The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by puvarasaanthannimalai, 2022-05-17 13:50:28

Penggunaan Media Sosial dalam Era Baru di Malaysia

Media sosial pada masa kini....

Keywords: Media Sosial

PENULIS DAN EDITOR

SARRVINRAJ A/L SALVARAJOO PUVARASAAN A/L THANNIMALAI
18DKM19F1059 18DKM19F1029

MUHAMMAD SYAUQI BIN RAMLI
18DKM19F1024

ISI KANDUNGAN Muka Surat

No. Tajuk 4
1 Penghargaan 5
2 Pengenalan 6
3 Hasil dan Perbincangan 7-8
4 Kebaikan Penggunaan Media Sosial 9-10
5 Keburukan Penggunaan Media Sosial 11-12
6 Punca Ketagihan Media Sosial dalam Kalangan Remaja
13-15
7 Cabaran Media Sosial dalam Masyarakat 16
8 Keratan Akhbar tentang Isu-isu Media Sosial
9 Kesimpulan 17-18
10 Temu Bual tentang Penggunaan Media Sosial dalam Era Baru di 19-20

Malaysia Di Antara Kalangan Pelajar PTSS 21

11 Rujukan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bersyukur kepasa Ilahi dengan limpah rahmat yang dianugerahkan kepada saya dan rakan-rakan
seperjuangan untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan ini
kepada pensyarah kami, Encik Mohd Nazimi Zaim Bin Ismail atas tunjuk ajar yang diberikan untuk kami menghabiskan tugasan ini dengan sukses

sekali.

Selain itu, saya juga mengucapkan tahniah kepada rakan seperjuangan, Sarrvin, Puvarasaan , dan Syauqi kerjasama yang diberikan. Walaupun kami
berbilang bangsa dan agama, ia tidak mematahkan sikap kerjasama antara sepasukan.Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-
rakan yang lain terutamanya rakan sekelas, DKM5A yang banyak memberikan sedikit ilmu untuk diperkongsikan kepada kami. Sokongan mereka
juga amat penting untuk kami supaya tidak mudah patah semangat walau apa juga cabaran yang kami hadapi.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan sepuluh jari tanda penghargaan kepada sesiapa yang terlibat dalam pembikinan Efolio ini secara langsung
atau secara tidak langsung.

Media sosial ini dikira sebagai satu lagi bentuk teknologi yang sangat popular dan digunakan hampir semua
penduduk dimuka bumi ini bagi tujuan berinteraksi atau berhubung diantara satu sama lain. Sebahagian
besar teknologi yang digambarkan sebagai "media baru" adalah digital, seringkali memiliki ciri dapat
dimanipulasi, bersifat jaringan, padat, mampat, interaktif dan tidak memihak. Beberapa contoh media sosial
adalah seperti internet, blog, website, facebook, Youtube dan sebagainya. Memang tidak dapat boleh
dinafikan bahawa, media sosial ini mempunyai pengaruh yang besar kepada orang ramai dari pelbagai
perspektif kerana ia telah menjadi sebahagian hidup orang ramai terutamanya media sosial seperti
Facebook. Pada masa ini, penggunaan media sosial iaitu laman sosial melalui internet amat popular di
Malaysia. Media sosial seperti "Facebook", "Instagram", "My Space", "Frienster", dan sebagainya
mendapat perhatian masyarakat di negara ini.

HASIL DAN PERBINCANGAN

Hasil dan perbincangan ini dihuraikan dengan memfokuskan kepada tiga isu utama iaitu peranan
media social dari segi aspek kebaikan dan keburukan, punca ketagihan media sosial dalam kalangan
remaja dan cabaran media sosial dalam masyarakat.

Kebaikan Penggunaan Media Sosial

 Kebaikan media sosial ialah perkongsikan maklumat dan ilmu. Kalau kita bijak mencari kawan yang sesuai, kita
akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk
dikongsi bersama. Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan tv untuk mengetahui berita terkini. Malah
perbicaraan mahkamah diketahui dengn serta merta melalui twitter dan laman web tertentu.

 Kebaikan medial sosial ialah kemudahan untuk menyebarkan maklumat. Sebagai contoh, di waktu dulu ketika
ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan
kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah
dan cepat. Permintaan bantuan cemas seperti derma darah jens tertentu untuk membantu pesakit tenat juga dapat
disebarkan. Kes-kes penipuan dan wajah penjenayah dapat disebarkan dalam usaha membanteras jenayah.

 Sebagai alat untuk memantau pergerakan anak-anak mereka. Anak-anak sekarang, sekolah rendah sudah ada
akaun laman sosial, sama ada dibuka oleh ibu bapa atau pengaruh dari kawan. Ibu bapa boleh mengikuti status
terkini anak-anak mereka dan mengenali kawan-kawan kepada anak mereka. Kebiasaanya para remaja lebih
suka bercerita masalah mereka dengan kawan-kawan daripada ibu bapa. Antara salah satu cara ialah ibu bapa
perlu mencari inisiatif untuk memantau anak mereka dari masa ke masa.

 Meluaskan rangkaian bisnes. Dengan media sosial, kita boleh meluaskan lagi rangkaian bisnes kita seluas-
luasnya tanpa had. Media sosial adalah dunia internet tanpa sepadan. Ianya boleh diakses oleh sesiapa sahaja dan
di mana saja. Jadi kita telah mencapai satu lagi saluran untuk memperluas bisnes kita. Jika sebelum ini bisnes
seseorang individu hanya dikenali di tempat, daerah, negeri atau negara tertentu saja. Kini dengan penggunaan
media sosial, bisnes tersebut boleh dikenali di seluruh dunia.

Keburukan Penggunaan Media Sosial

1) Pembaziran masa
Penggunaan yang terlampau lama di dalam laman sosial mengakibatkan pembaziran masa berlaku. Contohnya
aplikasi “games”. Terdapat ramai pengguna laman sosial menjadi ketagih dengan aplikasi “games” seperti Farmville,
Mafia Wars dan Pet Society. Ianya seolah-olah menjadi satu kerugian kepada mereka sekiranya meninggalkan
permainan tersebut. Ianya memang secara terang berlakunya pembaziran masa. Masa diluangkan dengan kerja-kerja
yang tidak berfaedah.

2) Pencerobohan akaun
Pengguna laman sosial dinasihatkan supaya tidak memasukkan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank,
nombor telefon, alamat rumah dan sebagainya. Sekiranya pencerobohan maklumat berlaku, mereka yang tidak
bertanggungjawab, boleh menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan-tujuan tertentu yang pasti tanpa keizinan
pemilik yang sebenar. Seringkali kita mendengar akaun laman sosial selebriti-selebriti tanahair yang berjaya
diceroboh dan ianya memberi kesan yang buruk kepada pemilik sebenar.

3) Penipuan

Penipuan boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk juga di laman sosial. Pengguna laman sosial mesti bijak dalam
mengenalpasti akan kesahihan sesuatu perkara yang terdapat di laman sosial. Pengguna juga jangan cepat percaya
dengan orang yang tidak dikenali.Contoh penipuan yang terdapat di laman sosial adalah seperti pelaburan haram.
Terdapat ayat-ayat yang digunakan seperti “setiap kali login di facebook dapat RM100” memang menarik tapi begitu
mudah nak dapat duit? Apabila di siasat ia hanyalah sebagai salah satu teknik untuk menarik perhatian pengguna
facebook memasuki skim tersebut. Terdapat juga pengguna yang tertipu akibat terlampau percaya dengan kenalan
facebook yang hanya dikenali di laman sosial.

4) Kebocoran maklumat

Ini boleh berlaku sekiranya pemilik akaun laman sosial memberi maklumat sulit tentang syarikat di mana tempat
mereka bekerja. Kebocoran maklumat ini boleh memberi kesan negatif kepada syarikat terbabit. Pekerja sesebuah
syarikat harus tahu membezakan maklumat yang boleh dikongsi dengan orang ramai dengan maklumat yang tidak
boleh dikongsi dan sekiranya dikongsi boleh memberi kesan yang buruk kepada syarikat tersebut sekiranya
maklumat tersebut diketahui oleh pesaing syarikat terbabit. Sekiranya tak tahu nak beza, jalan selamat, tidak perlu
kongsi maklumat tersebut.

Punca Ketagihan Media Sosial dalam Kalangan Remaja

A. Kelemahan Didikan Agama dan Moral Diri Remaja

Faktor diri remaja sendiri merupakan sebab berlakunya gejala sosial. Kebanyakan remaja yang terlibat dalam
gejala sosial tidak mempunyai didikan agama dan moral yang mendalam. Mereka tidak takut pada dosa atau
pembalasan Tuhan di atas perbuatan mereka. Remaja terbabit juga biasanya tidak sembahyang dan mengingkari
perintah agama yang lain. Mereka berpendapat bahawa, kehidupan masa remaja perlu diisi dengan hiburan dan
keseronokan semata-mata.

B. Terikut-Ikut Dengan Sikap Negatif Rakan Sebaya

Pengaruh rakan sebaya juga boleh mendorong remaja terlibat dalam gejala sosial. Disebabkan faktor
pergolakan keluarga di rumah, remaja cenderung untuk berjumpa rakan sebaya bagi mencari ketenangan dan
kegembiraan. Sebahagian daripada rakan sebaya ini pula adalah mereka yang mempunyai perangai negatif.
Oleh itu, remaja begitu mudah terikut-ikut dengan sikap rakan sebaya mereka. Apabila bersama rakan sebaya,
remaja cenderung untuk melakukan perkara tidak berfaedah seperti merokok, melepak di pusat membeli-belah
dan mendapatkan hiburan di pusat-pusat hiburan.

C. Sikap Individualistik Masyarakat

Sikap masyarakat yang tidak mengambil berat tentang permasalahan remaja juga menjadi faktor penyebab.
Masyarakat hari ini cenderung untuk bersikap individualistik atau tidak mahu menjaga hal orang lain. Oleh
itu, tidak hairanlah jika ada remaja yang menagih dadah berdekatan dengan tempat tinggal mereka tetapi
langsung tidak dipedulikan oleh masyarakat kerana mereka berpendapat bahawa, pihak berkuasa sahaja yang
perlu menanganinya. Sikap masyarakat yang tidak ingin mengambil tahu tentang hal orang lain pasti akan
menggalakkan lagi gejala sosial di kalangan remaja.

D. Pengaruh Negatif Media Massa

Pengaruh media massa terhadap para remaja sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Remaja cenderung
untuk melakukan perkara yang pernah didengar atau dilihat di media massa kerana remaja mempunyai naluri
ingin mencuba. Sebenarnya sikap ingin mencuba ini adalah sikap yang baik tetapi bukan semua perkara boleh
dicuba sewenang-wenangnya. Remaja perlulah menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara yang
diperolehi melalui media massa.

Cabaran Media Sosial dalam Masyarakat

Cabaran dari segi perpaduan

Perpaduan merupakan matlamat penting bagi semua negara merdeka. Hal ini kerana perpaduan adalah jaminan untuk
keutuhan sesebuah negara dan pentadbirannya. Pelbagai jenis isu yang kita boleh lihat di media sosial. Dari sekecil-
kecil isu sehingga sebesar-besar isu. Melalui isu ini timbul pandangan dan tanggapan masyarakat melalui komen di

media sosial. Hal ini telah menyebabkan wujudnya masyarakat dunia internet (netizen) yang digelar sebagai
‘Keyboard Warriors’ di mana golongan ini mengeluarkan pandangan dan tanggapan tanpa memikirkan akibat dan

kesan dari ucapan mereka.

Cabaran dari segi penyebaran fitnah dan gosip

Sekarang bukan suatu yang mengejutkan apabila begitu banyak penghinaan terhadap perkara yang terkandung
dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia tersebar dalam Internet. Hal ini menunjukkan terdapat sesetengah

kalangan masyarakat pada masa kini tidak lagi gentar untuk melempar fitnah dan menyebar berita palsu di
media sosial. Kini, berita palsu bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan di media sosial. Masyarakat dunia

internet perlu lebih peka dan mempersiapkan diri agar tidak terjebak atau terpedaya dengan berita palsu.
Media sosial pada hari ini menunjukkan penyebaran fitnah dan gosip berleluasa seakan tanpa sempadan.
Penyebaran fitnah kerap dilakukan melalui pengubahan gambar yang diambil tanpa kebenaran daripada
pemilik gambar asal. Dengan adanya ‘Software Adobe Photoshop’, pengguna mempunyai kebolehan untuk
mengedit gambar yang asal untuk membuat fitnah dengan tujuan keseronokan, hiburan, gurauan, dendam dan

sebagainya. Perkara yang dianggap sebagai gurauan semata-mata menjadi sesuatu yang mengaibkan,
menjatuhkan maruah dan mewujudkan konflik kepada pemilik gambar asal. Konflik luaran seperti hubungan

sosial dengan kawan-kawan yang terjejas dan konflik dalaman seperti gangguan emosi menyebabkan
seseorang itu mengalami kekurangan keyakinan diri.

Cabaran dari segi perubahan gaya hidup

Perubahan gaya hidup seperti cara pemakaian, makanan, minuman, tingkah laku dan sebagainya
golongan belia pada masa kini lebih dipengaruhi oleh media sosial. Pelbagai maklumat dan budaya luar
mampu dipelajari oleh golongan belia dalam melayari media sosial. Hal ini menyebabkan golongan belia
melupakan asal usul keturunan mereka. Selain itu, golongan ini lebih mengikuti budaya barat dan secara

tidak langsung menyerap nilai-nilai negatif budaya barat.

Keratan Akhbar tentang Isu-isu Media Sosial

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, tidak salah untuk kita gunakan media sosial ini, kerana ada juga kebaikan kepada
platform era internet ini. Namun begitu semua pihak harus tahu akan potensi keburukan platform ini, dan
ambil tindakan sebaikknya untuk menghalang pelajar-pelajar daripada mengguna media sosial untuk perkara

yang tidak elok. Penggunaan media sosial dengan bijak mampu menberi faedah berganda kepada kita.
Penerapan etika yang baik dan mempelajari pendekatan interaktif dalam aplikasi – aplikasi media sosial
adalah perkara utama dalam memanfaatkan laman media sosial. Maka setiap pihak hendaklah bersama sama
celik ilmu dalam menggunakan laman sosial agar manfaat penggunaannya dapat diambil sebaik mungkin.
Justeru itu marilah kita bersama sama mengatur langkah menjadi rakyat yang bijak dalam menggunakan
teknologi agar dapat melahirkan negara yang berdaya saing dan kompetitif dalam era kemajuan globalisasi

ini.

TEMU BUAL TENTANG PENGGUNAAN
MEDIA SOSIAL DALAM ERA BARU DI

MALAYSIA DI ANTARA KALANGAN
PELAJAR PTSS

Transkrip temu bual bersama seorang pelajar PTSS mengenai media sosial pada masa kini.

Penemuramah : Assalamualaikum Alif. Hari ini saya ingin menemu bual kamu berdua mengenai beberapa
soalan berkaitan media sosial. Tujuan saya menemu bual ini adalah untuk melengkapkan
salah satu tugasan dari subjek Penghayatan Etika dan Peradaban ( MPU 21032 ). Sebelum
itu , boleh Alif perkenalkan diri ?

Alif : Waalaikumsalam, baik saya Muhammad Alif Izzul Bin Masdi, berasal dari Shah Alam ,
Selangor. Saya Pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan sedang berada di semester 4.

Penemuramah : Baik saya akan teruskan dengan soalan saya. Pada pendapat Alif , apakah yang Alif faham
mengenai modia sosial pada masa kini ?

Aif : Media sosial kini mempunyai pengaruh yang amat besar dalam kehidupan. Penggunaan
media sosial kini tidak terhad, bukan sekadar bahan interaksi dan komunikasi tetapi dapat
digunakan dengan lebih meluas dalam bidang perniagaan, hal ehwal keagamaan, aktiviti
kebudayaan, perubatan, politik dan sebagainya.

Penemuramah : Soalan kedua , apakah kebaikan dari media sosial yang boleh kita ambil dan manfaatkan?

Alif : Sebilangan besar orang percaya bahawa media sosial adalah gangguan besar kepada
pelajar, sementara pendapat mereka tidak salah sama sekali, masih ada sebab-sebab
besar mengapa penggunaan media sosial dalam pendidikan harus digalakkan. Antara
kebaikan yang dapat saya kongsikan adalah membangunkan perniagaan , medium
komunikasi , alat pendidikan dan mendapatkan maklumat semasa.

Penemuramah : Setiap kelebihan pasti ada kekurangannya , bagaimana pula dengan keburukannya pada
perspektif Alif ?

Alif : Penggunaan laman sosial melalui internet menyebabkan berlakunya banyak penipuan
atau pemalsuan. Selain itu,penggunaan laman sosial menyebabkan golongan remaja
menjadi lalai dalam melakukan sesuatu tugasan. Sesetengah pihak tidak ada integriti
untuk mengsahihkan info yang mereka jumpa di internet sebelum berkongsi, asalkan
kepada mereka info itu selari dengan pemahaman mereka tentang topik tersebut, tidak
kira dalam politik, pendidikan, agama dan lain-lain. Ini mampu membawa salah faham,
dan boleh membawa kepada pergaduhan.

Penemuramah : Sebelum mengakhiri temu bual kita pada hari ini , adakah Alif mengesyorkan media sosial
dalam kalangan pelajar di PTSS.

Alif : Sebenarnya ia bergantung pada perspektif dan fahaman masing masing , namun lebih saya
mengesyorkan ia digunakan dari sudut positif yang boleh membawa manfaat kepada diri
juga sesame masyarakat kerana saya juga menggunakannya sebagai platform yang
menguntungkan iaitu sebagai medium saya membuat perniagaan dan memperoleh
maklumat baru.

Penemuramah : Jutaan terima kasih diucapkan kepada Alif atas kerjasama yang diberikan serta sudi
meluangkan masa . Saya mengundurkan diri.

Alif : Sama sama dan terima kasih kembali kerana sudi menemu bual saya.

RUJUKAN

 https://cmnacademy.com/kebaikan-dan-keburukan-media-sosial/
 http://aidelazraai99.blogspot.com/2016/11/ketagihan-media-sosial.html
 https://www.slideshare.net/freedy_kalang/cabaran-media-sosial-dalam-masyarakat-dalam-memastikan-

kestabilan-dalam-masyarakat-berbilang-kaum-di-malaysia
 https://www.kompasiana.com/mohammad73390/61baaa4b06310e4eec324a12/era-media-baru-dan-media-

sosial




Click to View FlipBook Version