : Makmal Komputer

Pengerusi : Encik Mohamad Zaidi Bin Mohamad Zaber (PK HEM)
Kehadiran:

1. Puan Noor Aishah binti Azmi
2. Puan Riza Binti Ishak
3. Puan Norhayati Binti Abdul Rahman
4. Encik Khairul Azwan Bin Abdul Aziz
5. Puan Hanisah Binti Md Shofi
6. Encik Mohamad Hanif Bin Hambali
7. Encik Rabil Bin Rayman
8. Puan Norhafizzah Binti Abdul Samad

Turut Hadir :

1. Encik Iszaiezham Bin Ismail (PKP)
2. Puan Che Liah Binti Ahmad (PKKO)

Tidak Hadir:

1. Puan Hasmah Binti Abdullah
2. En Azrin Bin Md Ishak ( Lapor diri di sekolah baru )

Urusetia Mesyuarat :
1.Mohamad Hanif Bin Hambali

1

Agenda:
1 Ucapan Pengerusi.
2 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lalu.
3 Perkara berbangkit.
4 Pelaksanaan Perancangan HEM 2021

4.1 Disiplin
4.2 Bantuan Am
4.3 3K
4.4 Bimbingan dan Kaunseling / PPDa
4.5 Kantin
4.6 SPBT
4.7 Lawatan dan Program Luar
4.8 Kedai Buku
5 APDM
6 Hal-hal lain
7 Penutup

1 Ucapan Pengerusi

1.2. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Tuan PKP mewakili guru besar di
atas kesudiannya menghadiri mesyuarat Induk KEM kali pertama ini dan mengalu-
alukan kehadiran semua guru serta merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran
guru dalam mesyuarat kali pertama ini dan mengucapkan tahniah kerana perjalanan
aktiviti tahun lepas berjalan dengan lancar.
1.2. Beliau memaklumkan,untuk memastikan setiap perancangan aktiviti berjalan
dengan lancar maka semua pihak hendaklah bekerjasama dan melibatkan diri secara
aktif dan maksimum memandangkan bidang HEM ini memfokuskan murid semata-
mata.

Makluman: Semua guru Tindakan :AJK Unit

2. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lalu.

2.1 Cikgu Mohamad Hanif bin Hambali selaku setiausaha membentangkan minit
mesyuarat kali ke 3 2020 untuk disahkan.

Cadangan pengesahan: Rabil bin Hj Rayman
Sokongan : Riza binti Ishak

3 Perkara berbangkit.

3.1 SSDM-Cikgu Rabil akan adakan bengkel untuk semua guru.
3.2 APDM-PK HEM memaklumkan bermula tahun 2021 penjaga / ibu bapa bleh
mengemaskini maklumat dalam sistem APDM melalui pautan public.moe.gov.my.
PK HEM berharap agar semua guru kelas dapat memaklumkan kepada semua
penjaga serta membuat pemantauan.

2

Makluman: Semua AJK Tindakan :Semua guru

4 Pelaksanaan Perancangan HEM 2021

4.1 PK HEM memaklumkan bahawa pelaksanaan perancangan tahunan 2021 unit
HEM adalah seperti berikut:

4.1 Unit Disiplin
4.1.1 En Rabil bin Hj Rayman selaku guru yang bertanggungjawab untuk Unit Disiplin
membentangkan perancangan tahunan Unit Disiplin 2021.
4.1.2 PK HEM memaklumkan surat amaran ketidakhadiran murid dikeluarkan oleh
guru kelas.
4.1.3 Mesyuarat bersetuju pada tahun ini semua ketua dan penolong ketua kelas
memakai tanda nama. Kos unutuk tanda nama ini akan dipohon kepada PIBG.
Ustazah Aishah juga turut memaklumkan untuk memberi sumbangan. Tanda nama ini
akan diuruskan oleh Ustazah Aishah.
4.1.4 Kos untuk tanda nama pengawas ditanggung oleh murid-murid sendiri.

4.2 Unit Bantuan Am
4.2.1 Pn Noorhafizzah binti Abdul Samad selaku guru yang bertanggungjawab untuk
Unit Bantuan Am memaklumkan telah membuat edaran bantuan zakat bagi tahun
2021.
4.2.2 Pn Noorhafizzah juga memaklumkan telah mengedarkan surat penerimaan
bantuan RMT kepada penjaga murid-murid yang terlibat.
4.2.3 PK HEM memaklumkan surat BAP telah diterima,pendapatan perkapita penjaga
mestilah di bawah RM 3000. PK HEM sendiri akan membuat pemilihan berdasarkan
data murid daripada APDM dan bilangan murid yang layak berdasarkan jumlah wang
yang diterima oleh pihak sekolah.
4.2.4 PK HEM memaklumkan senarai nama penerima KWAMP terus daripada pihak
KPM. Wang bantuan akan dimasukkan terus ke akaun BSN penerima.Pihak sekolah
hanya adakan majlis tanda tangan penerima.
4.2.5 PK HEM memaklumkan program RMT & Susu bermula pada hari pertama
persekolahan.

-Program susu sekolah : Waktu pagi persekolahan.
-Bekas makanan penerima RMT akan ditulis nama.

4.3 Unit 3 K & Kantin

4.3.1 Pn Norhayati binti Abdul Rahman selaku guru yang bertanggungjawab
memaklumkan pada tahun ini akan dijalankan Program Sifar Sampah & Kitar Semula.
4.3.2 Ceramah Kesihatan & Keselamatan akan diadakan pada 07 April 2021.
4.3.3 Laporan kebersihan kantin secara berkala akan dibuat bermula bulan Mac 2021.

3

4.4 Unit SPBT
4.4.1 Pn Noor Aishah binti Azmi selaku guru yang bertanggungjawab untuk Unit
SPBT memaklumkan pelupusan buku teks akan dijalankan pada Jun 2021.
4.4.2 Pemulangan dan agihan buku teks untuk tahun 2021 telah selesai dijalankan.
4.4.3 Pn Noor Aishah berharap agar semua guru kelas dapat membuat
pemantauan terhadap buku teks yang diterima murid agar dibalut serta dijaga
dengan baik.
4.4.4 Bilik SPBT sudah mula diserang anai-anai,Pn Aishah berharap agar PK HEM
Dapat berbuat sesuatu.

4.5 Bimbingan dan Kaunseling / PPDa
Kedai Buku
Lawatan dan Program Luar

4.5.1 Guru yang terlibat tidak dapat hadir.

Makluman: Semua AJK Tindakan :AJK terlibat

5 APDM
5.1 PK HEM memaklumkan guru kelas tidak perlu lagi membuat penandaan
kehadiran murid dalam sistem APDM tunggu sehingga makluman diberi.
5.2 APDM-PK HEM memaklumkan bermula tahun 2021 penjaga / ibu bapa bleh
mengemaskini maklumat dalam sistem APDM melalui pautan
public.moe.gov.my. Guru kelas diharap dapat membuat pemantauan serta
semakan ke atas segala maklumat yang diisi oleh para penjaga.
5.3 PK HEM memaklumkan maklumat murid baru perlu dimasukan oleh guru kelas
dalam sistem APDM. Untuk murid keluar akan dilakukan oleh PK HEM. Sebarang
masalah guru-guru boleh berhubung terus dengan PK HEM.

Makluman: Semua guru Tindakan :Guru kelas

6 Hal-hal lain
6.1 PK Pentadbiran memaklumkan pada tahun ini setiap unit perlu adakan

brosur/risalah berkaitan unit masing-masing dan perlu diserahkan salinan
kepada GB,PK terlibat dan fail unit. Tapak brosur untuk Unit HEM akan
disediakan oleh Pn Noorhafizzah.
Isi kandungan brosur : - Muka depan

- Visi/Misi/Matlamat sekolah
- Carta organisasi
- Perancangan tahunan
- Bidang tugas
6.2 PK Pentadbiran juga memaklumkan pada tahun ini setiap panitia akan
menguruskan 1Taman Mini.
6.3 Pn Noor Aishah akan menyediakan semua tulang-tulang fail untuk Unit HEM
dan berwarna unggu.
6.4 Fail dan nombor fail boleh diambil daripada En Yusuf.

Makluman: Semua guru Tindakan :Semua guru

4

7 Penutup
7.1 PK HEM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK dan guru kelas
yang hadir. Moga segala perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan
jayanya,inshAllah.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 01.00 petang.
Disediakan oleh:
_______________________
Mohamad Hanif Bin Hambali
Urus Setia
Unit HEM
SK Pantai Prai
Tarikh diminitkan : 28 Januari 2021

5

6


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Diploma in Computer Studies
Next Book
รายงานการอบรมหลักสูตรวิทยาการคำนวณ สสวท