TTIINNTTAAMMAASS SSEEKKOOLLAAHH MMEENNEENNGGAAHH KKEEBBAANNGGSSAAAANN KKIIAARRAAMMAASS PPEERRSSIIAARRAANN DDUUTTAAMMAASS,,5500448800 KKUUAALLAA LLUUMMPPUURR SEKOLAH TRANSFORMASI | BERSAHSIAH BERWAWASAN
Kami anak wawasan bangsa Menjunjung harapan negara Beruasaha demi matlamat mulia Dalam suasana indah ceria Titah Ilahi kami taati Pada ibu bapa yang dikasihi Para pendidik yang kami sanjungi Agar hidup kami diberkati Semangat tinggi terus didaki Bersahsiah dan berwawasan Disulami dengan nilai murni Itulah moto kami semua Ilmu yang dituntut Jadi pegangan hidup Berdisiplin, berusaha, beramal Tetap teguh di jiwa Andainya rintangan datang melanda Kami tetap tempuh bersama Doakan kami terus di persada SMK Kiaramas Pasti berjaya
ISI KANDUNGAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah,marilah sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan berkat, rahmat dan izin-Nya dapat saya coretkan sepatah dua kata dalam majalah sekolah ini. Saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah bagi tahun ini. Inisiatif penerbitan majalah ini amatlah murni dalam mendokumentasi maklumat, merakam kenangan dan menghargai usaha serta kesungguhan warga sekolah dalam melaksanakan pelbagai aktiviti pada sepanjang tahun. Saya cukup yakin majalah ini merupakan bukti komitmen yang tinggi dan kerjasama yang padu daripada semua pihak yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak bangsa. Semua warga sekolah memainkan peranan yang penting dalam menggalas misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia selaras dengan hasrat yang terkandung dalam pelan Pembagunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, serta menyediakan pendidikan terbaik untuk warisan generasi akan datang.Generasi yang kita harapkan adalah 'Anak yang Baik lagi Cerdik' (ABC) dengan teras yang utuh seperti keteguhan rohani, keterampilan diri, sahsiah terpuji dan kemantapan jati diri selain kecemerlangan kognitif dan psikomotor. Justeru, saya percaya gerak kerja seluruh warga sekolah dengan kepimpinan bercirikan 'Trust and Inspire' akan membawa kepada pembentukan generasi pewaris negara yang beradab mulia dan berintelektual. Kebersamaan, keterbukaan dan kesyukuran merupakan prinsip penting dalam bekerja yang perlu kita teruskan dalam memacu kecemerlangan pendidikan negara. Akhir kata, semoga penerbitan majalah sekolah ini dapat diteruskan bagi membina ukhwah serta menyatu padukan semua warga sekolah dan seterusnya melahirkan generasi Malaysia yang sejahtera. KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KATA ALU-ALUAN | TINTAMAS 2022 | 2
PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN WPKL KATA ALU-ALUAN | TINTAMAS 2022 | 3
PENGETUA SMK KIARAMAS KATA ALU-ALUAN | TINTAMAS 2022 | 4
YANG DIPERTUA PIBG SMK KIARAMAS KATA ALU-ALUAN | TINTAMAS 2022 | 5
KETUA EDITOR TINTAMAS 2022 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Bersyukur ke hadrat ilahi dengan izin-Nya, pihak Sidang Redaksi SMK KIARAMAS 2022 telah berjaya menghasilkan Tintamas Edisi ke-16. Dengan adanya Tintamas Edisi ke-16, kita bersama-sama dapat mengimbau kenangan berlandaskan rentetan peristiwa di sekolah ini. Setinggi - tinggi penghargaan ditujukan kepada semua AJK sidang redaksi, atas berkat usaha dan perkhidmatan yang tidak mengenal erti jemu dan penat dalam menyiapkan wadah yang cukup bermakna bagi seluruh warga SMK KIARAMAS. Di majalah ini jugalah tercatatnya segala coretan suka duka para guru dan pelajar untuk dijadikan kenangan terutamanya bagi para pelajar Tingkatan 5 yang akan meninggalkan SMK KIARAMAS yang tercinta. Penghasilan Majalah Tintamas ini bukan sahaja merekodkan hari-hari di sekolah, bahkan merakamkan kecemerlangan sekolah dalam pelbagai sudut. Kejayaan demi kejayaan yang telah ditempa oleh para pelajar SMK KIARAMAS turut dimuatkan untuk tatapan semua. Sebagai ketua editor Majalah Tintamas edisi ke-16, saya mewakili Pasukan Sidang Redaksi 2016 ingin memohon maaf jika terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penghasilan majalah ini dan ampun maaf dipinta, sesungguhnya segala yang baik datangnya daripada Allah dan yang sebaliknya datang dari kelemahan diri saya sendiri. Sesungguhnya, kami telah memerah kudrat agar Majalah Tintamas edisi ke-16 akan tetap tersemat di hati warga SMK KIARAMAS. Akhir kata,Semoga dengan penghasilan majalah ini, semua kenangan dan memori indah bersama SMK KIARAMAS dapat dipotretkan untuk tatapan masa yang akan datang. Sekian, terima kasih. BATRISYIA AISYAH BINTI BACHTIAR AFFENDY KATA ALU-ALUAN | TINTAMAS 2022 | 6
INFORMASI SEKOLAH | TINTAMAS 2022 | 7 TAKWIM SEKOLAH 2022
INFORMASI SEKOLAH | TINTAMAS 2022 | 7
INFORMASI SEKOLAH | TINTAMAS 2022 | 7
INFORMASI SEKOLAH | TINTAMAS 2022 | 7