The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan dan dokumentasi program yang telah dijalankan oleh Kelab Guru dan Staff sepanjang tahun 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salwana83, 2022-12-07 10:23:42

Majlis Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru & Staff 2022

Laporan dan dokumentasi program yang telah dijalankan oleh Kelab Guru dan Staff sepanjang tahun 2022

LAPORAN JAMUAN HARI GURU
& JAMUAN HARI RAYA

Tarikh : 20 Mei 2022 (Jumaat)

Masa : 2.15 P.M.

Tempat : Straits 345, Level 7, LaCrista Hotel, Melaka

Tema Pakaian: Kesultanan Melayu Melaka

2.00 p.m. : Barisan pentadbir tiba di hotel dan daftar kehadiran

2.30 p.m. : Ketibaan para tetamu kehormat.

2.35 p.m. : Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis dan diteruskan
dengan bacaan doa.

2.40 p.m. : Para hadirin menjamu selera dan majlis diteruskan dengan ucapan Pengerusi
Kelab Staf, Pengetua dan akhir sekali ucapan serta perasmian majlis oleh
Datuk Jamil bin Jabar , Wakil rasmi Y.B Senator Dato' Seri Dr. Hj. Mohamad
Ali Bin Hj. Mohamad Timbalan Speaker Dewan Negara Parlimen Malaysia
YDP Pibg SMK KLEBANG BESAR.

3.00 p.m : Kemudian majlis diteruskan lagi dengan pertukaran hadiah guru,
penyampaian hadiah guru berpindah, hadiah pakaian terbaik dan hadiah
kepada pemenang sukaneka. Penerima hadiah-hadiah tersebut adalah
seperti berikut:

i. Guru berpindah : En.Ishak & En Hasiran

ii. Pakaian terbaik : Lelaki : En Amry
Perempuan : Hjh Anis Abd Rashid

3.50 p.m. : Sterusnya, majlis diteruskan dengan persembahan guru oleh En.Shamsul
dan Pn.Kertini.

4.45 p.m : Sesi bergambar di hotel dan majlis bersurai pada jam 5 petang.

Jamuan Hari Guru & Hari Raya Di Hotel
https://photos.app.goo.gl/LZVXwXYExM4h
vnxQ



Disediakan oleh,

S.Malar
(Malarvili Selvan)
AJK Dokumentasi
Sambutan Hari Guru

Sekolah Menengah Kebangsaan Klebang Besar,
75200 Melaka

JUMAAT, 29 JULAI 2022

29-07-2022

LAPORAN MAJLIS
SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH

PERSARAAN ENCIK NIZAM BIN MD MINHAD
&

PERPINDAHAN EN AZIZI BIN YAHYA,
PN NOR AZALIZA BINTI ABDULLAH , USTAZ ZULHAZMI

BIN MOHD YUSOF DAN PN ROSMILA BINTI RAMLI

Pada 29 Julai 2022, bersamaan hari Jumaat, Kelab Staf SMK Klebang Besar Melaka
telah mengadakan satu majlis rasmi iaitu Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih
bersempena dengan persaraan En Mohd Nizam Bin Minhad serta perpindahan En Mohd
Azizi Bin Yahya ( GPK KO-Kurikulum ) , Pn Rosmila Binti Ramli ( GKMP Bahasa ), Ustaz
Zulhazmi Bin Mohd Yusof dan Pn Nor Azaliza Binti Abdullah. En Mohd Nizam Bin Minhad
mula bertugas di SMK Klebang Besar sebagai Guru Bahasa Inggeris mulai 1 Mac 2017
sehingga beliau bersara pilihan pada 1 Ogos 2022. En Mohd Azizi Bin Yahya telah naik
pangkat dan berpindah ke SMK Air Keroh sebagai GPK HEM, Pn Rosmila Binti Ramli juga
naik pangkat dan berpindah ke SMK Bukit Rambai sebagai GPK Ko-kurikulum. Manakala
Ustaz Zulhazmi Bin Mohd Yusof pula berpindah ke SMK Kampung Gelam dan Pn Nor
Azaliza Binti Abdullah berpindah ke SMK Hang Kasturi. Mereka telah berpindah pada 13
Jun 2022.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Tuan Haji
Rahimi bin Ibrahim dan diikuti dengan ucapan Tuan Pengetua, Tn Haji Azman bin
Muhamed Dum. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan yang dinanti-nantikan,
iaitu ucapan daripada En Mohd Nizam Bin Minhad diikuti dengan ucapan En Mohd Azizi
Bin Yahya sebagai wakil guru berpindah.

Sebelum majlis berakhir pihak sekolah telah menyampaikan sijil penghargaan dan
hadiah cenderamata kepada mereka yang diraikan hari ini sebagai tanda penghargaan
atas segala jasa dan tugas yang telah dilaksanakan dengan penuh cemerlang sepanjang
berkhidmat di SMK Klebang Besar. Seluruh warga sekolah mendoakan agar En Mohd
Nizam Bin Minhad, En Mohd Azizi Bin Yahya, Pn Rosmila Binti Ramli, Ustaz Zulhazmi Bin
Mohd Yusof dan Pn Nor Azaliza Binti Abdullah akan terus dimurahkan rezeki dalam
menabur bakti sepanjang karier dalam bidang pendidikan ini serta mencapai
kecemerlangan dengan lebih baik lagi pada masa yang akan datang.

LAPORAN BERGAMBAR















Laporan disediakan oleh,

………………………………….
( NG LAY SIAH)

Laporan disahkan oleh,

………………………………...
(TN HJ AZMAN BIN MOHAMED DUM)
Pengetua
SMK Klebang Besar
75200 Melaka.

LAPORAN DAN DOKUMENTASI
MAJLIS MENJUNJUNG APRESIASI KASIH ABADI

PN. HAJAH ANIS BINTI ABDUL RASHID
SMK KLEBANG BESAR
TAHUN 2022

1.0 PENGENALAN

Majlis Persaraan Puan Hajah Anis Binti Abdul Rashid ini merupakan majlis khusus yang diadakan
sempena meraikkan persaraan Puan Hajah Anis di Sekolah Menengah Kebangsaan Klebang Besar
sebagai guru penolong kanan(GPK 1) dan pendidik. Majlis ini telah diadakan bagi mengenang jasa dan
keringat yang dicurahkan oleh beliau selama lebih kurang 11 tahun bertugas di sekolah ini mulai 2011.
Majlis Persaraan ini telah diadakan pada 30 September 2022 di kantin SMKKB yang turut sama dihadiri
oleh Tuan Haji Azman Bin Muhd Dum selaku Pengetua sekolah, Penolong Kanan Petang, Encik Zamri
Bin Ahmad, Ketua-ketua Bidang, ahli keluarga beliau, guru-guru dan semua pelajar.

Majlis Persaraan Tuan Haji Hashimi ini diadakan bagi menghargai sumbangan dan bakti yang telah
dicurahkan di sekolah ini selama lebih kurang 11 tahun. Di sekolah ini, beliau telah diamanahkan untuk
mengajar mata pelajaran Sejarah. Beliau telah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi dan
bersungguh-sungguh dalam mendidik anak-anak bangsa.

2.0 MATLAMAT

Matlamat majlis ini adalah dilakukan bagi menghargai sumbangan dan jasa yang telah diberikan secara
langsung atau tidak langsung kepada Puan Hajah Anis Binti Abdul Rashid sepanjang bekhidmat di
sekolah ini dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.

3.0 OBJEKTIF

Majlis Persaraan Puan Hajah Anis Binti Abdul Rashid ini merupakan majlis anjuran Kelab Staf yang
secara khususnya meraikan hari terakhir beliau bertugas sebagai seorang guru dan pendidik. Majlis
Persaraan ini juga dilakukan bagi;

a) Memberi penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh beliau
sepanjang bertugas

b) Memberi peluang guru-guru bagi menyatakan ucapan terima kasih
c) Mewujudkan kerjasama antara para guru
d) Memupuk perasaan hormat menghormati dan kasih saying antara satu sama lain

4.0 PELAKSANAAN MAJLIS

Tarikh: 30 September 2022
Hari: Jumaat
Masa: 9.40 – 11.20 Pagi
Tempat: Kantin sekolah SMKKB

5.0 ATURCARA MAJLIS

9.40 pagi : Semua barisan pentadbir, guru, AKP dan murid berkumpul di kantin

10.00 pagi : Pn. Hjh. Anis bt Abdul Rashid diiring ke kantin oleh Pengerusi
Kelab Staf dan barisan pentadbir

10.15 pagi : Ucapan aluan pengacara majlis
10.20 pagi : Bacaan doa
10.25 pagi : Persembahan murid
10.30 pagi : Persembahan nazam
10.45 pagi : Tayangan montaj
10.50 pagi : Ucapan Tn. Hj. Azman bin Mohamed Dum

11.10 pagi (Pengetua SMK Klebang Besar)
11.20 pagi : Ucapan Pn. Hjh. Anis bt Abdul Rashid
: Penyampaian cenderamata

6.0 PERLAKSANAAN TUGAS DAN DAN PERSEDIAAN PROGRAM

Perlaksanaan program dimulakan dengan perbincangan antara guru. Ahli Jawatan Kuasa kemudiaannya
dibentuk untuk memastikan program berjalan lancar. Setiap guru mempunyai tugas masing-masing dan
membuat persiapan dan persediaan bagi menjalankan tugasan masing-masing bagi memastikan majlis
ini berjalan dengan lancer. Buku program juga disediakan bagi memastikan semua guru bersedia
sepanjang majlis berlangsung.

7.0 POST MOTERM

Majlis persaraan Tn. Hj. Hashimi berjalan dengan jayanya. Semua guru dan AJK memainkan peranan
masing-masing. Tiada kesukaran dialami sepanjang majlis berlangsung. Walaupun berlaku kesukaran
yang mana berlaku sedikit masalah teknikal namun masalah tersebut dapat diatasi dengan baik oleh
AJK yang menguruskannya. Persiapan pentas dan pelamin juga dilakukan dan dihias dengan baik oleh
setiap AJK program ini.

8.0 PENAMBAHBAIKAN

Melalui pengalaman dan pemerhatian sepanjang majlis tersebut berlangsung, tidak banyak
penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi majlis persaraan. Antara penambahbaikan yang boleh
dilakukan ialah memperbanyakkan lagi persembahan dari guru dan pelajar supaya dapat memastikan
majlis menjadi lebih meriah.

9.0 PENUTUP

Diharap majlis yang dijalankan ini dapat mencapai objektif dan matlamatnya dalam meraikan Puan
Hajah Anis Binti Abdul Rashid yang bersara sebagai tanda penghargaan di atas jasa dan pengorbanan
guru yang telah bertugas selama 32 tahun. Selain itu, majlis ini juga sebagai tanda kenang-kenangan
diakhir perkhidmatan seorang guru. Semoga majlis sebegini mampu memupuk ukhwah antara guru-
guru.

Disediakan oleh:

Nurul Izzati
……………………..
(Nurul Izzati Binti Mazlan)

Gambar-gambar Ketika Majlis Berlangsung



Tarikh SMK KLEBANG BESAR
Masa
Tempat LAPORAN
MAJLIS MERAIKAN PERPINDAHAN GURU & STAF

EN. AHMAD FAWZAN BIN AB HALIM
&

PN.NORAKMAM BINTI YAHYA

: 21 Oktober 2022 (Jumaat)
: 7.30 pagi – 8.10 pagi
: SMK Klebang Besar

Pada 21 Oktober 2022, bersamaan hari Jumaat, Kelab Staf SMK Klebang Besar
Melaka telah mengadakan satu majlis rasmi iaitu majlis meraikan perpindaha guru iatu
En.Ahmad Fawzan Bin Abd Halim serta perpindahan staf iaitu Pn. Norakmam Binti
Yahya, yang telah bertugas sebagai pembantu makmal. En. Ahmad Fawzan telah
berpindah ke SMK Katholik manakala Pn.Norakmam telah berpindah ke SMK
Kg.Gelam. En.Ahmad Fawzan tidak dapat hadir di majlis tersebut atas sebab-sebab
yang tidak dapat dielakkan.
Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Tn. Hj Jasmi bin Amin . Majlis telah
dimulakan dengan ucapan Tuan Pengetua, Tn Haji Azman bin Muhamed Dum.
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Pn.Norakmam Binti
Yahya.
Sebelum majlis berakhir pihak sekolah telah menyampaikan sijil penghargaan dan
hadiah cenderamata kepada mereka yang diraikan hari ini sebagai tanda
penghargaan atas segala jasa dan tugas yang telah dilaksanakan dengan penuh
cemerlang sepanjang berkhidmat di SMK Klebang Besar. Sijil penghargaan dan
hadiah cenderamata kepada En.Fawzan telah diterima oleh anak beliau, Nur Balqis
Binti Ahmad Fawzan dari 2 RK. Seluruh warga sekolah mendoakan agar En Ahmad
Fawzan Bin Abd Halim dan Pn.Norakmam Binti Yahya akan terus dimurahkan rezeki
dalam menabur bakti sepanjang karier dalam bidang pendidikan ini serta mencapai
kecemerlangan dengan lebih baik lagi pada masa yang akan datang.

Disediakan oleh
Smalar
Malarvili Selvan

LAPORAN BERGAMBAR

Disediakan oleh
Smalar
Malarvili Selvan

Tarikh SMK KLEBANG BESAR
Masa
Tempat LAPORAN
MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH
Tema
PN. HAJAH RUZANA BINTI YAHYA

: 30 November 2022 (Rabu)
: 11.40pagi – 1.40 T/hari
: SMK Klebang Besar
: “POP YE YEH MERAH BLINK BLINK”

Pada 30 November2022, bersamaan hari Rabu, Kelab Staf SMK
Klebang Besar Melaka telah mengadakan satu majlis rasmi iaitu Majlis
Sanjungan Budi Lambaian Kasih bersempena dengan persaraan Pn.Hjh
Ruzana Binti Yahya. Beliau telah mula perkhidmatan di SMK Klebang Besar
bermula 1998 sehingga beliau bersara.

Majlis telah dimulakan dengan perarakan masuk Pn.Hjh Ruzana Binti
Yahya bersama dengan suami beliau yang telah diiringi oleh barisan
pentadbir dan Pengerusi Kelab Staf. Seterusnya majlis telah diteruskan
dengan ucapan aluan pengerusi majlis. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan
doa yang disampaikan oleh Tuan Haji Rahimi bin Ibrahim dan diikuti dengan
ucapan Tuan Pengetua, Tn Haji Azman bin Muhamed Dum. Seterusnya,
majlis diteruskan lagi dengan tayangan montaj yang telah diusahakan Cik
Norazira Binti Muhammad Sow dan Pn.Juriah Bt Judin. Seterusnya pula
ialah bacaan biodata oleh Pn. Hjh Zalinah binti Sanusi diikuti dengan
persembaham kontemprori oleh murid SMKKB yang dilatih oleh Cik Razan
Samhana Binti Zaiedi dan Cik Zatul Husna Binti Zaharudin yang merupakan
guru praktikal. Persembahan diteruskan dengan persembahan nyanyian
oleh En.Arifffin Bin Uzir, pembantu makmal. Majlis diteruskan lagi dengan
ucapan yang dinanti-nantikan, iaitu ucapan daripada Pn.Hjh Ruzana Bt
Yahya.

Sebelum majlis berakhir pihak sekolah telah menyampaikan sijil
penghargaan dan hadiah cenderamata kepada Pn.Hjh Ruzana yang diraikan
hari ini sebagai tanda penghargaan atas segala jasa dan tugas yang telah
dilaksanakan dengan penuh cemerlang sepanjang berkhidmat di SMK
Klebang Besar. Seterusnya, sesi bergambar bersama dengan warga
SMKKB . Akhir sekali, Pn.Hjh Ruzana thumb print dan “sent off” dengan
lambaian terakhir daripada semua warga SMKKB. Seluruh warga sekolah
mendoakan agar Pn.Hjh Ruzana Binti Yahya akan terus dimurahkan rezeki
dalam kehidupan pada masa yang akan datang.

Disediakan oleh
Smalar
Malarvili Selvan

LAPORAN BERGAMBAR

Disediakan oleh
Smalar
Malarvili Selvan


Click to View FlipBook Version