Laporan Bergambar Persiapan Sebelum Majlis
Majlis Hari Guru Di Sekolah https://photos.app.goo.gl/LZVXwXYExM4h vnxQ
Sukaneka
LAPORAN JAMUAN HARI GURU & JAMUAN HARI RAYA Tarikh : 20 Mei 2022 (Jumaat) Masa : 2.15 P.M. Tempat : Straits 345, Level 7, LaCrista Hotel, Melaka Tema Pakaian: Kesultanan Melayu Melaka 2.00 p.m. : Barisan pentadbir tiba di hotel dan daftar kehadiran 2.30 p.m. : Ketibaan para tetamu kehormat. 2.35 p.m. : Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis dan diteruskan dengan bacaan doa. 2.40 p.m. : Para hadirin menjamu selera dan majlis diteruskan dengan ucapan Pengerusi Kelab Staf, Pengetua dan akhir sekali ucapan serta perasmian majlis oleh Datuk Jamil bin Jabar , Wakil rasmi Y.B Senator Dato' Seri Dr. Hj. Mohamad Ali Bin Hj. Mohamad Timbalan Speaker Dewan Negara Parlimen Malaysia YDP Pibg SMK KLEBANG BESAR. 3.00 p.m : Kemudian majlis diteruskan lagi dengan pertukaran hadiah guru, penyampaian hadiah guru berpindah, hadiah pakaian terbaik dan hadiah kepada pemenang sukaneka. Penerima hadiah-hadiah tersebut adalah seperti berikut: i. Guru berpindah : En.Ishak & En Hasiran ii. Pakaian terbaik : Lelaki : En Amry Perempuan : Hjh Anis Abd Rashid 3.50 p.m. : Sterusnya, majlis diteruskan dengan persembahan guru oleh En.Shamsul dan Pn.Kertini. 4.45 p.m : Sesi bergambar di hotel dan majlis bersurai pada jam 5 petang.
Jamuan Hari Guru & Hari Raya Di Hotel https://photos.app.goo.gl/LZVXwXYExM4h vnxQ
Disediakan oleh, S.Malar (Malarvili Selvan) AJK Dokumentasi Sambutan Hari Guru
29-07-2022 LAPORAN MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH PERSARAAN ENCIK NIZAM BIN MD MINHAD & PERPINDAHAN EN AZIZI BIN YAHYA, PN NOR AZALIZA BINTI ABDULLAH , USTAZ ZULHAZMI BIN MOHD YUSOF DAN PN ROSMILA BINTI RAMLI Sekolah Menengah Kebangsaan Klebang Besar, 75200 Melaka JUMAAT, 29 JULAI 2022
Pada 29 Julai 2022, bersamaan hari Jumaat, Kelab Staf SMK Klebang Besar Melaka telah mengadakan satu majlis rasmi iaitu Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih bersempena dengan persaraan En Mohd Nizam Bin Minhad serta perpindahan En Mohd Azizi Bin Yahya ( GPK KO-Kurikulum ) , Pn Rosmila Binti Ramli ( GKMP Bahasa ), Ustaz Zulhazmi Bin Mohd Yusof dan Pn Nor Azaliza Binti Abdullah. En Mohd Nizam Bin Minhad mula bertugas di SMK Klebang Besar sebagai Guru Bahasa Inggeris mulai 1 Mac 2017 sehingga beliau bersara pilihan pada 1 Ogos 2022. En Mohd Azizi Bin Yahya telah naik pangkat dan berpindah ke SMK Air Keroh sebagai GPK HEM, Pn Rosmila Binti Ramli juga naik pangkat dan berpindah ke SMK Bukit Rambai sebagai GPK Ko-kurikulum. Manakala Ustaz Zulhazmi Bin Mohd Yusof pula berpindah ke SMK Kampung Gelam dan Pn Nor Azaliza Binti Abdullah berpindah ke SMK Hang Kasturi. Mereka telah berpindah pada 13 Jun 2022. Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Tuan Haji Rahimi bin Ibrahim dan diikuti dengan ucapan Tuan Pengetua, Tn Haji Azman bin Muhamed Dum. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan yang dinanti-nantikan, iaitu ucapan daripada En Mohd Nizam Bin Minhad diikuti dengan ucapan En Mohd Azizi Bin Yahya sebagai wakil guru berpindah. Sebelum majlis berakhir pihak sekolah telah menyampaikan sijil penghargaan dan hadiah cenderamata kepada mereka yang diraikan hari ini sebagai tanda penghargaan atas segala jasa dan tugas yang telah dilaksanakan dengan penuh cemerlang sepanjang berkhidmat di SMK Klebang Besar. Seluruh warga sekolah mendoakan agar En Mohd Nizam Bin Minhad, En Mohd Azizi Bin Yahya, Pn Rosmila Binti Ramli, Ustaz Zulhazmi Bin Mohd Yusof dan Pn Nor Azaliza Binti Abdullah akan terus dimurahkan rezeki dalam menabur bakti sepanjang karier dalam bidang pendidikan ini serta mencapai kecemerlangan dengan lebih baik lagi pada masa yang akan datang.
LAPORAN BERGAMBAR
Laporan disediakan oleh, …………………………………. ( NG LAY SIAH) Laporan disahkan oleh, ………………………………... (TN HJ AZMAN BIN MOHAMED DUM) Pengetua SMK Klebang Besar 75200 Melaka.
LAPORAN DAN DOKUMENTASI MAJLIS MENJUNJUNG APRESIASI KASIH ABADI PN. HAJAH ANIS BINTI ABDUL RASHID SMK KLEBANG BESAR TAHUN 2022
1.0 PENGENALAN Majlis Persaraan Puan Hajah Anis Binti Abdul Rashid ini merupakan majlis khusus yang diadakan sempena meraikkan persaraan Puan Hajah Anis di Sekolah Menengah Kebangsaan Klebang Besar sebagai guru penolong kanan(GPK 1) dan pendidik. Majlis ini telah diadakan bagi mengenang jasa dan keringat yang dicurahkan oleh beliau selama lebih kurang 11 tahun bertugas di sekolah ini mulai 2011. Majlis Persaraan ini telah diadakan pada 30 September 2022 di kantin SMKKB yang turut sama dihadiri oleh Tuan Haji Azman Bin Muhd Dum selaku Pengetua sekolah, Penolong Kanan Petang, Encik Zamri Bin Ahmad, Ketua-ketua Bidang, ahli keluarga beliau, guru-guru dan semua pelajar. Majlis Persaraan Tuan Haji Hashimi ini diadakan bagi menghargai sumbangan dan bakti yang telah dicurahkan di sekolah ini selama lebih kurang 11 tahun. Di sekolah ini, beliau telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Sejarah. Beliau telah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi dan bersungguh-sungguh dalam mendidik anak-anak bangsa. 2.0 MATLAMAT Matlamat majlis ini adalah dilakukan bagi menghargai sumbangan dan jasa yang telah diberikan secara langsung atau tidak langsung kepada Puan Hajah Anis Binti Abdul Rashid sepanjang bekhidmat di sekolah ini dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi. 3.0 OBJEKTIF Majlis Persaraan Puan Hajah Anis Binti Abdul Rashid ini merupakan majlis anjuran Kelab Staf yang secara khususnya meraikan hari terakhir beliau bertugas sebagai seorang guru dan pendidik. Majlis Persaraan ini juga dilakukan bagi; a) Memberi penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh beliau sepanjang bertugas b) Memberi peluang guru-guru bagi menyatakan ucapan terima kasih c) Mewujudkan kerjasama antara para guru d) Memupuk perasaan hormat menghormati dan kasih saying antara satu sama lain
4.0 PELAKSANAAN MAJLIS Tarikh: 30 September 2022 Hari: Jumaat Masa: 9.40 – 11.20 Pagi Tempat: Kantin sekolah SMKKB 5.0 ATURCARA MAJLIS 9.40 pagi : Semua barisan pentadbir, guru, AKP dan murid berkumpul di kantin 10.00 pagi : Pn. Hjh. Anis bt Abdul Rashid diiring ke kantin oleh Pengerusi Kelab Staf dan barisan pentadbir 10.15 pagi : Ucapan aluan pengacara majlis 10.20 pagi : Bacaan doa 10.25 pagi : Persembahan murid 10.30 pagi : Persembahan nazam 10.45 pagi : Tayangan montaj 10.50 pagi : Ucapan Tn. Hj. Azman bin Mohamed Dum (Pengetua SMK Klebang Besar) 11.10 pagi : Ucapan Pn. Hjh. Anis bt Abdul Rashid 11.20 pagi : Penyampaian cenderamata 6.0 PERLAKSANAAN TUGAS DAN DAN PERSEDIAAN PROGRAM Perlaksanaan program dimulakan dengan perbincangan antara guru. Ahli Jawatan Kuasa kemudiaannya dibentuk untuk memastikan program berjalan lancar. Setiap guru mempunyai tugas masing-masing dan membuat persiapan dan persediaan bagi menjalankan tugasan masing-masing bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancer. Buku program juga disediakan bagi memastikan semua guru bersedia sepanjang majlis berlangsung.
7.0 POST MOTERM Majlis persaraan Tn. Hj. Hashimi berjalan dengan jayanya. Semua guru dan AJK memainkan peranan masing-masing. Tiada kesukaran dialami sepanjang majlis berlangsung. Walaupun berlaku kesukaran yang mana berlaku sedikit masalah teknikal namun masalah tersebut dapat diatasi dengan baik oleh AJK yang menguruskannya. Persiapan pentas dan pelamin juga dilakukan dan dihias dengan baik oleh setiap AJK program ini. 8.0 PENAMBAHBAIKAN Melalui pengalaman dan pemerhatian sepanjang majlis tersebut berlangsung, tidak banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi majlis persaraan. Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah memperbanyakkan lagi persembahan dari guru dan pelajar supaya dapat memastikan majlis menjadi lebih meriah. 9.0 PENUTUP Diharap majlis yang dijalankan ini dapat mencapai objektif dan matlamatnya dalam meraikan Puan Hajah Anis Binti Abdul Rashid yang bersara sebagai tanda penghargaan di atas jasa dan pengorbanan guru yang telah bertugas selama 32 tahun. Selain itu, majlis ini juga sebagai tanda kenang-kenangan diakhir perkhidmatan seorang guru. Semoga majlis sebegini mampu memupuk ukhwah antara guruguru. Disediakan oleh: Nurul Izzati …………………….. (Nurul Izzati Binti Mazlan)
Gambar-gambar Ketika Majlis Berlangsung
SMK KLEBANG BESAR LAPORAN MAJLIS MERAIKAN PERPINDAHAN GURU & STAF EN. AHMAD FAWZAN BIN AB HALIM & PN.NORAKMAM BINTI YAHYA Tarikh : 21 Oktober 2022 (Jumaat) Masa : 7.30 pagi – 8.10 pagi Tempat : SMK Klebang Besar Pada 21 Oktober 2022, bersamaan hari Jumaat, Kelab Staf SMK Klebang Besar Melaka telah mengadakan satu majlis rasmi iaitu majlis meraikan perpindaha guru iatu En.Ahmad Fawzan Bin Abd Halim serta perpindahan staf iaitu Pn. Norakmam Binti Yahya, yang telah bertugas sebagai pembantu makmal. En. Ahmad Fawzan telah berpindah ke SMK Katholik manakala Pn.Norakmam telah berpindah ke SMK Kg.Gelam. En.Ahmad Fawzan tidak dapat hadir di majlis tersebut atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Tn. Hj Jasmi bin Amin . Majlis telah dimulakan dengan ucapan Tuan Pengetua, Tn Haji Azman bin Muhamed Dum. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Pn.Norakmam Binti Yahya. Sebelum majlis berakhir pihak sekolah telah menyampaikan sijil penghargaan dan hadiah cenderamata kepada mereka yang diraikan hari ini sebagai tanda penghargaan atas segala jasa dan tugas yang telah dilaksanakan dengan penuh cemerlang sepanjang berkhidmat di SMK Klebang Besar. Sijil penghargaan dan hadiah cenderamata kepada En.Fawzan telah diterima oleh anak beliau, Nur Balqis Binti Ahmad Fawzan dari 2 RK. Seluruh warga sekolah mendoakan agar En Ahmad Fawzan Bin Abd Halim dan Pn.Norakmam Binti Yahya akan terus dimurahkan rezeki dalam menabur bakti sepanjang karier dalam bidang pendidikan ini serta mencapai kecemerlangan dengan lebih baik lagi pada masa yang akan datang. Disediakan oleh Smalar Malarvili Selvan
LAPORAN BERGAMBAR Disediakan oleh Smalar Malarvili Selvan
SMK KLEBANG BESAR LAPORAN MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH PN. HAJAH RUZANA BINTI YAHYA Tarikh : 30 November 2022 (Rabu) Masa : 11.40pagi – 1.40 T/hari Tempat : SMK Klebang Besar Tema : “POP YE YEH MERAH BLINK BLINK” Pada 30 November2022, bersamaan hari Rabu, Kelab Staf SMK Klebang Besar Melaka telah mengadakan satu majlis rasmi iaitu Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih bersempena dengan persaraan Pn.Hjh Ruzana Binti Yahya. Beliau telah mula perkhidmatan di SMK Klebang Besar bermula 1998 sehingga beliau bersara. Majlis telah dimulakan dengan perarakan masuk Pn.Hjh Ruzana Binti Yahya bersama dengan suami beliau yang telah diiringi oleh barisan pentadbir dan Pengerusi Kelab Staf. Seterusnya majlis telah diteruskan dengan ucapan aluan pengerusi majlis. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Tuan Haji Rahimi bin Ibrahim dan diikuti dengan ucapan Tuan Pengetua, Tn Haji Azman bin Muhamed Dum. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan tayangan montaj yang telah diusahakan Cik Norazira Binti Muhammad Sow dan Pn.Juriah Bt Judin. Seterusnya pula ialah bacaan biodata oleh Pn. Hjh Zalinah binti Sanusi diikuti dengan persembaham kontemprori oleh murid SMKKB yang dilatih oleh Cik Razan Samhana Binti Zaiedi dan Cik Zatul Husna Binti Zaharudin yang merupakan guru praktikal. Persembahan diteruskan dengan persembahan nyanyian oleh En.Arifffin Bin Uzir, pembantu makmal. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan yang dinanti-nantikan, iaitu ucapan daripada Pn.Hjh Ruzana Bt Yahya.
Sebelum majlis berakhir pihak sekolah telah menyampaikan sijil penghargaan dan hadiah cenderamata kepada Pn.Hjh Ruzana yang diraikan hari ini sebagai tanda penghargaan atas segala jasa dan tugas yang telah dilaksanakan dengan penuh cemerlang sepanjang berkhidmat di SMK Klebang Besar. Seterusnya, sesi bergambar bersama dengan warga SMKKB . Akhir sekali, Pn.Hjh Ruzana thumb print dan “sent off” dengan lambaian terakhir daripada semua warga SMKKB. Seluruh warga sekolah mendoakan agar Pn.Hjh Ruzana Binti Yahya akan terus dimurahkan rezeki dalam kehidupan pada masa yang akan datang. Disediakan oleh Smalar Malarvili Selvan
LAPORAN BERGAMBAR Disediakan oleh Smalar Malarvili Selvan